Últimas Postagens de Help with Hope - Cybertroopers Palestine (@cybertrooperspalestin) no Telegram

Postagens do Canal Help with Hope - Cybertroopers Palestine

Help with Hope - Cybertroopers Palestine
Currently this channel will update about the attack in Palestine. You can download all the attachments inside this channel and share it on your media social platform. Let's do this together. United we stand with Palestine.
34,193 Inscritos
2,565 Fotos
840 Vídeos
Última Atualização 05.03.2025 18:30

Canais Semelhantes

Bebelan Tarbawi
68,315 Inscritos
TV Pertiwi Official
14,279 Inscritos

O conteúdo mais recente compartilhado por Help with Hope - Cybertroopers Palestine no Telegram

Help with Hope - Cybertroopers Palestine

12 Feb, 20:55

2,083

Hanya Sebuah Nama Sudah Menakutkan Tentera Zionis!

Hebron, Tebing Barat – 10 Februari 2025

Tentera Israel telah menyerang sebuah tempat kerja untuk menahan seorang pekerja Palestin. Sebabnya? Dia menamakan anaknya “Sanwar”.

Mereka juga berusaha memaksanya untuk menukar nama anaknya, menunjukkan bagaimana hanya menyebut nama tertentu sudah cukup untuk menghantui mereka.

Peristiwa ini menggambarkan bagaimana ketakutan Israel terhadap perjuangan rakyat Palestin yang terus hidup, sehingga nama seorang anak kecil pun dianggap ancaman! Ayuh, sebarkan berita-berita ini agar semua tahu perjuangan Palestin tidak akan pernah padam. 🔥

___

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

12 Feb, 11:05

1,446

Sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Januari 2025, serangan berterusan oleh tentera Israel telah mengakibatkan:

🚨 Kematian lebih daripada 100 rakyat Palestin di Gaza.
🚨 901 rakyat Palestin cedera.
🚨 Sekatan keatas 3,500 truck bantuan kemanusia
🚨 Hanya 10% khemah perlindungan sampai pada rakyat Palestin dari 200,000 yang dijanjikan

Sumber:
https://www.merdeka.com/dunia/israel-langgar-perjanjian-gencatan-senjata-bunuh-lebih-dari-100-warga-palestina-di-gaza-311103-mvk.html

___

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

12 Feb, 07:28

1,430

Seorang komander Israel telah mengumumkan bahawa tenteranya akan kembali ke kawasan Netzarim di Gaza selepas berundur,

“Kami akan kembali ke sini lagi, jangan risau.”

“Hamas sedang bersiap, tetapi kami juga bersiap untuk pulang dan membawa pulang semua tebusan.”

“Rancangan Trump akan dilaksanakan dan kami akan kembali ke sini untuk membina semula semua penempatan.”


Kenyataan ini menunjukkan bahawa Israel mempunyai rancangan jangka panjang untuk terus menguasai Gaza, termasuk kemungkinan pembangunan semula penempatan haram di wilayah tersebut seperti yang telah dicadangkan oleh Donald Trump.

____

“Mereka menjalankan tipu daya, dan Allah juga membalas tipu daya (mereka), dan Allah adalah sebaik-baik perancang.” 🔥

(Surah Al-Anfal: 30)
___

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

11 Feb, 19:14

1,561

Hari ni, seorang kanak-kanak Palestin telah ditembak Israel dalam serbuan di bandar Sa’ir, Hebron, di Tebing Barat yang diduduki. Keadaan mangsa masih belum diketahui, tetapi laporan awal menyebut bahawa dia mengalami kecederaan serius.

Kezaliman ini berterusan walaupun dalam tempoh genjatan senjata yang sepatutnya berjalan. Sebarkan berita-berita ini agar semua tahu realiti sebenar yang masih dilalui saudara kita di Palestin.
__

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

11 Feb, 07:28

1,892

Donald Trump, sekali lagi mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan menyatakan bahawa beliau berkomitmen untuk membeli dan memiliki Gaza dan menyerahkan kepada negara-negara lain di Timur Tengah untuk proses pembangunan semula dengan pengawasan AS.

“Kami komited untuk memiliki Gaza, mengambilnya, dan memastikan Hamas tidak kembali ke sana,” tegas Trump.

Kenyataan ini mencetuskan kemarahan rakyat Palestin dan kecaman antarabangsa, dengan ramai yang melihatnya sebagai cubaan penjajahan terbuka oleh AS terhadap wilayah Palestin. Gaza, yang telah dikepung dan diserang selama berbulan-bulan, kini berdepan dengan ancaman baru yang boleh mengubah struktur geopolitik dan demografi wilayah tersebut.

__

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

11 Feb, 04:10

1,644

TIGA RAKYAT PALESTIN TERBUNUH LAGI!

Tiga mangsa ditembak ketika mereka cuba kembali ke runtuhan rumah mereka di kawasan timur Bulatan Al-Kuwait yang telah musnah dalam konflik sebelum ini. Ini telah menjadikan rekod sekurang-kurangnya 25 rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera akibat serangan Israel sepanjang perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Januari 2025.

Walaupun seruan untuk kedua-dua pihak mematuhi syarat gencatan senjata untuk mengelakkan semula keganasan seringkali ditegaskan, namun insiden seperti ini sekali lagi menunjukkan pelanggaran serius oleh pihak Israel. Kegagalan ini menyebabkan Hamas memilih untuk menangguhkan pembebasan tawanan Israel yang telah dijadualkan pada hari Sabtu “sehingga diberitahu kelak”.

__

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

11 Feb, 01:19

1,420

Tentera Israel di Tebing Barat, Palestin telah menghalang kanak-kanak Palestin daripada pulang ke rumah selepas waktu persekolahan, meninggalkan mereka dalam keadaan ketakutan dan ketidakpastian, manakala ibu bapa yang menunggu dihalau dengan ancaman dan ugutan keras.

Ini bukanlah sesuatu yang baru, sebaliknya menjadi sebahagian daripada tekanan berterusan terhadap penduduk Palestin di wilayah yang diduduki.

__

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

10 Feb, 21:24

1,630

9 Februari 2025, tentera Israel telah mengusir keluarga Palestin dari rumah mereka di kem pelarian Al-Far’a, Tebing Barat yang diduduki. Pengusiran ini berlaku di tengah-tengah serangan berterusan Israel terhadap kem tersebut, yang kini memasuki hari kelapan.

Sejak serangan bermula lebih seminggu lalu, tentera Israel telah:

🤬 Menahan puluhan rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan warga emas.
🤬 Melaksanakan serangan udara dan serbuan bersenjata menyebabkan kemusnahan besar.
🤬 Menghalang bantuan kemanusiaan daripada sampai kepada penduduk.

Kem pelarian Al-Far’a adalah salah satu daripada banyak kawasan yang menghadapi tekanan besar akibat pendudukan Israel, dengan rakyat Palestin di sana hidup dalam keadaan ketakutan dan ketidakpastian.

__

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

07 Feb, 14:50

2,303

“Kami tidak akan meninggalkan Gaza hingga titisan darah terakhir🔥

Seorang wanita Palestin di Gaza dengan lantang mengecam rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mahu mengosongkan Semenanjung Gaza daripada penduduk asalnya dan mengambil alih kawasannya bagi membina apa yang digelarnya sebagai “Riviera Timur Tengah”. Rancangan ini mencetuskan kemarahan rakyat Palestin, yang melihatnya sebagai usaha pembersihan etnik dan penjajahan terang-terangan oleh Amerika Syarikat dan Israel.

__

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

07 Feb, 12:19

2,255

Penduduk Beit Ijza Bertindak Berani, Buka Pintu Elektronik Israel untuk Selamatkan Wanita Tua Sakit

Beit Ijza, Tebing Barat – 6 Februari 2025

Penduduk Palestin telah bertindak berani dengan membongkar pintu elektronik Israel yang mengelilingi rumah keluarga Ghrayeb. Tindakan ini diambil bagi menyelamatkan seorang wanita tua yang sakit, yang terperangkap akibat sekatan ketat oleh pendudukan Israel.

Rumah keluarga Ghrayeb dikelilingi oleh penempatan haram Israel, menyebabkan mereka hidup dalam sekatan berterusan. Pintu elektronik yang dipasang oleh pihak berkuasa Israel menghalang akses perubatan dan keperluan asas, menyebabkan risiko besar kepada penduduk yang memerlukan rawatan segera dan sekatan ini sebagai alat penindasan terhadap rakyat Palestin.

__

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/