SMKRTU WARIS @smkrtu Channel on Telegram

SMKRTU WARIS

@smkrtu


Group ini medium perhubungan pihak sekolah dengan waris. Semua maklumat / program / aktiviti sekolah akan dimaklumkan dalam channel ini.Hanya admin sahaja boleh menyampaikan maklumat di sini. Mohon semua ibubapa ambil perhatian.

SMKRTU WARIS (Malay)

SMKRTU WARIS adalah saluran Telegram yang dihasilkan oleh komuniti SMKRTU bagi para pelajar, guru, dan ibu bapa. Saluran ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan sekolah, program ekstrakurikuler, acara sekolah, dan perkembangan pelajar. Dengan bergabung dengan saluran ini, anda akan mendapat akses kepada semua berita terkini dari SMKRTU serta peluang untuk berinteraksi dengan orang lain dalam komuniti. SMKRTU WARIS menjadikan komunikasi antara sekolah, pelajar, guru, dan ibu bapa lebih lancar dan mudah. Sertai kami hari ini untuk menjadi sebahagian daripada keluarga SMKRTU yang berprestij.

SMKRTU WARIS

13 Jan, 14:02


KELAS TAMBAHAN T5 PADA 17 JANUARI 2025

SMKRTU WARIS

13 Jan, 14:01


KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 5 PADA 16 JANUARI 2025

SMKRTU WARIS

13 Jan, 14:00


KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 5 PADA 14 JANUARI 2025

SMKRTU WARIS

13 Jan, 05:19


Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Mohon kerjasama semua ibu bapa / penjaga murid Tingkatan 3 2025/2026 untuk memastikan anak tuan/puan hadir sekolah esok bagi mendengar taklimat orientasi kemasukan ke Tingkatan 4.

Terima kasih.

SMKRTU WARIS

02 Jan, 12:47


Salam sejahtera
Terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan sumbangan utk makan tengah hari pelajar-pelajar SPM. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat semua.

SMKRTU WARIS

01 Jan, 04:17


[Persediaan Akhir Menghadapi Peperiksaan Bertulis SPM 2024: Langkah-Langkah Bijak Menuju Kejayaan]

Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang bakal bermula pada 02 Januari 2025 hingga 06 Februari 2025 adalah detik penting dalam perjalanan pendidikan pelajar Tingkatan 5.

Dalam tempoh ini, pelajar perlu memanfaatkan masa yang berbaki untuk memastikan mereka benar-benar bersedia, bukan sahaja dari aspek akademik tetapi juga emosi, spiritual, dan sokongan sosial. Berikut adalah beberapa panduan penting untuk persediaan akhir sebelum menduduki peperiksaan.

1๏ธโƒฃ Cara Belajar Saat Akhir:
Fokus pada Strategi dan Keutamaan

Belajar saat akhir tidak bermaksud cuba memahami semua topik dalam satu masa. Sebaliknya, ia menuntut strategi belajar yang bijak:

๐Ÿ”†Tumpu kepada topik penting:
Rujuk kertas soalan tahun-tahun lepas dan kenal pasti topik yang kerap muncul.

๐Ÿ”†Ulang kaji nota ringkas:
Gunakan nota yang telah dibuat sebelum ini untuk menguatkan ingatan.

๐Ÿ”†Amalkan menjawab soalan:
Lakukan latihan intensif menggunakan format peperiksaan sebenar untuk membiasakan diri dengan struktur soalan.

๐Ÿ”†Beri perhatian kepada kelemahan:
Fokus kepada subjek atau topik yang masih lemah dengan bantuan guru atau rakan sebaya.

๐Ÿ”†Rehat yang cukup:
Paling penting, elakkan belajar hingga lewat malam kerana otak memerlukan rehat yang cukup untuk berfungsi dengan baik.

2๏ธโƒฃ Elemen Emosi dan Spiritual:
Kekal Tenang dan Yakin

Menghadapi peperiksaan besar seperti SPM boleh menjadi tekanan, tetapi pelajar perlu mengawal emosi dengan bijak:

๐Ÿ”†Kawal tekanan:
Ambil masa untuk berehat, bersenam, atau mendengar muzik yang menenangkan. Teknik pernafasan dalam boleh membantu menenangkan fikiran.

๐Ÿ”†Mantapkan spiritual:
Bagi pelajar beragama, luangkan masa untuk berdoa atau melakukan ibadah. Rasa dekat dengan Tuhan dapat memberikan kekuatan dalaman dan keyakinan.

๐Ÿ”†Motivasi diri:
Ingatkan diri tentang matlamat dan impian selepas SPM, seperti memasuki universiti atau mengejar kerjaya impian.

3๏ธโƒฃ Sokongan Guru:
Panduan dan Inspirasi

Guru memainkan peranan besar dalam memberikan sokongan kepada pelajar:

๐Ÿ”†Kelas tambahan dan bengkel:
Manfaatkan sesi kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk memperkukuhkan pemahaman.

๐Ÿ”†Sesi soal jawab:
Beranikan diri bertanya kepada guru jika terdapat topik yang masih tidak difahami. Guru sering kali mempunyai cara mudah untuk menjelaskan konsep yang kompleks.

๐Ÿ”†Kata-kata motivasi:
Guru adalah sumber inspirasi, dan nasihat mereka sering kali menjadi penguat semangat kepada pelajar.

4๏ธโƒฃ Sokongan Ibu Bapa dan Keluarga:
Tulang Belakang Kejayaan

Ibu bapa dan keluarga adalah sistem sokongan emosi yang paling dekat dengan pelajar:

๐Ÿ”†Sediakan suasana belajar yang kondusif:
Pastikan rumah tenang dan selesa untuk pelajar belajar.

๐Ÿ”†Jaga pemakanan dan kesihatan:
Berikan makanan berkhasiat dan galakkan rehat yang mencukupi.

๐Ÿ”†Tunjukkan sokongan emosi:
Luangkan masa untuk berbual dengan anak-anak, memberi galakan, dan menunjukkan kepercayaan terhadap kemampuan mereka.

5๏ธโƒฃ Sokongan Masyarakat Sekeliling:
Persekitaran Positif

Masyarakat sekitar juga boleh memainkan peranan dalam menyokong pelajar yang bakal menduduki SPM:

๐Ÿ”†Komuniti sekolah:
Rakan sebaya boleh saling membantu dengan sesi belajar berkumpulan.

๐Ÿ”†Program komuniti:
Badan komuniti atau masjid boleh menganjurkan program motivasi atau bacaan doa untuk pelajar.

๐Ÿ”†Kurangkan tekanan luar:
Masyarakat boleh membantu dengan mengelakkan aktiviti bising atau gangguan lain di kawasan kejiranan.

๐Ÿ“Kesimpulan:
Melangkah dengan Yakin

๐Ÿ”†Persediaan akhir sebelum peperiksaan bertulis SPM adalah tempoh kritikal yang memerlukan strategi belajar yang bijak, ketenangan emosi, kekuatan spiritual, dan sokongan padu daripada guru, keluarga, serta masyarakat.

๐Ÿ”†Dengan usaha yang terancang, pelajar bukan sahaja boleh menghadapi peperiksaan ini dengan tenang tetapi juga mencapai keputusan yang membanggakan.

๐Ÿ”†Ingat, kejayaan bukan sekadar pencapaian akademik tetapi juga hasil daripada kekuatan dalaman dan sokongan semua pihak.

SMKRTU WARIS

01 Jan, 04:17


๐Ÿ—“๏ธ KIRA DETIK (COUNTDOWN) SPM 2024 1 JANUARI 2025

SMKRTU WARIS

31 Dec, 14:00


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

PiBG SMK Raja Tun Uda ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025 kepada semua warga sekolah, ibu bapa, pelajar, serta guru-guru yang dihormati.

Semoga tahun baru ini membawa keberkatan, kejayaan, dan semangat baharu untuk kita semua dalam melaksanakan tanggungjawab dan mencapai matlamat bersama.

Dengan kerjasama erat antara ibu bapa, guru, dan pelajar, kita yakin bahawa SMK Raja Tun Uda akan terus cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda kepada sekolah. Ayuh, Bersama-sama kita bina generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.

Selamat Tahun Baru 2025.

"Sekolah Kita,Cara Kita"
'We Are One Family'


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PiBG)
SMK Raja Tun Uda

SMKRTU WARIS

31 Dec, 00:51


๐Ÿ—“๏ธ KIRA DETIK (COUNTDOWN) SPM 2024 31 DISEMBER 2024

SMKRTU WARIS

30 Dec, 09:55


๐Ÿ—“๏ธ KIRA DETIK (COUNTDOWN) SPM 2024 30 DISEMBER 2024

SMKRTU WARIS

29 Dec, 10:08


https://youtu.be/M62Za1tplBc?si=tomNvsXhRdvj0w2K

SMKRTU WARIS

29 Dec, 03:00


๐Ÿ—“๏ธ KIRA DETIK (COUNTDOWN) SPM 2024 29 DISEMBER 2024

SMKRTU WARIS

21 Nov, 09:18


๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ

ANJURAN DIVISYEN KEDUA INFANTRI MALAYSIA BERSAMA QARYAH MASJID UMAR IBNU AL-KHATTAB, BANDAR BAYAN BARU

yang akan diadakan pada:

Tarikh : 22 November 2024 (Jumaat)
Masa : 12:30 tengah hari - 10 malam
Tempat : Qaryah Masjid Umar Ibnu Al-Khattab

Program akan dimulakan dengan tazkirah ringkas sebelum solat jumaat dan pemakluman program.

Manakala program Ceramah Perdana pada waktu malam akan dimulakan oleh penceramah khas dari ATM, iaitu:

Ybhg. Mej. Umar Bin Salleh

Ybhg. Lt. Kol Wan Madzlan Bin Wan Abdullah

Antara pengisian program pada hari tersebut adalah :

3:00 petang Program Gotong Royong bersama penduduk setempat (memotong pokok, membersihkan kawasan masjid, memasak, minum petang)

4:28 petang Solat Asar berjemaah

7:05 malam Solat Maghrib berjemaah

7:30 - 8:45 malam Program ceramah perdana

9:00 malam Jamuan makan malam

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke majlis ini. Semoga majlis yang dianjurkan ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua.

SMKRTU WARIS

21 Nov, 03:19


๐Ÿ—“๏ธ KIRA DETIK (COUNTDOWN) SPM 2024 21 NOVEMBER 2024

SMKRTU WARIS

20 Nov, 02:55


๐Ÿ—“๏ธ KIRA DETIK (COUNTDOWN) SPM 2024 20 NOVEMBER 2024

SMKRTU WARIS

19 Nov, 00:06


๐Ÿ—“๏ธ KIRA DETIK (COUNTDOWN) SPM 2024 19 NOVEMBER 2024

SMKRTU WARIS

18 Nov, 00:15


๐Ÿ—“๏ธ KIRA DETIK (COUNTDOWN) SPM 2024

SMKRTU WARIS

14 Nov, 09:16


1. Anugerah Sekolah Hijau: Tempat Kedua Video Terbaik.

2. Anugerah Sek Hijau: Kategori Inovasi & Hijau

3. Anugerah Sekolah Hijau: Tempat Kelima Keseluruhan

SMKRTU WARIS

12 Nov, 12:34


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, Hari ini telah selesai pemasangan 3 unit mesin penapis air Coway yang baru Untuk menggantikan (trade in) Mesin penapis air Coway lama yang telah rosak dan tamat tempoh.

Untuk makluman semua, Mesin penapis air ini adalah sumbangan dari PIBG kepada SMKRTU. Menjadi harapan Saya agar ianya dimanfaatkan dan digunakan dengan cermat dan sebaiknya dalam memastikan pelajar dan warga sekolah mendapat akses kepada air minuman yang bersih dan selamat.

"Sekolah Kita,Cara Kita"
" We are One Family"

-YDP-

SMKRTU WARIS

11 Nov, 05:48


Assalamualaikum dan slmt sejahtera

Makluman kpd semua ibu bapa/waris

Kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM60 bagi satu keluarga telah dijalankan bermula Ogos 2024.

๐Ÿ€ Sumbangan melibatkan satu keluarga. Hanya salah seorang ahli keluarga sahaja yg memberikan sumbangan.

๐Ÿ€Sumbangan PIBG 2024
boleh dijelaskan secara:

1๏ธโƒฃ๐Ÿ”ดTUNAI

2๏ธโƒฃ๐ŸŸขONLINE BANKING

No. Acc : 8600952630
Nama acc : PIBG SMK RAJA TUN UDA
Nama bank: CIMB Bayan Baru

๐Ÿ€Ibu bapa WAJIB menulis nama dan kelas anak di recipient reference/others
Contoh: 1 Ibnu Khaldun Mohammad Afiq Hakimi

๐Ÿ€Sila hantar resit bayaran/penyata transaksi kpd guru kelas masing-masing.

Sekian. Terima kasih.

SMKRTU WARIS

10 Nov, 02:26


*KEJOHANAN BOLING AMAL 2024 - PIBG SMK RAJA TUN UDA*

Tarikh : *7 Disember 2024 (Sabtu)*
Masa : *2.30 petang*
Tempat : *Aspirations Centre Sunshine Square Bayan Baru*
Harga : *RM 50* / seorang

***Harga termasuk permainan (2 game),kasut (sewa), goodies beg & T-Shirt

๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰
*Hadiah menarik* ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

-Berkumpulan (5)
-Jatuhun Pin tertinggi (Individu lelaki - 3)
-Jatuhan Pin tertinggi (individu perempuan - 3)

๐ŸŽHadiah Cabutan Bertuah juga mcm2 ada ๐Ÿ˜ jom lekaihhh daftar ramai2 ..

*Bayaran penuh RM 50 / deposit RM 25 ..untuk pendaftaran*

Tarikh Akhir Pendaftaran : *16/11/2024*

Pendaftaran hendaklah melalui link yg tertera disini
https://forms.gle/J5vVg1Pavx34FSbs8

Pembayaran ke Akaun PIBG ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

No. Acc : 8600952630
Nama acc : PIBG SMK RAJA TUN UDA
Nama bank: CIMB Bayan Baru

Jomm Sertai Kejohanan Boling Amal - PIBG SMKRTU 2024 . Boleh whataps Coach Alia untuk pertanyaan di www.wasap.my/60193901870/bolingsmkrtu2024

"Bersiaplah untuk pertandingan terbesar, dan bermainlah seolah itu yang terakhir." ๐Ÿ˜

๐ŸŽณ๐ŸŽณ๐ŸŽณ๐ŸŽณ๐ŸŽณ๐ŸŽณ๐ŸŽณ๐ŸŽณ

SMKRTU WARIS

08 Nov, 03:36


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon kerjasama guru tingkatan 3-5 untuk membuat hebahan berkaitan Surat Makluman Peperiksaan dlm group kls masing-masing. Trm kasih.

SMKRTU WARIS

07 Nov, 12:35


Terima kasih YDP
๐ŸŒน

SMKRTU WARIS

07 Nov, 11:37


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Petang tadi Saya bersama Dengan PK Hem Tn Hj Ahmad Zailani, Ajk PiBG Puan Alia Dan Cikgu Githra Serta Cikgu Komathi Dalam program 'Ziarah Kasih PiBG'.

Kami berkesempatan menyantuni Keluarga En Khatiresan Yang mengalami Masalah Kesihatan. Untuk makluman, 3 orang anak beliau bersekolah Di SMK Raja Tun Uda.

Mewakili Keluarga besar SMK Raja Tun Uda Saya turut menyampaikan sedikit 'tanda kasih' kita utk keluarga En Khatiresan.

Kami Doakan En Khatiresan kembali sihat...๐Ÿคฒ

"Sekolah Kita,Cara Kita"
"We Are One Family "

-YDP-

SMKRTU WARIS

30 Oct, 08:06


Vanakkam and Happy Deepavali..
๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿช”๐Ÿช”๐Ÿช”

-YDP-

SMKRTU WARIS

26 Oct, 09:44


Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa, pibg dan individu yg memberikan sumbangan untuk majlis jalinan kasih

SMKRTU WARIS

24 Oct, 00:16


๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ

*[HEBAHAN PAMERAN FALAK & CERAPAN BINTANG]*

โœจJom sertai kami dalam Pameran Falak dan Cerapan Bintang yang akan diadakan pada ๐Ÿ“† *25 Oktober 2024 (Jumaat)* ! Acara bermula dariโฐ *9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam(Pameran)* danโฐ *Cerapan Bintang 9.00 Malam - 12 .00 tengah malam*

โœจNikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk , pameran interaktif, dan sesi cerapan bintang dengan teleskop. Sesuai untuk semua peringkat umur, datanglah dan terokai keindahan alam semesta!!!

*Tempat: Perkarangan Masjid Al-Malik Khalid Pusat Islam USM.*
Masuk adalah percuma!

Jangan lepaskan peluang ini untuk menambah ilmu dan pengalaman!!!

Jom daftar sekarang!! : https://forms.gle/oVcziX3vDg9kpPBw5

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Ustaz Muhammad Yazid (UMY) ditalian 010-7915369.


๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸJumpa Anda disana!!!โœจโœจโœจ

SMKRTU WARIS

23 Oct, 05:39


Ikon KAA N.P.PINANG SMKRTU๐ŸŒท๐ŸŒท

SMKRTU WARIS

23 Oct, 02:28


Online Flipbook
https://heyzine.com/flip-book/eea80655cd.html#page/4

SMKRTU WARIS

18 Oct, 04:05


Alhamdulillah.. ribuan terima kasih atas kehadiran tuan dan puan ke hari waris pelajar ting 5. Sokongan para ibu bapa amat dihargai bagi memastikan kecemerlangan anak-anak RTUโค๏ธ