Ustaz Roket Official (@ustazroketofficial) Kanalının Son Gönderileri

Ustaz Roket Official Telegram Gönderileri

Ustaz Roket Official
Assalamualaikum semua.
Saya Ustaz Arif@Ustaz Roket. Channel ini akan memberi fokus utama khusus kepada Bahasa Arab UPKK & juga subjek-subjek yang lain. Juga, saya akan berkongsi program-program yang saya kendalikan agar memberi inspirasi buat semua.
7,554 Abone
381 Fotoğraf
22 Video
Son Güncelleme 09.03.2025 12:43

Ustaz Roket Official tarafından Telegram'da paylaşılan en son içerikler

Ustaz Roket Official

09 Jan, 06:48

5,680

FINAL PAPER UPKK

Ibu Ayah...
Baca al-Fatihah, selawat & doa untuk dihadiahkan buat anak-anak.

Ya Allah,
Terangkanlah hati anak-anak kami untuk menjawab semua soalan dengan betul.

Ya Allah,
Lapangkanlah dada & minda anak-anak kami untuk memahami setiap soalan yang dikehendaki dengan kefahaman yang tepat.

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada anak-anak kami ilham & petunjuk jawapan yang tepat untuk kesemua soalan.

Ya Allah,
Kau ingatkanlah anak-anak kami apa yang telah dipelajarinya sebelum ini.

Ya Allah,
Kau tenangkanlah anak-anak kami ketika menjawab soalan-soalan UPKK ini.
Ustaz Roket Official

08 Jan, 14:39

4,742

Mohon maaf semua.
Terpaksa habiskan awal sebab ada urusan mengejut yg perlu dilaksanakan.

Saya doakan anak² diberi kefahaman, kemudahan & ketenangan dalam menjawab soalan B.Arab esok. Aminnnn🤲
Ustaz Roket Official

08 Jan, 11:21

7,720

FINAL PAPER🔥
B.ARAB LIVE🔥🔥🔥

Link FB Live👇
https://www.facebook.com/share/v/1D8ya1DZL3/

Link Tiktok Live👇
https://vt.tiktok.com/ZS6abXW55/
Ustaz Roket Official

08 Jan, 10:19

6,531

Minta anak2 hafalkan perkataan2 untuk tajuk di bawah ini. Ini adalah asas & wajib keluar:

• Pakaian
• Warna
• Di Sekolah
• Di Rumah
• Makanan & Minuman
• Di Dapur
• 5 Jenis Haiwan
• 20 fiil/kata kerja
Ustaz Roket Official

08 Jan, 09:07

5,092

Saya nak inform awal² ya. Subjek B.Arab tiada soalan rare. Minta anak fokus & takenote 100% soalan yg dibincangkan malam ini. Mungkin habis lewat.

Minta bersedia dgn apa² makanan ringan untuk anak supaya kekal segar. Jumpa malam ini jam 8 semua.
Ustaz Roket Official

08 Jan, 08:56

4,966

Macam mana soalat Sirah tadi? Yang saya bincang semasa LIVE & soalan² rare banyak yg keluar tak?
Ustaz Roket Official

07 Jan, 15:41

10,395

Soalan² Rare Subjek Sirah

1) Siapakah hamba Khadijah atau siapakah anak angkat Nabi SAW?
= Zaid bin Harithah

2) Keluarga Nabi SAW dipulaukan di Mekah selama berapa tahun?
= 3 tahun

3) Siapakah 2 orang yang pertama solat di belakang Nabi?
= S.Khadijah & S.Ali

4) Siapakah cucu Nabi yang memanjat Nabi ketika solat?
= Hasan & Husain

5) Siapakah cucu Nabi yang pernah didukung oleh Nabi semasa solat?
= Umamah (anak Zainab)

6) Berapakah jarak bulan antara wahyu pertama & yang kedua?
= 6 bulan

7) Peristiwa bulan terbelah 2 berlaku 5 tahun sebelum Nabi berhijrah ke mana?
= ke Madinah

8) Peristiwa keluar air dari celah jari Nabi berlaku semasa Nabi nak solat?
= Solat Asar

9) Nabi pulang semula ke Mekah dalam peristiwa Israk Mikraj sebelum waktu?
= Sebelum waktu Subuh

10) Nabi SAW bertolak ke Mekah pada hari Isnin bulan Zulqaedah bersama Ummu Salamah & ........... orang sahabat.
= 1500 orang

11) Siapakah wakil yang berunding dengan Nabi untuk membuat Perjanjian Hudaibiyah?
= Suhail bin Amru

12) 10,000 orang Islam menyalakan sebanyak?
= 10,000 unggun api

13) Abu Sufyan memeluk Islam melalui siapa?
= Al-Abbas bin Abdul Mutalib

14) Nabi wafat pada waktu?
= Dhuha hari Isnin 12 Rabiu Awal tahun ke-11 hijrah

15) Siapakah anak Nabi yang menangis melihat keadaan Nabi waktu itu?
= Fatimah

16) Siapakah yang tidak dapat menerima berita kematian Nabi SAW?
= Saidina Umar

17) Saidina Abu Bakar ganti Nabi jadi imam solat sebanyak?
= 17 kali

18) Nabi SAW dimandikan & dikafankan pada hari apa?
= hari Selasa

19) Nabi SAW berpesan kepada S.Aisyah supaya ............ disedekahkan.
= 6 dinar

20) Nabi SAW dimakamkan di mana?
= di rumah S.Aisyah/di Madinah/di Masjid Nabawi

21) Pelantikan khalifah dijalankan di mana?
= di balai Bani Saidah

22) Sistem Baiah & Syura mula berlaku semasa pelantikan khalifah?
= Khalifah Abu Bakar

23) Nabi SAW mengerjakan Haji Wida pada tahun?
= tahun ke-10 hijrah

24) Siapakah yang mencadangkan S.Abu Bakar menjadi khalifah pertama?
= S.Umar Al-Khattab

25) Nabi SAW menyampaikan khutbah terakhir di mana?
= di Padang Arafah

26) Apakah keistimewaan kota Mekah?
= terdapat Masjidil Haram & adanya Kaabah

27) Apakah keistimewaan kota Madinah?
= terdapat Masjid An-Nabawi & makam Nabi SAW

28) Nabi SAW memaafkan Du'thur dalam peperangan?
= Ghutfan

29) Siapakah pambantu Rasulullah?
= Anas bin Malik

30) Apakah 2 panduan di zaman Rasulullah SAW?
= Al-Quran & As-Sunnah

disediakan oleh Ustaz Roket
Ustaz Roket Official

07 Jan, 15:40

7,656

Piagam Madinah
• perlembagaan bertulis yang pertama di dunia
----------------------------------------
Ringkasan Perjanjian Hudaibiyah
• Perjanjian Damai antara Rasulullah dgn Musyrikin Mekah (Zulqaedah 6 Hijrah) ditulis oleh Saidina Ali

Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah
• gencatan senjata selama 10 thn
• umat islam tidak dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun tersebut/umat islam dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun berikutnya
• bebas membuat perjanjian dengan mana² pihak

Kesan Perjanjian Hudaibiyah
• dakwah Nabi tidak lagi diganggu oleh musyrikin
• ramai tentera Quraisy memeluk Islam
• Islam tersebar dgn seluas-luasnya
----------------------------------------
Pembukaan Kota Mekah
Info: Berlaku pada Jumaat 10 Ramadan Thn 8 Hijrah

Faktor Kejayaan Pembukaan Kota Mekah
• Aqidah yang kuat dalam umat Islam
• Strategi Nabi yang bijak
• Ramai pembesar Quraisy masuk Islam

Kesan Pembukaan Kota Mekah
• ramai Musyrikin Mekah memeluk Islam
• dakwah Islam semakin meluas
• dapat menunaikan ibadah tanpa gangguan
Ustaz Roket Official

07 Jan, 11:49

3,900

Link FB Live👇
https://www.facebook.com/share/v/18NRdYaduV/

Link Tiktok Live👇
https://vt.tiktok.com/ZS65pcHSP/
Ustaz Roket Official

06 Jan, 23:48

4,382

Ibu Ayah...
Baca al-Fatihah, selawat & doa untuk dihadiahkan buat anak-anak.

Ya Allah,
Terangkanlah hati anak-anak kami untuk menjawab semua soalan dengan betul.

Ya Allah,
Lapangkanlah dada & minda anak-anak kami untuk memahami setiap soalan yang dikehendaki dengan kefahaman yang tepat.

Ya Allah,
Kurniakanlah kepada anak-anak kami ilham & petunjuk jawapan yang tepat untuk kesemua soalan.

Ya Allah,
Kau ingatkanlah anak-anak kami apa yang telah dipelajarinya sebelum ini.

Ya Allah,
Kau tenangkanlah anak-anak kami ketika menjawab soalan-soalan UPKK ini.