•Kelahiran .
•Dibesarkan Bani Saad usia 1 hingga 4 Tahun.
•Dikembalikan kepada ibunya Usia 4 hingga 6 Tahun.
•Tinggal bersama atuknya Usia 6 hingga 8 Tahun•
•Tinggal bersama Bapa saudaranya usia 8 hingga 25 Tahun.
•Baginda menjadi perantaraan untuk menamatkan kemarau yg panjang Usia 10 Tahun.
•Berdagang bersama Bapa Saudaranya ke syam dan bertemu dengan Pendeta Nasrani/Kristian yg bernama Bahira/Buhaira usia 12 Tahun.
•Dibawa untuk ditilik nasib Usia 12 Tahun.
•Peperangan pertama iaitu perang Fijir berusia 15 Tahun.
•Ikut serta dalam perjanjian Hilful Fudhul usia 19 Tahun.
•Mendapatkan gelaran Al-Amin ketika berusia 21 Tahun.
•Mula memperdagangkan barang² daripada Khadijah di usia 24 tahun.
•Berkahwin dengan Khadijah Bt khuwailid iaitu seorang janda anak 4 ketika berusia 25 Tahun.
•Mendapatkan cahaya mata pertama yg bernama Qasim pada Usia 27 tahun.
•Mendapatkan cahaya mata ke-2 bernama Zainab usia 28 Tahun.
•Kematian Qasim pada usia 29 Tahun.
•Mendapatkan cahaya mata yg bernama Ruqayah pada Usia 33 tahun.
•Mendapatkan cahaya mata yg bernama Ummu Kalsum pada Usia 34 tahun.
•Peristiwa kaabah runtuh pada usia 35 Tahun.
•Mula menyendiri/Healing di luar kota Mekkah.
•Mengambil Ali Bin Abi Talib tinggal bersama Nya dan khadijah di usia 38 tahun.
•Diangkat menjadi Rasul pada peristiwa Gua Hira' di Usia 40 Tahun.
•Dibawa oleh Khadijah untuk menemui sepupunya iaitu Waraqah ibn Naufal di Usia 40 tahun.
•Wahyu terhenti selama 2 bulan di usia 40 tahun.
•Wahyu ke-2 yg memerintahkan Nabi mula menyebarkan islam pada Usia 40 tahun.
•Islamnya seluruh penghuni rumah Nabi pada usia 40 tahun.
•Abu Bakar menyebarkan dakwah islam ketika Nabi berusia 40 tahun.
•Mendapatkan cahaya mata yg bernama Abdullah pada usia 41 Tahun.
•Nabi memulakan dakwah secara terbuka namun ditolak oleh kaum Quraisy pada peristiwa di bukit Safa di usia 41 Tahun.
•Nabi menyebarkan dakwah kepada keluarganya di usia 41 Tahun.
•Pertemuan Quraisy dengan Abi Talib demi menghentikan dakwah Nabi Muhammad ketika baginda berusia 41 Tahun.
•Seksaan dan penindasaan Quraisy mula berlaku ke atas Nabi dan Muslimin pada Usia 42 Tahun.
•Rumah Arqam Bin Abi Arqam menjadi basement dakwah pada usia 42 Tahun.
•Nabi mengutuskan umat islam yg ditindas hijrah ke Habsyah di usia 42 tahun.
•Orang Quraisy memberikan ancaman kepada Abi Talib pada Usia Baginda 42 tahun.
•Quraisy mahu menukarkan Baginda dengan pemuda lain kepada Abi Talib ketika Baginda berusia 42 tahun.
•Debat Mughirah Al-Makhzumi (Ayah khalid) dengan Baginda di usia 43 Tahun.
•Kematian Abdullah bin Muhammad ketika Baginda berusia 43 Tahun.
•Hamzah memeluk islam pada usia Baginda 43 tahun.
•Umar Ibnu Khattab memeluk agama islam ketika baginda berusia 44 Tahun.
•Kelahiran cahaya mata iaitu Fatimah pada usia Baginda 45 tahun.
•Wakil Quraisy bertemu dengan Nabi pada usia 46 tahun.
•Abi Talib mengumpulkan seluruh Bani Hasyim demi mempertahankan Nabi pada Usia Baginda 46 Tahun.
•Pemboikotan Quraisy terhadap Nabi + Muslimin + kerabat Nabi ketika Baginda berusia 47 Tahun dan berakhir ketika baginda berusia 50 tahun.
•Peristiwa Bulan dibelah ketika Baginda berusia 48 Tahun.
•Kematian Abi Talib dan Khadijah Di peristiwa Tahun kesedihan pada Usia 50 tahun.
•Perkahwinan Nabi dengan Saudah Bt Zam'ah pada usia Baginda 51 Tahun.
•Nabi berdakwah di Toif bersama Zaid Bin Haritshah pada usia Baginda 51 tahun.
•Nabi mendakwahi islam kepada Jin Nusaibin pada usia Baginda 51 Tahun.
•Peristiwa Isra' Wal Mikraj Usia Baginda 51 Tahun.
•Kedatangan beberapa pemuda Madinah ke kota Mekkah untuk Haji namun diperkenalkan islam kepada mereka oleh Nabi MUhammad namun ditolak dengan baik pada usia Baginda 51 tahun.
•Perkahwinan Nabi dengan Aisyah Bt Abu Bakar (Namun tak duduk skali.. Aisyah duduk skali dengan Nabi lepas akhir baligh 2 Hijrah) pada usia Baginda 52 Tahun.
•Kedatangan 12 orang penduduk Madinah pada musim haji ke Mekkah namum niat utama mereka mahu memeluk agama islam (Peristiwa Aqobah-1) pada usia Nabi 52 tahun.