Sebelum ini aku pernah kongsi satu kisah berkaitannya pada musim imtihan, ada lagi kisah miracle doa seorang ibu.
Ni kisah kawan aku pula. Saja share, supaya kita tahu nilai doa tu memang senjata ampuh, lagi pula dari orang yang doanya tiada hijab.
.
.
Sehari sebelum peperiksaan, kawan ni call mak dia, minta doakan untuknya exam esok hari. Mak dia memang tahu dah dia sekarang fatrah exam.
" Alhamdulillah, mak baru sudah solat hajat tadi untuk kamu...", jawab ibunya.
.
.
Malam tu, kawan aku ni dia tak tidur, study je memanjang. Sampailah waktu Subuh, mata mula berat dah. Peperiksaan hari tu jam 10 pagi.
Memang tak kuat nak tahan ngantuk, dia tidur dan minta ahli rumahnya kejut sebelum peperiksaan kalau dia tak bangun.
Bangun dari tidurnya pagi tu, rupanya jam dah 11 pagi. Jeng krengg...
Kawannya tak kejut sebab ingat dia dah pergi, sebab biasa dia tidur katil bawah, hari tu Allah takdirkan dia tidur katil atas, dan kawannya memang tak perasan dia tidur atas tu.
Bangun tidur tu, tak cakap panjang. Terus dia siap-siap ambil pen nak gerak ke kuliah. Waktu menjawab baki satu jam sahaja lagi. Dalam 15 minit juga naik kenderaan ke kuliah.
Bersiap dan nak keluar. Kawannya tadi terkejut dia masih di rumah, ingat pergi dah, sebab takde pun di katil bawah.
Maka, dia pun minta la pendapat perlu pergi atau tak, sebab memang dah lewat. Kalau pergi pun, belum tentu dapat masuk sebab biasanya dah ditutup pintu kuliah bila mula waktu exam.
Akhirnya, hati pun reda sahaja walaupun berat. Maka, tak pergilah hari itu peperiksaan. Apa boleh buat, semuanya dari Allah juga, kita merancang, Allah juga merancang.
.
Tak lama selepas tu, dapat mesej whatapps dari mak dia.
Mak nya tanya la, macam mana jawab peperiksaan tadi semua.
Dia jawab " alhamdulillah, ok".
Tak kuat nak jujur bagitahu tertidur dan terlepas tadi. Kemudian, si mak ni pun doakan sahaja untuknya, moga berjaya.
Dia aminkan saja, tak mampu kata apa-apa.
.
.
Masin tau mulut ibu ni. Doanya takde hijab. Anak-anak kena minta selalu doa mereka.
Dan para ibu bapa pula kena selalu tahu dan yakin doa mereka 'miracle', serta selalu doakan kejayaan anak-anak dunia akhirat. Dalam hadis banyak sebut tentang ajaib doa ibu bapa, yang memang dah ma'ruf tak perlu dah sebut sini.
Jangan putus asa, walaupun kesan atau hasilnya masih tak terlihat segera. Anak buat hal, anak begitu begini, terus doa dan doa.
Allah Maha Mendengar, Maha Mengasihani. Dia mengabulkan doa kita pada waktuNya, dan dengan caraNya yang tersendiri.
.
.
Beberapa minggu selepas peperiksaan, maka dia pun cek result.
Mula-mula tu, mata dia dah mencari subjek yang dia tak hadir tu. Tafsir.
Tertulis di situ " ل ". Yakni, maqbul. Lulus.
Alhamdulillah. Tak terkata. Terkejut. Bagaimana?
Mustahil adat, tapi tak mustahil akal. Adatnya kalau tak jawab terus, tak datang, macam mana nak lulus kan. Tapi tak mustahil akal, Allah menghantar malaikat menjawab bagi pihaknnya berkat doa ibunya.
Pelbagai cara kalau Allah nak bagi, tak terfikir dan tercapai pun dengan akal kita.
Masa dia cerita pada aku kisah ni, katanya dia yakin ni mesti berkat doa ibunya.
Begitulah hebatnya doa sang ibu.
Moga Allah merahmati ibu dan bapa kita, yang masih ada atau yang telah pergi, Ameen ya Rabbal Alamin.
Selamat berimtihan semua sahabat Mesir. Jangan lupa hari-hari pm mak ayah minta doa.
Hadi Sayuti,
Mekah al-Mukarramah.
https://t.me/hadisayuti97