Share Dakwah @sharesdakwah Channel on Telegram

Share Dakwah

@sharesdakwah


Channel Share Hadis, Ayat Suci, Zikir, Doa & Ceramah..

Share Dakwah (Indonesian)

Selamat datang di channel Telegram 'Share Dakwah' atau @sharesdakwah! Channel ini didedikasikan untuk berbagi informasi seputar hadis, ayat suci, zikir, doa, dan ceramah agama Islam. Dengan bergabung di channel ini, Anda akan mendapatkan akses langsung ke konten-konten berkualitas yang dapat memperdalam pemahaman Anda tentang ajaran Islam

Siapa yang dapat bergabung di channel ini? Channel 'Share Dakwah' terbuka untuk siapa pun yang tertarik dalam memperluas pengetahuan dan memperdalam spiritualitas mereka melalui ayat-ayat suci, hadis-hadis, zikir, doa, dan ceramah agama. Dengan menyediakan beragam konten Islami, channel ini memiliki tujuan untuk memperkuat iman umat Muslim dan memperluas dakwah agama Islam ke seluruh dunia

Apa yang ditawarkan oleh channel ini? 'Share Dakwah' menyediakan berbagai informasi yang dapat membantu memperkaya pemahaman Anda tentang Islam. Dari hadis-hadis Rasulullah, ayat-ayat suci Al-Qur'an, zikir-zikir penghilang stres, doa-doa yang dianjurkan, hingga ceramah-ceramah yang memotivasi dan memberikan pandangan baru tentang kehidupan. Dengan mengikuti channel ini, Anda akan mendapatkan inspirasi, motivasi, dan pengetahuan baru setiap harinya

Jadi, jangan lewatkan kesempatan untuk bergabung di channel 'Share Dakwah' dan mulailah perjalanan spiritual Anda. Segera klik tautan @sharesdakwah dan bergabunglah dengan komunitas Islami yang bertujuan untuk berbagi kebaikan dan menyebarluaskan dakwah agama Islam. Mari bersama-sama memperkuat iman dan meningkatkan keberkahan hidup kita. Terima kasih telah bergabung dan selamat menikmati konten-konten bermanfaat dari channel 'Share Dakwah'!

Share Dakwah

06 Jan, 19:42


Susah nak jadi baik

Share Dakwah

04 Jan, 20:17


Hukum berhutang tidak mahu bayar

Share Dakwah

03 Jan, 22:35


Justeru itu seorang muslim perlu bijaksana membuat keputusan dalam hidupnya agar mengamalkan sesuatu yang yang memberi faedah sahaja.

Amat baik seorang muslim meninggalkan perkara yang membuang waktu dan tiada kaitan dengan tujuan manusia diciptakan iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Setiap amalan akan dihisab di hadapan Allah Subhanahuwata’ala nanti.

Firman-Nya:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri mereka kepada-Ku

(Az-Zariyat : 56)

Firman-Nya lagi:

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ ٧  وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ ٨

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.

(Az-Zalzalah :7-8)

"wallahu a’lam bish-shawab"
( (والله أعلمُ بالـصـواب) “Dan Allah Mahatahu yang benar/yang sebenarnya”.

★ Semoga bermanfaat★

★★Aamiin Allahumma Aamiin★★

▲ Mohon maaf bila ada kekurangan atau ada kata yang tak berkenan di hati▲

*Jazakumullahu khairan wa barakallahu fikum

Share Dakwah

03 Jan, 22:35


~"Bismillaahir Rahmaanir Rahiim"~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
================================
MENJAUHI PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH
================================

Hadits: Menjauhi Perkara Yang Tidak Berfaedah

(Hadits kedua belas daripada Himpunan Hadits Arba’in susunan Imam Nawawi)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ  :“مِنْ حُسْنِ إسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ”.

(حديث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا)

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu‘anhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam: “Di antara keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya.”

(Hadits hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan yang lainnya)

Maksud kalimah

مِنْ حُسْنِ إسْلَامِ الْمَرْءِ :

Diantara keelokan Islam seseorang.

Maksudnya: di antara keelokan dan kelengkapan Islam seseorang dan tanda-tanda kebenaran imannya.

Perkataan ‘seseorang (الْمَرْء)’ bermaksud manusia sama ada lelaki ataupun perempuan.

مَا لَا يَعْنِيهِ : Sesuatu yang tidak berkaitan dengannya. Maksudnya: Perkataan atau perbuatan yang tidak berkenaan dengannya sama ada daripada urusan din (agama) ataupun urusan keduniaan.

Keterangan hadits
Antara tanda-tanda keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan amalan yang sia-sia.

Misalnya menjaga lidah daripada perkataan yang sia-sia, sepertimana peringatan Allah Subhanahuwata’ala:

مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ ١٨

Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

(Qaf : 18)
Antara langkah untuk meninggalkan perkara yang sia-sia ialah tidak mengikut runtunan hawa nafsu.
Salah faham terhadap hadits ini menyebabkan sesetengah orang meninggalkan perkara yang wajib atau yang sunat atas sangkaan perkara-perkara tersebut tidak ada kaitan dengannya.

Pengajaran hadits
Seseorang mukmin dikira elok, indah dan tinggi akhlaknya apabila beliau hanya melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Antara perkara yang tidak berfaedah ialah bercakap kosong, berhibur dengan hiburan yang melalaikan, duduk-duduk di jalan, bertandang ke rumah orang hanya untuk berbual-bual kosong tanpa niat ziarah atau tanpa ada suatu kepentingan dan suka mengambil tahu perkara-perkara yang tiada kaitan dengan dirinya.

Islam sangat mengambil berat keselamatan individu.

Hak seseorang individu perlu dihormati dan tidak diganggu oleh pihak yang tidak berkenaan.

Islam menggalakkan suasana saling hormat menghormati dan saling memuliakan.

Antara sebab yang merosakkan masyarakat ialah ’campur tangan’ sebahagian manusia terhadap urusan orang lain, khususnya dalam perkara yang tiada kaitan dengan mereka.

Setiap muslim adalah bertanggungjawab terhadap semua amalan yang dilakukan, terhadap setiap saat yang dihabiskan dan terhadap setiap kalimah yang dituturkan.

Justeru itu ia hendaklah membataskan dirinya dengan sesuatu yang berfaedah sahaja.

Imam Tirmizi telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik Rahimahullah katanya: ”Seorang sahabat Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah meninggal dunia, lalu seorang lelaki berkata: Bergembiralah dengan syurga.” Maka Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda (yang bermaksud): ”Apakah engkau mengetahui, mungkin dia telah berbicara pada sesuatu yang tidak berkaitan dengannya atau dia bakhil dengan sesuatu yang tidak membawa kekurangan kepadanya.”
Hati yang sentiasa sibuk dengan Allah Subhanahuwata’ala, tidak akan memperdulikan urusan orang lain yang tidak berkenaan dengan dirinya.

Maksud sibuk dengan Allah Subhanahuwata’ala ialah melakukan kerja-kerja yang Allah Subhanahuwata’ala redhai seperti beribadah, menuntut ilmu bermanfaat, menolong saudara muslim dan berda’wah kepada manusia lain.

Kehidupan di dunia masa kini terlalu banyak perkara yang sia-sia, seperti yang berkaitan dengan hiburan nyanyian, televisyen, komputer, kemudahan telefon bimbit dan sebagainya, yang tdk di gunakan dng hal-hal yg bermanfaat ,

Share Dakwah

02 Jan, 20:11


~"Bismillaahir Rahmaanir Rahiim"~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
================================
TAUBAT CARA BERSIHKAN JIWA SUCIKAN HATI
================================

KEBERSIHAN batin penting bagi umat Islam bagi menjadikan dirinya insan yang bertakwa kepada Allah. Ia dilakukan dengan membersihkan jiwa daripada kesan dosa dan perbuatan maksiat iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati daripada akhlak tercela.


Rasulullah bersabda maksudnya: *Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman. Untuk membersihkan hati, kita perlulah menjauhi segala penyakit-penyakit hati.* (Hadis riwayat al-Iman Muslim)

Jelas bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat terpuji.

Antara penyakit hati yang keji itu ialah berperasaan hasad dengki, sifat riak, ujub, takbur, terlalu banyak cakap, terlalu banyak makan, pemarah, bakhil dan kasihkan dunia.

Dalam hal ini juga Allah mengingatkan manusia terhadap musuh dalam diri mereka yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan.

Firman-Nya bermaksud: *Dan aku tidak membebaskan diriku (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu
itu terlalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.* (Surah Yusuf, ayat 53)

Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia.

Jika hati sudah dikuasai dan ditawan oleh syaitan, maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah dan rasul-Nya. Mereka dengan mudah mengikut telunjuk dan kehendak nafsu syaitan.

Nafsu syaitan mahu mencorakkan hati manusia dengan sifat tercela atau mazmumah.

Apabila sifat ini berputik dan bertapak pada hati manusia, maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa saja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit hati.

Oleh itu, umat Islam hendaklah menguatkan iman mereka bagi melawan serangan nafsu dan kehendak syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk menderhakai Allah.

Nafsu tidak tidur atau lena untuk membuatkan kita sentiasa lalai dan leka.

Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit hati melainkan yang ditunjukkan oleh al-Quran dan sunnah.

Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah.


Jika penyakit itu melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah.


Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab itu.


Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, reda dan cinta terhadapnya.

Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua hal kehidupan.

Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh terlepas daripada keputusan Allah. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan.

Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah dan mentauhidkan-Nya.

Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudaratkan.

Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa. Thabit bin Qurrah berkata:

*Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa.

Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan.

*Justeru, dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan, tetapi tetap melemahkan badan).

Share Dakwah

02 Jan, 20:11


*Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

* Abdullah bin Mubarak berkata:

*Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi
kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.*

★ Semoga bermanfaat★

★★Aamiin Allahumma Aamiin★★

▲ Mohon maaf bila ada kekurangan atau ada kata yang tak berkenan di hati▲

*Jazakumullahu khairan wa barakallahu fikum

Share Dakwah

01 Jan, 20:27


Kau tahu, 2024 ni, kalau nak cerita, penuh dengan pengajaran untuk umat Islam. Dunia bergolak, umat berpecah, dan kita sering lupa nak tengok balik kompas kehidupan kita mengikut Al-Quran.

Ironinya, tahun baru 2025 kali ni bermula tepat pada 1 Rejab, bulan haram yang Allah muliakan. Kau rasa kebetulan ke?

Abang tak rasa macam tu.
Allah ni Maha Perancang.

Kalau kita nak faham, ini sebenarnya satu seruan dik, untuk kita berhenti sejenak, muhasabah dan fikir balik apa hala tuju hidup kita.

Rejab ni bukan sekadar bulan dalam kalendar Islam. Dalam sejarah, ia bulan persediaan. Bulan yang Rasulullah dan para sahabat gunakan untuk “pemanasan” sebelum Ramadan.

Kalau kau nak tahu, Rejab ni ibarat Allah suruh kita “slow down” kejap, muhasabah diri dan mula reset hidup.

Allah mention dalam Al-Quran, “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam kitab Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi; di antaranya empat bulan haram.” (At-Taubah: 36).

Rejab adalah salah satu daripadanya.

Dalam bulan ni, Allah tuntut kita untuk lebih berhati-hati dengan dosa dan lebih bersungguh-sungguh dalam kebaikan. Tapi semua tu perlukan AZAM YANG KUAT.

Kau tahu apa maksud azam dalam Islam?

Bukan sekadar buat list “nak kurus” atau “nak kaya”. Azam adalah tekad yang terikat dengan niat kerana Allah. Rasulullah dah pesan, “Setiap amal itu bergantung pada niat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Azam ni kau tak ukur dengan kata-kata. Kau ukur dengan perubahan tindakan.

Cuba tengok hidup kau sepanjang 2024.
Apa yang kau dah buat?

Adakah Al-Quran jadi peta kau atau kau sesat ikut jalan yang dunia lukis untuk kau?

Sebab itu Nabi pesan, “Yang terbaik di kalangan kamu ialah yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini.”

Dik, Allah turunkan Al-Quran bukan untuk dibaca waktu tadarus Ramadan je. Tapi sebagai peta. Satu-satunya panduan yang boleh selamatkan kita dari jalan yang bengkang-bengkok.

Al-Quran ni ibarat GPS.
Kalau kau tak guna, kau takkan sampai ke destinasi.

Allah dah pesan, “Dan sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku (Al-Quran), maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit…” (Taha: 124).

2024 banyak ajar kita tentang pentingnya berpegang pada Al-Quran. Kau tengok isu umat Islam, perpecahan, ketidakadilan dan sebagainya. Semua ni sebab kita jauh dari Quran.

Kita lebih percaya cakap manusia dari wahyu Allah.
(Sigh!)

Sempena 1 Rejab jatuh pada 1 Januari.
Dua permulaan besar dalam satu hari.

Apa maknanya?
Maknanya Allah beri kita peluang untuk reset dua kali ganda.

Dalam Rejab ni, kau mulakan dengan membersihkan hati. Buang rasa dengki, benci dan dendam. Rejab adalah simbol “turning point” kau. Kalau tahun ni kau rasa hilang arah, inilah masanya untuk kau letakkan balik Quran sebagai imam hidup kau.

Pesan Abang untuk kau.

Kau jangan tunggu orang lain berubah.
Kau sendiri kena mula dulu. Azam kau tak perlu besar, tapi biar jelas. Contohnya:

1. Setiap pagi, baca Al-Quran walau satu ayat dan renungkan maknanya.

2. Solat awal waktu, sebab itu janji kau dengan Allah.

3. Buat satu kebaikan kecil setiap hari untuk keluarga atau orang sekeliling kau.

Hidup ni pendek, dik. Rasulullah ajar kita untuk selalu bermuhasabah sebelum ajal datang menjemput.

Sabda baginda, “Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa menghisab dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Jadi 2025 ni, kau jangan sekadar sibuk buat “new year resolution”.

Jadikan Rejab ni masa untuk kau betulkan arah. Buat azam yang Allah reda. Hidupkan rumah kau dengan Al-Quran, dengan solat berjemaah, dengan doa yang kau ajar anak-anak untuk sebut setiap pagi. Sebab akhirnya, yang kau tinggalkan adalah amal kau, bukan nama kau.

Kau masih ada masa untuk kembali pada Allah.

Rejab ni pintu taubat terbuka luas.
Jangan tunggu Ramadan untuk mula berubah.

Semoga langkah kau diberkati. Selamat melangkah ke 2025 dengan hati yang baru.

.
.
Shauqi Hasan
Mutawif Rare, Madinah.

Share Dakwah

31 Dec, 13:54


Nasihat malam tahun baru

Share Dakwah

25 Dec, 12:37


Allahuakbar mintak kita smua dijauhkan drpd fitnah2 🤲🏻😢

Share Dakwah

15 Dec, 16:53


Ajarkan anak-anak mu dengan 3 perkara ni:

1. Mencintai NABI (hidupkan cara NABI , mengikuti SUNNAH, ajar mereka pegang tasbih untuk sentiasa BERSELAWAT)

2. Mencintai Ahli Keluarga NABI (banyak cerita kepada mereka tenatang sirah2 NABI , keluarga NABI dan para SAHABAT)

3. Mencintai dan suka baca Al QURAN

Share Dakwah

13 Dec, 16:43


📌Tazkirah Ringkas.

📑 JIKA KAMU KASIH KEPADA ALLAH, MAKA IKUTILAH NABI

Firman Allah SWT :

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِی یُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَیَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورࣱ رَّحِیمࣱ

[Surah Āli-ʿImrān: 31]
Terjemahan:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Share Dakwah

02 Jul, 09:53


"Kau tidak akan pernah menemukan cinta sejati sampai kau belajar mencintai Allah terlebih dahulu."

─  Boona Mohammed

Share Dakwah

30 Jun, 12:22


Jenis-jenis zina

Share Dakwah

29 Jun, 15:19


وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلً


Artinya: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).

Share Dakwah

28 Jun, 13:42


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ

Solat lah walau sesibuk apapun dan jangan terjebak dengan kesibukan dunia, Sebab neraka saqar begitu terbuka kepada orang-orang yang meninggalkan solat.

"Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab, Dahulu kami tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat."

(QS Al-Muddatstsir: 42-43)

Share Dakwah

28 Jun, 10:51


Kelebihan solat pada awal waktu:

1. Hati menjadi tenang.
2. Masa rasa panjang kerana barakah.
3. Disiplin diri.
4. Pahala lebih banyak daripada orang yang lewat solat.

Share Dakwah

28 Jun, 02:49


𝗗𝗢𝗔 𝗤𝗨𝗡𝗨𝗧 𝗡𝗔𝗭𝗜𝗟𝗔𝗛

اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

“Wahai Tuhan kami yang menurunkan Kitab, menggerakkan awan dan menghancurkan pasukan bersekutu, hancurkanlah mereka dan bantulah kami mengalahkan mereka.” (HR Muslim)

Share Dakwah

27 Jun, 15:34


۞ جَزَى اللهُ عَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ ۞

Jazallahu 'anna Sayyidana Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallama bima huwa ahluh

Share Dakwah

27 Jun, 11:28


Bersifat Tawaduk

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:

انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَإِنَّهُ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ

Maksudnya: "Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, itulah yang lebih baik supaya kamu tidak merendah-rendahkan nikmat Allah yang dikurniakan kepada kamu".

Riwayat at-Tirmizi (2513)

Share Dakwah

27 Jun, 05:46


❤️ Tips jatuh cinta dengan Al-Quran.

"Ustaz,  bagaimana untuk saya menjadi pecinta al-Quran? "

"Saya rasa susah untuk saya baca al-Quran walaupun satu muka sahaja sehari."

"Begini,  benda yang pertama sekali yang kamu harus buat adalah periksa hati kamu,  periksa niat kamu, apa yang kamu mahu saat kamu memegang al-Quran untuk dibaca."

"Ustaz nak tanya, adakah kamu sentiasa membaca doa dan niat sebelum membaca al-Quran?"

"Soalan ini kamu jawab dalam hati kamu. Kamu lebih mengetahuinya."

Tersentap!
Baru sedar kesilapan dimana.

Kemudian Ustaz berkongsi beberapa tips untuk menjadi pecinta al-Quran sehingga jatuh cinta dengan al-Quran :

1. Niat dan matlamat

Tetapkan matlamat yang hendak dicapai.  Buat jadual untuk membaca al-Quran. Cari planner yang membantu kita untuk kita tanda bacaan al-Quran setiap hari. Cara ini akan dapat meningkatkan motivasi untuk berdamping dengan al-Quran.

2. Pentingnya Suasana

Suasana al-Quran perlu diwujudkan dirumah atau dimana-mana sahaja kita berada. Carilah biah yang tenang dan selesa. Contohnya di rumah. Jika dirumah tidak membantu, boleh juga membacanya dimasjid. Caranya pergi awal ke masjid sebelum masuk waktu solat fardu. Buat target 30 minit sebelum solat fardu untuk membaca al-Quran. Untuk ibubapa pula adakan ruang yang biasa untuk ibu dan ayah duduk membaca al-Quran sehingga dapat menarik minat anak-anak untuk membaca al-Quran.

3. Perlu Ada Contoh Teladan

Jika kamu ada contoh teladan untuk berjaya dalam belajar dan juga kerjaya, kamu juga perlu ada teladan untuk menjadi sahabat al-Quran. Caranya adalah dengan meneladani guru-guru atau orang yang alim bidang Quran. Kamu perlu mencari, membaca dan mengkaji tentangnya supaya perasaan kita ingin tahu cara mereka cinta akan al-Quran itu makin bertambah.

4. Kaedah yang boleh dilazimkan

Pasangkan radio al-Quran dengan suara paling merdu. Pilih sheikh yang kita minati agar kita mampu mengikuti bacaannya apabila ayat-ayat al-Quran dialunkan. Kamu juga perlu memilih waktu yang tepat untuk adakan masa bersama al-Quran bersama keluarga contohnya antara maghrib dengan isyak.

Semoga bermanfaat!

Share Dakwah

26 Jun, 14:16


Rehatkan Hati Dengan Solat

Firman Allah SWT:

يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَوَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصبرين

Maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan dengan (mendirikan) solat, kerana sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar."

Surah al-Baqarah: Ayat 153

- Solat adalah luahan hati kita, percakapan kita dan pengharapan kita kepada Allah SWT.

- Oleh itu, jadikan solat kita sebagai healing terbaik dalam melupakan semua masalah.

Share Dakwah

26 Jun, 11:23


Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun meninggalkan solat taubat. Malah lebih 70 kali Baginda bertaubat pada setiap hari. Kita pula? Sudahlah solat lima waktu selalu dilambatkan. Bahkan juga sering sekali meninggalkan solat. Begini kah usaha kita untuk mendekati syurga jika sikap kita tidak ubah seperti ahli neraka.

Share Dakwah

26 Jun, 08:55


Dekat kubur nanti, siapa yang dapat teman kita? Adakah pacar kita? Ibu bapa? Ataupun saudara mara? Jika ada sila lampirkan di helaian Al-Qur'an mana yang mengatakan ianya ada.

Peneman kita di dalam kubur nanti tidak lain tidak bukan adalah Al-Qur'an, yang kita selalu tinggalkan di saat kita sibuk dengan dunia. Yang kita sering lupa dengan kehadirannya. Padahal, Al-Qur'an itulah yang akan menemani kita di saat kita tiada siapa-siapa.

Share Dakwah

26 Jun, 08:54


Dear perempuan, selama belum ada kepastian, jangan mencintai seseorang terlalu dalam. Jangan menyakiti dirimu dengan harapanmu sendiri, kerana kamu itu berharga.

Ibarat “berlian” kamu akan ditemukan oleh seseorang yang tidak biasa, jadi jangan kalah dengan perasaanmu sendiri.

— Naseehat

Share Dakwah

15 May, 09:48


Peristiwa Nakbah atau Hari Bencana adalah titik hitam dalam sejarah umat Islam apabila pada 14 Mei, pasukan bersenjata Zionis mengisytiharkan penubuhan Negara Israel lalu mencetuskan perang Arab-Israel yang pertama setelah mendapat sokongan Kerajaan British untuk mewujudkan negara Yahudi di Palestin.

Pasukan tentera Zionis (Haganah) telah mengusir sekurang-kurangnya 750,000 rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka dan menawan majoriti wilayah Palestin.

Maka tarikh 15 Mei dijadikan peringatan terhadap peristiwa hitam ini.

Teruskan menyumbang buat Gaza di:

Nama Bank: Maybank
Nombor Akaun: 550511620845
Nama Akaun: Cinta Syria 08