. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪. @yourstudyzonee Channel on Telegram

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

@yourstudyzonee


~ ƈɦǟռռɛʟ ռօȶǟ ȶɨռɢӄǟȶǟռ 1 , 2 , 3 ɖǟռ 4 ~


×︎Way To 7.3K subs!︎× 🔥🔥🔥

STUDY ZONE (English)

Welcome to STUDY ZONE, your go-to channel for all things related to 1st, 2nd, and 3rd-year students. Whether you're looking for study tips, exam preparation strategies, or just some motivation to keep going, this channel has got you covered! With a growing community of over 5.4K subscribers, STUDY ZONE is the perfect place to connect with like-minded individuals who are dedicated to academic success. Join us on this journey towards excellence and unlock your full potential. Subscribe now and take your study game to the next level!

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

15 Feb, 14:52


if channel ni dpt 10k, saya bagi mp random. tapi jgn join semata² nk mp je tauu. join sbb nk belajarr. kalo korang join semata² nk mp, maaf saya x halalkann walaupun sesen

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

15 Feb, 14:02


okk, disebabkan no react and comment pon 3 orgg jee, so saya bagi kpd 3 org. sorryy semuaaa. bukan x nak bagii tapi bila saya tanya korangg yangg x jawabb. sokayy, harini saya bagi kt 3 org dulu, insha allah esokk if rezeki saya masukk saya bagii dkt korang 50 seat 1 sen. saya tau tak banyak, butt rezeki kann. kalo nk lebih, doakan saya murah rezeki, nnti rayaa saya bagi mp

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

15 Feb, 13:34


ouh yea, berkenaan dgn money packet, saya nk bagi lebih awal lagi, sbb bagi saya pukul 11 pm tu ada setengah orgg dia dh kena tidoo. so korang nak saya bagi pukul brp?

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

14 Feb, 14:18


hii korangg, mcm yg saya ckpp before masuk sch saya nk bagi money packet, so saya akan bagi hari ahad nii pada pukul 11.00 pm atau lebih awall lagii, and saya bagi 1 sen je utk 50 orang terawal sahaja. maaf x bole nk bagi bykk, insha allah if hari ahad ni sales ebook meningkat, saya up kan money packet okk. yg berminat baca novel tu bole laa pm sayaa utk pembelian ebook. paling murah RM 1. so stay tuned tau utk moneyy packett

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

09 Feb, 03:47


thankyouu yang mana stayy dlm nii ❤️ insha allah sblm buka sekolah saya bagii money packet yee dkt org yg stay dlm channel ni sehingga harini even tho admin² x de update papee

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

09 Feb, 03:45


hiii, lamaa dhh x borak ngan korangg. ni mcm manaa dh sedia ke nk masuk sekolahh nntiii?

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

30 Jan, 16:30


hii!! mana batch 09/12? dpt x sbp? yg x dpt tu, meh hug sama². kitonyo pon kena rejecttt

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

29 Jan, 02:26


happyy cny!

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

28 Jan, 08:17


FORMULA MATEMATIK

#formula #formulae
#math #mate

@yourstudyzonee

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

28 Jan, 06:28


Assalammualaikum and hi. yang baru join, boleh refer pinned message untuk dapatkan link bot notes based on form korang. terima kasih.

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

26 Jan, 04:58


students upper form yg ambil aliran geografi tu masuk ke group ni yea. sbb all notes and exercises saya akan post kt group ni. butt group ni saya tak post notes lagi. insha allahh dlm pertengahan bulan 2 saya baru postt. maaff yee lambat sikitt.. kitonyo bukan aliran geografi so yea, nk kena study sikit² duluu.

link group
https://t.me/studyzonee_geografiii

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

24 Jan, 04:16


f4 this yearr, ada yg dpt aliran geo takk? if ada bagi reac satt

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

23 Jan, 18:52


hii, nk tanya. mostly f4 tahun ni dpt aliran apa ye? cer bagitau kt bawah ni. tgh nk cari member utk study together

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

23 Jan, 15:58


Lagi satu...sesiapa yg dh tahu aliran for form 4 student boleh isi link Google Form dibawah :-


https://forms.gle/auDPthsYvMUjfvmA7

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

23 Jan, 15:55


Hi semua admin sej dan pai disini...memandangkan kita masih bercuti penggal akhir tahun sesi 2024/2025 jadi notes or quiz akan berhenti buat sementara waktu sehingga awal bulan 3 ini hnya untuk pai dan sej sahaja kerana bagi membuat persediaan notes dan quiz setiap tingkatan...korang relax dulu for holiday see you soon awal bulan 3 .....bye2 korang❤️

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

21 Jan, 07:42


hii!! lama dah channel ni x de new message kann? sorry korangg. admin² lain sekarang ni tgh busyy. so yeaa, memang buat masa ni x de notes or exercise. and kpd form 5 (batch 08) yg ambil aliran geo, im sorryyy sgt² terpaksa postponed utk hntr korang punya notes atas sbb tertentu. dont worryy, insha allahh dlm masa terdekat ni saya hntr. cuz waktu malam saya x bole nk tido, and i sejenis pemalas utk buat kerja time malam (risau power rabun naik). so, saya selalu tido time pagii andd yeaa, notes semua mmg tergendala laa. but sokayy, saya akan cuba sehabis baikk okk. doakan saya dan admin² lain dipermudahkan urusan. yg mana still dlm channel nii, saya nk ucapkan thankyouuu sgt² sbb sudi join channel ni even tho tgh sunyi sepi. saya tgk lebih kurang 1k subscribers yg dh leave channel nii but sokayy. thankyouu sgt² sbb still stay dkt channel nii. dont worryy, admin ² lain x lupa tanggungjawab diaorang semua..

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

09 Jan, 13:51


okay tu je untuk harini . nanti kita sambung agi oceyy . good night korangg ❤️

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

01 Jan, 09:41


Student lower form boleh jawab sehingga 31/1/2025

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

01 Jan, 09:41


Hi semua,minta maaf link yg min hntr ada masalah teknikal....sekarang link tersebut telah pulihh...semua dijemput untuk menjawab...


Terima kasihh..😊

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

31 Dec, 17:11


happyy new yearrr koranggg!! thankyouuu yg mana still stay dgn channel nii!! semoga apa yg korang impikan akan menjadi kenyataan yea. semoga tahun ni lebih baik daripada tahun sebelumnya. andd gudluck kpd abang and kakak² batch 07 yg akan mulakan ujian bertulis pada 2/1 nii. semoga dpt result yg cemerlang. and kepada student dlm channel ni, i hope korang punya result memuaskan hati korang. its ok if result korang x seperti yang korang harapkan, as long as korang dh berusaha. ingat, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.

saya tak nak tulis panjang² sbb tak nak korang penat membacaa. HAPPY NEW YEARR yeaa!!

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

31 Dec, 16:04


Goodbye 2024, welcome 2025!

Assalamualaikum and hi subscribers sekalian. First of all, salam 1 Rejab dan selamat tahun baru semua!!

2024, thank you for everything. Walaupun jujurnya banyak liku dan dugaan semasa tahun ni. Tetapi tak mengapa. Biarkan yang lepas, lepas. Jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran. Yang baik dan indah jadikan kenangan , yang sebaliknya kita jadikan iktibar. Bak kata pepatah, buang yang keruh , ambil yang jernih. Kepada semua yang pernah hadir dalam hidup ini pada tahun 2024, tak kiralah cuma sebentar mahupun hingga ke penghujungnya, terima kasih semua. Dengan rendah diri, saya memohon maaf jika ada sebarang tutur bicara mahupun perlakuan saya yang mengguris dan tidak menyenangkan hati kalian semua. Semoga yang baik-baik saja untuk kalian.

Semoga sentiasa dibawah kurniaan rahmatNya


2025, saat ini adalah permulaan baru dalam hidup kami. Episod dan Bab baharu dalam kisah perjalan hidup bagi setiap lingkungan usia. Tak kiralah yang muda ataupun yang sudah berusia. Maka, marilah kita mulakan tahun ini dengan azam dan semangat baru bersama-sama. Kita berusaha untuk membaiki diri sendiri dan semoga tahun ni dapat mencipta salah satu kenangan yang indah yang takkan kita lupakan. Kuatkan mental, fizikal dan sentiasa lah jaga hubungan antara Tuhan dan orang yang kita sayang.

Lepaskan masa lalumu, kejar matlamat mu.

Sebab? Masa depan siapa yang tahu? Kita gagal kali ini, tidak mustahil di masa depan kita akan berjaya. Mencapai kejayaan bukan hanya sehari tetapi untuk selama-lamanya. Kalau kita jatuh sekarang, tidak bermakna kita takkan mampu bangkit. Orang kata ; hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Jadi , kalau mahukan sesuatu kenapa mesti cari alasan? Carilah usaha dan jalan untuk mendapatkan keinginan itu. Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Dan yakinlah, setiap usaha itu pasti ada hasilnya kerana usaha takkan mengkhianati hasil. Jika tidak mendapat hasil yang dimahukan? Ingatlah, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Sebab Allah tahu setiap kemampuan hamba-hamba Nya.

If you think you're loser, try to be better than before. That's enough than doing nothing and just crying for your failure. You know what? There are no escalators to success. So, key of success is efforts. And just trust the process.

Stay patient and consistent.

Setiap usaha untuk kebaikan itu tiada yang sia-sia . Pasti akan ada hasilnya. Setiap pilihan yang kita buat mahupun betul ataupun salah, memberi kesan yang baik ataupun buruk ; janganlah kita menyesal dan menyalahkan takdir. Terimalah dengan hati yang terbuka dan reda lah dengan setiap apa yang ditentukan buat kita kerana ia pasti baik untuk kita. Kalau bukan baik dari segi ganjaran mahupun kelebihan , ambilah ia sebagai pengajaran dan belajarlah dari kesilapan. Di dunia ini tiada manusia yang sempurna. Tapi tidak bermakna kita tak perlu berusaha untuk menjadi lebih baik.

Nak Allah reda dengan kita, kita kena reda dengan ketentuan Dia. Memang susah. Tapi kita kena cuba. Saya cakap semua ni bukan bermaksud saya baik dan sempurna. Tidak. Malah saya ni apalah sangat nak dibandingkan dengan sesiapa pun. Saya hanya manusia biasa yang masih cuba untuk berubah. Memang nak berubah tu pasti ada dugaannya. Banyak lagi yang saya kena belajar dan cari dalam hidup ini.

Jadi, ahli channel Study Zone yang seramai 7, 303 orang ni.... marilah kita sama-sama berusaha untuk membaiki diri ke arah menjadi yang lebih baik. Kita memang tak sempurna, tapi kalau kita bersama, terasa lengkap semuanya. Mungkin selepas ini kita tidak berkesempatan bertemu (online) lagi atas kesibukan dan tugasan hakiki masing-masing, tapi anggaplah saat ini hingga nanti kita sentiasa ada menyokong masing-masing.

Belajar dan terbang tinggi lah anak-anak Study Zone. In Shaa Allah kejayaan itu milik kamu. Tiada yang mustahil jika ia dah ditentukan buat kamu. Dan anak-anak Muslim sekalian, ingatlah doa itu senjata kita. Gunakan ia sebaiknya.

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

31 Dec, 16:04


Maaf la kalau banyak cakap pula harini. Mungkin lepas ni saya akan hilang dari radar... tapi saya tau korang okay je. Tapi saya akan munculkan diri juga, In Shaa Allah jika tiada aral yang melintang. Lagipun korang ramai lagi admin. Jangan nakal ii. Haha macam bagi pesanan terakhir la pulak.

Apa-apa pun, goodluck semua for next exam dan apa saja ujian hidup ini. Stay strong and remember, kalau rasa down atau hopeless , carilah Allah. Merintih dan pintalah padanya. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Pengasih.

Jadi, untuk 2025 ni ... kosong ii ya? Maafkan segala tutur bicara dan ayat ii min yang menggores hati kalian. Maaf sangat-sangat. Min ni cuma manusia biasa. Kalau ada salah silap , silalah tegur. Kita baiki diri sama ii.

Oh ya, perjalanan hidup kita ni macam storyline watak ii dalam satu novel atau cerita. Apa takdir kita dan apa yang akan jadi terhadap kita di masa depan mahupun beberapa saat kemudian, semuanya ditentukan oleh penulis atau pengarah. Diorang yang akan tentukan sama ada adakah happy ending layak untuk satu watak itu? Tetapi setiap penulis itu mesti sayangkan semua watak yang dia cipta. Maka, setiap apa yang dia tentukan buat satu watak itu adalah sesuatu yang baik buat watak itu. Dan adanya plot twist dan characters development.

Bezanya, hidup kita ditentukan oleh Tuhan kita yang mana ialah pencipta kita iaitu Allah SWT. Setiap perintah dan larangan Nya semua kita boleh tahu daripada Al-Quran , Hadis dan orang yang alim. Semuanya lengkap. Cukup. Jadi kalau kita dah buat setiap perintah Allah dan jauhi larangan Nya, Allah pasti akan merahmati kita. In Shaa Allah. Dan ingatlah, setiap ujian yang dihadirkan buat kita sebab Allah sayangkan kita. Kalau Allah tak sayang kita, Dia akan biarkan je. Apa nak jadi, jadilah. Macam penulis yang tak suka watak antagonist dalam cerita mereka, mereka tak ambil kisah sangat pun.

Walaupun kita rasa ujian tu terlalu berat atau tak mampu kita tanggung, ingatlah itu bermakna awak cukup kuat. Kuat dalam menempuhi ujian dari Nya dan masih bertahan. Tak salah untuk menangis, tapi ingatlah hari esok pastikan awak melepaskan ia pergi. What is past, is past.

Okay terima kasih kerana membaca ceramah daripada seketul admin ini. Semoga yang baik-baik saja untuk kalian. Kalau ada salah silap dari pihak admin, kami minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Terima kasih kerana masih di sini, Study Zone's semua. Semoga bermanfaat kepada kamu semua.

Tuntutlah ilmu hingga ke negara China.

Bye semua. Bye masa lalu. Bye my ex. Bye 2024. Bye!

Jangan rindu min, tapi min akan sentiasa rindukan kalian. Min doakan semoga kalian sentiasa dipermudahkan urusan dan diberi afiah kehidupan selalu. Kenang daku dalam doamu. Ceyh.

And again, hi 2025! Let's create our new memories together!

Chase your dreams Study Zone's. Ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu, hidup akan malap.

P/s : drop azam 2025 korang kat comments!

Jazakallah khairan.

Admin

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

30 Dec, 03:26


Assalamualaikum and hi semua ! Terima kasih guys for 7.3K subscribers! 🥹🤍 For batch 07, goodluck for SPM! Yang lain goodluck kalau masih exam dan yang dah habis exam goodluck for your results! Study ii la sikit untuk tajuk next year

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

29 Dec, 06:29


Semua student ting 1,2 dan 3 boleh menjawab sehingga 31/12/2024

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

29 Dec, 06:28


Hi semua admin sej masih membuka kuiz sejarah untuk lower form ya

Link 🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc1V0mUV_D0X28KGa6nmmMYejB_PZF0aTHRzrlYhAqasBwxvA/viewform?usp=header

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

25 Dec, 05:27


hi, maaf num ni xde dlm tele ke? pm @aeynahelperbot


Yang lain maaf kalau ada mesej korang min x reply, sebab web tu prob 😭 min xtau kenapa dia asyik restart balik. Jadi semua mesej gone. Kalau ada apa ii boleh je terus pm @aeynahelperbot sebab yang dlm link tu prob sikit. Btw maaf ya korang, min busy sikit sekarang ni

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

23 Dec, 10:49


Hi korg!!! macam mana korang? dah ready utk sesi 25/26 tahun depan ? btw this is admin arabic/math...... and korg ok tak klu buat quiz guna quizziz?

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

21 Dec, 16:35


hii, someone bole tak recommend kan ipad or tablet yg sesuai for student?

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

21 Dec, 14:55


hii, saya ada jumpa nota math chap 1 for f4 dkt tt, so sayaa share kt sini laa ye. harap nota ni dpt membantuu

cre : @wwfra_ (tiktok)

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

21 Dec, 06:24


#motivation
#quotes

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

18 Dec, 07:07


nah , utk korang. bot notes f1 - f4 ! share ii la dengan kawan ii . jangan lupa join @yourstudyzonee

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

18 Dec, 07:06


Study Bot By Me

https://t.me/yourstudyzonee

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

18 Dec, 07:05


Assalammualaikum and hi semua!

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

24 Nov, 14:05


hii!! for f3 bole jwb soalan ni dkt ruang comment yeaa @lurvvsarahhh

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

24 Nov, 09:15


ramai gak yee blm exam. so, nnti malam saya akan hntr latihan sej for f3. if saya rajinn, f2 and f1 pon saya hntr harini. doa²kan laa yee

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

23 Nov, 06:06


hii korangg!! just nk tanya, sape yg blm exam lagi, cer bagi react sikit. nk tgk ramai ke x yg blm exam utk buat revision sej esok

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

18 Nov, 13:41


CARA MENULIS KARANGAN ENGLISH GRAMATIS

1. Menyediakan draf atau rangka karangan

Ramai pelajar yang terus mula menulis karangan dan tidak menyediakan draf karangan merekadahulu.

Dengan menulis draf, pelajar dapat melihat secara kasar hasil karangan mereka.

Daripada situlah mereka boleh memperbetulkan atau menambah perkataan yang diperlukan agar dapat menyiapkan karangan dalam masa yang diperuntukkan.

2. Pilih tajuk karangan dan gunakan konsep 5W1H.

Pilih tajuk karangan dan pastikan tajuk karangan menepati kehendak soalan yang diberikan.

Cari isi penting dengan menggunakan kaedah melemparkan soalan dengan menggunakan konsep 5W1H.

Apakah yang dikatakan 5W1H?

Who (Siapa)
What (Apa)
Where (Di mana)
When (Bila)
Why (Kenapa)
How (Bagaimana)

3. Main points untuk karangan

Daripada semua soalan yang dikemukakan di atas, pelajar seharusnya mencari jawapan yang sesuai.

Jawapan inilah yang akan menjadi main points (isi penting) untuk karangan.

4. Hasilkan beberapa sub points

Seterusnya, dari setiap main points tersebut, pelajar perlu menghasilkan beberapa sub points (isi tambahan).

Buatlah beberapa sub points untuk setiap main points sekurang-kurangnya 2 atau 3.

5. Kembangkan main points dan sub points

Selepas itu, kembangkan kesemua main points dan sub points supaya karangan pelajar mempunyai isi yang banyak.

Panjang karangan mestilah mengikut kehendak soalan dan menarik untuk dibaca.

Untuk memastikan struktur bahasa adalah betul, pelajar perlu mematuhi subject-verb agreement.

6. Ikut format karangan

Pastikan karangan yang ditulis mengikut format yang ditetapkan dengan mempunyai

Introduction (Pendahuluan)
Body (Isi)
Ending (Penutup)
Di bahagian Introduction, pelajar mestilah menyatakan:

Tajuk karangan
Definasi tajuk karangan anda
Di bahagian body pula, bahagikan semua main points kepada beberapa perenggan dan perenggan-perenggan itu pula akan diisi dengan sub points yang telah dikembangkan isinya.

Di bahagian ending, pelajar perlu membuat kesimpulan karangan yang merangkumi segala main points yang telah anda bincangkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya.

SOME NOTE
you must master various grammars so that you have a more beautiful essay👍

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

18 Nov, 09:04


hii!! mcm mana exam harini? senang ke susahh?

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

16 Nov, 14:54


hii! anyone bole suggestkan x nama utube cg yg mengajar sci (dlp) for lower form? if ada, drop nama channel kt comment pliss

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

16 Nov, 00:50


hii korangg, maaf yeaa smlm x update pon soalan sej. tapi satu je saya nk nasihatkan korang especially yg blm jawab paper sej. if korang rasa korang dah nk give up dgn sej sbb korang study last minutes, saya nasihatkan jangan give up dulu yea. if korang study last minutes, korang just jawab soalan exam uasa 2022/2023 & 2023&2024 sbb mostly cg korang amik soalan KBAT daripada paper uasa yg lepas. soalan esei pon lebih kurang dia amik dari sini. and then, utk soalan structure and obj, kebanyakan cg mesti amik dalam module yg korang guna. soalan jangan cakap lah ye, tbh susahh. saya ingatkan saya yg memasak sej, rupanya tidak, sej yg masak saya. soalan KBAT dia tak semua bole ikut logik korang sendiri, tapi soalan KBAT dia bole juga dia ikut jawapan textbook yea. if cg korang kata bab 5 masuk, semua subtopic bab 5 at least korang fahamkan. ik last minutes, biar korang down skrng, jgn down dgn result nnti. saya sendiri pon tak leh move on dgn paper sej smlm. unexpected yg dia akan susah tahap mcm tu sekali. saya bukan nk takutkan korang, tapi nk peringatkan. yg blm study sej tu, bole study slow ii. focus dkt soalan structure and essay. sbb tu paling byk marks. baca betul ii jgn percaya ramalan daripada kawan korang, sbb saya pon percayakan ramalan daripada kawan saya, end up saya yg dimasak yea. so nnti if ada masa saya bagi latihan structure.

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

14 Nov, 20:16


sorryy koranggg, terlupaa nk share soalan sej smlm, sbb saya terrlampauu penatt and terus tidoo. and wish me luck for sej tdyy, nntii balik, saya bagi latihan sej ok

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

13 Nov, 11:31


hii!! tmrr i akan send latihan sej chapter 5 and 6 for f3. so mcm mana exam harini? susah ke senang?

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

11 Nov, 06:57


hii!! how ur exam tdy? ok ke x?

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

10 Nov, 12:10


1. Bagaimanakah strategi manipulasi yang digunakan oleh British di negeri Perak? (6 markah)

2. Jelaskan kaedah yang digunakan British dalam strategi desakan dan paksaan di Pahang. (8 markah)

3. Berikan syarat perjanjian pangkor (4 markah)

4. Bijih timah popular di negeri mana? (1 markah)

5. Bagaimanakah strategi memanipulasi yang digunakan oleh British di Selangor? (6 markah)

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

10 Nov, 10:54


lepas maghrib kita buat revision chap 3 pulak ye for sej

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

10 Nov, 06:00


Skema UASA Pendidikan Islam Form 3

#uasa #skema #pastyear
#pendislam #pai #form3
#latihan #f3 #ggd
#ulangkaji #revision

@yourstudyzonee

Thank you for 6.3k subscribers ! 🤍💫

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

10 Nov, 01:13


Kalau ada soalan, tanya aje kat comment

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

09 Nov, 21:52


1. Jelaskan faktor kedatangan kuasa barat pada abad ke-16 (4 markah)

2. Berikan 5 faktor kedatangan kuasa barat pada abad ke 19&20 beserta dengan huraian (10 markah)

3. Belanda dan British menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai wilayah alam melayu.

(a) berdasarkan petikan di atas, berikan perbezaan strategi Belanda dan British untuk menguasai Amalm Melayu? (4 markah)

(b) Jelaskan strategi belanda dan british berdasarkan jawapan anda di 3(a) (8 markah)

jawab kt bawah ni yea

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

09 Nov, 21:47


disebabkan haritu f3 dh jwb soalan obj sej, so harini saya bagi soalan struktur pulak yea

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

09 Nov, 21:08


hii!! harini saya nk buat quiz sej and geo for all lower form, so bole korang bagi chapter brp yg korang nk dkt comment nii okk

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

09 Nov, 12:00


test ii

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

09 Nov, 10:59


4. Rajah 7 menunjukkan sebuah bulatan JKLQ. PQR ialah tangen kepada bulatan di Q.

Diagram 7 shows a circle JKLQ. PQR is a tangent to the circle at the point Q.

Cari nilai x
Find value of x

(disebabkan ada yang request, min bagi. kalau ramai jawab, min bagi lagi)

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

09 Nov, 09:18


. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪. pinned «btw, korang jangan lupa share ii la link channel ni dekat kawan ii. thankss https://t.me/yourstudyzonee»

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

09 Nov, 08:48


part c - 3(b)

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

09 Nov, 08:08


part c - 3(a)

formula penting! : TOA, SOH, CAH

tan = opposite/adjecent

sin = opposite/hypothenus

cos = adjecent/hypothenus

. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪.

09 Nov, 07:51


part c - 2(b)

nilai labur awal/the cost of investment
= RM400 000

keuntungan modal/capital gain
= harga jualan/sale price - modal - duti setem/stamp duty - komisen agen/agen's commission - kos guaman/legal fees

= RM580 000 - RM400 000 - RM3 000 - RM4 900 - RM7 500
= RM164 600

jumlah pulangan /total return
= keuntungan modal/capital gain + sewa/rent

= RM164 600 + (RM1850 x 12 x 7)
= RM320 000

nilai pulangan pelaburan/return on investment
= jumlah pulangan/total return ÷ nilai pelaburan awal/the cost of investment

= RM320 000 / RM400 000 x 100%
= 80%