Rumah Pena Kayu @rumahpenakayu Channel on Telegram

Rumah Pena Kayu

@rumahpenakayu


Novel dan eBook

Rumah PENA KAYU (Indonesian)

Selamat datang di Rumah PENA KAYU! Channel Telegram ini adalah tempat yang tepat bagi pecinta novel dan eBook. Dengan username @rumahpenakayu, kami hadir untuk memberikan akses kepada Anda untuk menikmati berbagai macam karya sastra yang menginspirasi dan menghibur. Rumah PENA KAYU merupakan platform yang menyediakan berbagai jenis novel dan eBook dari berbagai genre, mulai dari romance, thriller, fantasi, hingga drama. Dengan bergabung di channel kami, Anda akan dapat menemukan kisah-kisah menarik yang siap memikat hati dan pikiran Anda. Siapa sebenarnya yang berada di balik Rumah PENA KAYU? Kami adalah tim yang terdiri dari pencinta sastra dan buku yang bersemangat untuk membagikan keindahan dunia sastra kepada semua orang. Kami selektif dalam memilih karya-karya yang kami bagikan, sehingga Anda dapat menikmati bacaan berkualitas di channel kami. Jadi, jika Anda mencari tempat untuk mendapatkan novel dan eBook terbaru, serta ingin bergabung dengan komunitas pecinta sastra yang seru, bergabunglah dengan Rumah PENA KAYU sekarang! Jangan lewatkan kesempatan untuk mengeksplorasi dunia sastra yang kaya dan mendapatkan inspirasi baru setiap harinya. Mari bergabung dan jadilah bagian dari komunitas sastra yang penuh semangat di Rumah PENA KAYU!

Rumah Pena Kayu

14 Jan, 05:38


“Awak future girlfriend saya. Normal kalau saya nak ambil tahu apa yang berlaku pada awak dan juga Renee.”

"Encik Miran, saya bukan future girlfriend Encik Miran. Saya ni cuma jiran Encik Miran. Takkan Encik Miran dah lupa apa Encik Miran beritahu kawan-kawan balai Encik Miran tu?”

Dia menangkap raut kepuasan Miran.

“Jadi awak tak puas hatilah ni saya kenalkan awak sebagai jiran depan kawan-kawan saya?”

Sepasang matanya dikecilkan.

“Saya tak ada masa nak layan soalan Encik Miran. Ikut suka hati Encik Miran nak fikir apa. Saya malas dah nak bantah.”

Mereka saling berbalas pandang. Sedikit pun dia tidak mengalihkan pandangan. Dia tidak mahu kalah hari ini.

"Renee kawan saya. Jadi…”

Humaira menaikkan tangannya meminta Miran berhenti berkata-kata.

“Encik Miran, Renee tu bukan kawan Encik Miran. Saya dah tanya Renee dan dia tak kenal Encik Miran.”

Tangan Humaira sudah terawang-awang ketika memberi penjelasan.

"Saya tak tahu apa muslihat Encik Miran. Saya tak tahu apa Encik Miran akan dapat dengan semua tipu daya ni. Tapi saya harap sangat Encik Miran berterus-terang. Kalau saya boleh tolong, saya akan tolong.”

“Saya dah beritahu awak sebelum ni, saya nak hati awak.”

Dia membalas pandangan mata Miran. Miran masih senang dengan pembohongannya. Kadang-kala dia mahu percayakan saja cakap Miran. Namun nalurinya selalu melarang.

“Boleh tak Encik Miran berhenti datang ke sini? Dan boleh tak Encik Miran berhenti jadi CIA yang tanya macam-macam soalan peribadi pada saya? Saya tak selesa. Saya lagi tak selesa bila Encik Miran tahu banyak tentang saya.”

“Saya selesa.”

Jelingannya singgah pada Miran. Sudahlah hatinya masih panas gara-gara Renee. Miran pula sekadar menuang petrol pada hatinya yang sudah sedia terbakar.

“You are a smug arrogant bast-“

Miran bingkas berdiri. Tubuhnya sengaja dibongkokkan. Kemudian dia menolak ke tepi Macbook Pro milik Humaira. Biar tidak ada lagi tembok yang menghalangnya untuk melihat Humaira secara dekat.

“Careful my dear, that’s no way to talk to a potential husband,” ujarnya perlahan dan sepatah-sepatah. Biar senang kata-katanya ditanamkan di dalam kepala Humaira.

Macam mana lepas baca teaser ni? Okey, kan? Haaa grab cepat eBook ROBIN HOOD ni. Harga Rm20# free eBook Saya Jack.

Iyer, dapat 2 eBook. Ready file pulak tu. Ni link wasap ya. Wasap sekarang. Min tunggu⤵️

https://rumahpk.wasap.my

Rumah Pena Kayu

14 Jan, 05:38


Eh, awak... citer Robin Hood ni bestlah! Tajuk memang tak romantik, tapi best citernya. Haa gitu bonda PK puji karya dia sendiri🤣 Dari tadi asyik teaser menyakitkan hati kan? Meh Min share yg buat hati berbunga

Rumah Pena Kayu

13 Jan, 09:53


“Saya balik dulu, Tuan Haji.”

Tuan Haji Ghadaffi tidak bersuara. Namun dari cara lelaki separuh abad itu membalas sorotan matanya, Miran tahu dia telah mendapat keizinan. Tenang langkahya meninggalkan bilik bacaan tersebut. Namun di muka pintu, dia bertembung dengan Humaira. Ditundukkan sedikit kepalanya sebelum kembali melangkah.

“Wait!”

Miran sudah berada di beranda rumah ketika suara Humaira sampai ke telinganya. Cukup deras ayunan langkah Humaira.

“Did someone ever told you how rude you were?”

Kening Miran naik sebelah. Dia tidak memahami apa yang sedang disampaikan oleh Humaira.

“Awak datang sebagai tetamu, don’t you think you should say something to the house’s owner?"

“Saya ke sini sebab ayah awak. Saya dah habis berbincang dengan dia.”

“I see. Jadi awak tak ada apa-apa nak cakap dengan saya?” Puas Humaira menahan suaranya supaya tidak keluar seperti jeritan.

“What do you want to hear, Humaira? Something nice?”

“Kejujuran awak, " sebutnya dengan berani.

Miran sekadar merenungnya sebelum merapatkan jurang di antara mereka berdua. Cukup untuk mematikan semua niatnya untuk bergaduh dengan lelaki tersebut. Dan ketika Miran membongkokkan tubuh supaya pandangan mereka sejajar, Humaira sudah dipaksa mengangkat bendera putih.

“Awak nakkan kejujuran saya, Humaira?” Terlalu sensual suara Miran yang sampai ke telinganya.

“Hurm?” desak Miran dengan caranya yang tersendiri.

“Ya.”

Miran memberinya senyuman. Senyuman yang begitu cepat terbentuk dan begitu cepat juga hapus dari bib:r Miran. Dia sudah pun merindui senyuman tersebut. Dia mahu melihatnya sekali lagi.

“Saya boleh berikan awak kejujuran, tapi saya bimbang awak meragui kejujuran saya.”

“Just say it the so called kejujuran yang awak sembunyikan sangat tu.”

“I love you,”  kata Miran.

eBook Robin Hood!
400+ ms
Ready file

Eh Miran ni, Humaira tengah marah selepas dapat tahu ditipu, dia cakap I love you pulak. Geramnya!

Jom baca eBook ni awak. Fail eBook dapat cepat tau. Harga promo RM20# shj. Lagi best, dapat free eBook Saya Jack. Maksudnya dapat 2 eBook nanti. Wasap kami ya > https://rumahpk.wasap.my/

Rumah Pena Kayu

13 Jan, 09:50


Jejaka yang dia suka rupa-rupanya penyi4sat up4han yang diarah mendekatinya. Maksudnya, jejaka itu tidak ikhlas berkawan dengannya? 👇

Rumah Pena Kayu

13 Jan, 05:22


MESKIPUN Khasyaf telah memberi khabar dia telah putus kawan dengan Emma, entah kenapa Marsha susah hendak percaya. Ada saja fikiran hitam yang menghasutnya. Dia tahu Khasyaf sangat menghargai hubungannya kawannya dengan Emma, jadi takkan semudah itu hubungan itu putus. Emma pun takkan mengalah tanpa berjuang. Pasti ada muslihat.

"Kenapa lagi, Marsha? Saya dah putus kawan dengan Emma. Apa lagi yang awak tak puas hati? Saya pilih awak berbanding hubungan kawan saya dengan Emma. Saya dah buat apa yang awak nak. Awak beri saya kata dua dan saya pilih awak berbanding Emma. You should be happy."

"Saya takkan gembira selagi awak tak jujur. Saya tahu awak tipu saya, Khasyaf. Saya boleh baca air muka awak. Awak belum putuskan hubungan kawan awak dengan Emma. Saya takkan pakai cincin tu semula sampai saya yakin."

"Awak nak bukti apa lagi? Saya dah kata, saya dengan Emma dah tak kawan. Dia sendiri yang putuskan hubungan kawan kami demi awak."

"Saya tak percaya."

"Terpulang sama ada awak percaya atau tak. Saya dah tak kisah."

"Awak tak kisah sebab dekat belakang saya, awak boleh jumpa Emma bila-bila masa awak nak."

"Boleh tak awak berfikir secara baik-baik. Selagi awak asyik berfikiran negatif, awak dengan saya takkan ke mana. We're stuck here."

Marsha menggelengkan kepalanya dengan rakus. Tiba-tiba saja dia menaikkan tangannya.

"Saya nak handphone awak," pintanya dengan mata tak berkedip.

"Awak nak check sama ada saya simpan nombor telefon Emma atau dah buang?"

"Ya." Tanpa ragu Marsha memberi jawapan. Memang itu tujuannya.

"Saya belum buang nombor telefon Emma," akui Khasyaf. Selama dia bercinta dengan Marsha, dia memilih jujur. Tak ada sebab kenapa sekarang dia perlu bercakap bohong.

Tawa Marsha meletus. Panjang dan meleret. Gerak hatinya betul. Khasyaf dan Emma belum putus hubungan lagi.

"Awak kata awak dah putus, tapi kenapa awak simpan nombor telefon dia lagi? Supaya awak boleh telefon dia malam-malam? Supaya awak boleh dengar suara dia? Supaya awak boleh curang belakang saya?"

"Saya tak tahu syaitan apa yang dah merasuk fikiran awak. Semua perkara pun awak jadikan jahat."

"Kalau awak nak syaitan tu keluar dari kepala saya, bawa saya jumpa Emma. Saya nak tanya Emma kenapa dia gatal sangat sampai nak rebut awak daripada saya."

Khasyaf memicit dahinya. Kepalanya sakit mendadak melihat perangai Marsha. Semakin dilayan, semakin teruk permintaan Marsha.

"Saya dah putus kawan dengan Emma. Boleh tak awak percayakan saya sekali ni?"

"No. Saya takkan percayakan awak. Saya nak awak bawa saya jumpa Emma."

"Saya nak call dia pun segan, apa lagi nak jumpa dia. Tolonglah faham situasi saya."

"Situasi saya yang diduakan siapa pula nak faham?"

"Awak tak pernah diduakan. Awak tunang saya. Saya dah pilih awak sebagai bakal isteri saya. Kalau saya kemarukkan sangat Emma, saya minta mak saya melamar Emma dan bukannya awak."

"Saya tetap nak jumpa dia. Saya beri awak masa tiga hari. Kalau tiga hari ni awak tak dapat bawa saya jumpa Emma, awak simpanlah cincin tu. Kita putus tunang. Biar keluarga awak dengan keluarga saya malu. Biar mereka tahu, yang awak curang dengan saya selama ni."

"Awak dah gila, Marsha. Saya dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan awak."

Menyirap darah Marsha. Menggigil kedua belah tangannya dituduh gila oleh tunangnya sendiri.

"Sebab Emma, awak tuduh saya gila. Sebab Emma, awak tinggikan suara."

"Sebab awak yang minta semua tu! Awak sikit pun tak percayakan saya. Cuba awak berada dekat tempat saya. Cuba awak bayangkan apa awak rasa bila tunang awak sendiri, tak percayakan awak? Awak rasa apa?"

"Awak yang ada hubungan dengan Emma. Awak benarkan perempuan gatal tu kacau hubungan kita! Saya setia dengan awak, tapi ini balasan awak!"

"You know what, I'm leaving. Saya dah penat. Saya tak nak bertekak dengan awak untuk perkara bodoh. Saya cakap apa pun, awak langsung tak nak dengar dan tak nak faham. Awak hanya buang masa saya." Khasyaf mengambil semula cincin yang sejak tadi Marsha abaikan.

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah Pena Kayu

13 Jan, 05:21


Teaser Khasyaf untuk menganggu jiwa korang. Penat ooo jadi khasyaf, dapat tunang kuat cemburu 😭

Rumah Pena Kayu

12 Jan, 13:09


Bekas kekasih dapat tahu ayahnya berpangkat tan sri, laju saja menyesal. Dan... ada hati nak get back semula 😶

Rumah Pena Kayu

12 Jan, 13:09


"Lalisa!" Hadi terus menyambar pergelangan tangannya.

"Sakitlah!"

"Hati saya ni lagi sakit! Selama ni awak tipu saya. Awak sembunyikan fakta yang awak anak Tan Sri Bakri!”

Berlaga-laga giginya. Dia sudah meng£pal sepuluh jarinya. Suaranya ditahan supaya dia tidak menjerit. Dia bukan seperti Hadi yang suka melenting tidak tentu pasal. 

“Kalau saya ni anak Tan Sri Bakri pun kenapa?” luahnya dengan sepenuh em¤si. Kemudian tangannya dir£ntap biar lepas dari pegangan tangan Hadi.

"Kenapa awak sembunyikan hal sebesar tu daripada saya? Awak tak percayakan saya? Atau memang dari awal lagi awak memang nak permainkan saya?”

Berapi-api hatinya mendengar semua soalan Hadi. Hadi h¡lang ingatan agaknya.

"Saya nak beritahu. Banyak kali. Sebab tu banyak kali juga saya nak awak jumpa keluarga saya. Tapi permintaan saya semuanya awak tolak. Awak tak sudi jumpa keluarga saya."

"Kalau saya tahu perkara sebenar, saya takkan menolak. Salah awak semua ni terjadi. Awak tak berterus-terang dengan saya. Awak perdayakan saya. Awak sengaja sembunyikan fakta yang awak anak Tan Sri Bakri." Suara Hadi sudah mula meninggi semula. Hadi lupa meminta maaf. 

Oh, Lalisa lupa. Hadi tidak pernah salah. Hadi selalu betul. Yang selalu salah itu Lalisa. Selalu pun Lalisa. Begitu rukun hidup yang dipegang oleh lelaki itu.

"Saya beritahu awak dan kemudian apa? Awak terus setuju berkahwin dengan saya? Jadi betullah selama ni awak rapat dengan saya sebab duit?"

Hadi terkesima. Lama.

"Tak Sri Bakri tahu hubungan kita? Dia kenal saya?"

Lucu sekali soalan yang baharu dilontarkan oleh Hadi. Jadi ini yang menjadi kerisauan Hadi?

"Jangan risau sangat. Dia tak pernah nampak awak. Dia tak tahu awak lelaki yang pernah buat anak perempuannya kecewa.”

Dia mendengar sendiri Hadi menarik nafas lega.

"Lalisa, saya tahu saya salah."

Tahu salah sahaja, tetapi Hadi selalu lupa ada kata kerja yang disebut meminta maaf.

"Saya akan betulkan semua ni."

Nak betulkan bagaimana lagi? Tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan. Hadi sudah lama mati di dalam hatinya!

eBook Ayah Saya Duda
560+ ms
Ready file

Tahu je Lalisa anak tan sri, laju je si Hadi ni nak betulkan keadaan. Dasar mata du:tan! Jangan ingat perempuan je mata du:tan, lelaki pun ada. Hadi nilah contohnya 😑

Apapun jom baca eBook ni. Fail ebook pun dapat cepat. Harga promo RM22# shj. Cepat grab eBook ni sebelum promo habis. Wasap kami ya > https://rumahpk.wasap.my

Rumah Pena Kayu

11 Jan, 12:51


"Lalisa, saya belum bersedia."

Senyumannya hapus.

"Saya baru 27 tahun dan awak baru 25 tahun. Awak tak rasa awal sangat ke kalau kita bertunang dan kemudian berkahwin?"

Dua kali dia meneguk liurnya. Pahit. Terasa amat pahit sekali.

"Saya nak berjaya dalam hidup saya dulu, Lalisa. Ada kerjaya tetap. Ada pendapatan tetap. Ada rumah dan ada kereta. Saya nak semua tu saya dapat dulu sebelum saya settle down."

Dia seperti melihat tubuh Hadi menjadi dua dan sekarang tiga. Setiap patah kata lelaki itu membuatnya sakit kepala.

Mereka bercinta bukan baru semalam, tetapi telah memasuki tahun ke tiga. Dia telah mengenali hati dan budi Hadi, sebagaimana Hadi juga telah mengenalinya sikap dan peribadinya. Jadi sekarang, di mana silapnya?

"Sebab tu selama ni, saya tak pernah jumpa keluarga awak, Lalisa. Saya tak nak kita fikirkan hal berkahwin lagi," sambung Hadi. Hanya untuk meremvkkan lagi hatinya. Dia akui, memang Hadi menolak habis-habisan kalau dia mahu membawa Hadi bertemu keluarganya. Ada sahaja alasan lelaki itu. Dialah yang dvngu tidak dapat membaca isi hati Hadi yang sebenarnya.

"Awak boleh dapat semua tu walaupun kita dah bertunang. Saya takkan halang awak."

"Saya anak sulung, Lalisa. Banyak saya kena fikirkan. Adik-adik saya semuanya bersekolah lagi. Mak saya pula ibu tunggal."

Penjelasan Hadi semuanya tidak sampai ke jiwanya. Dia masih beranggapan lelaki itu beralasan. Segera terbayang di kepalanya bagaimana Rara selalu menyebut Hadi mengambil kesempatan ke atasnya. Hadi menggunakannya sebagai bank pusat. Dialah yang terlalu bermurah hati menolong Hadi setiap kali lelaki itu kesempitan wang.

"Awak beri saya dua tahun lagi, Lalisa. Dua tahun untuk saya dapat apa yang saya nak dalam hidup saya."

Jadi maksudnya, Lalisa bukan keutamaan Hadi? Lalisa cuma tempelan lumpur di kaki Hadi yang akan dibersihkan pada bila-bila masa?

"Dalam tempoh dua tahun, jangan datang cari saya atau keluarga saya. Selepas dua tahun, saya sendiri akan cari awak. Dan kalau selepas dua tahun saya tak datang cari awak, awak bebas berkahwin dengan lelaki lain."

eBook Ayah Saya Duda
560+ ms
Ready file

Macam tu je Hadi cuci Lalisa dari hidup dia? Bagi harapan tapi tak macam harapan. Suruh tunggu 2 tahun tapi kalau Hadi tak datang cari, kira habis macam tu je???

Harga promo RM22# shj. Cepat grab sebelum promo habis. Nanti boleh tahu nasib Hadi ngok ngek ni macam mana 🙈 Fail eBook pun dapat cepat tau. Wasap je kami > https://rumahpk.wasap.my

Bonda PK

Rumah Pena Kayu

11 Jan, 12:49


Baru tahu selama ini sang kekasih tak pernah hargainya. Jejaka itu cuma ambil kesempatan! Dia dibodohkan! 👇

Rumah Pena Kayu

10 Jan, 23:59


Dua  puluh  minit  kemudian,  dia  dan  Encik  Ariff Ezanee  beriringan  memasuki  ruang  pameran  di  gedung IKEA  asal  Sweden  itu.  Lelaki  itu  berhenti  dihampir  setiap bahagian.  Menyentuh  fabrik  dan  apa  sahaja  yang dipamerkan.

Lalisa  pula  lebih  senang  menjadi  pengiring bisu  di  sisi lelaki itu. Sejak  tadi  bibirnya terkunci rapat.

"Mirul  suka  awak.” Akhirnya  setelah  lima  minit  melangkah  tanpa perbualan,  lelak  itu  bersuara.  Bukan  sahaja  bersuara, malah  lelaki  itu  turut  berpaling  padanya.  Dapat  Lalisa rasa,  dia  seperti  mahu  pulang  sahaja.  Dia  tidak  betah menerima  renungan  mata  Encik  Ariff  Ezanee  yang  secara mendadak  singgah  menikamnya.

“Saya  dah  slow  talk  dengan  dia.  Saya  dah  tanya tentang  cincin  tu.  Dan  ya,  dia  betul-betul  sukakan  awak. Dia  serius  melamar  awak  untuk  dijadikan  isteri.”

Nafas  Lalisa  jadi  sesak  secara  tiba-tiba. Amirul yang baru berumur tujuh tahun itu benar-benar membuat kepalanya pusing sekarang.

“Saya  percaya  perasaan  suka  dia  pada  saya bersifat  sementara.  Nanti  akan  hilang  sendiri. Encik Ariff tak perlu risau tentang hal ni. Lagipun, saya cuma guru sementara. Sampai waktu khidmat saya akan tamat.”

Kepala  Encik  Ariff  Ezanee  terangguk-angguk.

“Saya  setuju  dengan  pendapat  awak.  Semua perasaan  suka  dia  akan  berakhir  nanti.  Tapi  sementara  dia  masih  sukakan  awak, perhaps  awak  boleh  beri  cadangan  set  bilik  tidur bagaimana  yang  sesuai  dengan  kanak-kanak  seusia Mirul?”

“Encik  Ariff,”  sebut  Lalisa.  Dia  memberanikan diri  membalas  renungan  mata  lelaki  itu.  Alahai,  dia hampir  lemas  kalau  dia  tidak  segera  melarikan pandangan  matanya.

“Saya  belum  berkahwin.  Saya  tak  ada  anak. Encik  Ariff  dah  salah  orang  tanya  pendapat.  Saya  tak tahu  apa  yang  Mirul  mahukan  untuk  set  bilik  tidur  dia.”

Encik  Ariff  Ezanee  kembali  memandang  ke depan.  Jari  tangannya  yang  kasar  kembali  rancak menyentuh  fabrik  yang  menjadi  cadar  di  bahagian  bilik tidur  kanak-kanak  itu.

“Macam  saya  sebut  tadi.  Mirul  suka  awak.  Suka Mirul  pada  awak  bukan  main-main, Cik Lalisa. Sebab  itu,  pendapat awak  sangat  penting."

Gerun  dia  mendengar  fakta  yang  baru dibentangkan  oleh  Encik  Ariff  Ezanee. Dia rasa lelaki itu sedang meluahkan rasa tidak puas hati terhadapnya. Lebih tepat lagi, dia rasa Encik Ariff fikir dia telah mengh4sut Amirul untuk memberikan cincin kepadanya. Mendadak kepalanya dirasanya sakit.

“Mirul  tak  pernah  rapat  dengan  seorang  wanita pun  kecuali  mak  tok  dia.  Kawan-kawan  perempuan  saya semua  dia  tak  suka.  Jadi  bila  dia  tiba-tiba  suka  awak  dan nekad  melamar  awak…” Encik  Ariff  melirik  padanya. Cuma sekejap. Namun  yang  sekejap  itu  menggetarkan  seluruh  sel-sel di dalam tubuhnya. 

“I  was  concerned."

eBook Ayah Saya Duda
560+ ms
Ready file

Alamak... cara jejaka tu melirik dan sebut concerned pun dah tahu Lalisa dah pun diletakkan dalam kandang pesalah.

Jom awak baca eBook ni pulak. Nanti boleh tahu kesudahan nasib Lalisa. Insya-Allah fail eBook dapat cepat. Harga promo RM22# shj. Wasap kami macam biasa > https://rumahpk.wasap.my

Rumah Pena Kayu

10 Jan, 23:57


Tak pasal-pasal dia kena soal siasat macam penjenayah. Padahal niatnya baik nak pulangkan cincin nikah tu semula. Kalau tahu begini, elok dia tutup mulut. Simpan saja cincin tu! 👇

Rumah Pena Kayu

09 Jan, 12:57


"Awak ada tokoh seorang mama yang baik.”

Elaina berpaling ke sisinya. Gara-gara tumpuannya beralih pada Ghadafi, Reza berhasil menyaingi langkahnya. Sekarang dia berjalan sebelah-menyebelah dengan lelaki tersebut. Dan disebabkan ruang tangga itu sempit, sekali-sekala bahu mereka berlaga.

“Siapa pun boleh tidurkan anak kecil yang memang dah sedia mengantuk. Anas pun boleh tidurkan Ain.”

“Awak memang nak marah-marah saja ke malam ni?” Langkah kakinya terhenti. Dia sedang menahan diri daripada menempelak Reza sepuas-puas hatinya.

“Ini bukan Elaina yang saya kenal,” kata Reza lagi. Seperti terlalu sengaja memancing api kemarahannya.

“Elaina yang awak kenal dah m*ti. Yang ada di depan awak sekarang Elaina yang lain. Elaina yang tahu menjaga diri. Bukan lagi Elaina yang mudah diperdaya dan dipermainkan.” Senafas dia memberikan jawapan. Anehnya, dia diberikan senyuman lebar Reza.

“Saya lebih suka Elaina yang dulu.”

“Maksud awak, Elaina yang awak malukan tu?”

“Come on, Elaina. Perkara tu dah lepas. Dah jadi fosil pun.”

Mudahnya Reza berkata-kata! Cuba kalau mereka bertukar tempat. Cuba kalau dia yang memalukan Reza. Apa Reza boleh bercakap tentang ‘fosil’ yang patut dilupakan lagi?

“Kalau awak marah-marah macam ni, awak cepat tua nanti. Just be your happy self, Elaina. Tak perlu jadi orang lain. The crowd will adore you. They always do. It’s impossible not to love you."

Elaina memang telah bersedia untuk menempelak Reza habis-habisan. Mujurlah lelaki itu diselamatkan oleh belahan jiwanya.

“Awak dekat sini rupa-rupanya. Merata saya cari awak.”

Elaina melirik pada Reza sebelum sorotannya beralih pada Naila.

“Saya dah habis bercakap dengan dia. Awak ambillah dia balik.”

Tanpa membuang waktu, dia kembali mengayun langkah. Deras langkah kakinya. Dia mahu segera hilang dari radar mata Reza dan juga Naila. Kalau boleh, dia tidak mahu ada urusan lagi dengan Reza.

“Awak ni kenapa? Tak surut lagi khabar angin tentang awak ada hubungan sul¡t dengan Diana. Sekarang awak nak tambah yang baru pula? Awak nak orang bercerita awak ada hubungan sul¡t dengan Elaina pula? Tak cukup dengan isteri, sekarang adik Firman pula?” Suara Naila meskipun perlahan namun jelas masuk ke dalam telinganya.

Jadi, Reza yang dikatakan ada hubungan sul¡t dengan Kak Diana? Jadi, dia melanggar prinsipnya dengan mencuri dengar perbualan Reza dan Naila?

“Saya ada sebab kenapa saya perlu jumpa Elaina.”

“Sebab apa? Cakaplah sebab apa awak nak sangat berjumpa dengan Elaina?”

“Keep your nose out of my business, Naila. Ini bukan perjanjian yang kita persetujui bersama.”

Reza berjaya menimbulkan tanda tanya besar di dalam kepalanya. Dia perlukan jawapan pada tanda tanya besar tersebut. Masalahnya, dia tahu Reza atau Naila takkan memberikan jawapan tersebut.

“Kalau awak nak ikut sangat perjanjian tu, baik... Saya boleh ikut. Tapi awak pun kena ikut. Malam esok awak ikut saya jumpa mama dan ayah saya.”

Tidak ada jawapan balas daripada Reza. Ini memaksa Elaina untuk menjengahkan kepalanya dari sebalik dinding tempatnya bersembunyi.

Sayang sekali dia salah percaturan. Elok dia menjengahkan kepalanya, elok juga Reza memandang tepat ke arah tempatnya bersembunyi. Dia tertangkap sedang mencuri dengar perbualan lelaki itu bersama belahan jiwanya.

Liurnya diteguk. Selangkah dia berundur ke belakang. Selangkah lagi sebelum dia mula mengayun langkah deras meninggalkan tempat persembunyiannya.

Dalam hati dia menyumpah keras. Belum apa-apa dia telah ditangkap mengendap. Bagaimana dia mahu bersemuka dengan Reza selepas ini?

eBook Elaina
300+ ms
Ready file

Fail eBook dapat cepat. Wasap je kami. Ini linknya > https://rumahpk.wasap.my

Rumah Pena Kayu

09 Jan, 12:56


5 tahun lalu dia pernah luahkan perasaan pada kawan baik abangnya. Tapi... ditolak mentah-mentah. Sekarang mereka bertembung semula. Jejaka itu silap besar kalau anggap dia masih tergila-gilakan jejaka itu! 👇

Rumah Pena Kayu

09 Jan, 07:20


Selepas hujan, mesti ada pelangi.

TEASER 5 MY CHAGIYA

Suasana sunyi sepi. Rumah banglo tujuh bilik itu hanya tinggal dia, Pak Samad dan Cik Salmah sahaja. Tuan rumahnya sudah kembali ke negara abadi semalam. Meninggal dalam tidur. Belum hilang terkejut, hari ini sekali lagi mereka dikejutkan dengan berita di luar jangkaan.

​“Rumah dan tapak tanah ini diberikan sepenuhnya kepada Cik Nur Leyla binti Rahmat.” Terbeliak mata Leyla mendengarnya. Rumah dan tapak tanah ini nilainya mungkin jutaan ringgit.

​“Rumah yang Pak Samad dan Cik Salmah duduk dan tanahnya, milik Pak Samad suami isteri. Arwah cuma pesan, kalau boleh janganlah di buat pagar memisahkan rumah ni dengan rumah Pak Samad. Biar sahaja macam ini. Tapi kalau Pak Samad dan Cik Salmah ada perancangan lain, arwah kata, tak apa. Teruskanlah.” Tuan Firdaus pandang pasangan suami isteri di hadapannya.

​Sekeping sampul surat besar berwarna putih dihulurkan kepada Pak Samad. “Ini geran tanah bahagian Pak Samad. Nama Pak Samad dengan Cik Salmah ada di situ. Nanti saya tunjukkan sempadan tanah Pak Samad dan Cik Leyla.”

​Pak Samad sambut sampul surat itu dengan linangan air mata. Dia tidak pernah menjangka akan menerima harta sebanyak ini. Dia sudah bersedia mahu meninggalkan rumah itu apabila dia melihat Tuan Firdaus datang sebentar tadi.

​“Ini duit simpanan dan harta-harta lain yang arwah tinggalkan untuk Cik Leyla. Arwah minta Cik Leyla bayar duit gaji Pak Samad dan Cik Salmah macam biasa. Arwah juga pesan, Cik Leyla jaga kebajikan Pak Samad dan Cik Salmah hingga hujung nyawa.”

​Leyla angguk sahaja. Air mata semakin laju menuruni pipinya. Dia tidak mahu semua harta Mak Iti. Dia cuma mahu Mak Iti sahaja. Dia hilang punca bila Mak Iti sudah tidak ada.

​Baru sehari Mak Iti tiada, hidupnya kosong. Selama ini dia cuma ada Mak Iti, Pak Samad dan Cik Salmah sahaja. Pasangan suami isteri itu pekerja Mak Iti. Sekarang, Mak Iti sudah tidak ada, dia bimbang kalau-kalau Pak Samad dan Cik Salmah mahu meninggalkan dia sendirian di sini.

​Sekeping kertas dikeluarkan dari sampul surat. Ada senarai ke mana wang Mak Iti mahu dia salurkan. Dia tersenyum apabila melihat sejumlah wang untuk pasangan suami isteri itu. Sayangnya Mak Iti kepada mereka.

​“Arwah pesan, guna sebaiknya. Bina hidup Leyla. Buktikan pada semua, Leyla kuat dan boleh berjaya. Mak Iti kata, Leyla hebat orangnya.”

​Leyla tidak mampu membalas kata-kata Tuan Firdaus. Kepalanya berselirat dengan pelbagai perkara. Terlalu banyak yang dia fikirkan saat ini.

​“Saya balik dulu. Kalau ada apa-apa, tolong hubungi saya,” pesan Tuan Firdaus.

​Leyla hanya mengangguk. Senyum tawar terukir di bibirnya. Tidak ada patah kata yang keluar dari mulutnya.

​“Be strong, Leyla.”

​Tuan Firdaus perhatikan wajah Leyla. Dia tidak tahu kisah sebenar anak gadis itu. Leyla tiba-tiba muncul dalam hidup Siti Rohani dan diperkenalkan kepadanya sebagai pewaris semua harta wanita itu.

​Sudah beberapa kali mereka berjumpa. Leyla seorang gadis pendiam yang tidak banyak cakap. Pertama kali berjumpa, Leyla ketakutan tetapi lama kelamaan Leyla sudah semakin selesa. Namun Leyla tetap bercakap hanya bila perlu sahaja. Di matanya, Leyla ada menanggung kesakitan yang amat berat.

Dah baca? Belum? Rugi!! Jom order ebook MY CHAGIYA dengan MIn ya

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah Pena Kayu

09 Jan, 05:06


Tak guna sungguh!! Dia pikir diri dia je.

TEASER 4 - MY CHAGIYA

Leyla pandang wajah lelaki di hadapannya. Wajah itu sudah mula berubah rona. Wajah yang tadinya tersenyum manis kini sudah bertukar. Cepat-cepat Leyla kalihkan pandangannya. Tidak sanggup memandang wajah itu lama-lama.

​“Kahwin aje dulu. Kahwin tak semestinya nak kena berhenti belajar,” suara Leyla sudah mula perlahan. Putus harapannya untuk dia berkahwin dan menutup perutnya.

​“Tak boleh. Abang tak nak rosakkan reputasi abang.”

​“Reputasi Leyla? Masa depan Leyla?”

​“Nanti Leyla akan berkahwin dengan abang, semuanya akan okey. Tak ada siapa pun yang tahu.”

​“Mudahnya kau cakap, kan?”

​“Percayalah cakap abang. Abang akan bertanggungjawab.”

​“Kalau Leyla mengandung, macam mana?” duga Leyla. Wajah lelaki itu dipandangnya dengan tajam.

​“Gugurkan.”

​Bulat mata Leyla. Langsung dia tidak menjangkakan jawapan itu yang dia terima.

​“Tak mungkin Leyla akan mengandung. Abang tahulah, abang yang kawal.”

​Leyla semakin terkedu.

​“Tolonglah. Kita kahwin sekarang. Saya merayu, tolonglah kahwin dengan saya, sekarang. Demi maruah saya. Nama baik saya.”

​“Apa yang susah sangat nak faham ni? Abang akan kahwin dengan Leyla. Berapa kali abang nak kena ulang?”

​Ada air jernih mula turun di pipi Leyla. Air mata yang dia tahan sejak tadi akhirnya gugur juga. Kecewanya menggunung dengan sikap lelaki itu.

​“Takut mengandung? Kalau mengandung, sekarang ni dah mengandung dah. Tapi tak, kan? Perut Leyla tak buncit pun. Leyla tak gemuk macam orang mengandung pun. Kalau mengandung, beritahu abang. Abang bawak pergi gugurkan. Kita boleh buat anak lain lepas kita kahwin. Jangan rosakkan masa depan kita, Leyla.”

​Panjang lebar lelaki itu berkata-kata. Badan Leyla dibelek. Walaupun tidak nampak keseluruhannya tetapi dia yakin, Leyla tidak mengandung. Dia yakin kerana dia lebih tahu.

​“Leyla nak kita kahwin. Tolonglah. Tak nak bertanggungjawab lepas tu pun tak apa, asalkan kita kahwin,” rayu Leyla dengan air mata yang makin banyak membasahi pipinya.

​“Abang merayu juga, tolonglah faham. Tolong jaga nama baik abang. Tolong jaga reputasi abang. Tolong jaga masa depan abang. Abang yakin dengan keputusan abang yang cemerlang, sahsiah abang yang bagus, bakat kepimpinan abang, abang akan dapat kerja yang bagus nanti. Itu semua untuk masa depan kita. Tolonglah faham.”

​“Selfish!” jerit Leyla. Tanpa mempedulikan mata yang memandang, Leyla meninggalkan lelaki jahanam yang juga terkejut dengan jeritannya. Kalau itulah yang difikirkannya, Leyla nekad. Dia tidak akan sekali-kali memberitahu lelaki itu tentang kandungannya.

​Walau apa pun yang terjadi, dia akan meneruskan kehamilan ini. Dia akan besarkan anaknya sendiri. Sampai mati pun dia tidak akan memaafkan lelaki itu. Hari ini, lelaki itu sudah mati dalam hidupnya.

​Air mata menitis laju. Dadanya sesak. Perutnya rasa senak. Marah dan kecewa bersatu. Lelaki yang dia anggap sebagai abang, yang selalu menjadi tempat dia bersandar selama ini rupanya langsung tidak boleh diharap.

Geram pula Min baca teaser nih haihhh. Jom baca ebook ni korang! RM15 shj.
https://rumahpk.wasap.my/

Rumah Pena Kayu

09 Jan, 00:04


"Nak fikir apa lagi? Semua masalah awak selesai kalau awak terima tawaran saya."

Memanglah semua masalahnya akan selesai... tapi ini soal nikah dan kahwin. Pastilah Lila nak berfikir panjang dahulu. Atau Tuan muda fikir, nikah kahwin ni seperti main pondok-pondok? Lagi satu, tawaran tuan muda jatuh dalam kategori 'too good to be true'! Lila perlu berwaspada. 

"Saya nak fikir dulu, tuan muda."

"Don't make me wait too long. I'm not a patient man."

Berlaga-laga gigi Lila. Tidak pernah terbayang di ruang kepala Lila, dia akan dilamar secara paksa dan ditekan. Dia membayangkan heronya melamar dengan cara berlutut sebelah kaki sambil menghulurkan sebentuk cincin berlian. Mana tahu, dia dilamar secara gasar. Tidak ada kehangatan. Tidak ada hati berbunga-bunga. Tidak ada pelangi. Yang ada tekanan perasaan menerima desakan bertubi-tubi tuan muda.

"No sexual endeavors," sebut tuan muda tiba-tiba. Terus sahaja Lila memanggung wajahnya. 

"It simply means that we’re not going to engage in any sexual activities. I free you from that obligation."

Sudah besar kedua-dua belah mata Lila. Apa dia tidak salah dengar? Dia akan kekal sebagai anak dara biarpun bergelar isteri pada tuan muda? Ini benar-benar bulan sudah jatuh ke riba. Dia tidak perlu lagi risau memikirkan tanggungjawabnya di atas ranjang.

“Kita berkahwin demi kepentingan masing-masing. Bukan kepentingan cinta. Saya tak nak kita terlibat dengan hubungan ranjang yang tanpa cinta."

Lila mencari kejujuran lelaki itu. Dan dia diperlihatkan ketegasan lelaki itu dalam kata-katanya. 

"Selain daripada menanggung kos perubatan mama awak, mama awak boleh tinggal di sini dengan kita. Setiap bulan saya akan allocate elaun sebanyak dua ribu untuk awak."

Liurnya sudah diteguk. 

“Semua hutang awak pada nenda awak pun akan saya selesaikan. Dan bila awak dah dapat sesuaikan diri, saya izinkan awak kejar ijazah awak semula.”

Masya-Allah, tuan muda tahu mencari titik kelemahannya. Matanya telah digelapkan oleh ringgit dan semua tawaran tidak masuk akal tuan muda.

"Saya setuju.”

Lajunya setuju! Lila oh Lila. Yang melamar tu bukan sebarang tuan muda. Itu tuan muda from hell! 😑

eBook Husband From Hell
360+ ms
Ready file

Kalau belum ada eBook ni, haaa boleh grab. Harga tengah promo lagi. RM17# shj. Esok lusa kalau dah tamat, tak dapat dah harga ni.

Fail eBook dapat segera. Wasap je kami kalau berkenan dengan eBook ni > https://rumahpk.wasap.my

Bonda PK

Rumah Pena Kayu

09 Jan, 00:04


eBook paling ramai pembaca grab sejak semalam. Dah ada tak? 👇

Rumah Pena Kayu

08 Jan, 07:00


"Awak masih mabukkan Raja Adib." Hazel bertanyakan soalan pada Tuan Ahadiat, dan lelaki itu membalas dengan satu kenyataan. Tuan Ahadiat sedang menyibuk menjaga tepi kain Hazel.

"Hati saya. Suka hati saya nak buat apa. Tuan tak perlu campur dan tak perlu ambil tahu pun."

"Tapi awak nampak pathetic sangat."

Hazel mula menjeling Tuan Ahadiat. Ini kali kedua lelaki itu memberinya gelaran sama. Mujurlah hari ini dia sudah tidak mahu ambil pusing. Suka hati Tuan Ahadiat mahu menggelarnya dengan gelaran apa pun.

"Tuan nak cakap apa sebenarnya ni? Kalau Tuan nak nasihatkan saya supaya move on, lebih baik tak payah. Saya akan move on bila saya rasa nak move on. Sekarang saya belum rasa nak move on. Tuan tu yang sepatutnya move. Saya nak lalu ni.”

Langkah Hazel deras setelah Tuan Ahadiat memberinya ruang untuk bergerak. Namun deras lagi tarikan tangan Tuan Ahadiat. Dalam sekelip mata, dia telah berada di depan Tuan Ahadiat semula. Dekat. Begitu dekat sehingga dia boleh merasai hembusan nafas mint Tuan Ahadiat menampar-nampar kulit mukanya.

"I can help you," sebut lelaki itu. Tenang dan berjiwa. Bersungguh dan meresahkan jiwa Hazel.

"Apa maksud Tuan?" Bergetar bibirnya meminta penjelasan. Entah kenapa kali ini, dia jadi berminat untuk mendengar penjelasan Tuan Ahadiat.

"Saya boleh tolong awak dapatkan hati Adib semula."

Tawaran Tuan Ahadiat memancing seluruh perhatian Hazel. Dia telah memakan umpan yang Tuan Ahadiat tawarkan.

"Saya jadi kekasih awak. Dia akan naik cemburu dan awak akan dapat dia semula. Deal?"

Dia memandang Tuan Ahadiat sedalam-dalamnya. Dia rasa Tuan Ahadiat sedang bergurau tak kena masa dan tempat.

"Boleh Tuan ulang sekali lagi?" pintanya. Dia mahu memastikan dia tidak salah dengar.

"Saya jadi kekasih awak. Dia akan naik cemburu dan awak akan dapat dia semula. Deal?"

Hazel tidak salah dengar. Tuan Ahadiat memang menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya. Kekasih samarannya.

"Tuan bergurau ke ni?"

"Saya nampak macam bergurau ke?" Dengan pakej muka sejak tadi serius, Hazel yakin lelaki itu tidak bergurau.

"Tuan nak menyamar jadi kekasih saya?"

"Ya."

Panas satu badan Hazel mendengar pengakuan Tuan Ahadiat. Semua ini jatuh dalam kategori it's too good to be true! Pakej sama yang selalu ditawarkan oleh scammer golongan elit.

"In return, saya nak kena buat apa?"

"Tak perlu buat apa-apa."

Semakin goyah keyakinan Hazel pada tawaran yang Tuan Ahadiat berikan. 

"Takkanlah free of charge? Lebih baik Tuan berterus-terang. Tuan nak apa sebenarnya ni? Tuan nak saya join MLM ke?"

Join MLM terus ye si Hazel tu teka 😅 Tapi betullah, takkan tolong tak harapkan balasan? Something wrong somewhere. Ermm...

Korang grab cepat. Harga promo RM22#. Siapa lambat dapat harga lain. Baik grab sekarang. Wasap je kami >>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah Pena Kayu

07 Jan, 12:11


Belum ada perbualan yang tercipta sejak Lila melangkah masuk ke dalam bilik tuan muda. Tadi dia baru sahaja selesai mengemas tempat pembaringan tuan muda. Dia juga telah membuka pintu gelangsar. Biar udara segar memenuhi segenap inci ruang bilik tersebut. Biar segar juga perasaan tuan muda.

“Mama saya buat apa hari ni? Dia jumpa siapa?” 

Terhenti gerakan tangan Lila. Nampaknya Lila bukan sahaja menjadi peny¡asat peribadi Cik Puan Zainab, dia juga turut menjadi peny¡asat peribadi tuan muda. Baguslah. Dua beranak saling meny¡asat kegiatan sehari-hari masing-masing.

“Sepanjang hari ni cik puan sibuk di bilik kerja dia. Tapi nanti selepas asar, kenalan lama cik puan akan datang berkunjung.”

“Siapa?”

“Puan Sri Rohana.”

“S¡asat apa tujuan Puan Sri Rohana ke sini. Saya nak tahu.”

“Tapi tuan muda, cik puan tak minta saya entertain Puan Sri…”

“Pandai-pandailah awak cari jalan sampai awak dapat jawapan yang saya nak.”

Lila mengeluh di dalam hati. Tuan muda langsung tidak sudi berkompromi dengannya

“Lila,” seru tuan muda tiba-tiba.

“Ya, tuan muda.” Dia berdiri betul-betul di sisi tuan muda. Bersiap sedia untuk menerima tugasan yang bakal diberikan padanya.

"I'm really bad with words."

Setuju! Tuan muda bahasanya tidak cantik. Bahasanya menyak¡tkan hati. Tetapi kenapa tiba-tiba sahaja tuan muda mengakui keburukannya sendiri?

"I hope you're good in reading eyes."

Ayat sambungan tuan muda yang satu ini menyebabkan segala persoalan di dalam hati Lila lenyap tidak dapat dikesan. Lebih-lebih lagi setelah tuan muda  melirik padanya sambil menghulurkan tangan.

Tuan muda nak apa ni? Lila bukan pandai membaca mata tuan muda. Yang Lila tahu, dia boleh lemas kalau terus membalas renungan mata tuan muda.

"Pen!" Keras suara tuan muda setelah lama menanti.

"Oh, pen. Saya ambil sekarang."

Pantas Lila bekerja. Sebatang pen terus diambil lalu diserahkan pada tuan muda.

"Pen saja? Awak harap saya tulis atas apa? Atas baju awak?"

Boleh tahan kasar gurauan tuan muda. Kalau tidak mengenangkan Lila mahu menaikkan meritnya, sudah lama dia sekolahkan tuan muda tentang Rukun Negara yang kelima. Lila syak tuan muda sudah lupa dengan perkataan kesopanan dan kesusilaan.

Dia melihat tuan muda menulis sesuatu. Tunduk kepala lelaki itu. Lila juga ikut tunduk. Biar matanya nampak lebih jelas.

Lila mengaku, tulisan tangan tuan muda cantik. Kemas. Jarang-jarang dia melihat tulisan tangan secantik ini datangnya daripada lelaki.

"Tuan muda tulis apa?" Dia melanggar lagi arahan Mak Jah. Mulutnya selalu terlepas cakap. Perasaan ingin tahunya selalu memberontak.

"Saya tengah tulis lapan nama neraka. Hawiyah, Jahim, Saqar, Lazza, Huthamah, Sa'ir, Wail dan Jahanam. Saya belum pasti orang yang banyak tanya sesuai neraka yang mana."

Berubah-ubah raut muka Lila. Dia tahu tuan muda sedang menyindir.

Dia berundur selangkah ke belakang. Tangannya dikepal lalu terus dihempuk-hempuk ke arah tuan muda. Dapat membelasah tuan muda secara tipu-tipu pun jadilah. Baru puas hati Lila.

"Lila," seru tuan muda tiba-tiba. Cukup untuk membuat semua pergerakan tangan Lila terhenti.

"Awak buat apa bersilat belakang saya?"

Lila sudah tersedak air liur sendiri.

eBook Husband From Hell
360+ ms
Ready file

Fail eBook dapat cepat. Hrga pr0mo 17# ringgit shj. Jom grab eBook ni. Wasap je kami > https://rumahpk.wasap.my

Rumah Pena Kayu

07 Jan, 12:11


Majikannya susah diurus. Sudahlah susah diurus, perangainya pun dari neraka 👇

Rumah Pena Kayu

07 Jan, 00:18


Lila meneliti semula jadual tugas yang diberikan oleh Mak Nah semalam. Sebenarnya dia sudah hafal jadual tugasnya hari ini. Namun untuk kepastian, dia meneliti sekali lagi. Dia tidak mahu membuat kesilapan lagi pada hari pertama dia memulakan tugasnya. Cukuplah tadi dia membuat bising dan mengejutkan semua penghuni di Heaven Private Estate.

"Lila," panggil Mak Nah setelah melihat Lila mula melangkah mahu meninggalkan ruang dapur tersebut.

"Mak Nah lupa nak pesan semalam."

"Pesan apa, Mak Nah?"

Mak Nah merapatinya. Cukup serius raut muka Mak Nah ketika ini. Sehinggakan Lila ikut berdebar menanti buah bicara wanita yang sebaya mama itu.

"Nanti kalau Lila jumpa tuan muda, rendahkan suara. Jangan pandang mata dia terus. Kalau terpandang, jangan lama sangat. Cepat-cepat alihkan pandangan."

Semakin banyak peringatan yang dia terima tentang tuan muda, semakin Lila rasa tuan muda itu misteri.

"Saya faham, Mak Nah."

Mak Nah menangkap lengannya. Jelas sekali Mak Nah belum rela melepaskannya pergi untuk memberi khidmat kepada tuan muda. Mak Nah seperti takut dia akan terbunuh ketika memberi khidmat kepada tuan muda.

"Mak Nah serius ni. Mak Nah bukan main-main. Lila pun kena ambil serius."

Tidak terkata Lila dibuatnya.

"Jangan banyak bercakap depan tuan muda. Jangan tanya soalan yang tak sepatutnya. Jangan suka-suka tegur tuan muda. Melainkan tuan muda yang tegur Lila dulu."

Mak Nah berjaya membuat peluh reniknya seperti mahu tumpah. Dahinya mula berkerut-kerut. Ada apa dengan tuan muda tu?

"Lila boleh berbual dengan semua orang dalam rumah ni, kecuali tuan muda. Ingat tu." Pesanan Mak Nah seperti tidak ada habisnya.

“Jaga tuan muda elok-elok. Tuan muda cakap apa, jangan simpan dalam hati.”

“Saya faham, Mak Nah. Saya akan jaga tuan muda rumah ni elok-elok.”

“Bagus. Semangat macam ni yang Mak Nah nak dengar. Tapi Lila jangan jadi macam tuan muda pula. Mak Nah tak nak dengar Lila jadi pembantu peribadi dari neraka pula.”

Eh! Eh! Eh! Mak Nah ni, dia bawa bergurau pula gelaran tersebut.

eBook Husband From Hell
360+ ms
Ready file

Fail eBook dapat cepat. Kalau berminat dengan eBook ni, wasap je kami. Hrga pr0m0 RM17# shj > https://rumahpk.wasap.my

Rumah Pena Kayu

07 Jan, 00:18


Ibarat dia bekerja dengan mata dan mulutnya ditutup. Jangan-jangan majikannya mafia? 👇

Rumah Pena Kayu

06 Jan, 07:30


Maknya pun….garang-garang nak pi mana? Marah-marah bukan boleh selesaikan masalah pun.

TEASER 3 : MY CHAGIYA | Lily Suriani

Bagai halilintar membelah bumi suara Rahimah menjerit. Sungguh dia tak percaya dengan apa yang dia lihat. Ujian kehamilan Leyla ada dua garis merah. Positif! Nak pecah jantungnya saat ini. Anak yang dia tatang, menconteng arang ke mukanya.

“Anak siapa ni, Leyla?” pekik Rahimah lagi.

“Leyla dirogol, mak. Sumpah! Leyla tak tipu, mak.” Kaki Rahimah diraih tetapi sepakan kuat yang dia terima dari emak.

“Kau jangan nak buat cerita. Kau dah bersedap-sedap dengan jantan, sekarang kau kata kau kena rogol.”

“Sumpah mak. Leyla tak tipu.” Wajah Leyla sudah basah dengan air mata.

“Kalau betul kau kena rogol, kenapa kau tak repot polis? Kenapa kau tak bagi tahu mak?” jerkah Rahimah lagi. Berdenyut-denyut kepalanya menahan marah yang teramat sangat. Gerak hatinya betul.

Petang tadi, bergegas dia ke farmasi membeli alat ujian kehamilan. Rasa kejam juga menuduh anak sendiri yang bukan-bukan tetapi gerak hatinya kuat mengatakan ada yang tidak kena dengan Leyla. Dipaksanya Leyla buat ujian. Sanggup dia masuk ke dalam tandas bersama-sama Leyla. Risau kalau-kalau Leyla menipu. Mahu tercabut jantungnya apabila dua garis merah timbul di permukaan alat ujian kehamilan di tangannya.

“Leyla takut, mak.”

“Kalau kau tak buat salah, buat apa kau nak takut?”

Leyla terus menangis. Tersedu-sedu.

“Aku besarkan kau dengan susah payah. Macam ni kau balas? Aku ingatkan kau bolehlah bantu aku tapi kau makin tambah masalah aku.”

“Maafkan Leyla, mak. Tolonglah percayakan Leyla. Leyla tak buat kerja-kerja tak senonoh tu mak.”

“Kalau kau tak buat, tak adalah kau mengandung sekarang ni,” jerit Rahimah. Sudahlah mengandung anak haram, lagi nak berlagak suci. Kalau ikutkan amarahnya sekarang, memang dia tikam-tikam lumat anak sulungnya itu. Biar mati. Biar dia tak menanggung malu.

“Aku hantar kau pergi belajar supaya kau dapat bantu keluarga kita. Bapak kau meninggal, tak tinggalkan harta pun. Aku jual kuih, aku kerja cuci sekolah. Cuci tandas sekolah yang najis bersepah. Demi nak besarkan kau dengan adik kau, aku buat semua kerja, asalkan halal. Tapi kau pergi menyundal!”

Rahimah yang tadinya marah sudah terduduk lesu. Air mata yang turun ke pipi, lajunya seperti air terjun. Sudah tidak ada daya dia mahu menyapunya. Dibiarkan sahaja. Yang ada dalam kepalanya sekarang, mana dia nak letak muka. Malunya Allah sahaja yang tahu.

eBook Baru dari Kak Lily Suriani, jom kita bersayang sayang dgn My Chagiya 🥰 Cari Min di ws tau
https://rumahpk.wasap.my

Rumah Pena Kayu

06 Jan, 05:27


TEASER 2 : MY CHAGIYA | Lily Suriani

Sudah seminggu Leyla tidak ke mana-mana. Hanya terbaring kaku di atas katil sahaja. Bila Liana ada di dalam bilik, dia akan membelakangkan gadis itu. Menghadap dinding dengan perasaan kosong. Kalau Liana tidak ada, siling pula yang akan menjadi pemandangannya. Terkebil-kebil tanpa sebarang rasa.

Untuk seminggu ini, sudah kering air matanya. Dia menangis tanpa henti. Bengkak matanya macam digigit tebuan sahaja. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Beritahu emak? Mahu percayakah orang tua itu dengannya. Mahu buat laporan polis? Kalau tersebar berita dia dirogol, bagaimana? Jantan tak guna itu pelajar harapan fakulti. Pandai akademik, baik adabnya, ada ke yang akan percaya cerita dia nanti?

“Leyla. Kau dah kenapa? Seminggu dah kau tak pergi kelas. Makan tidak. Mandi tidak. Kau kenapa sebenarnya?” tegur Liana. Sungguh, dia susah hati tengok Leyla begitu. Rimas pun ada juga. Dari tadi Leyla asyik mengeluh sahaja.

“Busuk sangat dah kau ni. Bawak-bawaklah mandi,” rungut Liana lagi. Geram betullah. Macam bercakap dengan dinding. Tidak ada respons langsung.

Busuk? Biarlah busuk. Biar tak ada orang mahu dekat. Biar tak ada orang mahu berkawan dengan dia lagi. Senang. Leyla pejamkan mata. Tiba-tiba wajah jantan tak guna itu muncul.

“Setan! Pergi mampus kau!”

“Hei! Kau ni kenapa tiba-tiba menjerit ni? Gila ke?” marah Liana. Dia yang tengah asyik melayan drama Korea terkejut dengan jeritan Leyla. Nasib baik telefon di tangan hanya jatuh ke atas badannya sahaja. kalau jatuh ke lantai dan berderai, memang Leyla pun akan turut berderai dia kerjakan.

Diam. Sama seperti hari-hari kebelakangan ini, Leyla seolah-olah seperti mayat hidup. Nampak sahaja masih bernyawa tapi tak ubah seperti orang yang sudah mati sahaja.

“Kau nak diam, kau tak nak makan ke suka hati kaulah tapi tolonglah pergi mandi. Tak tahanlah aku dengan bau kau ni. Tolonglah,” keluhan berat keluar dari mulut Liana. Dari rasa kasihan sudah bertukar jadi marah sekarang ini.

Leyla terus membeku. Matanya dipejamkan. Tidak kuasa mendengar permintaan Liana. Ini hidup dia, tubuh badan dia, suka hatilah dia nak buat apa. Selama ini dia jaga elok-elok sudahnya senang-senang sahaja badannya dijahanamkan oleh orang lain. Sekarang ini, lebih baik mati sahaja.

Dah baca ke belum? Cepat ws Min tau https://rumahpk.wasap.my

Rumah Pena Kayu

04 Jan, 04:04


Ni citer kahwin kontrak ke???
》Hurm... tak naklah jawab. Kena baca sendiri 😝

eBook yg sentiasa jadi favourite Min Tajuknya Husband From Hell. 360+ pages. Ready file.

Berapa harga? Harga asal Rm21. Tapi kan ada promo. Harga promo RM17# Haaa ye 17 hengget je. Fail eBook insya-Allah dapat segera. Wasap je kami >>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah Pena Kayu

04 Jan, 04:03


"Saya baru terjaga selepas dapat mimpi ngeri, tuan muda. Kalau tuan muda yang dapat mimpi ngeri tu, saya jamin suara tuan muda tiga kali ganda lebih teruk berbanding suara saya."

"Mimpi ngeri yang macam mana?"

Takkanlah Lila nak beritahu dia bermimpi diseksa oleh tuan muda sendiri? Cari nahas namanya tu.

"Tuan muda call saya ni sebab apa?"

Tidak ada jawapan. Hanya helaan nafas panjang tuan muda yang sampai ke telinganya. Lila tak tahu pula, yang tuan muda pun boleh resah. Lila ingatkan tuan muda tidak ada sebarang keresahan yang perlu difikirkan.

"Fasal pesanan WhatsApp yang saya hantar."

Gara-gara pesanan WhatsApp tersebut dia bermimpi ngeri. Dia menerima libasan cemeti tuan muda. Dua kali!

"Saya nampak awak dah baca, tapi awak tak call saya semua."

Tanpa sedar segaris senyuman elok terlukis di bibirnya. Kadang-kadang tuan muda ni perangainya boleh buat Lila tersenyum tanpa sedar.

"Saya memang dah baca, tapi saya ingat tuan muda bergurau. Lagipun dah tengah malam, tuan muda. Mengantuk sangat dah mata saya. Waktu kerja saya dengan tuan muda dari pukul 8.00 pagi sampai 7.00 malam saja."

"Saya boleh bayar awak."

Mentang-mentanglah tuan muda kaya raya, semua hal pun nak diselesaikan dengan duit. Mengeluh Lila dibuatnya.

“Bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan duit, tuan muda.” Dia memberi nasihat seikhlas hati.

"Then, awak nak apa selain duit?”

“Saya nak tidur, tuan muda. Saya mengantuk sangat dah ni. Mata pun tak boleh buka.”

Tuan muda menarik nafas panjang di hujung talian sana.

“Okey, awak boleh tidur. Esok pagi datang awal. Sebelum pukul 7.30 pagi awak mesti datang jumpa saya.”

Tidak sempat pun Lila membantah, tuan muda sudah menutup talian. Lila mengelengkan kepalanya. Tubuhnya kembali direbahkan.

“Gila ke apa tuan muda nak jadikan aku isteri dia?” gerutunya dengan matanya yang mulai dipejamkan semula. Sesaat kemudian, matanya kembali terbuka. Lebih luas. Dia juga bingkas bangun. Telefon bimbitnya diambil. Serentak dengan itu, masuk lagi pesanan WhatsApp yang baru daripada tuan muda.

- Saya lupa nak beritahu. Kahwin dengan saya merupakan terma dan syarat yang saya fikirkan paling memberi keuntungan pada awak dan juga pada saya.

Tercengang Lila membaca pesanan WhatsApp tersebut. Untung apa tuan muda cakap ni? Untung celah mana? Lila rasa sedang diseret ke tali gantung saja!

Masuk lagi satu pesanan WhatsApp, juga daripada tuan muda.

+ Esok kita bincangkan lebih terperinci. Saya tak nak ganggu waktu rehat awak. Tidurlah.

Tuan muda fikir, dia boleh tidur sekarang?

**

"Lila dan Tuan Muda ni perangai sama2 keras kepala tapi memang serasi ahaha. Dan sebenarnya Lila dapat Husband From Heaven patutnya kekekeke. Bayangan Lila mimpi tu paling kita terhibur sekali 🤣🤣. Dan ya, Husband From Hell memang best tak puas baca ahahaha . Sekejap je baca tengok2 dah habis. Memang tak rugi kita beli tau hehe. Tergoda baca teaser, beli baca memang puas hati 🥰🥰🥰. "

Dah baca belum?

https://rumahpk.wasap.my

Rumah Pena Kayu

04 Jan, 01:42


Bersama lafaz bismillah, pintu tersebut dibuka. Wushhh! Ada angin yang menampar kulit wajahnya. Bulu roma di tengkuknya tegak. Perasaan mahu terkucil dan perut memulas pun datang kali ini.

"Tuan muda?" panggilnya setelah hampir sepuluh saat dia memerhatikan keadaan di dalam bilik tersebut. Kemas. Warna hitam dan putih mendom:nasi ruang bilik tersebut.

"Saya datang nak ambil baju kotor." Kepalanya dijengukkan ke dalam bilik. Sunyi.

"Saya minta izin masuk ni." Diberanikan diri melangkah masuk ke dalam bilik besar tersebut. Setiap langkahnya, seperti berpijak di atas paku berkarat. Peluh reniknya pun sudah mulai mahu tumbuh.

Matanya mencari bakul pakaian kotor dan dia menemukan bakul tersebut di tepi bilik air. Terus sahaja langkahnya dihalakan ke sana. Ketika dia mahu memindahkan pakaian kotor tuan muda ke dalam bakul yang dibawanya, dia mendengar bunyi pintu gelangsar dibuka. Kemudian bunyi seperti roda bergerak. Semakin lama semakin mendekatinya.

Perlahan-lahan Lila menegakkan tubuhnya. Awal-awal lagi Lila dipaksa menahan nafas. Seperti ada cahaya putih yang menyilaukan matanya. Lama sebelum matanya dapat melihat figura seorang lelaki.

Lila seperti mendengar detakan jantungnya berubah rentak. Di depan matanya, dia melihat makhluk Tuhan yang begitu elok. Dimulai dengan bentuk muka. Kemudian sepasang mata yang dom:nan. Seterusnya rambut hitam yang beralun. Setelah itu kening yang lebat. Belum lagi hidung yang elok terletak.

Ini... ini tuan muda ke? Kenapa yang Lila lihat sekarang, tidak sama langsung dengan khabar angin yang sampai ke telinganya?

Kulit muka tuan muda sahaja halus. Langsung tidak ada cela. Kulit muka Lila sebagai seorang perempuan pun kalah. Dan... tuan muda duduk di kerusi roda. Tuan muda lumpuh?

"Awak siapa?" Suara tuan muda membuat segala persoalan di dalam kepala Lila lenyap. Suara tuan muda garau. Suara bertaraf maskulin. Lama dia terkesima.

"Kenapa awak masuk ke sini? Siapa benarkan awak masuk ke sini?"

Terkulat-kulat Lila dibuatnya dengan soalan-soalan peluru berpandu tuan muda. Lila fikir, tuan muda sudah tahu tentang kewujudannya.

"Oh, awak pembantu saya yang baru.” Lirikan mata tuan muda meliriknya atas dan bawah. Dahi tuan muda perlahan-lahan dipenuhi kerutan. 

“I was not informed I was paired to a deaf." Sekarang suara tuan muda seperti menurunkan salji ke dalam ruang bilik besar tersebut. Sekujur tubuh Lila kedinginan.

"... or are you perhaps a mute?"

Tadi tuan muda menudvhnya pekak. Sekarang bisu pula. Tuan muda melampau!

"Saya pembantu peribadi tuan muda. Hari ni hari pertama saya bertugas. Nama saya Lila."

Tuan muda tidak memberikan sebarang reaksi. Tuan muda masih lagi merenungnya dengan dahi berkerut. Demi Allah, Lila rasa seperti berdepan dengan mayat hidup sahaja.

"Do not look at me with those eyes." Penuh ancaman suara tuan muda memberi amaran.

"Kalau bukan dua biji mata ni, saya nak guna mata apa, tuan muda? Saya ada dua biji mata ni saja."

Dia sempat mendengar tuan muda merengus. Jelingan tuan muda juga beracun. Huru-hara hati Lila. Kemudian dengan wajah tanpa emosi, tuan muda menyerahkan perutusan jiwa kepadanya.

"Lila, awak dipecat. Keluar."

Lila seperti melihat ada todak yang melompat keluar dari belakang tuan muda lalu terus men:kam tepat ke jantungnya. Tuan muda ni, nak suruh Lila dapat serangan jantung ke?

eBook Husband From Hell
360+ ms
Ready file

Fail eBook dapat cepat. Kalau berminat dengan eBook ni, wasap je kami. Harga promo RM17# shj. Jom grab eBook ni > https://rumahpk.wasap.my

Bonda PK

Rumah Pena Kayu

04 Jan, 01:42


Dengar cerita majikannya jahat. Khabarnya pernah membunuh orang. Betul atau tidak entahlah... Tapi yang pasti gelaran jejaka itu tuan muda dari neraka 👇

Rumah PENA KAYU

29 Dec, 11:51


Bukan main deras lagi dia mencapai pemegang pintu. Pintu dibuka dan dia meluru keluar dari bilik rawatan tersebut bagaikan peluru sesat.

Buk! Tubuhnya bertembung dengan sesuatu. Sesuatu yang jelas sekali bukan pintu. Sesuatu yang seperti tembok. Keras, pejal, dan... berbau wangi? Wangian apa ini? Musky bercampur spicy? Atau sandalwood? Rajin pula dia berteka-teki pada saat-saat genting begini.

Kepalanya sudah didongakkan. Sorotan matanya bertembung dengan sepasang mata berwarna coklat jernih. Tajam. Berjiwa. Detik itu juga dia merasakan jiwanya seperti terbang melayang menyembunyikan diri.

"Awak nak ke mana?" Suara pemilik sepasang mata coklat jernih itu maskulin. Terlalu maskulin. Terlalu sama dengan suara Harris Al-Kahfi yang wujud di dalam mimpinya.  Dia tidak perlu berteka-teki lagi. Lelaki yang menjadi tembok di depannya sekarang memang Harris. Harris yang disebut-sebut sebagai suaminya.

Masalahnya sekarang, dia tidak ada ingatan langsung pernah menjadi isteri lelaki itu. Jadi, bagaimana dia mahu beraksi sebagai isteri mithali?

Dia tidak menjawab pertanyaan yang dilontarkan Harris, sebaliknya memilih melangkah ke tepi. Dia perlu keluar dari bilik rawatan ini. Dia mesti pergi jauh, sehingga dia dapat mengingati semula apa sebenarnya yang telah terjadi.

"Awak nak ke mana?" Sekali lagi suara Harris bergema. Berhasil memecah belahkan keyakinan dirinya. Malah, lengannya telah disambar. Sekali tarik, dia telah berada semula di depan lelaki itu. Terasa melayang-layang tubuhnya. Tenaga lelaki Harris terlalu kuat untuk ditidakkan.

"Saya nak pergi dari sini. Semua orang panggil saya Irina. Tapi saya bukan Irina. Demi Allah, saya ni bukan Irina."

Cara Harris memandangnya sekarang seperti kepalanya telah ditumbuhi tandvk. Setengah tidak percaya sorotan mata lelaki itu. Mengecil sepasang mata berjiwa tersebut ketika meniliknya dalam-dalam. Dia hampir lemas dalam renungan lelaki tersebut!

"Oh, awak bukan Irina... then tell me. Who are you?"

Pertanyaan Harris membuat dia hilang kata mahu merangka jawapan. Kalau dia tahu siapa dirinya, dia takkan berada dalam situasi yang teruk seperti sekarang.

"Bukan urusan Encik Harris nak tahu siapa saya. Sekarang ni, Encik Harris sepatutnya buat lap¤ran p¤l¡s tentang kehilangan isteri encik tu. Saya ni bukan Irina," balasnya lantas merentap lengannya. Sayang sekali, pegangan tangan Harris terlalu kemas. Biarpun berkali-kali dia merentap dan meronta, lengannya tetap juga berada dalam pegangan kemas lelaki itu.

"Awak Irina. Isteri saya."

Aduh, payahlah kalau begini. Dia nak jelaskan bagaimana lagi baru Harris nak faham?

"Disebabkan awak isteri saya, semua berkaitan tentang awak dah jadi urusan saya. Semuanya, Irina Nasruddin." Seperti ada racun pada suara Harris. Seperti ada amaran keras yang dilontarkan padanya. Meremang bulu romanya saat Harris menarik tubuhnya lebih rapat. Berderau darahnya saat tubuh mereka bertembung. Spontan sorotan matanya singgah pada bib:r lelaki itu. S:al! Sempat lagi dia memuji bib:r Harris. Bibir s₩nsual Harris.

"Saya…saya bukan isteri Encik Harris. Encik Harris ni dah salah orang. Percayalah cakap saya ni. Saya tak boh¤ng." Sekali lagi dia mer¤nta-r¤nta minta dilepaskan. Puas dia bergelut, hasilnya belum ada. Setelah gagal, dia nekad mengg:git pergelangan tangan Harris Al-Kahfi sekuat-kuat hatinya. Dan sebaik sahaja pegangan tangan lelaki itu longgar, bergegas dia melepaskan diri. Dia tidak menunggu lama untuk angkat kaki dari bilik rawatan tersebut. Kalau dia ditangkap, dia tak tahu apa akan jadi dengan dirinya. Yang pasti dia akan dipaksa untuk menjadi Irina.

Susup-sasap dia melarikan diri. Dari arah belakangnya, dia mendengar kekec¤han dan bunyi tapak kaki mengejarnya.

"Tangkap dia!"

Dia mendengar suara Harris. Apa lelaki itu fikir, dia akan mengalah dengan mudah? Maaflah, dia akan berjuang habis-habisan demi kebebasannya!

Novel Scandalous
470+ ms
Ready stock

Boleh dapatkan novel ni thru wasap atau grab terus dekat kedai Shopee kami. Ini linknya > https://s.shopee.com.my/4VMjciGOj2

Rumah PENA KAYU

29 Dec, 11:50


Betul ke dia sudah berkahwin? Ada suami? Tapi... kalau betul itu suaminya, kenapa jejaka itu berdendam dengannya? Salahnya apa? 👇

Rumah PENA KAYU

29 Dec, 00:17


“Kenapa lama sangat baru nak buka pintu? Aku ketuk dari tadi. Kau pekak ke? Atau tahi telinga kau tu banyak sangat? Dah k¤rek atau belum tahi telinga tu?”

Gugup Rhea dibuatnya untuk mengarang jawapan setelah diser₩ng dengan soalan bertubi-tubi. Dan setelah penyakit gugupnya hilang, dia gagap pula.

“Ta-ta-tadi…“

"Kenapa gagap pula ni?” tempelak Adam. Kemudian dia men¤lak Rhea ke tepi supaya dia dapat masuk ke dalam bilik Rhea. Matanya meneroka dekorasi bilik Rhea. Terlalu banyak warna merah jambu. Sakit matanya melihat warna tersebut.

“Abang Adam cari Rhea sebab apa?” Lega Rhea. Dia sudah tidak gagap. Namun rasa leganya cuma sempat bertahan sesaat. Adam kembali menempelaknya tanpa belas.

"Kau panggil aku apa?!" Jegilan mata Adam seperti men¤laknya jatuh ke dalam parit yang membusvk.

"Berapa kali aku nak ingatkan kau?  Jangan panggil aku abang kalau bukan depan mama. Kau tu bukan adik aku. Selamanya kau takkan jadi adik aku. Tolong faham bahasa sikit!"

Rhea takkan terlvka. Selama dua tahun dia tinggal di sini, dia telah lali dengan sikap negatif Adam padanya. Kadang-kadang Rhea rasa, sikap negatif tersebut yang mendorong Rhea semakin mabvkkan Adam. 

"Abang..."

Jegilan mata Adam membantutkan ayat Rhea. Lekas-lekas dia membetulkan ayatnya. 

“Kenapa kau cari aku? Kali ni aku dah timbulkan masalah apa?”

Adam mengerling Rhea sebelum berpelvk tubuh. Setiap kali melihat Rhea, setiap kali itu juga kebencian berlumba-lumba masuk ke dalam jiwanya. Rasa benci itu tak pernah hilang sejak Rhea datang ke sini dua tahun dahulu.

Mama Sarah melayan Rhea seperti puteri raja. Mama Sarah seperti telah lupa pada Ava. Dia tidak suka Rhea mengambil tempat yang sepatutnya hanya untuk Ava. Dia lebih tidak suka Rhea mengambil kesempatan pada kelemahan Mama Sarah. Rhea itu jah₩t.

"Kau ada masa?" Adam memilih menjawab soalan Rhea dengan soalan. 

"Ada, tapi kenapa?"

"Aku nak berbincang. Hal penting."

"Hal apa?"

Jel¡ngan Adam hampir membunvhnya.

"Hal engkaulah, takkan hal aku!" selar Adam, cukup untuk membuat Rhea mengunci mulutnya. Sekarang dia lebih senang membeku daripada bersuara. Dia menunggu sahaja Adam yang membuka mulut. Dia dapat mengesan keresahan Adam. Dia juga dapat mengesan kemarahan yang cuba dikawal.

"Mama dah buat keputusan nak ambil kau sebagai anak angkat." Rahang Adam bergerak-gerak. Urat-urat pada lehernya juga timbul sebaik sahaja selesai menyampaikan berita tersebut. 

Sekarang Adam menunggu reaksi Rhea. Dia tahu perkhabaran ini yang Rhea tunggu-tunggu. Setelah Rhea sah sebagai anak angkat Mama Sarah, dia sudah tidak boleh lagi mempertikaikan kedudukan Rhea di dalam rumah ini. Dia tewas dalam peper₩ngan mempertahankan hak Ava. Hak Ava yang semakin dilupakan.

“Kau faham apa aku cakap tadi?”

Terangguk-angguk kepala Rhea.

"Aku tak setuju dengan keputusan tak betul mama. Aku tak nak kau jadi sebahagian daripada kami.”

Rhea sekadar membalas pandangan matanya tanpa memberi reaksi yang dia mahukan. Dia mahu Rhea membantah. Bukan diam seperti sekarang.

“Dengar sini, Rhea. Kau takkan dapat ganti tempat Ava. Kau tu cuma parasit yang menumpang di rumah kami. Dua tahun ni aku banyak bersabar dengan kau, tapi perangai kau makin menjadi-jadi."

"Aku tak pernah ada niat nak ganti tempat Ava." Ayat bela diri Rhea meluncur keluar. Sepuluh jarinya mengg¡gil menahan perasaan geram yang mulai mengambil alih.

"Jangan boh¤ng, Rhea. Aku tahu apa yang berlegar dalam kepala kau. Aku tahu rancangan kau. Semuanya!"

Novel Menunggumu
480+ ms
Ready stock

Novel ni tak masuk kedai buku. Boleh grab thru wasap. Kalau nak grab thru Shopee pun boleh. Ini link kedai Shopee kami > https://s.shopee.com.my/60BWdqtDZg

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

29 Dec, 00:16


Dia menyukai anak lelaki kawan baik arwah ibunya. Tapi jejaka itu membencinya. Dia dianggap parasit tak sedar diri kerana menumpang tinggal di rumah keluarga jejaka itu! 👇

Rumah PENA KAYU

27 Dec, 09:10


"Cik Hara, tunggu saya!"

Semakin deras langkahnya. Kalau dia berhenti dan berbual dengan Khai, tidak tahu bala apa yang datang kepadanya. Entah-entah dia cop cuba nak menggoda suami orang.

"Cik Hara,” panggil Khai terus. Lelaki itu telah berjaya mengejar langkahnya. Lelaki itu menjadi tembok yang menghalang langkahnya.

"Saya nak minta tolong."

Entah pertolongan apa yang mahu diminta? Pasti melibatkan hubungan suami isteri itu. Tak kuasa dia nak melayan.

"Tolong saya jauhkan Zariff daripada isteri saya. Zariff nak rosakkan rumah tangga saya.”

Telahannya betul!

"Saya tak nak campur. Sorry sangat. Masalah cinta bersegi-segi awak bertiga, awak bertiga selesaikan sendiri. Jangan babitkan saya.”

"Cuma Cik Hara yang boleh tolong saya sekarang. Cik Hara mesti buat Zariff lupakan isteri saya. Buatlah cara apa pun, asalkan Zariff tak kacau isteri saya lagi. Saya akan bayar lumayan."

Apa suami Aleya ini fikir, dia mata duitan? Apa suami Aleya ini fikir, hubungan mereka rapat sehingga lelaki itu selamba sahaja meminta permintaan bertaraf bebal begini?

"Sorry, saya memang tak dapat nak tolong. Awak boleh cari orang lain. Saya minta diri dulu."

Bukan dia yang dilanda masalah rumah tangga, tapi dia yang sakit kepala dan huru-hara. Dan selepas Zohor, dia mendengar lagi kekecohan dari rumah sebelah. Secara tepatnya, dari rumah Aleya.

Suara Aleya ada. Suara Dr Zariff ada. Suara Khai pun ada. Tiga suara bergabung dan menjadi pencemaran bunyi.

Hara meraih telefon bimbitnya. Kemudian dia membuka pintu rumah.

“Ya, ada orang buat kecoh depan rumah saya. Aras 6, nombor rumah B3-0612.” Sengaja Hara bercakap kuat-kuat. Dia mahu tiga orang manusia itu mendengar kata-katanya. Dia yakin misinya berjaya. Pertelingkahan sengit itu akhirnya bubar. Tiga pasang mata kini memberi sepenuh perhatian padanya.

“Cepat sikit ya. Saya takut mereka saling berbvnuhan sekejap lagi.”

Pening kepala Hara. Kenapalah Dr Zariff tu buat hal? Hara dahlah tak ngam dengan doktor tu. Nak kena goda dia pulak??? Hurm... tunggu kiamat dulu!

Marilah baca eBook Berdiri Bulu Romaku. Harga promo RM10# Wasap je Min sekarang>>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

27 Dec, 09:09


Salam Jumaat, Min nk bagitahu satu ebook yg underrated tapi best! eBook Berdiri Bulu Romaku.

Ada yang tak betul ni. Ada ke patut kau yang orang luar ni disuruh goda skandal wife dia?

Isk, cari nahas kalau kau setuju. Malas kau nak hadap doktor kerek tu. Lagipun mcm dah tak ada perempuan single dalam dunia ni, bini orang jugak doktor tu sibuk nak sondol😶

Gitu summary eBook Berdiri Bulu Romaku. Ready file 🌞

Rumah PENA KAYU

23 Dec, 12:39


“Awak tak setia, sedangkan saya setia dengan awak. Saya hormat awak, tapi awak balas dengan jadi perempuan tak bermarvah. Awak tidur dengan dia di belakang saya. Awak manusia atau syaitan?”

Maryam tahu Karl telah sampai pada kemuncak kemarahannya, tetapi sangat aneh apabila wajah tegang Karl bertukar tenang. Baju Karl lain. Fesyen rambutnya juga lain. Raut wajahnya juga jauh lebih berwibawa.

Paling penting, Maryam melihat Bella di sisi Karl. Bella melemparkan senyuman padanya. Bahkan Bella melambaikan tangan padanya.

Seperti orang gila Maryam berdiri. Dia keluar dari bilik tempatnya berehat, merangkap pejabat kecilnya untuk menyambut pasangan tersebut.

Sekarang Maryam bukan lagi berada dalam lamunan lapuk berusia empat tahun, tetapi berdepan dengan realiti. Karl bukan lagi miliknya. Karl milik Bella sekarang. Apa saja hubungan yang pernah terjalin antara dia dan Karl, telah selamat ditelan dan bersemadi di dasar bumi.

“Awak okey? Sorry, saya dengan Karl datang mengejut. Lisa baru beritahu saya yang awak ada butik baju pengantin. Jadi, kami ke sini nak tengok-tengok keadaan awak.” Bella yang bersuara, sementara Karl membuang pandang ke arah lain. Karl tidak sudi memandang Maryam. Mungkin Karl rasa, Maryam terlalu murah atau mungkin tidak ada harga.

“Saya okey.”

“Awak balik mengejut semalam. Saya tak sempat kenalkan awak dengan teman lelaki saya. Selama ni dia bertugas di Dubai, tapi company tempat dia kerja dah minta dia balik KL semula.”

Maryam rasa, Bella terlalu baik dan naif untuk membaca aura gelap yang terbentuk di sekitar Karl. Aura gelap itu muncul setiap kali lelaki itu berada dekat dengan Maryam.

“Karl, yang ni Mar. Rasanya awak mesti dah jumpa dan berkenalan dengan dia semalam masa di rumah Lisa.”

Sekadar anggukan kepala dan sorotan tajam yang Maryam terima daripada Karl.

“Kami akan berkahwin tahun depan. Saya harap awak tak kisah kalau saya pilih awak jadi bridesmaid saya. Saya pun pilih Lisa. Lisa dah beri kata setuju.” Cukup cemerlang bola mata Bella. Penuh harapan cara Bella memandang Maryam.

Amat payah untuk Maryam melarik segaris senyuman mendengar permintaan Bella. Permintaan Bella terlalu sulit untuk dia realisasikan.

“Terlalu awal kalau awak pilih bridesmaid sekarang.” Karl memandang Bella tepat. Lelaki itu jelas nampak tidak selesa.

“Lagi lapan bulan, Karl... sebelum tahun depan menjelma. Saya tak nak buat persiapan kahwin kita secara kelam-kabut.”

Karl nampak semakin tidak selesa.

“Awak ada ramai kawan. Awak boleh pilih salah seorang daripada mereka. Besides, bridesmaids were chosen from unwed young women of marriageable age.” Karl menekankan perkataan ‘unwed’. Lirikan matanya singgah sejenak pada Maryam. Sejenak yang hampir membekukan Maryam.

“Mar belum berkahwin dan dia pun kawan saya. Saya tak nampak sebarang masalah kenapa dia tak boleh jadi bridesmaid saya.”

Lirikan Karl kembali lagi mencari Maryam. Kali ini dia melirik Maryam sepuas hatinya. Karl seperti lupa pada Bella yang berada di sisinya biarpun sejak tadi Bella yang bersuara.

“I see," sebut Karl. Masih lagi meliriknya. Bezanya, lirikan mata lelaki itu kali ini seperti memandang rendah padanya. Demi Allah, kalau tidak mengenangkan Bella berada di antara mereka, Maryam halau Karl keluar. Maryam cucuk mata Karl, biar Karl menjadi sepupunya si Kassim Selamat!

Apa Karl fikir, dia kemaruk sangat nak jadi bridesmaid pernikahan lelaki itu dengan buah hatinya?

eBook Maryam
680+ ms
Ready file

Jom awak baca eBook Maryam ni. Ready file. Insya-Allah fail eBook dapat segera. Harga promo RM22# shj. Wasap je kami > https://rumahpk.wasap.my

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

23 Dec, 12:38


Berjumpa semula dengan bekas suami yang ceraikannya tanpa dengar penjelasan. Mereka berpura-pura saling tak mengenali. Tapi kepura-puraan itu tak boleh diteruskan bila dia diminta jadi bridesmaid! 👇

Rumah PENA KAYU

22 Dec, 09:40


“Awak buat apa datang ke sini?” Suara Fahri dingin. Terlalu dingin.

“Saya tak boleh tidur. Kemudian saya dengar suara orang menangis.”  

“Saya tak menangis. Dan kalau pun awak dengar sesuatu, awak tak sepatutnya keluar dari bilik awak. Macam mana kalau pencuri yang masuk ke rumah ni tadi? Awak nak hidup awak jadi macam Ariana? Dir0gol dan kemudian dibvnuh?”  

Masya-Allah, saya rasa Fahri terlalu paranoid sekarang. Semua perkara dia sabitkan dengan kemalangan yang menimpa Ariana.  

“Saya bukan Ariana.”  

“Kalau awak sedar awak bukan Ariana, jangan kacau hidup saya lagi. Awak takkan dapat jadi pengganti Ariana. Awak bukan Ariana. Jangan tebalkan muka dan berterusan meraih simpati emak saya.” 

Ayat Fahri menghiris-hiris hati saya.  

“Kalau emak saya nak awak jadi isteri saya sekalipun, saya takkan setuju. So please, hentikan semua rancangan kotor yang ada dalam kepala awak sekarang. Saya muak.”  

Saya pusingkan tubuh dan terus melangkah meninggalkan Fahri. Fahri melampau. Kalau pun niatnya mahu menghalau saya, tak sepatutnya dia menggunakan kata-kata kesat. Banyak lagi pilihan kata-kata yang sesuai digunakan.  Sebagai anak Melayu yang kaya dengan sifat sopan, Fahri patut sedar ayat-ayatnya tadi membenamkan jiwa. 

“Riani.”  

Walaupun saya mahu terus melangkah, tetapi suara Fahri ada aura yang kuat, yang menyebabkan saya berhenti melangkah dan memandang ke arahnya. Saya kuatkan hati. Saya yakin, apa saja yang bakal keluar dari mulut Fahri selepas ini, bakal membuat jiwa saya seperti tak bernadi.  

“Jangan datang ke rumah saya lagi selepas ni. Saya tak nak awak curahkan niat tak baik awak pada mak saya. Saya tak nak mak saya termakan budi awak.”  

Tuduhan Fahri berat. Saya tahan air mata daripada jatuh. 

“Saya tak suka awak, Riani. Sekali saya tak suka, seluruh keturunan awak pun saya tak suka.”  

Seluruh sistem kewarasan saya seperti terhenti. Salah saya apa sehingga Fahri berkata begitu? 

eBook Diari Jiwa
340+ ms 
Ready file

Harga promo RM10# shj. Tapi kalau promo tamat tak dapat dah harga ni. Lekas wasap kami > https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

22 Dec, 09:38


Dia suka jejaka yang membencinya. Dia pilih berkawan dengan takdir, tapi tetap dianggap berniat jahat!

Rumah PENA KAYU

20 Dec, 01:13


“Saya tak nak ada di antara awak yang stress. Sebab bila awak stress, awak akan cenderung melakukan kesilapan. Kesilapan bodoh. Kesilapan yang entah apa-apa.”

Dia melihat Hasbul ‘Ariff menebarkan pandangan mata. Cepat sahaja dia menundukkan wajah. Tidak mahu terperangkap lagi dalam sorotan sepasang mata coklat jernih tersebut.

“Sebelum kita mulakan, ada sesiapa yang nak tanya soalan?”

Dari ekor matanya, dia melihat seorang calon perempuan yang duduk di sudut paling hujung mengangkat tangan. Bukan main lebar senyuman calon perempuan tersebut. Melihat caranya memandang Hasbul ‘Ariff, Syuhada yakin calon perempuan tersebut berniat untuk menarik perhatian lelaki itu. 

“Ya, awak nak tanya soalan apa?”

“Tuan Hasbul ‘Ariff dah kahwin ke? Atau single lagi?”

Mengeras sekujur tubuh Syuhada. Bergema juga ruang sederhana besar itu dengan s:ulan para pelajar lelaki. Tak sangka pula ada yang bermulut lepas bertanyakan soalan berstatus peribadi begitu. Memang nak dapat keputusan gagal agaknya.

“Kenapa kalau saya single lagi? Ada kekosongan ke untuk saya?”

Dia menaikkan matanya ke atas mendengar jawapan Hasbul ‘Ariff. Dasar lelaki! Memang tidak dapat lari daripada penyakit yang disebut gatal.

“Ada, tuan. Mestilah ada.”

Hiruk-pikuk suasana jadinya mendengar jawapan balas calon perempuan tersebut. Dia memberanikan diri memandang Hasbul ‘Ariff yang berdiri di depannya. S:al! Lelaki itu juga sedang memberi perhatian padanya.

“Belum. Saya belum berkahwin.”

Kenapa Hasbul ‘Ariff menjawab pertanyaan tersebut sambil memandang padanya? Apa kaitan jawapan tersebut dengannya? 

“Dah ada calon?” menyampuk pula satu suara lain. Perempuan juga.

Sekali lagi lirikan mata Hasbul ‘Ariff singgah padanya. Apa-apaan ini? Kenapa setiap kali lelaki itu melirik padanya, setiap kali itu juga emosinya berg¤lak hebat?

“Saya dah ada calon. Doakan saya dengan pasangan saya cepat nikah dan cepat juga dapat anak.”

eBook Tuan JPJ [Babak Akhir]
490+ ms
Ready file

Marilah baca eBook ni awak. Harga promo RM20# Fail ebook dapat cepat. Wasap kami ya > https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

20 Dec, 01:13


Sebenarnya dia kenal dengan pegawai JPJ itu. Bekas kawan sekolah kakak. Tapi dulu mereka tak pernah berbual kerana pegawai JPJ itu menyombong. Sekarang... banyak cakap! 👇

Rumah PENA KAYU

19 Dec, 11:02


Suasana di sekolah memandu kelihatan sEsak dengan pelajar-pelajar yang bakal menduduki ujian lesen memandu. Perasaan Syuhada tenang. Rasa gemuruhnya dikawal dengan baik. Namun yang baik bertukar berantakan setelah pandangan matanya terperangkap dalam renungan mata seorang pegawai JPJ.

Dia kenal dengan pegawai JPJ tersebut. Dia bertembung semula dengan Hasbul ‘Ariff. Kebetulan apa ini? Ini kebetulan yang sangat mendera jiwa!

Perasaan gemuruhnya datang terus setelah menyedari Hasbul ‘Ariff melangkah menuju ke ruangan tempat calon berkumpul. Renungan mata lelaki itu sejak tadi terarah padanya.

Setelah bersusah-payah, dia berhasil melarikan pandangan mata. Besarlah harapannya hari ini akan baik-baik sahaja.

Namun itulah, apabila dia melirik semula ke arah Hasbul ‘Ariff, renungan mata pegawai JPJ itu masih menjadi miliknya. Rasanya tidak beralih sejak tadi. Sebab sejak tadi dia merasa sedang diperhatikan!

Gagal mengawal rasa panik yang mulai menyelubungi diri, dia bangun. Tanpa membuang waktu dia bergerak untuk berada di barisan paling belakang. Biar jauh dari radar mata Hasbul ‘Ariff.

“Awak yang pakai blouse putih tu nak ke mana?”

Ada suara yang menyerg4hnya. Suara siapa lagi kalau bukan suara garau milik Hasbul ‘Ariff. Perlahan-lahan langkahnya terhenti. Perlahan-lahan juga dia berpaling. Bercupak-cupak mata sudah memberi tumpuan padanya. Memalukan sungguh!

“Saya nak duduk di barisan belakang, tuan.” Jelas bergetar suaranya. Seperti suara orang yang baru ditangkap melakukan kesalahan.

“Kenapa dengan tempat duduk awak sekarang? Ada ular dekat kerusi tu? Atau ada raksasa sampai awak terpaksa pindah tempat duduk?” Bertubi-tubi pertanyaan Hasbul ‘Ariff. Lelaki itu sengaja mengasaknya. Semuanya asakan lelaki itu jelas sekali menyind:rnya. Dan ya, dia merasa sangat tersindir. Berguni-guni sumpahan mula dilaungkan hatinya terhadap lelaki itu.

“Kalau awak tak boleh nak jawab soalan saya, duduk semula di kerusi awak tadi. Tak payah nak sibuk pindah tempat duduk.”

Dia menurut perintah bukan bererti dia kalah. Dia cuma mengelak kekec0han daripada berlaku. Lagipun dia tidak mahu namanya disenarai hitamkan daripada mengambil lesen P gara-gara bertegang urat dengan pegawai JPJ.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Tuan Hasbul. Sebelah saya Tuan Megat, yang tengah tu Tuan Hambali, yang bermisai melenting tu Tuan Yahya dan yang hujung sekali tu Tuan Ihsan. Kami semua yang akan luluskan awak semua. Tapi kami pun boleh gagalkan awak semua.”

Semuanya terdiam mendengar penerangan Hasbul ‘Ariff. Ada yang tenang. Ada juga yang sudah cvak. Bahkan ada juga yang mulai berbisik-bisik.

“Semua dah breakfast?” Bergema lagi suara Hasbul ‘Ariff. Kali ini lebih santai suaranya. Paling mengejutkan, ada senyuman yang dihadiahkan pada kesemua calon yang berada di ruangan tersebut. 

Demi Allah, lidahnya kelu melihat senyuman lelaki itu. Dia fikir, Hasbul ‘Ariff tidak pandai tersenyum. Dan apa yang lebih mengejutkan, ruangan itu bergema dengan suara hampir kesemua calon memberikan jawapan positif pada pertanyaan Hasbul ‘Ariff. 

Dia pula selesa mengunci mulut. Kalau dia membuka mulut, dia bimbang menjadi mangsa sindiran lelaki itu lagi. Kalau sabarnya hilang, boleh jadi dia melawan. Boleh jadi dia tidak dibenarkan menduduki ujian memandu hari ini. Dia juga yang susah nanti.

"Bagus. Itu yang saya nak dengar. Saya harap kita semua dapat bekerjasama dengan baik hari ni. Saya takkan susahkan awak semua, kecuali... awak sendiri yang cari susah dengan saya. What you give you get back. Faham maksud saya?”

Syuhada rasa kata-kata nasihat berbaur amaran itu ditujukan khas padanya. Lihat sajalah, lelaki itu melihat ke arahnya. Membenamnya dengan renungan tajam!

eBook Tuan JPJ [Babak Akhir]
490+ ms
Ready file

Aiyorkkk, siapa suruh langgar kereta Tuan JPJ. Kan dah kena mark 😵‍💫 Jom awak grab eBook ni. Fail eBook dapat cepat. Harga promo RM20# Wasap je kami > https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

19 Dec, 11:02


Hari ni ada ujian memandu. Awalnya elok saja semuanya sehinggalah pegawai ujian sampai. Alamak... itukah pegawai JPJ pemilik kereta yang dia terlanggar tempoh hari! Habislah...

Rumah PENA KAYU

19 Dec, 03:43


Nafasnya seperti mahu terhenti setelah melihat pintu kenderaan yang menjadi mangsa ciuman kereta arwah ayah terbuka. Keluar seorang lelaki. Tinggi. Raut mukanya serius. Tidak ada senyuman. Lelaki itu seperti telah bersedia untuk menjerkahnya dengan kuat.

“Shit!” luahnya tanpa sedar setelah lelaki itu mengatur langkah mendekatinya. Dia tidak senang duduk. Semuanya serba tidak kena.

Ketukan keras di cermin kereta membuat bahunya bergegar teruk. Dia tidak berani mengangkat muka. Tunduk sahaja kepalanya. Namun ketukan pada cermin keretanya seperti takkan berhenti. Dia tidak ada pilihan lain lagi selain mengangkat mukanya.

Pandangan matanya terus disapa sepasang mata berwarna coklat jernih.  Liurnya diteguk. Pahit. Dan kenapa dia seperti ditelan pasir jerlus sahaja ketika ini?

Kemudian sorotan matanya singgah pula pada tag nama yang melekat pada baju seragam biru gelap lelaki tersebut. H A S B U L  ‘A R I F F . Dia mengeja-ngeja nama tersebut. Diulang-ulang tanpa jemu. Melekat terus di kepalanya. Bersemadi terus di dalam sanubarinya.

Apalah malang sangat nasibnya hari ini? Boleh pula dia melanggar kenderaan milik pegawai kerajaan. Pegawai JPJ pula tu. Memang cari nahas namanya!

Sekali lagi cermin keretanya diketuk. Lebih keras. Lebih bertubi-tubi. Malah lelaki yang bernama Hasbul ‘Ariff itu mula memberi isyarat supaya dia keluar dari perut kereta.

Terketar-ketar tangannya sewaktu membuka pintu kereta. Lututnya seperti tidak mampu berdiri dengan baik. Dia terpaksa berpaut pada pintu kereta.

“Lesen.”

"Ya?” Suaranya keluar seperti mahu menangis. Dia tidak dapat memproses apa yang disebut oleh lelaki tersebut. Dia hanya melihat b:bir lelaki itu bergerak-gerak. 

“Lesen. Saya nak tengok lesen.”

Barulah dia dapat menangkap apa yang diungkapkan oleh lelaki tersebut. B:birnya diketap kuat. Matanya mel¡ar ke kiri dan ke kanan. Dia berharap apa yang terjadi sekarang hanya mimpi. Dia perlu bangun sekarang!

Malang sekali dia tidak bermimpi. Apa yang terjadi sekarang adalah realiti. Dia terlibat dalam kemalangan dan dia adalah punca kemalangan tersebut berlaku. Dia melanggar kereta orang.

“Lesen awak mana? Jangan beritahu saya awak ni tak ada lesen pula.”

Bukan main tajsm lagi lirikan mata pegawai Jepije  tersebut. Dia hampir tercek¡k liur sendiri. Sepuluh jarinya mengg:gil-gig¡l. Telapak tangannya berpeluh-peluh ketika cuba merangka jawapan.

“Saya… saya minta maaf, tuan. Saya belum ada lesen.”

Dapat dia rasakan kepala pegawai Jepije yang bernama Hasbul ‘Ariff itu telah ditumbuhi tanduk. Bukan satu. Bukan juga dua. Tetapi tiga!

eBook Tuan JPJ [Babak Akhir]
490+ ms
Ready file

Fail eBook boleh dapat cepat. Harga promo Rm20# Kalau berminat wasap je kami > https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

19 Dec, 03:40


Belum ada lesen kereta dan dia terlanggar kereta orang. Kereta pegawai JPJ! MASAK DIA KALI NI 🥲

Rumah PENA KAYU

18 Dec, 04:29


"Kereta I buat hal," kata kelaki itu. Tidak tahu lelaki itu bercakap dengan siapa. 

"Hai, nama I Paei," sambung lelaki itu lagi. 

Ayana memandang sekeliling. Tidak ada sesiapa pun kecuali dirinya. 

"I Ayana." 

"Ayana... Subhanallah, sedapnya nama. Suka I sebut. Manis macam karamel. Boleh diebetes I ni kalau selalu sebut nama you." 

Geli isi perutnya mendengar kata-kata Paei. Lagipun orang lelaki kalau memuji, adalah tu yang mereka mahukan. 

"Ayana, I nak minta tolong sikit." 

Dia baru cakap tadi. Sekarang si Paei ini terus membuktikan apa yang dia katakan betul. Pujian Paei dipenuhi muslihat. 

"Tolong apa?" 

"Rumah I depan tu saja." 

Dahinya sedikit berkerut mendengar kata-kata Paei. Namun matanya tetap melihat arah yang ditunjuk oleh jari telunjuk Paei. Terbuka sedikit matanya setelah menyedari rumah yang baru siap direnovasi itu milik Paei. 

"You boleh tolong tolak kereta I?" 

Eh, boleh pula dia yang disuruh menolak kereta Paei? Paei ini langsung tidak ada ciri-ciri lelaki budiman. 

"You tolak, I tekan minyak. Bila kereta dah bergerak, you lepaslah." 

Amboi, bagusnya rancangan Paei! 

"Apa kata I yang tekan minyak dan you yang tolak." Dia memberikan cadangan yang lebih wajar. 

"Kereta I manual ni. You boleh ke?" 

Terangkat kedua-dua belah keningnya. Mestilah tak boleh. Memanglah ketika mengambil lesen kereta dia menggunakan kereta manual. Namun selepas itu, dia tidak pernah lagi membawa kereta manual. Dia pun sudah lupa mekanisme membawa kereta manual bagaimana. 

"You tolak. I tekan minyak." Putus Paei. Gayanya bercakap macam mereka berkawan baik pula. Padahal ini kali pertama mereka bertemu. 

Dan tanpa menunggu persetujuannya, Paei sudah kembali memasuki perut kereta Honda Civic miliknya. 

"Ayana, cepatlah tolak! Jangan berlengah lagi. Masa mencemburui kita ni." Paei tersengih-sengih. 

Banyak tampan muka Paei!

Begitulah lebih kurang isi cerita eBook Tunang Orang ni. Ready file. Boleh dapat terus. Harga pun tengah cun! RM10# Wasap kami cepat sementara harga tengah cun lagi > https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

18 Dec, 04:29


eBook apa yang ramai grab semalam? eBook ni. eBook Tunang Orang. Harga istimewa RM10# je.

Rumah PENA KAYU

15 Dec, 04:45


"Abang Syuk bergurau, Naila. Saya bukan bakal orang rumah Abang Syuk. Saya Elaina. Adik arwah Abang Firman." Dia memberi penjelasan. Penjelasan yang berhasil membuat Naila memandangnya tanpa berkelip.

"Awak adik arwah Firman?" ulang Naila untuk kepastian. Entah kenapa dia dapat merasakan betapa tidak selesanya Naila ketika ini. Bahkan Naila sempat membina jarak.

Ada apa ini? Adakah menjadi adik kepada Abang Firman sesuatu yang menjijikkan? Sehingga Naila perlu membina jarak?

“Ya, inilah adik arwah Firman. Selama ni Naila dengar nama saja, kan? Kali ni boleh jumpa terus.”

Senyuman yang terukir di bibir Naila dibuat-buat. Naila seperti tidak sabar-sabar untuk angkat kaki.

"Elaina, ini Naila. Buah hati pengarang jantung Reza. Mereka berdua pun tak lama lagi nak bertunang.”

“Siapa yang nak bertunang tak lama lagi?”

Ada suara garau menyampuk perbualan mereka. Suara yang tidak berubah. Masih sama seperti lima tahun yang lalu. Terlalu khas dan sulit ditemui pada mana-mana lelaki yang lain. Lebih sial lagi, pemilik suara garau itu memilih berdiri di sebelahnya. 

“Kau dengan Naila.” Syuk memberikan jawapan.

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia tidak perlu terkejut. Lima tahun bukan jarak masa yang singkat. Pastilah Reza telah menemui belahan jiwanya. 

“Perangai kau sekarang suka buat kerja senyap-senyap. Langsung tak cerita apa-apa pada aku. Kalau bukan sebab Naila terlepas cakap, sampai ke sudah aku tak tahu yang kau berdua nak bertunang.”

Elaina menahan nafas. Dia sendiri tidak faham kenapa dia mesti menahan nafasnya. Dia lemas sendiri.

“Kalau aku dan Naila nak bertunang, kau orang pertama yang aku akan beritahu.”

“Bila ni kau nak bertunang? Jangan sama tarikh dengan aku pula. Aku sula kau nanti.”

“Jangan risau. Takkan sama. Cincin pertunangan pun aku belum beli lagi. Betul tak, Naila?”

Kenapa dia merasakan ada kemarahan yang cuba Reza bendung di sebalik kata-katanya? Jelas sekali lelaki itu tidak suka berita pertunangannya dijaja.

"Ini siapa?"

Nah, baru sekarang Reza sedar kewujudannya di situ. 

"Aku bagi hint. Kita dah lama tak jumpa dia. Dah lima tahun."

Dia seperti ditolak untuk berada di dalam dimensi yang lain. Dimensi yang cuma didiami oleh dirinya dan Reza. Tidak ada makhluk bernyawa yang lain.

"Elaina?" sepatah kata yang keluar dari bibir Reza. Sepatah kata yang membuat dia lupa bagaimana untuk bernafas. Tapi kenapa dia mesti begini? Kenapa dia tidak boleh berkelakuan seperti biasa?

"Kalau pun kau dah tahu ini Elaina, cubalah buat-buat salah teka. Kau ni tak pandai nak berseloka langsung." Leteran Syuk ke udara.

"Bila sampai?" Cukup tenang suara Reza menyapanya. Cukup tenang juga lelaki itu mengabaikan leteran Syuk. Lelaki itu juga seperti telah lupa tentang Naila yang menjadi pemerhati sejak tadi. 

Perlahan-lahan tubuhnya dipusingkan untuk berdepan dengan Reza. Dan sorotan matanya terus dikepung oleh sorotan tajam milik lelaki itu.

Bagaimana ini? Dia seperti dihentam beratus-ratus anak panah dari segenap penjuru! 

EBOOK ELAINA
300+ pages | Ready file

Harga promo RM15# je ni. Cepat grab. Wasap kami > https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

15 Dec, 04:45


eBook Elaina
Pena Kayu
Rm15 ❤️

Rumah PENA KAYU

12 Dec, 12:16


Suasana di sekolah memandu kelihatan sesak dengan pelajar-pelajar yang bakal menduduki ujian lesen memandu. Perasaan Syuhada tenang. Rasa gemuruhnya dikawal dengan baik. Namun yang baik bertukar berantakan setelah pandangan matanya terperangkap dalam renungan mata seorang pegawai JPJ.

Dia kenal dengan pegawai JPJ tersebut. Dia bertembung semula dengan Hasbul ‘Ariff. Kebetulan apa ini? Ini kebetulan yang sangat mendera jiwa!

Perasaan gemuruhnya datang terus setelah menyedari Hasbul ‘Ariff melangkah menuju ke ruangan tempat calon berkumpul. Renungan mata lelaki itu sejak tadi terarah padanya.

Setelah bersusah-payah, dia berhasil melarikan pandangan mata. Besarlah harapannya hari ini akan baik-baik sahaja.

Namun itulah, apabila dia melirik semula ke arah Hasbul ‘Ariff, renungan mata pegawai JPJ itu masih menjadi miliknya. Rasanya tidak beralih sejak tadi. Sebab sejak tadi dia merasa sedang diperhatikan!

Gagal mengawal rasa pan¡k yang mulai menyelubungi diri, dia bangun. Tanpa membuang waktu dia bergerak untuk berada di barisan paling belakang. Biar jauh dari radar mata Hasbul ‘Ariff.

“Awak yang pakai blouse putih tu nak ke mana?”

Ada suara yang menyergahnya. Suara siapa lagi kalau bukan suara garau milik Hasbul ‘Ariff. Perlahan-lahan langkahnya terhenti. Perlahan-lahan juga dia berpaling. Bercupak-cupak mata sudah memberi tumpuan padanya. Memalukan sungguh!

“Saya nak duduk di barisan belakang, tuan.” Jelas bergetar suaranya. Seperti suara orang yang baru ditangkap melakukan kesalahan.

“Kenapa dengan tempat duduk awak sekarang? Ada ular dekat kerusi tu? Atau ada raksasa sampai awak terpaksa pindah tempat duduk?” Bertubi-tubi pertanyaan Hasbul ‘Ariff. Lelaki itu sengaja mengasaknya. Semuanya asakan lelaki itu jelas sekali menyind:rnya. Dan ya, dia merasa sangat tersindir. Berguni-guni sumpahan mula dilaungkan hatinya terhadap lelaki itu.

“Kalau awak tak boleh nak jawab soalan saya, duduk semula di kerusi awak tadi. Tak payah nak sibuk pindah tempat duduk.”

Dia menurut perintah bukan bererti dia kalah. Dia cuma mengelak kekecohan daripada berlaku. Lagipun dia tidak mahu namanya disenarai hitamkan daripada mengambil lesen P gara-gara bertegang urat dengan pegawai JPJ.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Tuan Hasbul. Sebelah saya Tuan Megat, yang tengah tu Tuan Hambali, yang bermisai melenting tu Tuan Yahya dan yang hujung sekali tu Tuan Ihsan. Kami semua yang akan lulu$kan awak semua. Tapi kami pun boleh gagalkan awak semua.”

Semuanya terdiam mendengar penerangan Hasbul ‘Ariff. Ada yang tenang. Ada juga yang sudah cuak. Bahkan ada juga yang mulai berbisik-bisik.

“Semua dah breakfast?” Bergema lagi suara Hasbul ‘Ariff. Kali ini lebih santai suaranya. Paling mengejutkan, ada senyuman yang dihadiahkan pada kesemua calon yang berada di ruangan tersebut. 

Demi Allah, lidahnya kelu melihat senyuman lelaki itu. Dia fikir, Hasbul ‘Ariff tidak pandai tersenyum. Dan apa yang lebih mengejutkan, ruangan itu bergema dengan suara hampir kesemua calon memberikan jawapan positif pada pertanyaan Hasbul ‘Ariff. 

Dia pula selesa mengunci mulut. Kalau dia membuka mulut, dia bimbang menjadi mangsa sind:ran lelaki itu lagi. Kalau sabarnya hilang, boleh jadi dia melawan. Boleh jadi dia tidak dibenarkan menduduki ujian memandu hari ini. Dia juga yang susah nanti.

"Bagus. Itu yang saya nak dengar. Saya harap kita semua dapat bekerjasama dengan baik hari ni. Saya takkan susahkan awak semua, kecuali... awak sendiri yang cari susah dengan saya. What you give you get back. Faham maksud saya?”

Syuhada rasa kata-kata nasihat berbaur amaran itu ditujukan khas padanya. Lihat sajalah, lelaki itu melihat ke arahnya. Membenamnya dengan renungan tajam!

eBook Tuan JPJ[Babak Akhir]
490+ ms
Ready file

Aiyorkkk, siapa suruh langgar kereta Tuan JPJ. Kan dah kena mark 😵‍💫 Jom awak grab eBook ni. Fail eBook dapat cepat. Harga promo RM20# Wasap kami ya > https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

12 Dec, 12:13


Baru nak tenang-tenang ambil ujian lesen memandu. Sekali pegawai ujian itu pemilik kereta yang dia terlanggar tempoh hari. Aduhhhh 😭 Jom baca teaser 👇

Rumah PENA KAYU

12 Dec, 06:00


Din dah dengar sisi gelap Hajar. Haaa, baru Din tahu siapa Hajar sebenarnya. Agak-agak dia nak kahwin dengan Hajar lagi tak? Ke Hajar yang menolak jadi isteri Din?

“Awak dah dengar semuanya tadi. Awak tak nak cakap apa-apa?”

“Saya tak ada komen.”

“Takkanlah satu pun tak ada.”

“Saya tak percaya dengan isu sial.”

“Okey. Hal saya betina sundal tu?”

“Itu hal silam awak. Saya tak nak campur.”

“Awak tak takut saya ni ada HIV?”

“Kalau ada, arwah Abang Fadhil mesti takkan kahwin dengan awak.”

“Awak betul-betul tak kisah?”

Din memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluar jeansnya.

“Yang saya nampak sekarang, cuma kebahagiaan Aiman.”

“Awak patut pertimbangkan kebahagiaan awak sekali. Dibimbangi ada hal yang timbul di kemudian hari yang boleh memalukan awak.”

“Jangan fikirkan sangat hal yang belum terjadi. Boleh buat kepala berserabut dan sakit. Nanti cepat tua. Kalau betul ada hal yang timbul di kemudian hari, I have you. Awak takkan biarkan saya tumbang seorang diri, kan?”

Hajar teragak-agak untuk memberi jawapan untuk soalan tiba-tiba Din. 

"Saya anggap jawapan awak adalah ya.”

Hajar teragak-agak untuk mengeyakan telahan Din.

“Din,” panggil Hajar setelah hampir seminit kesepian mencuri waktu antara Hajar dan Din.

“Saya setuju jadi isteri awak.” 

Jelas-jelas Din terpaku di tempatnya berdiri mendengar apa yang baru saja diungkapkan oleh Hajar.

“Awak sungguh-sungguh, Hajar?”

“Kita jadi kawan demi Aiman. Tak salah kalau kita kahwin pun demi Aiman.”

Perlahan-lahan bibir Din bergerak. Selepas itu, senyuman yang pernah Din berikan pada Dahlia, sekali lagi terlihat. Kali ini untuk Hajar. Bukan untuk Dahlia.

“Tapi saya ada satu syarat.”

Senyuman Din lenyap dalam sekelip mata.

“Saya nak kita kahwin selepas sebulan tempoh iddah saya habis.”

“Tak ada masalah. Saya boleh tunggu.”

“Awak nak saya sign apa-apa kontrak ke?”

Tidak semena-mena Din ketawa besar. Lucu sangat pada pendengaran telinganya ayat yang baru dituturkan oleh Hajar.

“Betullah awak ni banyak sangat tengok drama, sampai kehidupan sebenar pun awak nak dramakan.”

“Saya serius ni. Nanti awak cakap saya tak ikut peraturanlah, tak ikut arahanlah.”

“Kita sign kontrak dengan Allah nanti, bila saya sah sebagai suami awak.”

Sign kontrak dengan Allah kata Din🙈 Marilah baca eBook Kerinduan ni. Boleh tahu berjaya ke tidak Din dgn Hajar jadi parents Aiman.

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

12 Dec, 05:59


eBook Kerinduan | Pena Kayu
Rm22
760+ pages
Ready File

Rumah PENA KAYU

11 Dec, 07:19


“Saya Hajar, isteri arwah Abang Fadhil.”

“Oh.” Hanya sepatah sahutan Din kali ini.

“Atas urusan apa awak nak bercakap dengan Aiman?”

“Urusan kasih sayang.”

“Urusan kasih sayang? Jangan bergurau, Hajar. Sikit pun tak lucu.”

Hajar mengambil inisiatif diam lebih baik daripada berkata-kata. Semakin Hajar memberi penjelasan, semakin ligat Din memutar belit semua ayat penjelasannya.

“Awak sebenarnya nak bercakap pasal harta peninggalan arwah Abang Fadhil. Supaya awak boleh kaut semua harta tu dan kemudian awak tinggalkan Aiman sehelai sepinggang. Ingat sikit Hajar, makan duit anak yatim ni hukumnya dosa besar.”

Hajar sedang berusaha keras mengatur nafasnya yang berantakan. Hajar perlu bertenang dan tidak cepat melenting.

“Sekarang bolehlah awak berlagak. Tapi bila dibangkitkan semula nanti, tahulah azab awak macam mana. Golongan manusia yang makan harta anak yatim ni dibangkitkan dalam keadaan keluar api menyala-nyala dari mulut, telinga, hidung dan mata.”

“Golongan manusia yang suka menuduh tanpa usul periksa dibangkitkan dalam keadaan macam mana pula? Tolong jelaskan sebab saya tak tahu,” tempelak Hajar. Sakit pula hatinya setelah Din berterusan menyebut dia makan harta anak yatim.

“Tak perlu nak berlagak suci, Hajar. Awak tak layak."

Talian dimatikan. Sesi bertekak dengan Din ditamatkan. Namun cepat juga telefon bimbitnya kembali berbunyi. Kali ini bekas emak mentuanya yang menghubunginya. Besar kemungkinan Din mengadu setelah dia mematikan talian.

“Ya, mak?”

“Jangan suka-suka panggil mak saya mak. Lagipun mak saya dah tidur. Saya yang belum tidur. Saya nak selesaikan hal dengan awak malam ni juga. Saya tak nak awak asyik kejar Aiman. Selagi saya ada, jangan mimpi awak dapat sentuh harta arwah Abang Fadhil. Harta tu milik Aiman.”

Hajar mengeluh. Berat keluhannya. Din tidak habis-habis menuduhnya cuba mengaut harta peninggalan arwah Abang Fadhil. Padahal dia ikhlas menjaga Aiman. Aiman itu sudah dia anggap seperti anak sendiri. Takkan itu pun Din susah nak faham?

“Saya tak pernah ada hal dengan awak, Din. Awak yang cari hal dengan saya sekarang. Awak sengaja buat hal. Hal yang tak wujud, awak ada-adakan. Faham maksud saya?"

"Apa dia?!”

Hajar menjauhkan telefon bimbitnya. Suara sergahan Din seperti Tarzan yang cawatnya tertanggal dan tersangkut di celahan dahan pokok.

“Macam inilah, Din. Saya malas nak bertekak dengan awak. Lagipun dah malam. Esok saya nak kerja. Kalau boleh, sebelum saya tidur saya nak tenangkan diri. Bukan nak dengar awak tinggikan suara dan mencarut tentang perkara yang mengarut."

EBOOK KERINDUAN
760+ pages | Ready file

Fail eBook kami hantar melalui wasap atau emel. Fail eBook insya-Allah dapat cepat. Harga pun tengah promo. Jom grab eBook ni sementara ada promo. Wasap kami > https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

11 Dec, 07:19


eBook Kerinduan | Pena Kayu
Rm22
760+ pages
Ready File

Rumah PENA KAYU

08 Dec, 05:25


"Kenapa lari? Sebab tahu diri tu berdosa?" Tina masih belum puas melepaskan geram hatinya.

"Sayang, takkan you tak nak buat apa-apa? Kawan Yura tu melampau. Dia hina you." Rengekan Laudia juga tak kalah dengan suara Tina. Diam-diam Yura mengeluh. Dia tidak memerlukan drama murahan seperti ini di dalam hidupnya.

"Kalau kau ni betul lelaki Zaen, baik kau ceraikan Yura. Kau tak boleh gantung dia tak bertali macam ni. Kau dayus tahu tak! Kau tahu berderet lelaki lain nakkan Yura, sebab tu kau sengaja tak nak ceraikan Yura!"

Tina seperti telah kerasukan. Tina seolah-olah lupa mereka berada di tempat awam. Semua pasang mata yang berada di dalam kafe tersebut telah memberi tumpuan pada mereka.

"Kalau kuasa cerai terletak di tangan Yura, dah lama Yura ceraikan kau. Dah lama tahu tak!" Tina masih juga bersuara. Tina cukup pintar menipiskan sabar lawan debatnya. Buktinya, langkah Zaen terhenti. Zaen juga berpaling dan akhirnya melangkah mendekati Tina.

Namun sangat mengejutkan apabila Zaen berhenti di sisi Yura. Merenung Yura dengan tajam. Yura rasa seperti ledakan gunung berapi baru saja meletus di depan mukanya.

"Jadi awak dah tak sabar nak bercerai?"

Soalan apa ini?

"Just go, Zaen. Laudia tengah tunggu awak."

"You're avoiding the subject." Suara Zaen seperti racun yang meracun pemikirannya.

"Kenapa diam? Hurm?" Sekarang Zaen sedang mendesaknya pula. Penuh hati-hati dia membalas sorotan mata Zaen. Demi Allah, dia tidak dapat membaca apa yang berada di dalam fikiran lelaki itu sekarang. Zaen sudah lain. Sangat lain.

Kalau dah ada perempuan lain, mmg lain dah la. Betul tak?

EBOOK KITA OKEY KE?
Rm15 ❤️

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

08 Dec, 05:25


Kesian Yura. Sebenarnya dia masih sayangkan Zaen 🥺

Ebook Kita Okey Ke?
270+ pages
Rm15

Rumah PENA KAYU

06 Dec, 06:41


Sebagaimana permintaan Zaen, dia berada di sini hari ini. Dia berada di depan rumah keluarga Zaen. Dia melihat pacuan empat roda BMW X3 warna hitam Zaen tersadai di pekarangan rumah banglo dua tingkat itu. Besarlah harapannya, Zaen tidak membawa Laudia ke sini. Dia penat mahu melihat muka Laudia. Dia lebih penat mahu menyaksikan kemesraan Laudia dan Zaen.

Telefon bimbitnya berbunyi. Ada pesanan WhatsApp lagi yang masuk. Penghantarnya Zaen. Lelaki itu tak serik menghantar pesanan WhatsApp biarpun Yura tidak membalas.

+ Have you arrived?

Satu saja soalan. Soalan demi kepentingan lelaki itu sendiri. Sama seperti malam tadi, dia memberikan hadiah blue tick kepada lelaki itu. Buat apa dia mahu menjaga hati Zaen? Sedangkan lelaki itu gagal menjaga hatinya?

Tidak sampai seminit setelah dia memberikan hadiah blue tick, Zaen terus menghubunginya. Separuh rela dia menekan butang hijau.

"Saya dah sampai," katanya terus. Terus juga dia mematikan talian selepas itu. Pedulikan kalau Zaen marah.

Loceng rumah ditekan. Dia tidak menunggu lama untuk melihat Kak Aini, pembantu rumah kepercayaan Cik Puan Juriah terkocoh-kocoh menghampiri pintu pagar. Nampak risau raut muka wanita separuh abad tersebut.

"Buat apa Yura datang sini?"

Belum apa-apa dia rasa seperti telah dihalau.

"Saya isteri Zaen lagi, Kak Aini. Ni rumah mak mentua saya." Dia melihat Kak Aini kerap memandang ke belakang. Pasti Kak Aini bimbang Cik Puan Juriah mengamuk.

"Yura datang lain kali. Hari ni tak elok Yura ke sini. Tak sesuai."

"Kenapa?" Sepatah soalannya. Sepatah yang berjaya membuat Kak Aini semakin tertekan.

"Zaen bawa perempuan lain ke sini?" ajunya lagi. Dapat dia lihat, betapa besarnya bukaan mata Kak Aini.

“Kak Aini jujur saja dengan saya. Saya okey.”

"Ya, Yura. Zaen bawa perempuan lain ke sini. Kak tak nak Yura sedih. Sebab tu kak minta Yura balik dulu. Datang hari lain."

Buang masa kalau dia balik. Nanti pasti dia diminta ke sini lagi oleh Zaen. Rasanya ini tujuan utama Zaen memintanya datang ke sini. Lelaki itu berniat meremukkan lagi hatinya.

"Nama perempuan tu Laudia?" Telahannya benar-benar membuat mata Kak Aini terjojol. Kak Aini ikut menekup mulutnya.

"Yura tahu?"

"Saya dah jumpa mereka kak. Melekat macam belangkas." Ada kebencian yang ikut keluar bersama luahan hatinya.

"Kak pun tak sangka Zaen macam tu sekali berubah. Laudia tu kak tengok tak sesuai dengan Zaen. Yura lagi sesuai. Tapi entahlah, kak bukan lelaki. Kak tak nampak apa baik Laudia tu. Yang kak nampak, baju dia terbelah sana, terbelah sini. Tergedik sana, tergedik sini. Zaen tu pun melayan. Geli tekak kak tengok!"

Hailaaa Zaen ni... dia nak buktikan apa sebenarnya? Kenapa nak seksa mental Yura sampai macam ni sekali? Baca jelah eBook Kita Okey Ke?

Harga promo RM15# 270+ muka surat. Wasap kami ya >>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

06 Dec, 06:41


Tak ada yang menyakitkan sebagai menantu bila mak mentua yang kita dah anggap mak, jadi penyokong kuat anak lelakinya curang. Arghhh! Siap layan perempuan simpanan tu macam anak emas 😑

Rumah PENA KAYU

05 Dec, 23:52


HUJAN sedang menggil4. Petir dan guruh juga tak berhenti berk3lahi sejak tadi. Di tengah tervknya hujan mengh3ntam bumi, ada langkah yang terhuyung-hayang. Ada langkah yang begitu nekad mengharung kegil4an langit memvntahkan isinya.

Langkah kaki seorang perempuan. Arah langkahnya tidak pasti. Fikirannya seperti tidak ada. Namun dia sedar dia baru saja melakukan kej4hatan.

Dia menangis. Dia mengongoi. Dia telah meningg4lkan bayi kecilnya di tempat pembvangan samp4h. Dia tahu bayi kecil itu takkan bernafas lama. Dia telah bersedia melepaskan bayi kecil itu kembali semula pada Pencipta.

Dia tak mahu bayi kecil itu hidup dihin4. Dia tak mahu bayi kecil itu mer3mpat. Keadaan akan lebih baik tanpa bayi kecil itu.

Matanya dipejamkan. Ruang fikirannya penuh dengan bayangan wajah si kecil itu. Masih merah. Masih terlalu kecil. Masih suc¡ tanpa d¤sa. Dialah yang bergelumang dengan d¤sa. 

Lengannya tiba-tiba disambar orang. Dia terdorong ke depan.

"Mana dia?"

Bergetar bib:rnya. Dia tahu maksud soalan tersebut. Cuma dia tidak pandai mengarang jawapan.

"Mana dia? Kau dah bu4ng dia dekat mana?!"

Dia masih begitu. Masih bergetar bib:rnya. Masih tidak ada jawapan yang keluar dari mulutnya. Sedikit masa saja lagi diperlukan sebelum bayi kecilnya berhenti bern4fas.

"Kau memang bukan manusia!" 

Tudvhan tersebut dia terima. Dia memang bukan manusia. Dia terlalu j4hat untuk menjadi manusia.

Kemudian dia melepaskan pegangan tangan yang berada di lengannya. Dia perlu meneruskan langkah. Namun anak kecilnya seperti memanggil. Masih boleh dirasai kehangatan pautan lima jari kecil itu. Masih boleh dirasai begitu bersemangatnya si kecil itu menyu$v sebelum dia ke sini.

"Mama minta maaf," katanya, sebelum tubuhnya terdorong ke belakang. Lengannya telah sekali lagi dirent4p. Dia jatuh terduduk. Belum sempat dia bangun, dia telah dit3rkam. 

"Aku tanya, mana dia? Kau bu4ng dia dekat mana?!" 

Air matanya bercampur dengan air hujan dan lopak air. 

"Aku tak nak dia.”

“Okey, kau tak nak dia. Tapi aku nak dia!”

Tenggel4m lagi suaranya. Emosinya tidak mampu lagi dikawal. Malah, dia tak dapat berfikir dengan baik. Guruh yang mar4h di langit hanya memburvkkan lagi keadaan.

“Dia tak patut lahir ke dunia ni. Dia akan sed:h. Dia akan mer4na kalau dia terus berny4wa."

Lehernya dic3kik. Dia sempat kekurangan udara. Demi Allah, dia tidak m4rah kalau nafasnya berhenti malam ini. Mungkin m4ti dapat mengh4pus rasa bers4lahnya. 

"Bukan kau yang tentukan hidup dan m4ti. Anak kau ada hak untuk hidup!"

"Aku mama yang lahirkan dia. Aku yang tentukan hidup dia. Dia dah m4ti. Tak guna kau cari dia lagi."

Dia diberikan raut muka terkejut. 

"Kau bunvh dia?" 

Dia angguk kepala.

"Kau bod¤h! Tergamak kau bunvh darah daging kau sendiri? Mana akal kau?!”

Dia memang bod¤h. Kalau dia tidak bod¤h, dia takkan dit¡pu lelaki. Dia takkan mengandung dan melahirkan anak t4npa berkahw¡n.

Kilat membel4h langit. Sayup-sayup ada tangisan bayi kecil mencecah telinga. Kosong sejenak fikirannya.

"Dia belum m4ti."

"Jangan..." sebutnya sambil berusaha untuk bangun. Dia tidak mahu anaknya ditemui. M4ti adalah pengakhiran terbaik untuk bayi kecil itu.

"Jangan ambil dia," luahnya setelah berjaya bangun. Dia menghampiri semula tempat pembu4ngan sampah di mana dia meningg4lkan anak kecilnya. Beberapa kali dia tersadung.

Ketika dia sampai, anak kecilnya sedang ditenangkan. Anak kecilnya yang masih merah menggigil kesejukan. Sudah sedikit biru bibir bayi kecil itu.

"Biarkan dia dekat situ. Aku nak dia m4ti." 

“Kau bukan malaikat m4ut.”

Jatuhan air matanya semakin tak terbendung. 

“Aku akan jaga dia. Dia akan jadi anak aku. Kau tak perlu ambil tahu pasal dia lagi. Anggap dia dah m4ti. Anggap kau dah bunvh anak kau malam ni."

Dia tunduk merenung bunga hujan yang terbentuk. Semakin teruk juga dia menangis. Bayi kecilnya yang disuruh m4ti, rupa-rupanya belum mahu m4ti. 

Novel Menunggumu
480+ ms
Ready stock

Buku ni tak masuk kedai buku. Boleh grab thru wasap atau Shopee. Ni link kedai Shopee kami > https://s.shopee.com.my/7pca70CutM

Rumah PENA KAYU

05 Dec, 23:51


Sejak dia mengandung anak luar nikah dia mahu gugurkan kandungan, tapi tak sampai hati. Sekarang bayinya lahir dan dia tak sanggup bayinya dihina. Jadi dia... baca ye teaser ni 👇

Rumah PENA KAYU

05 Dec, 05:50


"Kenapa lari? Sebab tahu diri tu berdosa?" Tina masih belum puas melepaskan geram hatinya.

"Sayang, takkan you tak nak buat apa-apa? Kawan Yura tu melampau. Dia hina you." Rengekan Laudia juga tak kalah dengan suara Tina. Diam-diam Yura mengeluh. Dia tidak memerlukan drama murahan seperti ini di dalam hidupnya.

"Kalau kau ni betul lelaki Zaen, baik kau ceraikan Yura. Kau tak boleh gantung dia tak bertali macam ni. Kau dayus tahu tak! Kau tahu berderet lelaki lain nakkan Yura, sebab tu kau sengaja tak nak ceraikan Yura!"

Tina seperti telah kerasukan. Tina seolah-olah lupa mereka berada di tempat awam. Semua pasang mata yang berada di dalam kafe tersebut telah memberi tumpuan pada mereka.

"Kalau kuasa cerai terletak di tangan Yura, dah lama Yura ceraikan kau. Dah lama tahu tak!" Tina masih juga bersuara. Tina cukup pintar menipiskan sabar lawan debatnya. Buktinya, langkah Zaen terhenti. Zaen juga berpaling dan akhirnya melangkah mendekati Tina.

Namun sangat mengejutkan apabila Zaen berhenti di sisi Yura. Merenung Yura dengan tajam. Yura rasa seperti ledakan gunung berapi baru saja meletus di depan mukanya.

"Jadi awak dah tak sabar nak bercerai?"

Soalan apa ini?

"Just go, Zaen. Laudia tengah tunggu awak."

"You're avoiding the subject." Suara Zaen seperti racun yang meracun pemikirannya.

"Kenapa diam? Hurm?" Sekarang Zaen sedang mendesaknya pula. Penuh hati-hati dia membalas sorotan mata Zaen. Demi Allah, dia tidak dapat membaca apa yang berada di dalam fikiran lelaki itu sekarang. Zaen sudah lain. Sangat lain.

Kalau dah ada perempuan lain, mmg lain dah la. Betul tak?

EBOOK KITA OKEY KE?
Rm15 ❤️

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

05 Dec, 01:25


"Bila awak sampai, Yura? Awak dah makan? Kalau awak tak kisah... kalau awak tak kisahlah, awak boleh join kami sekali." Laudia bangun untuk menyambutnya. Senyuman kepura-puraan Laudia begitu terserlah sekali. Sedangkan Cik Puan Juriah sudah kelat raut mukanya.

Zaen pula tidak memberikan apa-apa reaksi. Lelaki itu meneruskan suapannya. Seolah olah kewujudannya tidak memberi impak langsung. Ada atau tak ada, sama sahaja.

"Saya dah makan, Laudia. Lagipun kalau saya join sekali, saya bimbang awak tak lalu nak makan. Nanti Zaen susah hati." Entah keberanian dari mana, dia melawan cakap Laudia. Entah kenapa dia memilih untuk menyindir Zaen.

Laudia ketawa kecil. Bahu Yura ditepuk perlahan.

“Tak sangka awak pandai bergurau,” seloroh Laudia. Nampak sedikit gugup suaranya sebentar tadi.

“Saya ada banyak lagi kemahiran. Saya cuma belum tunjuk pada awak. Saya simpan dulu.”

Tawa Laudia mati. Senyuman Laudia juga hapus. Raut wajahnya lebih serius saat ini.

"Saya dengan Zaen tengah bincang tarikh nikah kami. Yalah, tak eloklah kami selalu keluar berdua. Mulut orang ni bukan boleh tutup. Tu sebabnya Zaen nak halalkan hubungan kami berdua." Laudia kembali mengorak senyuman lebar. Nampak kepuasan pada raut wajahnya. Dia sudah bangkit dari kekalahannya sebentar tadi.

"Paling penting, Zaen nak jaga maruah saya. Zaen tak nak orang lain pandang rendah pada saya lagi."

Keningnya naik sebelah mendengar kata kata Laudia. Lirikannya sempat singgah pada Zaen. Zaen sudah tidak dapat ditolong lagi!

Yura mendekati Cik Puan Juriah. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan wanita separuh abad itu. Lama juga dia menunggu sebelum tangannya disambut. Selalu pun memang begini. Dia sudah biasa menerima layanan dingin emak mentuanya. Maklumlah, dia bukan menantu pilihan.

"Kenapa Yura ke sini?"

Dia memberikan senyuman pada Cik Puan Juriah. Kemudian dia mencari sorotan mata Zaen. Pandangan mata mereka terus bertaut. Tidak tahu sejak bila lelaki itu memandangnya.

"Saya nak jumpa Zaen, mama. Ada hal sikit saya nak bincangkan dengan dia." Tenang suaranya. Segala rasa kecewanya telah dikuburkan tujuh kaki di bawah tanah.

“Tak ada hari lain Yura nak jumpa Zaen? Hari ni hari yang bahagia. Zaen dah buat keputusan nak bernikah dengan Laudia. Yura tak sepatutnya ke sini dan rosakkan hari bahagia ni.”

Dia melirik lagi pada Zaen. Ternyata lelaki itu masih juga memandangnya.

"Saya nak serahkan pemberian Zaen semula."

Sekarang dia melihat Zaen merenungnya dengan sorotan tanya tanya. Jadi dia melangkah menghampiri lelaki itu. Berdiri di sisi lelaki itu. Tidak diendahkan Laudia yang cuba menyelinap di antara ruang yang tercipta.

Dia tidak tahu kenapa lelaki itu memanggilnya ke sini. Mungkin mahu menayang kemesraan Laudia dan Cik Puan Juriah. Namun dia bersetuju ke sini bukan untuk melihat semua itu. Dia pun ada tujuannya yang tersendiri.

"Zaen, awak tak boleh termakan pujuk rayu Yura. Awak dah janji nak nikah dengan saya."

Matanya sempat dijulingkan ke atas. Dasar perampas begitulah. Tak pernah rasa selamat dengan apa yang dirampas. Bimbang tak bertempat kalau-kalau yang dirampas balik semula pada pemilik asal.

"Jangan risau, Laudia. Saya bukan nak pujuk Zaen balik pada saya."

"Habis tu awak nak apa? Awak jangan macam-macam, Yura. Saya ada. Langkah mayat saya dulu kalau awak nak apa-apakan Zaen."

Sinis senyumannya sebelum renungannya singgah semula pada Zaen. Lelaki itu masih dengan muka tanpa reaksinya. Jadi cincin pernikahannya bersama lelaki itu diambil dari dalam beg totenya. Diletakkan terus di depan lelaki itu. Tidak dipedulikan muka terkejut Zaen.

Jangan ingat cuma Zaen yang boleh mengucar-ngacirkan hidupnya. Dia juga boleh. Zaen salah kalau berfikiran selamanya dia akan menjadi kucing yang jinak. Dia pun boleh bertukar menjadi singa liar.

“Apa maksud awak ni?”

"Ceraikan saya."

eBook Kita Okey Ke?
270+ ms
Ready file

File eBook dapat segera. Harga promo RM15# Jom grab eBook ni. Wasap je kami > https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

05 Dec, 01:25


Siapa kata selamanya dia kena jadi kucing yang menurut perintah? Lemah dan tak berdaya? Dia pun boleh bertukar jadi... haaa cepat baca teaser ni 👇

Rumah PENA KAYU

04 Dec, 03:42


"Kenapa tak masuk ikut pintu depan?"

"Seganlah, Mak Jah. Abang Adam ada. Dia bawa tetamu."

"Rhea rasa siapa perempuan yang Adam bawa balik tu?”

“Kekasih Abang Adam rasanya. Tapi kali ni lebih baik daripada Mai, kan?” Dia menduga. Dan laju sahaja kepala Mak Jah mengeyakan.

“Yang ni bersopan-santun orangnya. Cakap pun lembut sahaja. Paling penting, kain dia cukup.”

Rhea mengekek mendengar hujah Mak Jah. Mak Jah dulu pun begitu tidak berkenan dengan Mai. Mak Jah siap kata Mai guna-gunakan Adam. Tak mungkin katanya Adam jatuh hati dengan perempuan seperti Mai.

"Tapi itulah, cik puan mesti tak setuju. Dekat mata cik puan, cuma Rhea menantu dia."

Dia bersalah menanamkan idea tersebut ke dalam kepala Mama Sarah. Sehingga sekarang Mama Sarah masih berpegang pada pendirian tersebut.

"Rhea akan pujuk mama. Kesian Abang Adam tak dapat kahwin dengan wanita pilihan dia."

Mak Jah menarik lengannya. Terhenti langkahnya untuk meninggalkan ruang dapur tersebut.

"Mak Jah pun cuma nak Rhea yang jadi isteri Adam."

"Mak Jah ni, kalau Adam dengar, nanti dia tak nak kawan dengan Mak Jah."

Mak Jah menjegilkan matanya dan dia ketawa senang. Namun tawanya terhenti setelah bertembung dengan renungan tajam Adam.

"Mana airnya, Mak Jah? Takkan nak tunggu Dayana tercekik dulu baru nak hantar minuman."

"Dah siap ni. Sekarang juga Mak Jah hantar ke depan."

Mak Jah telah pun hilang dari ruang dapur tersebut. Jadi Rhea tidak faham, kenapa Adam tidak hilang juga? Lelaki itu masih memberinya sorotan membunuh.

"Jangan hasut Mak Jah. Aku tak suka kau hasut semua penghuni dalam rumah ni jadi pengikut kau."

"Aku tak pernah nak hasut sesiapa." Dia melangkah melepasi Adam dengan keyakinan yang bukan sedikit.

"Hei!" ungkapnya setelah beg totenya ditarik. Dia terdorong ke belakang. Hilang imbangan tubuhnya. Dia amat yakin dia akan jatuh terlentang.

Namun aneh. Tidak ada kesakitan. Yang ada cuma haruman musky bercampur vanilla dari tubuh Adam.

Bergetar perasaannya. Bergetar sepuluh jarinya. Demi Allah dia tidak berani mengangkat muka. Cukuplah mukanya sudah tersembam di dada lelaki itu.

Maaf naaa... cerita Menunggumu ni ada dalam bentuk buku fizikal je. eBook takde. Boleh grab thru Shopee. Ni link kedai kami >https://s.shopee.com.my/8fBdpGWHvJ

Rumah PENA KAYU

04 Dec, 03:40


Dari zaman sekolah sampailah zaman bekerja jejaka itu membencinya. Tak tahulah apa yang didendam sangat sampai sanggup sakitkan hati dia berkali-kali 👇

Rumah PENA KAYU

04 Dec, 01:42


“Adam, boleh tak kau dengan aku berhenti bergaduh?” Redup sorotan matanya. Dia sedang memohon sejuta pengertian lelaki itu. Biarpun payah untuk mendapatkan kompromi Adam, dia masih memegang sekelumit harapan untuk meraih berita gembira.

“Kita berdua berhenti bergaduh? Kau nak aku dengan kau berkawan? The answer is no. Not now. Not ever.”

“Aku tak kata pun kita berkawan,” nafinya, biarpun itulah niat asalnya. Reaksi negatif Adam telah membuat dia menukar plot ceritanya.

“Maksud aku kita berdua mengamalkan konsep gencatan senjata. Kita berdamai,” jelasnya lagi demi menguatkan plot cerita yang baru diubahnya sebentar tadi.

“Apa aku dapat kalau aku setuju?”

Dia menarik nafas panjang. Dia memandang Adam meskipun lelaki itu tidak memandangnya.

“Kau tak perlu kahwin dengan aku lagi.”

Dia tahu tawarannya terlalu sempurna untuk ditolak. Buktinya Adam berpaling serta-merta ke arahnya. Membalas pandangan matanya tanpa kalah. Lama. Cukup lama sehingga dia hampir lemas dalam renungan mata lelaki itu. Dia terkapai-kapai dan Adam tidak berniat pun untuk menyelamatkannya. 

“Sebelum aku nak setuju dengan apa-apa rancangan kau, keluar dulu dari rumah aku dengan Mama Sarah. Kau tak pernah dialu-alukan pun di dalam rumah tu.”

Jadi berkaca pandangan matanya. Kebencian Adam padanya terlalu menebal.

“Bila kau dah buat perkara tu, then only we talk. Aku tak nak terikat apa-apa rancangan dengan kau sebelum kau berjaya buktikan yang kau ni boleh diharap.”

"One fine day, Adam. One fine day aku akan keluar dari rumah tu. Kau tak perlu ingatkan aku.”

“Let me know one week earlier. Senang aku nak arrange majlis kesyukuran.”

Berlagaknya Adam ni. Siap nak arrange majlis kesyukuran! Tak apa Rhea, sebaik saja dapat kerja, angkat kaki je dari rumah tu.

Jom baca novel Menunggumu ni. Kita tengok selepas Rhea keluar dari rumah tu, Adam berbunyi lagi tak? Ready stock ye novel. Boleh pos terus. Boleh grab thru Shopee atau wasap je kami > https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

04 Dec, 01:40


Cuba berdamai dengan bakal suami. Tapi... susah nak cerita. Baca je teaser ni 👇

Rumah PENA KAYU

03 Dec, 22:16


"Dengar  sini,  Rhea.  Kau  takkan  dapat  ganti tempat  Ava.  Kau  tu  cuma  parasit  yang  menumpang  di rumah  kami.  Dua  tahun  ni  aku  banyak  bersabar  dengan kau,  tapi  perangai  kau  makin  menjadi-jadi."

"Aku  tak  pernah  ada  niat  nak  ganti  tempat  Ava." Ayat  bela  diri  Rhea  meluncur  keluar. 

"Jangan  bohong,  Rhea.  Aku  tahu  apa  yang berlegar  dalam  kepala  kau.  Aku  tahu  rancangan  kau. Semuanya!"

"Sumpah,  aku  tak  pernah  nak  ambil  tempat Ava."

Adam  mencengkam  kuat  kedua-dua  belah lengan  Rhea.  Cengkaman  yang  membuat  Rhea menyeringai .

“Jangan  bermain  dengan  sumpah.”  Keras  suara amaran  Adam.

“Aku  tahu  aku  menumpang  dekat  sini.  Aku  tahu aku  ni  parasit.  Tapi  aku  tak  pernah  terfikir  nak  ambil  alih tempat  Ava.  Aku  tak  tahulah  macam  mana  kau  boleh terfikir  idea  merepek  tu."

Tidak  ada  sepatah  kata  yang  lahir  dari  bibir Adam.  Sebaliknya  Adam  merenungnya  seperti  telah bersedia  untuk  menelannya  hidup-hidup.  Lama  sebelum perlahan-lahan  Adam  membina  jarak.

"Baik,  aku  boleh  cuba  percayakan  cakap  kau. Tapi  sebelum  tu,  buktikan  dulu  semua  kata-kata  kau  tadi betul."

“Aku  nak  buktikan  macam  mana?  Dari  tadi  aku beri  penjelasan,  semuanya  kau  tak  boleh  terima.  Aku siap  bersumpah,  tapi  kau  cakap  jangan  bermain  dengan sumpah  pula.  Kau  nak  macam  mana  sekarang  ni?  Kau nak  aku  buat  apa?"

Tidak  tahu  bagaimana  dia  boleh  menuturkan ayat-ayat  provokasi  tersebut.  Ayat-ayat  yang  dijamin boleh  memancung  lehernya  sendiri.  

“Aku  nak  kau  bantah  keputusan  mama.  Bantah keputusan  mama  nak  jadikan  kau  sebagai  anak  angkat. Bantah  keputusan  tu  sampai  mama  tukar  fikiran.”

Dua  kali  dia  meneguk  liur  sendiri. 

“Dan  kalau  kau  gagal…  kau  takkan  hidup  tenang lagi  dalam  rumah  ni,  Rhea.  Aku  orang  pertama  yang akan  pastikan  kau  merana.  Kau  akan  merana  sampai  kau rasa  nak  gali  kubur sendiri!"

Ya Allah, sampai hati cakap macam tu. Dia pun tak mintalah jadi anak angkat! Novel Menunggumu ni ready stock. Dekat kedai buku takde. Boleh grab thru Shopee atau wasap kami macam biasa. Yang suka shopping dekat shopee, ni link kedai kami > https://s.shopee.com.my/50ILROuvMf

Rumah PENA KAYU

03 Dec, 22:15


Beginilah nasib bila menumpang tinggal di rumah orang lain. Dianggap sebagai parasit! Jom baca teaser 👇

Rumah PENA KAYU

02 Dec, 22:32


+ Yang hantar pesanan fasal fitting dan baju kahwin tu, namanya dia Naila, kan?

Julianna segan untuk mengiakan. Naluri Julianna menyebut, sebentar lagi dia pasti kalah. Dia yang bersalah sebab cepat terjun pada andaian yang salah.

- Naila bakal kakak ipar saya. Saya dengan abang saya dan juga Naila dah berkawan sejak kecil. Jadi kami akrab.

Okey, Julianna bukan sahaja mati kutu, tetapi mati ayat sekali.

+ Selain dari dua mesej tu, apa lagi yang dah menyinggung perasaan awak? Hari ni awak boleh luahkan segalanya pada saya.

Julianna menggigit bibirnya dengan kuat. Dia memandang skrin telefon tanpa berkelip.

+ Tapi kalau awak insist nak kata saya raja segala buaya, saya terima dengan berlapang dada.

Julianna sepatutnya meminta maaf, namun dia hanya melihat pesanan Encik Salah. Dia dapat rasa, Encik Salah terasa dengannya. Namun untuk membetulkan keadaan, Julianna pilih menjadi peng3cut.

eBook 10 Hari
Ready file

Fail eBook dapat segera. Harga pr¤m¤ RM10# Jom grab eBook ni. Wasap je kami > https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

02 Dec, 22:32


"Awak dah teliti isi kandungan handphone saya?" Soalan Julianna dibalas dengan soalan oleh Encik Salah. Lelaki itu tahu mengubah arah perbualan.

"Saya macam mana?" aju Encik Salah lagi.

Berkerut seribu dahi Julianna.

"Saya macam mana apa?"

"Yalah, awak dah tengok gambar-gambar saya. Saya segak bergaya tak?"

Tak kuasa Julianna nak mengaku dia telah mencer¤boh folder gambar Encik Salah. Nanti entah apa pula ayat lelaki itu padanya.

"Saya buka WhatsApp encik saja. Lain-lain saya tak buka." Gigih Julianna mengarang kata boh¤ng.

"Kenapa tak buka?"

"Kenapa saya nak kena buka pula?"

"Sebab bila awak dah nampak muka saya, awak akan nampak penuh nur di muka saya ni. Mustahillah saya seorang scm3r."

Terkesima Julianna dibuatnya. Encik Salah dengan tak malunya telah memuji dirinya sendiri. Ketika itu juga ada notifikasi yang masuk. Daripada Naila. Julianna tidak tahu siapa Naila dan apa hubungannya dengan Encik Salah. Namun yang pasti, pesanan Whatsapp daripada Naila menyalakan api di dalam hati Julianna. Api yang marak!

+ I miss you! Bila awak balik nanti, saya nak cur¡ masa awak selama tiga jam. Majlis kahwin dah dekat tapi awak belum pergi fitting.

Julianna terpaksa berpegang pada dinding supaya dia boleh terus berdiri. Hari itu mesej dari nombor tidak dikenali bercerita tentang p3lukan dan bik¡ni. Sekarang perempuan bernama Naila pula bercerita tentang fitting baju dan majlis perkahwinan. Baiklah, Encik Salah bukan scm3r, tetapi buaya darat! Buaya tembaga! Bujang senang!

Dia menutup talian. Dan cepat juga lagu Bad Guy berkumandang semula. Julianna terlalu sengaja mengabaikan panggilan tersebut.

- Saya ada buat salah ke?

WhatsApp daripada Encik Salah mula masuk.

+ Tadi kita elok saja berbual dan tiba-tiba awak tutup talian.

Sebab Julianna sudah tahu Encik Salah raja segala buaya darat, jadi keputusannya menutup talian adalah betul.

- Julianna, jangan senyap. Tak ada arah saya ni kalau awak senyap. Awak marah sebab saya ketawa?

Julianna tetap juga senyap.

+ Sebab saya menafikan hal scm3r tu?

Julianna masih juga senyap. Dia membiarkan sahaja Encik Salah berteka-teki.

- Saya bukan scm3r, Julianna. Pastilah saya menolak tudvhan awak tu.

Bukan perkataan scm3r yang berada di dalam kepala Julianna sekarang, tetapi raja segala buaya darat.

+ Kenapa saya rasa kita berdua tak ubah macam pasangan kekasih yang bergaduh?

Apa? Encik Salah fikir mereka seperti pasangan kekasih yang bergaduh?

- Don’t read something that’s not even there. Kita bukan pasangan kekasih. Encik jangan cepat sangat terjun dengan tanggapan yang bukan-bukan.

+ Finally. Awak balas mesej saya.

- Saya balas sebab encik dah salah buat tanggapan.

+ Jadi tolonglah betulkan apa yang saya salah.

- Saya baru tahu encik ni buaya darat. Raja segala buaya darat!

+ Ha ha ha

- Encik ketawakan saya?

+ Habis awak tu, tak sudah-sudah menuduh saya dengan tuduhan pelik-pelik. Tadi scm3r, selepas tu raja segala buaya darat pula. Selepas ni apa? Kaki temb3rang?

- Saya pernah baca mesej encik. Mungkin girlfriend encik. Dia hantar gambar bik¡ni. Dia seronok sebab encik p3luk dia sepanjang malam.

+ Itu sepupu saya. Dia memang suka bergurau. Tentang p3luk tu, sebenarnya saya pinjamkan sweater saya pada dia. Dia maksudkan sweater yang p3luk dia. Bukan saya. Dia memang macam tu.

Jawapan Encik Salah sangat meragukan.

- Dan baru sekejap tadi, ada yang ajak encik pergi fitting baju kahwin. Encik sebenarnya dah nak kahwin, tapi mengg◇tal lagi. Encik tak rasa bersalah ke pada bakal orang rumah encik?

+ Saya mengg◇tal dengan siapa?

Nah, untuk soalan ini Julianna sesat ketika mengarang jawapan.

- Dengan sepupu saya?

Soalan Encik salah seperti tu$vkan k3ris berkarat ke jantungnya. Julianna maksudkan dirinya, bukan sepupu Encik Salah.

+ Saya minta maaf kalau pesanan WhatsApp sepupu saya dah buat awak salah faham.

Serius, Julianna yang dihambat rasa bersalah mendengar Encik Salah meminta maaf. Ini adalah hal yang tidak sepatutnya terjadi.

Rumah PENA KAYU

02 Dec, 22:31


Bila dah selalu berbual dengan jejaka itu, timbul perasaan suka. Bukan suka je, pakej cemburu sekali! Aduh... jom baca teaser 👇

Rumah PENA KAYU

02 Dec, 01:54


MENGGIGIL sepuluh jarinya. Dia mar€h. Dia g£ram. Dia juga sak¡t hati. Segalanya telah berbaur menjadi satu. Sepatutnya, Fauzan berbincang dengannya terlebih dahulu. Bukan terus mengvgutnya untuk menghamburkan berita ker3takan hubungan mereka berdua pada keluarganya.

"Berapa lama lagi awak nak kita sorok status sebenar hubungan kita?" Suara Fauzan tanpa jiwa. Tegang raut muka lelaki itu. Mungkin Fauzan marah setelah dia tiba-tiba sahaja muncul di sini, di rumah lelaki itu.

"Saya dah tak ada hati pada awak. Sepatutnya, awak dah pulangkan cincin saya. Tapi awak berkeras minta masa. Minta masa yang dah berlarutan sampai satu bulan setengah. Kalau kita tak selesaikan masalah ni secepat mungkin, boleh jadi awak main tarik tali dengan saya sampai tahun depan."

Dia tidak pernah terfikir mahu menarik masalah mereka sehingga ke tahun depan. Dia pun mahu menyelesaikan secepat mungkin, namun kesihatan ayahnya menghalang.

"Saya minta sikit masa lagi. Ayah saya tak sihat, Fauzan. Saya perlu cari waktu yang sesuai nak beritahu keluarga saya status sebenar hubungan kita sekarang."

"Sorry, Jue. Fauzan dengan saya dah tak boleh tunggu. Kalau kami tunggu awak bersedia, bila masanya kami nak bertunang dan berkahwin? Takkan awak nak kami berdua mereput tunggu awak dapat waktu yang sesuai?"

Pandangan matanya singgah pada perempuan yang telah berjaya mer£but Fauzan daripadanya. Dia tidak ada hati mahu menyebut nama perempuan tersebut. Cukuplah dia menggelarkan perempuan itu perempuan jelmaan sitan.

"Jue, awak mesti faham. Hati Fauzan dah tak ada pada awak. Hati dia milik saya sekarang."

Perempuan jelmaan sitan itu menghulurkan tangannya. Dia seperti meminta sesuatu dan Julianna tidak tahu apa yang dimahukan oleh perempuan tersebut.

"Saya nak cincin. Awak tak malu ke nak simpan cincin Fauzan lagi?"

Dia membuka begnya. Cincin tanda pemberian Fauzan diletakkan di atas tapak tangan perempuan tersebut. Dia pun tak mahu menyimpan harta Fauzan lagi. Dia berlagak hubungannya dengan Fauzan baik demi mengaburi mata ayah.

"Tunggu apa lagi? Dah tak tahu nak balik? Takkan awak nak jadi tugu pula dekat sini?"

"Jannah..." Suara Fauzan membataskan niat Jannah mahu mendekatinya.

"Boleh awak tinggalkan Jue dengan saya sekejap," pinta Fauzan pula. Senyuman diberikan pada Jannah. Senyuman yang meluluhkan seluruh perasaan. Buktinya Jannah menurut permintaan Fauzan tanpa banyak kata.

Sekarang telah menghampiri seminit Jannah meninggalkan mereka berdua. Namun sejak tadi Fauzan hanya merenungnya. Kemudian menarik nafas panjang. Entah apa di dalam kepala lelaki itu.

"Jue, kita masih boleh berkawan. Awak selalu di hati saya. Tak pernah sedetik pun saya buang perasaan tu."

Julianna memusingkan tubuhnya dan bersedia untuk beredar. Dia tidak ada masa mahu mendengar pendirian tidak tetap Fauzan.

Lengannya ditangkap dan tubuhnya ditarik dan dipusingkan supaya berdepan dengan Fauzan semula.

"Business family saya ada masalah. Keluarga Jannah boleh bantu kami selesaikan masalah tu dengan syarat saya berkahwin dengan Jannah."

Jadi, cintanya kandas di tengah jalan gara-gara business keluarga Fauzan yang tidak menjadi?

eBook 10 Hari
Ready file

Fail eBook dapat segera. Harga pr●m● RM10# je awak. Jom grab eBook ni. Wasap je kami > https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

21 Nov, 04:11


Blurb Bukan Pemilik Raga

Setahun kenal, barulah Lily berani kenalkan Syam pada emak ayah. Dan tiba2 dia terima panggilan.

“I tunang Syam. Kami nak nikah lagi 3 bulan.”

Dunia yang tenang jadi berantakan tapi Lily pilih tenang. Jumpa, bincang sebab semua ada akal dan perasan.

Dewi yang cantik.
Pilihan keluarga Syam.
Manis, manja dan…. Ada idea gila!

“I sayang Syam. You sayang Syam. Sama-sama tak nak lepaskan. Kita bermadu. Tapi bukan sekarang. Lepas enam bulan kami kahwin, baru giliran you!”

Lily hampir-hampir nak pitam. Orang nak ke syurga, adakah dia seorang yang menempah jalan ke neraka?

This is crazy. This is bad… tapi…

“Jangan mintak I lepaskan you, sayang. I tak boleh. I sayang you.” Syam merayu.

Argh gila. Bermadu sebelum diakadkan… mampukah hati menerima, raga membahu luka?

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

21 Nov, 04:11


Blurb Dear Ex : Selamat Datang ke neraka

Yumi Naura hilang ibu bapanya ketika di usia muda. Dia berusaha untuk bangkit berjuang. Setelah habis belajar di luar negara, Yumi pulang dan kenal dengan AiQal Ihsan.

Yumi yang tiada keluarga kini ada mertua dan dua adik ipar. Semua tanggungjawab rumah, Yumi uruskan. AiQal sibuk besarkan bisnesnya. Yumilah juga yang jaga keluarga mertua.

Segala belanja, dia yang beri. Mereka fikir itu duit AiQal. Dan hati AiQal berubah bila kenal Mira anak pengarah Hotel Selesa.

“Yumi, I lepaskan you. Jangan bising2. Kita dah dewasa. Ini hal kita.”

Bermulalah kisah AiQal yang tamak dan kejam.
Nak harta sepencarian.

Rumah.
Kedai bunga Yumi.
Tanah kebun bunga.
Wang simpanan.

Nombor yang lama tidak dihubungi, Yumi dail. “I need helps.”

“Kau nak aku bunuh dia?”
“Jangan. Aku boleh buat tu sendiri. Pindah semua harta hak milik aku jadi bukan aku punya. Şeşen pun dia tak boleh dapat.”

“Consider it done. Lepas tu kau nak aku bunuh dia?”
Yumi geleng. “Dia tak berhak mati dengan mudah.”

AiQal mula rasa seksa. Selama ini Yumi uruskan semua.
“Kenapa elaun mama tak masuk lagi. Bagi lebih untuk kenduri.”

“Mama nak berapa?”
“Macam biasa. Elaun 3 ribu. Kenduri 1 ribu.”

AiQal pening kepala. Yumi memang tak guna. Kereta pun nak kena tarik. Siapa yang membantu Yumi? Siap ada body guard. Ada peguam bukan main tampan teman ke sana sini.

“You kena kuat Yumi. Jangan mengalah. Sampah, Jangan dilayan. Ingat dia tu sampah.”

Berjayakah AiQal menundukkan Yumi?
Mampu kah Yumi berjuang dan hantar AiQal ke neraka dunia?

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

21 Nov, 04:10


Blurb Dear Leo

Happiness is contagious. Melihat Yumi bahagia dengan Qarl. Leo rasa bahagia juga.

Berjaya menyatukan Steve dengan Lily, dunia nampak tenang dan indah.

Tapi kenapa dunianya sendiri tidak nyaman. Hingar bingar riuh dengan itu ini namun di hujung hari, tetap terasa sepi.

Asha muncul tanpa dijangka. Dia benci melihat gadis itu membiarkan dirinya diseksa. Bukankah kalau suami sudah angkat tangan, isteri kena angkat kaki? Fight for your right. And left, while you can!

Leo terperangkap dengan Asha yang bermasalah. Sedangkan nyawanya sendiri jadi taruhan. Cubaan membunuhnya tidak berhenti.

Tapi di dunia ini, tak ada perkara berlaku tanpa izin Dia. Pasti ada sebabnya.

“Aku sanggup mati. Aku takkan berhenti berjuang… untuk aku hidup, dia perlu mati.” Asha menanam tekad.

“Aku tak kena jampi. Tak ada sihir, tak ada sifir…” Leo menafikan dengan keras. Asha tak ada kuasa pada dirinya.

Tapi kenapa dia sanggup lakukan apa saja untuk Asha?

Let’s kill this love…
https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

21 Nov, 04:08


Ada kombo ebook baru daripada Kak Lynn Dayana lahhhh.

Min suggest terus ambil kombo triple tau, sbb jimat teruk!

Jom Min share dulu sinopsis satu satu ya .

Rumah PENA KAYU

21 Nov, 02:48


Family Elaina ni nampak sempurna di luaran. Tapi hakikatnya...

"Elaina!" Sedikit keras suara Abang Firman. Lengannya sekali lagi ditangkap. Bezanya kali ini dia ditarik menuju ke pintu utama.

"Apa abang buat ni? Saya nak tengok siapa yang ada dengan mama sekarang."

Permintaannya tidak diendahkan. Abang Firman semakin tangkas menariknya untuk keluar dari rumah tersebut.

"Lepaslah!" Bentaknya sambil merentap lengannya sekuat hati. Malang sekali pegangan tangan Abang Firman semakin kemas. Sulit untuk dileraikan.

"Abang, mama dengan lelaki lain. Berdua-duaan dekat atas tu. Abang tak rasa apa-apa ke?"

Dia hanya melihat rahang Abang Firman bergerak-gerak. Namun tidak sepatah kata yang lahir dari bibir lelaki tersebut.

"Kalau abang takut kena marah dengan mama, biar saya yang kena marah. Yang penting mama tahu saya tak suka mama buat maksiat di rumah kita!" tegasnya sebelum sekali lagi cuba untuk meleraikan pegangan kemas Abang Firman di lengan.

"Kita bincangkan hal ni di restoran KFC nanti."

Tercengang dia mendengar jawapan Abang Firman. Jelas sekali Abang Firman tidak terkesan dengan adegan mama berdua-duaan dengan lelaki lain di dalam rumah ini.

"Abang ni kenapa? Takkan abang nak kita keluar dari rumah ni sedangkan mama di tingkat atas dengan lelaki tak dikenali?"

Melihat Abang Firman diam seribu bahasa, darahnya menyirap ke muka.

"Jangan-jangan abang dah tahu mama ada lelaki lain selain ayah?" tuduhnya. Dan dia hampir menjerit marah setelah Abang Firman melarikan pandangan mata. Petanda jelas tuduhannya mengena. Abang Firman sudah tahu tentang kecurangan mama dan lelaki itu memilih menutup mata?

"Saya tak sangka abang bersubahat dengan mama!"

"Jadi Elaina rela ayah dan mama bercerai?" Soalan apa ini? Maksudnya Abang Firman dengan rela hati menerima mama bermaksiat di rumah ini?

"Lagipun kalau ayah tak mulakan, mama takkan cari lelaki lain."

Apa Abang Firman merepek ni? Ayah memulakan apa?

"Untuk pengetahuan Elaina, ayah sekarang ada hubungan sulit dengan setiausaha dia sendiri. Ayah beritahu kita semua yang dia ada urusan kerja di Jakarta. Tapi sebenarnya ayah pergi bercuti dengan betina keparat tu!"

EBOOK ELAINA
300+ pages | Ready file

Ni pun eBook best seller kami. Marilah baca

Rumah PENA KAYU

21 Nov, 01:13


"Kau orang berdua buat apa dalam gelap-gelap ni?" Suara Abang Firman bergema.

"Lampu pun tak pasang. Buat maksiat ke?" Suara Abang Firman bergema lagi. Namun dia tidak juga mampu untuk bergerak. Apalagi bersuara. Sejak tadi sorotannya tidak beralih memandang lembaga tinggi lampai tersebut.

Lelaki. Rambutnya hitam dan nampak basah. Petanda lelaki itu baru mandi. Baju yang tersarung di tubuh tinggi lampai itu pula milik Abang Firman.

"Masak Maggilah. Sesuai dengan arahan kau. Aku tak pasang lampu sebab banyak sangat suis. Nasib baik lampu dekat luar rumah ni terang. Nampaklah juga mana dapur mana Maggi."

Baru sekarang dia sedar ruang dapur itu semerbak dengan haruman perencah Maggi kari. 

“Dah siap masak ke?”

Lelaki itu tidak memberikan jawapan, sebaliknya mengatur langkah ke arah Abang Firman. Pada tangan lelaki itu ada semangkuk Maggi yang masih berasap. Sebaik sahaja bahu mereka sejajar, lirikan tajam lelaki itu singgah padanya. Terlalu sekejap. Namun yang sekejap itulah seperti mahu mengeringkan semua darah di dalam tubuhnya.

"Kau dah kenal adik aku?" Dari arah belakangnya dia mendengar lontaran soalan santai Abang Firman.

"Belum." Sepatah jawapan lelaki itu.

"Tapi dia sikit lagi nak pecahkan kepala aku dengan cawan dan gelas,” sambung lelaki bersuara garau tersebut.

Abang Firman tergelak. Penuh satu ruang dapur tersebut dengan suara gelak Abang Firman. Entah apa yang lucu?

"Adik aku tu memang kejam serupa pengganas. Bukan kepala kau saja dia boleh pecahkan, tulang kau pun boleh patah teruk. Silap cara nyawa kau pun boleh melayang sekali. Kalau kau nak selamat, pastikan jarak kau dua meter."

Abang Firman sedikit pun tidak menjaga air mukanya. Bahkan lelaki itu sampai hati menokok tambah cerita. Segala macam perasa sudah dicampak keluar. 

Tubuhnya dipusingkan untuk berdepan dengan Abang Firman. Dia sudah tidak tahan mendengar segala pembohongan Abang Firman.

“Walaupun macam tu, hati adik aku ni baik dan bukan jenis yang suka tikam kawan dari belakang,” sambung Abang Firman. Sengaja memujinya. 

"Elaina, ini Reza Maulana. Teman sekuliah abang."

Dia diperkenalkan dengan lelaki tinggi lampai tersebut. Demi Allah, seperti ada syair yang sempat tercipta di benaknya mendengar nama lelaki tersebut.

"Dan Reza, itu adik aku. Satu-satunya adik yang aku ada. Namanya Elaina Rose. Aku nasihatkan jangan cuba-cuba nak pikat Elaina. Kau merana seumur hidup nanti."

Reza sekadar menganggukkan kepala sebelum tumpuan lelaki itu berbalik semula pada Abang Firman. Seolah-olah tidak penting langsung untuk mengenalinya.

"Kita nak makan mana?"

"Bilik akulah," balas Abang Firman lalu terus melangkah.

Reza membuntuti langkah Abang Firman. Namun sebelum meninggalkan ruang dapur tersebut, langkah Reza terhenti. Dia menoleh ke arah Elaina. Tanpa kata. Tanpa senyuman. Sekadar lirikan tajam.

EBOOK ELAINA
300+ pages  |  Ready file

Harga promo RM15# Fail dapat cepat. Wasap kami ya > https://rumahpk.wasap.my

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

21 Nov, 01:12


Jatuh hati pada teman baik abang. Tapi... dia bertepuk sebelah tangan. Bahkan abangnya pun membantah 💔

Rumah PENA KAYU

20 Nov, 10:53


"Saya tahu apa awak fikir, Lila. Awak mungkin fikir saya ni jah*t. Tapi saya buat semua ni demi kebaikan tuan muda. Saya mama dia. Saya nak yang terbaik untuk dia. Saya takkan benarkan perkara tak elok jadi pada tuan muda." 

Dia masih meragui kata-kata Cik Puan Zainab. Sekarang dia bimbang dia terpalit dengan masalah dalaman keluarga Cik Puan Zainab. 

"Macam yang tertulis di dalam kontrak tu, apa yang awak dengar dan nampak dalam rumah, kekal dalam rumah ni. Saya tak nak orang luar tahu. Terutamanya yang berkaitan dengan tuan muda." 

Dia tidak ada masalah mengikuti terma yang satu ini. Dia bukan jenis yang suka menyebarkan berita. Namun terma seterus dan seterusnya yang membuat dia berfikir panjang. 

"Setiap pergerakan tuan muda tidak kira mencurigakan ataupun tak, awak mesti laporkan pada saya terus. Tak boleh bertangguh. Setiap hari saya nak report daripada awak. Hal kecil pun saya nak tahu." 

Kepalanya tiba-tiba terasa berat. Terasa pening.

"Kalau boleh, saya nak awak akses telefon bimbit tuan muda. Akses juga MacBook dia. Saya nak tahu dengan siapa dia berhubung. Dengan siapa dia jumpa. Saya nak tahu semuanya. Termasuk dengan siapa dia bercinta sekarang. Dan kalau Amani berhubung dengan tuan muda semula, cepat-cepat beritahu saya." 

Rasanya Cik Puan Zainab lebih sesuai mengaji penyiasat peribadi berbanding pembantu peribadi. Dia tidak ada pengalaman. Silap cara, boleh jadi dia yang disiasat oleh tuan muda nanti.  

“Lila, awak faham ke arahan saya?” 

“Faham, cik puan.” 

“Ambil serius tentang Amani.” 

Siapa Amani? Apa Amani telah buat sehingga membuat Cik Puan Zainab berada dalam keadaan berjaga-jaga? Semua pertanyaan di dalam kepala Lila tidak berjawab. Dia pun tidak berani bertanya lebih lanjut tentang Amani. Apa yang Lila lihat, nama Amani seperti racun yang merosakkan Cik Puan Zainab. 

"Guna telefon ni untuk berhubung dengan saya. Dalam tu saya dah save nombor saya. Awak boleh call atau WhatsApp saya pada bila-bila masa. Tapi ingat, jangan sampai tuan muda tahu isi kontrak ni. Rahsiakan daripada pengetahuan tuan muda." 

Demi Allah, dia mula rasa dia akan terjebak dalam sk4ndal yang besar. Sk4ndal yang akan menyusahkan hidupnya.  

"Awak tak perlu risau, Lila. Saya bukan nak awak buat kerja-kerja d0sa. Saya cuma nak awak jadi tangan kanan saya. Saya nak awak tolong saya perhatikan tuan muda. Saya tak nak dia buat kesilapan lagi. Saya tak nak dia berd0sa." 

Apa maksud Cik Puan Zainab? Tuan muda pernah buat d0sa apa? Dan kenapa Lila rasa, Cik Puan Zainab tidak jujur dengannya? 

“Lila ada soalan ke?” 

“Tak ada. Tak ada, cik puan.” Dia memberi jawapan yang bukan datang dari hatinya. 

"Lila." Panggilan Cik Puan Zainab membuat langkahnya terhenti. Perlahan-lahan dia berpaling untuk menatap Cik Puan Zainab. Tajam renungan mata Cik Puan Zainab. Tiada lagi kemesraan. Tiada lagi aura keibuan. Liurnya diteguk. Pahit. Berpasir.

“Jangan buat saya kecewa. Jangan buat tuan muda susah. Dan jangan susahkan saya. Saya boleh bagi awak terang, saya pun boleh beri awak kegelapan.” 

Macam mana nak kerja dengan tenang ni? Belum apa-apa dah kena jadi spy. Dah kena ugut. Risaunyeee...🤐

Haaa cepat. Hari ni dapat harga special. eBook Husband From Hell RM17# je. Grab hari ni ye. Takut nanti tibe naik Rm22 semula 🙈

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

20 Nov, 10:53


Dapatkan eBook Husband From Hell pada harga RM17#

Insya-Allah fail eBook dapat cepat. TAPI harga RM17# ni bukan valid untuk selama lamanya ya Cepat wasap kami >>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

20 Nov, 07:06


"Saya baru terjaga selepas dapat mimpi ngeri, tuan muda. Kalau tuan muda yang dapat mimpi ngeri tu, saya jamin suara tuan muda tiga kali ganda lebih teruk berbanding suara saya."

"Mimpi ngeri yang macam mana?"

Takkanlah Lila nak beritahu dia bermimpi diseksa oleh tuan muda sendiri? Cari nahas namanya tu.

"Tuan muda call saya ni sebab apa?"

Tidak ada jawapan. Hanya helaan nafas panjang tuan muda yang sampai ke telinganya. Lila tak tahu pula, yang tuan muda pun boleh resah. Lila ingatkan tuan muda tidak ada sebarang keresahan yang perlu difikirkan.

"Fasal pesanan WhatsApp yang saya hantar."

Gara-gara pesanan WhatsApp tersebut dia bermimpi ngeri. Dia menerima libasan cemeti tuan muda. Dua kali!

"Saya nampak awak dah baca, tapi awak tak call saya semua."

Tanpa sedar segaris senyuman elok terlukis di bibirnya. Kadang-kadang tuan muda ni perangainya boleh buat Lila tersenyum tanpa sedar.

"Saya memang dah baca, tapi saya ingat tuan muda bergurau. Lagipun dah tengah malam, tuan muda. Mengantuk sangat dah mata saya. Waktu kerja saya dengan tuan muda dari pukul 8.00 pagi sampai 7.00 malam saja."

"Saya boleh bayar awak."

Mentang-mentanglah tuan muda kaya raya, semua hal pun nak diselesaikan dengan duit. Mengeluh Lila dibuatnya.

“Bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan duit, tuan muda.” Dia memberi nasihat seikhlas hati.

"Then, awak nak apa selain duit?”

“Saya nak tidur, tuan muda. Saya mengantuk sangat dah ni. Mata pun tak boleh buka.”

Tuan muda menarik nafas panjang di hujung talian sana.

“Okey, awak boleh tidur. Esok pagi datang awal. Sebelum pukul 7.30 pagi awak mesti datang jumpa saya.”

Tidak sempat pun Lila membantah, tuan muda sudah menutup talian. Lila mengelengkan kepalanya. Tubuhnya kembali direbahkan.

“Gila ke apa tuan muda nak jadikan aku isteri dia?” gerutunya dengan matanya yang mulai dipejamkan semula. Sesaat kemudian, matanya kembali terbuka. Lebih luas. Dia juga bingkas bangun. Telefon bimbitnya diambil. Serentak dengan itu, masuk lagi pesanan WhatsApp yang baru daripada tuan muda.

- Saya lupa nak beritahu. Kahwin dengan saya merupakan terma dan syarat yang saya fikirkan paling memberi keuntungan pada awak dan juga pada saya.

Tercengang Lila membaca pesanan WhatsApp tersebut. Untung apa tuan muda cakap ni? Untung celah mana? Lila rasa sedang diseret ke tali gantung saja!

Masuk lagi satu pesanan WhatsApp, juga daripada tuan muda.

+ Esok kita bincangkan lebih terperinci. Saya tak nak ganggu waktu rehat awak. Tidurlah.

Tuan muda fikir, dia boleh tidur sekarang?

**

"Lila dan Tuan Muda ni perangai sama2 keras kepala tapi memang serasi ahaha. Dan sebenarnya Lila dapat Husband From Heaven patutnya kekekeke. Bayangan Lila mimpi tu paling kita terhibur sekali 🤣🤣. Dan ya, Husband From Hell memang best tak puas baca ahahaha . Sekejap je baca tengok2 dah habis. Memang tak rugi kita beli tau hehe. Tergoda baca teaser, beli baca memang puas hati 🥰🥰🥰. "

Dah baca belum?

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

20 Nov, 07:06


Ni citer kahwin kontrak ke???
》Hurm... tak naklah jawab. Kena baca sendiri 😝

eBook yg sentiasa jadi favourite Min Tajuknya Husband From Hell. 360+ pages. Ready file.

Berapa harga? Harga asal Rm21. Tapi kan ada promo. Harga promo RM17# Haaa ye 17 hengget je. Fail eBook insya-Allah dapat segera. Wasap je kami >>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

20 Nov, 05:02


“Matikan enjin motosikal tu! Cepat!” arah Mak Nah setelah sampai di depannya.

“Cepat Mak Nah cakap!” tegas Mak Nah. Sudah lain raut muka Mak Nah.

“Kenapa, Mak Nah?” ajunya setelah enjin motosikalnya dimatikan. Topi keledarnya ditanggalkan.

“Bunyi motosikal Lila ni, sampai ke bilik atas boleh dengar. Satu rumah terkejut dengar bunyi enjin motosikal Lila ni.”

Kali ini, raut mukanya pula yang berubah. Cuak terus raut muka Lila.

“Cik puan marah ke, Mak Nah?”

“Bukan cik puan yang patut Lila risaukan. Tapi tuan muda. Tuan muda tak suka bunyi bising. Mak Nah bimbang Lila belum jumpa dia, dia dah minta cik puan pecat Lila.”

Terasa sejuk kulit mukanya. Dia belum pun menemui tuan muda dan dia sudah memberi tanggapan pertama yang tidak baik.

“Tuan muda cakap apa saja, Mak Nah?”

“Dia bagi arahan hentikan bunyi bising tu. Itu yang Mak Nah keluar cari Lila. Sebab Mak Nah tahu ni bunyi motosikal Lila.”

“Mak Nah,” serunya. Caranya memandang Mak Nah juga dilembutkan. Dia mahu merayu Mak Nah supaya berkompromi dengannya.

“Kalau tuan muda tanya siapa yang buat bising, Mak Nah jangan sebut nama saya, ya?”

Pap! Lengannya ditampar.

“Kamu ni, ajar Mak Nah berbohong pula.”

“Kali ni saja, Mak Nah.” Sepuluh jarinya disusun.

“Lain kali saya tak buat lagi. Esok, saya parking luar. Tepi pondok pengawal tu. Saya takkan kacau dah ketenteraman tuan muda.”

Mak Nah mengeluh. Dia tahu dia telah berjaya melembutkan hati Mak Nah.

“Kali ni saja Mak Nah tolong. Selepas ni, pandai-pandailah Lila nak hidup.

“Terima kasih, Mak Nah!” Dia memeluk Mak Nah seeratnya. Mak Nah adalah penyelamatnya hari ini.

“Jaga tuan muda elok-elok. Tuan muda cakap apa, jangan simpan dalam hati.”

“Saya faham, Mak Nah. Saya akan jaga tuan muda rumah ni elok-elok.”

“Bagus. Semangat macam ni yang Mak Nah nak dengar. Tapi Lila jangan jadi macam tuan muda pula. Jangan sampai Mak Nah dengar Lila jadi pembantu peribadi dari neraka pula.”

Eh! Eh! Eh! Mak Nah ni, dia bawa bergurau pula gelaran tersebut.

Gini serba sedikit isi cerita eBook Husband From Hell. Harga promo RM17# Wasap Mimin ye >>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

20 Nov, 05:02


Bila org tanya Min, boleh suggest tak bestselling ebook PK, haaa ini antara tajuk yg Min suggest.

eBook Husband From Hell 🔥
Dah baca belum??

Belum? Rugi rugi

Rumah PENA KAYU

20 Nov, 02:00


"Kau tanya fasal Syazra tadi kenapa? Kau ada kerja yang sesuai untuk Syazra? Kalau kerja tu tak berat, rasanya boleh."

"Cik Puan Zainab tengah cari pembantu peribadi. Kerja ni memang mudah sangat."

“Jadi pembantu peribadi Cik Puan Zainab ke?”

“Bukan.”

Berkerut seribu dahi Kak Ton.

“Habis tu siapa?”

“Tuan muda.”

Berubah terus raut muka Kak Ton. Tergeleng-geleng kepala Kak Ton.

"Kau nak suruh Syazra kena jilat api n£raka ke?"

"Kau ni, ke situ pula. Jadi maksudnya, aku ni dah kena jilat api neraka la sebab kerja dekat sana? Kerja dengan cik puan dan tuan muda?" balas Mak Nah. Jelas rasa tidak puas hati di wajahnya.

"Kau jangan terasa. Aku bukan maksudkan macam tu. Kau takkan dah lupa sk€ndal yang tuan muda timbulkan dulu? Memanglah tak ada bukti dia yang bersalah, tapi kita semua tahu tuan muda yang buat."

"Tuan muda tak buat. Kau jangan main serkap jarang saja. Berdosa besar memf¡tnah ni."

"Nak f¡tnah apanya? Memang dia buat. Dan dia gunakan duit keluarga dia yang berkepuk-kepuk tu tutup semua sk€ndal dan kej€hatan dia. Alaaa Jah, aku faham sangat modus operandi orang kaya ni. Kau tak payah nak tutup-tutup. Semua dalam tangan aku."

"Selagi tak ada bukti tuan muda bersalah, selagi tu aku percaya dia tak bersalah."

Kak Ton menjeling Mak Nah.

"Kau ni mesti dah kena suap dengan keluarga tuan muda tu. Cik Puan Zainab bayar kau berapa  sampai kau sanggup jadi tali barut?"

"Astaga... malaslah aku nak cakap dengan kau lagi. Kau ni asyik berfikiran negatif. Aku ni tak nak negatifkan fikiran aku. Aku nak kaut aura positif saja. Kau kena faham, Ton. Bila usia dah senja ni, aku nak kumpul banyak pahala. Bukan dosa."

"Engkau ni, menyindir aku ke?"

EBOOK HUSBAND FROM HELL
360+ pages  |  Ready file

Harga promo RM17# Fail eBook insya-Allah dapat cepat. Kalau suka light reading + surprise, haaa boleh grab eBook best seller ni. Wasap je kami > https://rumahpk.wasap.my

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

20 Nov, 01:54


Siapa suruh jahat sangat. Kan semua dah takut. Tapi... betul ke tuan muda jahat?

Rumah PENA KAYU

19 Nov, 04:23


"Cik Hara, tunggu saya!"

Semakin deras langkahnya. Kalau dia berhenti dan berbual dengan Khai, tidak tahu bala apa yang datang kepadanya. Entah-entah dia cop cuba nak menggoda suami orang.

"Cik Hara,” panggil Khai terus. Lelaki itu telah berjaya mengejar langkahnya. Lelaki itu menjadi tembok yang menghalang langkahnya.

"Saya nak minta tolong."

Entah pertolongan apa yang mahu diminta? Pasti melibatkan hubungan suami isteri itu. Tak kuasa dia nak melayan.

"Tolong saya jauhkan Zariff daripada isteri saya. Zariff nak rosakkan rumah tangga saya.”

Telahannya betul!

"Saya tak nak campur. Sorry sangat. Masalah cinta bersegi-segi awak bertiga, awak bertiga selesaikan sendiri. Jangan babitkan saya.”

"Cuma Cik Hara yang boleh tolong saya sekarang. Cik Hara mesti buat Zariff lupakan isteri saya. Buatlah cara apa pun, asalkan Zariff tak kacau isteri saya lagi. Saya akan bayar lumayan."

Apa suami Aleya ini fikir, dia mata duitan? Apa suami Aleya ini fikir, hubungan mereka rapat sehingga lelaki itu selamba sahaja meminta permintaan bertaraf bebal begini?

"Sorry, saya memang tak dapat nak tolong. Awak boleh cari orang lain. Saya minta diri dulu."

Bukan dia yang dilanda masalah rumah tangga, tapi dia yang sakit kepala dan huru-hara. Dan selepas Zohor, dia mendengar lagi kekecohan dari rumah sebelah. Secara tepatnya, dari rumah Aleya.

Suara Aleya ada. Suara Dr Zariff ada. Suara Khai pun ada. Tiga suara bergabung dan menjadi pencemaran bunyi.

Hara meraih telefon bimbitnya. Kemudian dia membuka pintu rumah.

“Ya, ada orang buat kecoh depan rumah saya. Aras 6, nombor rumah B3-0612.” Sengaja Hara bercakap kuat-kuat. Dia mahu tiga orang manusia itu mendengar kata-katanya. Dia yakin misinya berjaya. Pertelingkahan sengit itu akhirnya bubar. Tiga pasang mata kini memberi sepenuh perhatian padanya.

“Cepat sikit ya. Saya takut mereka saling berbvnuhan sekejap lagi.”

Pening kepala Hara. Kenapalah Dr Zariff tu buat hal? Hara dahlah tak ngam dengan doktor tu. Nak kena goda dia pulak??? Hurm... tunggu kiamat dulu!

Marilah baca eBook Berdiri Bulu Romaku. Harga promo RM10# Wasap je Min sekarang>>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

19 Nov, 04:23


Ada yang tak betul ni. Ada ke patut kau yang orang luar ni disuruh goda skandal wife dia?

Isk, cari nahas kalau kau setuju. Malas kau nak hadap doktor kerek tu. Lagipun mcm dah tak ada perempuan single dalam dunia ni, bini orang jugak doktor tu sibuk nak sondol😶

Gitu summary eBook Berdiri Bulu Romaku. Ready file 🌞

Rumah PENA KAYU

18 Nov, 03:10


Bunyi pintu dibuka dari luar mematikan segala lamunan Hara. Cepat sahaja Hara berpaling. Cepat juga dia terkesima. Di depannya sekarang berdiri seorang lelaki. Tinggi orangnya. Segak orangnya. Atau lebih tepat lagi, ini adalah lelaki yang sama. Lelaki yang tinggal di blok bertentangan apartment Kak Hafizah.

“Saya Dr Zariff. Saya yang akan merawat anak puan.”

Kenapa dia digelar puan? Apa gayanya seperti wanita sudah berkahwin dan mempunyai anak?

"Anak puan sakit apa?" aju Dr Zariff tanpa memandang ke arahnya. Seluruh perhatian lelaki itu menjadi milik Naqib.

"Saya nak Dr Jehan. Tadi Dr Jehan dah tengok keadaan kaki Naqib. Dr Jehan dah sebut dia yang akan merawat Naqib.”

Langkah Dr Zariff terhenti serta-merta. Lirikan mata lelaki itu singgah pada Hara. Tajam. Cukup tajam. Sehingga berhasil membuat bulu roma Hara berdiri. Tidak pernah lagi seumur hidup Hara menerima lirikan membunuh seperti itu. Dia rasa seperti sedang dicekik-cekik. Dia sedang dipaksa untuk mengaku kalah.

"Dr Jehan sibuk di bilik sebelah. Ada emergency case. Kalau puan prefer Dr Jehan, saya tak ada masalah. Tapi takkan Puan nak tunggu anak puan nazak dulu, kemudian baru minta saya buat rawatan?”

Dia tidak selesa dengan doktor yang satu ini. Aura doktor ini menyebabkan perasaannya tidak sedap.

“Puan berada di bilik rawatan 1. Saya doktor yang bertugas dalam bilik rawatan ni. Saya bertanggungjawab sepenuhnya merawat pesakit yang masuk ke sini. Bukan Dr Jehan."

Banyak yang mahu Hara katakan, namun semuanya sudah tidak mahu keluar dari mulutnya.

"Anak puan sakit apa?" Sekali lagi Dr Zariff melontarkan soalan sama. Memaksanya untuk memberikan jawapan.

"Naqib jatuh dari kerusi."

Dia mengesan raut muka tidak puas hati Dr Zariff. Dia salah beri jawapan ke?

"Budak-budak ni tak tahu lagi apa itu bahaya. Kita sebagai orang dewasa yang patut ajar mereka. Jaga mereka. Lalai sekejap saja, kemalangan dah berlaku."

Kenapa dia rasa dia baru sahaja menerima bebelan Dr Zariff? Dan kenapa Dr Zariff masih juga berpura-pura tidak mengenalinya? Padahal beberapa hari yang lalu, bukan main lagi lelaki itu memerhatikannya secara senyap-senyap!

Jom baca eBook ni. Ready file. Wasap kami. Harga hari ni pun RM10# lagi >>> https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

17 Nov, 21:32


"Siapa yang baru keluar dari Heaven Private Estate tu?" 

"Entah. Manalah aku tahu. Kalau kau nak tahu sangat, pergilah tahan kereta tu. Minta penumpang kereta tu turun. Lepas tu kau tanya apa mereka buat dekat Heaven Private Estate tu." 

"Kau gila?" 

"Kau yang nak tahu sangat."  

"Habis tu, kau tak nak tahu? Aku seorang saja yang nak tahu?"  

Keluhan yang meletus. Pandangan mereka berdua masih lagi mengekori kenderaan berjenama mewah yang semakin menghampiri mereka berdua.  

"Dah lama sangat orang tak masuk ke dalam Heaven Private Estate tu. Takkanlah keluarga tu dah berpindah ke sana semula? Bukan hartanah tu mereka dah jual ke?"  

Belum habis perbincangan hangat kedua-dua teman baik itu, kereta berjenama mewah tersebut akhirnya berhenti menjalar. Pintu bahagian pemandu tersebut terbuka. Keluar seorang lelaki separuh abad. Mereka tidak kenal lelaki separuh abad tersebut.  

Jelas di mata mereka, lelaki separuh abad itu tergesa-gesa membuka pintu penumpang. Keluar pula seorang wanita. Nah, kalau wanita ini mereka kenal. Pernah menjadi orang kampung mereka.  

"Assalamualaikum semua. Ini Mak Jemah dengan Kak Tipah ke? "  

Teragak-agak dua orang teman baik tersebut mahu menjawab pertanyaan yang dilontarkan. Biarpun mereka berdua memang Mak Jemah dan Kak Tipah, namun untuk mengaku perlukan diskusi lebih lanjut. Bukan mereka tidak kenal dengan keluarga wanita separuh abad tersebut. Sebab kenal sangatlah mereka jadi teragak-agak untuk menjadi mesra.  

"Ini saya. Zainab. Kak Tipah dengan Mak Jemah ingat saya lagi?"  

Saling berpandangan kedua-duanya. Sudah cuak muka kedua-duanya.  

"Keluarga saya akan tinggal di sini semula."  

Dua kali Mak Jemah menelan liurnya. Kak Tipah pula sudah semakin tidak selesa. Bukan mereka menolak Cik Puan Zainab dan keluarganya tinggal di Heaven Private Estate, cuma janganlah tuan muda ikut sekali berpindah ke sini. Tuan muda ada aura gelap. Aura gelap itu bahaya dan melemaskan.  

Belum sempat Mak Jemah dan Kak Tipah bersuara, cermin kereta mewah tersebut diturunkan. Semakin rendah cermin kereta tersebut diturunkan, semakin kuat detakan jantung mereka berdua.  

Seolah-olah ada kepulan asap hitam yang pekat berlumba-lumba keluar dari kenderaan mewah tersebut melalui cermin kereta yang diturunkan. Kepulan asap yang membawa kejahatan. Itu yang Mak Jemah dan Kak Tipah nampak sekarang. Tidak hairanlah kenapa Cik Puan Zainab yang berdiri di depan mereka diabaikan.  

Elok cermin kereta selesai diturunkan, elok juga kedua-duanya menganga. Seperti ada petir yang melintas di depan muka mereka. Seperti ada raksasa yang baru melintas di belakang mereka.  

"Mama, kita dah lambat." Suara tuan muda bak guruh yang berkelahi di atas langit. Renungan mata tuan muda tajam bak pedang yang siap untuk memb^nuh. Dengusan tuan muda pula bak naga yang mahu memuntahkan lahar api.

Tidak hairanlah apabila Kak Tipah dan Mak Jemah hilang suara selepas itu. Tidak hairanlah kenapa kedua-duanya jadi patung bernyawa. Jadi pada lewat petang yang damai itu, kecoh satu kampung. Tuan muda dari n£raka telah sampai!  

EBOOK HUSBAND FROM HELL
360+ pages  |  Ready file

Kenapa orang kampung resah semacam bila nampak Tuan muda ni? Kenapa baca ya eBook ni. eBook best seller kami ni. Harga promo RM17# Jom wasap > https://rumahpk.wasap.my/

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

16 Nov, 00:58


HUJAN turun dengan lebat ketika saya pulang daripada makan tengah hari tadi. Sewaktu tiba di tempat meletak kenderaan, saya nampak kereta Fahri di depan kereta saya. Tidak tergambar rasa gembira saya. Terasa menggebu di dalam dada.

Pandangan kami sempat bertaut selama sesaat. Saya rasakan hujan telah berhenti. Muncul pelangi menebarkan tujuh warna cintanya. Inilah syurga dunia saya sekarang. 

Anehnya, tiada senyuman untuk saya kali ini. Tetapi saya perhatikan, raut wajah Fahri bercahaya.

Cahayanya seakan-akan mahu menyilaukan mata saya. Saya tahu Fahri sedang bahagia. Cuma saya belum tahu, apa yang membuatnya bahagia? Saya harap, sayalah yang telah membuatnya bahagia. 

Kemudian, Fahri membuka pintu kereta. Fahri berlari sambil membawa payung ke arah pintu penumpang. Saat itulah, sepasang mata saya tidak pandai lagi berkedip. Mulut saya sedikit terbuka melihat pemandangan di depan mata saya.

Tadi saya hanya melihat Fahri sehingga lupa untuk melihat siapa yang berada di kerusi penumpang. Benar, Fahri bersama seorang perempuan. Perempuan itu memakai abaya hitam, lengkap dengan niqabnya. Tak dinafikan, dia cantik. Walaupun saya hanya melihat sepasang matanya, saya tahu dia sangat cantik. Dan Fahri melindungi perempuannya dengan sempurna daripada terjahan air hujan. 

Saya dapat rasa air hujan seperti sedang menyimbah ke muka saya melihat pemandangan tersebut. Pemandangan yang sangat indah di mata Fahri, tetapi bukan di mata saya. Fahri sudah dimiliki, tetapi saya belum bersedia kecundang.

Saya dan Fahri baru berkenalan. Kami belum mengorak langkah. Ini bukan pengakhiran yang saya impikan. 

Saya cuba untuk tersenyum, tetapi payah. Saya cuba untuk keluar dari perut kereta, tetapi kaki saya terlalu lemah. Saya cuba memujuk diri sendiri, tetapi gagal teruk.

Saya lemah dan hati saya koyak. Saya tak tahu nak buat apa lagi. Saya bertembung dengan jalan mati. 

Alahai... kumbang bukan seekor Riani. Apapun eBook ni 300+ pages. Harga istimewa RM10# je. Cepat grab > https://rumahpk.wasap.my/

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

16 Nov, 00:56


Bertepuk sebelah tangan itu sakit!
Tapi Jangan risau. Happy ending eBook Diari Jiwa ni. Happy dengan caranya yang tersendiri. Jangan tanya Riani end up dengan siapa. Baca je 🥰

Rumah PENA KAYU

15 Nov, 04:26


“Awak buat apa datang ke sini?” Suara Fahri dingin. Terlalu dingin.

“Saya tak boleh tidur. Kemudian saya dengar suara orang menangis.”

“Saya tak menangis. Dan kalau pun awak dengar sesuatu, awak tak sepatutnya keluar dari bilik awak. Macam mana kalau pencuri yang masuk ke rumah ni tadi? Awak nak hidup awak jadi macam Ariana? Dir0gol dan kemudian dibvnuh?”

Masya-Allah, saya rasa Fahri terlalu paranoid sekarang. Semua perkara dia sabitkan dengan kemalangan yang menimpa Ariana.

“Saya bukan Ariana.”

“Kalau awak sedar awak bukan Ariana, jangan kacau hidup saya lagi. Awak takkan dapat jadi pengganti Ariana. Awak bukan Ariana. Jangan tebalkan muka dan berterusan meraih simpati emak saya.”

Ayat Fahri menghiris-hiris hati saya.

“Kalau emak saya nak awak jadi isteri saya sekalipun, saya takkan setuju. So please, hentikan semua rancangan kotor yang ada dalam kepala awak sekarang. Saya muak.”

Saya pusingkan tubuh dan terus melangkah meninggalkan Fahri. Fahri melampau. Kalau pun niatnya mahu menghalau saya, tak sepatutnya dia menggunakan kata-kata kesat. Banyak lagi pilihan kata-kata yang sesuai digunakan. Sebagai anak Melayu yang kaya dengan sifat sopan, Fahri patut sedar ayat-ayatnya tadi membenamkan jiwa.

“Riani.”

Walaupun saya mahu terus melangkah, tetapi suara Fahri ada aura yang kuat, yang menyebabkan saya berhenti melangkah dan memandang ke arahnya. Saya kuatkan hati. Saya yakin, apa saja yang bakal keluar dari mulut Fahri selepas ini, bakal membuat jiwa saya seperti tak bernadi.

“Jangan datang ke rumah saya lagi selepas ni. Saya tak nak awak curahkan niat tak baik awak pada mak saya. Saya tak nak mak saya termakan budi awak.”

Tuduhan Fahri berat. Saya tahan air mata daripada jatuh.

“Saya tak suka awak, Riani. Sekali saya tak suka, seluruh keturunan awak pun saya tak suka.”

Seluruh sistem kewarasan saya seperti terhenti. Salah saya apa sehingga Fahri berkata begitu?

EBOOK DIARI JIWA
340+ pages | Ready file

Promo tamat tak dapat dah 10# ringgit. Lambat melepaskan nanti. Lekas wasap kami > https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

15 Nov, 04:26


Dia tahu dia takkan berjaya melembutkan hati jejaka tersebut. Dia cuma nak jadi kawan. Itupun tak diizinkan...

Rumah PENA KAYU

15 Nov, 00:13


FAHRI balik dari kursus hari ni. Saya nampak dia tadi. Dia kelihatan letih. Sebenarnya, dia tak pernah tak nampak letih. Dia lelaki yang bekerja keras untuk berjaya.

Kadang-kadang saya perasan, pukul 10.00 malam pun dia belum balik lagi.  Saya tahu tentang hal ini sebab sekali-sekala saya berpeluang meletak kereta saya berdekatan dengan kereta Fahri. Fahri memandu kereta berwarna hitam, sedangkan saya lebih senang memandu kereta berwarna kelabu.

Sikap Fahri sama seperti saya. Kami selalu larut dengan pekerjaan sehinggakan pejabat sudah menjadi rumah kedua kami. Mungkin sebab itu, ketika kali pertama saya melihat dia, rusuk saya terasa bergetar.

Saya tak bernafas dengan baik dan mata saya hanya mahu melihat Fahri. Hanya dia yang mata saya mahu lihat. 

Sebagai seorang anak dara Melayu, ini perkara yang memalukan. Perkara seperti ini tak sepatutnya terjadi, tetapi tetap terjadi. Fahri ada magnet. Magnet yang tak dapat saya hindari. 

Saya tak pernah mempunyai perasaan begini dengan mana-mana lelaki. Fahri lelaki pertama yang berjaya merobohkan tembok hati saya. Dia tak perlu berusaha. Cukup dengan lirikan matanya, saya sudah seperti ditembak bertubi-tubi sampai m€ti. 

Setiap hari Isnin sehingga Jumaat, saya selalu curi-curi memandang ke arah Fahri. Dia tidak sedar tentang kewujudan saya.
Bukan saya tak mencuba, cuma Fahri tidak pernah memberi perhatian. 

Mungkin saya perlu menggunakan pendekatan lain untuk mendekatinya. Mungkin saya perlu pura-pura terlanggar bahu dengannya dan kemudian meminta maaf, seperti babak dalam drama televisyen.

Tapi itu bukan cara saya. Saya tak suka dengan kepura-puraan. Namun untuk membuat adegan perigi mencari timba, saya malu.

Biarlah dahulu. Biar masa yang menentukan. Saya perlu bersabar dalam tempoh mencabar ini. Kalau Allah telah mengirim Fahri untuk saya, pasti ada jalan untuk ke hatinya. Pasti!

EBOOK DIARI JIWA
340+ pages  |  Ready file

Fail eBook dapat segera. Dapat harga istimewa sekarang. RM10# Cepat grab eBook ni. Wasap kami > https://rumahpk.wasap.my

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

15 Nov, 00:13


Bila kewujudannya tak pernah disedari... Padahal mereka selalu bertembung. Hero gila kerja!

Ni eBook Diari Jiwa. 300+ pages. Lagi best ada harga istimewa. RM10# je 🖤

Rumah PENA KAYU

14 Nov, 07:43


Belum pun sampai di depan pagar rumah Paei, dia sudah melihat lelaki itu. Tidak tahu apa yang dilakukan lelaki itu berada di luar rumah, sedangkan tetamu sudah pun berada di dalam rumah. Oh, Paei sedang menjawab telefon.

Cepat-cepat dia melangkah melepasi lelaki itu. Cepat juga telinganya menangkap suara Paei.

“Nanti aku call kau semula. Ada bidadari dunia lalu depan aku ni."

Dasar mulut manis! Dan dia pun kenapa hampir-hampir sahaja mengorak senyuman lebar? Dia sudah bertunang. Dia ada Beyazid Syah. Tak elok dia memberi perhatian pada lelaki lain.

"Lajunya. Ni nak masuk sukan olimpik ke pecut laju-laju ni?"

Dia abaikan soalan Paei. Sebagai tuan rumah, sepatutnya lelaki itu melayan tetamu di dalam rumah.

"Sini, saya kenalkan awak dengan family saya."

Tanpa dapat ditahan lagi, lengannya ditarik. Mujurlah dia berjaya melepaskan pegangan tangan lelaki itu pada lengannya.

Paei ni, langsung tidak menjaga batas agama. Kalau ada yang nampak tadi macam mana? Apa kata orang taman nanti?

“Bonda, ini Ayana yang tolong tolak kereta Paei hari tu. Ayana ni gagah perkasa, bonda. Dia kuat dan boleh diharap. Memang sesuai sangat jadi isteri Paei.”

Apa Paei kata?!

EBOOK TUNANG ORANG
160+ pages | Ready file

Fail eBook dapat cepat awak. Harga istimewa sekarang RM10# je ni. Esok lusa kalau dah tak istimewa harga lain pulak. Elok grab sekarang. Wasap kami ya > https://rumahpk.wasap.my

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

14 Nov, 07:40


Tak sangka jiran yang banyak cakap dan peramah tak bertempat tu tunangnya sendiri. Masalahnya sekarang, kenapa tak berterus-terang? Dahlah guna nama lain. Menyamar pulak tu 😶

Harga istimewa RM10# je eBook Tunang Orang ni. Cepat grab!

Rumah PENA KAYU

14 Nov, 05:52


"Bonda dah beritahu Paei yang bonda nak Ayana temankan bonda, tapi dia degil juga panggil Jiha." Ibu Paei meluahkan rasa kesalnya terhadap anak terunanya. Tetapi kalaulah ibu Paei tahu dia yang memaksa Paei mengambil Jiha, entah apalah reaksi wanita setengah abad ini?

Serentak dengan itu pintu utama dibuka dari luar. Tubuh tinggi lampai Paei terus muncul di situ.

“Paei dah balik. Dah sampai waktu saya minta diri.”

Setelah saling berpelukan untuk sejenak, dia bangun menuju ke pintu utama. Paei masih berdiri di situ. Masih teguh sejak tadi.

“Saya teman awak balik.” Seperti bisikan suara lelaki itu.

"Kalau awak ikut saya, kita putus kawan.” Seperti bisikan juga suaranya membalas.

Barulah terhenti langkah lelaki itu. Jadi kelam wajah lelaki itu. Dialah yang telah memberikan mendung pada lelaki tersebut.

"You don't love him, Ayana. Kenapa nak teruskan juga bila hati you bukan pada dia?”

Paei sudah salah memilih ayat mukadimah. Paei tidak sepatutnya memetik hubungannya bersama Beyazid Syah. Menggigil-gigil sepuluh jarinya menahan rasa.

Dia marah setelah apa yang dikatakan oleh Paei ada benarnya. Dia lebih marah setelah dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah apa yang telah ditulis untuknya.

“If he doesn't cherish you, I will. Saya akan jaga awak, Ayana. Sampai syurga."

Agak-agak Ayana nikah dengan siapa ni? eBook TUNANG ORANG. Ready file🖤

✅️ Marilah baca eBook ni. Harga tengah promo. RM10# je. Wasap kami ya >>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

14 Nov, 05:52


Kalau Min jadi Ayana, dah lama gerak. Ada tunang tapi mcm tarak je 🥲 Siksa jiwa raga tau .

Penangan FYP, ramai betul yg beli ebook Tunang Orang dan bagi feedback yg positif. Rata2 kata best hehee.. kan Min dah ckp 🥰

Jom baca eBook Tunang Orang ❤️

Rumah PENA KAYU

13 Nov, 04:09


"Kereta I buat hal," kata kelaki itu. Tidak tahu lelaki itu bercakap dengan siapa. 

"Hai, nama I Paei," sambung lelaki itu lagi. 

Ayana memandang sekeliling. Tidak ada sesiapa pun kecuali dirinya. 

"I Ayana." 

"Ayana... Subhanallah, sedapnya nama. Suka I sebut. Manis macam karamel. Boleh diebetes I ni kalau selalu sebut nama you." 

Geli isi perutnya mendengar kata-kata Paei. Lagipun orang lelaki kalau memuji, adalah tu yang mereka mahukan. 

"Ayana, I nak minta tolong sikit." 

Dia baru cakap tadi. Sekarang si Paei ini terus membuktikan apa yang dia katakan betul. Pujian Paei dipenuhi muslihat. 

"Tolong apa?" 

"Rumah I depan tu saja." 

Dahinya sedikit berkerut mendengar kata-kata Paei. Namun matanya tetap melihat arah yang ditunjuk oleh jari telunjuk Paei. Terbuka sedikit matanya setelah menyedari rumah yang baru siap direnovasi itu milik Paei. 

"You boleh tolong tolak kereta I?" 

Eh, boleh pula dia yang disuruh menolak kereta Paei? Paei ini langsung tidak ada ciri-ciri lelaki budiman. 

"You tolak, I tekan minyak. Bila kereta dah bergerak, you lepaslah." 

Amboi, bagusnya rancangan Paei! 

"Apa kata I yang tekan minyak dan you yang tolak." Dia memberikan cadangan yang lebih wajar. 

"Kereta I manual ni. You boleh ke?" 

Terangkat kedua-dua belah keningnya. Mestilah tak boleh. Memanglah ketika mengambil lesen kereta dia menggunakan kereta manual. Namun selepas itu, dia tidak pernah lagi membawa kereta manual. Dia pun sudah lupa mekanisme membawa kereta manual bagaimana. 

"You tolak. I tekan minyak." Putus Paei. Gayanya bercakap macam mereka berkawan baik pula. Padahal ini kali pertama mereka bertemu. 

Dan tanpa menunggu persetujuannya, Paei sudah kembali memasuki perut kereta Honda Civic miliknya. 

"Ayana, cepatlah tolak! Jangan berlengah lagi. Masa mencemburui kita ni." Paei tersengih-sengih. 

Banyak tampan muka Paei!

Begitulah lebih kurang isi cerita eBook Tunang Orang ni. Ready file. Boleh dapat terus. Harga pun tengah cun! RM10# Wasap kami cepat sementara harga tengah cun lagi > https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

13 Nov, 03:18


eBook apa yang ramai grab semalam? eBook ni. eBook Tunang Orang. Harga istimewa RM10# je.

Rumah PENA KAYU

13 Nov, 00:52


Cincin tanda yang menjadi penghias jari manisnya diperhatikan dengan jiwa yang separuh. Cincin yang mengesahkan dia telah selamat menjadi tunang Beyazid Syah. 

Demi Allah, bukan seperti ini imaginasi di dalam kepalanya. Bukan seperti ini yang dia rancangkan. Dia dan Beyazid Syah tidak bercinta. Dia pun tidak mengenali hati budi lelaki itu. Dia membayangkan, cincin tanda yang menghiasi jari manisnya sekarang datangnya daripada Emran.

Dia memang mabukkan Emran. Terlalu mabukkan lelaki itu. Sejak dahulu lagi dia menyimpan perasaan pada sang adik. Dan yang selalu memberi perhatian padanya, yang selalu mengambil berat tentangnya adalah sang adik. Jadi macam mana pula sang abang yang menghantar rombongan melamar padanya?

Dia pula sudah terlanjur bersetuju. Yalah, dia fikirkan Emran yang melamarnya. Emran yang sibuk-sibuk menyebut mahu membuat kejutan padanya. Emran juga yang memberi bayangan tentang cincin berlian yang menghiasi jari manisnya sekarang.

Manalah dia tahu, rupa-rupanya Emran sedang bercerita tentang Beyazid Syah sebagai bakal suaminya. Manalah dia tahu cempedak sudah bertukar menjadi nangka.

Panas tubir matanya. Membahang kedua-dua belah pipinya. Dia tidak rapat dengan Beyazid Syah. Sejak kecil lagi Beyazid Syah suka menyendiri. Pendiam pula.

Pernah sekali dia tidak sengaja tertumpahkan air pada lukisan Beyazid Syah, terus dia dijerkah dan tubuhnya ditolak ke tepi. Dia baru berumur tujuh tahun ketika itu dan Beyazid Syah sudah menginjak remaja. Sudah dua belas tahun usianya. Tapi sikap kompromi lelaki itu langsung tidak ada. Sebab itu, dia tidak suka dengan Beyazid Syah.

Jadi sekarang ini macam mana? Dia telah selamat menjadi tunang kepada lelaki yang paling dia tidak suka!

EBOOK TUNANG ORANG
160+ pages  |  Ready file

Nilah eBook paling laris sejak 2 hari lepas. Santai-santai je. Sesuai hilangkan stress. Harga istimewa RM10# Cepat grab awak. Wasap kami macam biasa > https://rumahpk.wasap.my

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

13 Nov, 00:51


The real cempedak jadi nangka 🥲

Rumah PENA KAYU

12 Nov, 09:57


SEJATI | Teaser

“Tepi sikit. I nak lalu.”

Tercengang Andre dibuatnya melihat gelagat Yaya. Dahinya berkerut seribu menuntut penjelasan Yaya.

“Nak ke mana?”

"Nak pindah tempat duduk.”

Kedua belah kening Andre naik serentak mendengar jawapan Yaya.

"Tempat duduk you sekarang kenapa? Ada bara ke?”

"Tak ada bara. Tapi tempat duduk I sekarang ni ada pepijat.”

Tanpa memberi peluang pada Andre untuk membuka mulut, Yaya terus keluar secara paksa. Beg galasnya berlaga dengan hidung Andre.

“Sakitlah!”

Yaya mendengar Andre mengaduh. Sekilas dia menoleh. Dia melihat hidung Andre merah. Sumpah, Yaya tak sengaja. Bibirnya mula bergerak mahu meminta maaf.

“Kalau hidung I patah tadi, I saman you.”

Panas hati Yaya. Elok-elok Yaya nak minta maaf, terus terbantut.

“Apa ya masalah you ni?”

“Masalah apa? I mana ada masalah.”

Jelingan maha tajam Yaya lepaskan.

“Tepilah kalau tak ada masalah.”

Andre bangun. Jarinya sibuk menyentuh hidungnya yang kemerahan.

“You ni kasar sangat,” gumamnya kemudian. Andre tidak tahu, kata-katanya semakin memanaskan hati Yaya.

“Memang I kasar. Good bye.”

Andre melihat ke arah Yaya, namun Yaya sudah tidak sudi lagi bertentang mata dengannya.

Andre ada salah cakap ke? Atau dia salah bila mempelawa Yaya makan coklat Kit Kat? Tapi coklat baik untuk membaikimood. Takkan Yaya tak faham niat baik Andre? Atau Yaya buat-buat tak faham?

Lantaklah. Andre bukan rajin sangat nak fikir. Buat masa sekarang, good bye, Yaya!

===

Ini asyik gaduh ni, berjodoh tau nanti hahaha.

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

12 Nov, 04:34


Nalurinya betul. Tunangnya belum mati. Tunangnya dah balik. Tapi kenapa tunangnya tak kenal dia dah?

“Faiz...”

Andre bukan Faiz. Malah Andre benci apabila Yaya melihatnya sebagai Faiz. Andre tak suka apabila dia sering dikaitkan dengan Faiz. Andre dan Faiz adalah dua lelaki yang berbeza tingkat pemikiran dan perangai.

“Andre. Nama saya Andre. A.N.D.R.E.” Andre mengeja namanya betul-betul di depan muka Yaya. Dia juga sengaja merenung Yaya tanpa berkelip.

Sepi. Yaya berjaya membawa Andre tenggelam dalam lautan kesedihan. Tidak berhenti Andre mencarut dalam hati.

“Faiz...”

Sekali lagi Yaya memanggilnya dengan nama yang salah. Andre sakit kepala! Andre benci disamakan dengan Faiz.

“Saya bukan Faiz. Saya Andre. Berapa kali saya nak ulang baru awak nak faham?”

Sepi lagi. Yaya berhasil lagi membuat Andre tenggelam dalam lautan kesedihan yang tak bertepi. Longlai hati Andre melihat jatuhan air mata Yaya. Air mata yang tidak sepatutnya mengalir untuk lelaki sebangsat Faiz.

Andre memejamkan matanya rapat-rapat. Ketika dia mulai mendengar esakan Yaya, Andre memilih memusingkan tubuhnya ke kiri. Biar dia tidak melihat Yaya lagi dari ekor matanya.

Derasnya degupan jantung Andre. Sederas suara esakan Yaya. Resah gelisah berbaur menjadi satu. Yaya yang menangis, dia pula yang terkena bahangnya. Manakan tidak, hatinya ikut dirundung pilu melihat keadaan Yaya sekarang.

“Nak tisu?”

Yaya menoleh ke arah Andre yang sudah pun melihatnya semula. Lama dia meneliti figura lelaki tersebut. Bila diteliti, lelaki ini memang bukan Faiz. Muka sahaja seiras. Rangka tubuh lelaki ini jauh besar kalau hendak dibandingkan dengan Faiz. Lelaki ini pun gelap sedikit berbanding Faiz. Gaya rambutnya juga nampak lebih trendy.

"Sorry kalau saya dah buat awak tak selesa. Awak mengingatkan saya pada..."

“Nak tisu tak?” pangkah Andre. Soalannya masih sama. Dia tidak ada emosi untuk mendengar Yaya menyebut nama Faiz.

“Terima kasih, tapi saya tak nak.”

“Betul ni?”

“Betul.”

Panjang sungguh helaan nafas Andre.

“Ambillah,” desak Andre setelah lima saat hanya merenung Yaya. Dia tetap juga mahu Yaya mengambil tisu yang dihulurkannya.

“Saya tak nak.”

Andre mengeluh.

“Saya offer awak tisu bukan nak suruh lap air mata, tapi lap hingus awak. Saya tak nak hingus awak terpercik-percik kena dekat saya. Kuman semua tu. Kawan saya nak kahwin. Kalau saya sakit, macam mana saya nak ke majlis tu nanti?”

Yaya memandang Andre. Perlahan-lahan tangannya menyambut huluran tisu lelaki tersebut.

“Ganti balik tisu tu nanti,” ujar Andre sebaik saja Yaya selesai membersihkan hidungnya.

Pelanduk dua serupa🥲 tapi memang muka seiras sangat dengan tunangnya. Tapi perangai.... macam langit dengan bumi!
Siapa Andre ni? Dia kenal pulak tu dengan tunang Yaya. Lagi parah, dia siap cakap tunang Yaya jahat!

Banyak ni tanda tanya. Nampaknya kena baca jugak eBook Sejati ni. Jom baca 🖤

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

12 Nov, 04:34


Ini lebih kurang vibes ebook Sejati.
Ada lelaki yg sebijik muka mcm tunang dia, tapi hakikatnya bukan tunang dia. Tapi betul ke bukan? Ke sebenarnya tunang dia hidup lagi??

Haaaa.. nk tahu kena bacalah hehe. wasap Min ya 💕

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

11 Nov, 22:45


“Yaya, dahlah. Cukup-cukuplah kau dera diri sendiri. Move on. Faiz dah tak ada. Dia takkan balik lagi.” 

Sayu pandangan mata Yaya.

“Aku nampak dia tadi. Dia dah balik, Maira. Dia dah balik. Aku tak tipu. Kali ni dia betul-betul dah balik. Dia belum mati.” 

“Selalu pun kau kata kau nampak dia. Tapi kenyataannya, bukan Faiz yang kau nampak. Yaya, tolonglah jangan hidup macam ni lagi.” 

“Sumpah, Maira. Aku nampak dia tadi. Mata aku ni... mata aku ni belum rabun.” 

“Janganlah macam ni, Yaya. Faiz dah tak ada. Dia dah mati.” 

Yaya menolak tubuh Maira menjauhinya. Yaya benci apabila Maira sebut Faiz sudah mati. Semua orang pun menganggap Faiz sudah mati. Apa cuma tinggal dia seorang yang masih percaya Faiz masih bernyawa?

“Yaya...” panggil Maira. Dia ikut menangis melihat keadaan Yaya. Kemudian dia bangun, lalu tubuh Yaya dipeluk dengan erat. 

"Faiz dah tak ada, Yaya. Dia dah terkorban di bumi P4lestin. Tolong lupakan dia. Jangan hidup macam ni lagi." 

Tergeleng-geleng kepala Yaya. Kerajaan Malaysia salah sebab mengumumkan kematian Faiz. Faiz masih hidup! 

"No. Dia tak mati. Aku nampak dia tadi. Aku nampak dia!" Suaranya mulai meninggi. Tidak semena-mena juga lengannya digoncang dengan kuat. 

"Faiz dah mati. Dah mati! Kalau kau tak kesian dengan diri kau sendiri, kesian dengan family kau. Mereka risaukan kau." 

Jatuh air matanya mendengar kata-kata Maira. Maira sudah tidak menyebelahinya. 

“Aku pun sayangkan Faiz, Yaya. Dia pun kawan aku. Kalau kau sedih dengan kematian dia, aku pun sedih. Semua orang yang rapat dengan Faiz pun sedih. Tapi cukuplah, Yaya. Dah sampai masanya kau lupakan Faiz. Lepaskan Faiz dari hati kau. Dia dah tak wujud dalam dunia ni.” 

Yaya menggigit bibirnya kuat-kuat sebelum meronta untuk melepaskan diri dari pelukan Maira. Malangnya, Maira terlalu kuat. Yaya tidak berjaya melepaskan diri. Akhirnya, dia menangis semahunya di bahu Maira. 

“Aku rindukan dia, Maira.”

“Aku tahu,” balas Maira. 

“Aku sangat rindukan dia.”

“Itu pun aku tahu.” Maira melonggarkan pelukannya. Wajah Yaya yang basah dengan air mata itu didongakkan.

“Aku pun tahu kau kuat. Selamanya kau takkan hanyut dengan bayang-bayang Faiz.”

Alahai Yaya, bangkitlah. Tapi mungkin... mungkin tunangnya sengaja sebarkan berita kematian tu. Mungkin tu cara nak bebas daripada Yaya. Kemudian berpura-pura jadi orang lain. Tapi kenapa?

Jom awak baca eBook Sejati ni. Ye, tengah promo juga. Ye, ready file. Ye, fail eBook dapat segera.

EBOOK SEJATI
490+ pages  |  Ready file

Fail eBook dapat segera. Tinggal wasap je. Harga promo RM20# >>> https://wasap.la/rumahpk

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

11 Nov, 22:42


Bila tunang yang disangka telah mati tiba-tiba muncul semula di depan matanya. Tapi kenapa jejaka itu tidak mengenalinya lagi?

Rumah PENA KAYU

11 Nov, 05:53


"Bonda dah beritahu Paei yang bonda nak Ayana temankan bonda, tapi dia degil juga panggil Jiha." Ibu Paei meluahkan rasa kesalnya terhadap anak terunanya. Tetapi kalaulah ibu Paei tahu dia yang memaksa Paei mengambil Jiha, entah apalah reaksi wanita setengah abad ini?

Serentak dengan itu pintu utama dibuka dari luar. Tubuh tinggi lampai Paei terus muncul di situ.

“Paei dah balik. Dah sampai waktu saya minta diri.”

Setelah saling berpelukan untuk sejenak, dia bangun menuju ke pintu utama. Paei masih berdiri di situ. Masih teguh sejak tadi.

“Saya teman awak balik.” Seperti bisikan suara lelaki itu.

"Kalau awak ikut saya, kita putus kawan.” Seperti bisikan juga suaranya membalas.

Barulah terhenti langkah lelaki itu. Jadi kelam wajah lelaki itu. Dialah yang telah memberikan mendung pada lelaki tersebut.

"You don't love him, Ayana. Kenapa nak teruskan juga bila hati you bukan pada dia?”

Paei sudah salah memilih ayat mukadimah. Paei tidak sepatutnya memetik hubungannya bersama Beyazid Syah. Menggigil-gigil sepuluh jarinya menahan rasa.

Dia marah setelah apa yang dikatakan oleh Paei ada benarnya. Dia lebih marah setelah dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah apa yang telah ditulis untuknya.

“If he doesn't cherish you, I will. Saya akan jaga awak, Ayana. Sampai syurga."

Agak-agak Ayana nikah dengan siapa ni? eBook TUNANG ORANG. Ready file🖤

✅️ Marilah baca eBook ni. Harga tengah promo. RM10# je. Wasap kami ya >>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

11 Nov, 05:53


Kalau Min jadi Ayana, dah lama gerak. Ada tunang tapi mcm tarak je 🥲 Siksa jiwa raga tau .

eBook Tunang Orang ❤️

Rumah PENA KAYU

11 Nov, 02:10


"Kereta I buat hal," kata kelaki itu. Tidak tahu lelaki itu bercakap dengan siapa. 

"Hai, nama I Paei," sambung lelaki itu lagi. 

Ayana memandang sekeliling. Tidak ada sesiapa pun kecuali dirinya. 

"I Ayana." 

"Ayana... Subhanallah, sedapnya nama. Suka I sebut. Manis macam karamel. Boleh diebetes I ni kalau selalu sebut nama you." 

Geli isi perutnya mendengar kata-kata Paei. Lagipun orang lelaki kalau memuji, adalah tu yang mereka mahukan. 

"Ayana, I nak minta tolong sikit." 

Dia baru cakap tadi. Sekarang si Paei ini terus membuktikan apa yang dia katakan betul. Pujian Paei dipenuhi muslihat. 

"Tolong apa?" 

"Rumah I depan tu saja." 

Dahinya sedikit berkerut mendengar kata-kata Paei. Namun matanya tetap melihat arah yang ditunjuk oleh jari telunjuk Paei. Terbuka sedikit matanya setelah menyedari rumah yang baru siap direnovasi itu milik Paei. 

"You boleh tolong tolak kereta I?" 

Eh, boleh pula dia yang disuruh menolak kereta Paei? Paei ini langsung tidak ada ciri-ciri lelaki budiman. 

"You tolak, I tekan minyak. Bila kereta dah bergerak, you lepaslah." 

Amboi, bagusnya rancangan Paei! 

"Apa kata I yang tekan minyak dan you yang tolak." Dia memberikan cadangan yang lebih wajar. 

"Kereta I manual ni. You boleh ke?" 

Terangkat kedua-dua belah keningnya. Mestilah tak boleh. Memanglah ketika mengambil lesen kereta dia menggunakan kereta manual. Namun selepas itu, dia tidak pernah lagi membawa kereta manual. Dia pun sudah lupa mekanisme membawa kereta manual bagaimana. 

"You tolak. I tekan minyak." Putus Paei. Gayanya bercakap macam mereka berkawan baik pula. Padahal ini kali pertama mereka bertemu. 

Dan tanpa menunggu persetujuannya, Paei sudah kembali memasuki perut kereta Honda Civic miliknya. 

"Ayana, cepatlah tolak! Jangan berlengah lagi. Masa mencemburui kita ni." Paei tersengih-sengih. 

Banyak tampan muka Paei!

Begitulah lebih kurang isi cerita eBook Tunang Orang ni. Ready file. Boleh dapat terus. Harga pun tengah cun! RM10# Wasap kami cepat sementara harga tengah cun lagi > https://rumahpk.wasap.my

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

11 Nov, 02:07


eBook apa yang ramai grab semalam? eBook ni. eBook Tunang Orang. Harga istimewa RM10# je.

Jom baca!

Rumah PENA KAYU

10 Nov, 08:59


“Mak patut kisah. Mak patut rasa pelik. Arwah Abang Fadhil dah tak ada. Hajar tu ada urusan apa lagi dengan Aiman?”

“Aiman kan anak dia juga.”

“Pembetulan, mak. Bekas anak tiri.”

“Hajar tak pernah anggap Aiman anak tiri. Jadi janganlah sebut tiri tu. Kalau Aiman dengar, sedih budak tu nanti.”

“Lagi elok sedih sekarang dari sedih berpanjangan. Hajar tu dah tak ada hubungan dengan Aiman lepas arwah Abang Fadhil pergi. Sepatutnya dia tak kacau Aiman lagi.”

Tergeleng-geleng kepala Mak Tok Latifah mendengar semua ayat yang meluncur keluar dari bibir Din. Din nampak terlalu emosional kalau hal yang berkaitan dengan Hajar. 

“Aiman suka dengan Hajar. Mak pun suka Hajar. Mak rasa tak ada masalah kalau Aiman rapat dengan Hajar.”

“Din tak suka. Dia orang luar sekarang. Mana tahu, dia baik-baik dengan Aiman sebab ada maksud tersirat.”

Kali ini Mak Tok Latifah mengucap panjang. Din sudah mereng sedikit kepalanya sejak putus cinta dengan Dahlia. 

“Cuba kepala tu fikir positif sikit. Hajar bukan perempuan macam tu. Walaupun Hajar sempat jadi menantu mak sebulan…”

“Pembetulan lagi sekali, mak. Dia jadi menantu mak tak sampai sebulan,” pangkah Din dengan muka tanpa perasaannya.

“Ya, tak sampai sebulan. Tapi mak rasa Hajar dah jadi menantu mak bertahun-tahun lamanya. Din belum kenal Hajar, sebab tu Din cakap macam ni.”

“Mak, jangan benarkan Aiman rapat sangat dengan Hajar. Din tak benarkan. Kalau dia degil, Din buat lap0ran p0lis.”

Sekali lagi Mak Tok Latifah mengucap panjang. Lengan anak bujangnya ikut dicubit sekuat hati. Terjerit-jerit Din dibuatnya menahan sakit.

“Cubalah buat laporan p0lis kalau nak mak bertukar jadi emak paling garang dalam Malaysia ni.”

“Tapi mak…”

“Kenal Hajar dulu. Lepas tu baru Din buat keputusan sama ada nak benarkan Aiman rapat dengan Hajar atau tak.”

Keluhan panjang Din yang membalas permintaan Mak Tok Latifah. Din mahu lagi berdebat, tetapi emaknya sudah mengangkat punggung. Nampak benar Mak Tok Latifah penat hendak melayan perangai berat sebelah Din pada Hajar.

“Din.”

Din berpaling ke arah emaknya.

“Nasib baik batu belah batu bertangkup tu tak wujud. Kalau wujud, dah lama mak bawa diri ke sana. Biarlah batu belah batu bertangkup tu makan mak. Ada anak pun, tak dengar nasihat mak.”

Rasanya sebiji batu besar baru saja bergolek lalu melanggar Din. Din cedera parah!

EBOOK KERINDUAN
700+ pages  |  Ready file

Fail eBook kami hantar thru wasap atau emel. Insya-Allah dapat cepat. Wasap je kami macam biasa ♡
https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

10 Nov, 08:59


Bekas adik ipar yang baru pulang dari luar negara cari pasal. Menuduhnya dengan segala macam tuduhan palsu. Tidak lama selepas tu, jejaka itu melamarnya? 😶

Ini vibes eBook Kerinduan. Baca tau.

Rumah PENA KAYU

10 Nov, 05:48


Katrine terkejut melihatnya. Cuma sekejap sebelum bibir kering Katrine memberikan senyuman terbaik untuknya. Katrine yang di depan matanya sekarang tidak seperti Katrine yang ada di kepalanya. Pipi Katrine semakin cengkung. Matanya terperosok ke dalam dan sangat pucat mukanya. Malah, tubuh Katrine semakin susut sahaja.

"Apa khabar?" sapa Katrine mesra. Dia telah berjaya duduk setelah jururawat yang kebetulan berada di situ, membantunya untuk duduk.

"Saya sihat. Keadaan awak macam mana?"

Katrine tunduk melihat sepuluh jarinya, seperti tinggal tulang sahaja.

"Semakin memburuk. Tapi tak mengapa kalau saya mati. Saya tahu Leon takkan bersendirian lagi. Leon dah ada Haira."

Kenapa begitu pula susunan ayat Katrine? Jadi curiga Haira dibuatnya.

"Leon lelaki setia."

Katrine tidak perlu menyebut ayat tersebut. Sudah terang lagi bersuluh Leon Ismail cukup setia menyayangi Katrine. Dalam hati Leon Ismail, sudah dipenuhi nama Katrine. Tidak ada satu ruang untuk Haira.

"Dia akan setia dengan awak."

Terasa lucu pula ayat Katrine kali ini. Sehingga tanpa sedar tawanya meletus. Tawanya hanya berhenti setelah dia menyedari perubahan wajah Katrine.

"Kenapa? Awak tak percayakan Leon?"

"Saya percayakan Leon. Dia memang setia. Dia akan selalu menyanjung awak."

Sepi mencuri waktu. Katrine menatapnya dalam keadaan tercengang-cengang. Sedetik kemudian, tawa kecil Katrine pula yang meletus.

"Haira, tak ada sebab kenapa Leon nak sanjung saya. Bukan saya isterinya, tapi awak."

Kalau tidak mengenangkan Katrine sedang dirawat, sekarang juga Haira mahu menempelak Katrine sepuas hatinya. Berani ya, Katrine bersandiwara?

"Dia sayang awak, Katrine. Terlalu menyayangi awak. Saya tak pernah nampak dia gembira dan saya nampak kegembiraan tu bila awak ada di sisinya.”

“Hubungan saya dengan Leon, tak seperti yang awak fikirkan.” Katrine tunduk lagi, kali ini bermain-main dengan sepuluh jarinya.

“Tak dinafikan dia pernah melamar saya. Tapi lamaran tu bersifat tanggungjawab dia pada saya.”

Satu pun Haira tidak faham apa yang sedang Katrine cuba sampaikan.

"Sebab tu masa saya jumpa awak pertama kali, saya perhatikan Leon. Saya nampak macam mana cara dia pandang awak. Saya nampak macam mana dia sengaja menyentuh awak dan kemudian berpura-pura tak sengaja tersentuh awak.”

Apa Katrine tidak salah melihat?

“He's in love... dengan awak, Haira."

Puas Haira menahan dirinya supaya tidak ketawa terbahak-bahak.

"Jangan fikir bukan-bukan, Haira. Leon lelaki yang tak pandai bermadah. Selalunya, apa yang keluar dari mulut dia semuanya menaikkan tekanan darah. Tapi itulah sikap sebenar Leon. He's a man with a few words.”

Boleh percaya ke cakap Katrine buah hati pengarang jantung Leon Ismail ni? Baca tau eBook Konspirasi 365 ni. Ready file. Psst. Wasap kami segera >>>

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

10 Nov, 05:48


Lepas nikah baru dia dapat tahu suaminya ada kekasih. Allahu... dah tu kenapa kahwin dengan dia?

Rumah PENA KAYU

10 Nov, 03:15


"Haira." Namanya diseru. Cukup untuk membuat dia berpaling.

"Itu bilik saya. Bilik awak di sana."

Dia memandang bilik yang ditunjukkan oleh Leon Ismail. Terlalu banyak kerutan yang ada di dahinya sekarang.

"Bilik tidur asing-asing?" Suaranya hampir tidak keluar. Tidak tahu kenapa ada perasaan sebak dan geram yang mengetuk-ngetuk tangkai hatinya.

"Ya." Dan tanpa ragu Leon Ismail mengeyakan pertanyaannya. Jadi tanpa ragu juga dia meluahkan pendiriannya.

"If I'm supposed to be married to you then I expect to be treated as your wife." Dia menunggu reaksi balas lelaki itu. Namun Leon Ismail memilih menunggu dia terus berkata-kata.

"Dan macam mana kekok sekalipun hubungan kita berdua, perkongsian tu termasuk saya berkongsi bilik tidur awak, bilik air awak, bil-bil utiliti awak dan lain-lain yang kita rasakan perlu untuk berkongsi." Kali ini senafas Haira menjelaskan pendiriannya. Dia melihat sendiri raut muka Leon Ismail akhirnya berubah sebelum kembali kepada asal. Tanpa jiwa dan perasaan.

"No," sepatah jawapan lelaki itu. Sepatah yang membuat Haira membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Dia mendekati Leon Ismail. Beg besar yang sejak tadi berada di tangan Leon Ismail diambil.

"Awak nak ke mana?" aju Leon Ismail setelah melihat Haira bergerak untuk menuruni anak tangga.

"Sama saja kalau kita tak berkahwin. Lebih baik saya balik ke rumah ayah saya. Saya tinggal di sana dan awak di sini. Asing-asing." Sengaja Haira menyebut perkataan 'asing-asing' lebih kuat.

Haira tidak tahu kuasa apa Leon Ismail gunakan, tetapi dalam sekelip mata lelaki itu telah berdiri di depannya. Tajam sorotan mata lelaki itu menikam anak matanya. Puas dia menahan hatinya supaya kekal tenang.

"Ini rumah awak sekarang."

Haira mengeluh. Dia meneruskan langkah.

"Haira."

Leon Ismail telah menyinggung perasaannya. Haira ada sebab untuk tidak menyahut.

"Haira!" Peduli apa kalau Leon Ismail menyeru namanya sehingga sakit anak tekak.

"Okay, fine. Kita berkongsi bilik."

Nikah Haira. Kena bekerjasama dengan Leon Ismail, business partner arwah abang dia. Bukan kaleng2 kerjasama depa ni. Semuanya demi menangkap pembunuh arwah abang dia.

Haa gitu tema citer Konspirasi 365. Cepat grab awak. Harga promo Rm22# tau, tapi ambil terus kombo lah, jadi Rm19 je satu 😘

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

10 Nov, 03:14


Dah grab ke eBook Konspirasi 365 ni? 600++ muka surat. Ready file.

RM22 shj 🫶🏼

Rumah PENA KAYU

10 Nov, 01:43


"Kalau mereka tanya sejak bila kita kenal, awak beritahu dah hampir setahun."

"Saya tak nak tambah dosa dengan berbohong pada keluarga awak. Saya baru kenal awak enam hari."

"Jadi awak nak beritahu perkara sebenar?"

Haira mengeluh tanpa sedar. Nasi lemak yang menyelerakan tadi sudah jadi kurang menyelerakan.

"Saya tak maksudkan begitu. Kita mungkin boleh cakap kita baru berkenalan tapi hati kita berdua suka sama suka."

"Mereka takkan percaya."

Jelas kerutan mula timbul di dahi Haira.

"Kenapa?"

"Sebab saya tak pernah suka dengan perempuan lain sejak setahun yang lalu."

Payah juga nak bekerjasama kalau macam ni 😅 Tapi berjaya tak kerjasama Leon Ismail dan Haira ni?

Jom grab eBook Konspirasi 365 ni. Lagi jimat kalau grab kombo sekali dengan eBook Kerinduan ♡

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

10 Nov, 01:39


Angin tak ada ribut pun tak ada. Jejaka itu muncul dan sekarang... dia perlu menjadi isteri kepada jejaka tersebut!

Rumah PENA KAYU

09 Nov, 11:38


🍒 KONSPIRASI 365 🍒

Sinopsis | Blurb
-------------------------
"Marry me."
Dua perkataan. Diluahkan tanpa perasaan. Terdesak namanya kalau Haira menerima lamaran Leon Dean Ismail. Apatah lagi dia tak pernah tahu kewujudan Leon sebagai rakan kongsi Abang Amran.

"Abang awak dibunuh. Saya perlukan awak sebagai isteri saya untuk tangkap pembunuh tu."

Berita apa ini? Tak mungkin Abang Amran dibunuh. Namun setelah bukti dibentangkan dan suspek utama adalah ayahnya sendiri dan Abang El, Haira jadi terdesak. Demi sebuah kebenaran, Haira mempertaruhkan dirinya. Lamaran Leon diterima.

Tetapi benarkah Abang Amran dibunuh? Atau seperti kata Abang El, ini semua konspirasi Leon untuk memerangkapnya? Tetapi kenapa mesti dia yang diperangkap? Salahnya apa?

"Awak langsung tak faham saya, Haira. You have been nothing but self righteous and entitled since I met you. Awak persoalkan semua keputusan saya. Awak tak percayakan saya!"

Memang Haira tidak percayakan sesiapa lagi, termasuk suaminya sendiri. Leon Ismail juga suspek. Tetapi kenapa Leon Ismail mesti selalu ada ketika dia kesusahan? Lelaki itu mahunya apa?

Keresahan Haira memuncak setelah Kate muncul. Kate si permata hati Leon Ismail. Sedangkan Haira pula, cuma perhiasan di rumah lelaki itu.

"Saya takkan ke mana-mana," luah Leon Ismail dengan lirikan yang payah untuk Haira tafsirkan.

"Awak boleh cuba ketepikan saya.." Kedua-dua belah pipinya disentuh pula. Lama sebelum lengannya dipaut dengan cukup erat. Kemudian lelaki itu menundukkan wajah. Membiarkan dahi mereka bertembung. Membiarkan nafas mereka bertembung.

"Tapi awak takkan berjaya. Awak perlukan saya, Haira.. dan saya lebih memerlukan awak," luah Leon setenang-tenangnya. Tegas dan sepenuh pengertiannya. Mendera dan dalam masa sama menggoda. Jadi, Kate mahu dicampak ke mana?

Haira mahu melupakan semua yang menyesakkan sanubari. Namun kejahatan yang mengekorinya, tak pernah lupa pada konspirasi mereka.

"Dalam masa 365 hari, Haira akan lenyap dari muka bumi ni."

Jadi betul, dia menyerahkan hatinya pada pembunuh? Jadi betul, dia akan dibunuh?

Buku fizikal dah sold out ya, ada ebook shj. 600++ muka surat. Tajuknya Konspirasi 365. Ready file🖤

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

09 Nov, 11:37


🌷 eBook Kerinduan 🌷

Sinopsis/ Blurb:
--------------------------
Saya Hajar. Nama penuh Siti Hajar. Saya seorang 'J'. Gelaran ‘J’ saya pikul setelah lelaki yang menerima nikah saya pergi untuk selamanya. Dia pergi ketika usia pernikahan kami belum cukup satu bulan.

Oh, ada satu rahsia penting. Saya 'J' anak satu. Sebenarnya, 'J' dengan seorang anak tiri. Namanya Aiman. Aiman anak tunggal arwah Abang Fadhil. Amanah yang mesti saya jaga baik-baik.

Jadi ibu segera ni rupa-rupanya sedikit payah. Apatah lagi ketika Aiman sedang membesar dengan segala macam ragam. Tetapi ragam yang ditimbulkan oleh bekas adik ipar saya lebih dahsyat. Din namanya. Din itu seperti king kong jahat yang sering mengacau ketenangan hidup saya dan Aiman.

“Saya nak Aiman”

“Tak boleh. Aiman selesa dengan saya.”

“Saya ayah saudara dia.”

“Saya bonda dia.”

“Bonda? Pembetulan. Awak cuma bekas emak tiri Aiman Dan hubungan awak dengan Aiman putus setelah arwah Abang Fadhil meninggal.”

Minta maaflah Din, sebab saya takkan mengalah. Aiman saya jaga. Din boleh jaga diri sendiri.

Tetapi apa jadi bila Din ajak Hajar mengamalkan konsep ganti tikar? Din kata demi Aiman.

“Din, kalau pun awak dah berkahwin, saya takkan lepaskan Aiman. Kalau pun awak nak bawa kes ni ke mahkamah, saya pun takkan lepaskan Aiman”

"Semua tu dah tak perlu, Hajar. Saya nak berkahwin dengan awak."

Menerima cadangan Din bermaksud Hajar jatuh ke dalam gaung. Kalau menolak pun Hajar jatuh gaung juga. Gaung bukan sebarang gaung. Di dalamnya ada rahsia hitam Hajar dan ada manusia-manusia yang menunggu masa untuk melihat Hajar tersungkur.

Kalau begini, pilihan apa lagi yang ada? Sebab Hajar tak sanggup kehilangan Aiman.

Sibuk je Din tu. Ke dia ada hati dengan Hajar sebenarnya? Jeng jeng jeng... Baca jelah eBook Kerinduan ni. Kita tengok gelagat Din tu. Kalau dia macam-macam, kita hempuk je🤣

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

09 Nov, 11:33


Ada yg nak tak? Kombo jimat hanya sampai esok 10 Nov 2024 ❤️

Dua2 ni pernah jadi novel tapi sekarang dah sold out tau. Sbb itu kita buat versi ebook tapi jgn risau sama shj dgn versi buku.

Cepat wasap Min tau 😁
https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

09 Nov, 08:59


TERASA seperti bahu aku digoyangkan sambil nama aku diseru berulang kali. Aku berkalih sedikit dengan mata yang masih terpejam.

“Yaya, kita dah sampai.” Suara itu terdengar betul-betul hampir di cuping telinga. Haruman yang diguna Fariq Hatta singgah menyapa deria pernafasanku.

Aku mengesat mata. Boleh pula borak-borak sampai tertidur. Mengantuk sangatlah aku tu. Bila aku buka separuh mata aku yang layu, baru perasan badan aku diselimutkan dengan sehelai jaket. Milik Fariq Hatta kut. Patutlah selesa semacam je aku tidur. Ngee…

Fariq Hatta, depan mata aku. Aku mengigau ke? Redup mata dia. Wajahnya terasa begitu hampir dengan wajah aku. Mata aku pejam celik pejam celik. Bermimpikah aku?

“Encik Fariq nak buat apa ni?”
“Kejutkan awaklah. Kita dah sampai.”

Owh! Cheh. Ingatkan mata dia redup begitu kenapa. Menahan rasa mengantuk rupanya.

“Bring your luggage. Kak Su is waiting for you.”
“Ya, Encik Fariq?” Aku yang masih mamai bertanya antara dengar tak dengar.
“You akan share bilik dengan Kak Su. Or you don’t mind sharing bed with me?”

Aku mengangguk kemudian menggeleng. Mata aku terkelip-kelip menahan kantuk. Aku yang silap dengar atau dia yang merapik-rapik?

“Really?” Senyuman nakal bermain di bibirnya.

“Kenapa, Encik Fariq?” Aku masih terpinga-pinga.

Dia datang mendekati aku lalu berbisik betul-betul di tepi telingaku. “Cik Yasmin Hidayah, are you sure you can handle me?”

“Handle apa Encik Fariq?” Suara aku kedengaran serak bertanya padanya.

Fariq Hatta tergelak besar.
Aku memandangnya tidak faham. Did I miss something here?

eBook Officially Milik Dia ni setebal 700+ muka surat. Harga promo RM22# tau. Boleh wasap kami ye kalau berkenan. Ready file

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

09 Nov, 08:58


Promo masih harga RM22 💕 Cepat cepat Wasap Min ya

Rumah PENA KAYU

09 Nov, 07:47


Bila dia bos, mestilah selalu terserempak. Cuma tak sangka...

Pintu lif terbuka, cepat-cepat aku melangkah masuk. Belum sempat aku menekan butang untuk menutupnya, pintu lif ditahan. Sesusuk tubuh lelaki yang aku cukup aku kenal melangkah masuk.

Oh, Fariq Hatta! Terkebil-kebil aku memandang. Hatiku sudah suka-suki berdendang. Malangnya, dia bukan sendirian. Seorang wanita cantik turut sama melangkah bersamanya. Siap berpimpin tangan.

Urgh! Terus terbantut rasa suka yang hadir. Aku memencil diri ke salah satu sudut ruang lif bersaiz kecil itu. Tiba-tiba terasa kerdil.

Wanita cantik yang mengiringi Fariq Hatta itu aku kerling sekilas. Dress paras lutut berwarna merah garang dan sendat yang dikenakan wanita itu cukup menarik perhatian. Gincu berwarna sama teroles pada bibir. Mekap tidak keterlaluan, agak sederhana membuatkan dia nampak elegan.

Wanita itu memaut lengan Fariq Hatta sambil menggeselkan badan. Gediknya! Hatiku membebel sendirian. Lagaknya seperti ingin memberitahu yang lain, Fariq Hatta itu milik dia. Walhal, memang ada aku seorang sahaja dalam lif itu bersama dengan mereka.

Aku perasan yang Fariq Hatta sedang merenung aku pada pantulan dinding lif. Pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan maksudnya. Agak lama juga dia begitu.

Aku pura-pura tidak melihatnya walaupun hati aku berdegup bagai rak ditenung sebegitu rupa. Aku matikan volume Ipod, sambil terus menyanyi kecil tanpa suara. Aku mahu tahu apa yang mereka bualkan.

“Honey?” Wanita itu bersuara manja sambil matanya melirik aku.

“Honey, I miss you.” Wanita itu bersuara sensual sambil mendekatkan dirinya kepada Fariq Hatta. Rapat sangat-sangat. Aku pula yang bertukar merah padam melihatnya. Tak sanggup aku melihat adegan seterusnya.

Fariq Hatta kelihatan kaku dan matanya masih tidak berganjak daripada memandang aku pada pantulan dinding lif yang ala-ala cermin itu. Agaknya mahu melihat reaksi aku.

Aku? Memang tak selesa. Sesak aku dengan situasi sebegini. Cepatlah tiba ke destinasi! Geli aku melihat aksi mereka!

Tingkat 15. Suara operator lif kedengaran bergema. Finally!

“Go find yourselves a room,” gumam aku perlahan ketika keluar dari lif. Tiba-tiba Fariq Hatta berpaling dan wajahnya berubah. Dia dengar ke?

Aiyorkkk... bos kau dengar tu Yaya oiii😅 eBook Officially Milik Dia ni setebal 700+ muka surat. Harga promo RM22# kejap lagi akan ditutup. Boleh wasap kami ye kalau berkenan. Ready file >>>

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

06 Nov, 10:02


Din dah dengar sisi gelap Hajar. Haaa, baru Din tahu siapa Hajar sebenarnya. Agak-agak dia nak kahwin dengan Hajar lagi tak? Ke Hajar yang menolak jadi isteri Din?

“Awak dah dengar semuanya tadi. Awak tak nak cakap apa-apa?”

“Saya tak ada komen.”

“Takkanlah satu pun tak ada.”

“Saya tak percaya dengan isu sial.”

“Okey. Hal saya betina sundal tu?”

“Itu hal silam awak. Saya tak nak campur.”

“Awak tak takut saya ni ada HIV?”

“Kalau ada, arwah Abang Fadhil mesti takkan kahwin dengan awak.”

“Awak betul-betul tak kisah?”

Din memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluar jeansnya.

“Yang saya nampak sekarang, cuma kebahagiaan Aiman.”

“Awak patut pertimbangkan kebahagiaan awak sekali. Dibimbangi ada hal yang timbul di kemudian hari yang boleh memalukan awak.”

“Jangan fikirkan sangat hal yang belum terjadi. Boleh buat kepala berserabut dan sakit. Nanti cepat tua. Kalau betul ada hal yang timbul di kemudian hari, I have you. Awak takkan biarkan saya tumbang seorang diri, kan?”

Hajar teragak-agak untuk memberi jawapan untuk soalan tiba-tiba Din. 

"Saya anggap jawapan awak adalah ya.”

Hajar teragak-agak untuk mengeyakan telahan Din.

“Din,” panggil Hajar setelah hampir seminit kesepian mencuri waktu antara Hajar dan Din.

“Saya setuju jadi isteri awak.” 

Jelas-jelas Din terpaku di tempatnya berdiri mendengar apa yang baru saja diungkapkan oleh Hajar.

“Awak sungguh-sungguh, Hajar?”

“Kita jadi kawan demi Aiman. Tak salah kalau kita kahwin pun demi Aiman.”

Perlahan-lahan bibir Din bergerak. Selepas itu, senyuman yang pernah Din berikan pada Dahlia, sekali lagi terlihat. Kali ini untuk Hajar. Bukan untuk Dahlia.

“Tapi saya ada satu syarat.”

Senyuman Din lenyap dalam sekelip mata.

“Saya nak kita kahwin selepas sebulan tempoh iddah saya habis.”

“Tak ada masalah. Saya boleh tunggu.”

“Awak nak saya sign apa-apa kontrak ke?”

Tidak semena-mena Din ketawa besar. Lucu sangat pada pendengaran telinganya ayat yang baru dituturkan oleh Hajar.

“Betullah awak ni banyak sangat tengok drama, sampai kehidupan sebenar pun awak nak dramakan.”

“Saya serius ni. Nanti awak cakap saya tak ikut peraturanlah, tak ikut arahanlah.”

“Kita sign kontrak dengan Allah nanti, bila saya sah sebagai suami awak.”

Sign kontrak dengan Allah kata Din🙈 Marilah baca eBook Kerinduan ni. Boleh tahu berjaya ke tidak Din dgn Hajar jadi parents Aiman. Boleh tahu juga apa jadi dengan mak cik Hajar perangai dari neraka tu🔥

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

06 Nov, 08:33


“Hajar kenal mana Din tu?”

Tiba-tiba saja mak ngah menukar arah perbualan. Renungannya tajam menunggu jawapan Hajar.

“Din adik arwah Abang Fadhil.”

Besar bukaan mata mak ngah. Mak ngah seperti tidak percaya dengan cerita Hajar.

“Maksudnya, Hajar paksa Din kahwin dengan Hajar sebab Aiman?”

“Mak ngah merepek apa ni? Dari tadi lagi mak ngah asyik kata Hajar paksa Din. Demi Allah, Hajar tak pernah paksa mana-mana lelaki jadi suami Hajar.”

“Kalau Hajar tak paksa, tak mungkin Din tu nak kahwin dengan janda macam Hajar. Mustahil sangat Din yang serba elok tu berkenan dekat durian yang dah busuk dan ditebuk tupai.”

Bahasa mak ngah tidak bertapis lagi. Sampai hati mak ngah kutuk anak saudara sendiri.

“Hajar tak malu ke?”

Hajar sengaja pilih untuk membisu. Sorotan matanya saja yang tidak lepas menilik mak ngahnya. Cuma sekali dua dia melirik ke arah Nurin yang sejak tadi tersengih-sengih.

“Dah tak pandai nak jawab soalan mak ngah?”

“Mak ngah, Hajar tak tahu mak ngah cuba nak cakap apa. Yang Hajar tangkap sejak tadi, mak ngah sengaja hina Hajar.”

“Bukan hina, tapi bercakap tentang perkara betul. Yang Hajar nak terasa sangat tu kenapa?”

Penat sungguh hati Hajar bila berbahas dengan mak ngah. Ada saja yang pincang di mata mak ngah tentang Hajar.

“Hajar mesti sedar diri. Hajar tu janda, Din tu teruna. Mana sesuai. Teruna mesti digandingkan dengan anak dara.”

Hajar sudah membentangkan fakta tersebut pada Din dan Din tidak kisah.

“Sepatutnya pasangan Din ialah Nurin. Bukan dengan Hajar.”

Jadi asas kepada kemarahan mak ngah, adalah disebabkan bukan Nurin yang jadi pasangan Din? 

“Duda dekat luar sana banyak. Kenapa tak cari satu? Kenapa teruna juga yang Hajar sibuk nak paksa-paksa kahwin dengan Hajar. Pak Syarif yang tinggal dekat hujung kampung ni, dah lama jadi duda. Dia pun dah tanya mak ngah pasal Hajar dua kali. Hajar tu jual mahal sangat.” 

Jadi, selain daripada Nurin bukan pasangan Din, mak ngah juga marah sebab Hajar tak pilih Pak Syarif, yang seusia dengan arwah ayah jadi suami Hajar?

"Hajar tak pernah paksa Din, mak ngah.”

"Jangan nak temberang mak ngah. Mak ngah tahu sangat perangai Hajar. Dari dulu pun Hajar suka memaksa, suka jadi betina sundal. Sebab sikap tak elok Hajar itulah mak dengan ayah Hajar mati.”

Bergetar sekujur tubuh Hajar.

“Apa yang bising-bising tu, kak ngah?”

Mak lang sudah turun dari rumah. Din mengikut rapat di belakang. Hajar tidak pasti adakah Din sudah mendengar semua seranah mak ngah sebentar tadi?

“Alang jangan masuk campur. Ini hal antara kak ngah dengan pembawa sial ni.”

Mengucap panjang mak lang dibuatnya.

“Apa kena dengan kak ngah ni? Tak habis-habis dengan perkataan sial. Bukan sebab Hajar…”

“Memang sebab dia. Kalau bukan sebab Hajar menyundal, taklah abang dengan kak long berkejar ke KL. Kalau mereka tak tergesa-gesa ke KL, mereka takkan kemalangan.”

Selain kena cop pembawa sial, kena cop juga buat kerja-kerja menyundal. Allahu... gitulah eBook Kerinduan ni. Baca ye.

Boleh wasap sekarang. Fail pdf insya-Allah boleh dapat terus >>>

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

06 Nov, 08:30


Kerinduan ni kisah Hajar yang baru nikah, malangnya suami dia meninggal tak lama lepas tu. Dia pun jagalah anak arwah suami dia macam biasa.

Tapi yang tenang, yang mendamaikan bertukar ribut taufan bila bekas adik ipar dia balik. Biasalah, bekas adik ipar dengki😁 alaa kalian ni, baca jelah eBook ni.

Mana aci nk reveal semua. Pi baca cepat!

Rumah PENA KAYU

06 Nov, 07:01


“Saya nak Aiman.” 

Sudah Hajar agak, Din takkan berkompromi dan perbincangan hari ini bukan dalam kategori perbincangan baik-baik. Perbincangan hari ini pasti ada petir dan guruhnya.

“Tak boleh. Aiman selesa dengan saya.”

“Saya ayah saudara dia.”

“Saya bonda dia.”

Din tergelak. Kepalanya digelengkan.

“Bonda? Pembetulan. Awak cuma bekas emak tiri Aiman. Dan hubungan awak dengan Aiman putus bila arwah Abang Fadhil meninggal. Jadi jangan nak berebut Aiman dengan saya. Awak tak layak.”

“Bukan awak yang tentukan saya layak atau...”

“Kalau saya bawa kes ni ke mahkamah, awak takkan ada peluang. Jadi lebih baik kita selesaikan baik-baik dekat sini. Saya pun tak nak susahkan awak turun naik tangga mahkamah.” 

Terdiam Hajar bila Din membangkitkan usul mahkamah. 

“Awak masih muda, Hajar. Takkan awak nak rumitkan hidup awak dengan menyara satu anak kecil. Kalau anak kandung, mungkin tak ada masalah. Masalahnya sekarang, anak kecil tu cuma anak tiri awak. Dan ada yang lebih berhak untuk jaga anak kecil tu.” Din menunjukkan ke arah dirinya sendiri. Memberi penjelasan pada Hajar bahawa dia yang sepatutnya menjaga Aiman.

“Awak belum berkahwin, Din.” Suara Hajar keluar juga akhirnya. Cara duduknya dibetulkan. 

“Awak cuma emak tiri Aiman. Jadi emak tiri pun tak sampai sebulan. Tak usah berlagak depan saya. Aiman hak saya.”

Sibuk je Din ni. Saja nak susahkan apa yang mudah. Tahulah baru putus cinta. Tapi tak payahlah lepas geram ke orang lain😤 Jom baca eBook Kerinduan ni. 700+ pages. Ready file. Boleh dapat terus🖤

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

06 Nov, 07:00


Elok je Hajar tu jaga Aiman. Din balik je, haaaa habis semua kucar-kacir. Nak kena dengar cakap dia je😓

eBook Kerinduan by Pena Kayu

Rumah PENA KAYU

05 Nov, 23:47


"Mak tak patut benarkan Hajar bawa Aiman walaupun setengah jam. Kalau Hajar tu bawa lari Aiman macam mana?"

Mengeluh panjang Mak Tok Latifah dibuatnya mendengar soalan Din. Itu sajalah modal Din. Hajar nak bawa lari Aiman.  Din sepatutnya tenangkan hati. Barulah fikiran yang baik-baik datang. Ini tidak, belum apa-apa Din sudah menuduh Hajar nak bawa Aiman lari. 

Sudah berguni nasihat yang Mak Tok Latifah beri, malangnya Din keras kepala. Nasihat Mak Tok Latifah bukan Din nak ikut. Semuanya ikut kepala batu dia saja.

“Pukul berapa dia janji nak bawa Aiman balik? Dia ada cakap nak pergi mana?"

Mak Tok Latifah membisu. Masih lagi mencari ayat pemula paling sesuai untuk memberitahu perkara sebenar pada Din. 

"Kalau mak tak nak cakap, mak beri nombor telefon Hajar pada Din. Din nak suruh dia hantar Aiman balik sekarang juga."

"Tak guna Din telefon Hajar. Hajar hanya akan hantar Aiman balik ke sini Sabtu depan."

Mata Din tidak berkelip. Nafasnya jadi kencang tiba-tiba. Apa yang pasti, Mak Tok Latifah seperti melihat Din berubah menjadi king kong. Bersedia sajalah untuk menerima amukan king kong.

"Mak cakap apa tadi?"

Mak Tok Latifah tahu Din sengaja menyuruhnya mengulang ayat sama. Untuk kali ini, Mak Tok Latifah takkan menurut permintaan Din.

"Din dengar apa mak cakap tadi. Terang dan jelas. Jadi mak harap, Din sudah-sudahlah nak suruh Hajar hantar Aiman balik ke sini."

"Mak cakap apa ni? Mak merepek apa ni? Mak sedar tak mak cakap apa tadi?" Bertalu-talu soalan Din. Semuanya soalan yang mempunyai maksud sama. Soalan yang berbaur rasa tidak puas hati seorang Din pada emaknya.

"Mak nak cakap yang sejak arwah Fadhil pergi, Aiman memang tinggal dengan Hajar. Aiman bahagia dan mak pun tak ada halangan kalau Aiman tinggal dengan Hajar."

"Ada halangan, mak. Halangan besar!" 

“Din halang Hajar tinggal dengan Aiman. Aiman tu satu-satunya cucu mak. Sampai hati mak biarkan cucu tunggal mak tinggal dengan orang luar,” kata Din terus. Turun naik nafasnya menahan rasa marah yang bergulir hebat.

“Lagipun mak tahu tak, Hajar tu kurang ajar. Kalau Aiman tinggal dengan dia, silap hari bulan Aiman pun jadi kurang ajar macam Hajar.”

Yer awak, Din tu macam perempuan. Kuat membebel. Mak tok pun pening nak melayan. Entah apa yang dia tak puas hati sangat dengan Hajar tu 😅

Siapa belum ada eBook Kerinduan ni, boleh wasap kami. Harga promo RM22# untuk 700+ pages > https://rumahpk.wasap.my

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

05 Nov, 12:14


“Mak patut kisah. Mak patut rasa pelik. Arwah Abang Fadhil dah tak ada. Hajar tu ada urusan apa lagi dengan Aiman?”

“Aiman kan anak dia juga.”

“Pembetulan, mak. Bekas anak tiri.”

“Hajar tak pernah anggap Aiman anak tiri. Jadi janganlah sebut tiri tu. Kalau Aiman dengar, sedih budak tu nanti.”

“Lagi elok sedih sekarang dari sedih berpanjangan. Hajar tu dah tak ada hubungan dengan Aiman lepas arwah Abang Fadhil pergi. Sepatutnya dia tak kacau Aiman lagi.”

Tergeleng-geleng kepala Mak Tok Latifah mendengar semua ayat yang meluncur keluar dari bibir Din. Din nampak terlalu emosional kalau hal yang berkaitan dengan Hajar. 

“Aiman suka dengan Hajar. Mak pun suka Hajar. Mak rasa tak ada masalah kalau Aiman rapat dengan Hajar.”

“Din tak suka. Dia orang luar sekarang. Mana tahu, dia baik-baik dengan Aiman sebab ada maksud tersirat.”

Kali ini Mak Tok Latifah mengucap panjang. Din sudah mereng sedikit kepalanya sejak putus cinta dengan Dahlia. 

“Cuba kepala tu fikir positif sikit. Hajar bukan perempuan macam tu. Walaupun Hajar sempat jadi menantu mak sebulan…”

“Pembetulan lagi sekali, mak. Dia jadi menantu mak tak sampai sebulan,” pangkah Din dengan muka tanpa perasaannya.

“Ya, tak sampai sebulan. Tapi mak rasa Hajar dah jadi menantu mak bertahun-tahun lamanya. Din belum kenal Hajar, sebab tu Din cakap macam ni.”

“Mak, jangan benarkan Aiman rapat sangat dengan Hajar. Din tak benarkan. Kalau dia degil, Din buat lap0ran p0lis.”

Sekali lagi Mak Tok Latifah mengucap panjang. Lengan anak bujangnya ikut dicubit sekuat hati. Terjerit-jerit Din dibuatnya menahan sakit.

“Cubalah buat laporan p0lis kalau nak mak bertukar jadi emak paling garang dalam Malaysia ni.”

“Tapi mak…”

“Kenal Hajar dulu. Lepas tu baru Din buat keputusan sama ada nak benarkan Aiman rapat dengan Hajar atau tak.”

Keluhan panjang Din yang membalas permintaan Mak Tok Latifah. Din mahu lagi berdebat, tetapi emaknya sudah mengangkat punggung. Nampak benar Mak Tok Latifah penat hendak melayan perangai berat sebelah Din pada Hajar.

“Din.”

Din berpaling ke arah emaknya.

“Nasib baik batu belah batu bertangkup tu tak wujud. Kalau wujud, dah lama mak bawa diri ke sana. Biarlah batu belah batu bertangkup tu makan mak. Ada anak pun, tak dengar nasihat mak.”

Rasanya sebiji batu besar baru saja bergolek lalu melanggar Din. Din cedera parah!

EBOOK KERINDUAN
700+ pages  |  Ready file

Fail eBook kami hantar thru wasap atau emel. Insya-Allah dapat cepat. Wasap je kami macam biasa ♡

Rumah PENA KAYU

05 Nov, 12:05


Bekas adik ipar yang baru pulang dari luar negara cari pasal. Menuduhnya dengan segala macam tuduhan palsu. Tidak lama selepas tu, jejaka itu melamarnya? 😶

Ini vibes eBook Kerinduan. Baca tau.

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

05 Nov, 09:03


"Kenapa you tolak lamaran I?"

Huh, garangnya muka bekas pelajar pesantren tanah jawa ni. Namun jangan risau, Margina sedikit pun tak gentar.

"I dah ada kekasih."

Penuh yakin dan berdedikasi jawapan Margina.

"Apa dia?!"

Rasa yakin dan dedikasi Margina lenyap. Malah jantung dan limpa Margina nyaris jatuh bila disergah begitu. Membulat sepasang matanya.

"I... I..."

"I apa? Isetan?" pangkah Hardimin Jose.

Herot pula bibir Margina.

"I dah ada kekasih, sebab tu I tak boleh terima lamaran you."

"Heh? You ada kekasih? Siapa? Fattah yang badan macam nak patah tu?" - Hardimin Jose.

CIK MAR.GI.NA
=========================
Sinopsis/ Blurb:

Cik Mar.Gi.Na Kassim Baba!
Tak suka la Margina bila dipanggil dengan nama tersebut. Har anak Pak Ngah ingat, ini cerita filem P.Ramlee? Jadi bila usul hendak menjodohkan dirinya dengan sepupu tirinya itu datang, Margina putuskan menolak lamaran tersebut.

"You tunggu lamaran siapa sebenarnya, Cik Mar-Gi-Na? Kassim Baba? Atau Ali Baba?" - Har

"I tunggu lamaran ketua 39 penyamun." - Margina.

Gigih Margina membina perisai menangkis serangan jodoh tersebut. Namun bila sebab sebenar Margina dilamar terbongkar, Margina relakan juga dirinya disunting.

"Lamaran Har hari tu masih sah atau dah luput?" - Margina

"Lamaran I tak pernah ada tarikh luput. Tak ada bahan pengawet dan pewarna. Lamaran I asli." - Har

Mereka berkahwin dan muncul Lia. Belum selesai isu Lia, muncul pula Aisya. Aisya itu calon isteri Har anak Pak Ngah suatu ketika dahulu.

Margina harap dia ada kuasa sakti. Sekali Margina hembus, Lia dengan Aisya hilang terus dari radar hidup Har.

Tapi Margina lupa, dia cuma marhaen tanpa kuasa sakti. Sepuluh kali hembus pun, Lia dan Aisya tak bergerak. Kalau sudah begitu, bagaimana lagi Margina mahu bertahan? Lebih-lebih lagi Har itu, hatinya sulit dan persendirian.

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

05 Nov, 09:01


Antara tajuk terawal yg bonda PK buat selepas wujudnya Rumah Pena Kayu ❤️

eBook Cik Margina Dahulu buku, tapi dh sold out sekarang ada ebook shj 🍉

Rumah PENA KAYU

05 Nov, 08:30


Bila Cik Margina mula insaf

“Jangan-jangan you teringatkan Har. Mulut you saja kata tak suka, tapi hati berbunga-bunga,” bidas Fattah, lengkap dengan sorotan curiganya.

“I tak ingat dia. I datang ke sini sebab nak lupakan dia. You pula ingatkan I tentang dia.”
Pandailah Margina memberi alasan.

“Sebab you sebut fasal dia, I dah mula teringat tentang bunga tahi ayam tu,” lanjut Margina dalam usaha kerasnya mahu meyakinkan Fattah.

Terangkat sebelah kening Fattah, kemudian dia mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengaku kalah.

“Okey, salah I. I minta maaf.”

Selepas itu Fattah menarik tangan Margina, menarik Margina rapat padanya. Cukup untuk membuat langkah Margina terhenti.

“Kenapa pula ni?”

“Tak manis dan berdosa you pegang tangan I macam ni,” jawab Margina sebelum lekas-lekas melonggarkan pegangan tangan Fattah.
Berubah air muka Fattah. Keningnya naik sebelah tanda tidak puas hati.

“Sejak bila you terlajak alim sangat?”

Sejak bila? Sejak Margina kenal Har anak pak ngah. Har anak pak ngah yang pernah belajar di pesantren tanah Jawa.

“Jawablah, kenapa diam?” Kasar nada suara Fattah. Nada suara yang berbaur rasa tidak puas hati.

“Sejak I sedar I ni orang Islam.”

Yang dah grab eBook ni, mesti baca tau. Sayanglah kalau tak baca. Siapa sini dah grab tapi tk sempat baca lagi? Baik mengaku 🙈

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

05 Nov, 07:48


Korang dah baca tak eBook Cik Mar.Gi.Na? Sengih sorang2 tak masa baca? 🤭

"Har tu memang pandai main emosi. Apa nama penuh dia?”

“Entah, malas aku nak ambil tahu nama penuh lelaki kerek tu. Poyo dan perasan bagus sangat. Dia ingat dia tu siapa? Dewa?”

Semakin lama, ayat-ayat Margina semakin lucu. Semuanya mengundang tawa Nuha. Itulah sebabnya air muka Margina semakin cemberut.

“Kalau kau gelak lagi sekali, aku balik.”

Aneh, Nuha semakin galak tawa. Dan lebih aneh, tawanya tiba-tiba terhenti. Jari telunjuknya terarah pada telefon bimbit pintar Margina.

“Jawablah telefon tu dulu. Lama dah dia tunggu. Mesti dia terkejut dengar kau membebel.”

Margina melihat telefon bimbit pintarnya sebelum dibawa ke telinga. Dia sudah lupa tentang panggilan tersebut. Semuanya sebab Nuha galak sangat ketawa.

“Helo, siapa ni?”

“I. Lelaki kerek, poyo dan perasan bagus. Jadi dewa tu tak pernah lagi.”

eBook Cik Mar.Gi.Na ni rega dia 10 ringgit je. Order sini je >>

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

05 Nov, 05:58


"I tak pernah ditolak dan I tak suka ditolak. I lagi tak suka bila you sebut-sebut nama Fattah. Fattah kawan you, bukan kekasih you.”

Margina mengetap bibir. Apa hak lelaki ini mengkritik pilihan hatinya? Mereka bukan rapat sehingga sewenangnya sahaja boleh berkata begitu.

“You tunggu lamaran siapa sebenarnya, Cik Mar-Gi-Na? Kassim Baba atau Ali Baba?”

Besar terus sepasang matanya. Kurang ajar. Dasar kurang ajar. Gurauan lelaki ini tidak lucu!

“I tunggu lamaran ketua 39 penyamun," ungkapnya. Sengaja menyahut gurauan kasar sepupunya.

Kali ini Margina melihat senyuman tipis Har anak Pak Ngah.

“Kalau nak tahu, I ketua 39 penyamun tu.”

Kali ini mengecil pula sepasang matanya. Benci betul dia apabila Har anak Pak Ngah berjaya mendiamkannya.

“Fattah tak…”

“Fattah lagi?” tempelak Har anak Pak Ngah. Kepalanya digelengkan berulang kali. Mungkin bosan setelah dia berterusan menyebut nama Fattah.

"I ada nasihat untuk you.”

Terasa mengering tekaknya. Dia belum bersedia hendak mendengar apa-apa nasihat daripada Har anak Pak Ngah.

"You sangat cerdik dalam akademik, Cik Mar-Gi-Na. Tapi dalam soal hati, you hilang beberapa bab."

EBOOK CIK MAR.GI.NA
370+ pages | Ready file

Bonda PK nak bagi mur mur je eBook ni. Maharnya RM10# je. Siapa nak, laju-laju wasap kami. Nanti laju-laju juga kami hantar fail eBook. Ni link wasap kami >>> https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

05 Nov, 05:58


Kalau tanya Min, bagi yg baru nak baca ebook Pena Kayu, MIn suggest try dulu ebook yg RM10. Antara satunya, eBook Cik Margina ~

Siapa bagi cadangan gila ni pada sepupunya? Dahlah mereka tak berhubungan bertahun-tahun sebab hubungan keluarga yang tegang. Tiba-tiba kena lamar pulak. Erm...

Rumah PENA KAYU

04 Nov, 06:43


🍁TEASER MENANTU TERBAIK DARI LADANG🍁

“Assalamualaikum?” Aku pasti dia beragama Islam.

“Waalaikumusalam,” balas lelaki tersebut bagai baru tersedar. Bingkas sahaja dia bangun lalu meluru berdiri di hadapan aku. Seperti orang yang terjaga daripada mimpi. Aku pula yang tersentak bagai.

“Saya Zulaikha. Awak cari saya tadi, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanya aku berundur ke belakang sedikit.

Anehnya lelaki itu masih mendiamkan diri dengan senyuman yang masih tak mahu lekang dari bibir. Isk! Aku jadi seriau.

“Encik dari lawyer firm ke? Nak collect document?” Risau aku bisu lama-lama macam ni, atau memang dia bisu. Kena pakai bahasa isyarat ke macam mana ni?

Lelaki itu maju setapak ke hadapan. Aku segera mengundur setapak ke belakang. Haih! Aku buka silat kang. Ada juga yang kena debik dengan aku.

“Tak, saya bukan datang nak collect dokumen tapi datang nak collect awak.”

Ada pun suara. Eh! Kejap, kejap. Dia kata nak collect aku? Mata aku membuntang bulat.

“Poyo betullah engkau ni Aya.” Ada nada tawa yang hampir hendak meletus di balik senyuman yang diberikan.

Aya? Aku kenal ke?

“Akulah, Sampai hati engkau tak ingat dekat aku.” Kaca mata segera ditanggalkan.

Anak mata aku membesar. Biar betul. Wajah pemuda itu ditatap semula, ditenung dalam-dalam. Hafizz Elsad?

“Mana hilang bangs engkau?” Terkenang jambul rambut dia yang panjang di bawa ke depan. Bahagian sisi dan belakang pula dipotong pendek.

“Bangs?” Lepas itu tawa dia meletus. Tawa aku pun meletus, biarpun sebenarnya aku nak hempuk kepalanya dengan kasut.

Berani dia munculkan diri di depan aku setelah hilang begitu sahaja?

eBook ni tajuk dia MENANTU TERBAIK DARI LADANG. 300++ muka surat. Ready file🖤

Marilah baca eBook ni pulak. Harga promo RM15# Grab cepat sebelum harga promo tamat🙈

✅️ Macam mana nak grab? Wasap je Min >>>
https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

04 Nov, 06:43


Tibe tibe muncul eh? Bff hensem nih susah tau , takut terjatuh cinta hehe

Sbb tu org ckp, lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan biasa, nanti terpaut 🤣

Rumah PENA KAYU

04 Nov, 04:44


🍁TEASER MENANTU TERBAIK DARI LADANG🍁

“Betul ke abang sepupu engkau ni yang tak jadi menikah hari tu?”

“Haah,” balas Hasya yang sedang menyediakan sandwich.

“Kenapa dia nampak macam okay je? Selalu orang yang tiba-tiba ditinggalkan pasangan menjelang hari pernikahan, frust dia lain macam.”

“Dia tengah frust lah tu. Tapi, macam kau cakaplah, frust dia lain macam. Tak macam orang lain yang sedihnya berlanjutan sampai tak cukup makan, tak cukup tidur. Meroyan sana-sini.”

Hurm. Betullah tu. Lain orang lainlah cara mereka menghadapinya. Kasut lain-lain. Kalau aku berada dalam kasut Abang Joe, aku pun tak tahu macam mana hendak menghadapi situasi sebegitu. Ditinggalkan di pelamin ketika majlis berlangsung. Meraung agaknya aku.
Bertahun cinta bagai nak rak, bila tiba hari hendak disatukan, pengantin melarikan diri. Tak sanggup aku hendak membayangkan. Mungkin Abang Joe jenis lelaki berfikiran positif yang overboard.

“Tak nampak macam orang frust pun. Nampak macam tak terkesan lagi ada,” ulasku. Aku nampak Abang Joe begitu relaks. Tiada wajah sedih yang dipamerkan.

“Dia dah move on lah kot.”

“Cepatnya?”

“Eloklah cepat. Lama-lama buat apa, bukannya dapat balik pengantin yang lari tu. Lagipun, aku rasa orang lelaki ni, dia takkan tunjuk kat orang yang dia tengah bersedih.”

Betul juga kata Hasya.

“Dia tak pergi pujuk ke?”

“Adalah kot, tapi kalau dah orang tu tak nak, engkau nak cakap apa? Merayu, berlutut bagai? Eh, sudahlah. Tak payah cerita fasal Abang Joe. Sekarang ni, kita nak settle masalah engkau bukan masalah Abang Joe.”

Huh! Aku tanya je pun. Curious tau tak, macam mana orang boleh move on dengan cepat. Kalau aku, confirm menangis sampai hilang anak tekak. Mana nak hadap malu, mana nak hadap orang tua, orang kampung, kawan-kawan.

+++

Haihh, byk tanya , mcm nak masuk cucuk je Aya? Hahahaha

Siapa dah baca mesti dah tahu siapa menantu terbaik kan? Shhh, jgn bikin spoiler ehhh hehe. Kalau berminat cepat cepat Ws Min ya 💋

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

04 Nov, 04:44


Siapa yg akan jadi menantu terbaik dari ladang tu?? Hehehe

Jom baca teaser dekat bawah

Rumah PENA KAYU

04 Nov, 04:42


Another day, another racun 😁
Bukan susu je terbaik dari ladang. Menantu pon ada 🤣

Bacaan santai, walaupun ada main perasaan sikit hehe. Bayangkan kau kena cari calon suami gara gara tak nak dijodohkan dgn pilihan mak, pasangan palsu pon tak apa. Janji tak nak dgn pilihan mak 🤣🤣

Rumah PENA KAYU

03 Nov, 07:52


Teaser Maryam 🌷

"Saya rasa macam orang bodoh. Awak dah kenal saya sejak empat tahun lepas, sedangkan saya fikir, kita baru berkenalan setahun yang lalu. Apa lagi yang awak rahsiakan daripada saya?”

Isa diam. Kalau dia membuka mulut lagi, Maryam pasti semakin marah.

“Selama ni saya fikir, saya hidup berdikari. Saya bangun sendiri tanpa pertolongan orang lain.”

Lirikan mata Maryam singgah pada emaknya. Sampai hati emaknya ikut bersubahat dengan Isa.

“Rupa-rupanya, saya pengemis. Saya mengemis simpati awak tanpa pengetahuan saya sendiri,” sambung Maryam dengan raut wajah yang amat kesal.

"Maryam, awak bukan pengemis. Saya hanya beri jalan dan untuk dapat apa awak ada sekarang, semuanya awak usahakan sendiri. Semuanya atas kerja keras awak sendiri.”

"Awak sepatutnya berterus terang dari awal. Saya takkan marah sebesar ini kalau saya tak ditipu sejak empat tahun lepas!”

“Maryam, Isa ada sebab kenapa dia sembunyikan hal ni. Mak setuju bila dia minta mak rahsiakan hal ni. Kalau Maryam marah, Maryam sepatutnya marah mak sekali.”

Menggigil tangan Maryam. Memang dia marah pada emaknya. Emaknya seperti telah menjualnya pada Isa.

"Sebab tu mak nak saya kahwin dengan Isa? Sebab mak dah termakan budi Isa?”

Mengucap panjang emaknya. Maryam tahu dia melampau sekarang, namun rasa sakit hatinya mengatasi segalanya.

“Kalau saya nak tekan awak kahwin dengan saya, Maryam... dah lama saya buat. Empat tahun lalu saya dah buat sewaktu awak masih lemah dan tak berdaya.”

Jom baca eBook best seller ni awak. Harga promo RM22# untuk 680+ pages. Wasap je kami. Kami hantar fail laju laju >>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

26 Oct, 14:37


Salah satu sebab kenapa zaman sekolah Nina malap. Bila dia tangkap mama dia buat...

“Hidup ni cuma sekali, Nina. Lagipun minggu depan dah mula puasa. Bila lagi kau nak berbaik-baik dengan mama kau? Takkan kau nak tunggu mama kau ditanam tujuh kaki di bawah tanah, baru kau nak menyesal? Baru kau nak minta ampun?”

Nina memejamkan kelopak matanya. Satu ayat pun tidak keluar dari bibirnya. Sesaat kemudian, dia mendengar bunyi pintu dibuka dan kemudian ditutup. Suzie telah pun meninggalkannya untuk berfikir.

Panjang helaan nafas Nina. Gara-gara reunion sekolahnya, masalah dia dan mama dibangkitkan. Dia tidak lagi pulang menemui mama kerana itu yang mama harapkan. Walaupun mama tidak meluahkan secara kata-kata, tapi dia anak mama.

Dia tahu cara mama berfikir bagaimana. Dan tolonglah jangan kata dia salah membaca fikiran mama. Dia tak pernah salah dan dia selalu betul.

Nina belum lupa detik yang melemaskan jiwanya. Detik mama membuang arwah ayah dari hidup mama. Detik yang mengubah persepsinya terhadap mama.

Hari itu hujan lebat. Dia tidak jadi menyertai kem motivasi yang dianjurkan pihak sekolah. Pada saat akhir, dia memutuskan untuk menarik diri. Dia terus balik ke rumah. Sampai sahaja di rumah, dia dikejutkan dengan sebuah kereta Honda Accord tersadai di depan rumah mereka.

Hatinya jadi tidak sedap. Detakan jantungnya melaju. Dia membuka pintu pagar. Dia membuka pintu jeriji. Terakhir sekali, dia membuka pintu kayu rumah.

Ruang tamu kosong tanpa mama. Namun dia mendengar suara mama ketawa, berselang-seli dengan jeritan manja mama. Malah, dia juga mendengar suara garau seorang lelaki. Suara lelaki yang begitu asing. Suara yang tidak pernah didengarnya selama ini.

Langkah kakinya goyah menghampiri bilik tidur mama. Bersama jari tangan yang terketar-ketar, dia membuka pintu bilik mama. Dia berharap pintu bilik tersebut berkunci, sayang sekali pintu itu terbuka dengan mudah.

Di depan matanya, dia melihat mama berada dalam dakapan kemas seorang lelaki. Mama membalas ciuman lelaki itu dengan penuh nafsu. Nina rasa dia mahu muntah melihat aksi mama.

"Mama," panggilnya. Cukup untuk membuat kelopak mata mama yang tertutup sejak tadi terbuka luas. Desahan mama juga lenyap serta-merta. Kemudian mama kelam-kabut menarik selimut untuk menutup tubuhnya.

"Nina buat apa dekat sini? Nina bukan ada kem motivasi?"

Ah mama, terlalu membakar lontaran bahasanya.

"Jadi sebab saya ada kem motivasi, mama bebas bawa lelaki keluar masuk ke dalam rumah ni?"

Mama diam seribu bahasa. Mama kalau melakukan kesilapan, memang akan diam.

"Saya tak pernah bencikan mama. Tapi hari ni saya mengaku, saya benci mama."

Dia menutup pintu. Suara mama memanggilnya diabaikan. Mama telah terpalit dosa. Dosa yang tak dapat Nina maafkan.

Macam tulah. Ni baru satu kisah gelap zaman sekolah Nina. Ni eBook Reunion. Bonda memang rekomen awak baca eBook ni. Harga RM16# Fail eBook dapat cepat 🥰

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

26 Oct, 04:42


Ada yang mahu? Stok sangat terhad. First come first serve. Wasap kami ya > https://rumahpk.wasap.my

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

26 Oct, 00:29


"Nina, saya boleh jelaskan semua ni. Demi Allah..."

Nina menepis tangan Azrai. Dia benci Azrai menggunakan nama Tuhan untuk menyucikan tindakannya.

"Saya tak nak dengar penjelasan awak. Lebih baik awak keluar sekarang. Mata saya sakit bila saya nampak awak."

"Awak nak kuburkan begitu saja apa kita lalui selama dua hari ni?"

"Saya cuma dapat penipuan. Awak rasa saya patut gembira ke?"

“Saya menipu demi kebaikan awak.”

Menipu demi kebaikan Nina? Azrai pasti bergurau. Dan gurauan Azrai sangatlah tidak lucu. Nina mahu muntah mendengarnya.

“Kalau macam tu, Azrai… saya pun tak nak dengar penjelasan awak. Demi kebaikan saya.”

Azrai memejamkan matanya. Kemudian meraup mukanya. Terakhir sekali, lelaki itu meramas rambutnya. Dia mundar-mandir di depan Nina sebelum berhenti secara tiba-tiba.

“Saya akan keluar. Saya akan tidur dalam kereta. Malam ni awak tenangkan diri. Esok saya akan cari awak semula setelah emosi awak stabil. Bila tiba waktu tu, jangan mengelak bertemu dengan saya. Banyak hal perlu awak dengan saya teliti satu persatu."

Nina takkan dengar arahan Azrai. Azrai telah kehilangan hak istimewa tersebut.

"Saya dah tak nak awak cari saya. Saya dah tak nak dengar apa-apa. Kenapa awak masih tak faham apa yang saya nak?"

Mulut Azrai terbuka untuk berkata sesuatu, sayang sekali tidak ada ayat yang terungkap. Segalanya terperangkap.

Serentak dengan itu, ada suara yang memberi salam dari luar rumah. Azrai memandang  Nina sejenak.

"Awak tunggu tetamu?" Gelengan kepala Nina yang menjawab pertanyaan Azrai. Kemudian Nina melangkah menghampiri pintu. Pintu dibuka untuk melihat tetamu yang datang.

Di depan pagar rumahnya, Nina melihat enam orang lelaki. Ada yang separuh abad dan ada juga yang baru memasuki awal 40-an. Kesemuanya memakai ketayap dan ada juga yang bersongkok.

Nina rasa kakinya tidak jejak lantai.

EBOOK REUNION
270+ pages  |  Ready file

Harga promo RM16# Fail eBook dapat segera. Wasap je kami > https://rumahpk.wasap.my

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

26 Oct, 00:28


Diperangkap sehingga ditangkap basah dengan bekas pelajar paling bermasalah. Takkan dia nak nikah dengan jejaka tersebut. Kerja gila namanya!

eBook Reunion ni bonda rekomen awak baca. Kisah ni mengajar kita manusia yang dulunya terpesong tak selamanya terpesong. Dan manusia yang dulunya baik tak mustahil jadi jahat disebabkan desakan hidup.

Gitu... Bacalah awak eBook ni.

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

25 Oct, 08:02


"Encik ada luka ke?" Penuh risau suaranya. Dia yang salah dan menyebabkan lelaki terdorong ke belakang. Dia yang menyebabkan lelaki itu bertembung dengan pintu kaca.

"No, saya okey. Terima kasih sebab bertanya."

Lelaki itu memberinya segaris senyuman. Tipis sahaja senyumannya sebelum segera berlalu. Sedikit pun tidak menoleh ke arah Isla lagi. Tinggal Isla terkesima tanpa kata.

"Isla!"

Dia berpaling. Laila terkocoh-kocoh mendapatkannya.

"Tuan Sheikh cakap apa dengan kau tadi?"

Tidak tahulah berapa besar bukaan matanya. Dia terlalu terkejut mendengar berita tersebut.

"Tadi tu... Tuan Sheikh?"

"Habis tu? Kau ingat siapa?"

Kelopak matanya dipejamkan sejenak. Bahunya ikut mengendur. Kepalanya sempat digelengkan.

"Macam mana? Kau naik 'sheikh' tak tadi lepas terpandang Tuan Sheikh?"

Herot-berot mulutnya. Soalan apa ini?

Hai Laila. Soalan tak beragak langsung! #readyfile.
Wasap Min macam selalu >>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

25 Oct, 08:01


Bacaan santai, singkat tapi padat .

Bak kata Laila, "Nak naik sheikh tak?"
Hahaha.. 🤣

Rumah PENA KAYU

25 Oct, 07:42


"Aku tak faham apa kau nampak dekat Hayi tu, sampai kau mabuk kepayang. Aku tengok, dia tu biasa-biasa saja. Dekat kaki lima, bersepah lelaki macam Hayi."

Laila itu pembangkang nombor satu. Laila membantah keras terhadap perasaan sukanya terhadap Hayi. Menurut Laila, Hayi bukan lelaki yang tepat untuk memiliki cintanya. Paling penting, Hayi itu Laila sudah kategorikan sebagai lelaki pl*yboy.

Percayalah, Laila sudah salah menilai Hayi. Hayi bukan lelaki pl*yboy. Hanya disebabkan ramai wanita yang cuba meraih perhatian Hayi, Laila sudah menuduh Hayi dengan tuduhan bukan-bukan. Kadang-kadang dia rasa Laila berat sebelah.

"Fendi dan Ahmad jauh lebih bagus. Low profile, budiman, caring, pandai mengambil hati, pandai..."

"Kau cari aku sebab apa?" Pangkahnya. Tidak sanggup mendengar cubaan Laila menjatuhkan Hayi.

"Aku nak hantar dokumen ni."

Dia meneliti dokumen yang baru diserahkan oleh Laila padanya. Pada ayat terakhir, dia melihat nama baru. Rasanya, ini salah seorang bos baru yang digosipkan oleh rakan sekerjanya.

"Bos baru kau macam mana?" Dia cuba mengorek rahsia.

"Okey."

"Okey saja?"Laila menaikkan matanya ke atas.

"Dia baik, tegas dan setakat ni aku rasa, dia memang layak jadi bos di jabatan aku."

"Untunglah ada orang tu dapat bos baru."

Mendadak sahaja Laila merapatkan tubuh mereka. Laila juga mencari pinggir telinganya.

"Finance department lagi bertuah. Mereka dapat Tuan Sheikh Zayed. Macam ni Tuan Sheikh Zayed tu." Laila menaikkan ibu jarinya. Bukan main ceria lagi raut muka Laila. Bersungguh-sungguh juga cara Laila cuba meyakinkannya.

"Bila dengar colleague kita bercerita, rasa nak pergi finance department sekarang juga dan cuci mata aku yang dah berkarat ni."

"Kenapa? Segak sangat ke Tuan Sheikh tu?"

"Mestilah segak! Kalau tak aku tak puji.”

Herot-berot bibirnya mendengar cerita Laila. Sebenarnya dia ada juga mendengar rakan sekerjanya bercerita tentang Tuan Sheikh, namun dia memilih menutup telinga.

Dia sudah ada Hayi. Dia tidak perlukan lelaki lain untuk dibandingkan dengan Hayi.

“Segak sangat Tuan Sheikh tu, Isla. Kalau nak dibandingkan dengan Hayi tu, macam langit dengan bumi!"

Dia baru cakap tadi, sekarang Laila sudah membuat perbandingan. Geram juga hatinya.

"Kau dah jumpa ke Tuan Sheikh?"

Kumat-kamit mulut Laila cuba untuk berkata-kata, namun akhirnya hanya keluhan yang keluar. Bahu Laila juga mengendur.

"Belum."

"Belum jumpa tapi dah puji melangit. Aku rasa, kau ni dah kena cepat-cepat kahwin. Biar hilang sikit pengakit gatal kau tu."

===
Min jadi saksi utk kata kata Laila. Mmg helok si Tuan Sheikh ya. 😉
eBook Isteri Tuan Sheikh. RM5 shj, Berminat boleh wasap Min ya ❤️

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

25 Oct, 07:41


Isla tergila gila sgt dekat Hayi. Tapi dia tak tahu ada org lain crush dengan Isla . Jauh lagi bagus dengan Hayi. Betul ckp Laila. Tuan Sheikh jauh lagi baik!

Rumah PENA KAYU

25 Oct, 04:09


"Isla, kau dah pernah jumpa tak bos baru kita tu?"

Isla melirik sejenak pada Laila. Keningnya naik sebelah.

"Yang mana satu ni? Kita ada dua bos baru."

"Mestilah yang belum kahwin tu. Tuan Sheikh."

"Tak, aku tak pernah jumpa dia lagi. Tak ada keperluan nak jumpa dia. Kita ni pangkat kecil."

Laila tiba-tiba sahaja menyiku lengannya. Cara Laila memandangnya juga lain macam.

"Kau tahu, Zana dah jumpa Tuan Sheikh tu. Zana kata, mata dia sikit lagi nak tercabut keluar bila nampak Tuan Sheikh."

"Kenapa? Macam pocong ke Tuan Sheikh tu?"

Mendadak sahaja dia menerima tamparan di lengannya. Sakit pula tu.

"Hush! Kau ni... malam Jumaat jangan sebut makhluk P tu. Pemali!"

Bukan dia sengaja nak sebut, tapi itu saja caranya nak menutup cerita tentang Tuan Sheikh. Kalau dibiarkan, sampai esok pagi pun takkan selesai.

"Kenapa agaknya Tuan Sheikh tu tak kahwin-kahwin lagi?"

Laila ni dah salah tanya orang. Dia bukan ahli keluarga Tuan Sheikh.

"Kenapa, ya?" desak Laila lagi.

"Lelaki 'sheikh' ni orang selalu kaitkan tenaga lelaki mereka besar. Sebab tu perempuan kita takut nak kahwin dengan golongan sheikh. Haaa, sebab itulah Tuan Sheikh membujang lagi."

Sekali lagi dia menerima tamparan di lengannya. Lebih padu. Lebih menyakitkan. Suara tawa Laila pun bergema. Entah apa yang lucu?

"Isla, aku doakan kau naik 'sheikh' bila nampak Tuan Sheikh tu nanti."

Laila ketawa lagi. Mengilai-ngilai. Kurang ajar!

Marilah baca eBook ni. RM5 je >>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

25 Oct, 04:09


EBOOK RM5 JE??? Murah sangat nih!
Yep, 5 ringgit je. Ini peluang anda untuk grab eBook Isteri Tuan Sheikh.

Rumah PENA KAYU

25 Oct, 00:44


Assalammualaikum darlings, disebabkan ramai yg masih minta Min untuk open order Isteri Tuan Sheikh, kita extend promo sehingga 31 Oktober 🥰

Mini ebook, Rm5 shj
Bacaan santai utk yg tidak mahu peningkan kepala dgn drama cinta 🤣

Cepat wasap Min ya
https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

24 Oct, 07:02


Teaser Khasyaf untuk menganggu jiwa korang. Penat ooo jadi khasyaf, dapat tunang kuat cemburu 😭

"Kenapa lagi, Marsha? Saya dah putus kawan dengan Emma. Apa lagi yang awak tak puas hati? Saya pilih awak berbanding hubungan kawan saya dengan Emma. Saya dah buat apa yang awak nak. Awak beri saya kata dua dan saya pilih awak berbanding Emma. You should be happy."

"Saya takkan gembira selagi awak tak jujur. Saya tahu awak tipu saya, Khasyaf. Saya boleh baca air muka awak. Awak belum putuskan hubungan kawan awak dengan Emma. Saya takkan pakai cincin tu semula sampai saya yakin."

"Awak nak bukti apa lagi? Saya dah kata, saya dengan Emma dah tak kawan. Dia sendiri yang putuskan hubungan kawan kami demi awak."

"Saya tak percaya."

"Terpulang sama ada awak percaya atau tak. Saya dah tak kisah."

"Awak tak kisah sebab dekat belakang saya, awak boleh jumpa Emma bila-bila masa awak nak."

"Boleh tak awak berfikir secara baik-baik. Selagi awak asyik berfikiran negatif, awak dengan saya takkan ke mana. We're stuck here."

Marsha menggelengkan kepalanya dengan rakus. Tiba-tiba saja dia menaikkan tangannya.

"Saya nak handphone awak," pintanya dengan mata tak berkedip.

"Awak nak check sama ada saya simpan nombor telefon Emma atau dah buang?"

"Ya." Tanpa ragu Marsha memberi jawapan. Memang itu tujuannya.

"Saya belum buang nombor telefon Emma," akui Khasyaf. Selama dia bercinta dengan Marsha, dia memilih jujur. Tak ada sebab kenapa sekarang dia perlu bercakap bohong sekarang.

Tawa Marsha meletus. Panjang dan meleret. Gerak hatinya betul. Khasyaf dan Emma belum putus hubungan lagi.

"Awak kata awak dah putus, tapi kenapa awak simpan nombor telefon dia lagi? Supaya awak boleh telefon dia malam-malam? Supaya awak boleh dengar suara dia? Supaya awak boleh curang belakang saya?"

"Saya tak tahu syaitan apa yang dah merasuk fikiran awak. Semua perkara pun awak jadikan jahat."

"Kalau awak nak syaitan tu keluar dari kepala saya, bawa saya jumpa Emma. Saya nak tanya Emma kenapa dia gatal sangat sampai nak rebut awak daripada saya."

Khasyaf memicit dahinya. Kepalanya sakit mendadak melihat perangai Marsha. Semakin dilayan, semakin teruk permintaan Marsha.

"Saya dah putus kawan dengan Emma. Boleh tak awak percayakan saya sekali ni?"

"No. Saya takkan percayakan awak. Saya nak awak bawa saya jumpa Emma."

"Saya nak call dia pun segan, apa lagi nak jumpa dia. Tolonglah faham situasi saya."

"Situasi saya yang diduakan siapa pula nak faham?"

"Awak tak pernah diduakan. Awak tunang saya. Saya dah pilih awak sebagai bakal isteri saya. Kalau saya kemarukkan sangat Emma, saya minta mak saya melamar Emma dan bukannya awak."

"Saya tetap nak jumpa dia. Saya beri awak masa tiga hari. Kalau tiga hari ni awak tak dapat bawa saya jumpa Emma, awak simpanlah cincin tu. Kita putus tunang. Biar keluarga awak dengan keluarga saya malu. Biar mereka tahu, yang awak curang dengan saya selama ni."

"Awak dah gila, Marsha. Saya dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan awak."

Menyirap darah Marsha. Menggigil kedua belah tangannya dituduh gila oleh tunangnya sendiri.

"Sebab Emma, awak tuduh saya gila. Sebab Emma, awak tinggikan suara."

"Sebab awak yang minta semua tu! Awak sikit pun tak percayakan saya. Cuba awak berada dekat tempat saya. Cuba awak bayangkan apa awak rasa bila tunang awak sendiri, tak percayakan awak? Awak rasa apa?"

"Awak yang ada hubungan dengan Emma. Awak benarkan perempuan gatal tu kacau hubungan kita! Saya setia dengan awak, tapi ini balasan awak!"

"You know what, I'm leaving. Saya dah penat. Saya tak nak bertekak dengan awak untuk perkara bodoh. Saya cakap apa pun, awak langsung tak nak dengar dan tak nak faham. Awak hanya buang masa saya."

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

24 Oct, 07:01


Masa mula mula promo dulu, ramai marah Khasyaf. Kata Khasyaf curanglah. Tak guna lah. Tak nak belilah sebab hero curang. Sekali dah baca... Haaaa, kan cempedak jadi nangka lagi 🤣🤣

Ini satu lagi ebook yg mainkan perasaan Min, membuat Min gundah gulana.

Curious tak? Meh Min belanja sinopsis dan sedikit teaser petang nih 😉

Rumah PENA KAYU

24 Oct, 04:55


“Macam mana saya nak percayakan awak kalau awak asyik berangan fasal penyondol tu? Mungkin awak bukan berangan bersanding dengan dia, tapi awak dah berangan tidur dengan dia!”

Berdesing-desing telinga Khasyaf menerima tuduhan melulu Marsha. Selama ini, dia sangat menjaga batas hubungannya dengan Emma.
Marsha saja yang sudah tenggelam dalam fikiran hitamnya.

“I was thinking about us, Marsha. How you have changed and how we ended up like this.”

“You lie, a hideous, hideous lie,” sebut Marsha penuh emosi dan beracun.

“Tengoklah, awak sikit pun tak percayakan saya,” keluh Khasyaf. Dia sudah putus harap dengan Marsha. Rasanya, Marsha takkan berubah.

“Awak belum bersedia berkongsi hidup dengan saya. Dan saya pun dah tak tahu apa saya nak dalam hubungan ni,” lanjut Khasyaf terang dan jelas.

Marsha memukul lengan Khasyaf seperti orang gila. Dia hanya berhenti memukul setelah Khasyaf menangkap pergelangan tangannya. Khasyaf tak sepatutnya putus asa dengan hubungan mereka berdua.

“Awak nak tahu sangat kenapa saya susah nak percayakan awak?” Nafas Marsha menderu kencang. Biarlah banyak mata mula memberi perhatian pada mereka berdua di kafe tersebut.

“Sebab selama ni awak bukan fikirkan hal kita, tapi awak sibuk fikirkan cara macam mana awak nak berkahwin dengan penyondol tu dekat belakang saya!”

eBook KHASYAF. Ready file. Boleh dapat terus🖤

✅️ Wasap Min kalau nak harga promo RM10! >>> https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

24 Oct, 04:55


Nilah eBook yang buat readers marah sangat dengan Khasyaf. Baca sinopsis je dah hangin.

Sekali baca... eh eh eh terus tak marah Khasyaf dah🙈 Marilah baca eBook KHASYAF ni.

Rumah PENA KAYU

23 Oct, 13:58


Last callll!! Tamat pukul 12 ya. Lepas pukul 12, Min nk tido. Tak layan dah chat masuk. Hahahaha.

Cepat cepat wasap Min tau !
https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

23 Oct, 10:48


"Saya tak bersubahat dengan Hayi atau Rissa." Isla memberi penjelasan. Dia perlu memadam semua salah faham yang menghuni kepala Tuan Sheikh.

"Saya tahu. Siapa kata saya panggil awak ke sini sebab kes Hayi dan Rissa. Dah terbukti awak tak ada kaitan dengan Hayi dan Rissa. Sebaliknya, awak hampir dipergunakan oleh mereka berdua untuk dijadikan kambing hitam.”

Tubuhnya terus ditegakkan. Dia bersemangat untuk mendengar kata-kata Tuan Sheikh.

“Kalau bukan hal Hayi dan Rissa, jadi Tuan Sheikh panggil saya ke sini sebab apa?”

“Saya nak tahu kenapa awak berhenti pakai hijab?"

Isla mengerdipkan matanya berkali-kali. Teruk sungguh bunyi soalan Tuan Sheikh. Ini soalan yang tak terjangkau oleh benaknya. Isu tudung bawal yang hilang dari kepalanya tidak patut diungkit oleh Tuan Sheikh.

"Saya bukan muslim, Tuan Sheikh. Bukan kewajipan saya nak berhijab.”

Tuan Sheikh tunduk. Dia. Mengambil satu beg kertas dari dalam laci mejanya. Kemudian diserahkan pada Isla.

"Saya nak awak tolong saya."

"Tolong yang macam mana, Tuan Sheikh."

Dia seperti dapat mendengar detakan jantungnya sewaktu menunggu jawapan balas Tuan Sheikh. Dia bimbang tugasan yang diserahkan padanya sulit untuk dilaksanakan.

"Tolong saya bawa beg kertas ni ke aras tiga."

Barulah Isla mampu bernafas dengan baik. Bukan susah mana tugasan yang diberikan oleh Tuan Sheikh. Budak kecil pun boleh buat.

"Tuan Sheikh nak saya serahkan pada siapa beg kertas ni?"

"Serahkan pada Isla.”

Eh?

eBook ISTERI TUAN SHEIKH ni light reading. Kisah Isla yang tak percaya Tuhan, tapi jatuh hati dengan colleague dia.

Sanggup tu pakai tudung sebab nak tarik perhatian colleague dia. Sekali bos baru yang nampak dia. Lepas tu kelam kabutlah hidup si Isla🙈

✅️ WASAP kalau nak harga special RM5# Yep, lima ringgit je! >>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

23 Oct, 10:48


eBook PK berapa range harga? Nak riki2 dulu🙈
>> Harga bermula RM5 sehingga RM20 setiap satu.

Yang RM5# tu eBook nilah. Isteri Tuan Sheikh. Sesiapa belum ada tu, haaa grab cepat.

Ready file. Boleh dapat terus🖤

Rumah PENA KAYU

23 Oct, 09:47


“Adam, boleh tak kau dengan aku berhenti bergaduh?” Redup sorotan matanya. Dia sedang memohon sejuta pengertian lelaki itu. Biarpun payah untuk mendapatkan kompromi Adam, dia masih memegang sekelumit harapan untuk meraih berita gembira.

“Kita berdua berhenti bergaduh? Kau nak aku dengan kau berkawan? The answer is no. Not now. Not ever.”

“Aku tak kata pun kita berkawan,” nafinya, biarpun itulah niat asalnya. Reaksi negatif Adam telah membuat dia menukar plot ceritanya.

“Maksud aku kita berdua mengamalkan konsep gencatan senjata. Kita berdamai,” jelasnya lagi demi menguatkan plot cerita yang baru diubahnya sebentar tadi.

“Apa aku dapat kalau aku setuju?”

Dia menarik nafas panjang. Dia memandang Adam meskipun lelaki itu tidak memandangnya.

“Kau tak perlu kahwin dengan aku lagi.”

Dia tahu tawarannya terlalu sempurna untuk ditolak. Buktinya Adam berpaling serta-merta ke arahnya. Membalas pandangan matanya tanpa kalah. Lama. Cukup lama sehingga dia hampir lemas dalam renungan mata lelaki itu. Dia terkapai-kapai dan Adam tidak berniat pun untuk menyelamatkannya.

“Sebelum aku nak setuju dengan apa-apa rancangan kau, keluar dulu dari rumah aku dengan Mama Sarah. Kau tak pernah dialu-alukan pun di dalam rumah tu.”

Jadi berkaca pandangan matanya. Kebencian Adam padanya terlalu menebal.

“Bila kau dah buat perkara tu, then only we talk. Aku tak nak terikat apa-apa rancangan dengan kau sebelum kau berjaya buktikan yang kau ni boleh diharap.”

"One fine day, Adam. One fine day aku akan keluar dari rumah tu. Kau tak perlu ingatkan aku.”

“Let me know one week earlier. Senang aku nak arrange majlis kesyukuran.”

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

23 Oct, 09:46


Favourite all time ni. Tajuknya Menunggumu. Kisah Rhea yang tumpang tinggal dekat rumah Mama Sarah lepas parents dia passed away.

Tapi itulah, tak sangka anak lelaki Mama Sarah sakit hati sangat dengan dia. Spesis nak kena baling selipar Tat Sing Adam ni🩴

Rumah PENA KAYU

17 Oct, 10:56


TEASER 5 : SUAMI YANG TERTANGGUH

Dia melepaskan nafas yang panjang sebaik keluar dari wad yang menempatkan Amran. Badan disandarkan di dinding.
Malam begini menjadikan suasana lebih sunyi, lebih meruntun hati.

Berkali-kali dia cuba berhenti menangis tetapi gagal. Air mata tetap mengalir laju. Malam ini dia rasa sangat berlainan dari malam-malam yang lain.

“Lap muka tu.”

Amira toleh ke kanan. Rifqi hulurkan sapu tangan. Dipandang sepi tetapi Rifqi suakan juga. Dengan separuh hati, diambilnya kemudian kembali memandang ke depan.

“Jangan nangis macam ni depan ayah,” pesan Rifqi tiba-tiba.

Amira pandang sekilas kemudian kembali memandang gelap malam.

“Doktor nangis tadi boleh pulak?”

Rifqi turut sama menyandar ke dinding. Bersandar di sebelah Amira dan melihat pemandangan yang sama di depan.

“Saya langgar etika. Saya tak profesional.”

Amira pandang Rifqi dengan dahi berkerut.

“Saya juga manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Maafkan saya. Saya tak dapat kawal perasaan saya. Saya terbayangkan kalaulah itu ayah saya.”

Amira tidak mampu bersuara. Mendengar kata-kata Rifqi, dia hilang kosa kata. Suasana kembali sepi. Sesekali kedengaran bunyi siren ambulans yang keluar masuk.

“Selalu duduk dengan ayah. Jangan tinggalkan ayah lama-lama,” pesan Rifqi tiba-tiba.

“Tapi doktor yang tinggalkan ayah.” Amira membalas sinis.

“Saya terpaksa. Saya cuba mintak tukar tapi pihak atasan tak luluskan.”

“Doktor tipu. Takkanlah doktor nak lepaskan peluang untuk naikkan lagi kerjaya doktor ni, kan?”

Rifqi pandang Amira sekilas.

“Apa pun yang saya cakap, awak tak akan percaya.”
Amira juih bibir.

Rifqi senyum melihat aksi gadis itu. Boleh pula mereka bercakap dengan elok malam ini.

“Kalau apa-apa jadi kat ayah, terus hubungi Doktor Ikmal tau. Saya dah tinggalkan nombor telefon dia kat meja.”
Amira tunduk. Sebak yang sudah hilang sebentar tadi kembali mencuit hati.

“Kalau apa-apa jadi kat ayah, saya tak akan maafkan doktor.” Dipandangnya Rifqi, kemudian kembali memandang lantai.

“Jangan fikir yang bukan-bukan.”

“Saya rasa tak sedap hati.”

Rifqi terdiam. Dia pun rasa yang sama.

“Saya pergi dulu. Jumpa hari Rabu, insya-Allah.”

“Don’t go. Please.” Amira panggung kepala. Ditatapnya Rifqi dengan penuh mengharap. Semakin laju air mata menuruni pipi.

“I have to. I’m sorry.”

“Saya takut sangat. Kalau jadi apa-apa kat ayah macam mana? Saya nak buat apa?”

“Ikmal ada. Ikmal akan bantu awak.”

“Please. Don’t go.”

“How I wish but I’m sorry, Amira.”

Seperti sebelum ini juga, sebaik habis dia berkata-kata, Amira terus berlalu meninggalkannya, begitu sahaja tanpa sepatah kata. Tindakan gadis itu benar-benar menghiris hati Rifqi.

===
Adoi! Dr...... Amira merayu tu..

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

17 Oct, 09:42


TEASER 4 : SUAMI YANG TERTANGGUH

Rifqi pasrah. Kesihatan Amran masih begitu juga. Tidak ada perubahan positif. Perancangan Rifqi untuk selesaikan urusan Amran tidak kesampaian.

Hari Jumaat tiba juga. Malam ini dia akan terbang ke negara ratu. Ada simposium yang perlu dia hadiri. Berat hatinya mahu meninggalkan pesakitnya yang satu ini. Dia perlu berjumpa Amran sebelum dia berangkat pergi.

“Assalamualaikum pak cik,” tegur Rifqi lembut.

Melihat Amran terbaring lesu meruntun hatinya.
Dia senyum melihat gerak bibir Amran menjawab salamnya. Amran nampak letih benar malam ini.

“Pak cik dah makan?”

Amran angguk.

“Anak pak cik dah balik?”

“Ami pergi surau. Solat.” Amran bersuara juga walaupun payah.

“Saya nak gerak dah. Selama saya tak ada, kawan saya Doktor Ikmal akan jaga pak cik.”

Amran angguk tanda faham. Sudah beberapa kali dia dimaklumkan mengenai itu. Doktor Ikmal juga ada beberapa kali datang berjumpa dengannya. Kadang-kadang datang berdua dengan Doktor Rifqi. Ada juga Doktor Ikmal datang bersendirian.

“Pak cik dengar cakap Doktor Ikmal tau. Jangan naughty-naughty,” usik Rifqi. Jari telunjuknya digoyang-goyangkan di hadapan lelaki tua itu. Sungguh! Dia sudah mula rasa sebak.

Bergegar bahu Amran ketawa. Termengah-mengah lelaki itu bernafas.

“Insya-Allah hari Rabu kita jumpa, ya.”

Amran angguk.

“Kalau kita tak jumpa dah, tolong tengok-tengokkan Ami, ya.”

“Eh, jangan cakap macam tu pak cik. Insya-Allah bila saya balik nanti, kesihatan pak cik bertambah okey, masa tu sedang elok kita boleh masuk OR, insya-Allah.”

Amran tarik nafas dalam-dalam. Nampak sangat susah untuk dia menyedut oksigen walaupun corong oksigen melekat di mukanya.

“Insya-Allah.” Amran berhenti seketika mencuri nafas.

“Janji ya. Jaga Ami,” pujuk Amran lagi. Tangan Rifqi dipegang.

Rifqi terkedu. Tidak tahu bagaimana hendak memberi respons.

“Ami tak ada sesiapa. Ada pak cik aje. Kalau pak cik tak ada, Ami tinggal sorang-sorang.”

Ada air mengalir dari tubir mata Amran.

“Emak Ami menghilangkan diri sejak Ami kecik. Sejak itu, kami hanya berdua. Ami takut kehilangan. Ami selalu rasa insecure.”

Sepatah-sepatah Amran bercerita.

“Janji dengan pak cik, doktor.”

Rifqi tersentak. Amran menggenggam tangannya semakin kuat.

“Pak cik percayakan doktor. Janji ya, jagakan Ami.”

Perlahan Rifqi mengangguk. Serba salah dibuatnya. Tak angguk kasihan pula. Angguk nanti jadi cerita lain pula. Ditepuk-tepuk pergelangan tangan Amran. Melihat wajah tua itu tersenyum cukup menghiris hatinya.

===
Sebak baca teaser kalinih, maybe ini petanda Pakcik Amran nk pergi kot. Hmmmm sedih 😭

Jom baca ebook ni korang! Confirm berbaloi.
https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

17 Oct, 09:38


Pak Cik Amran pun…kalau baby lajulah orang nak tolong jaga. Ni mintak tolong jagakan anak dara. Nak terima ke nak tolak?

Rumah PENA KAYU

17 Oct, 06:03


"Awak ada tokoh seorang mama yang baik.”

Elaina berpaling ke sisinya. Gara-gara tumpuannya beralih pada Ghadafi, Reza berhasil menyaingi langkahnya. Sekarang dia berjalan sebelah-menyebelah dengan lelaki tersebut. Dan disebabkan ruang tangga itu sempit, sekali-sekala bahu mereka berlaga.

“Siapa pun boleh tidurkan anak kecil yang memang dah sedia mengantuk. Anas pun boleh tidurkan Ain.”

“Awak memang nak marah-marah saja ke malam ni?” Langkah kakinya terhenti. Dia sedang menahan diri daripada menempelak Reza sepuas-puas hatinya.

“Ini bukan Elaina yang saya kenal,” kata Reza lagi. Seperti terlalu sengaja memancing api kemarahannya.

“Elaina yang awak kenal dah m*ti. Yang ada di depan awak sekarang Elaina yang lain. Elaina yang tahu menjaga diri. Bukan lagi Elaina yang mudah diperdaya dan dipermainkan.” Senafas dia memberikan jawapan. Anehnya, dia diberikan senyuman lebar Reza.

“Saya lebih suka Elaina yang dulu.”

“Maksud awak, Elaina yang awak malukan tu?”

“Come on, Elaina. Perkara tu dah lepas. Dah jadi fosil pun.”

Mudahnya Reza berkata-kata! Cuba kalau mereka bertukar tempat. Cuba kalau dia yang memalukan Reza. Apa Reza boleh bercakap tentang ‘fosil’ yang patut dilupakan lagi?

“Kalau awak marah-marah macam ni, awak cepat tua nanti. Just be your happy self, Elaina. Tak perlu jadi orang lain. The crowd will adore you. They always do. It’s impossible not to love you."

Elaina memang telah bersedia untuk menempelak Reza habis-habisan. Mujurlah lelaki itu diselamatkan oleh belahan jiwanya.

“Awak dekat sini rupa-rupanya. Merata saya cari awak.”

Elaina melirik pada Reza sebelum sorotannya beralih pada Naila.

“Saya dah habis bercakap dengan dia. Awak ambillah dia balik.”

Tengoklah tu, dah ada kekasih pun sibuk lagi nak kacau Elaina. Macamlah Elaina nak layan dia. Zaman Elaina tergila-gilakan dia dah tamat! Ready file eBook Elaina ni. Boleh dapat terus🖤

https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

17 Oct, 06:01


Ada pesanan khidmat masyarakat sikit.

Elaina pesan, jangan terhegeh-hegeh sayangkan lelaki yang tak suka kita. Belajar sayang diri sendiri dulu🖤

Jom baca eBook Elaina!

Rumah PENA KAYU

17 Oct, 04:51


“Saya nak cakap sedikit dengan awak.” Suara Reza sedikit bergetar. Entah apa yang diresahkan oleh lelaki itu.

“Awak nak cakap apa? Kalau sekadar nak menyindir saya, elok awak simpan saja. Saya tak suka disindir. Kalau ada apa, cakap terus-terang.”

Helaan nafas panjang Reza sampai ke telinga Elaina. Lelaki itu semakin resah. Dia yakin ada masalah besar di dalam kepala lelaki itu. Masalah yang tidak dapat lelaki itu selesaikan.

"What am I going to do with you?"

Sempat berkerut dahi Elaina. Sudahlah pertanyaannya tidak berjawab, sekarang dia pula yang diajukan soalan. Soalan bergenre entah apa-apa pula tu.

"What am I going to do with you, Elaina?" Reza mengulangi lagi pertanyaannya. Tetapi percayalah, Reza tidak perlu melakukan apa-apa. Sudah terlambat kalau lelaki itu mahu melakukan apa-apa.

"You get nervous easily around me, yet you are at ease with other men."

Ayat lelaki itu hanya membuat Elaina marah. Marah setelah lelaki itu mengungkapkan kebenaran.

"Awak tahu apa saya rasa?"

Terlalu banyak soalan. Dan soalan-soalan Reza mulai melemaskan jiwanya.

"It irks me to no end, Elaina. Awak buat saya ada keinginan nak lenyapkan semua lelaki di dalam dunia ni!" Penuh bisa suara Reza. Bisa yang siap untuk melumpuhkan semua tembok pertahanan di dalam diri Elaina.

"Kalau awak pilih pulang bersama Syuk tadi, demi Allah saya tak jamin saya boleh mengawal diri. Dekat situ juga saya pecahkan muka dia."

Melopong Elaina mendengar kata-kata Reza. Dia mengaku dia gerun mendengar pengakuan lelaki itu. Reza seperti telah bertukar menjadi orang lain.

"Awak... awak dah tak siuman, Reza."

Reza ketawa. Tawa yang dibuat-buat.

"Awak betul. Mungkin saya dah tak siuman.” Reza menoleh pada Elaina. Raut muka lelaki itu seperti dirundung malang yang bertimpa-timpa. Sulit untuk ditemukan jalan penyelesaian.

“Go, Elaina. Masuk rumah sekarang... sebelum saya jadi semakin teruk. Sebelum saya menakutkan awak."

Haaa, nak tahu apa jadi lepas tu, kan? Grab je eBook ni. Harga promo RM15# Wasap Min ye >>> https://rumahpk.wasap.my

Rumah PENA KAYU

17 Oct, 04:51


Apa dia ingat, kau polos macam dulu-dulu jugak? Gitu vibe Elaina dalam citer ni.

Padan muka Reza. 5 tahun lepas kemain lagi dia reject confession kau😎

Rumah PENA KAYU

17 Oct, 00:29


"Saya tak tunggu panggilan awak.

"Ya, awak tak tunggu panggilan saya." Reza yang mengeyakan telahannya hanya membuatnya curiga. Lebih-lebih lagi Reza membisu selepas itu. Tidak ada hujah susulan. Dan cara lelaki itu merenungnya lebih membuat dia seperti cacing kepanasan.

"What are you doing tonight?"

"Planning murder," balasnya tanpa berfikir panjang. Dia hanya mahu Reza pergi. Dia mahu Reza sedar yang dia tidak suka lelaki itu berterusan berbual seperti mereka berdua teman lama. MEREKA BERDUA BUKAN TEMAN LAMA!

"I see. Will you spare and hour or two for me? Kemudian awak boleh teruskan urusan awak nak membunuh orang. Siapa awak nak bunuh tadi?"

"You," balasnya tanpa sedar. Sesaat kemudian dia memarahi diri sendiri. Tidak sepatutnya dia mengaitkan Reza dengan dirinya lagi.

Lihatlah, sudah terangkat kedua-dua belah kening Reza. Bahkan sorotan mata lelaki bertukar tajam. Kemudian lelaki itu mula melangkah mendekatinya. Cukup untuk membuat dia memegang kemas pinggan di tangannya. Kalau Reza macam-macam, pinggan itu dijamin akan terbang lalu singgah di atas kepala Reza.

"Awak nak apa ni? Malam ni saya betul-betul sibuk. Saya ada online meeting." Gugup suaranya ketika memberi penjelasan entah apa-apa

"Kata nak bunuh saya. Saya datang serah diri la ni."

Ni pun eBook best seller kami bulan ni. Tajuknya Elaina. Dah ada dalam koleksi tak?

Harga tengah promo lagi ni awak. RM15# untuk 300+ pages. Marilah baca eBook Elaina ni >>> https://rumahpk.wasap.my

Bonda PK

Rumah PENA KAYU

17 Oct, 00:26


5 tahun lalu luahan hatinya ditolak mentah-mentah. Dia juga dimalukan. Sekarang dia kembali sebagai orang baru. Dan mereka tak dapat mengelak dari bertembung semula!

Rumah PENA KAYU

16 Oct, 11:47


Teaser 3 : Suami Yang Tertangguh

Amira terkedu. Langsung tidak menyangka akan bertembung dengan Doktor Rifqi di surau. Elok dia mahu keluar, Rifqi pula sampai. Saat mata bertembung, muka rasa berbahang. Api kemarahan kembali datang. Baru lepas sembahyang pun tak mampu menyejukkan hatinya kala ini.

“Hai!” Aduh macam mana boleh tegur pulak ni? Rifqi rasa mahu tepuk mulut sendiri.

“Berani doktor tegur saya?” Matanya dicerlungkan. Geram pula dengan Doktor Rifqi yang macam tidak faham dengan rasa tidak puas hatinya.

“Why not?” Eh, sekali lagi mulut Rifqi laju menjawab.

“Tak payah nak beramah mesra dengan saya. Tak boleh melembutkan hati saya pun.” Tajam pandangannya memandang doktor di hadapannya. Kalau boleh tampar, mahu sahaja dia berbuat begitu.

Ada senyum terukir di bibir Rifqi. Manis.

Walaupun cuma segaris sahaja tetapi tetap boleh nampak gigi lelaki itu yang tersusun cantik. Argh, betullah kata Leona anak Azhar Sulaiman, lelaki yang giginya cantik, boleh buat orang jatuh cinta.

“ saya boleh lembutkan hati cik, senang untuk kita berbincang fasal ayah cik.”

“Nak bincang apa? Bukannya nak beli bangunan yang nilai berjuta, nak bincang bagai. Saya nak doktor sembuhkan ayah saya. Itu je.”

Rifqi senyum. Ada sesuatu yang tak kena dengan gadis yang sedang bercakap dengannya sekarang. Amira bukan bimbo. Nampak pada gayanya dia berpelajaran dan ada kerja yang bagus juga. Tetapi saat ini, bercakap dengan Amira sama seperti dengan orang yang ada masalah lembam. Cakap apa pun dia tak faham dan tak mahu faham.

“Cik dah makan?”

“Kalau saya dah makan, doktor boleh sembuhkan ayah saya ke?”
Rifqi lepaskan keluhan panjang. Bibirnya masih kekal senyum seperti tadi. Makin sakit hati Amira melihatnya.

“Cik, saya faham perasaan cik sekarang. Tapi cik kena ingat, kita ada Allah. Jangan sampai cik membelakangkan Dia.”

Amira diam.

“Saya terima kata-kata cik terhadap saya. Saya anggap cik tak memaksudkannya. Cik cuma nak lepaskan perasaan cik sahaja.”
Amira pandang dia. Kali ini pandangan gadis itu sudah mula redup. Tidak bersinar garang seperti tadi.

“Saya berusaha untuk sembuhkan ayah cik. Ayah cik pun pesakit yang baik. Dia dengar cakap. Situasi kita mungkin berbeza tapi matlamat kita sama. Saya nak pesakit saya sembuh. Cik pun nak ayah sembuh jugak. Sama, kan?”

Air jernih mula menuruni pipi gebu Amira.

“Kita usaha, kita doa, kita serah kepada Allah, ya,” pujuk Rifqi lembut. Bergetar dadanya melihat air mata Amira.

“Saya berdoa dan berharap sangat-sangat Pak Cik Amran boleh jalani pembedahan dalam minggu ni jugak.” Dia bukan sekadar memujuk tetapi itu memang yang dia mahu.

“Pergilah makan. Kalau nak saya teman, kena tunggu kejap lah. Saya belum solat lagi ni.”

Tanpa kata Amira melangkah pergi.

Rifqi hanya mampu memandang sehingga gadis itu hilang dari pandangannya. Kemudian dia melangkah ke surau. Banyak yang mahu diceritakan kepada DIA hari ini. Yang pasti doanya untuk pesakit yang bernama Amran akan dipohon sesungguh hati.

===
Min nak seketul Dr. Rifqi boleh tak? 🙊 Melting lah mcm ni. Kalau korang baca the whole story, lagi la cair tau 😜 Meh wasap Min skrg!

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

16 Oct, 10:00


TEASER 2 : SUAMI YANG TERTANGGUH

Berat sungguh kaki mahu meronda wad hari ini. Rutin setiap pagi sebelum dia memulakan sesi berjumpa pesakit luar di klinik. Terngiang-ngiang telinganya mendengar suara Amira menangis. Masih jelas di ruang mata wajah garang gadis itu. Aduh! Sejak semalam, setiap kali dia teringatkan Amira, akan ada rasa denyutan kecil di dadanya. Sungguh tak selesa!

“Assalamualaikum, Pak Cik Amran. Apa khabar hari ni?” Wajah dimaniskan sebaik tabir kain diselak. Seperti diduga, hari ini pesakitnya itu berteman. Dan dadanya mula berdenyut-denyut kecil seperti semalam.

“Waalaikumussalam, doktor. Alhamdulillah.”

Rifqi pandang gadis yang duduk di sebelah Amran. Kepala ditundukkan sedikit tanda hormat. Hanya jelingan tajam yang diterima sebagai balasan.

“Ini anak pak cik, Amira.”

Dah kenal, pak cik. Dah kena marah pun dengan anak pak cik ni. Mahu sahaja diberitahu begitu tetapi Rifqi hanya senyum sahaja. Sekali lagi kepalanya dianggukkan. Sudah sebulan Pak Cik Amran menjadi penghuni wad sakit jantung, ini pertama kali dia berjumpa anak lelaki itu.

Rifqi memulakan pemeriksaannya. Rekod pesakit dibaca. Stetoskop diletakkan ke dada Pak Cik Amran.

“Makan minum pak cik ok ke?”

“Tak selera sangat, doktor.”

“Pak cik kena paksa makan jugak ya. Bacaan BP pak cik masih tak cantik ni. Kita tak boleh nak teruskan pembedahan kalau keadaan pak cik tak stabil. Ni dah kali ketiga kita tunda.”

Amran senyum nipis. Dia faham apa yang diperkatakan Rifqi. Terasa lengannya dipegang Amira. Dihadiahkan senyuman manis untuk anaknya itu.

“Tak payah risau. Ayah okey.”

“Ami tak nak ayah mati. Ami ada ayah je.”

Amran ketawa perlahan. Baru ketawa sedikit tapi sudah mula batuk-batuk.

“Awal sangat ayah nak mati, Ami. Ayah Ami ni muda lagilah.” Seloroh Amran. Nafas ditarik dalam-dalam. Dada sebelah kirinya rasa seperti dihiris, pedih!

“Ayah nak tengok Ami kahwin, ada anak. Mana boleh ayah mati dulu.” Amran ketawa. Ketat dan payah bunyinya.

Kata-kata Amran buat si anak semakin kuat tangisnya.

“Pak cik, saya pergi dulu ya. Kuatkan semangat. Positif ya pak cik. Pak cik okey je, kita terus masuk OR ya.”

Amran senyum bersama anggukan kecil. Bahu Amran, Rifqi tepuk perlahan.

Dipandangnya Amira yang masih menangis di dada lelaki itu. Ditinggalkan dua beranak itu dengan hati yang berat.

Sekali lagi dada Rifqi terasa senak. Sama seperti apa yang dia rasa sebelum ini. Diurut dadanya perlahan. Sesekali ditepuk-tepuk lembut.

“Kenapa doktor? Okey ke?” tanya Sister Linda. Sejak tadi dia perasan Doktor Rifqi lebih diam dari biasa.

“Saya okey. Angin kot ni.”

Rifqi lepaskan keluhan panjang. Sungguh, dia tak suka dengan rasa ini. Tiba-tiba sahaja dia rasa rimas dan lemas. Dada jadi ketat. Sangat-sangat tak selesa.

===
Amboih! Sekarang ni siapa yg sakit? Doktor ke ayah Amira? Kemain asik berdegup degup jantungnya ya? Itu sakit jantung atau sakit jatuh cinta? 🤣🤣

Jom baca ebook ni, gais! confirm tak rugi.

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

16 Oct, 09:56


Masih panas kombo yg satu ini. Kalau KOMBO PILU menceritakan tentang sang isteri, ebook kak Lily ini cerita tentang sang suami hehehe.

Perasan sekarang byk isu tentang suami isteri, janda duda di media social. Daripd sibuk jadi netizen yg jaga tepi kain org, baik baca ebook ebook ni. Betul tak? 🤣

Rumah PENA KAYU

16 Oct, 08:39


🌷 TEASER 2 : YANG LEBIH LUKA

“Eloklah beranak lagi, Diana. Kau tu muda lagi. Jadilah pokok yang berbuah lebat. Buat apa jadi pokok yang tak ada hasil? Bertahun-tahun siram dan baja tapi hasilnya tak ada! Habiskan duit saja yang tahunya.” Rozita berkata. Nadanya sangat pijar.

Berdetak hati Inara. Tapi, dia bersangka baik. Mak mentuanya tak sebut pun namanya.

“Zafri tu suka budak-budak. Nak sangat anak tapi sampai sekarang tak nampak bayang.”

Hah! Tak sebut nama Inara tapi memang dituju kepadanya. Dia yang jadi isteri Zafri. Dia yang masih belum mampu berikan anak kepada suaminya.

===
Amboi makcik, mulut tu berbisa ya. Serah takdir kepada Tuhan, bukan hak kita nk judge org begitu tau. Tak baik mokcik ni, cubit kang!

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

16 Oct, 08:24


🍀TEASER 9 : DULU, PERNAH CINTA...

“Kenapa kau boleh ada kat sini?” tanya Siti Hajar sebaik saja Nadha benar-benar berdiri di hadapannya.

“Eh... siapa ni? Kita pernah jumpa ke sebelum ni?”

Air muka Siti Hajar berubah serta-merta. Dia malu dengan pertanyaan Nadha. Tahu, bekas menantunya itu memang sengaja mahu menyakitkan hatinya.

“Kau tak payah nak berlakonlah Nad. Tak kelakar?”

“Yang ni siapa pula ni? Tak sangka pula ramah-ramah orang dalam majlis ni ya? Mudah menegur orang yang tak dikenali. Sesetengah tempat tak macam ni. Ada tu keluarga sendiri pun dilayan macam sampah. Yang jenis tikam belakang pun ramai.”

Nadha senyum pada Dini yang sudah menarik muncung panjang. Geli hati bila bekas adik iparnya itu nampak terkulat-kulat. Sesaat kemudian, dia pandang pula Luzman dan Shina.

Lantas kening dijongketkan sambil bibir mengukir senyuman hingga menampakkan lesung pipit kecil di sudut bibirnya yang dicalit gincu berwarna merah bata.

Sesaat kemudian, dia menyentuh dada kiri, tempat hatinya berlabuh. Cuba mencari di mana letak Luzman dalam hatinya kini. Tapi entah kenapa, pencariannya ternyata sia-sia bila Luzman gagal ditemui.

Ke mana pergi sakit yang digalas sejak kakinya meninggalkan rumah yang pernah dihuni bersama-sama keluarga Luzman dulu? Sungguh... dia tak tahu!

“Nad!”

Nadha berpaling. Berseri-seri wajahnya saat melihat seraut wajah yang sudah beberapa minggu tak dilihat. Lalu tangan dihulur, tapi tak bersambut.

“Abang?” Dahinya berkerut, tak mengerti.

“Tak nak salam, nak peluk,” bisik Isyraq perlahan.

“Hah?” Nadha pandang sekeliling. Mungkin kerana masih awal, yang ada hanya keluarga Isyraq dan Luzman.

“Abang nak peluk,” ulang Isyraq sekali lagi.

“Tapi...”

Belum sempat Nadha menyudahkan kata, Isyraq menarik sekujur tubuh isterinya itu ke dalam pelukan. Erat. Sesaat, kepala Nadha dikucup lembut. Sangkanya dia tak akan merindui Nadha, tapi ternyata dia silap.

Tempoh dua minggu itu terasa begitu panjang bila Nadha tak ada di sisinya.

“Apa yang korang buat ni? Tak malu ke buat maksiat depan-depan orang?” Sinis air muka Siti Hajar.

“Opsss... maaf Aunty Hajar! Saya cuma nampak Nad aje tadi. Lupa yang kat sekeliling kami ada orang lain,” akui Isyraq malu-malu alah.

“Tapi, takkanlah sampai nak berpeluk, kan?” Dini nampak tak puas hati.
Sedangkan Luzman, diam-diam menahan nafas. Tak percaya selepas dua tahun masa berlalu, hari ini dia dapat melihat Nadha sekali lagi. Tapi entah kenapa, melihat bekas isterinya itu kemas dalam pelukan Isyraq, hatinya di dalam seakan-akan merusuh.

Cemburu mencanak-canak datang tanpa dipaksa.

Tak rela Nadha disentuh lelaki lain walaupun wanita itu kini hanya bergelar bekas isterinya.

“Suami peluk isteri, tak ada yang salah kut walaupun agak kurang sopan sebab depan-depan orang.”

“Suami?” Spontan Luzman berdiri dengan muka yang agak panik. Kata-kata Nadha jelas menembusi telinganya. Dia tak mahu percaya pada telinga sendiri.

“Ya, kami berdua memang dah nikah,” akui Isyraq sambil tergelak kecil. Dia benar-benar tak sengaja memeluk Nadha di hadapan mereka tadi.

“Kenapa aku tak tahu?” Luzman tak puas hati.

“Kenapa nak kena bagi tahu orang yang tak penting?”

“Sayang...”

“Nad tanya ajelah. Abang jangan marah okey? Nanti tua tak handsome.”
Meretak sedikit demi sedikit hati Shina melihat betapa Nadha masih mampu hidup baik-baik selepas dia merampas Luzman. Malah, kini sudah pun bersuami baru. Padahal dia sudah membayangkan yang Nadha bakal bunuh diri kerana patah hati.

“Bila korang kahwin?”

“Dah hampir setahun enam bulan Nad jadi isteri aku, Man.”

“Lepas cerai enam bulan, Nad kahwin lain?”

“Kalau boleh, hari ni cerai esok juga I nak kahwin. Tapi, mujur tak boleh.”
Tenangnya cara Nadha berkata buat Luzman rasa dadanya sesak. Tak berharap secepat itu Nadha mencari penggantinya.

“Cepat betul you cari pengganti I, Nad.”

“You lagi dahsyat, belum cerai lagi dah ada pengganti I.”

===
Rasain lu, tasabar tunggu Nad balas dendam dekat semua yg aniaya dia.

https://rumahpk.wasap.my/

Rumah PENA KAYU

16 Oct, 08:21


Selamat pengantin baru Nad dan Isyraq. Semoga berbahagia sampai Syurga. Luzman dan Shina, syuhhh... tolong tepi sikit. Haha.