PIBG SMKTPG (@pibgsmktpg)の最新投稿

PIBG SMKTPG のテレグラム投稿

PIBG SMKTPG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Telok Panglima Garang

Objektif Saluran:
Menyampaikan maklumat berkaitan murid & sekolah.
Ibu bapa dan guru mendapat maklumat yg betul dan tepat.

Sebarang pertanyaan hubungi:
https://pibgsmktpg.wasap.my/
1,544 人の購読者
556 枚の写真
6 本の動画
最終更新日 26.02.2025 15:52

類似チャンネル

Crypto Updates (Main) 🚀🚀
27,972 人の購読者
AddMath Spmnetic!™⚡️
26,535 人の購読者
08' era
21,120 人の購読者

PIBG SMKTPG によってTelegramで共有された最新のコンテンツ


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

Kepada semua ibu / bapa / penjaga murid Tingkatan peralihan hingga Tingkatan 6 SMK Telok Panglima Garang.

Merujuk Surat siaran KPM Bil 9 Tahun 2024.
Perlaksanaan surat akuan ibu bapa / penjaga untuk kebenaran rakaman gambar / video / audio serta memuat naik ke laman media sosial bagi program anjuran institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.


Sehubungan itu, mohon semua ibu bapa / penjaga mengambil tindakan mengisi AKUAN KEBENARAN SECARA DIGITAL yang disediakan oleh pihak SMK Telok Panglima Garang bagi tahun 2025.

LINK : AKUAN IBU BAPA / PENJAGA UNTUK KEBENARAN SECARA DIGITAL BAGI TAHUN 2025.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSePJpbwP0MOob5__kEDLpGqYAg8nMF29bpw14HTcYMhPfNuiw/viewform?usp=preview

Sila lengkapkan sebelum 28 Februari 2025.

Kerjasama dari semua amat diharapkan untuk kecemerlangan sekolah.

Terima kasih

GPK HEM
SMK Telok Panglima Garang
24/2/2025

Makluman kepada semua murid dan ibu bapa aktiviti kokurikulum minggu hadapan

Ibu bapa & murid ex-SMKTPG dijemput hadir

*SEMINAR HALA TUJU SELEPAS SPM*

Sila isi google form kepada yg ingin menyertai. Banyak pengisian yg menarik.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfdqHKr9M6bLmG2kmZEd1tGAdehcZfDoCYpt212k1-o_3zeag/viewform?usp=header

Photo from Saliza

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SMK Telok Panglima Garang

Untuk makluman semua murid diwajibkan memakai uniform sekolah (baju putih dan seluar hijau / kain biru muda) sepanjang minggu pertama persekolahan.

Berikut merupakan panduan pemakaian. Mohon rujuk gambar yang disertakan.

Terima kasih

_*SEBARAN KEPADA GROUP IBUBAPA MURID TAHUN 6 SESI 2024/2025 DAERAH KUALA LANGAT*_

Assalamualaikum kepada ibubapa/penjaga...
Link di atas merupakan *SEMAKAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 & PERMOHONAN RAYUAN KE KELAS ALIRAN AGAMA* Tahun 2025.

Ibubapa/Penjaga boleh buat semakan tersebut bermula 7 hingga 28 Februari 2025. (7 Februari 2025 (Jumaat) *bermula jam 3.30 petang*)
Untuk makluman, semasa result KAA diperolehi, murid perlu membawa surat tawaran KAA tersebut dan lapor diri ke sekolah yang diterima.

*contoh*
Sekiranya pelajar sudah lapor diri SMK Banting (_feeder School_), kemudian mendapat tawaran KAA di SMK Telok Datok, *mohon terus lapor diri ke SMK Telok Datok. Pihak sekolah SMK banting (_feeder School_) akan maklum untuk masukkan dalam sistem tukar sekolah dan pihak ibubapa/penjaga tidak perlu datang ke PPD Kuala Langat*. (jikalau tiada masalah)

Link Semakan Tawaran KAA:
https://jpnselangor.moe.gov.my/pengumuman

Link Rayuan KAA:
https://tinyurl.com/RayuanKaaKuLangat

PIC Penyelaras Sekolah KAA Kuala Langat
https://tinyurl.com/PicKaa2025

Photo from Hasliza

Salam. Semakan Tawaran Penempatan Murid Ke Tingkatan Satu Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor boleh diakses pada 7 Februari 2025 (Jumaat) bermula jam 3.30 petang di pautan https://jpnselangor.moe.gov.my/ . Terima kasih.

Photo from Hasliza