Dernières publications de Help with Hope - Cybertroopers Palestine (@cybertrooperspalestin) sur Telegram

Publications du canal Help with Hope - Cybertroopers Palestine

Help with Hope - Cybertroopers Palestine
Currently this channel will update about the attack in Palestine. You can download all the attachments inside this channel and share it on your media social platform. Let's do this together. United we stand with Palestine.
34,193 abonnés
2,565 photos
840 vidéos
Dernière mise à jour 05.03.2025 18:30

Le dernier contenu partagé par Help with Hope - Cybertroopers Palestine sur Telegram

Help with Hope - Cybertroopers Palestine

06 Feb, 14:36

2,073

Seruan Kejam untuk Pembunuhan Rakyat Palestin di Gaza 🤬

Nitza Shmueli, ibu kepada Barel Hadaria, seorang penembak tepat tentera Israel yang terbunuh pada tahun 2021, telah mengeluarkan kenyataan penuh kebencian yang menyeru kepada pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza. Dalam satu kenyataan yang mengejutkan, beliau berkata:

“Hapuskan sahaja mereka dari udara. Kanak-kanak, bayi, itu bukan urusan kita. Hapuskan mereka satu per satu.”

Ucapan ini mencerminkan mentaliti genosid dalam kalangan masyarakat Israel, terutama dalam konteks pembunuhan berterusan terhadap rakyat Palestin di Gaza tanpa belas kasihan terhadap orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak.
__

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

06 Feb, 12:26

2,192

Briged Saraya al-Quds Menolak Kenyataan Presiden Donald Trump Mengenai Penjajahan Gaza

Gaza, 5 Februari 2025 – Briged Saraya al-Quds, sayap ketenteraan Jihad Islam Palestin, telah mengeluarkan kenyataan balas terhadap pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang menyatakan hasrat untuk menjajah Semenanjung Gaza dan memindahkan penduduknya ke negara-negara lain.

Dalam kenyataan tersebut, Briged Saraya al-Quds menegaskan bahawa rancangan Trump adalah ilusi semata-mata dan tidak akan menjadi kenyataan. Mereka menekankan bahawa:

💢Kegagalan Israel: Meskipun Israel telah mengebom Gaza selama 15 bulan, mereka tidak berjaya memusnahkan seluruh pasukan pejuang Palestin.

🔥Keteguhan Pejuang: Para pejuang Palestin hanya memikirkan dua perkara: kemenangan atau syahid.

Rancangan Trump telah menerima kecaman meluas di peringkat antarabangsa, dengan banyak pihak menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan berpotensi mencetuskan ketidakstabilan di rantau tersebut.

__

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

04 Feb, 17:52

2,514

Wasiat Syahid Palestin: Nour Al-Din Mahmoud Al-Saadi

“Jika kalian menerima khabar tentang kesyahidan saya, ketahuilah bahawa saya telah berdoa kepada Allah dan inilah yang saya harapkan. Saya mohon agar kalian tidak bersedih dan doakan saya agar diterima sebagai syahid di sisi-Nya.

Buat ibuku tercinta, permata berharga dalam hidupku, aku memohon dari langit yang tinggi agar engkau tidak berduka. Ketahuilah dengan sepenuh hatimu, andai bukan kerana cintaku untuk bertemu Allah, meraih syurga, dan berjuang di jalan-Nya, aku tidak akan sanggup berjauhan darimu selama setahun ini.”

Nour Al-Din Mahmoud Al-Saadi, komander dalam Briged Al-Qassam, telah syahid dalam pertempuran dengan tentera Israel di Jenin, Tebing Barat yang diduduki.

#Palestine #Jenin #FreePalestine

__

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

04 Feb, 14:37

2,030

Hasbunallah Wanimal Wakeel….

Pada hari Ahad lalu, tentera Israel telah meletupkan seluruh blok perumahan di kem pelarian Jenin dan 20 buah rumah milik rakyat Palestin di kawasan kejiranan Al-Damj telah dimusnahkan sepenuhnya dalam serangan kejam tersebut. Letupan besar itu mengubah kawasan perumahan yang dahulunya penuh dengan kehidupan menjadi runtuhan dan debu, menyebabkan ramai keluarga kehilangan tempat berteduh.

Serangan ini berlaku di tengah-tengah peningkatan serangan tentera Israel di Tebing Barat, terutamanya di Jenin, yang sering menjadi sasaran serbuan tentera atas alasan yang didakwa berkaitan dengan “keselamatan.” Namun, tindakan ini jelas merupakan sebahagian daripada usaha sistematik untuk menekan dan mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka.

#Palestine #Jenin #FreePalestine

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

03 Feb, 14:10

4,637

Sebuah rakaman video yang tular di media sosial memperlihatkan keberanian luar biasa seorang wanita Palestin dari Ramallah ketika berdepan dengan tentera penjajah Israel yang menceroboh masuk ke rumahnya. Dalam situasi yang tegang itu, wanita tersebut dengan lantang berkata:

“Ini rumah saya, kamu tak boleh masuk sini. Nak tembak saya? Tembaklah, saya tak takut pada kamu!”

Kata-kata penuh keberanian ini mencerminkan semangat kental rakyat Palestin yang tetap teguh mempertahankan hak dan maruah mereka walaupun berhadapan dengan ancaman senjata. Tentera Israel, lengkap bersenjata dan memakai perisai penuh, kelihatan teragak-agak berdepan dengan keberanian wanita tersebut, yang berdiri tanpa sebarang perlindungan, hanya bersandarkan kepada keyakinan dan prinsipnya. 🔥🔥
__

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama berjuang untuk bumi Palestin 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

03 Feb, 10:43

1,767

Rafah, Mesir, pada 31 Januari 2025 yang lalu, beribu-ribu rakyat Mesir berhimpun berhampiran pintu sempadan Rafah, menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mencadangkan pemindahan penduduk Palestin dari Gaza ke Mesir dan Jordan. Demonstrasi ini, yang jarang mendapat kebenaran kerajaan, menyaksikan para peserta mengibarkan bendera Mesir dan Palestin serta melaungkan slogan-slogan solidariti.

Cadangan Trump, yang digambarkan oleh banyak pihak sebagai “pembersihan etnik,” mencetuskan kemarahan dan penolakan meluas di kalangan rakyat Mesir dan masyarakat antarabangsa. Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi, menegaskan bahawa Mesir tidak akan terlibat dalam sebarang rancangan pemindahan penduduk Palestin ke Sinai, menyatakan bahawa tindakan sedemikian adalah tidak adil.

_______

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita sama-sama menjadi sebahagian mereka yang ikut serta mebangunkan semula Palestin. 🍉
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

30 Jan, 12:49

766

Sejak perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa pada 19 Januari 2025, lebih daripada 423,000 orang telah melintasi wilayah sekitar 7 hingga 8 kilometer, memulakan perjalanan pulang ke utara dari tempat perpindahan mereka di selatan Semenanjung Gaza. Pergerakan besar-besaran ini berlaku selepas Israel membuka semula pos pemeriksaan Jalan Salah Ad-Din yang membolehkan penduduk kembali ke kawasan asal mereka.

Semoga Allah melindungi mereka dalam perjalanan ini, mengurniakan keselamatan, ketabahan, dan kekuatan untuk membina semula kehidupan mereka di tanah air yang tercinta. 🇵🇸

Terus ikuti @cybertrooperspalestin untuk update seterusnya.

Jom kita kongsi sedikit kebahagiaan buat mereka di Gaza 🫶
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

18 Oct, 16:52

6,368

“And do not think of those who have been killed in the cause of Allah as dead. Rather, they are alive with their Lord, receiving provision."
— Surah Al-Imran (3:169)

Today, we honor the life and sacrifice of Yahya Sinwar, a symbol of resilience and leadership.

His unwavering dedication to his people inspires us all to keep striving for justice and peace. May Allah reward him with the highest paradise.
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

03 Sep, 12:02

8,415

Ini tentang adik Abdel Maged, anak Palestin yang tercedera kerana rumahnya runtuh disebabkan serangan tentera Israel di Gaza sehingga menyebabkan serpihan rumahnya yang runtuh menimpa pehanya 🥹💔

Let's be part of us ,
Hadiah daripada Jiwa Baik buat mereka 🍉

https://mfa.myfundaction.org.my/order/form/t01-projek-opsihsan-palestin
Help with Hope - Cybertroopers Palestine

03 Sep, 07:01

5,860

Reaksi yang tidak dijangka apabila kami memberi bendera Malaysia dan Palestin kepada mereka 🇵🇸❤️🇲🇾

Jiwa Baik, jom jadi sebahagian daripada kami dengan memberi hadiah buat Palestin 🍉

https://mfa.myfundaction.org.my/order/form/t01-projek-opsihsan-palestin