INFO RASMI SK KANTAN PERMAI @skkantanpermai Channel on Telegram

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

@skkantanpermai


INFO RASMI SK KANTAN PERMAI (Malay)

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI merupakan saluran Telegram rasmi untuk Sekolah Kebangsaan Kantan Permai yang terletak di Malaysia. Saluran ini bertujuan untuk memberi maklumat terkini kepada pelajar, ibu bapa, dan kakitangan sekolah mengenai aktiviti, acara, dan pengumuman penting yang berlaku di sekolah. Dengan mengikuti saluran ini, anda akan sentiasa berada dalam lingkungan terkini dan tidak ketinggalan sebarang berita penting. Saluran ini juga merupakan tempat untuk bertukar pendapat, berkomunikasi, dan mendapatkan sokongan daripada komuniti SK Kantan Permai. Sertai kami sekarang untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian yang aktif dan berkembang di sekolah ini!

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

17 Jan, 09:36


Assalamualaikum dan salam sejahtera, warga Berkualiti Keluarga SK Kantan Permai.

Alhamdulillah, kita telah berjaya melangkah ke penghujung sesi persekolahan tahun ini. Dengan izin Allah SWT dan usaha gigih semua pihak, pelbagai pencapaian dan kejayaan telah kita raih bersama. Sesungguhnya, semua ini adalah hasil kerjasama erat antara barisan pentadbiran, para pendidik, ibu bapa, dan anak-anak didik yang hebat.
Kepada anak-anak murid, manfaatkanlah masa cuti ini dengan perkara-perkara yang berfaedah. Walaupun bercuti, jangan lupakan tanggungjawab sebagai pelajar. Isilah masa dengan membaca, menimba ilmu, dan membantu ibu bapa di rumah.

Akhir kata, kami mendoakan kesejahteraan semua warga SK Kantan Permai sepanjang cuti ini. Jaga keselamatan diri, dan semoga kita bertemu lagi dengan semangat yang lebih cemerlang di tahun hadapan.

Yang menjalankan tugas,
Barisan Pentadbiran SK Kantan Permai

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

16 Jan, 09:19


https://forms.gle/WkiMzHckjAUypyz96

Untuk pendaftaran kelas di atas... Boleh la isi Google form yang di beri.

Terima kasih semua.

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

16 Jan, 09:00


Program Khatan Perdana Klinik Anda x PIBG SK Kantan Permai adalah inisiatif kerjasama antara Klinik Anda dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kantan Permai.
Program ini bertujuan menyediakan perkhidmatan berkhatan dengan selamat, berkualiti, dan kos yang berpatutan dalam suasana yang santai dan penuh keceriaan.

Objektif Program
1. Memudahkan komuniti Memberi peluang kepada ibu bapa untuk menguruskan proses berkhatan anak-anak mereka dengan lebih mudah.
2. Mengeratkan hubungan: Mengeratkan hubungan antara ibu bapa, guru,murid dan pihak klinik dalam suasana harmoni.

Kemudahan kesihatan:
Semua proses berkhatan dikendalikan oleh doktor dan petugas perubatan bertauliah dari Klinik Anda cawangan Prima Saujana.

Program seperti ini bukan sahaja membantu memenuhi keperluan komuniti, tetapi juga mencerminkan kepedulian dan kerjasama erat antara institusi pendidikan dan organisasi kesihatan.


Berminat??? Sila isi borang dan pihak sekolah akan menghubungi anda.

https://forms.gle/J2ARa4cvJjixicer6

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

13 Jan, 08:07


T shirt ini akan di gunakan oleh murid tahun 1/2025. Namun untuk murid tahun 2&3 sesi 2025 juga boleh mendapatkan baju rekaan ini.

Baju Skapers merah hitam akan di guna pakai oleh murid tahun 4-6.

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

13 Jan, 08:06


Kami dengan sukacitanya memperkenalkan T-Shirt Sukan Baharu SK Kantan Permai yang direka khas untuk menyerlahkan semangat kesukanan dan identiti sekolah kita!

Ciri-Ciri Rekaan Istimewa
1. Rekaan Moden & Dinamik
Gabungan warna yang elegan memberikan penampilan yang segar dan bergaya. Logo sekolah dicetak dengan kemas untuk memperkukuhkan identiti SK Kantan Permai.

2. Material Berkualiti Tinggi
Dibuat daripada kain yang ringan, mudah serap peluh, dan selesa dipakai untuk pelbagai aktiviti sukan.

3. Mesra Pergerakan
Potongan ergonomik yang fleksibel memudahkan pergerakan murid semasa bersukan.

4. Pilihan Saiz Lengkap
Didatangkan dalam pelbagai saiz untuk memastikan keselesaan semua murid.

Harga:
RM34.00 (Lengan Pendek)
RM35.00(Lengan Panjang)

T-Shirt ini akan mula dijual pada Februari 2025. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama memilikinya!


SK Kantan Permai: Bersama, Kita Hebat!
#skkpflyhigh

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

13 Jan, 04:27


Kaedah pembelian buku *Back To School* SK Kantan Permai

1. Pesanan secara online dan pick up di Kedai Buku Sekolah, Kedai Pustaka Rakyat Cawangan Bandar Baru Bangi(Seksyen 7) @penghantaran terus ke rumah
2. Pembelian di kedai buku sekolah

Penjualan akan bermula seawal 13 Januari 2025.

Namun stok barangan beransur masuk terutamanya baju sukan baharu utk Tahap 1.

Harap maklum.

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

13 Jan, 04:27


https://m.youtube.com/watch?v=_9-7pT-o6vA&pp=ygUOUHVzdGFrYSByYWt5YXQ%3D

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

13 Jan, 04:27


Salam Sejahtera kepada ibu bapa / penjaga yang dihormati.

*MAKLUMAT KEDAI BUKU SEKOLAH SK KANTAN PERMAI*

Kami menyediakan 3 cara untuk ibu bapa membeli buku-buku dan peralatan sekolah untuk kemasukkan tahun 2025

1. Ibu bapa boleh muat turun aplikasi PR RAKYAT di Google Play, App Store atau Huawei Store. Senarai buku tahun 2025 boleh didapati melalui aplikasi PR RAKYAT dan boleh buat pembelian dalam aplikasi PR RAKYAT. *(Mulai pada 13 Januari 2025)*

2. Ibu bapa juga boleh datang ke cawangan PUSTAKA RAKYAT (BANGI) untuk dapatkan keperluan alatan sekolah serta senarai buku sekolah. Cawangan kami buka dari *10 pagi hingga 10 malam setiap hari*. *(Mulai pada 13 Januari 2025)*

3. Kedai buku sekolah akan dibuka bermula *3 Feb 2025 dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang setiap hari kecuali hari Ahad*.

4. Talian perkhidmatan pelanggan ialah 0162033713 | 0162903097 | 01165562110

Harap maklum.

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

13 Jan, 04:27


https://m.youtube.com/watch?v=Gp7Q1ZQ0p4k&pp=ygUPUHVzdGFrYSByYWt5YXQg

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

10 Jan, 01:32


Mohon ibu bapa untuk memastikan anak-anak Tahun 1-5 hadir pada 17 Januari 2024 untuk proses naik kelas 2025.

Terima kasih.

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

10 Jan, 01:32


Makluman Kepada Ibu Bapa/Penjaga SK Kantan Permai
Tahun 2 hingga 6 sesi 2025

Berikut adalah makluman penting berkaitan penyusunan kelas bagi tahun persekolahan 2025:

1. Rombakan Keseluruhan Kelas Tahun 1 (2024)
- Bagi murid Tahun 2 sesi 2025, rombakan keseluruhan kelas akan dilaksanakan.
- Rombakan keseluruhan ini berlaku bagi menyeimbangkan bilangan pengawas yang baharu di lantik di
dalam setiap kelas. Ini juga untuk menyeimbangkan bilangan murid di dalam kelas.

2. Rombakan Minimum Kelas Tahun 2, 3, 4, dan 5 (2024)
- Penstrukturan semula secara minimum akan dilakukan bagi murid Tahun 2, 4, dan 5 sesi 2024 yang akan naik ke tahun 3, 4, 5 dan 6 sesi 2025 untuk memastikan keseimbangan bilangan murid, jantina, serta penglibatan murid yang menjadi pengawas.

Harap maklum.
Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

Yang menjalankan amanah,
Nur Syahidah Aisyah Somchit
Guru Besar
SK Kantan Permai

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

08 Jan, 11:15


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

*Makluman kepada ibu bapa dan penjaga Bicara Aspirasi Murid*

πŸ”–Murid hadir ke sekolah mengikut sesi masing-masing

πŸ”–Ibu bapa atau penjaga hadir mengikut masa yang telah ditetapkan.

πŸ”–Ibu bapa dan penjaga terus ke kelas anak masing-masing untuk berjumpa guru kelas/guru mata pelajaran. Murid Tahun 5 sahaja si Dewan Rafflesia

πŸ”–Murid dibenarkan balik bersama penjaga setelah selesai perjumpaan bersama guru.

Unit Kurikulum
SKKP

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

06 Jan, 13:51


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, pembuka tirai 2025 SKKP sekali lagi bakal menerima kunjungan tetamu dari negara serantau, Indonesia.

Kunjungan ini merupakan program jaringan SKKP pertama pada tahun 2025 yang akan berlangsung pada ketetapan berikut;
Tarikh: 8 Januari 2025
Hari: Rabu
Masa: 9:00 pg - 1:00 tghr
Bilangan Sekolah: 6 buah
Jumlah peserta: 33 murid dan 8 orang guru

Doakan semoga semua urusan dipermudahkan dan program berjalan lancar.

Puan Nur Syahidah Aisyah Somchit
Guru Besar SK Kantan Permai

#SKKPFlyHigh

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

02 Jan, 06:54


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pemakluman awal untuk ibu bapa dan penjaga murid SK Kantan Permai.
Masa untuk program yang dinyatakan akan dimaklumkan melalui poster khas.

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

02 Jan, 06:52


SURAT HARI BICARA ASPIRASI MURID.pdf

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

02 Jan, 04:37


Surat jemputan rasmi akan di keluarkan pada hari ini. Makluman awal di keluarkan untuk membolehkan tuan puan maklum berkaitan peristiwa yang akan berlaku di sekolah dalam tempoh yang berbaki 2 minggu ini.

Pihak sekolah memohon maaf di atas kesulitan di pihak ibu bapa berkaitan permohonan cuti. Ini kerana Guru Besar bercuti bermula 21 Disember 2024 dan baru mula bertugas pada hari ini.

GB Ecah ❀️❀️❀️

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

02 Jan, 04:33


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Makluman kepada ibu bapa dan penjaga Bicara Aspirasi Murid

πŸ”–Murid hadir ke sekolah mengikut sesi masing-masing

πŸ”–Ibu bapa atau penjaga hadir mengikut masa yang telah ditetapkan.

πŸ”–Ibu bapa dan penjaga terus ke kelas anak masing-masing untuk berjumpa guru kelas/guru mata pelajaran.

πŸ”–Murid dibenarkan balik bersama penjaga setelah selesai perjumpaan bersama guru.

Unit Kurikulum
SKKP

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

20 Dec, 09:43


Photo from Ecah

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

10 Dec, 00:23


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Makluman kepada ibu bapa dan penjaga murid SK Kantan Permai.

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

09 Dec, 03:30


Assalamualaikum wbrth dan Salam Malaysia Madani

Kepada semua murid SK Kantan Permai yang mempunyai peranti iPad, macbook atau iPhone kami menjemput anda semua untuk program Apple semasa cuti sekolah ini untuk anda meneroka apa yang boleh buat dengan peranti yang mungkin dah lama ada di tangan anda.

Untuk *MURID* sahaja : _Crafting Enchanting Digital Books: A School Holiday Workshop!_

Buat buku bercerita / novel anda dengan grafik dan bunyi di dalam buku tersebut pada 23-26 Disember ini !

Sebarkan kepada semua warga SEKOLAH KEBANGSAAN KANTAN PERMAI anda dan semua program ini adalah *PERCUMA !*

Maklumat lanjut layari bit.ly/applecutisekolah

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

06 Dec, 04:44


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada ibu bapa dan penjaga murid SKKP.
Info persekolahan satu sesi dan cuti peristiwa.
Harap maklum.

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

06 Dec, 04:43


Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam SKKP Fly High


🌹Untuk makluman dan tindakan semua ibu bapa/penjaga

*Pengesahan Pilihan Kaedah Penerimaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)*

🌹Merujuk Surat Siaran Bahagian Kewangan, KPM yang bertarikh pada 22 November 2024, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diteruskan pelaksanaannya pada 2025 yang melibatkan warganegara bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga murid.

🌹Sebelum pelaksanaan BAP Tahun 2025, pihak sekolah perlu mendapatkan pengesahan daripada ibu bapa / penjaga mengenai kaedah agihan BAP.

🌹Mohon ibu bapa/penjaga untuk mengisi borang pengesahan ini dengan segera dan mengembalikannya kepada guru kelas *sebelum atau pada 15 Disember 2024*. (Borang diedarkan pada 06 Disember)

🌹Untuk memudahkan ibu bapa menerima bantuan secara langsung, *pihak sekolah menggalakkan ibu bapa/penjaga memilih kaedah penerimaan BAP secara TUNAI*, ini kerana hanya bank tertentu sahaja yang akan bekerjasama dengan pihak KPM dalam urusan BAP.

🌹Bagi ibu bapa/penjaga yang memilih kaedah agihan BAP secara kredit ke akaun bank, sila sertakan salinan dokumen berikut:
*1. Sijil kelahiran anak*
*2. Kad pengenalan ibu/bapa/penjaga*
*3. Muka depan penyata bank pemegang akaun*

🌹 *Peringatan Mesra :*

1️⃣ Agihan BAP melalui pengkreditan ke akaun bank mungkin memerlukan beberapa hari untuk diproses; sebaliknya, penerimaan tunai boleh diperoleh serta-merta, lebih mudah dan cepat.

2️⃣ Setelah agihan BAP berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank, ibu bapa/penjaga juga perlu hadir ke sekolah untuk menandatangani borang akuan penerimaan.

Harap maklum dan terima kasih.

#unitkebajikan
#skkpflyhigh

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

15 Nov, 02:45


#SKKPFLYHIGH
SKKP akan terbang lagi pada 2025. Kali ini kita akan ke KOREA SELATAN bagi melihat perkembangan bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik). Korea Selatan adalah salah satu negara terkemuka dalam inovasi teknologi dan penyelidikan STEM.
Pendidikan STEM yang Berkualiti dapat di lihat di sini. Korea juga dikenali dengan masyarakat yang sangat "tech-savvy" dan infrastruktur teknologi yang maju. Ini memberikan persekitaran yang ideal untuk mengembangkan kemahiran STEM, dengan akses kepada internet berkelajuan tinggi, kemudahan penyelidikan, dan inovasi teknologi dalam kehidupan harian.
Ayuh ibu bapa...ambil peluang untuk memberi pendedahan STEM secara langsung di KOREA SELATAN.
*Program ke Osaka, Jepun di tangguhkan bagi memberi laluan Kepada program STEM
Jika berminat sila hubungi :
Teacher Sabeela
011-10125480

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

15 Nov, 02:42


Assalamualaikum semua ibu bapa dan warga SK Kantan Permai.

Promosi untuk Kelab Bakat:Kesenian Muzik sedang diadakan. Kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak seawal 7 tahun bagi menghadiri kelas Keyboard dan Ukelele(berbayar), boleh la scan qr code seperti yang di iklankan.
Sebarang maklumat lanjut boleh lah di ajukan di dalam group tersebut.
Kelas diadakan setiap Sabtu. Bagi anak-anak yang terlibat dengan kokurikulum(Sabtu) perlu hadir seperti biasa dan di beri pengecualian semasa kelas tersebut diadakan.

Jom.. Ramai-ramai sertai kelas ini... Murid-murid akan di beri keutamaan untuk membuat persembahan di sekolah semasa majlis di adakan.

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

26 Sep, 03:23


Messages in this channel will no longer be automatically deleted

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

26 Sep, 03:23


Messages in this channel will be automatically deleted after 1 month

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

12 Sep, 13:46


Apakah perbezaan MPOX, Chickenpox dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?

Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.

Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.

#MalaysiaSihat

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

11 Sep, 14:59


PENJAJARAN KURIKULUM MATA PELAJARAN SEKOLAH RENDAH

1. Pengurangan Kepadatan Kurikulum:
Sehingga 50% pengurangan kepadatan untuk mata pelajaran Matematik dan Sains.

2. Mata Pelajaran yang Terlibat:
Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (Tahap 1).

3. Penambahbaikan Utama:
Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dipermudahkan dan mesra ibu bapa.
Pelaporan keputusan ujian dalam bentuk peratus dan gred.
Akses pelaporan secara dalam talian untuk ibu bapa.

4. Latihan Guru:
Webinar bersiri untuk guru mengenai penjajaran kurikulum.

MALAYSIA MENDIDIK
Pendidikan Untuk Perubahan

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

11 Sep, 11:15


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

VIRTUAL GREEN CAMP 2.0 PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh: 10 -11 September 2024
Masa: 2:00 - 4:00 petang
Medium: Secara Dalam Talian

🌡Syukur alhamdulillah semua 20 orang peserta SKKP telah berjaya menyelesaikan tugasan dalam Virture Green Nature Camp 2.0 Peringkat Kebangsaan.

🌡Tahniah diucapkan kepada semua murid yang mengambil bahagian khususnya kepada MIRZA BIN NAZMI (4 Dahlia) yang mendapat tempat ke-4 Rahsia Khazanah Banjaran Crocker Kategori Tahun 4 (Lelaki).

🌡Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Ameera Sabeela yang telah mengurus dan membimbing murid² dalam pertandingan ini dari mula hingga tamat.

🌡Juga tidak dilupakan ucapan terima kasih buat barisan pentadbir, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan program ini.

#SKKPFlyHigh
#UnitKokurikulum

Saya yang menjalankan amanah,
Aziyah binti Ahmad
PK Kokurikulum

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

11 Sep, 08:40


Assalamualaikum,
Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam SKKP Fly High

Ibu bapa/penjaga murid
SK Kantan Permai

KUTIPAN DERMA BAGI MURID KEMATIAN AYAH

Dimaklumkan bahawa pada 7 September 2024, seorang murid SK Kantan Permai telah kehilangan ayah tercinta kerana serangan jantung.

🌺Murid terlibat adalah
Mohd Nazirul Bin Mohd Zaidi ( 5 Mawar )


Sehubungan itu, Unit Bantuan dan Kebajikan Murid, ingin memohon jasa baik ibu bapa/ penjaga sekiranya sudi menghulurkan sumbangan kepada murid tersebut.

Semoga dengan sumbangan ikhlas yang diberikan dapat meringankan sedikit beban keluarga mereka.

βœ…Kutipan sumbangan ini akan diadakan pada hari Jumaat 13 September 2024.

βœ…1.Cara membuat sumbangan adalah berupa wang tunai dan diserahkan melalui anak-anak tuan/puan kepada guru kelas masing-masing / Tabung Hari Jumaat.

Atau

2. Melalui akaun PIBG (Rujuk Poster)

Kerjasama dan sumbangan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


AMIZAH BINTI TALIB
PK HEM
SK Kantan Permai

#SKKPFLYHIGH
#UNITHEM
#UnitBantuandanKebajikanMurid

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

06 Sep, 21:29


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

πŸ”–Berdasarkan Surat Siaran KPM Bil.9 Tahun 2024 : PELAKSANAAN SURAT AKUAN IBU BAPA/PENJAGA UNTUK KEBENARAN RAKAMAN GAMBAR/VIDEO/AUDIO MURID SERTA MEMUAT NAIK KE LAMAN MEDIA SOSIAL BAGI PROGRAM ANJURAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, pihak sekolah perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk memuat naik rakaman gambar / video / audio ke laman media sosial melalui Borang Akuan Kebenaran.

πŸ”–Sehubungan itu, Borang Akuan Kebenaran Ibu Bapa /Penjaga akan diedarkan kepada murid-murid pada hari Isnin, 9/9/2024.

πŸ”–Tiada sebarang paksaan dari pihak KPM untuk tuan/puan membenarkan / tidak membenarkan.

πŸ”–Tuan/Puan perlu menghantar semula borang akuan yang telah lengkap diisi kepada guru kelas anak tuan/puan selewat-lewatnya pada hari Rabu, 11/9/2024.

πŸ”–Borang akuan ini sah digunakan dalam tahun semasa sahaja dan perlu mengisi semula pada tahun berikutnya.

Harap maklum dan terima kasih.

Saya Yang Menjalankan Amanah,
Nur Syahidah Aisyah Somchit
Guru Besar SKKP

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

28 Aug, 11:34


Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa berkualiti SK Kantan Permai,

Untuk makluman semua, pihak sekolah tidak menghalang anak2 untuk memakai apa busana pun pada hari Jumaat ini. Asalkan memeriahkan suasana, menyuntik semangat patriotik anak2 dan tidak melanggar protokol pemakaian Jalur Gemilang.

GB Ecah🩷

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

23 Aug, 04:31


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kehadiran ibu bapa dan penjaga untuk kehadiran Hari Bicara Akademik dan Showcase PBD.

Waktu pengoperasian pejabat pada hari ini seperti berikut :

12.15 tengah hari hingga 2.45 petang waktu rehat.

2.45 petang hingga 4.00 petang sahaja operasi dipejabat sekolah pada hari ini.

Terima kasih.

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

23 Aug, 00:37


Showcase PBD.

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

22 Aug, 11:10


πŸ„Assalamualaikum wbt... Ibu bapa yang dirahmati Allah.

JOM MINUM SUSU & SIHAT

Tarikh : 23/08/24
Hari : JUMAAT
Masa : 8.00 pagi-12.00 tgh hari
Tempat : SK KANTAN PERMAI

TIADA SEBARANG PAKSAAN UNTUK MEMBELI

Harap maklum .

πŸ„Terima kasih.

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

22 Aug, 10:40


Anak-anak tahun 1,2 & 3 hadir ke sekolah di sesi pagi ye.. Sblm 7.20 pagi. Mohon ibu bapa utk tidak meletakkan kenderaan di petak van sekolah.

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

22 Aug, 10:37


Plan lokasi untuk perjumpaan ibu bapa bersama guru kelas.

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

22 Aug, 10:36


Makluman kepada ibu bapa dan penjaga murid Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6. Di jemput hadir.

Terima kasih.