UMMAH JOM DAKWAH @ummahjomdakwah Channel on Telegram

UMMAH JOM DAKWAH

@ummahjomdakwah


"Penyambung tugas Rasulullah SAW"

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِه وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Instagram: https://instagram.com/ummahjomdakwah_official

UMMAH JOM DAKWAH (Malay)

UMMAH JOM DAKWAH merupakan sebuah saluran Telegram yang bertujuan untuk menjadi penyambung tugas Rasulullah SAW dalam berdakwah. Dengan moto yang membawa makna yang dalam, saluran ini memperjuangkan penyebaran agama Islam melalui pengajaran dan nasihat-nasihat yang bermanfaat. Di sini, anda akan dapat menemui pelbagai bahan berkaitan dengan ajaran Islam, motivasi, serta panduan-panduan untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna menurut ajaran agama. Saluran ini turut menyediakan ruang untuk berbincang dan bertukar pendapat mengenai isu-isu keagamaan yang relevan.

Bagi mereka yang ingin menambah pengetahuan agama Islam, mencari inspirasi, atau sekadar berkongsi pengalaman kehidupan beragama, UMMAH JOM DAKWAH adalah tempat yang sesuai. Bergabunglah dengan komuniti yang sama-sama bersemangat untuk meniti jalan dakwah dan menghidupkan ajaran Islam dalam kehidupan sehari-hari. Untuk meneruskan perjuangan dan misi Rasulullah SAW, UMMAH JOM DAKWAH menawarkan pelbagai konten yang memberi sinar petunjuk dan keinsafan kepada seluruh anggotanya.

Dengan mengikuti saluran Telegram UMMAH JOM DAKWAH, anda akan terus mendapat akses kepada ilmu-ilmu agama yang berguna, motivasi untuk terus berbuat kebaikan, serta koneksi dengan individu yang berkongsi hasrat yang sama dalam menegakkan ajaran Islam. Jom sertai komuniti ini hari ini dan jadilah sebahagian daripada gerakan dakwah yang bermakna di dalam dunia maya.

UMMAH JOM DAKWAH

14 Nov, 23:17


Salam Jumaat Semua

UMMAH JOM DAKWAH

04 Oct, 00:50


Salam Jumaat🌹

UMMAH JOM DAKWAH

26 Sep, 23:28


Salam Jumaat🌹

UMMAH JOM DAKWAH

15 Sep, 14:42


𝓢𝓮𝓵𝓪𝓶𝓪𝓽 𝓜𝓮𝓷𝔂𝓪𝓶𝓫𝓾𝓽 𝓜𝓪𝓾𝓵𝓲𝓭𝓾𝓻 𝓡𝓪𝓼𝓾𝓵
𝓴𝓮𝓹𝓪𝓭𝓪 𝓼𝓮𝓵𝓾𝓻𝓾𝓱 𝓾𝓶𝓪𝓽 𝓘𝓼𝓵𝓪𝓶 𝓭𝓲 𝓜𝓪𝓵𝓪𝔂𝓼𝓲𝓪

🌻

UMMAH JOM DAKWAH

09 Sep, 10:51


Baca kisah ringkas di sinihttps://t.me/nsabrinzahro/2345

UMMAH JOM DAKWAH

09 Sep, 10:25


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللّهُمَ صَلّ وَسَلّمْ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Jemputan khusus buat seluruh Muslimat

Boleh sebarkan, semoga bermanfaat 🌹🤲

UMMAH JOM DAKWAH

04 Sep, 07:20


Sempena menyambut bulan Rabiul Awwal, kita saling memperingatkan diri kita tentang etika menyambut maulid dan adab dalam majlis mawlid..

Dimulakan dengan memasang niat:
1. Menghadiri majlis salawat Rasūlullāh ﷺ.
2. Menghadiri acara yang dianjurkan oleh para ulama.
3. Mendengarkan sirah (sejarah kehidupan) Rasūlullāh ﷺ.
4. Menghadiri majlis nasihat dan petunjuk.
5. Berusaha meniru sikap terpuji Rasūlullāh ﷺ.
6. Mengisi waktu dengan kebaikan.
7. Memperbanyak golongan kebaikan.
8. Diniatkan semoga Allāh memberikan anugerah kepada kita untuk berakhlakul-karimah seperti akhlaknya Rasūlullāh ﷺ.
9.Melakukan sebahagian kewajiban kita kepada Rasūlullāh ﷺ.
10.Diniatkan semoga Allāh memuliakan dengan melihat Rasūlullāh ﷺ.
Sumber : “Kitab Niat” Al- Habīb Muhāmmad bin Alawī Al- Aydarūs

Adab2 menghadiri majlis dan sepanjang bulan:
1. Mengisi dengan bacaan-bacaan selawat kepada Rasulullah ﷺ.
Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi ﷺ. Wahai orang-orang yang beriman! Bershalawatlah kamu untuk Nabi ﷺ dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab: 56).
2. Berzikir dan meningkatkan ibadah kepada Allah.
Syeikh Husnayn Makhluf berkata: “Perayaan maulid harus dilakukan dengan berzikir kepada Allah SWT, mensyukuri kenikmatan Allah SWT atas kelahiran Rasulullah ﷺ, dan dilakukan dengan cara yang sopan, khusyuk ‘serta jauh dari hal-hal yang diharamkan dan bid’ah yang mungkar.”
3. Membaca and menghayati sejarah Rasulullah ﷺ dan menceritakan kebaikan-kebaikan dan keutamaan-keutamaan beliau.
4. Memberi sedekah kepada yang memerlukan atau fakir miskin.
5. Meningkatkan silaturrahmi.
6. Menunjukkan rasa gembira dan bahagia dengan merasakan sentiasa kehadiran Rasulullah ﷺ di tengah-tengah kita.
7. Mengadakan pengajian atau majlis Ta’lim yang mengandungi anjuran untuk kebaikan dan menelusuri tauladan Rasulullah ﷺ.

Jika timbul persoalan, perayaan maulid yang tibanya pada bulan Rabiul Awwal, juga bertepatan dengan bulan wafatnya Rasulullah ﷺ, mengapakah tidak ada luahan kesedihan atas wafatnya Baginda? Imam Suyuthi menjelaskan:

“Kelahiran Nabi ﷺ adalah kenikmatan terbesar bagi kita, sementara wafatnya Baginda ﷺ adalah musibah terbesar atas kita. Sedangkan syariat memerintahkan kita untuk menampakkan rasa syukur atas nikmat dan bersabar serta diam dan merahsiakan atas cubaan yang menimpa. Terbukti agama memerintahkan untuk menyembelih kambing sebagai ‘aqiqah pada kelahiran anak dan tidak memerintahkan menyembelih haiwan pada ketika kematian, maka kaedah syariat menunjukkan bahawa yang baik pada bulan ini adalah menampakkan kegembiraan atas kelahiran Rasulullah ﷺ bukan menampakkan kesedihan atau kesusahan atas musibah yang menimpa.”

Oleh kerana hakikat dari perayaan maulid adalah luahan rasa syukur dan penghormatan kepada Rasulullah ﷺ, sudah semestinya tidak dinodai dengan kemungkaran-kemungkaran dalam merayakannya. Begitu juga peringatan maulid tidak seharusnya digunakan untuk saling provokasi antara kumpulan Islam yang berakhir kepada perbbalahan antara kumpulan. Jika demikian yang terjadi, maka bukanlah penghormatan yang didapati akan tetapi penghinaan kepada Rasulullah ﷺ.

-Majlis ArRaudhah🌸

UMMAH JOM DAKWAH

31 Aug, 06:04


MERDEKAKAN DIRI DARI KELAM KEJAHILAN KEPADA TERANG CAHAYA ILMU

Apa makna Merdeka jika masih berada di dalam lautan kejahilan. Merdeka itu adalah kebebasan. Bebas dari KELAM JAHIL kepada TERANG CAHAYA ILMU.

Mengeluarkan diri dari kejahilan dengan menuntut Ilmu Fardhu Ain. Ilmu Fardhu Ain merupakan ilmu yang menjadi petunjuk untuk kita melalui kehidupan Dunia dan kehidupan Akhirat.

Tidak dipanggil Merdeka jika jiwa masih dituruti nafsu. Tidak dipanggil Merdeka jika diri masih dikawal Dunia. Inilah masanya untuk kembali kepada agama dan belajar agama.

Merdekakan diri dengan mempelajari Ilmu Tauhid permulaan agama untuk mengesahkan iman dan mengenal Allah. Ilmu Fekah (amal zohir) untuk mengesahkan ibadah. Ilmu Tasawuf (amal batin) kenali sifat keji untuk dibersihan dan sifat terpuji untuk dihiasi. Penting belajar ketiga-tiga ilmu fardu ain ini. Semoga kembali kita kepada Allah menjadi hamba yang bahagia Ahli Syurga. Ameen.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN
DARI KAMI AKADEMI NAFAHAAT

#SelamatHariKemerdekaan67
#HariKebangsaan2024

UMMAH JOM DAKWAH

30 Aug, 02:33


📝 CHECKLIST AMALAN HARI JUMAAT

📌Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah ﷺ

اللهم صَلٌِ عَلٰى سَيِّدنَِا مَُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنُبِيِّكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلٰى آلِهِ وصَحْبِهِ وسَلّم

📌 Membaca Surah Al-Kahfi.

📌 Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat jumaat.

📌 Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.

📌 Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

📌 Memperbanyakkan amalan bersedekah khususnya sebelum solat.

📌 Memperbanyakkan amalan sunat.

📌 Memotong kuku kaki dan tangan

📌 Memperbanyakkan zikrullah khususnya istighfar.

📌Memakai pakaian sunnah,  iaitu berpakaian putih.

📌 Memakai wangi-wangian.

📌 Hadir awal ke masjid (bagi lelaki).

☘️ Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari dimana berlakunya hari kiamat

اللًهُمَّ صَلِ وسَلِّمْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمُّدٍ وعُلٰى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ ونَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ الله

UMMAH JOM DAKWAH

23 Aug, 04:34


•┈••○○❁❁🌷🌷❁❁○○••┈•

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

⛅️HARI JUMAAT

Salam Jumaat sahabat fillah.
Tetap semangat💫

🌷 Alhamdulillah,segala puji milik Allah Rabb alam semesta.
🌷 Semoga selawat dan salam terlimpah kepada Rasulillah Shallallahu'alahi Wasallam,keluarga dan para sahabat, yang mengikutinya hingga hari kiamat


"Sebaik-baik hari adalah hari yang memberikan tambahan rasa cinta dan rindu kepada Baginda Rasulullahﷺ.

Jangan lupa Sebelum mula Selawat membaca Surah Al Ahzab ayat 56 dan Niat kita

: اِنَّ اللّٰهَ وَمَلٰۤىِٕكَتَهٗ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّۗ يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا

💖 Membaca 3 Niat Utama
➡️ Niat untuk memenuhi Perintah Allah
➡️ Niat untuk memenuhi Hak Rasulullah ﷺ
➡️ Niat semoga menjadi Asbab mendapatkan Syafaat dari Rasulullah ﷺ


💖 Rasulullahﷺ  bersabda

“Orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak bershalawat kepadaku” (HR. Tirmidzi)

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ💖


•┈••○○❁❁🌷💖🌷❁❁○○••┈•

UMMAH JOM DAKWAH

16 Aug, 06:37


📝 CHECKLIST AMALAN HARI JUMAAT

📌Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah ﷺ

اللهم صَلٌِ عَلٰى سَيِّدنَِا مَُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنُبِيِّكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلٰى آلِهِ وصَحْبِهِ وسَلّم

📌 Membaca Surah Al-Kahfi.

📌 Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat jumaat.

📌 Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.

📌 Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

📌 Memperbanyakkan amalan bersedekah khususnya sebelum solat.

📌 Memperbanyakkan amalan sunat.

📌 Memotong kuku kaki dan tangan

📌 Memperbanyakkan zikrullah khususnya istighfar.

📌Memakai pakaian sunnah,  iaitu berpakaian putih.

📌 Memakai wangi-wangian.

📌 Hadir awal ke masjid (bagi lelaki).

☘️ Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari dimana berlakunya hari kiamat

اللًهُمَّ صَلِ وسَلِّمْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمُّدٍ وعُلٰى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ ونَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ الله

UMMAH JOM DAKWAH

11 Aug, 07:13


BISMILLAHIRROHMANIRROHIM.

BELAJAR DARI API🔥

Suatu hari Rabiatul Adawiyah keluar dari rumahnya lalu terserempak dengan seorang lelaki yang sedang membakar ayam.

Ketika dia melihat ayam itu dibakar, air matanya mengalir. Lelaki yang sedang membakar ayam itu hairan lalu bertanya,

"Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rabiatul Adawiyah?"

Rabiatul Adawiyah lantas menjawab,

"Binatang dimasukkan ke dalam api ketika ia telah mati tetapi manusia di akhirat kelak dimasukkan ke dalam api dalam keadaan hidup dan tidak akan mati."

Dalam sebuah kisah yang lain seorang anak kecil kelihatan sedang menangis teresak-teresak, apabila ditanya oleh ibunya mengapa dia menangis maka dia menjawab,

"Saya melihat ibu tadi ingin menyalakan api dapur meletakkan kayu-kayu yang kecil terlebih dahulu kemudian baru meletakkan kayu api yang besar, saya terfikir dan khuatir di akhirat nanti ALLAH mencampakkan dulu budak-budak kecil berdosa dalam api neraka terlebih dahulu kemudian baru orang besar."

Demikian adalah sekelumit kisah mengenai orang yang mengambil pengajaran dalam hidupnya pada setiap pandangannya terhadap sesuatu sehingga dia menjadi semakin takut kepada Allah SWT.