来自 Terkini Palestin (@terkinipalestinmalaysia) 的最新 Telegram 贴文

Terkini Palestin Telegram 帖子

Terkini Palestin
Dapatkan perkembangan terbaru mengenai Palestin melalui channel ini


1️⃣ Salurkan Infaq Ji.Had anda ke akaun
*Kelab Perwira Malaysia*:

https://bit.ly/infaqGandumMega
https://bit.ly/infaqGandumMega
1,694 订阅者
10,252 张照片
3,274 个视频
最后更新于 10.03.2025 03:54

Terkini Palestin 在 Telegram 上分享的最新内容

Terkini Palestin

07 Mar, 13:25

115

🎥 Israel telah merobohkan rumah seorang lelaki Palestin yang dituduh terlibat dalam satu serangan di Tebing Barat yang diduduki pada September lalu.

Tindakan perobohan ini jelas merupakan hukuman kolektif terhadap keluarga Hayel Daifallah, yang disyaki melakukan serangan rempuhan kereta yang mengorbankan seorang askar Israel di timur Ramallah pada September lalu.

Tindakan seperti ini terus mencabuli hak asasi manusia, dengan pelbagai organisasi mengecam dasar Israel yang menghancurkan rumah rakyat Palestin yang dikaitkan dengan serangan.

Sumber : MEE
Terkini Palestin

07 Mar, 11:23

104

Buat pertama kali sejak perang bermula, lampu jalan kembali menyala di tengah Khan Younis, membawa keceriaan kepada kanak-kanak yang berlari di jalanan bercahaya, ketawa mereka memecah keheningan malam yang panjang dalam kegelapan.

Sumber: QNN
Terkini Palestin

07 Mar, 10:26

100

Beberapa minit sebelum berbuka puasa, tentera penjajah Israel mengganggu penduduk Palestin di dalam Masjid Al-Aqsa, menggeledah makanan berbuka puasa mereka.

Sumber : 1 Ummah
Terkini Palestin

07 Mar, 08:24

100

Anak muda Palestin mula memulihkan sebahagian Masjid Dar Al-Quran Al-Karim wa Al-Sunnah di Gaza selepas ia dibakar dan dimusnahkan oleh pasukan penjajah Israel.

Sumber : QNN
Terkini Palestin

07 Mar, 06:19

108

Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa:

Negara-negara Arab mesti bersatu dalam pendirian mereka untuk mempertahankan rakyat Palestin. Kami menolak pemindahan penduduk Gaza dan kita mesti menentang rancangan ini.

Sumber: Clash Report
Terkini Palestin

07 Mar, 04:59

102

AS Tindas Penyokong Pro-Palestin

Setiausaha Negara AS memberi amaran bahawa pelawat asing, termasuk pelajar antarabangsa, yang menunjukkan solidariti dengan Palestin berisiko ditolak visa, dibatalkan, atau dihantar pulang, dengan label sebagai penyokong "keganasan."

Sumber : QNN
Terkini Palestin

04 Mar, 14:58

20

Kenali “unit penyamun” tentera rejim Zionis

Tentera rejim Zionis mempunyai "unit penyamun" yang ditugaskan untuk mencuri barangan dari tanah yang mereka ceroboh. Inilah adalah sebahagian senarai yang mereka curi di Gaza, Syria dan Lubnan.

Sumber: AJ
Terkini Palestin

04 Mar, 13:13

38

Kerajaan rejim Zionis menghalang kemasukan semua bantuan kemanusiaan ke Gaza selepas Fasa Satu gencatan senjata tamat pada hari Sabtu lalu.

Dalam apa yang disebut sebagai "strategi tekanan maksimum di Gaza dan Hamas", pihak berkuasa rejim Zionis juga merancang untuk memotong bekalan air dan elektrik; memperbaharui rancangan mereka untuk mengusir penduduk Palestin yang berada di utara untuk bergerak semula ke selatan, menurut penyiar Israel KAN 11.

Strategi ini bertujuan untuk menekan Hamas supaya mereka meninggalkan rangka kerja yang dipersetujui untuk Fasa Kedua gencatan senjata dan menerima cadangan baru. Cadangan yang mana telah ditolak dengan lantang oleh Hamas.

Sumber: Middle East Eye
Terkini Palestin

04 Mar, 11:23

54

Ketika Ramadan bermula, bekas menteri sayap kanan Israel, Itamar Ben Gvir menuntut kerajaan memusnahkan gudang bantuan sekiranya tentera diarahkan untuk menyambung semula perang.

Beberapa minggu sebelum ini, dia meletakkan syarat untuk kembali ke kerajaan dengan menghentikan semua bantuan ke Gaza dan meneruskan perang sehingga rakyat Palestin dipaksa keluar dari Semenanjung Gaza melalui kebuluran.

Sumber: Times of Israel
Terkini Palestin

04 Mar, 08:24

71

Rakyat Palestin memaklumkan kenaikan harga barang berlaku di Gaza selepas Israel menyekat kemasukan bekalan bantuan dari lintasan Rafah.