Ibrah 114

@ibrahx114


Perkongsian Motivasi, Tadabbur Tazakkur dan Ibrah Daripada Al-Quran. Dibawakan oleh Akademi Sinergi Ikhlas. www.akademisinergi.com

Ibrah 114

22 Oct, 12:31


MOGA ALLAH GOLONGKAN KITA DARI KALANGAN MEREKA YANG MERAIH KEJAYAAN SEBENAR DI SANA

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَؤُوا كِتَابِيَهْ

Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!


إِنِّي ظَنَنتُ أَنِّي مُلاقٍ حِسَابِيَهْ

"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"

فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ

Maka (dengan itu) tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan...

فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ

Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya)...

قُطُوفُهَا دَانِيَةٌ

Buah-buahannya dekat untuk dipetik...

كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الأَيَّامِ
الْخَالِيَةِ

(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"
Al-Haqqah, 69 : 19-24

#ibrah114 #addenulhaq

Ibrah 114

22 Oct, 04:16


BUKAN HANYA SEKADAR SEBUAH BAHTERA

Mereka telah ditenggelamkan oleh Allah SWT dalam limpahan air yang membanjiri seluruh permukaan bumi.

Allah SWT berfirman dalam surah Al Qamar pada ayat 11 dan 12;

فَفَتَحۡنَآ أَبۡوَٰبَ ٱلسَّمَآءِ بِمَآءٍ مُّنۡهَمِرٍ

Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.

Al-Qamar 54:11

وَفَجَّرۡنَا ٱلۡأَرۡضَ عُيُونًا فَٱلۡتَقَى ٱلۡمَآءُ عَلَىٰٓ أَمۡرٍ قَدۡ قُدِرَ

Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.

Al-Qamar 54:12

Maka, Allah jadikan seluruh bahagian bumi sebagai tempat keluarnya air sehingga air melimpah teramat banyak.

Allah SWT menyelamatkan Nabi Nuh AS dan kaumnya yang mengikuti masuk ke dalam bahtera yang besar yang dibuat oleh Baginda AS.

Allah jadikan peristiwa tersebut sebagai peringatan buat telinga orang-orang yang mahu mengambil pengajaran.

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

21 Oct, 12:32


Seorang lelaki berkata kepada Abu Darda':

"Berilah wasiat (nasihat yang penting dan mendalam) padaku."

Abu Darda' berkata:

"Sentiasalah engkau ingat akan hari di mana segala perkara yang disembunyikan menjadi nyata."

يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَىٰ مِنكُمْ خَافِيَةٌ

"Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi."

(Al-Haqqah, 69:18)

#ibrah114 #addenulhaq

Ibrah 114

21 Oct, 09:31


Surah Al-Haqqah: Hari Kiamat yang Pasti

Pernah tertanya kenapa Surah ni dinamakan Al-Haqqah?

Surah ni sebenarnya bercakap tentang hari kiamat—hari yang pasti berlaku, tak boleh disangkal lagi.

Al-Haqqah tu maksudnya sesuatu yang benar-benar akan terjadi, realiti kiamat.

Dalam surah ni, kita diingatkan tentang balasan bagi apa yang kita buat di dunia, baik atau buruk.

#ibrah114 #addenulhaq

Ibrah 114

17 Oct, 01:02


Tahukah Anda?

Baki masa yang ada di dunia ini jangan disia-siakan dengan perkara maksiat yang bakal menjemput azab Allah yang sementara di dunia dan kekal yang abadi di akhirat.

Nantikan kupasan lanjut dalam surah Al Haqqah pada 26 Oktober ini bersama Ustaz Syaari.

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

15 Oct, 04:32


Para Ulama' berbeza pendapat dalam mentakrifkan maksud al Haqqah.

Ada yang berpendapat ia membawa maksud "pasti terjadi" dan ada yang berpendapat pula ia bermaksud "janji yang ditunaikan".

Pada hari tersebut, golongan yang beriman akan mendapat ganjaran mereka manakala golongan kufur akan menerima balasan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

28 Sep, 02:40


💌 Syahwat tetap akan ada, jangan dinafikan.

Namun ia perlu diurus. Dan apa pilihan kita dalam mengurus syahwat?

Alhamdulillah, hari ini menyelam ke dalam peringatan yang Allah susum dalam surah An-Nur.

#addeenulhaq #ibrah114

Ibrah 114

27 Sep, 12:32


Allah berfirman:

وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم مَّا لَیۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٌ

“Dan kamu memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya.”
(An-Nūr, 24:15)


Ia didikan Allah pada setiap Muslim.

Perkataan adalah tanggungjawab.

Mudah-mudahan, usaha mendalami surah al-Nur daripada CCTV tadabbur yang berbeza akan memimpin kita untuk lebih berjaga-jaga dalam kehidupan ini.

Nantikan 28 September ini Bersama Ustaz Syaari.

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

26 Sep, 12:33


Allah berfirman:

لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ

“Janganlah kamu menyangka ia buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu.”
(An-Nur, 24:11)


Kata Ibn Qayyim rahimahulLah:

“Kalaulah bukan kerana musibah dan ujian, maka pasti seorang hamba itu akan tertimpa penyakit sombong, ego, ujub dan hati yang keras yang mana ia akan menjadi penyebab kehancuran dirinya.”

Didik jiwa kita dengan sangka baik hingga ia menjadi kekuatan jiwa untuk meninggalkan segala penyakit hati. Santuni mesej Surah al-Nur ini.

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

25 Sep, 12:40


Baik atau buruk: Asasnya al-Qur'an dan as-Sunnah.
Boleh atau tidak: Asasnya al-Qur'an dan as-Sunnah.
Halal atau haram: Asasnya al-Qur'an dan as-Sunnah.
Jelas atau syubhah: Asasnya al-Qur'an dan as-Sunnah.

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ

"Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintah Nabi beringat serta berjaga-jaga." (An-Nur, 24:63)

Kata Imam asy-Syatibiy:

"Ketikamana munculnya banyak perkara baru di dalam agama dan pengingkaran kepada Nabi sallalLahu 'alayhi wa sallam; dan manusia melakukan yang demikian itu secara beramai-ramai.

Hingga orang yang jahil berkata: Jika ini adalah perkara yang tidak baik, kenapa ramai yang melakukannya?"

Jangan kerana ramai yang buat, kita pun buat.
Jangan kerana ramai yang jual, kita pun jual.
Jangan kerana ramai yang beli, kita pun beli.
Jangan kerana ramai yang makan, kita pun makan.
Jangan kerana ramai yang angguk, kita pun angguk.

Apa pun, asanya tetap al-Qur'an dan as-Sunnah.
Surah al-Nur mendidik kita untuk teguh berpegan pada prinsip ini.

Dalami surah ini bersama Ustaz Syaari pada 28 Sept ini, ya?

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

24 Sep, 12:32


Ketika dada diselubungi kegelapan masalah dan ujian, kegelapan mencari arah tujuan, kegelapan memburu jalan penyelesaian;

Pernah tak kita bertanya pada diri:

“Apa yang menghalang aku dari meminta cahaya petunjuk dari sang pemilik cahaya?”

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

“Allah pemberi cahaya bagi segala yang di langit dan bumi.“
(An-Nur, 24:35)


يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ

“Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya.”
(Al-Baqarah, 2:257)


#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

16 Sep, 01:01


"AYAT-AYAT ALLAH"

Sebenarnya,
dalam mendidik anak, kita sedang mendidik diri.

Banyak yang kita boleh belajar tentang diri dan Allah dalam berurusan dengan anak-anak.

Bila anak tak dengar cakap, saya selalu teringat yang saya juga banyak tak dengar cakap Allah.

Bila anak buat salah, saya selalu teringat yang saya juga banyak buat salah kepada Allah.

Bila saya nak marah atas kesalahan anak, saya selalu teringat yang Allah tidak terus marah bila saya buat salah dengan terus mengazab.

Allah tahu segala salah saya dan masih memberi peluang. Bahkan, Allah menutup segala kesalahan dan aib saya dari diketahui orang.

Jadi kenapa saya marah dan tak beri peluang pada anak saya?

Sedangkan saya sendiri pun melakukan perkara yang sama dan berharap Allah berlemah-lembut dengan saya.

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ
لَكُمْ

“Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?”
(An-Nur, 24:22)

Terima kasih anak-anak atas pelajaran ini. ❤️ Moga dengan adanya kefahaman surah al-Nur secara komprehensif nanti, Allah bantu diri saya dan ahli keluarga!

#ibrah114 #addeenulhaq

Ibrah 114

13 Sep, 12:32


Sudah bersedia untuk menelusuri ke dalam surah an-Nur?Jom, Bismillah!

Perjalanan DHAQ akan diteruskan bulan ini dengan surah an-Nur

Ustaz Adi Hidayat menjelaskan dalam permulaan surah an-Nur, Allah langsung memberikan peringatan kepada hamba agar fokus dengan menaruh perhatian yang sempurna agar mendapatkan cahaya atau petunjuk Allah.

Keistimewaan surah an-Nur ini bukan sekadar menerangkan ini halal dan haram, tetapi menerangkan dengan sejelas-jelasnya, sejernih-jernihnya sehingga tidak ada celah bagi kita untuk mengelak dari semua.

Supaya lebih ingat dan dekat dengan Allah," ujar Ustaz Adi Hidayat.

Bagaimana pula sisi pandang surah al-Nur yang Ustaz Syaari akan kupas? Jumpa, 28 September!

#ibrah114 #addeenulhaq