💗 ARABIC LOVERS 💗 @fansofarabic Telegram 频道

💗 ARABIC LOVERS 💗

💗 ARABIC LOVERS 💗
أهلا وسهلا ومرحبا بكم في هذه القناة

📗 Belajar Bahasa Arab untuk Pemula

📘 Kosa Kata Harian Bahasa Arab

📙 Terjemahan Melayu-Arab / Arab-Melayu

📗 Kata-kata Hikmah Bahasa Arab

📘 Nota Nahu, Sorof, Balaghah

📔 Aplikasi Bahasa Arab

📓 Dan sebagainya.
2,941 订阅者
628 张照片
16 个视频
最后更新于 15.03.2025 01:50

Belajar Bahasa Arab: Panduan Lengkap untuk Pemula

Bahasa Arab adalah salah satu bahasa yang paling banyak digunakan di dunia, dengan lebih dari 400 juta penutur asli. Sebagai bahasa resmi di 26 negara, bahasa ini tidak hanya penting untuk komunikasi sehari-hari, tetapi juga memiliki nilai historis dan kultural yang kaya. Dalam artikel ini, kami akan membahas berbagai aspek dari belajar bahasa Arab, mulai dari kosakata harian yang penting bagi pemula hingga teknik terjemahan antara bahasa Melayu dan Arab. Selain itu, kami juga akan melihat berbagai aplikasi yang bisa digunakan untuk memperdalam pemahaman bahasa Arab. Dengan pemahaman yang baik, pembaca diharapkan dapat berkomunikasi dengan lebih efektif dan merasakan keindahan dari bahasa ini.

Apa saja kosakata harian yang penting dalam bahasa Arab?

Kosakata harian merupakan dasar yang penting dalam belajar bahasa Arab. Misalnya, kata untuk sapaan seperti 'أهلا' (ahlan) yang berarti 'halo', dan 'كيف حالك؟' (kayfa halak?) yang berarti 'bagaimana kabarmu?'. Menguasai kosakata dasar ini sangat membantu dalam interaksi sehari-hari.

Selain itu, beberapa kosakata lain seperti 'شكرًا' (shukran) yang berarti 'terima kasih' dan 'نعم' (na'am) yang berarti 'ya' sangat sering digunakan dalam percakapan. Penting untuk membiasakan diri dengan kosakata ini agar dapat berkomunikasi dengan lebih lancar dan percaya diri.

Bagaimana cara menerjemahkan antara bahasa Melayu dan Arab?

Proses terjemahan antara bahasa Melayu dan Arab memerlukan pemahaman yang baik tentang struktur dan tata bahasa kedua bahasa tersebut. Menerjemahkan kalimat sederhana terlebih dahulu adalah langkah yang baik, seperti 'Saya suka belajar' menjadi 'أنا أحب التعلم' (ana uhibbu at-ta'allum).

Selain itu, berlatih dengan kalimat yang lebih kompleks bisa membantu dalam memahami konteks. Menggunakan kamus dan aplikasi penerjemahan juga sangat membantu untuk mendapatkan terjemahan yang akurat dan memahami nuansa bahasa.

Apa saja aplikasi terbaik untuk belajar bahasa Arab?

Ada banyak aplikasi yang dirancang khusus untuk membantu belajar bahasa Arab. Aplikasi seperti Duolingo dan Rosetta Stone menawarkan kursus interaktif yang menyenangkan dan bisa diakses kapan saja. Keduanya menyediakan bahan ajar yang beragam dari kosakata hingga tata bahasa.

Selain itu, aplikasi seperti Anki untuk flashcards dan HelloTalk untuk praktik berbicara dengan penutur asli juga sangat bermanfaat. Dengan variasi ini, pengguna bisa memilih metode belajar yang paling sesuai dengan gaya mereka.

Apa pentingnya mempelajari tata bahasa Arab?

Tata bahasa adalah fondasi dalam setiap bahasa, termasuk bahasa Arab. Memahami tata bahasa membantu dalam membentuk kalimat yang benar dan memudahkan pemahaman terhadap nuansa yang ada dalam bahasa. Tanpa dasar tata bahasa yang kuat, sulit untuk berkomunikasi dengan jelas.

Dalam bahasa Arab, memahami aturan penempatan kata dan bentuk kata benda sangat penting karena bisa mengubah makna kalimat. Misalnya, perubahan dalam jenis kata dapat mengubah makna, sehingga penting untuk mempelajarinya secara mendalam.

Bagaimana cara meningkatkan kemampuan berbicara dalam bahasa Arab?

Untuk meningkatkan kemampuan berbicara, praktik secara langsung adalah kunci. Bergabung dengan kelompok belajar atau kelas percakapan bahasa Arab dapat memberikan kesempatan untuk berbicara dengan orang lain dan mengimplementasikan apa yang telah dipelajari.

Selain itu, mendengarkan podcast atau menonton film dalam bahasa Arab juga membantu dalam memahami konteks dan ekspresi yang digunakan dalam komunikasi sehari-hari. Mengulangi frasa dan dialog yang didengar dapat membantu memperbaiki pengucapan dan kefasihan.

💗 ARABIC LOVERS 💗 Telegram 频道

مرحبا بكم في قناة 💗 ARABIC LOVERS 💗! هذه القناة مخصصة لكل محبي اللغة العربية والثقافة العربية. ستجد هنا موارد تعليمية تساعدك على تعلم اللغة العربية من الصفر وحتى الاحتراف. سواء كنت مبتدئًا أو ترغب في تحسين مهاراتك في اللغة العربية، فإن هذه القناة هي المكان المثالي لك

تتضمن المحتوى في القناة الدروس الأساسية لتعلم اللغة العربية للمبتدئين، وكذلك كلمات وعبارات يومية باللغة العربية. بالإضافة إلى ذلك، ستجد هنا ترجمات من اللغة الملاوية إلى العربية والعكس، وكذلك كلمات حكم ومواعظ باللغة العربية. لا تنسى أيضًا متابعة الدروس والملاحظات حول النحو والصرف وبلاغة اللغة العربية

وإذا كنت تبحث عن تطبيقات تعليمية وموارد أخرى لتحسين مهاراتك في اللغة العربية، فستجد هنا أيضًا توصيات وتلميحات حول أفضل التطبيقات والمصادر التعليمية. انضم إلينا الآن وابدأ رحلتك في عالم اللغة العربية واستمتع بالتعلم والاستكشاف!
نتطلع إلى رؤيتكم ومشاركتكم في هذه الرحلة المثيرة لاكتشاف جمال وسحر اللغة العربية. تابعونا وانضموا إلى مجتمع 💗 ARABIC LOVERS 💗 اليوم!

💗 ARABIC LOVERS 💗 最新帖子

Post image

📝 [ Asal Marfu'at: al-Mubtada' atau al-Fa'il? ]

Sesiapa yang mempelajari matan Al-Ajrumiyyah, pasti tahu bahawa Ibn Ājurrum memulakan perbahasan al-Marfu'at dengan bab الفاعل.

Sedangkan Ibn Malik di dalam Alfiyyahnya memulakan dengan bab الابتداء.

Apa munasabahnya?

قال العلامة الخضري (ت. ١٢٨٧هـ) في حاشيته على شرح ابن عقيل (ت. ٧٦٩هـ) على ألفية الإمام ابن مالك (ت. ٦٧٢هـ) رحمهم الله تعالى:

« وقدّم المصنف باب المبتدأ في سائر كتبه لأنه أصل المرفوعات عند سيبويه لأنه مبدوء به. وقيل: أصلها الفاعل لأن عامله لفظي ولذا قدّم ابن الحاجب. وقيل: كلٌ أصلاً. »

Di sisi Sibawayh, asal al-Marfu'at ialah الابتداء kerana ia dimulai dengannya.

Berbeza dengan Ibn Hajib memulakan dengan الفاعل kerana 'amilnya lafzi.

Menurut al-'Allamah al-Syeikh al-'Ashmawi di dalam hasyiahnya ke atas Al-Ajrumiyyah, 'amil lafzi lebih kuat berbanding 'amil maknawi. Disebabkan itu, didahulukan perbahasan الفاعل.

==============================
[https://t.me/fawaidlughawiyah]

06 Jan, 05:38
968
Post image

Nambah Uslub (1510)

HAMPIR : عَلَى أَبْوَابِ

Contoh:

كُنْتُ عَلَى أَبْوَابِ الزَّوَاجِ مِنْهَا.
Dulu Saya hampir menikah dengannya.

مُنْتَخَبُنَا عَلَى أَبْوَابِ التَّأَهُّلِ إِلَى كَأْسِ الْعَالَمِ.
Timnas kita hampir lolos ke Piala Dunia.

كُنْتُ عَلَى أَبْوَابِ الِالْتِحَاقِ بِهَذِهِ الْجَامِعَةِ.
Dulu saya hampir kuliah di universitas ini.

بَعْدَ شَهْرٍ مِنَ الْعِلَاجِ هُوَ الْآنَ عَلَى أَبْوَابِ الشِّفَاءِ.
Setelah satu bulan pengobatan, dia sekarang hampir sembuh.

هِيَ الْآنَ عَلَى أَبْوَابِ إِنْهَاءِ دِرَاسَتِها فِي الدُّكْتُورَاةِ.
Dia sekarang hampir menyelesaikan studi doktoralnya.

11 Nov, 03:11
1,310
Post image

Nota Bahasa Arab | anak
_______

1. anak kuda [الفَرَس] : مُهْر

2. ⁠anak lembu [ البَقَر] : عِجْل

3. ⁠anak keldai [الحِمار] : جَحْش

4. ⁠anak singa [الأَسَد] : شِبْل

5. ⁠anak dubuk [الضَّبْع] : فُرْعُل

6. ⁠anak serigala [الذِّئْب] : سِمْط

7. ⁠anak beruang [الدُّبّ] : دَيْسَم

8. ⁠anak musang [الثَّعْلَب] : هِجْرِس

9. ⁠anak gajah [الفِيل] : دَغْفَل

10. ⁠anak antelope [الظَّبْيَة] : خِشْف

11. ⁠anak babi [الخِنزِير] : خِنَّوْص

12. ⁠anak Arnab [الأَرْنَب] : خِرْنِق

13. ⁠anak biawak dhab [الضَّبّ] : حِسْل

14. ⁠anak tikus [الفأر] / anak anjing [الكَلْب] : دِرْص

15. ⁠anak burung unta [النَّعَم] : رَأْل

16. ⁠anak merpati [الحَمامة] : جَوَازِل

17. ⁠anak biri-biri yg sudah besar [ الضَّأن] : كَبْش (jantan) dan نَعْجَة (betina)

18. ⁠anak kambing yg sudah besar [الماعِز] : تَيْس (jantan) dan عَنْزَة (betina)

13 Oct, 11:56
434
Post image

Nota Nahu | Penjelasan tentang huruf jar في yang terdapat dalam doa qunut
_______

1. Huruf jar فِي dalam doa qunut اللهم اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ mempunyai dua kemungkinan makna dan kedua-duanya tidak begitu jauh bezanya.

PERTAMA : Membawa maksud الظَّرْفِيَّة, iaitu "di dalam" dan muta'allaqnya digugurkan. Jika dijelmakan muta'allaq yang digugurkan itu ayatnya akan berbunyi :

اللهم اهْدِنِي واجْعَلْني مُنْدَرِجًا فِيمَنْ هَدَيْتَ

"Ya Allah, pimpinlah aku dan jadikan aku termasuk di dalam kalangan orang-orang yang telah Engkau pimpin".

Ketika i'rab kita akan kata :

والجار والمجرور متعلق بمحذوف، تقديره واجعلني مندرجًا في…

KEDUA : Membawa maksud مَعَ (bersama-sama / sekali dengan). Justeru ayat اللهم اهْدِني فِيمَنْ هدَيْتَ bermaksud :

اللهم اهدني مَعَ مَنْ هديتَ

"Ya Allah, pimpinlah aku bersama-sama dengan orang yang telah Engkau pimpin".

2. Kata Ali bin Yahya al-Ziyadi (w: 1024H) seperti yang dinukilkan oleh al-Allamah al-Bujairimi (w:1221H) di dalam حاشية البجيرمي على الخطيب jilid 2 halaman 55 :

(فيمن هديت) أي معهم، ففي بمعنى مع أو التقدير واجعلني مندرجا فيمن هديت وكذا الاثنان بعده فالجار والمجرور متعلق بمحذوف، ز ي

"Yakni, pinpinlah aku bersama-sama mereka...."

[ Huruf ز ي merujuk kepada الزيادي di atas ]

3. Kata Ibn Hajar al-Haitami (w:974H) di dalam kitab تحفة المحتاج :

أي معهم لأَنْدَرِجَ في سلكهم

"Yakni (pimpinlah aku) bersama-sama mereka (orang-orang yang telah Engkau pimpin) supaya aku juga turut termasuk di dalam laluan mereka."

4. Tokoh bahasa, Abu al-Qasim al-Zajjaji (w:340h) di dalam kitab حروف المعاني والصفات halaman 83 menyatakan bahawa huruf jar في sememangnya boleh datang dengan maksud مع (bersama-sama / dengan / sekali dengan)

5. Kesimpulannya kita memohon agar Allah swt membimbing kita, memberi petunjuk, memimpin dan membawa kita ke jalan yang benar di Dunia dan Akhirat bersama-sama orang-orang yang telah mengecapi nikmat itu. Maksud ini terpakai kepada kedua-dua tafsiran maksud في seperti yang dinyatakan di atas.

6. Rasulullah s.a.w bersumpah dalam perang Khandak bahawa jika tidak kerana Allah kita tidak akan temui jalan yang benar. Sabda baginda :

واللَّهِ لَوْلَا اللَّهُ ما اهْتَدَيْنَا - رواه البخاري

7. Intisari doa ini ada dua. Pertama mohon agar dibimbing dan kedua mohon agar diletakkan sekumpulan dengan orang-orang yang telah terbimbing sebelum ini, iaitu para nabi-nabi, rasul, siddiqin, para syuhada dan sekalian orang soleh. Qiaslah dengan ayat-ayat dalam doa qunut seterusnya.

8. Dalam doa qunut ini juga ada terkandung rayuan hamba kepada Tuhan yang menciptanya. Seolah-olah kita berkata, "Ya Allah! Engkau telah bimbing orang-orang terdahulu, Maka dengan ihsan-Mu dan kurniaan-Mu bimbinglah aku dan masukkan aku dalam kalangan mereka."

13 Oct, 11:55
350