Teknik Viral ASBF @teknikviralasb Channel on Telegram

Teknik Viral ASBF

@teknikviralasb


Zero to Hero Teknik ASBF

Teknik Viral ASBF (English)

Are you looking to boost your knowledge and skills in the world of viral marketing? Look no further than 'Teknik Viral ASBF' Telegram channel! This channel, with the username @teknikviralasbf, is dedicated to helping individuals go from zero to hero in the field of viral marketing, specifically focusing on ASBF techniques.nnWho is it? Teknik Viral ASBF is a community of like-minded individuals who are passionate about mastering the art of viral marketing. Whether you are a beginner looking to learn the basics or an experienced marketer aiming to refine your skills, this channel is the perfect place for you.nnWhat is it? 'Teknik Viral ASBF' provides valuable insights, tips, and strategies to help you understand the dynamics of ASBF techniques and how to apply them effectively in your marketing campaigns. From creating viral content to understanding consumer behavior, this channel covers a wide range of topics to cater to the needs of its members.nnJoin 'Teknik Viral ASBF' today to unlock the secrets of viral marketing and take your skills to the next level. Don't miss out on this opportunity to learn from experts in the field and connect with a community of passionate marketers. Let's together go from zero to hero in the world of ASBF techniques with Teknik Viral ASBF!

Teknik Viral ASBF

22 Oct, 05:42


‼️ Ar Rahnu Best Rate In Town ‼️

Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi talian di bawah

wasap.my/60162435007/PertanyaanArrahnu

Teknik Viral ASBF

05 Feb, 12:55


KES SEBENAR. Ini contoh akaun ASBF sebenar. Mungkin ada segelintir yang masih belum jelas pasal surrender value ASBF. Jom kita tengok detail ASBF yang real;

▪️Jumlah Sijil RM199,000.

▪️Lulus pada bulan 6 2018.

▪️Mulakan bayaran pada bulan 7 2018.

▪️Bermakna sudah 5 tahun setengah.

▪️Pernah ambil moratorium automatik selama 6 bulan pada tahun 2020.

▪️Principal Balance = RM184,310

▪️Outstanding Balance = RM184,708 (termasuk profit bank bulan terkini)

Andai terminate sekarang, maka anggaran pulangan surrender value lebih kurang;

199,000 - 184,708 = RM14,292

Ini cuma bahagian principal. Dividen dah dapat setiap tahun dalam akaun ASB.

Jika tak ambil moratorium 6 bulan, lagi banyak principal yang dapat. Masa moratorium selama 6 bulan tu, hampir RM5,000 juga tambahan hutang (interest mora).

📌 Bagi pelabur yang dah lama buat ASBF, jika perlukan cash, boleh refinance untuk dapatkan surrender value.

📌 Dalam masa yang sama, boleh juga dapatkan interest rate yang lebih rendah ikut promosi terkini.

Untuk pertanyaan dan permohonan ASBF, boleh tekan link di bawah;

wasap.my/60173524066/ApplyASBF

Teknik Viral ASBF

21 Dec, 03:46


Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Dividen = 4.25 sen seunit
Bonus = 1.00 sen seunit
Dividen + Bonus = 5.25 sen seunit

Alhamdulillah peningkatan yang sangat baik dari tahun 2022. PNB pun dah ubah strategi pelaburan dana ASB untuk beri pulangan yang lebih baik buat semua pelabur.

Jom buat kira-kira jika kita ada ASBF 200K, berapa yang kita akan dapat selama 1 tahun penuh atau 12 bulan.

ASBF 200K
Profit Rate 4.3%
Tenure 40 tahun
Bayaran bulanan RM874

Kira guna Compund Interest Calculator,

Principal Amount ➡️ 200,000
Period (Month) ➡️ 12
Annual Interest Rate (%) ➡️ 5.25
Compounding ➡️ Annually

Tengok pada Interest Amount bersamaan dengan RM10,500. Inilah jumlah dividen jika anda mula simpanan ASBF dari bulan Januari 2023 hingga Disember 2023.

Nak terminate boleh ke? Boleh je nak terminate tapi tunggu lah dividen masuk dulu pada Januari 2024 akan datang.

Jika terminate akan ada tambahan nilai prinsipal ataupun surrender value khas kepada pelabur ASBF sahaja.

Jom kira guna Loan Calculator,

Loan Amount ➡️ 200,000
Interest Rate ➡️ 4.3
Loan Term ➡️ 40 years

Tekan Calculate dan tekan Amortization, akan keluar Amortization Schedule. Tengok pada bulan ke 12, baki ASBF anda ialah 198,079.48.

200,000 - 198,079.48
= 1,920.52

Haaa ada tambahan lagi RM1,920.52 jika anda terminate ASBF pada awal tahun 2024. Jadi jumlah keseluruhan:

Dividen = RM10,500
Nilai Prinsipal = RM1,920.52
10,500 + 1,920.52
Untung kasar = RM12,420.52

Modal yang dah keluar pada tahun 2023 selama 12 bulan adalah RM10,488. Jadi anda untung bersih sebanyak RM1,932.52 bersamaan RM161.04 sebulan.

Okay ke okay? Apa-apa pun tahniah kepada pelabur ASBF. Anda memang sangat berdisiplin dan sangat sabar menanti dividen tahun 2023. Semoga dengan pengumuman dari pihak ASNB akan membuat anda tersenyum. 😁

ASBF masih lagi releven buat pelabur-pelabur yang suka pelaburan berisiko rendah. Cumanya kena standby modal untuk tambah jika ada kenaikan Profit Rate.

Nak mohon ASBF untuk tahun 2024? Boleh roger saya;

wasap.my/60173524066/Saving2024

Teknik Viral ASBF

27 Nov, 12:57


Teknik Viral ASBF pinned «TREND KENAIKAN DIVIDEN DANA-DANA ASNB TAHUN 2023 Tahun 2023 menunjukkan peningkatan pulangan pelaburan bagi SEMUA dana-dana unit amanah harga tetap ASNB yang telah diumumkan. Sebanyak 5 dari 6 dana telah diumumkan; ASB2 2022 - 4.30% 2023 - 5.00% ⬆️ ASB3…»

Teknik Viral ASBF

27 Nov, 12:56


TREND KENAIKAN DIVIDEN DANA-DANA ASNB TAHUN 2023

Tahun 2023 menunjukkan peningkatan pulangan pelaburan bagi SEMUA dana-dana unit amanah harga tetap ASNB yang telah diumumkan. Sebanyak 5 dari 6 dana telah diumumkan;

ASB2
2022 - 4.30%
2023 - 5.00% ⬆️

ASB3 (DIDIK)
2022 - 4.25%
2023 - 5.00% ⬆️

ASM
2022 - 4.00%
2023 - 4.50% ⬆️

ASM2 WAWASAN
2022 - 3.75%
2023 - 4.50% ⬆️

ASM3
2022 - 3.75%
2023 - 4.50% ⬆️

ASB
2022 - 4.60%
2023 -

Untuk dana ASB, pulangan dividen akan diumumkan pada bulan Disember. Dividen pula akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing pada awal bulan Januari. Semoga dividen pada tahun ni lebih baik berbanding tahun lepas.

Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan awal tahun 2024, dah boleh apply sekarang. Sementara promosi 4.30% masih available.

Yang nak refinance untuk turunkan kadar interest juga boleh. Contohnya tukar interest 4.70% kepada 4.20%. Dapat jimatkan installment bulanan.

Boleh terus wasap ke;

wasap.my/60173524066/Saving2024

Teknik Viral ASBF

01 Sep, 16:07


Refresh balik apa itu ASB Financing kepada subscriber baharu dalam channel ini 🤗

Teknik Viral ASBF

08 Aug, 15:25


‼️BERITA BAIK BUAT PEMEGANG SIJIL ASBF MAYBANK 🐯 RATE 4.2% UNTUK ANDA‼️

Berita baik buat para pelabur ASBF Maybank yang sudah lebih 2 tahun. Pada sesiapa yang dah ada sijil ASBF Nilai 50k-200k boleh TURUNKAN profit rate kepada 4.2% sijil lama tanpa jual sijil lama dapat CASH lagi tu yang PENTING ☺️

Rate terendah 4.2% sahaja
Boleh Ambil CASH dari pembiayaan untuk tujuan peribadi atau tambah nilai pelaburan
Dapat panjangkan tempoh pembiayaan sehingga 70 tahun
Kurangkan commitment bulanan
Proses mudah

Boleh semak dahulu dan dapatkan consultation secara PERCUMA dengan saya. Jika setuju baru proceed 🤗

wasap.my/60173524066/ASBPlus

Teknik Viral ASBF

17 Jul, 01:23


Lebih baik untung sedikit daripada rugi dan hilang modal. Bagi pelabur yang buat ASBF, kenalah ikut strategi yang betul.

Hati-hati juga dengan pelbagai pelaburan lain yang menjanjikan keuntungan yang terlalu tinggi. Ramai yang tengah ambil kesempatan. Pastikan melabur di institusi kewangan yang sah. Kalau status syarikat sendirian berhad, risiko tersontot sangat tinggi.

Sekian, Terima Kasih.

📌Untuk permohonan ASBF, boleh klik link di bawah;

wasap.my/60173524066/RegisterASBF2023

Teknik Viral ASBF

17 Jul, 01:23


DIVIDEN ASB

Berdasarkan sesi taklimat bersama wakil PNB berkenaan dividen ASB 2022 dan masa hadapan dana ASB.

Dividen ASB 2022

Kita semua sedia maklum agihan pendapatan ASB 2022 adalah lebih rendah berbanding tahun 2021. Namun jika dibandingkan dengan unit amanah lain, pulangan ASB adalah lebih baik kerana terdapat dana-dana lain yang negatif. ASB masih positif 4.6%.

Selain daripada faktor kelembapan ekonomi, Covid, dan isu politik negara yang semua sedia maklum, terdapat satu lagi faktor kenapa pulangan dividen ASB rendah pada tahun 2022. Faktor tersebut adalah Prosperity Tax (Cukai Kemakmuran).

Cukai Kemakmuran ialah langkah cukai sekali sahaja yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan dalam Bajet 2022, di mana pendapatan bercukai syarikat yang melebihi RM100 juta akan dikenakan cukai pada kadar 33%, bukannya kadar 24% seperti sebelum ini. Cukai dikenakan ke atas pendapatan bercukai syarikat dan bukan keuntungan bersihnya.

Maknanya syarikat-syarikat ini terpaksa membayar lebihan 9% cukai kepada kerajaan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ini kerana kerajaan telah berbelanja besar untuk mengatasi pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021. Jadi untuk mengganti perbelanjaan tersebut, kerajaan terpaksa mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada syarikat-syarikat besar.

Dana ASB (duit kita) pula kebanyakannya dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat berkenaan. Apabila syarikat (kita) dikenakan cukai yang lebih tinggi, maka pulangan pelaburan yang diberikan kepada pelabur juga berkurang. Seterusnya memberikan kesan kepada dividen ASB. Jika tiada cukai ini, pasti pendapatan ASB lebih tinggi.

Rujukan berkenaan Prosperity Tax 👇

https://www.theedgemarkets.com/article/budget-2022-these-companies-may-be-subject-oneoff-33-prosperity-tax

Masa Hadapan Dana ASB

Untuk memastikan pulangan yang lebih baik di masa hadapan, pihak PNB akan melaksanakan beberapa strategi;

1. Salah satu strategi yang akan digunakan adalah meningkatkan pelaburan di luar negara. Buat masa ini, hanya sekitar 15% sahaja dilaburkan di luar. PNB mensasarkan peningkatan pelaburan sehingga 30%.

2. PNB juga akan memfokuskan pelaburan kepada syarikat yang stabil dan mampu memberikan dividen yang tinggi.

3. Melabur dalam syarikat yang sedang meningkat naik. Contohnya seperti Mr.DIY.

Tiada lagi Prosperity Tax

Prosperity tax hanya dikenakan pada tahun 2022 sahaja. Untuk tahun 2023 tidak akan dikenakan. Jadi syarikat-syarikat besar sudah pasti dapat memberikan pulangan pelaburan yang lebih baik. Jika syarikat dapat jimatkan 9% tax, kita pelabur ASB dapat extra 2-3% dividen pun dah ok sangat kan.

Ramalan 2023

Kajian firma-firma pelaburan mendapati terdapat potensi peningkatan pasaran saham Malaysia pada tahun 2023.

CGS-CIMB meramalkan peningkatan pasaran saham tahun 2023 👇
https://www.bernama.com/en/business/news.php?id=2153175#:~:text=KUALA%20LUMPUR%2C%20Jan%204%20(Bernama,against%201%2C495%20at%20end%2D2022.

Rakuten Trade juga meramalkan peningkatan 👇
https://www.theedgemarkets.com/node/650118

MIDF Research juga meramalkan peningkatan 👇
https://www.theedgemarkets.com/article/midf-expects-klci-breach-1700-points-end2023-after-fed-pivot

Dividen ASB2, ASB3 dan ASM juga telah menunjukkan peningkatan pada tahun 2023 berbanding tahun 2022.

ASB2 - 4.30% kepada 5.00%
ASB3 - 4.25% kepada 5.00%
ASM - 4.00% kepada 4.50%

Tindakan Pelabur

Bedasarkan penerangan tersebut, nampak macam ada sinar harapan untuk pulangan ASB semakin baik pada tahun ini. Sebagai pelabur, kita harus bagi peluang kepada PNB untuk menguruskan wang kita. Kita bagi chance setahun lagi. Kita tengok macam mana pulangan pada hujung tahun nanti. Kalau tak ok juga, boleh cuba option lain tahun hadapan.

Berdasarkan prestasi 2022, kita tak rugi pun. Cuma untung sedikit sahaja jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu yang lebih besar keuntungan. Kalau kita nak keluarkan dan melabur tempat lain, belum tentu lagi untung dan risiko kerugian lebih tinggi. Menyimpan di ASB dijamin duit kita tidak akan susut kerana harga Unit kekal RM1.00.

Teknik Viral ASBF

07 Jul, 07:29


‼️ BERITA BAIK ‼️ Buat para pelabur ASB Financing. OPR kekal pada paras 3%

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2023/07/06/bank-negara-stays-put-on-opr-at-3