PENGHANTARAN SURAT PENEMPATAN TAHUN 1 KE SK BUKIT SENTOSA BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026.
Dari rekod penghantaran masih ada ibu bapa/penjaga murid yg telah diluluskan permohonan penempatan ke Tahun 1 sesi akademik 2025/2026 di SK Bukit Sentosa masih belum menghantar surat pengesahan penempatan.
Mohon jasa baik ibu bapa/penjaga yg diluluskan penempatan ini segerakan penghantaran dan jika ada rancangan perubahan penempatan mohon memberi justifikasi perkara ini kpd pihak sekolah.
Pihak sekolah amat mengambil berat bagi mempastikan kerusi & meja untuk kelas Tahun 1 adalah mencukupi bagi sesi 2025/2026.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dgn ucapan terima kasih.
Unit Hal Ehwal Murid SK BUKIT SENTOSA. #skbsthebest
PENEMPATAN MURID TAHUN 1 KE SK BUKIT SENTOSA BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026.
Ibubapa yang setuju penempatan anak tahun 1 bagi sesi akademik 2025/2026 perlu cetak surat penempatan.
Surat penempatan ini perlu dihantar ke sekolah. Surat penempatan yg dihantar hanya perlu dimasukkan sahaja dalam kotak yg disediakan di pondok keselamatan sekolah.
Seterusnya sekolah akan membuat pengesahan berdasarkan penghantaran surat penempatan tersebut.
Ibubapa yg ingin buat rayuan boleh klik pada butang rayuan.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dgn ucapan terima kasih.
Unit Hal Ehwal Murid SK BUKIT SENTOSA. #skbsthebest
INFO TERKINI SKBS
12 Sep, 20:53
3,715
Assalamualaikum dan salam sejahtera mohon sebarkan pesanan daripada KPPD Hjh Sarina ke group group2 kelas. terima kasih
INFO TERKINI SKBS
12 Sep, 20:52
2,130
لسَّلاَمُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Salam Sejahtera dan Selamat Hormat.
KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI RISIKO JANGKITAN MPOX DI MALAYSIA. (KPM DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Istilah yang digunakan penyakit mpox (sebelum ini monkeypox). Pada tahun 2024, sehingga 25 Ogos 2024 sebanyak 31 kes yang disyaki mpox telah dinotifikasi ke pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan tiada kes yang disahkan mpox.
Malaysia berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan mpox kerana WHO tidak mengeluarkan sebarang syor berkaitan sekatan perjalanan dan perdagangan negara terlibat. Terdapat kemasukan pengembara (warganegara dan bukan warganegara) dari negara endemik dan yang melaporkan kes mpox dalam kalangan manusia. Terdapat kemungkinan pengembara yang telah dijangkiti tetapi melepasi survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara.
Bersama- sama hebahan ini disertakan sebaran info kesihatan berkaitan mpox kepada ibu bapa dan murid.
Selamat bercuti dan selalu menekankan kepentingan amalan kebersihan.
Terima kasih.
HEM SKBS #SekolahkuSejahtera #skbsthebest
INFO TERKINI SKBS
12 Jul, 11:15
3,927
Penyuraian balik KBS siri 1
12: 00 tgh: Tahun 1 & 2
12: 10 tgh: Tahun 3 & 4
12: 20 tgh: Tahun 5 & 6
💠 Diharap ibu bapa dapat menguruskan pengangkutan anak masing² 💠 Pintu depan dan belakang akan dibuka.
~ Terima kasih ~
INFO TERKINI SKBS
01 May, 11:39
4,789
Assalamualikum WBT dan selamat sejahtera,
Tuan/Puan,
*Pendaftaran Kemasukan Kanak-Kanak Ke Tahun 1 Tahun 2025 akan dibuka mulai 2 Mei hingga 30 Jun 2024.
*Mulai tahun ini juga ibu bapa/penjaga diminta untuk membuat dua salinan borang perakuan sekolah dan membawa kedua-dua salinan tersebut ke sekolah pertama yang dimohon untuk pihak sekolah cop TERIMA dan cop tarikh penerimaan. Satu salinan akan diserahkan kepada pihak sekolah manakala satu salinan lagi untuk simpanan ibu bapa/penjaga.*
Sekian, terima kasih.
INFO TERKINI SKBS
01 May, 11:33
4,041
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
💻📩𝐏endaftaran Kemasukan Kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025
📢🔊 Makluman pendaftaran murid Tahun 1 2025
➡️ Pendaftaran secara dalam talian ➡️ W𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 ➡️ Kanak-kanak yang lahir dari 𝟐 Januari 𝟐𝟎𝟏𝟖 - 𝟏 𝐉anuari 𝟐𝟎𝟏𝟗 ➡️ Pendaftaran awal dalam talian bermula pada 2 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024 ➡️ Keputusan permohonan awal boleh disemak pada 1 Oktober 2024 ➡️ Ibu bapa/penjaga tidak digalakkan menggunakan 📱 telefon bimbit untuk urusan permohonan dalam talian ➡️ Ibu bapa/penjaga perlu simpan dan ingat kata laluan dan email yang digunakan untuk log in idme ➡️ Sila pastikan idme ibu bapa/penjaga lengkap dikemaskini pada ruangan Pengurusan profil (Maklumat peribadi maklumat alamat ibu bapa/ maklumat anak jagaan) sebelum menekan butang permohonan kemasukan ➡️ Ibu bapa/penjaga perlu pastikan maklumat anak tanggungan lengkap dan betul untuk mengelak berlaku masalah penempatan ➡️ Semak semula permohonan yang diisi & sila pastikan maklumat permohonan betul dan tepat sebelum menghantar permohonan dalam talian ➡️ Setelah menghantar permohonan dalam talian ibu bapa/penjaga perlu cetak 🖨️ 2 salinan borang perakuan sekolah dan membawa kedua-dua salinan tersebut ke sekolah yang dimohon untuk pihak sekolah cop TERIMA dan juga cop tarikh penerimaan. ➡️ Satu salinan akan diserahkan untuk pengesahan dan semakan pihak sekolah manakala satu salinan lagi untuk simpanan ibu bapa/penjaga. ➡️ Sekiranya ibu bapa /penjaga berpindah ketika dalam proses permohonan (sudah menghantar online dan borang permohonan ke sekolah yang dimohon) perlu maklum kepada sekolah dengan segera. ➡️ Ibu bapa/penjaga perlu menggunakan alamat tempat tinggal yang betul dan benar-benar tinggal di kawasan tersebut untuk penempatan sekolah
💻🔊 Pendaftaran permohonan melalui 𝐌𝐨𝐝𝐮𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦, 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐩𝐚𝐝𝐮 𝐊𝐏𝐌 (𝐌𝐎𝐄𝐈𝐒) di laman sesawang (https://idme.moe.gov.my)
Sekian harap maklum Terima kasih.
INFO TERKINI SKBS
01 May, 11:33
2,859
Assalammualaikum Salam sejahtera Panduan pendaftaran Tahun 1 sesi 2025/2026 utk panduan tuan puan..terima kasih