Buku al-Din huwa al-Salah karya Sheikh Farid Al-Ansari ini menjelaskan betapa solat bukan sekadar ritual, tetapi satu cara untuk kita merasa dekat dengan Allah dan mendapatkan kekuatan dalam hidup.
Dalam solat, kita bergantung kepada Allah, yang menguasai segala sesuatu di langit dan di bumi. Semuanya adalah milik-Nya, dan itu memberi kita keyakinan bahawa kita sentiasa berada dalam lindungan-Nya.
Bila kita bersembahyang, kita bukan sahaja menjalankan kewajipan, malah kita turut menerima ketenangan dan semangat baru. Hati kita dipenuhi dengan harapan dan kegembiraan, seolah-olah kita mendapat 'semangat' yang membuatkan kita lebih yakin dan bersedia menghadapi cabaran hidup.
Rasa dekat dengan Allah ini membuatkan kita sedar bahawa kita adalah hamba-Nya yang sebenar, sekaligus memperbaharui diri untuk meneruskan perjalanan hidup dengan penuh semangat dan tenaga.
Secara ringkas, dengan langgam bahasa Arab yang mudah, buku ini mengajak kita melihat solat sebagai sumber kelegaan dan kekuatan, yang membantu kita melalui hari-hari yang mencabar dengan lebih positif dan yakin.
Bagus juga kalau diterjemahkan. Muat turun di https://www.noor-book.com/book/review/143763