Bina Syurga Di Rumah @binasyurgadirumah Channel on Telegram

Bina Syurga Di Rumah

@binasyurgadirumah


Wanita, jantung keluarga. Walau lelah, susah, perit teruslah kuat untuk bina syurga di rumah, dunia memang tempat kita di uji.

Berjuang persiapkan keluarga Kita untuk jumpa ALLAH di rumah syurga yang Abadi. 💚(group ini khas utk muslimah sahaja)

Bina Syurga Di Rumah (Malay)

Selamat datang ke channel 'Bina Syurga Di Rumah'! Bagi wanita, mereka adalah jantung keluarga. Walaupun menghadapi keletihan, kesukaran, dan kesakitan, mereka tetap kuat untuk membina syurga di rumah. Dunia ini memang tempat di mana kita diuji, namun dengan bersungguh-sungguh, kita dapat bersedia untuk berjumpa dengan ALLAH di rumah syurga yang kekal. Channel ini adalah khas untuk muslimah sahaja. Di sini, anda akan mendapat sokongan, petua, dan inspirasi untuk terus berjuang dalam mempersiapkan keluarga anda. Sertailah kami dalam perjalanan membangunkan rumah tangga yang penuh rahmat dan keberkatan. Mari kita bersama-sama membina syurga di rumah kita! 💚

Bina Syurga Di Rumah

17 Jan, 15:24


Bila ALLAH bagi kita faham tentang setiap kejadian adalah aturan dari NYA…

Setiap perkara yang rasa berat kita akan lalui dengan sabar.

Setiap tanggungjawab kita hadap dengan keikhlasan ..

Setiap apa yang kita dapat walau sikit, walau tak seberapa, kita akan hargai..

Syukur ALLAH bagi Faham…
Sabar & syukur kunci keharmonian hati❤️

Bina Syurga Di Rumah

30 Dec, 11:01


Sebab tu lah anak2 kecil ni anak syurga . Kerana hatinya penuh dgn kasih sayang. Kita nak kekal dengan hati begitu.
Sayang semua. …
Hati yg penuh dgn kasih sayang,
semoga kembali juga dgn kasih Sayang,
Agar ALLAH & RASUL Sayang…❤️

Bina Syurga Di Rumah

28 Dec, 10:29


Jaga hati dari bersangka-sangka.

Bersangka-sangka ni Buat hati kita rosak.

Jika kita ni ada rasa bersangka-sangka sebenarnya kita jenis rasa diri lebih baik Dari orang.

Rasa diri lebih mulia dari orang lain.

Jika datang perasaan itu, terus hancurkan dengan muliakan orang lain,

buat paling baik pada orang

beri khidmat khudrat kita utk buat orang lain happy.

Begitulah hati kita ni, kena selalu duduk dengar pesan guru….
supaya kita sentiasa Sedar diri.

Bina Syurga Di Rumah

25 Dec, 14:33


Sebenarnya kita semua sedang menunggu giliran untuk bertemu ALLAH.

Mungkin esok…

Jadi jangan biarkan hati kita ini di isi dengan perasaan tak suka atau membenci walau siapa saja.

Di alam kubur,
Kita akan di tanya siapa yang kita sembah,
Apa kiblat kita..
Dan soalan akhir malaikat akan bertanya tentang bagaimana hubungan kita dengan saudara kita..

ALLAH…
Takut sangat..
Akibat sedikit rasa tak suka
Rasa benci kita pada orang lain…
Kita tak lepas soalan di alam barzah nanti.

Ustaz pesan jumpa siapa pun, Biasakan diri bersalaman disertakan dengan mohon maaf.

Mungkin hati kita ini ada tersimpan sedikit rasa benci yang akibatnya ALLAH tak pandang kita .
NAUZUBILLAH….

Pesan ABUYA guru kami, kita jangan fikir tentang rasa orang pada kita. ALLAH tak tanya kenapa orang tak suka kita .

Yang ALLAH akan tanya kenapa kita tak suka pada orang. Kenapa hati kita ada benci pada orang.

Semoga hati kita penuh dengan kasih dan sayang.
Semoga dengan kasih dan sayang ini ALLAH & RASULULLAH pandang kita💚

Bina Syurga Di Rumah

11 Dec, 18:59


Masa umrah hari tu terpaksa bagi gadget untuk anak-anak.

Terpaksa bagi sorang satu handfon sebab syarat nak masuk raudah kena daftar application nusuk setiap sorang yang berlainan.

Antara sebab lain, senang jika terpisah dengan anak-anak boleh call atau tengok location anak kat mana.

Dekat dua minggu saya lepaskan anak dengan handfon.. memang mereka teruja sangat.

Tambah pula ramai anak-anak jemaah yang sama-sama ada fon. Anak-anak saya nampak sangat muka seronoknya. Saya biarkan sahaja tetapi tetap memantau..

walaupun sekejab, saya kesan banyak keburukan.

Antaranya tak dapat kawal masa, lalai dengan YouTube & game.

Yang paling ketara, tentang adab. Mereka boleh bercakap dengan mak bapak ni dengan mata di screen handfon. İni memang saya tak dapat terima.

Balik dari umrah, saya minta pulangkan handfon.

Tak susah nak ambil balık fon dengan mereka sebab saya sentiasa sematkan dalam fikiran mereka.

Mama tak bagi fon sebab sayang. Mereka dah faham.

Tak bagi anak-anak gadget antara usaha kami untuk jaga mata anak-anak.

Jika kita ada cita-cita nak anak-anak hafal Al Quran, kita sebagai ibu mesti bantu mereka untuk jaga panca indera mereka dari kecil.

Sebagai anak kecil, mereka tak faham apa yang patut mereka buat. Kita ibu bapa lah yang bertanggungjawab sehingga akal anak dapat berfungsi pada masanya.

Begitulah…
Semoga perjuangan kecil ini ALLAH bantu. 💚
https://t.me/binasyurgadirumah

Bina Syurga Di Rumah

09 Dec, 18:21


Amalan sebelum tidur dengan harapan mandapat redha ALLAH & senyuman RASULULLAH .

1) Ambil wuduk

2) Solat Taubat

3) Baca Al Fatihah, hadiahkan untuk diri sendiri, muslimin muslimat & juga Rasul junjungan tercinta .

4) Baca doa tidur & 3 Qul

5) Minta maaf dengan suami & anak-anak.

6) maafkan semua orang, hantar kasih dan sayang pada semua dengan senyuman dan berlapang hati. Doakan semuanya dalam kasih sayang ALLAH.

7) Baca Bismillah 21x

8) Tidur dengan selawat & niat untuk bangun tahajud. Doa Allah kejutkan kita .

Semoga akhir hidup kita dengan hati yang penuh dengan kasih dan sayang.
SoluAlanNabi💚💚💚

Bina Syurga Di Rumah

05 Dec, 08:16


Perjalanan ke kota cinta ini pasti kita akan di uji dengan cinta.

Dalam bercinta pasti ada perasaan cinta yang mendalam,

Rasa untuk memiliki..

Rasa yang bersangka-sangka,

Perasaan yang terguris,

Bebanan rindu yang terbeban,

Cemburu yang mendatang,

Resah yang tak di duga.

Semua rasa itu ada dalam diri seorang pencinta,

Rasa yang datang untuk menguji benarnya cinta…
SoluAlanNabiy💚💚💚

Bina Syurga Di Rumah

22 Nov, 01:29


Mudarat ada hasad dalam hati kita. .

1) Semua amalan kita berterbangan macam debu. Akhirat nanti terkejut sikit pun kebaikan Allah tak tanda

2) Allah tak redha pada orang yang hasad, sebab dia tidak Redha dengan nikmat yg Allah bagi pada orang lain & tidak syukur dengan nikmat yang Allah bagi padanya

3) Orang hasad ni hati sentiasa keluh kesah, tak suka lihat nikmat orang. Kelebihan .

4) Keluh kesah kerana di dunia lagi malaikat melaknat orang yang dalam hati ada hasad . Bau busuk hati di bau oleh malaikat. Bayangkan bagaimana keadaan orang yang hasad ni bila di laknat malaikat rahmat

Kitab Qalbun Salim.
22/11/2024

Bina Syurga Di Rumah

16 Nov, 03:05


Kita beruntung bila ada sahabat yang memiliki lima karektor ini

1) Sahabat yang ada bersama kita dari kecil, dia tahu baik buruk kita tapi masih bersama kita.

2) Sahabat yang sentiasa ada bersama kita ketika susah dan senang. Bersama tak semestinya dekat. . Kadang yang jauh itu lebih rasa kesusahan kita

3) Sahabat yang bila bersama , dia cakap perkara kebaikan. Ada saja pengajaran dari kata-katanya. Bila Jauh pula sentiasa up status yang positif

4) Sahabat yang bila kita buat salah, dia tidak diam. Dia tegur salah kita. Kerana baginya yang utama adalah kebaikan kita.

5) Sahabat yang sentiasa menjaga aib kita, bercakap baik tentang kita di belakang kita. Menjaga Maruah kita.

Sahabat tak semestinya seorang kawan kita, suami kita boleh jadi sahabat kita, adik beradik kita boleh jadi sahabat kita, staf kita juga boleh jadi sahabat kita. Siapa sahaja boleh jadi sahabat kita bila dia faham nilai sebuah persahabatan.

Imam Asy Syafi'i
rahimahullah mengatakan:

“Jika engkau mempunyai teman yang membantumu dalam ketaatan, maka peganglah ia erat-erat. Karena mendapatkan teman baik itu sulit, sedangkan berpisah darinya sangat mudah”

Semoga ALLAH fahamkan kita erti sebuah hubungan persahabatan.
Sahabat, semoga ALLAH berkati persahabatan kita🥰

Bina Syurga Di Rumah

15 Nov, 03:28


Pagi tadi lepas anak-anak semua ke sekolah, Sambil tunggu kelas Qalbun Salim mula, kami Morning walk sambil menikmati kebesaran Allah.

Ambo ni selain tengok Laut, ambo sangat suka tengok hijau pokok.

ALLAHUAKBAR…
Daun hijau Allah cipta beribu jenis berlainan bentuk. Hebat ciptaan Allah.

Macam mana kita kat syurga kan. tengok hijau ni pun dah tenang sangat dah.

Ya ALLAH, terima kasih bagi kami rezeki nikmat ini. Dengan izinMU kami dapat berjalan. Dengan izinkanMU kami dapat melihat nikmat ciptaanmu.

Ya ALLAH…
Izinkan kami berjalan di bumi ini, dengan perjalanan sebetul-betulnya Hamba..
https://t.me/binasyurgadirumah

Bina Syurga Di Rumah

14 Nov, 12:27


Empat sebab kenapa isteri atau ibu wajib bijak menguruskan keluarga

1) Seorang isteri atau ibu adalah contoh paling dekat dengan anak-anak. Kalau tak semua ada lah sorang yang ikut perangai kita. Maka tunjukkan contoh yang baik untuk ikutan anak-anak.

2) İsteri yang berperanan membantu suami dalam melaksanakan tangungjawab dan khidmat untuk ibunya, pasti dikurniakan rumah tangga yang aman damai asbab Khidmat seorang anak lelaki pada syurganya.

3) Isteri yang bijak mengatur urusan fardu ain suami dan anak-anak, adalah isteri yang sedang menyelamatkan suami & anak dari terhumban dalam api neraka.

4) Isteri yang bijak buat keputusan dalam keluarga mencerminkan karektor seorang suami. Kita pun pernah dengarkan isteri adalah pakaian bagi suami.

Begitulah hebatnya peranan seorang isteri, kita di anggapkan pakaian seorang suami. Dan pakaian itu ibarat maruah seorang suami. Semoga ALLAH pandu kita jadi seorang isteri dan ibu yang bijak dalam setiap tindakan.
https://t.me/binasyurgadirumah

Bina Syurga Di Rumah

14 Nov, 00:09


Lima sebab kenapa ibu adalah insan yang sangat penting untuk kejayaan anak-anak menghafal Al Quran.

1) Kerana Doa seorang ibu mampu menembusi langit

2) Kerana niat seorang ibu akan memberi kesan pada anak-anak

3) Kerana Khidmat seorang ibu sangat ALLAH pandang

4) Kerana semangat seorang ibu untuk memastikan anak semangat dapat di rasa oleh anak.

5) Kerana kelembutan seorang ibu dapat melembutkan hati anak-anak.

Wahai ibu….
Jom kita mulakan dengan niat. Kita pilih circle untuk menambah semangat. Hidup ini bila kita berada bersama dengan mereka yang jelas tujuannya. Senang untuk kita berjalan menuju misi kita. INSYAALLAH
https://t.me/binasyurgadirumah

Bina Syurga Di Rumah

12 Nov, 02:13


Belum terlambat untuk kita belajar jadikan anak lelaki kita ketua keluarga yang berfungsi , anak perempuan kita mencetak generasi yang menjaga agama.


Dari tadika hingga masuk universiti ingat balik apa yang ibu ayah kita pesan.

Belajar betul-betul jadi orang berjaya .

Tapi adakah kita jelas dengan maksud berjaya.

Bila kita sendiri jadi ibu bapa kepada anak. rata-rata kita sebagai ibu bapa juga faham, berjaya itu bila anak berjaya dapat segulung ijazah & dapat perkerjaan yang baik.

Tapi …fahaman itu bukanlah salah. Itu juga pencapaian kejayaan sebagai ibu bapa.

Cuma…
Semakin kita berumur, semakin kita akan faham definisi sebenar sebuah kejayaan sebagai ibu bapa.
Kita nak anak kita jadi macam mana makin jelas…

Kejayaan sebenar bila anak lelaki kita berjaya menjadi ketua keluarga yang dapat berjuang untuk diri, keluarga & agama.

Kita akan bahagia bila kita dapat lihat anak lelaki kita berdiri di depan sebagai imam dan faqih tentang syariat.

Sebagai ibu yang mempunyai anak perempuan, berjaya kita di ukur bila dapat mendidik anak perempuan kita sebagai pendidik dan mentadbir keluarga dengan panduan syariat.

Bila kita melihat anak-anak hidup berpandukan syariat, mereka bahagia & kita pasti lebih bahagia .

Pesan murobbi…
Kejayaan sebenar ibu bapa adalah bila berjaya membawa anak & seluruh keluarga berkumpul di syurga . Nak kumpul di syurga, pastikan kita semua hidup berpandukan syariat.

Begitulah….
walaupun ambo pendosa tapi ambo punya impian nak berkumpul di syurga
https://t.me/binasyurgadirumah

Bina Syurga Di Rumah

05 Nov, 15:03


Kita ibu yang ada anak sedang berjuang menghafal Al Quran ni, mesti kalau jumpa macam-macam pesanan untuk bagi anak-anak semangatkan. ..

Tadi ada juga saya dengar parent kat sebelah pesan kat anak dia. Dunia sekajab jer nak. Kalau tiba- tiba dunia ni lenyap. Untung awak, Al Quran hidup dalam diri awak.
Apa pun kita ibu yang kena lebih semangat kan. Baru kita dapat salurkan semangat pada anak. kita sama semangat yer ibu 💪😘

Bina Syurga Di Rumah

04 Nov, 10:49


Menjarak untuk menjaga hati

Dalam hidup sudah pasti bukan semua yang sukakan kita. Bukan semua yang cakap baik tentang kita.
Tapi tetaplah bersangka baik walaupun ramai yang bermuka-muka.

Kerana pesan guru, kita buat baik kerana kita nak balik dengan keadaan baik dihadapan ALLAH.

Cuma pengalaman mengajar buat baik berpada-pada. Jika menjarak itu langkah untuk hati lebih tenang. Maka menjaraklah..

Jika menjarak itu langkah untuk menjaga hati dari berdosa. Maka menjaraklah…

Menjarak bukan beerti membenci tapi untuk lebih berhati-hati..

Wahai wanita, jangan biarkan diri disakiti berkali-kali, jadilah wanita yang punya harga diri. Pilihlah untuk menjarak untuk menjaga hati sendiri. .
https://t.me/binasyurgadirumah

Bina Syurga Di Rumah

03 Nov, 18:46


Seorang ibu tetap kuat walau sangat penat

Sebagai ibu bila diduga dengan diri sendiri tak sihat, dalam masa sama anak-anak turut demam. Kita tetap paksa diri untuk kuat demi anak-anak.

Walaupun sangat tak larat,
Semangat seorang ibu tetap boleh bangun masak untuk pastikan anak tidak kelaparan.

Walaupun diri sendiri sebenarnya dah tak mampu, tetap bangun untuk pastikan anak-anak selamat.

Walaupun diri sendiri tak bermaya, seorang ibu tetap mampu berjaga demi anak-anak.

Wahai ibu, itulah fitrah kita sebagai seorang ibu. Semoga dengan semangat ini lah kita tetap kuat. Sentiasa kuat……..

Bina Syurga Di Rumah

01 Nov, 01:36


Hasad ni bila berasa sakit hati dengan nikmat Orang lain. Tak puas hati dengan apa yang orang lain ada.
Dia jadi sakit hati .

Pesan murobbi kalau datang rasa hasad ingatlah yang nikmat Orang lain tak akan beralih pada kita & tiada faedah pun untuk diri kita.

Malah merugikan diri sendiri. Kerana selagi ada hasad. Selagi itu lah hati & jiwa akan gundah gulana . Buang hasad dalam hati dengan sentiasa mendoakan orang lain & hadiahkan Al Fatihah untuk semua muslimin & muslimat.
- kitab Qalbun Salim.

Bina Syurga Di Rumah

30 Oct, 06:43


CINTA DAN KEMAAFAN

Engkau pasti diuji dengan mereka keliling mu
Pelbagai karenah dan kelakuan

Ada yang mengembirakan dan menyedihkan
Ada yang menyakitkan dan menyenangkan

Kemarahan, kebencian dan kesakitan membawa perasaaan

engkau mahu menjauhi semua orang
Berada dalam dunia yang sepi tanpa sesiapa

Merajuk untuk menghukum mereka yang melukakan hati mu

Tiada mahu percaya pada sesiapa kerana serik ditipu dan disakiti

Memilih hanya mereka yang gembirakan kamu sebagai teman.

Pergilah kegunung, lautan dan hutan
Segala tempat yang engkau rasa gembira
Pasti kamu tiada menemui kebahgiaan

Hakikatnya kamu pengecut dalam kehidupan
Hakikatnya kamu menipu diri sendiri

Kamu bukan Wali yang bersembunyi kerana keasyikan dengan Tuhan

Kamu bukan ahli abid yang bersembunyi mahu tumpu pada ibadah

Kamu bukan sufi yang bersembunyi mahu bersihkan dirinya

Kamu hanya pemuja sifat kebencian
Kamu hanya pemuja kesombongan
Kamu hanya mahu manusia penuhi citarasa mu.

Rasulullah tak pernah mengajar umatnya menjadi pengecut
Rasulullah mahu umatnya berdiri gagah dalam masyarakat
Menjadi cahaya menyebarkan Cinta

Hidup adalah untuk keberanian
Hidup untuk adalah bermujahadah

Jika engkau tidak mahu berhadapan hal yang menyakiti mu
Untuk apa lahir ke dunia ini?
Untuk apa ilmu dan amal mu?

Kebahgiaan bukan terletak dimana kamu berada
Kebahgiaan terletak pada sifat cinta dan kemaafan mu

Kita semua tidak sempurna
Banyak kesalahan yang dilakukan
Namun kita sering dimaafkan dan tetap dicintai Allah, Rasul, Guru, ibubapa, majikan, sahabat dan mereka yang mencintai kita

Jika cinta dan kemaafan yg kita beri, nescaya cinta dan kemaafan yang kita akan menerimanya.

Bersembunyilah diri mu
Dalam sifat Rasulullah
Cinta dan kemaafan
Disitulah Mihrab Kebahgiaan mu
Dalam pergaulan

Indah sungguh pesanan dari Walid Ibrahim Al Malik.

Bina Syurga Di Rumah

29 Oct, 05:08


Bangun pagi hari ini saya lebih semangat dan bahagia bila baca balik kata-kata ini .

1) Kita hanya perlu fikir nak upgrade diri kita, ilmu kita, cara fikir kita. Jadi abaikan suara di belakang yang sentiasa negatif. Janji diri kita sentiasa penuh dengan positif

2) Sahabat baik kita selalu cakap, yang hidup kita ni memang tercipta untuk kita. Jadi teruskan berseronok dan hargai masa kita dengan kasih dan cinta .

3) Mak kita cakap, rugi nak fikirkan manusia sekeliling yang tak bahagia. Baik kita fikir cara nak lebih bahagia

4) Suami kita cakap, abaikan mereka yang sedikit yang tak suka kita. Cukup lah kita tahu yang ramai sayang kita. Love sangat….

5) Kata MUROBBI, apa yang kita niat & fikir. Berfikirlah qaidah yang syarak ajar, barulah akan teratur & terancang.

MASYAALLAH, hidup ini adalah tentang bagaimana cara berfikir. Dan bagaimana hati & roh kita mengawal fikiran kita.

Dan setiap ujian yang datang kita praktikkan dengan yang kita belajar. Barulah kita akan rasa ujian itu adalah kerana diri kita ini dalam perhatian & kasih sayang ALLAH. ALHAMDULILLAH 💚

Bina Syurga Di Rumah

23 Oct, 01:58


Buanglah rasa begini

Takadbur sombong bukan di nilai dengan baju apa dia pakai, kereta apa dia ada, Besar rumah dia.
Cantik segak ke dia..

Sombong & takabbur ni terselit dalam lipatan hati kita.

Bila terdetik orang lain tak baik,
terdetik orang lain tak layak
pandang rendah kat orang

Jika Ada rasa begini, mohon Allah buang dari hati kita.

Kerana, Rasa itu boleh berada di hati siapa saja.
Walaupun kita ni tak punya apa.

jadilah hati yang bernilai. Dengan merasakan semua orang lebih baik dari kita.

Hati bernilai adalah hati yang akan dipandang Allah. Ingatlah wahai hati, hidup ini sekejab sahaja. Usahalah mendapat pandangan ALLAH. Hati pasti tenang…..
https://t.me/binasyurgadirumah

Bina Syurga Di Rumah

07 Oct, 23:58


Jadilah seorang yang berjiwa bahagia dan membahagiakan.

Mulakan dengan dengan cari bahagia kita, betullah kata orang, bila ada bahagia baru kita dapat sebarkan kebahagiaan

Hanya jiwa yang bahagia dapat membahagiakan orang lain.

Bahagia ni jangan kita ukur pada apa yang nafsu kita nak dapat. Jika cukup duit baru bahagia, jika anak bijak baru bahagia, jika suami baik baru bahagia.

Jadilah hati yang bahagia dalam ujian atau pun nikmat. Bahagia menerima apa sahaja pemberian dari yang maha kuasa.

Untuk bahagia..

Pesan murobbi gabungkan zikir, fikir dan khidmat.

Penuhi jiwa kita dengan zikir, fikir yang baik-baik dan berkhidmat kepada yang sepatutnya dengan tulus.

Khidmat pada ALLAH Al Aziz dengan patuh segala syariatNYA. Khidmat pada suami dengan faham Itulah syurga kita. Khidmat pada ibu ayah & anak kerana mereka tanggungjawab kita. Khidmat pada murobbi kerana beliau penunjuk jalan mengenal erti bahagia yang sebenar…

Kalau tak bahagia, semak balik apa sebenarnya pengukur kabahagiaan kita.

Jiwa yang bahagia adalah jiwa yang mengikut syariat.
ALLAH yang maha pengasih dan penyayang pasti penuhi jiwa kita dengan penuh kebahagiaan.

Sempena hari lahir semalam, setiap tahun impian tetap sama,Nak tinggal di dunia, dan
meninggalkan dunia dengan hati yang bahagia dan membahagiakan.
https://t.me/binasyurgadirumah

Bina Syurga Di Rumah

24 Jul, 04:34


Dalam perjalanan anak-anak menghafal Al Quran sangat banyak cabaran anak & mak ayah lalui. Guru yang berdepan hari-hari dengan anak lagi lah.

Ada masa anak down dan tak semangat. Ada Allah uji kita sebagai ibu ni,rindu sangat nak anak ada depan mata. Ujian hati tak putus-putus..

Semoga Allah bagi pertolongan untuk anak-anak untuk terus semangat.

Semoga Allah bagi ketabahan dan kesabaran untuk guru terus mendorong anak-anak.

Semoga kita sebagai ibu bapa terus mendoakan anak-anak dan terus istikhomah buat kebaikan.

Dengan harapan…

Semoga akan sampai hari bahagia untuk kami sebagai mak ayah & guru untuk melihat kejayaan anak-anak menghafal 30 juzuk Al Quran. Yang Di akhirat nanti Allah janji akan pakaikan mahkota untuk kita sebagai ibu bapa.

Harap air mata pengorbanan akan bertukar air mata kesyukuran & kegembiraan. INSYAALLAH

Bina Syurga Di Rumah

24 Jun, 03:54


Kita sebagai isteri ni mudah tertekan kerana buat baik, layan & menyantuni suami dengan niat nak suami balas balik kebaikan kita.

Kita akan kecewa bila suami tak sama dengan apa yang kita harapkan, yang kita impikan.

Kecewa bila suami tak romantik

Kecewa bila rasa suami tak memahami

Kecewa bila suami buat tak tahu setelah apa yang kita korbankan

Hidup ini bukan seperti drama dalam tv.

Kita jalani hidup kita ini sebagai isteri seperti yang syariat nak.

Syarat untuk kita taat & menyantuni suami bukan kerana dia orang baik, dia buat baik pada kita, sebagai isteri kita wajib taat & menyantuni suami selagi dia tak menghalang kita untuk taat pada ALLAH.

Jika sang suami buat dosa, maksiat , kita sebagai isteri tak tanggung dosa dia. Tapi yang kita akan tanggung adalah Cara layanan kita pada suami.

Murobbi saya pernah cakap, ALLAH maha cemburu. Semakin kita banyak mencintai makhluk yang bergelar suami lebih dari ALLAH, selagi itu kita akan di uji dengan cinta makhkuk yang kita cintai itu.

Kita sama belajar, buat apa saja, cintai apa sahaja demi perintah ALLAH, Redha ALLAH. .

https://t.me/binasyurgadirumah

Bina Syurga Di Rumah

23 Jun, 05:09


Pesan tcer lin Roslina Othman tadi jangan lupa tujuan atau misi kita sebagai ibu yang utama, iaitu berusaha untuk kumpulkan keluarga di syurga.

Setiap bulan ambo usaha duduk free kan masa untuk slot parenting yang di anjurkan pihak sekolah anak saya, kerana sangat membantu kita para ibu bapa untuk mendidik anak-anak mengikut syarak.

Tambah pula anak-anak kita dibesarkan dalam zaman yang sangat mencabar ni, kita sebagai ibu wajib jangan berhenti untuk terus belajar.

Pesan tcer lynn lagi, kalau nak anak taat & hormat kita sebagai ibu bapa, kita mesti taat & hormat mak ayah kita.

Dalam Al Quran banyak sebut tentang peraturan kita sebagai isteri, apa yang ambo faham. İsteri yang taat & menyantuni suami akan melahirkan anak yang soleh & solehah.

Kita usaha bina syurga di rumah kita, INSYAALLAH rezeki untuk kita satu keluarga ada rumah disyurga nanti. Aammin…..
https://t.me/binasyurgadirumah

Bina Syurga Di Rumah

17 Jun, 01:05


Sedih sangat bila dengar khutbah raya berkenaan pengorbanan saudara kita di palestin,

Muhasabah diri apa yang diri kita ni sanggup korbankan demi agama.

Korban buang ego & amarah pun kita tak lepas.
ALLAH ALLAH

Dikesempatan ini saya ingin minta maaf
diatas segala salah & silap, terguris hati, tersalah kata & tulis selama saya hidup, sama ada secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, yang terang atau tersembunyi didunia ini

Selamat hari raya.
Semoga pengorbanan kita di dunia ini diterima ALLAH akhirat kelak .
Aamiiinnn. 💚

Bina Syurga Di Rumah

14 Jun, 23:40


Paksa diri untuk istikhomah , set hati dan fikiran untuk tekan nafsu kita, nafsu nak tidur, nafsu nak rehat.

Semoga ALLAH pilih kita🤲
INSYAALLAH…..

Bina Syurga Di Rumah

11 Jun, 02:10


Kita mengaji ni bukan niat nak jadi alim lebih dari orang lain. Tapi sebab risau roh kita tak dapat jawab bila malaikat tanya “ Siapa tuhan yang kita sembah di muka bumi ni”

Ambo risau sebab atas muka bumi ni kita banyak buat keputusan dan bertindak ikut nafsu. Jadi wajib lah risau Kalau bila malaikat tanya kita jawab ikut nafsu,

ALHAMDULILLAH ALLAH bagi faham yang akan jawab nanti bukan mulut kita, tapi hati akal batin kita yang akan jawab.
Itu yang kita isi akal hati roh kita dengan ilmu kenal tuhan…

Allah… risau sungguh mulut kita kat dunia ni pun bercakap ikut nafsu. Belum lagi hati kita ni. Kalau dapat suluh kelih banyaknya aib akan terpancar.

Semoga dengan umur yang berbaki sikit ni, ALLAH bagi kesempatan berusaha bersihkan hati, duduk mengaji isi ilmu kenal tuhan. Jawab soalan kubur bukan macam jawab soalan SPM ada duit boleh repeat lagi..

Semoga ALLAH bantu kita untuk istikhamah .
https://t.me/binasyurgadirumah

Bina Syurga Di Rumah

03 Jun, 11:08


Ambo ni seorang ibu yang biasa-biasa, alfakir yang banyak kelemahan. Jadi bila ustaz share hari ni anak lelaki ambo sembelih ayam di madrasah.

Tiada rasa lain dari perasaan syukur teramat atas izin ALLAH ini. Dalam hati ambo, kalau di rumah pasti ambo tak dapat bagi pengalaman ini. Kalau duk di rumah mungkin masa begini anak sibuk main game online atau mungkin dengan hobi masa kini yang ambo tak mampu nak follow.

Semoga ALLAH atur sebaiknya urusan kita membesarkan anak-anak. Tiada mampu diri ini tanpa bantuan ALLAH yang maha mentakbir.

Kita memang masih jahil tapi Besar cita-cita kita untuk ALLAH rezekikan kita anak yang soleh & alim. Kerana kita faham itulah kebahagiaan sebenar seorang Ibu. Doa sama-sama, kita semua mampu harungi ujian hati membesarkan anak-anak.

Bina Syurga Di Rumah

02 Jun, 05:42


Dengan berkat seorang isteri taat pada suami, ALLAH rezekikan kita anak yang taat pada kita .

Dengan berkat kita menyenangkan hati suami, ALLAH izinkan anak-anak kita menjadi penyejuk mata hati kita.

Dengan berkat kita serahkan diri & jiwa kita layan suami, ALLAH rezekikan kita anak-anak yang sabar layan diri & jiwa kita.

INSYAALLAH..

MasyaALLAH sangat pengajian kitab muhimmah samalam.

Buat kita sedar dan faham, seorang lelaki yang kasar, seorang lelaki tak romantik, yang tak memahami lahir dari acuan wanita yang sama begitu juga.

Untung seorang isteri jika dapat suami yang dididik dengan baik oleh ibu nya. Tapi jika sebaliknya, kita wanitalah yang ditugaskan untuk memutuskan keadaan itu.

Kita didik anak-anak kita bertanggungjawab, penyayang, didik ikut syariat.

Kata MUROBBI YM ABUYA, lelaki di panggil pemimpin, tapi hebatnya wanita kita dipanggil pencetak pemimpin. .

Sahabat, Kita terus belajar & berjuang. Tugas kita sangat penting untuk ummah.
https://t.me/binasyurgadirumah

Bina Syurga Di Rumah

25 May, 10:56


Begitulah kita wanita ni kan, banyak tindakan yang kita rasa macam kita lah yang terpaling betul.

Terutama masa membebel tu pasti sangat paling betul. .

Sebab itu lah kenapa setiap kita wajib mengaji fardhu ain. Kerana nak ukur apa yang kita buat betul tak dengan syariat. Indahnya Islam ni adanya kitab khas untuk para wanita sebagai panduan untuk masuk syurga.

Kita doa semoga ALLAH pilih & izinkan kita ni untuk duduk mengaji. INSYAALLAH . 💚

Bina Syurga Di Rumah

21 May, 01:10


Setiap apa yang kita nak lakukan betulkan niat,

Sekarang mungkin makhluk tak tahu apa niat kita.

Tapi setiap niat, akan ada kesan pada kehidupan kita.

Dan di akhirat nanti apa dalam Qalbu akan terjawab di hadapan ALLAH.

Betulkan niat, pandang semua dengan kasih sayang. Selamat pagi pada semua wanita kesayangan ALLAH💚

Bina Syurga Di Rumah

20 May, 04:10


Bina Syurga Di Rumah pinned «Jika wanita tak sibukkan diri dengan ilmu, dia pasti sibuk dengan perasaannya. Perasaan wanita ni boleh berubah mengikut situasi, dan emosi. Kadang apa yang dilihat di media sosial pun akan terkesan pada perasan. Lihat tentang nikmat orang lain, hati…»

Bina Syurga Di Rumah

19 May, 13:17


Berhati-hati mulut kita ni bila memuji. Kita Yang memuji akan berdepan dengan kebinasaan dan yang di puji juga akan tenggelam dalam binasa.

Kita puji berlebih mungkin kita berdusta dalam pujian kita tu.

Mulut kita memuji sedangkan dalam hati mengeji, jadilah kita ahli munafik.

Kadang yang kita puji tu tak layak pun di puji. Kita sendiri tak yakin dengan apa yang kita puji tu.

Kadang yang kita puji tu orang yang zalim. Sepertinya kita mendorong orang zalim .

Berhati-hati, jangan sebab terbiasa dengan puji berlebihan. Kita mencampakkan diri kita dalam lembah kebinasaan.

Beringat mulut kita ni, Kesian yang di puji. Kerana pujian kita mungkin menjadi sebab kawan kita tu jadi sombong & ujub .

Sabda Rasulullah : kamu telah memotong leher kawanmu (riwayat Asy-Syaikhan)

Bila belajar ilmu fardhu ain jadi kita tahu cara & adab memuji. INSYAALLAH
https://t.me/binasyurgadirumah

Bina Syurga Di Rumah

08 May, 01:13


Antara pesan MUROBBI yang sentiasa dalam hati.

Kita mengalah bukan kerana kita salah atau betul, tapi mengalah kerana nak tundukkan hati kita,

Hati yang sentiasa merendah kerana nak pandangan ALLAH semata..

Nak kan senyuman Rasulullah...

Pesan pada hati…
Wahai hati mungkin hari ini adalah hati terakhir kita. Kembalilah dengan tenang.

- kitab Qalbun Salim.

Bina Syurga Di Rumah

06 May, 23:45


ALLAH dah bagi kita rezeki makanan,
Tapi masa makan kita sibuk melihat orang lain makan.

Maka kita akan lambat untuk habiskan makanan kita,

sehingga terlupa untuk menikmati rezeki yang patut kita nikmati.

Itulah orang yg ALLAH hilangkan nikmat syukur dalam hatinya.

Bina Syurga Di Rumah

02 May, 15:51


ALHAMDULILLAH 🤲
Kalau ALLAH rezekikan kita Duduk belajar ilmu fardhu Ain

bersyukurlah….

kerana ramai yang ALLAH hanya bagi rasa nak belajar

TAPI belum rezeki untuk duduk belajar ..

Bina Syurga Di Rumah

01 May, 00:07


Pengajaran dari mak cik saya yang baru saja meninggal asbab kanser tıga hari lepas.

Tiga - empat hari sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, walaupun anak-anak melihat beliau menahan kesakitan. Tapi bila doktor tanya berapa skala kesakitan mak cik.

Mak cik saya tetap jawab” kosong doktor… MasyaAllah

Tıga bulan sebelum meninggal, tak dapat tidur malam. Doktor bagi macam-macam ubat tidur tapi tetap tak dapat lelap.

Saya tahu Arwah tak tidur malam, saya selalu call tanya. “ cik long buat apa…?
Jawab dia buat apa lagi mie… duk sebeh lah” (sebeh - tasbih) Maksud dia hanya duduk bertasbih sepanjang malam.

Saya rindu sangat kerana saya selalu menumpang makan air tangan arwah. Setiap kali balik kampung mesti akan balik jumpa arwah, saya rindu dengan senyuman arwah.

Arwah seorang suri rumah yang berkhidmat sepanjang Umurnya untuk keluarga tercinta dengan senyuman. Hanya keluar rumah bersama suami & anak.

Sayangnya ALLAH pada arwah, ALLAH uji dengan penyakit yang dia tahu yang bila-bila masa dia akan berpindah alam. Dan arwah siap sedia dengan hati yang kuat bergantung pada ALLAH.

Ya ALLAH sebagaimana jawapan skala kesakitan yang arwah jawab kosong. KAU hapuskan lah dosa Arwah sehingga KOSONG…
https://t.me/binasyurgadirumah .

Bina Syurga Di Rumah

01 May, 00:06


Bina Syurga Di Rumah pinned Deleted message