Dernières publications de Help with Hope - Cybertroopers Palestine (@cybertrooperspalestin) sur Telegram

Publications du canal Help with Hope - Cybertroopers Palestine

Help with Hope - Cybertroopers Palestine
Currently this channel will update about the attack in Palestine. You can download all the attachments inside this channel and share it on your media social platform. Let's do this together. United we stand with Palestine.
34,193 abonnés
2,565 photos
840 vidéos
Dernière mise à jour 05.03.2025 18:30

Le dernier contenu partagé par Help with Hope - Cybertroopers Palestine sur Telegram

Help with Hope - Cybertroopers Palestine

05 Mar, 11:01

523

Trend TikTok Israel: Mengejek Penderitaan Kanak-Kanak Palestin

Dalam video yang tular, mereka membuat panggilan kepada orang tua masing-masing untuk, mengajak menderma untuk kanak-kanak di #Gaza, lalu merakam reaksi makian dan hinaan yang kemudiannya dijadikan bahan ejekan dan gelak tawa. Penderitaan kanak-kanak Palestin terus dijadikan bahan permainan anak muda Israel hingga menjadi trend di tiktok! 🤬

“Sungguh, engkau (Muhammad) akan dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik…”

📖 (Surah Al-Ma’idah: 82)

Marilah lah kita jadikan bulan Ramadan ini sebagai pintu diangkat segala doa kita untuk kehancuran kezaliman Israel yang sememangnya telah mati hati mereka dengan sifat kemanusian yang ada.

———

Sebarkan berita ini dan terus ikuti @cybertrooperspalestin.

Teruskan perjuangan kita membantu Palestin di bulan Ramadan yang mulia ini. 🔥🇵🇸
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

02 Mar, 18:46

1,300

Solat Taraweeh di atas runtuhan Masjid Al-Albani di Khan Younis, #Gaza, yang telah dimusnahkan oleh tentera Israel.

Ini lah pembuktian keimanan mereka, tetap teguh dalam saf jemaah melaksanakan beribadah taraweh. Melapangkan kawasan tengah masjid yang telah hancur dan dipenuhi dengan runtuhan batu bata, demi memuatkan seramainya barisan jemaah demi menghidupkan bulan mulia ni.

Bagaimana dengan kita dan apa lagi alasan kita? Allahuakbar…🥲🥲

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang melarang di dalam masjid-masjid Allah untuk menyebut nama-Nya dan berusaha merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya memasukinya kecuali dengan rasa takut…”
📖 Surah Al-Baqarah (2:114)

Semoga Allah memberikan kemenangan dan perlindungan kepada mereka. 🤲

———

Sebarkan berita ini dan terus ikuti @cybertrooperspalestin.

Jom kita sama-sama tambah saham akhirat kita di bulan Ramadan ini dengan perjuangan kita untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

02 Mar, 12:47

1,403

Iftar pertama di tengah kehancuran di Rafah, #Gaza.

Sayu mendengar laungan azan, pemandangan sambutan Ramadan kita dan mereka sungguh sangat jauh berbeza. Bersyukurlah kita wahai umat manusia dan berpegang teguh lah pada ajaran Allah, tambahlah sebanyaknya amal ibadah disaat keamanan yang Allah kurniakan dan saling membantu diantara kita. Mereka di Palestin akan terus dalam ingatan kita.

Di sebalik runtuhan dan kesedihan, rakyat Palestin tetap menyambut Ramadan dengan penuh ketabahan. Dengan hidangan yang serba kekurangan, mereka berkumpul untuk berbuka puasa di bawah langit yang masih dipenuhi ancaman.

“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”
📖 Surah Al-Inshirah (94:6)

Semoga Allah memberikan mereka kekuatan dan kemenangan. 🤲🇵🇸

———

Sebarkan berita ini dan terus ikuti @cybertrooperspalestin.

Jom kita sama-sama tambah saham akhirat kita di bulan Ramadan ini dengan perjuangan kita untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

01 Mar, 06:33

2,431

RAMADAN DI PALESTIN

Alhamdulillah, kita dah masuk bulan yang penuh kemulian, bulan yang dinanti-nantikan seluruh umat. Ya Allah, pemudahkanlah amal ibadah kami, bantulah kami mencapai tingkat keimanan tertinggi disisiMu dengan bulan yang penuh tarbiyah ini.

Walaupun berdepan sekatan ketat oleh tentera Zionis, ribuan rakyat Palestin tetap teguh menunaikan solat Taraweeh di Masjid Al-Aqsa malam ini. Keimanan dan ketabahan mereka terus bersinar di sebalik ujian yang berpanjangan.

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalang menyebut nama Allah dalam masjid-masjid-Nya dan berusaha merobohkannya?”
📖 Surah Al-Baqarah (2:114)

Semoga Allah terus melindungi Al-Aqsa dan mengurniakan kekuatan dan kebebasan kepada saudara-saudara kita di Palestin. 🤲🇵🇸

———

Sebarkan berita ini dan terus ikuti @cybertrooperspalestin.

Jom kita sama-sama tambah saham akhirat kita di bulan Ramadan ini dengan perjuangan kita untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

25 Feb, 13:47

2,753

TAHNIAH MYFUNDACTION!

Hari ini menjadi saksi keberanian dan kejayaan sebuah NGO Malaysia 🇲🇾 dalam meneruskan misi kemanusiaan ke bumi Gaza.

Segala puji bagi Allah! Di sebalik segala cabaran dan kepayahan yang dihadapi oleh barisan sukarelawan MyFundAction, kejayaan ini juga terhasil daripada sokongan padu rakyat Malaysia dan Indonesia yang tidak pernah berhenti memberi kerjasama, baik dari segi kewangan, tenaga, penyebaran maklumat, mahupun doa yang tidak putus-putus untuk saudara kita di sana.

Alhamdulillah, kita berjaya menghantar 3 Kontena Bantuan ke Gaza:

🚚 1 Kontena Air Minuman (880 botol, 1.5L setiap satu)
🚚 1 Kontena Pek Makanan (1,300 kotak, 10kg setiap satu)
🚚 1 Kontena Tepung (20 tan)

📖 Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barang siapa yang meringankan kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia, maka Allah akan meringankan kesusahannya dari kesusahan Hari Akhirat…”
(Hadis Riwayat Muslim)

Turut serta dalam perjuangan ini adalah barisan KOL yang membantu dalam menyampaikan dan menyalurkan bantuan:
- Arie Untung
- Fenita Arie
- Ricky Harun
- Herfiza
- Rizal Armada
- Monica Imas
- Dr. Oki Setiana Dewi
- Aliza Kim

Semoga usaha ini dikurniakan keberkatan dan pertolongan daripada Allah SWT serta diterima sebagai amal soleh yang berlipat ganda ganjarannya di dunia dan akhirat. Aamiin.

———

Sebarkan berita gembira ini dan terus ikuti @cybertrooperspalestin.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

21 Feb, 05:50

2,464

Dr. Hussam Abu Safiya, Pengarah Hospital Kamal Adwan, Muncul Dalam Keadaan Dirantai Dalam Tahanan Israel

Beliau telah ditahan oleh tentera Israel pada Disember lalu di Gaza dan dibawa ke kem tahanan tentera Sde Teiman di Gurun Negev, Israel, sebelum dipindahkan ke Penjara Ofer.

Penahanan petugas perubatan seperti Dr. Hussam Abu Safiya mencerminkan pelanggaran undang-undang antarabangsa, yang melindungi hospital dan kakitangan perubatan dalam zon konflik.

“Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(Al-Anfal: 10)

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Dr. Hussam Abu Safiya dan semua tahanan Palestin yang dizalimi serta kemenangan untuk mereka.

___

Terus ikuti @cybertrooperspalestin.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

20 Feb, 11:33

2,269

Hamas telah menyerahkan mayat empat tahanan Israel di Khan Younis, Gaza.

Hamas menjelaskan bahawa mereka telah “memelihara nyawa tahanan pihak penjajah, memberikan apa yang termampu, dan melayan mereka dengan baik,” namun akhirnya mereka terbunuh bersama penjaga mereka dari kalangan Hamas dalam serangan tentera Israel sendiri yang berterusan di bawah arahan Benjamin Netanyahu.

Dalam kenyataan lanjut, Hamas menyebut:

“Netanyahu kini menangisi mayat tahanannya yang kembali dalam keranda, sebagai cubaan terang-terangan untuk mengelak daripada bertanggungjawab atas kematian mereka di hadapan rakyatnya sendiri.”

Ini telah menambah lagi ketegangan dalam konflik yang berlarutan. Mari sama-sama kita doakan agar Allah terus menyebelahi rakyat Palestin yang terus berjuang demi keadilan dan keamanan negara mereka.
___

Terus ikuti @cybertrooperspalestin.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

17 Feb, 15:04

2,980

🇲🇾 TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA!

Dengan izin Allah, kita berjaya menyediakan air bersih di seluruh Jalur Selatan Gaza dan ini bukan lah tugas yang mudah. Kecekalan dan usaha sukarelawan MyFundAction telah mengangkat nama Malaysia sebagai frontliner dalam misi kemanusiaan ini.

Pastinya ini adalah kemenangan buat rakyat Palestin dan semua rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti memberi kerjasama dari segi kewangan, tenaga, sebaran info, mahupun doa untuk saudara kita di sana. Setiap amal kita menjadi bukti solidariti dan mudahan sebagai timbangan di akhirat kelak.

Allah SWT berfirman:

“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki…..”

(Al-Baqarah: 261)

___

Sebarkan berita gembira ini dan terus ikuti @cybertrooperspalestin.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

14 Feb, 08:22

2,826

Dalam sebuah video yang kini tular, kelihatan tahanan tentera Israel berada dalam jagaan pejuang Palestin. Video tersebut memperlihatkan suasana yang jauh berbeza daripada propaganda Israel, di mana para tahanan dilayan dengan maruah dan kemanusiaan oleh pihak pejuang Palestin.

Briged Al-Quds (Saraya Al-Quds), sayap ketenteraan Jihad Islam Palestin, dalam satu kenyataan tegas menyatakan bahawa nasib rejim Zionis akan ditentukan oleh tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
___

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

13 Feb, 16:36

2,539

Presiden Mesir Sisi dan Raja Jordan Abdullah Nyatakan Kesediaan Bekerjasama dengan Donald Trump

Kedua-dua pemimpin menegaskan bahawa mereka akan berusaha untuk mencari penyelesaian jangka panjang sambil menekankan kepentingan kestabilan di Palestin, Jordan, dan Mesir.

Walau bagaimanapun, ramai pihak melihat langkah ini dengan penuh kecurigaan, terutamanya selepas Trump mengumumkan hasratnya untuk “memiliki Gaza” dan membangunkannya semula mengikut kepentingan AS dan Israel dan mengabaikan hak palestin.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

“Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri tanpa mereka sedari.”
(Surah Al-Baqarah: 9)

Ayat ini menggambarkan bagaimana ada pihak berpura-pura mendukung keadilan, sedangkan niat sebenar mereka mungkin penuh dengan kepentingan politik.

___

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/