Air Balang @airbalang Channel on Telegram

Air Balang

@airbalang


Panduan, resepi & tips memulakan perniagaan menjual air balang.

Air Balang (Malay)

Air Balang adalah saluran Telegram yang memperkenalkan panduan, resepi, dan tips untuk memulakan perniagaan menjual air balang. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan yang unik dan berkembang, Air Balang adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan maklumat serta panduan yang diperlukan. Channel ini menyediakan pelbagai resepi air balang dari yang tradisional hingga yang kreatif dan inovatif untuk membantu para pedagang air balang memikat pelanggan dengan hidangan yang segar dan unik. Selain itu, tips dan panduan dalam mengurus perniagaan air balang turut diberikan bagi memastikan kejayaan dalam industri yang semakin popular ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bergabung dengan Air Balang dan jadikan perniagaan air balang anda berjaya di pasaran!

Air Balang

06 May, 08:58


Kalau bulan ramadan, mesti ramai kan berniaga dekat bazar ramadan. Tapi hari raya macam mana nak jual air balang ni?

Hari raya merupakan bulan anda kaut keuntungan dengan menawarkan servis katering air balang.

Hari raya banyak rumah terbuka, banyak kenduri kahwin. Itu anda kena pandai rebut peluang.

Katering air balang sangatlah mudah. Anda terima order dari customer, kemudian hantar air ke rumah customer.

Tinggal jer air tu dekat rumah customer. Selalunya rumah terbuka ataupun kenduri ni bersifat layan diri.

Bila malam anda datang ambik balang kosong jer.

Saya ada kongsikan cara buat katering air balang dekat link di bawah:

https://airbalang.com/untung-bersih-bersih-air-balang-rm500-sehari/

Semoga bermanfaat.

Air Balang

02 Mar, 11:46


..sambungan

Sepanjang saya menjual air balang, boleh dikatakan tak ada air yang khusus pun dalam menentukan air tu laku ataupun tak.

Semuanya bergantung kepada rasa air itu sendiri.

Rakan saya hanya menjual air teh bunga jer, tapi sampai beratur orang nak beli air teh bunga dia.

Bukan spesial sangat pun air teh bunga ni. Bahan dia hanya teh bunga kekwa dan madu je. Tapi apa yang menyebabkan orang sanggup beratur panjang?

Klik >> Teh Bunga Beratur Di Bazar Ramadan

Seperti yang saya beritahu sebentar tadi, ianya disebabkan rasa air itu sendiri.

Air teh bunga madu ini semestinya kena warna air kaw, mesti kena ada rasa manis madu.

Bukannya beli air teh bunga madu tapi rasa manis hanya manis gula.

Ada sesetengah peniaga air nak berjimat sangat dalam menyediakan air yang mereka jual. Sehinggakan rasa air dah tak rasa air.

Ada yang jual air tembikai tapi rasa air sirap. Kerana nak mengejar keuntungan, sampai sanggup nak kurangkan kuantiti tembikai yang sepatutnya.

Bila pembeli dah tahu bagaimana rasa air yang anda jual macam tu, memang sekali itulah mereka membeli daripada anda. Memang dah tak beli dah hari-hari lain.

Untuk bulan puasa, saya biasanya jual air ini je. Ini merupakan air best seller di bulan puasa.

- Air soya
- Air durian belanda
- Coconut shake
- Air kedondong asam boi
- Air lemon soda
- Teh ais cincau

Dapatkan kesemua resepi ini dekat link di bawah:

KLIK >> DAPATKAN SEKARANG

Semoga bermanfaat.

Air Balang

02 Mar, 11:44


"Tuan boleh kongsikan tak air apa yang paling laku pada bulan puasa?"

Ini merupakan soalan bila hampir bulan puasa pastinya ada yang bertanya kepada saya.

..bersambung

Air Balang

27 Apr, 11:07


Panduan Asas Memulakan Bisnes Air Balang (Kemaskini 2022)

Info lanjut buku ini boleh baca di

KLIK ๐Ÿ‘‰ BACA SINI

Semoga bermanfaat.

Air Balang

13 Apr, 08:30


sambungan...

Nak pakai untuk berniaga dekat bazar ramadan je. Nanti dah habis ramadan, dah tak guna dah.

Sebenarnya ada satu lagi cara untuk anda berjimat daripada membeli tong ais ini.

Pernah tak anda tengok dekat kedai runcit ada tong ais yang berwarna oren tu. Siap ada cop syarikat lagi. Biasa saya jumpa ada cop Atlas Cube Ice.

Kalau anda nak tahu, ice box tu bukan hakmilik pekedai tu. Mereka hanya menyewa saja ice box tu.

Macam saya berniaga di bazar ramadan, saya hanya sewa saja ice box ini. Jadi tak perlu risau lagi ais akan mencari sebab tong ais yang paling besar sekali pun boleh diisi dengan 7-8 bag sekali gus.

Kalau anda nak sewa tong ais ini, cuba deal dengan drebar lori ais yang anda kenal. Beritahu mereka yang anda nak sewa tong ais selama sebulan.

Mesti mahal kan nak sewa tong ais ni? Tak pun. Harga sewa satu tong hanyalah RM20 sebulan.

Tapi kena tengok juga syarikat pembekal ais tu. Kalau mereka ada stok, bolehlah anda sewa. Apa-apa pun, cuba bertanya dulu.

Okey tak perkongsian saya tentang cara elakkan ais mencair ini?

Sekiranya anda mahukan lagi info berkaitan penjualan air balang, boleh baca buku yang saya tulis ini.

Klik Sini ๐Ÿ‘‰ https://link.airbalang.com/rahsia

Pengalaman saya sendiri sebagai peniaga air balang semuanya saya kongsikan dalam buku ini.

Semoga bermanfaat.

Air Balang

13 Apr, 08:28


Mungkin ada kat dalam channel ini pertama kali berniaga di bazar tahun ini kan.

Mungkin ada yang tertanya macam mana nak dapatkan stok ais kiub dekat bulan puasa ni kan.

Untuk mengetahuan anda, lori-lori ais memang akan standby di setiap tapak bazar ramadan. Seawal pukul 3.30 petang, abang-abang lori ini dah standby.

Tapi mereka tak boleh tunggu lama. Sebab mereka pun kena kejar trip untuk tapak bazar yang lain jugak.

Bila dah ais sampai awal mesti ais akan mencair kan? Cara untuk elakkan ais ini mencari ialah dengan sediakan siap-siap tong ais. Dengan adanya tong ais ini, ais dapat disimpan sekurang-kurangnya 5 jam.

Tak perlu cari yang mahal-mahal. Cari jenama Coleman pun dah okey. Harga pula dalam RM100-RM150 untuk saiz 50 liter.

Tapi tong ais ni bukan nak pakai lama pun. Saya perasan bukan semua pun nak jadikan jualan air ini sebagai sepenuh masa. Ada yang nak jadikan sebagai part-time je.

..bersambung

Air Balang

11 Apr, 11:32


Sebelum anda memilih tapak pasar ramadan yang anda suka, kaji dulu lokasinya. Jangan pilih pasar ramadan yang baru dianjurkan atau tak pernah wujud sebelum ini. Tau kenapa? Jom baca dekat sini


https://airbalang.com/tips-memilih-tapak-bazar-ramadhan-untuk-berniaga/

Semoga bermanfaat.

Air Balang

19 Mar, 03:18


Alhamdullillah... Dapat juga kita berniaga dekat bazar ramadan tahun ni.

Artikel: Resepi air balang paling laris di bazar ramadan

https://airbalang.com/resepi-air-balang-yang-paling-laris/

Air Balang

07 Mar, 18:41


Nampaknya ada berita baik bulan puasa nanti.

Tempat anda dah ada berita boleh buka bazar ramadan ke belum?

Air Balang

18 Aug, 08:39


NAK BELAJAR MENJUAL AIR BALANG?

Jom baca sini: https://link.airbalang.com/rahsia