Unit Kaunseling Sehebat @unitkaunselingsehebat Channel on Telegram

Unit Kaunseling Sehebat

@unitkaunselingsehebat


Instagram: ubk_sehebat

Unit Kaunseling Sehebat (Malay)

Unit Kaunseling Sehebat merupakan sebuah saluran Telegram yang bertujuan untuk menyediakan kaunseling dan bimbingan kepada individu yang memerlukan. Dikendalikan oleh pasukan kaunselor profesional, saluran ini menyediakan ruang aman bagi individu untuk berkongsi masalah mereka dan mendapatkan nasihat yang tepat. Dengan motto 'Sehebat Kaunseling Untuk Anda', Unit Kaunseling Sehebat berusaha untuk memberikan sokongan emosi dan mental yang diperlukan untuk membantu individu mengatasi cabaran dalam kehidupan mereka. Saluran ini juga menyediakan artikel, tips, dan panduan kaunseling yang berguna untuk membantu meningkatkan kesejahteraan emosi. Pengguna boleh mengikuti perkembangan terkini saluran ini melalui Instagram @ubk_sehebat. Jadi, jika anda mencari bimbingan kaunseling yang berkualiti, Unit Kaunseling Sehebat adalah pilihan yang tepat untuk anda!

Unit Kaunseling Sehebat

03 Nov, 04:02


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1314669/pentaksiran-berasaskan-sekolah-selari-agenda-pendidikan-global-kpm

Unit Kaunseling Sehebat

29 Oct, 13:35


- Kajian terbaru tunjuk ramai syarikat struggle nak handle pekerja Gen Z yang baru masuk kerja.

- 3/4 daripada lebih 900 bos yang disoal tak puas hati dengan prestasi kerja pekerja Gen Z yang baru diambil.

- 6 daripada 10 syarikat dah cepat-cepat pecat sekurang-kurangnya seorang pekerja Gen Z sejak awal tahun.

- 65% pengurus rasa pekerja Gen Z โ€œterlalu demandโ€ atau entitled.

- 63% pengurus rasa pekerja Gen Z cepat sangat โ€œsentapโ€ apabila dapat kritikan.

- Syarikat-syarikat kata pekerja Gen Z kurang etika kerja dan lemah dalam kemahiran komunikasi.

- Lebih separuh syarikat kata pekerja Gen Z susah nak terima feedback atau kritikan.

- Gen Z kurang pengalaman dunia sebenar dan kemahiran soft skill yang penting untuk berjaya di tempat kerja.

- Ramai pelajar Gen Z struggle nak habiskan buku atau baca macam generasi sebelum ni.

- Gen Z grew up dengan social media dan texting, jadi susah sikit nak handle perbualan face-to-face, terutama dalam situasi kerja.

- Kesimpulannya, syarikat-syarikat sekarang kena adjust untuk tackle cabaran perbezaan generasi ni kat tempat kerja.

Sumber: NST

Nota: Yang melahirkan dan mendidik Gen Z ialah Gen X dan Y.

Unit Kaunseling Sehebat

29 Oct, 13:35


https://www.nst.com.my/world/world/2024/10/1125392/easily-offended-gen-z-hires-quickly-getting-fired-survey-suggest

Unit Kaunseling Sehebat

24 Oct, 10:38


UniKL OHSEM SPM 2024 kini kembali !!!

Program kelas tambahan secara atas talian ini (Microsoft Teams/Zoom) masih mengekalkan 5 subjek utama untuk pelajar SPM pada kali ini.

Kelas yang dijalankan adalah PERCUMA!!! Daftar sekarang melalui kod QR atau klik pautan yang diberikan.
Pautan Pendaftaran:
https://bit.ly/RegisterUniKLOHSEM2024

Program akan dijalankan pada bulan November 2024 ini. Pelajar yang mendaftar akan dihubungi melalui aplikasi WhatsApp bagi mendapatkan pautan untuk menyertai kelas yang akan dijalankan. Jom mendaftar sekarang !!!

Unit Kaunseling Sehebat

22 Oct, 12:10


Tahniah Farisya !!! Batch mana cikgu dah lupa.. Farisya berjaya melanjutkan pengajian ke NZ /Ausie dibawah tajaan PPC after matrikulasi dan balik nanti akn dilantik sebagai pensyarah di kolej matrikulasi.. semoga menjadi pembakar semangat adik2 di sehebat utk terus berusaha mencapai kecemerlangan๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป
Gambar adalah semasa kursus persediaan ke luar negara slot bersama Cg Lia๐Ÿค“๐Ÿ˜Š

Unit Kaunseling Sehebat

22 Oct, 11:18


ASSALAMUALAIKUM WBT
SALAM SEHEBAT BITARA DAN BERBUDAYA

KALI INI, TEAM ENERGIZER SEHEBAT TELAH KEMBALI DENGAN WAJAH DAN GAYA BAHARU. MASALAH-MASALAH SEPERTI RASA MENGANTUK DAN LESU TELAH MENJADI PERKARA BIASA DALAM KALANGAN MURID-MURID PADA MASA KINI. OBJEKTIF VIDEO KAMI ADALAH UNTUK BERKONGSI TENTANG KEBAIKAN ID DELIMA SERTA MENGGALAKKAN MURID-MURID MELAKUKAN ENERGIZER BAGI MENINGKATKAN HORMON DOPAMIN DALAM DIRI SERTA MEMBANTU OTAK MENGHASILKAN GELOMBANG BETA. KAMI MOHON AGAR ANDA DAPAT MEMBERI SOKONGAN KEPADA KAMI DALAM PERTANDINGAN #KPDKSBP2024 TIDAK LAMA LAGI.

NAMA PESERTA:
1. IRSALINA NAJIHAH 4A
2. PUTERI NAJIHAH 4A
3. ALIF IMRAN 4B
4. MUHAMMAD AQIL DANISH 4B

GURU PEMBIMBING:
1. CIKGU ROHANI BINTI MUHAMMAD

JANGAN LUPA LIKE, SHARE DAN FOLLOW. TERIMA KASIH.

https://www.tiktok.com/@prs.sehebat/video/7428061541875928328?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7421847403496457735

Unit Kaunseling Sehebat

19 Oct, 05:36


Assalamualaikum wbt & Salam Sehebat Bitara dan Berbudaya

PARA IBU BAPA/PENJAGA YANG DIRAHMATI ALLAH SWT

PERKARA: CUTI PERAYAAN DEEPAVALI & BALIK BERMALAM.

1. Adalah dimaklumkan bahawa Cuti Perayaan Deepavali bermula 30 Oktober sehingga 2 November 2024.

2. Murid tingkatan 1-4 dibenarkan balik bermalam pada 29 Oktober 2024 (Selasa) mengikut ketetapan berikut:
- Menengah Rendah (Tingkatan 1,2 dan 3) selepas 1.30 tengah hari
- Menengah Atas (Tingkatan 4) selepas 2.30 petang

3.  Murid tingkatan 5 wajib menghadiri program kecemerlangan Matematik Tambahan pada 30 Oktober 2024 (Rabu) dan dibenarkan balik selepas 4.30 petang hari yang sama.

4. Murid perlu menunaikan solat zohor berjemaah di surau dan makan tengahari terlebih dahulu di dewan makan sebelum meninggalkan sekolah bagi mengelak pembaziran makanan.

5. Ibu bapa/penjaga perlu mengambil sendiri anak untuk balik bermalam dan tidak dibenarkan menumpang pelawat murid lain tanpa kebenaran PK HEM dan permohonan dari ibu bapa/penjaga.

6. Pihak sekolah tidak dapat menyediakan tempahan bas untuk balik dan ibu bapa boleh membuat tempahan sendiri dan waktu bertolak mestilah selepas jam 12.00 tengah hari. Pihak sekolah akan mengurus pengangkutan murid ke stesen bas Batu Pahat

7. Permohonan untuk balik bermalam lebih awal dan kembali lewat dari tarikh yang telah ditetapkan adalah tidak dibenarkan.

8. Tarikh kembali ke sekolah bagi semua murid adalah pada 2 November 2024 (Sabtu)  bermula 2.30 hingga 6.00 petang.

9. Ibu Bapa/Penjaga dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelak kesesakan jalan raya. Murid yang kembali lewat dari masa/tarikh yang ditetapkan perlu memaklumkan lebih awal kepada PK HEM dengan alasan yang munasabah bagi mengelakkan tindakan disiplin.

10. Kami amat berharap para ibu bapa/penjaga dapat memberikan kerjasama sebaiknya dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Sekiranya ada pertanyaan boleh berhubung dengan Ustaz Yusri Yusoff (PK HEM) di talian 0192463942.

Sekian, terima kasih.

Bonda Zaleha binti Yaacob
Pengetua
SM Sains Batu Pahat
19 Oktober 2024 | 10.00 pagi

Unit Kaunseling Sehebat

25 Sep, 03:42


SUMBANGAN MAULIDURRASUL
1446H/2024
๐Ÿ›๏ธ๐Ÿ’๐ŸŽ๐ŸŒน๐Ÿ›๏ธ๐Ÿ’๐ŸŽ๐ŸŒน๐Ÿ›๏ธ๐Ÿ’๐ŸŽ๐ŸŒน


SM Sains Batu Pahat ( Badan Dakwah Dan Kerohanian dan GPI ) dengan kerjasama PIBG Sehebat, akan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 24 Oktober 2024.

Pihak kami sangat berbesar hati jika ada para ibubapa, guru-guru, AKP, perseorangan serta warga sehebat untuk menyumbang bagi majlis Maulidur rasul ini. Sumbangan ikhlas tuan/puan akan digunakan untuk program kerohanian untuk anak-anak SEHEBAT dan menampung jamuan Maulidur rasul yang akan diadakan pada 24 Oktober 2024.

๐ŸฆSalurkan sumbangan anda ke akaun PIBG Sehebat yang dilampirkan.

CIMB : 8601547313
Rujukan : MAULUD2024


๐Ÿ“Sila isi maklumat sumbangan anda, agar memudahkan pihak PIBG mengeluarkannya untuk majlis Maulidurrasul.

https://forms.gle/QA7tsPeMdj59WZvWA

Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi kegembiraan kepada anak-anak pelajar SM Sains Batu Pahat.

๐Ÿ“ฒ Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Us Amir Firdaus ( 017-3443960)
Ustazah Nurun Najaha (017-6508061)

Sekian, terima kasih.

Bonda Zaleha binti Yaacob
Pengetua
SM Sains Batu Pahat

#Maulidurrasul1446H
#SehebatMaulidurrasul
#MingguCintaRasulullah
#SehebatCintaNabi

Unit Kaunseling Sehebat

22 Sep, 23:59


Salam buat ibu bapa murid semua khususnya tingkatan 5, doakan anak2 SEHEBAT dapat menjawab soalan UTQH (Kertas 2) SPM sebenar bermula hari ini 23 hingga 25 September 2024.

Harap mereka tenang dan dapat mambaca, menghafal serta menjawab soalan dengan sempurna esok

Terima kasih

Unit Kaunseling Sehebat

21 Sep, 01:34


Assalamualaikum wbt dan Salam SEHEBAT Bitara & Berbudaya.

PEMAKLUMAN KEMBALI KE ASRAMA 21 SEPTEMBER 2024/ SABTU

1. SEMUA MURID WAJIB MASUK ASRAMA PADA 21 SEPTEMBER 2024 (SABTU) BERMULA 2.30 HINGGA 6.00 PTG.

2. MURID YANG MASUK LEWAT SELEPAS JAM 6 PETANG AKAN DISENARAI HITAM OLEH SISTEM KAD MYSEHEBAT SECARA AUTOMATIK, KECUALI ADA PEMAKLUMAN KEPADA PK HEM / WARDEN BERTUGAS LEBIH AWAL.

3. MURID YANG KEMBALI LEWAT DAN MELIBATKAN HARI PERSEKOLAHAN PERLU KEMUKAKAN SURAT/KENYATAAN PEMAKLUMAN TIDAK HADIR BERSERTA ALASAN YANG JELAS (JIKA ALASAN URUSAN KELUARGA SAHAJA IANYA TIADA DALAM SISTEM KEHADIRAN), DAN SERTAKAN LAMPIRAN BERKAITAN SEPERTI SALINAN KAD TEMUJANJI DAN DIBERIKAN KEPADA GURU KELAS.

4. MOHON KERJASAMA IBU BAPA JUGA AGAR ANAK

TIDAK MEMBAWA BARANG-BARANG LARANGAN KE ASRAMA SEPERTI
- TELEFON BIMBIT
- TABLET, IPAD, KOMPUTER RIBA
- ALATAN ELEKTRIK SEPERTI PERIUK, MESIN RAMBUT, KAMERA DIGITAL dan lain-lain
- ALATAN MUZIK SEPERTI GITAR, GENDANG dan lain-lain
- ALATAN GIMNASIUM
- PERMAINAN KAD - DAUN TERUP dan lain-lain
- ROKOK, VAPE, POD & LAIN-LAIN.


5. MOHON KERJASAMA PARA IBU BAPA JUGA AGAR WANG BELANJA ANAK-ANAK TIDAK MELEBIHI RM30 DALAM SATU-SATU MASA, DAN BARANG PERIBADI DIJAGA DENGAN BAIK SERTA TIDAK MELETAKKAN PADA TEMPAT-TEMPAT YG TIDAK SEPATUTNYA BAGI MENGELAK BERLAKUNYA KES KEHILANGAN.

6. PASTIKAN KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN ANAK ADA DAN BOLEH DIGUNAKAN ATAU DIPAKAI MENGIKUT PERATURAN SEKOLAH, SEPERTI;
- SONGKOK
- PAKAIAN SERAGAM, UNIFORM, PAKAIAN SUKAN YANG TIDAK TERLALU KECIL/BESAR DAN SINGKAT TERMASUK TUDUNG.
- PAKAIAN SURAU YANG BERSESUAIAN SELAIN JUBAH
- KASUT/SANDLE

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA PARA IBU BAPA SEMUA.

BARAKALLAHU FIIKUM

SEMOGA SELAMAT DALAM PERJALANAN DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN SEMUA.

ASSALAMUALAIKUM.

PK HEM
US. YUSRI YUSOFF
21 SEPT. 2024
9.10 PG

Unit Kaunseling Sehebat

17 Sep, 09:45


Mohon semua murid mendaftar masuk ke dalam SISTEM AINS.

NILAM dahulu sudah digantikan dengan AINS.

Pastikan semasa mendaftar perlu pilih sekolah dengan betul.

Unit Kaunseling Sehebat

17 Sep, 09:44


Advance Integrated NILAM System (AINS)

Buat pengetahuan semua ,bermula tahun ini pengisian NILAM tidak lagi menggunakan perekodan secara manual menggunakan buku rekod NILAM. Ini kerana KPM telah membangunkan sistem Advance Integrated NILAM System (AINS) bagi tujuan perekodan NILAM yang baharu.

Seiring dengan kemajuan teknologi dan Dasar Pendidikan Digital (DPD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telan meluncurkan Advance Integrated NILAM System (AINS) bagi mengurus rekod bacaan murid dengan cekap dan berkesan.

Kini, murid-murid boleh mengemaskini NILAM dengan hanya 5 minit sahaja secara atas talian!

๐ŸŽฎLangkah-langkah mengemaskini NILAM melalui AINS:
1) Klik pautan: https://ains.moe.gov.my/login?returnUrl=/
2) Log masuk menggunakan e-mel & kata laluan DELIMa.
3) Anda boleh teroka laman sesawang AINS dan kemaskini NILAM!

Ibu bapa juga boleh bersama anak-anak mengisi rekod NILAM ๐Ÿ“š

๐‘ƒ/๐‘† : ๐‘‡๐‘Ž๐‘˜ ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข ๐‘›๐‘Ž๐‘˜ ๐‘–๐‘ ๐‘– ๐‘›๐‘–๐‘™๐‘Ž๐‘š ๐‘”๐‘ข๐‘›๐‘Ž ๐ด๐ผ๐‘๐‘†? ๐‘€๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘– ๐‘™๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก ๐‘ก๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘–๐‘ ๐‘– ๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘›๐‘‘๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘”๐‘ข๐‘›๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘–๐‘ ๐‘ก๐‘’๐‘š ๐ด๐ผ๐‘๐‘† ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š ๐‘–๐‘›๐‘“๐‘œ๐‘”๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘“๐‘–๐‘˜ ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘–๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘–๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘›.
๐‘ƒ๐‘Ž๐‘ ๐‘ก๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐ท ๐ท๐ธ๐ฟ๐ผ๐‘€๐ด ๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘”๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ข ๐‘˜๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘ .

Bahan bacaan nilam :
๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://tpaper.my/53mdw8af

Selamat membaca .