来自 FarihanYahyaOfficial (@farihanyahyaofficial) 的最新 Telegram 贴文

FarihanYahyaOfficial Telegram 帖子

FarihanYahyaOfficial
Ilmu sememangnya sangat penting dalam kehidupan. Moga ilmu yang dikongsi di sini dapat membantu Tuan Puan mencapai 5K dan upgrade diri.

Boleh follow juga FB saya, Farihan Yahya.
👉 facebook.com/farihanyahya

Saya suka!🥰

☎️ 010-4553769
2,466 订阅者
2,169 张照片
347 个视频
最后更新于 09.03.2025 20:27

FarihanYahyaOfficial 在 Telegram 上分享的最新内容

FarihanYahyaOfficial

28 Jan, 13:16

567

Ustaz selalu pesan penuhkan tabung pahala, banyakkan guna currency sedekah.

Jika kita mahu travel ke luar negara, sudah pasti akan buat persiapan bekalan, pakaian dan matawang yang mencukupi.

Tapi kenapa hal travel ke alam lain, kita tak beria macam nak travel ke luar negara.
Kat alam sana segala matawang fiat (even kripto) 1 apa pun tak laku.

Yang laku hanya Pahala sahaja.
Pedih weii...
FarihanYahyaOfficial

20 Jan, 23:23

645

Bismillah...

Dalam kehidupan ini kita perlu membuat untuk berhenti tepat waktunya. Apabila usia telah sampai 40 tahun, kita mesti serius bertaubat dan menambah amalan serta berhenti bermaksiat.

Bukan waktunya lagi untuk kita alpa dan membuang masa. Imam Ghazali RHM menulis, jika usia mu telah mencapai 40 tahun tetapi kejahatan mu masih mengalahkan kebaikan maka bersiaplah untuk ke neraka.

Gerun. Bimbang.

Diberitakan Imam Safie RHM mula menggunakan tongkat sebaik usianya 40 tahun. Bukan kerana sakit. Bukan kerana lemah. Ketika ditanya mengapa, beliau menjawab, “tongkat ini mengingatkan aku kepada kematian. Saatnya kian hampir. Aku mesti bersiap sedia menuju akhirat.”

Berbeza dengan falsafah Barat yang berpegang, hidup dimulakan pada usia 40 tahun. Maknanya, usia itu masih muda untuk terus berfoya-foya dan mengejar kenikmatan dunia.

Makin tua, makin jadi. Tidak ingat langsung untuk berhenti. Terus-terusan maksiat sedang tarikh mati semakin mendekat.

Dalam perhubungan juga kita mesti tahu bila masanya untuk berhenti. Tahu diri kita ‘sudah hilang harga’ dalam hati orang lain. Bila sapaannya tidak sekerap dan semesra dulu. Bila mesej dalam ‘wassap’ kita hanya dibuka tetapi tidak dibalasnya.

Begitu lama masa berlalu. Dia terus menyepi dan membisu, maka fahamilah, kita harus berhenti.

Jangan berharap. Relakan dia pergi. Hidup perlu dilalui tanpa kehadirannya. Bukan membenci. Tetapi kerana kita sudah tahu itulah masanya kita harus berhenti. Jangan mengharap lagi, nanti hati kita luka lagi. Harapan kepada manusia samalah seperti menyerah diri untuk menderita,
FarihanYahyaOfficial

15 Jan, 09:13

537

Bismillah...

Soalan:
Salam. Nak tanya? Betulkah manusia ni mengikut "Mind Setting" kehidupan?

Jawapan:
Tidak begitu. Semua mengikut Taqdir di bawah jagaan Allah Yang Maha Besar. Semua kehidupan berkaitan RASA, SANGKAAN dan ILHAM adalah kurniaNya perDemensi.

Cuba anda fikir secara indah, semasa kecil sebelum kita pandai berfikir baik makan minum semuanya dijaga rapi oleh ibubapa yang diberi RASA ihsan dan kasih sayang oleh Allah kepada kita semua.

Jika mind setting betul maka semua anak yang lahir ke dunia akan cantik sempurna. Mana ibubapa nak anak yang tidak baik. Aturan numbers perslide moment alam ini sudah ditulis di Lauh Mahfuz. Inilah dipanggil keredhaan dalam Beriman setiap yang dikurniakan. Semua "mind setting" ini propanganda seminar dan human age untuk menghancurkan Ilmu Yakin kepada Allah Taala. Kita orang Beriman sudah yakin hal ini Qada' dan Qadar.

Cuma manusia mencari Teknikal terkini yang bersesuaian dengan diri untuk memakmurkan dunia. Berpada padalah dalam blok keyakinan/secret/potensi atas asbab mencari momentum kehidupan.

Jelaskan? Wallahualam.😊👍
FarihanYahyaOfficial

15 Jan, 08:50

406

1. ANDA PERLU KENAL SIAPA ANDA

2. ANDA PERLU KENAL ISTERI & ANAK2 ANDA

3. APA KEKUATAN & KELEBIHAN ANDA. POLA MANUSIA DAN RUAS MENCARI REZEKI JUGA BERBEZA

4. APA KEPAKARAN ANDA UNTUK DIKOMERSILKAN (SETIAP INDIVIDU PUNYAI LEBIH 99 POLA & 999 POLA PERNIAGAAN)

5. BAGAIMANA NAK JANA PENDAPATAN MELALUI POLA DIRI ANDA

6. BAGI YANG SUDAH ADA BISNESS, APA CABANG BUSINESS APA YANG SESUAI

7. ANDA PERLU KETAHUI ZON KITARAN TURUN NAIK KEHIDUPAN


Rugilah Anda Lahir, Tapi Anda Tak Kenal Diri Anda

Jadilah Insan Baru 2025 dengan dapatkan buku RAHSIA HIKMAH DIRI

Berminat? Klik link sekarang https://tanyazaiza.wasap.my/NakBukuRahsiaHikmahDiri
FarihanYahyaOfficial

15 Jan, 08:15

397

Kelmarin detik 7.30 mlm satu pemergian yang sangat kita cemburui Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim.

Saya panggil almarhum guru MKI - Motivasi, Kepimpinan, Ilmu terpahat teguh di jiwaku.

Masih teringat2 pesanan almarhum suatu ketika dahulu ketika menyantuni almarhum ketika mengikuti kelas ilmu kehidupan yang dikendalikannya,

Satu ketika ada insiden yg berlaku. Dan prof minta saya pergi ke rumahnya untuk ambil barang. Dan *rumah beliau tidak berkunci.* Sering kali pun tak pernah berkunci walaupun tiada sesiapa pun di rumah. Beliau tanya saya "tak pelik ke tu? Saya tak kunci rumah?"

Ya semua pelik lah kan. Kata beliau.

"kalau kita buat apa yg Allah suruh, Allah jaga apa yg kita miliki. Kalau ada kecurian? Pasti ada yg tidak berkat dalam harta kita. Ambil lah. Begitulah juga dalam soal rezeki kita..."

Bila saya dah masuk dalam dunia faham AlQuran, baru saya faham sesuatu di situ. Bukanlah mahu galakkan setiap orang untuk tidak kunci rumah. Bukan. Tapi fahamilah ilmu alquran sehingga segala aspek kehidupan kita ikuti alquran.

Sehingga TIADA KEMELEKATAN PADA APA PUN. Melainkan kemelekatan pada Allah.

anda? Kita?
Melekat pada apa ya?
Subhanallah..

Semoga bermanfaat.
FarihanYahyaOfficial

12 Dec, 01:43

818

📣 Why You Need GUT RESET?

"Perut itu rumah penyakit."
Ini kata-kata al-Harith bin Abi Kaladah, seorang ahli perubatan Arab.
.

🤔 Tapi kenapa?
Kerana usus (gut) adalah kunci kepada kesihatan kita! Jika usus sihat, imuniti badan kuat dan tenaga bertambah. Tapi kalau usus bermasalah? Hormon terganggu, perut kembung, dan badan lesu.

💡 Penyelesaian?
👉 Mulakan GUT RESET sekarang!
Jaga usus, hidup lebih bermakna. 🌟

Selamat pagi dan semoga hari anda penuh positif!
Assalamualaikum 😘

#LiveYourBestLife
#GutResetNow
#GutPROtein
#amway
FarihanYahyaOfficial

11 Dec, 00:46

619

Sejak saya jumpa awak saya selalu rasa takut— takut kehilangan awak!

Good Morning! Happy Wednesday rakan positifku semua 💕

Assalamualaikum 😘

#LiveYourBestLife
#GutResetNow
#GutPROtein
#amway
FarihanYahyaOfficial

10 Dec, 05:16

374

LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

WAKTU SUBUH

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU DZUHUR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
FarihanYahyaOfficial

10 Dec, 05:16

556

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

------

P/s - Hanya berkesan apabila di awal waktu dan aura berjemaah tempat azan dilaungkan sahaja.

Pernah belajar tak Metafizik Aura?
FarihanYahyaOfficial

10 Dec, 00:31

355

Atuk Pesan

Bukan mudah nak Sabar disaat marah.Bukan mudah nak Senyum disaat sedih

Dan bukan mudah nak tahan disaat tercabar

Tapi ingat semua ini ujian. Kita kena kuat. Tahniah pada yg Berjaya💪🥰

Good Morning! Happy Tuesday rakan positifku semua 💕

Assalamualaikum 😘

#LiveYourBestLife
#GutResetNow
#GutPROtein