Latest Posts from Terkini Palestin (@terkinipalestinmalaysia) on Telegram

Terkini Palestin Telegram Posts

Terkini Palestin
Dapatkan perkembangan terbaru mengenai Palestin melalui channel ini


1️⃣ Salurkan Infaq Ji.Had anda ke akaun
*Kelab Perwira Malaysia*:

https://bit.ly/infaqGandumMega
https://bit.ly/infaqGandumMega
1,694 Subscribers
10,252 Photos
3,274 Videos
Last Updated 10.03.2025 03:54

Similar Channels

Warisan Al-Aqsa
1,834 Subscribers

The latest content shared by Terkini Palestin on Telegram

Terkini Palestin

04 Mar, 06:59

69

Kanak-kanak Palestin seawal 12 tahun dipaksa untuk menanggung risiko ditangkap, diseksa dan ditahan di penjara rejim Zionis. Ini adalah salah satu taktik utama di dalam skim untuk mengawal dan menakut-nakutkan rakyat Palestin supaya mereka tunduk kepada kehendak penjajah rejim ZIonis.

Sumber: TRT World
Terkini Palestin

04 Mar, 06:18

67

Siasatan Zionis mendedahkan bahawa mujahidin Al-Qassam berjaya menguasai pos tentera Nahal Oz dalam hanya 15 minit pada hari penyeberangan bersejarah, 7 Oktober 2023.

Pihak penjajah mengakui bahawa kejadian ini merupakan kegagalan besar bagi semua unit tentera mereka.

Sumber: TV Al-Aqsa
Terkini Palestin

04 Mar, 04:19

68

Penjajah Zionis mula mengebom Beit Hanoun di utara Gaza setelah perbincangan perjanjian gencatan senjata Fasa Kedua gagal.

'Israel' menyalahkan Hamas kerana tidak bersetuju untuk meneruskan perjanjian gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat. Secara realitinya, 'Israel' yang tidak komited di dalam meneruskan perjanjian dengan tidak memenuhi segala janji yang telah dipersetujui.

Sumber: Al-Jazeera
Terkini Palestin

04 Mar, 03:53

63

Kegembiraan rakyat Palestin menerima senaskhah Al-Quran baharu jelas terpancar walau makanan dan keperluan lain lebih mendesak selepas 14 bulan dibedil Zionis.

Remaja dan kanak-kanak gembira sambil membuka lembaran kitab suci itu bersama rakan-rakan lain yang akan memulakan pengajian semasa gencatan senjata.
Terkini Palestin

04 Mar, 02:17

66

Lebih 500 pendatang haram Zionis melakukan rondaan provokasi dan ritual keagamaan Yahudi pada hari kedua Ramadan di sekitar Masjid al-Aqsa. Mereka menyerbu masuk pekarangan Masjid al-Aqsa pada Ahad melalui Pintu Maghribi ditemani dengan kawalan ketat 'pasukan keselamatan' Zionis, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Sejak serangan Zionis terhadap penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat bermula pada Oktober 2023, 'pasukan keselamatan' penjajah Zionis telah memperketat sekatan di pintu masuk Masjid al-Aqsa dan Kota Lama, membenarkan lebih ramai pendatang haram memasuki kawasan berkenaan sambil mengehadkan akses kepada rakyat Palestin.

Sumber: Awani
Terkini Palestin

04 Mar, 00:07

73

𝗘-𝗞𝗢𝗠𝗜𝗞 𝗬𝗔𝗛𝗬𝗔 𝗦𝗜𝗡𝗪𝗔𝗥: 𝗣𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗔𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠

E-komik pertama terbitan Dunia Palestin!

Dunia Palestin mempersembahkan e-komik eksklusif yang diinspirasikan dari kisah hidup pemimpin pejuang Palestin yang hebat, Al-Syahid Yahya Sinwar berdasarkan penceritaan oleh sahabat baiknya, Dr. Ma'mun Abu Amer.

E-komik ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat, khususnya generasi muda dengan sejarah perjuangan rakyat Palestin melalui medium yang lebih interaktif. Hayati kisah perjuangan Al-Syahid Yahya Sinwar bersama rakan-rakannya di zaman pemuda dalam bentuk ilustrasi menarik.

Dapatkan segera E-Komik Yahya Sinwar dengan hanya RM5 di pautan ini:
bit.ly/komikyahyasinwar

Pembelian anda akan membantu kajian dan pembangunan kandungan Dunia Palestin untuk terus menyampaikan informasi dan kesedaran isu Palestin.

Sumber: Dunia Palestin
Terkini Palestin

03 Mar, 23:03

77

Setelah harapan untuk kestabilan, Netanyahu menolak fasa seterusnya dalam perjanjian gencatan senjata, menghalang bantuan ke Gaza, dan mengancam pengeboman semula ke atas Gaza.

Dengan 962 pelanggaran genjatan direkodkan, 116 warga Gaza dibunuh dan serangan masih berterusan.

Sumber: Quds News Network
Terkini Palestin

03 Mar, 13:14

89

🔺Israel Rancang Serangan Besar di Gaza Dalam Seminggu

Sumber Israel mendakwa kempen ketenteraan besar akan dilancarkan dalam seminggu, termasuk memutuskan bekalan elektrik, menyasarkan pemimpin Hamas, dan memaksa penduduk utara Gaza berpindah ke selatan.

Sumber : AA
Terkini Palestin

03 Mar, 11:43

91

🎥 Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, telah mengeluarkan sebuah video yang menunjukkan beberapa individu yang dipercayai sebagai tawanan Israel di Gaza.

“Saya sangat gembira kerana abang saya akan dibebaskan esok, tetapi ini sama sekali tidak masuk akal—memisahkan keluarga,” kata salah seorang tawanan dalam video tersebut.

Dia juga berkata: “Beritahu ibu saya, ayah saya, dan semua orang supaya teruskan demonstrasi dan mendesak kerajaan ini menandatangani fasa kedua perjanjian untuk membawa kami pulang.”

Dalam satu surat kepada sidang kemuncak Liga Arab yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, Hamas menyatakan kesediaannya untuk meneruskan fasa seterusnya gencatan senjata, selepas fasa pertama berakhir dengan ketidakpastian mengenai langkah seterusnya.

Basem Naim, ahli biro politik Hamas, memberitahu Associated Press (AP) bahawa rundingan terbaru mengenai fasa kedua gencatan senjata masih belum menunjukkan sebarang kemajuan.

Sumber : MEE
Terkini Palestin

03 Mar, 09:48

84

🚨 Israel menghentikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza hanya beberapa jam selepas gencatan senjata pertama tamat.

• Netanyahu berusaha melanjutkan fasa pertukaran awal untuk mendapatkan pembebasan sebanyak mungkin tahanan Israel tanpa beralih ke fasa kedua.

• Hamas menegaskan rundingan bagi fasa kedua mesti dimulakan, yang merangkumi pengunduran penuh Israel dari Gaza.

Sumber: Anadolu Agency