Latest Posts from UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI] (@uitmcawangankedahrasmi) on Telegram

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI] Telegram Posts

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]
Sebarang perkembangan terkini dan maklumat berkaitan dengan UiTM CAWANGAN KEDAH akan diberikan di dalam Telegram Channel Rasmi ini.
8,356 Subscribers
1,160 Photos
14 Videos
Last Updated 11.03.2025 07:47

The latest content shared by UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI] on Telegram

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

13 Jan, 05:15

1,837

[ISNIN | 13 JANUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025 ⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

[PEMAKLUMAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR BAGI SEMESTER OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025]

Merujuk kepada perkara di atas, berikut disertakan pautan Jadual Peperiksaan Akhir bagi semester Oktober 2024 - Februari 2025.


🔗 Pautan Jadual Peperiksaan Akhir termasuk Jadual Tambahan Masa bagi pelajar OKU: https://drive.google.com/file/d/1M0srudERS3nf0zo8NdFb2QcOAZgbeofM/view?usp=drivesdk


📌 Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa/i diminta untuk memberi perhatian terhadap masa bagi subjek masing-masing untuk mengelakkan sebarang masalah atau kekeliruan berlaku semasa peperiksaan.

Sekian, terima kasih.

"PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI"

Yang menjalankan amanah,

MPP Shahira & SMPP Izzazi
Jabatan Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

13 Jan, 03:36

1,677

𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐖𝐈𝐋𝐒 𝐖𝐄𝐁𝐎𝐏𝐀𝐂

Makluman kepada semua pengguna Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah, sistem pencarian bahan WILS WebOPAC telah ditutup dan tidak lagi digunakan mulai 31 Disember 2024.
Pengguna kini boleh membuat pencarian bahan menerusi sistem pencarian baharu, MyKM Searching di pautan https://mykmsearch.uitm.edu.my

Follow & Like Us:
Perpustakaan Sultan Badlishah
Facebook | Instagram | X.com | TikTok

#uitmdihatiku
#MalaysiaMadani
#perpustakaansultanbadlishah
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

13 Jan, 01:46

1,524

[ISNIN | 13 JANUARI 2025]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2023/2024 ⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

⚪️ AGIHAN MAKANAN BAGI MPP CARE: KONGSI REZEKI

Merujuk kepada perkara di atas, Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kedah Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) akan menjalankan satu inisiatif iaitu MPP Care: Kongsi Rezeki yang akan berjalan pada ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh : 13 Januari 2025
Masa: 1:00 PM sehingga 2:00 PM
📍Tempat: Courtyard Blok B, UiTM Cawangan Kedah

📌 Terhad kepada 100 pax sahaja.

Sekian, terima kasih.

“𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀, 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈”

Yang menjalankan amanah,

Mantan
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2023/2024
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

09 Dec, 09:52

832

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di hatiku.

KEMPEN KESELAMATAN: PENCEGAHAN JENAYAH DALAM KALANGAN MAHASISWA
👮🏼‍♂️👮🏼‍♀️

Sukacita dimaklumkan kepada seluruh Mahasiswa UiTM Cawangan Kedah, Kor Suksis UiTM Cawangan Kedah berkolaborasi bersama Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 akan menganjurkan Program Kempen Keselamatan: Pencegahan Jenayah dalam Kalangan Mahasiswa. Sebuah program yang memberikan kesedaran kepada mahasiswa UiTM Kedah berkenaan pentingnya pencegahan jenayah dalam pelbagai aspek pada masa kini sama ada fizikal mahupun siber.

Berikut merupakan butiran program:

📆 11 December 2024 (Rabu)
🕒 10.00 A.M - 5.00 P.M
📍 Dewan Perdana, UiTM Kedah

Antara aktiviti menarik yang terdapat dalam program ini:

🎟️ Pembukaan booth pameran dari AADK, JPJKK PDRM (VSP), JSJK PDRM dan JPJ
🎟️ ⁠Slot ceramah bersama Pegawai Penyiasat PDRM Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Muda Kedah
🎟️ Pertunjukkan Demonstrasi T-Baton dan Seni Mempertahankan Diri
🎟️ ⁠Forum Keselamatan: “Peranan Mahasiswa Dalam Mewujudkan Persekitaran Kampus Yang Selamat” bersama MPP dan Kor Suksis

E-merit disediakan
Mahasiswa, para pensyarah serta kakitangan UiTM Cawangan Kedah dijemput hadir

Harap Maklum.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan sila hubungi:

📞 Syazle Amer (KP)
https://wa.link/kyad6t

📞 Tengku Aniq Ismara (T.KP)
https://wa.link/jebks1

Sekian, terima kasih.

“KITA CHILL, JENAYAH KILL”

JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM KEMPEN KESELAMATAN: PENCEGAHAN JENAYAH DALAM KALANGAN MAHASISWA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

08 Dec, 11:40

1,119

🌟 HALAQAH BACAAN AL-QURAN 🌟

Jom semua warga UiTM! Kalian dijemput untuk bersama-sama menyelami keindahan Kalam Allah di dalam Halaqah Bacaan Al-Quran Sesi 1. Butiran seperti berikut:

🗓 Hari: Ahad, 8 Disember 2024
Masa: 7:30 malam - 8:15 malam
📍 Tempat: Pusat Islam
📖 Surah: Luqman

🎉 E-Merit Disediakan!

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan pahala bersama komuniti cintakan Al-Quran. Semua dijemput hadir!

JAWATANKUASA PROGRAM QURANIC RING GROUP (QR)
UiTM KEDAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

08 Dec, 08:51

1,088

[AHAD | 8 DISEMBER 2024]

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025

[PEMAKLUMAN BERKENAAN PENUTUPAN PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH]

Merujuk perkara di atas, Perpustakaan Sultan Badlishah masih ditutup sehingga 15 April 2025 bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan hawa dingin berpusat serta kerja-kerja berkaitan di bangunan perpustakaan.

📌 Hanya perkhidmatan pinjaman/pemulangan buku dan cetakan sahaja boleh dilakukan melalui kaunter di laluan pintu belakang bangunan perpustakaan.

Sekian, terima kasih.

”PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI”

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

08 Dec, 08:15

1,851

[8 DISEMBER 2024]

⚜️ MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025 ⚜️

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku,

[BACAAN YASIN BAGI PEMERGIAN BAPA PELAJAR UiTM]

📌 Dukacita dimaklumkan bahawa bapa kepada salah seorang pelajar UiTM Cawangan Kedah iaitu Nurmashiytah Binti Osman, pelajar Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi semester satu yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Disember 2024.

📌 Oleh itu, kami menyeru seluruh warga UiTM Cawangan Kedah untuk menyertai bacaan yasin seperti ketetapan berikut:

📆 TARIKH : 8 DISEMBER 2024 (AHAD)
MASA: 7.45pm - 8.15pm
🕌 PLATFORM : __GOOGLE MEET__
Pautan : https://meet.google.com/szx-scwt-irs

“Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.”

Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekian, terima kasih.

”PEMACU ASPIRASI, MENCETUS TRANSFORMASI”

Yang menjalankan amanah,

MPP Fasihah
Exco Kebajikan dan Kerohanian
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2024/2025
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

08 Dec, 08:00

978

NOTIS JAWATANKUASA EKSEKUTIF JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ (JEJPK) UiTM CAWANGAN KEDAH

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Kita UiTM

HEARTFELT PLATES 2.0: PEMAKLUMAN BERKENAAN PEK AGIHAN MAKANAN PERCUMA HARI KELAPAN

📌 Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa program Heartfelt Plates 2.0 hari ke lapan akan dijalankan seperti perincian berikut:

🗓️ HARI: AHAD (HARI INI)

📅 TARIKH: 8 DISEMBER 2024

📍 TEMPAT: KAFE MALINJA

🕐 MASA: 5:00 PETANG - SEHINGGA MAKANAN HABIS

🔢 KUANTITI YANG TERSEDIA:
- TERHAD KEPADA 500 PEK SAHAJA

📌Pek makanan pada tarikh ini (8/12) dibuka untuk semua pelajar. Anda dialu-alukan untuk datang mengambil pek makanan pada hari esok.

📌Anda turut diingatkan untuk membawa bekas makanan sendiri jika anda berhasrat untuk membawa pulang makanan anda.

Diharapkan supaya semua pelajar cakna dengan notis yang diberikan. Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada:

📲 JPK Hanna - https://wa.me/60175519852

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN SINERGI, PENGGERAK ASPIRASI KEUNGGULAN MAHASISWA"

JAWATANKUASA EKSEKUTIF JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ (JEJPK)
SESI 2023/2024
UiTM CAWANGAN KEDAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

08 Dec, 03:42

1,171

Assalammualaikum W.B.T
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

🌙 QURANIC RING GROUP (QR) PROGRAM🌙

📌 HALAQAH BACAAN AL-QURAN
🗓️ TARIKH: 8, 10, 13, 15, 17, 20 DISEMBER | 2024 |
🕖 MASA MALAM: SELEPAS MAGHRIB

📌 Terbuka kepada kesemua pelajar
📌 E-MERIT DISEDIAKAN


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi :

👩🏻‍💻SOFEA: 011-37900769
👩🏻‍💻NASRINA: 016-5064452

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
JAWATANKUASA PROGRAM QURANIC RING GROUP (QR)
UITM KEDAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH [RASMI]

08 Dec, 03:41

1,086

Assalammualaikum W.B.T
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.

🌙 QURANIC RING GROUP (QR) PROGRAM🌙

📌 RERUAI KLINIK AL-FATIHAH
🗓️TARIKH: 8, 9, 10, 15, 16, 17 DISEMBER | 2024 |
🕖 WAKTU PAGI:
10.00 PAGI - 12 TENGAH HARI
🕖 WAKTU PETANG:
2.00 PETANG - 4 PETANG
📍LOKASI: LAMAN COURTYARD B

📌 Terbuka kepada kesemua pelajar
📌 E-MERIT DISEDIAKAN
📌 SAGUHATI AKAN DIBERIKAN KEPADA 50 ORANG PELAJAR TERAWAL


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi :

👩🏻‍💻SOFEA: 011-37900769
👩🏻‍💻NASRINA: 016-5064452

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

JAWATANKUASA PROGRAM QURANIC RING GROUP (QR)
UITM KEDAH