SMKA PAGOH - PARENTS ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ

@impress_parents


Telefon: 069741900
Email: [email protected]
Alamat: Jalan Renchong-Gombang, 84600 Pagoh, Muar, JDT

https://www.facebook.com/SMKAPAGOH
https://t.me/+R3z7V9zUU1MsyaYe

SMKA PAGOH - PARENTS ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ

18 Oct, 02:00


Assalamualaikum
Dimohon kerjasama ibubapa calon SPM untuk memantau hafazan anak-anak semasa berada di rumah demi kecemerlangan anak-anak bagi menghadapi Ujian Lisan Pend alQuran Dan Sunnah pada 21 Oktober 2024 yang akan datang. T kasih

SMKA PAGOH - PARENTS ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ

16 Oct, 06:46


Assalamualaikum wbt
=== MEMO SMK AGAMA PAGOH ===
BAYARAN YURAN MAKAN ASRAMA DAN SUMBANGAN PIBG SMK AGAMA PAGOH TAHUN 2024

1. Berdasarkan rekod terkini pada 13 Oktober 2024 bahawa kutipan Yuran Makan Asrama (YMA) & Sumbangan PIBG masih ditahap yang RENDAH. Justeru itu, pihak sekolah mohon kerjasama dan sokongan semua ibu bapa/ penjaga murid daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 supaya dapat menjelaskan pembayaran YMA dengan kadar segera dan sumbangan tersebut.

2. YMA diperlukan bagi memastikan urusan pembayaran makan asrama secara teratur kepada pihak pengusaha Dewan Makan. Manakala sumbangan PIBG ini penting untuk melaksanakan segala aktiviti/ program kecemerlangan murid dengan lancar dan memastikan kesejahteraan murid.

3. Sila berhubung dengan Guru Kelas masing-masing dengan segera bagi urusan tersebut.

4. Kerjasama dan keperihatinan semua ibu bapa/ penjaga murid adalah diharapkan. Moga dengan ini akan membawa kepada kecemerlangan SMKA Pagoh seterusnya. Sila abaikan notis ini sekiranya tuan telah menjelaskan urusan tersebut.

Pengetua
#AnakYangBaikLagiCerdik
#AnakYangBaikMendengarKata
#BahagiaMembantu
Facebook https://www.facebook.com/SMKAPAGOH/
Info Rasmi Ibu Bapa https://t.me/IMPRESS_PARENTS

SMKA PAGOH - PARENTS ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ

10 Oct, 02:37


JADUAL BALIK KG BKW BKP SMKA PAGOH UPDATE 26 SEPT 2024

SMKA PAGOH - PARENTS ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ

03 Oct, 06:48


Assalamualaikum wbt
=== MEMO SMK AGAMA PAGOH ===
BAYARAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) & ELAUN MURID KHAS (EMK)

Bayaran Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sebanyak RM150.00 untuk 45 murid & Elaun Murid Khas (EMK) sebanyak RM900.00 untuk seorang murid telah dikreditkan oleh pihak sekolah ke akaun murid dengan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) pada tarikh 2 Oktober 2024.

Kemasukan wang ke akaun murid akan mengambil masa tertentu tertakluk kepada operasi pihak BSN. Senarai nama penerima akan dimaklumkan melalui guru kelas masing-masing.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan dalam perkara ini, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pengetua
#AnakYangBaikLagiCerdik
#AnakYangBaikMendengarKata
#BahagiaMembantu
Facebook https://www.facebook.com/SMKAPAGOH/
Info Rasmi Ibu Bapa https://t.me/IMPRESS_PARENTS

SMKA PAGOH - PARENTS ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ

03 Oct, 06:15


SURAT AKUAN KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA MEMUAT NAIK GAMBAR KE MEDIA SOSIAL

SMKA PAGOH - PARENTS ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ

03 Oct, 06:09


Assalamualaikum wbt
=== MEMO SMK AGAMA PAGOH ===
HEBAHAN PENGISIAN BORANG AKUAN KEBENARAN RAKAMAN GAMBAR/ VIDEO/AUDIO & MEMUAT NAIK KE LAMAN MEDIA SOSIAL

Surat Siaran KPM Bil. 9 Tahun 2024: Pelaksanaan Surat Akuan Ibu Bapa/Penjaga Untuk Kebenaran Rakaman Gambar/Video/Audio Murid Serta Memuat Naik Ke Laman Media Sosial Bagi Program Anjuran Institusi Pendidikan Bawah KPM (https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-9-tahun-2024-pelaksanaan-surat-akuan) adalah dirujuk.

Dimohon ibu bapa / penjaga murid untuk mengisi borang kebenaran tersebut dan menyerahkan borang tersebut secara "soft copy" atau salinan keras kepada guru tingkatan kelas masing-masing selewatnya pada 6 Oktober 2024 (Ahad)

Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pengetua
#AnakYangBaikLagiCerdik
#AnakYangBaikMendengarKata
#BahagiaMembantu
Facebook https://www.facebook.com/SMKAPAGOH/
Info Rasmi Ibu Bapa https://t.me/IMPRESS_PARENTS

SMKA PAGOH - PARENTS ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ

02 Oct, 11:03


Bilik Dobi Aspuri

SMKA PAGOH - PARENTS ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ

02 Oct, 10:57


Assalamualaikum wbt
=== MEMO SMK AGAMA PAGOH ===
PERKHIDMATAN DOBI ASRAMA

Alhamdulilah. Pihak koperasi SMK Agama Pagoh telah menaiktaraf prasarana dan infra dobi yang baharu dengan lebih tersusun. Perkhidmatan ini selaras untuk keselesaan murid sekolah di kalangan murid seterusnya murid boleh memfokuskan akademik sepenuhnya.

Insya-Allah, keupayaan operasi dobi bagi setiap bilik sehingga kepada dua kali seminggu dengan dua bakul yang besar. Operasi dobi puteri telah berjalan, manakala putera akan beroperasi pada hari isnin.

Dimaklumkan juga bahawa mesin basuh layan diri operasinya telah ditamatkan kerana kos selenggaraan yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, dimohon semua ibu bapa atau penjaga murid untuk membayar operasi dobi. Bermula 13 Oktober, perkhidmatan dobi akan diberikan kepada yang membayar sahaja.

Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pengetua
#AnakYangBaikLagiCerdik
#AnakYangBaikMendengarKata
#BahagiaMembantu
Facebook https://www.facebook.com/SMKAPAGOH/
Info Rasmi Ibu Bapa https://t.me/IMPRESS_PARENTS

SMKA PAGOH - PARENTS ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ

28 Sep, 00:35


Mahrajan Al Quran Sekolah-sekolah (MQSS) KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

28 September 2024 | Pertandingan Acara bagi Kategori Lelaki | Sabtu | 9.00 pagi

29 September 2024 | Pertandingan Acara bagi Kategori Perempuan | Ahad | 9.00 pagi

30 September 2024 | Majlis Perasmian Penutupan MQSS KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 | Isnin | 10.00 pagi

Acara yang dipertandingkan:
1. Tilawah Al Quran
2. Hafazan Al Quran
3. Tahfiz Al Quran (Juzuk 1-18 & 30)
4. Tahfiz Al Quran (Juzuk 1- 30)
5. Qiraat Sab'ie Bittarannum
6. Kuiz Ilmu Wahyu

Jom buktikan sokongan anda kepada MQSS KPM 2024 dengan menyaksikan siaran langsung melalui -

Pautan Youtube FB BPI :
https://www.youtube.com/@bahagianpendidikanislam

Pautan FB JPN Perak :
https://www.facebook.com/PendidikanPerakOfficial?mibextid=JRoKGi

Dapatkan maklumat lanjut melalui -
Pautan Google Site MQSS KPM Peringkat Kebangsaan 2024 :
https://tinyurl.com/MQSS-KPM-KEBANGSAAN2024

SMKA PAGOH - PARENTS ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ

24 Sep, 02:26


Assalamualaikum wbt
=== MEMO SMK AGAMA PAGOH ===
PEMBUKAAN AKAUN BANK SIMPANAN NASIONAL BAGI KAD DEBIT MURID

Alhamdulilah. Pihak sekolah telah menjalin kerjasama dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai salah satu alat kemudahan untuk belian tanpa tunai di koperasi dan juga perkhidmatan pengeluaran duit tunai kelak.

Perkhidmatan ini dilihat penting untuk murid sekolah sesuai perkembangan teknologi semasa. Disamping mengurangkan risiko kehilangan duit tunai di kalangan murid.

Bagi memastikan penggunaan kad debit secara selamat oleh murid, kaedah pin akan digunakan untuk mengelakkan kad murid digunakan oleh murid lain.

Untuk makluman juga, pihak sekolah komited menyalurkan bantuan persekolahan seperti Bantuan Awal Persekolahan secara dalam talian ke dalam akaun BSN murid. Tahun 2024, urusan penyaluran bantuan sepenuhnya melalui secara dalam talian.

Selain waktu operasi pengeluaran duit dan memasukkan duit yang melibatkan akaun BSN pada waktu malam di koperasi, operasinya juga diperluas pada waktu 2.00 hingga 2.30 petang di sekolah pada waktu bekerja dengan berurusan dengan kaunselor sekolah.

Sehubungan itu, pihak sekolah akan menggumpulkan murid bagi yang tiada akaun termasuk murid yang kehilangan kad atm BSN dalam masa terdekat.

Bagi memastikan perlaksanaan perkara ini teratur, berikut dokumen yang diperlukan bagi pembukaan akaun baru seperti ketetapan berikut:

1. Salinan ic murid sahaja; dan
2. Duit tunai sebanyak RM50.00.

Pihak sekolah merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak Koperasi dalam menjayakan perkara ini.

Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pengetua
#AnakYangBaikLagiCerdik
#AnakYangBaikMendengarKata
#BahagiaMembantu
Facebook https://www.facebook.com/SMKAPAGOH/
Info Rasmi Ibu Bapa https://t.me/IMPRESS_PARENTS

SMKA PAGOH - PARENTS ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ๐Ÿ“Œ

23 Sep, 12:52


Assalamualaikum. Berikut merupakan analisis terkini Sumbangan PIBG bagi setiap tingkatan. Jom sama-sama memberikan sumbangan untuk membantu ke arah pembangunan sekolah & peningkatan akademik anak-anak SMKA Pagoh. Terima kasih.

1,439

subscribers

1,575

photos

110

videos