Terkini Palestin (@terkinipalestinmalaysia) के नवीनतम पोस्ट टेलीग्राम पर

Terkini Palestin टेलीग्राम पोस्ट

Terkini Palestin
Dapatkan perkembangan terbaru mengenai Palestin melalui channel ini


1️⃣ Salurkan Infaq Ji.Had anda ke akaun
*Kelab Perwira Malaysia*:

https://bit.ly/infaqGandumMega
https://bit.ly/infaqGandumMega
1,694 सदस्य
10,252 तस्वीरें
3,274 वीडियो
अंतिम अपडेट 10.03.2025 03:54

समान चैनल

KHABAR BUMI PALESTIN 🇵🇸
3,479 सदस्य
PALM Strategic
1,511 सदस्य

Terkini Palestin द्वारा टेलीग्राम पर साझा की गई नवीनतम सामग्री

Terkini Palestin

29 Jan, 11:04

129

Adakah Israel Merancang sesuatu yang besar di Tebing Barat selepas Genosid di Gaza?

Leila Warah menjelaskan bagaimana Israel telah mempergiatkan serbuan dan serangan ketenteraannya terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat berikutan gencatan senjata di Gaza.

Sumber : QNN
Terkini Palestin

29 Jan, 08:33

131

Ruang tamu telah dipersiapkan bersama dengan pemandangan sekitar Gaza. Kita akan bina semula Gaza. InsyaAllah.

Sumber: Dunia Palestin
Terkini Palestin

29 Jan, 06:23

124

Rakaman merakamkan detik tentera pendudukan Israel dengan sengaja melancarkan bom tangan ke arah wartawan Palestin yang membuat liputan mengenai pencerobohan Israel di bandar Tulkarm, Tebing Barat yang diduduki, untuk hari kedua berturut-turut.

Sumber : QNN
Terkini Palestin

29 Jan, 04:09

117

Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menganjurkan majlis bagi meraikan tahanan yang dibebas dan dipindahkan ke luar Palestin dalam fasa pertama Perjanjian Taufan Al-Aqsa.

Tahanan Palestin yang dibebaskan merupakan individu yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan telah menjalani hukuman lebih 20 tahun di penjara Israel.

Majlis tersebut dihadiri pimpinan Hamas, Jihad Islami, Barisan Popular, beberapa fraksi Palestin lain, serta keluarga tahanan yang terlibat.

Delegasi kanan Hamas kini berada di Kaherah untuk pertemuan rasmi dengan pihak berkuasa Mesir bagi membincangkan perkembangan terkini mengenai pelaksanaan gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dijadualkan berlangsung dalam tiga fasa.
Terkini Palestin

29 Jan, 03:37

115

Seorang warga Jenin menulis:

“Demi Allah, saudara-saudaraku, keadaan di sini amat dahsyat dan amat sukar.
Jentolak telah memusnahkan bandar, dan bunyi letupan dan perobohan tidak berhenti.
Ada orang yang sudah berhari-hari tidak keluar rumah malah tidak dapat pergi ke kedai untuk membeli apa-apa!
Ada yang tak ada duit pun sebab semua kerja terhenti.
Saya tidak tahu sama ada dunia tahu atau tidak apa yang berlaku di sini sejak enam hari lalu."

Sumber: Eye On Palestine
Terkini Palestin

29 Jan, 02:27

112

Kerana keletihan, lelaki warga emas Palestin meninggal dunia dalam perjalanan ke utara Semenanjung Gaza, menguburkan impiannya untuk pulang ke rumahnya.

Sumber: Times Of Gaza
Terkini Palestin

29 Jan, 01:14

110

Tempat ini menjadi bukti amalan pasukan pendudukan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza utara dan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Gaza. Para tahanan Palestin telah ditangkap, dilucutkan pakaian mereka, dan dibawa ke penjara-penjara Israel untuk disoal siasat. Kejadian ini menjadi saksi hidup kepada pencabulan yang dihadapi oleh rakyat Palestin.

Sumber: abd sabbah
Terkini Palestin

29 Jan, 00:33

105

Penulis British David Hirst:

Di Gaza, rakyat Palestin tetap berazam untuk kekal di tanah mereka walaupun ia berubah menjadi runtuhan adalah faktor penentu dalam peperangan ini.

Ini adalah pencapaian yang menakjubkan jika kita mengambil kira bahawa kawasan ini yang tidak melebihi 360 kilometer persegi keluasannya telah terputus sepenuhnya dari dunia luar. Tanpa sekutu untuk membantu memecahkan kepungan dan tanpa bentuk muka bumi semulajadi untuk bersembunyi daripada penjajah.

Krisis kebuluran, kesejukan, penyakit, atau penderaan kejam di tangan penjajah tidak melemahkan kekuatan mereka atau keazaman mereka untuk kekal di tanah mereka.

Sumber: TV Al-Aqsa
Terkini Palestin

28 Jan, 23:27

102

Apa rahsia di sebalik penambahan dua tahanan bersama tahanan Ariel Yehuda?

Sumber kepimpinan di Briged al-Qassam menjelaskan:

- Penambahan jumlah tahanan yang diserahkan minggu ini adalah inisiatif pihak pejuang, bukan akibat rundingan.

- "Bilangan tahanan yang masih hidup ternyata lebih besar daripada yang dijangka, mencukupi untuk pertukaran lebih banyak daripada keseluruhan fasa pertama."

- "Inisiatif kami bertujuan untuk menambah kegembiraan rakyat kami dan tidak mengehadkan baki bilangan tahanan untuk ditukar pada minggu terakhir seperti yang termaktub dalam perjanjian."

- Penambahan ini juga diambil bersempena dengan krisis kepulangan pelarian, menjadikannya sebahagian daripada penyelesaian.

Sumber : SA
Terkini Palestin

28 Jan, 22:26

108

Penduduk Lubnan kembali ke Kafr Kila di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di selatan Lubnan ⤵️

•⁠ Terdahulu, sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 124 cedera akibat tembakan Israel semasa pulang

•⁠ Tentera Israel kekal di selatan Lubnan melepasi tarikh akhir pengunduran selama 60 hari

Sumber : AA