Neueste Beiträge von BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara (@berjasamalaysia) auf Telegram

BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara Telegram-Beiträge

BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara
Selamat datang ke siaran rasmi Parti BERJASA. Telegram ini merupakan channel rasmi untuk ikuti perkembangan dan aktiviti semasa parti. Bersama kita lahirkan kepimpinan baharu yang lebih berwibawa buat Malaysia.
1,727 Abonnenten
2,298 Fotos
124 Videos
Zuletzt aktualisiert 12.03.2025 02:06

Ähnliche Kanäle

pujb.official
3,625 Abonnenten
PEMIKIR (Channel)
1,851 Abonnenten

Der neueste Inhalt, der von BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara auf Telegram geteilt wurde.

BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara

20 Feb, 12:12

226

Kebimbangan sebenar kita: Penentuan nasib dan survival tanah orang Melayu bahkan kesan demografi kependudukan yang boleh mempengaruhi jumlah undi akan datang. Ya hakikatnya ia tentang 'kuasa'. Fikir-fikirkan dan berhenti jadi naif.
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara

18 Feb, 03:01

276

"Islam telah lama menjadi tonggak kestabilan negara ini, maka sebarang usaha yang boleh menjejaskan ketinggian kedudukannya harus ditolak sekeras-kerasnya" - Hamdan Sharif, Ketua Penerangan Parti Berjasa
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara

13 Feb, 03:41

377

"Kerajaan sepatutnya memperkenalkan mekanisme yang lebih efisien untuk mengesan pemilik WTD dan memaklumkan status mereka, bukannya mempercepatkan pemindahan wang tersebut ke dalam Akaun Hasil Kerajaan" - Hamdan Sharif, Ketua Penerangan Parti Berjasa
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara

13 Feb, 01:19

348

“Kerajaan perlu membuat penelitian semula secara mendasar apakah matlamat sistem pendidikan dan modal insan yang ingin dibina, penyesuaian kurikulum berfokus kemahiran dan pengaktifan jawatankuasa khas di peringkat sekolah serta pendefinisian pendidikan bagi menangani isu ini” - Dr Fadilah Ashari, Ketua Wanita Parti Berjasa
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara

07 Feb, 09:09

411

"DAPsy dengan sifat Islamofobianya berpisah tiada, kali ini membantah usaha baik JAKIM secara terbuka. Kewujudan panduan ini akan melenyapkan ketidakmatangan yang ada dalam kalangan pimpinan politik malah Ahli Parlimen Muslim perlu bangkit dan menyokong penuh usaha kerajaan.

Namun sayangnya, menerusi kenyataan media hari ini, autoriti agama Islam kelihatan semakin rendah kerana JAKIM tidak lagi 'berkuasa' membentuk dasar. Hanya sekadar 'nasihat' yang dibenarkan" - Fauzi Bashir, Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi BERJASA
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara

06 Feb, 01:23

379

"Pendirian kerajaan ketika ini sangat menunjukkan betapa ‘lemahnya’ kerajaan dalam memutuskan sebarang dasar dengan bijaksana. Vape sudah terbukti sekian lama sebagai sesuatu yang memudaratkan kesihatan tetapi kerajaan masih berkira-kira untuk melakukan pengharaman vape secara menyeluruh" - Dr Fadilah Ashari, Ketua Wanita Berjasa
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara

31 Jan, 04:16

446

Yang gugur satu tetapi semangat untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang berdaulat masih dalam fasa memburu.
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara

27 Jan, 08:11

514

SALAM ISRA' & MI'RAJ 1446H

Allah S.W.T berfirman:

سُبْحٰنَ الَّذِىٓ أَسْرٰى بِعَبْدِهِۦ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَا الَّذِى بٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al-Isra’ 17: Ayat 1)

Langkah-langkah menuju pembebasan bumi Palestin dan seluruh ummat dari penguasaan mereka yang tidak tunduk pada Allah haruslah menjadi cita-cita, impian dan kesibukan setiap dari kita sebagai Muslim.
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara

23 Jan, 03:56

433

"Tiada istilah eksploitasi isu kaum dan agama dalam hal ini kerana ahli politik DAP itu patut sedar bahawa agama Islam sudah sekian lama merupakan agama Persekutuan Malaysia maka ia patut dijunjung oleh semua pihak tidak kira ahli politik mahupun rakyat biasa." - Azliza Rajiain, Ketua Pemudi Berjasa

Baca lanjut: https://gelombangberjasa.com/isu-sandwic-ham-mudah.../
BERJASA Malaysia | Bersama Pimpin Negara

23 Jan, 01:45

345

𝐃𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐈𝐬𝐮 𝐊𝐞𝐜𝐢𝐜𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫?

Pada tahun 2020, KPM mencatatkan seramai 4.8 juta orang pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Seramai 175,304 (13%) kanak-kanak di hujung tempoh persekolahan sekolah rendah masih tidak mahir membaca dan 1.01 juta (5.03%) rakyat Malaysia masih tidak mempunyai kemahiran literasi (membaca dan menulis).

Dokumen Keciciran Pendidikan Malaysia 2023 yang dikeluarkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) pula mendapati seramai 60,800 orang kanak-kanak Orang Asli (OA) berdepan masalah keciciran belajar pada tahun 2020 dan jumlah itu meningkat menjadi 62,800 pada tahun berikutnya.

Dasar Komuniti Negara melalui kluster keempat dalam menggalakkan persekitaran pendidikan awal dan meningkatkan tahap pendidikan komuniti juga tidak mampu membendung masalah keciciran pendidikan di Malaysia. Hal ini menimbulkan tanda tanya tentang keberkesanan dasar-dasar sedia ada dalam memberikan pendidikan asas terutamanya kemahiran membaca, menulis dan mengira kepada para pelajar sekolah rendah.

Selain itu, lepasan sekolah juga lebih memikirkan kejayaan material berbanding kepentingan melaksanakan tanggungjawab sosial dan memberi khidmat kepada masyarakat. Golongan belia terutamanya dilihat tidak bersifat proaktif untuk bergiat dalam komuniti melalui programprogram khidmat masyarakat. Hal ini turut berkait rapat dengan gaya hidup serba moden dan penggunaan peranti digital yang semakin meluas di kalangan anak muda.

Selanjutnya, dasar pendidikan negara tidak mampu memupuk rasa cintakan ilmu pengetahuan ke dalam diri setiap pelajar. Statistik menunjukkan hampir 300,000 orang lepasan SPM pada tahun 2022 tidak mahu melanjutkan pelajaran dan lebih berminat untuk bekerja dalam perkhidmatan penghantaran makanan dan juga e-hailing.

Perkara ini merupakan satu kerugian buat negara kerana kita amat memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menjadi pakar rujuk projek pembangunan negara agar kita tidak lagi terus bergantung kepada pakar asing.

- Petikan daripada Buku Impian Nasional Berjasa 2040 (BINA 2040)