CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia (@cprckkm)の最新投稿

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia のテレグラム投稿  

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
431,081 人の購読者
28,053 枚の写真
309 本の動画
最終更新日 01.03.2025 04:37

類似チャンネル

JAKIM
21,189 人の購読者
RHB Investment Bank Official
20,496 人の購読者
Bacaan Online
16,223 人の購読者

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia によってTelegramで共有された最新のコンテンツ


Human Metapneumovirus (hMPV) adalah jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dari keluarga Pneumoviridae.
Jangkitan hMPV bukanlah penyakit baharu dan tidak diwajibkan untuk dinotifikasi di bawah Akta 342.
Gejala penyakit ini seperti batuk, sakit tekak, demam, selesema, dan sakit kepala adalah sama dengan gejala penyakit jangkitan saluran pernafasan yang lain.
Untuk mencegah jangkitan, amalkan langkah-langkah seperti kerap mencuci tangan, menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, serta memakai pelitup muka, terutama di tempat sesak atau jika bergejala.
Dengan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan langkah pencegahan, kita dapat bersama-sama mencegah penyebaran jangkitan penyakit saluran pernafasan, termasuk hMPV.
Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan untuk kesejahteraan semua.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/1006661144829222

https://x.com/beritartm/status/1875874798481666315

📌 Saksikan temu bual bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood, Pakar Perubatan Kesihatan Awam daripada Bahagian Kawalan Penyakit KKM yang akan membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan penyakit 'human metapneumovirus' hMPV.

Platform: Selamat Pagi Malaysia RTM 📺
Tarikh: 6 Januari 2025 (Isnin) 🗓️
Masa: 8:15 Pagi
Topik: Wabak hMPV di China, Adakah Sama Seperti COVID-19?

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#MalaysiaMadani
#TaatSetia

RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 31 Disember 2024. Keadaan ini berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung dan Sabah dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Buruk & Waspada) berkuat kuasa sehingga 30 Disember 2024.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 1:00 tengah hari
Tarikh: 29 Disember 2024

#ramalancuacasignifikan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI

‘Microsleep’ 🥱 boleh terjadi sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri dan penumpang kenderaan.

Berhenti rehat atau tidur sebentar di hentian rehat dan rawat (RnR) sekiranya mengalami gejala ini semasa dalam pemanduan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Acute Gastroenteritis (AGE) ialah keradangan pada lapisan usus yang berpunca daripada jangkitan. Kebanyakan jangkitan disebabkan oleh virus, namun ia juga boleh berpunca daripada bakteria atau parasit. Ia tersebar melalui makanan atau air tercemar dan kemudiannya berhubung dengan individu yang berjangkit.
Penyakit AGE boleh dicegah dan dielakkan sekiranya anda mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.
Ketahui tanda dan gejala AGE serta cara-cara untuk mencegah jangkitan penyakit AGE.
Sekiranya anda mengalami gejala yang dinyatakan segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran anda dengan segera.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.
Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Kuman yang terdapat pada telapak tangan dapat dipindahkan antara satu individu dengan yang lain. 🦠
💧Ketika ini, amalan membasuh tangan sangat penting untuk mengekang penularan bakteria berbahaya. Oleh itu, setiap individu perlu mengamalkan cara basuh tangan yang sempurna agar tangan sentiasa kekal bersih dan terhindar daripada kuman dan kotoran.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA
(pada jam 6:00 AM, 10 Disember 2024)
Sumber: NDCC, NADMA
Untuk maklumat lanjut, layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#taatsetia
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama