Neueste Beiträge von PERKONGSIAN TAZKIRAH (@tazkrh) auf Telegram

PERKONGSIAN TAZKIRAH Telegram-Beiträge

PERKONGSIAN TAZKIRAH
1,896 Abonnenten
24 Fotos
13 Videos
Zuletzt aktualisiert 10.03.2025 07:54

Ähnliche Kanäle

XsentapKew ?
12,822 Abonnenten

Der neueste Inhalt, der von PERKONGSIAN TAZKIRAH auf Telegram geteilt wurde.

PERKONGSIAN TAZKIRAH

26 Feb, 12:15

19

Assalamualaikum
PERKONGSIAN TAZKIRAH

26 Feb, 01:25

65

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR.NORHAFIZAH MUSA

*DOA DIAJAR Nabi S.A.W. TATKALA DITIMPA MUSIBAH*

Selain daripada mengucapkan 'إنّا للَّه وإنّا إليه رَاجِعُون', Nabi s.a. w. mengajar kita supaya membaca doa berikut ketika ditimpa musibah, supaya ALLAH S. W.T.menggantikan apa yang musnah, hilang,teruji dengan sesuatu yang lebih baik lagi:
اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

allahumma ajurni fi mushibati wa akhlifli khaira minha

"Ya Allah, berikanlah ganjaran pahala kepadaku dalam musibahku ini, dan gantikanlah kepadaku apa yang lebih baik dari itu."

*ULASAN USTAZAH*

Doa ini sebenarnya bersandarkan hadis berikut:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، تَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: " مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة: 156]، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا "، قَالَتْ: فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ، قُلْتُ: كَمَا أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَخْلَفَ اللهُ لِي خَيْرًا مِنْهُ، رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi s.a.w. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang ditimpa musibah kemudian dia berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali - Al-Baqarah : 156.

Ya Allah, berikanlah ganjaran pahala kepadaku dalam musibahku ini, dan gantikanlah kepadaku apa yang lebih baik dari itu,kecuali ALLAH akan memberi ganjaran pahala dalam musibahnya itu dan menggantikan baginya apa yang lebih baik daripada itu.”

Ummu Salamah berkata: “Ketika (suamiku) Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata sebagaimana yang Rasulullah suruhku (membaca doa tersebut), kemudian Allah gantikan kepadaku orang yang lebih baik darinya (suamiku) iaitu Rasulullah s.a.w.”- HR Imam Muslim.

Renung - renungkan.

Ingatan buat diri sendiri.

Semuga bermanfaat.

Bi Iznillah.Fi Amanillah.
Allahul Musta'an.Insya Allah.Aamiin.
🍋‍🟩🍋‍🟩🍋‍🟩🍋‍🟩🍋‍🟩🍋‍🟩🍋‍🟩🍋‍🟩
PERKONGSIAN TAZKIRAH

25 Feb, 03:18

83

Cer Tanya hati kita yg plg dalam sanggupkah kita pertaruhkan nyawa demi tanah air kita...demi Agama kita Dan bangsa kita jika terjadinya peristiwa yg x diigini?
PERKONGSIAN TAZKIRAH

25 Feb, 00:24

87

HIDUP LAH SEKADAR BIASA-BIASA, JANGAN HIDUP MENGIKUT DUNIA

Ini lah nasihat daripada encik A. Saya suka nak berkongsi satu cerita yang mampu mengubah spekulasi kebiasaan orang. “Pakai biasa-biasa, mesti tiada duit”.

~

Harini saya jual emas milik saya 50gram 2 keping kepada seorang strangers yang saya pun tidak mengenali encik A. Hanya melalui facebook sahaja. Berurusan dengan beliau sangat memudahkan.

Tapi apa yang saya nak highlight kan. Rupanya encik A seorang yang kaya kaya tapi sangat humble.

First impression saya jumpa encik A, saya terfikir. “ Betul ke dia yang nak beli emas ni? Ke salah orang 😅 ?”

Tengok lah pemakaiannya. Sangat biasa. T-shirt dengan seluar jeans biasa. Datang pun hanya dengan moto biasa.

Sekali bila duduk borak dengan dia. Barulah saya tahu encik A rupanya orang kaya. Siap ada simpanan kilo-kilo lagi.

Mulanya macam was-was juga, sekali.. Encik A minta saya ikut ke rumahnya sebab ada duit tak cukup. Sebab asalnya kami deal dalam whatsapp nak beli sekeping saja, sekali encik A minta nak beli 2 keping.

Waktu sampai saja di rumah encik A, terkejut saya bila sampai je. Lihat laman rumah yang sangat besar tapi hanya ada kereta myvi dengan viva sahaja di dalam garaj milik encik A. Pagar rumah pun pakai remote control.

Rumah encik A sangat besar dan siap ada rumah sewa lagi di dalam tanah miliknya. Saya cakap pada dia, besar betul rumah ni.

Sekali dia cakap,” rumah ni nilainya 2..”

Saya tanya lah lagi, “ 2kilo ke? (Maksudnya 600k+)”

Sekali dia jawab. “Bukan, tapi 2 juta.”

Terus terdiam saya. Perhhh, memang betul-betul orang yang humble.

Dengan pemakaian encik A tadi, saya pasti orang tak akan menyangka ini rumahnya.

Antara nasihat encik A tadi 👇🏻

1. Hidup jangan terlalu ikut dunia, hidup lah sekadar biasa-biasa.

2. Kena ada simpanan.

3. Jangan beli rumah loan. Sebab nanti akan jadi beban 35tahun.

4. Jangan percaya dengan sistem bank, buat simpanan dalam bentuk emas.

5. Simpan duit dekat asnb lagi selamat berbanding bank lain. Prosedur dia ketat. Anti scammer.

6. Bila dah berjaya nanti, jangan suka hidup mendonggak langgit.

7. Bila kita hidup biasa-biasa, kita akan kurang masalah. Hidup jadi lebih tenang.

Saya berkongsi disini supaya dapat jadi inspirasi dan manfaat kepada followers saya juga.

Rezeki saya juga dapat timbang ilmu baru dari encik A.

Sumber NorHaliza Hamid
PERKONGSIAN TAZKIRAH

24 Feb, 23:51

72

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR.NORHAFIZAH MUSA

*HATI INI MAHAL*

Hati ini mahal ..
"Kenapa ia mahal dan berharga?"

Kerana di situlah ALLAH S.W.T. melihat kita.
Bukan pada rupa tetapi pada hati kita.

Belum ada manusia yang stress bila ingat ALLAH S.W.T.

Jika kita ingat kepada ALLAH S. W.T,kita akan sentiasa menjaga hati kita.

Untuk hati yang sakit atau terluka ataupun kecewa.

Jangan sesekali kita membiarkan Al-Quran terlepas daripada hati kita.

Jangan pernah biarkan hati kita kosong dan lalai daripada Al-Quran.

Untuk hati semua umat Islam di atas muka bumi ini, merintihlah kepada ALLAH S. W.T.

Hanya kepada ALLAH S.W.T. tempat memohon.

DIAlah menguruskan segala urusan kita.
Percayalah.

Keajaiban doa itu akan hadir di dalam bentuk yang kita sendiri tidak sangka.

Maka...

Berdoalah selalu kepada ALLAH S. W.T.

Pernah diriku tertanya,
"Berapakah harga sekeping hati?"

Sukar untuk dijawab.
Tiada jawabannya.

Fikiran kita sebenarnya dikawal oleh hati.
Apabila keras hati kita.
Maka keraslah fikiran kita dan keraslah perbuatan kita.

Hati adalah segala-galanya dan lebih kuat daripada akal fikiran kerana...

"Sesungguhnya anggota tubuh yang diciptakan paling mulia dalam diri manusia ialah hati (qalbu)."
(Surah An-Nahl : 78)

Segala Pujian Hanya Untuk ALLAH S.W.T.

Wallahua'lam

Renung - renungkan.

Ingatan buat diri sendiri.

Semuga bermanfaat.

Bi Iznillah.Fi Amanillah.
Allahul Musta'an.Insya Allah.Aamiin.
🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉
PERKONGSIAN TAZKIRAH

23 Feb, 23:51

86

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR.NORHAFIZAH MUSA

Tenang di dalam berserah adalah nikmat kebahagiaan yang disegerakan.

Berserah bukan bererti tidak berbuat apa - apa tetapi ia adalah alam lautan zikir dan fikir.

Semakin direnangi,semakin indah,nikmat yang akan dihayati oleh pendengaran, penglihatan, pemikiran dan qalbu.

Semoga kita semua sentiasa di dalam a'fiah.

Hati ini sentiasa memerlukan makanannya dan cuciannya.

Makanannya ialah ilmu yang mendekatkan diri kepada ALLAH S. W.T. dan cucian hati adalah zikrullah

Renung - renungkan.

Ingatan buat diri sendiri.

Semuga bermanfaat.

Bi Iznillah.Fi Amanillah.
Allahul Musta'an.Insya Allah.Aamiin.
🍋🍋🍋🍋🍋🍋🍋🍋
PERKONGSIAN TAZKIRAH

23 Feb, 08:08

85

Ada 13 permintaan ANAK yang mungkin tidak pernah mereka ucapkan :
.
1. Cintailah aku sepenuh hatimu.
.
2. Jangan marahi aku di khalayak orang ramai.
.
3. Jangan bandingkan aku dengan kakak, abang, adikku atau orang lain.
.
4. Ayah dan bonda jangan lupa, aku adalah fotocopimu.
.
5. Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.
.
6. Biarkan aku mencuba, lalu beritahu aku apabila salah.
.
7. Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.
.
8. Aku ialah Ladang Pahala bagimu.
.
9. Jangan memarahiku dengan mengatakan hal-hal buruk, bukankah apa yang keluar daripada mulutmu sebagai orang tua ialah doa bagiku?
.
10. Jangan melarangku hanya dengan mengatakan "JANGAN" tetapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.
.
11. Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.
.
12. Jangan mengheret aku ke dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganku. Kau marah sama yang lain, aku imbasnya.
.
13. Aku ingin kau sayangi dan cintai kerana engkaulah yang ada dalam kehidupanku dan masa depanku.
.
"SEMOGA BERMANFAAT, BAGI PARA ORANG TUA DAN BAKAL IBU BAPA"
🌺
.
hidupuntukAllahsayang
Ahmad Muaz Mohd Razi
PERKONGSIAN TAZKIRAH

23 Feb, 01:43

69

3 syarat hidup tenang

1. Jangan bandingkan diri dengan orang lain
2. Jangan bersaing harta dan kemewahan dengan orang lain
3. Nikmatilah bahagia dengan cara kita sendiri seadanya.
PERKONGSIAN TAZKIRAH

23 Feb, 01:36

77

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR.NORHAFIZAH MUSA

Dosa adalah beban yang tak tertanggung kecuali dibersihkan dengan jalan istighfar dan taubat yang diterima ALLAH S. W.T.

Beban ini hanya mampu dilihat oleh kerabat kita di akhirat kelak.

Namun,mereka tidak membantu memikulnya.

Gunakanlah kesempatan usia berbaki agar menjadi jalan taubat kepada kita semua.

Renung - renungkan.

Ingatan buat diri sendiri.

Semuga bermanfaat.

Bi Iznillah.Fi Amanillah.
Allahul Musta'an.Insya Allah.Aamiin.
🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊🍊
PERKONGSIAN TAZKIRAH

23 Feb, 01:22

66

Bismillah..

"𝖪𝖾𝗍𝗂𝗄𝖺 𝖺𝗄𝗎 𝗌𝖾𝗋𝗂𝗇𝗀 𝗆𝖾𝗇𝗎𝗅𝗂𝗌 𝗉𝗈𝗌𝗍𝗂𝗇𝗀𝖺𝗇 𝗇𝖺𝗌𝖾𝗁𝖺𝗍, 𝖻𝗎𝗄𝖺𝗇 𝖻𝖾𝗋e𝗋𝗍𝗂 𝖺𝗄𝗎 𝗉𝖺𝗇𝖽𝖺𝗂 𝖽𝖺𝗅𝖺𝗆 𝗎𝗋𝗎𝗌𝖺𝗇 𝖺𝗀𝖺𝗆𝖺, 𝖺𝗄𝖺𝗇 𝗍𝖾𝗍𝖺𝗉𝗂 𝗂𝗍𝗎𝗅𝖺𝗁 𝗍𝗎𝗃𝗎𝖺𝗇𝗇𝗒𝖺, 𝖺𝗀𝖺𝗋 𝗈𝗇𝗅𝗂𝗇𝖾 𝗄𝗎 𝖻𝖾𝗋𝗆𝖺𝗇𝖿𝖺𝖺𝗍 𝗄𝖾𝗍𝗂𝗄𝖺 𝖽𝗂𝗋𝗂𝗄𝗎 𝗍𝖾𝗅𝖺𝗁 mati."