Latest Posts from Nota Saham (@notasahambursa) on Telegram

Nota Saham Telegram Posts

Nota Saham
Sekadar perkongsian dari seorang newbie. Moga bermanfaat.

Disclaimer:
Tidak ada buycall di sini. Jika ada kaunter kajian yang dikongsi, ia hanyalah untuk perbincangan dan pembelajaran semata-mata. Segala risiko ditanggung diri sendiri.
6,674 Subscribers
2,722 Photos
63 Videos
Last Updated 06.03.2025 14:52

Similar Channels

Pedagang Aktif
4,352 Subscribers
Max Saham
4,332 Subscribers
VIRTUOSO TRADER
1,869 Subscribers

The latest content shared by Nota Saham on Telegram

Nota Saham

14 Feb, 08:09

1,646

https://youtu.be/JK4rkrp2WrQ?si=O8ICancWoqN0aKBb
Nota Saham

11 Feb, 10:50

2,359

WEBINAR TRADING SAHAM: BONGKAR RAHSIA BOLLINGER BAND 🚀

Nak tahu cara detect saham sebelum ia meletup? Bollinger Band adalah salah satu indikator paling power untuk kesan permulaan rally!

Ramai trader guna Bollinger Band, tapi tak semua tahu cara baca signal yang betul. Kalau korang nak belajar bila nak masuk, bila nak keluar, dan macam mana nak elak false breakout, webinar ni untuk korang!

🔥 Apa yang bakal korang belajar?

Cara mudah faham signal Bollinger Band

Teknik kenal pasti saham yang bersedia untuk rally

Strategi real-life guna Bollinger Band untuk entry & exit

📅 Tarikh: 17 Feb 2025 (Isnin)

Masa: 8:30pm - 10:00pm

🔗 Daftar Sekarang: https://us02web.zoom.us/webinar/register/1317332970301/WN_3YwcS9t-Q0KxhJoMA2sBzw
Nota Saham

10 Feb, 00:44

2,380

Harini listing Colform. Tahniah yang dapat.
Nota Saham

05 Feb, 13:29

1,703

LIVE NOW

iSaham Level Up: FCON

Sesi iSaham Level Up sedang berlangsung sekarang di Saluran umum Telegram iSaham.

Jemput bersama-sama menambah ilmu.

Klik butang "JOIN" di penjuru atas sebelah kanan untuk sertai sesi ini.

Boleh gunakan ruangan post ini untuk ajukan sebarang soalan.
Nota Saham

05 Feb, 05:16

3,544

Dilema seorang trader.

Monitor dulu, dia terus naik.

Masuk terus, jatuh pulak 🤣🤣.

“Your biggest enemy as a trader is yourself.” – Alexander Elder
Nota Saham

01 Feb, 06:36

3,347

"A peak performance trader is totally committed to being the best and doing whatever it takes to be the best. He feels totally responsible for whatever happens and thus can learn from mistakes. These people typically have a working business plan for trading because they treat trading as a business.” - Van K. Tharp
Nota Saham

27 Jan, 09:24

3,717

Hati-hati guys. Sekarang banyak scammer call menyamar sebagai wakil broker saham seperti Mplus, Webull, Moomoo dan lain-lain.

Tak pastilah mana dia dapat nombor phone kita. Mungkin ada pihak yang tak bertanggungjawab jual kepada scammer.

Mereka gunakan nombor telefon bimbit Malaysia. Tak pasti mereka daftar guna nama siapa tapi saya pasti mereka guna IC rakyat Malaysia yang lain yang dah jadi mangsa kecurian maklumat.

Mereka biasanya akan cakap bahasa Inggeris. Mereka tak reti bahasa Melayu. Slang suara mereka macam bukan orang Malaysia. Slang India daripada negara India, Cina daripada negara China dan lain-lain.

Bila jawab panggilan telefon daripada scammer, biasanya mereka akan senyap dahulu dan nak kita yang mulakan percakapan. Kalau kita senyap, barulah dia akan bercakap.

Kemudian semasa jawab panggilan telefon daripada mereka, ada bunyi beep seolah-olah panggilan sedang dirakam.

Kemungkinan scammer rakam perbualan untuk simpan segala data peribadi yang mereka dapat.

Secara logiknya, wakil broker saham Malaysia tak ada masa nak call tiap-tiap orang untuk bagi offer dan sebagainya.

Jangan mudah tertipu dengan scammer kononnya nak bagi rewards etc. Kena sedar diri, kita bukannya special sangat sampai orang nak bagi rewards khas.

Berhati-hatilah.

Mohamad Hariz
Nota Saham

23 Jan, 00:52

3,087

Mantap T0 Oriental Kopi pagi ni.

Tapi NS.
Nota Saham

21 Jan, 16:47

3,193

Antara penyakit kebanyakan trader adalah kerap ubah trading plan bila dah ada position dalam market.

Kalau harga tengah naik, akan gerakkan TP lagi jauh dengan harapan harga akan naik lagi.

Kalau harga tengah turun, akan besarkan lagi cutloss level dengan harapan harga akan rebound balik naik atas.

Walhal masa awal2 set TP dan CL tu dah berdasarkan analisa dah. Tapi bila sedang dalam position, emosi dan perasaan akan buatkan seseorang tu ada tendency untuk buat analisa alternatif, dan terus mengubah apa yang telah diputuskan pada analisa asal tersebut.

Benda ni selalu nya terjadi kalau kita terlalu fokus tenung dekat chart, menyebabkan berlaku nya analisis paralisis.

Sebaik nya, setelah analisa awal di lakukan, baca bismillah, masuk position, tunggu sahaja lah mana yang kena, TP atau CL.

Elakkan dari terus memerhati chart tersebut dan palingkan mata kita dari chart. Buat benda lain, alihkan perhatian.

Luqman Zulkiply
Nota Saham

21 Jan, 08:49

2,890

🎯 FBMKLCI Target 2025 by banks brokers:

Bank Muamalat: 1,700
Rakuten Trade: 1,730
Maybank: 1,740
Phillip Capital: 1,750
CIMB: 1,763
UOBKH: 1,800
MIDF: 1,800
RHB: 1,820
Kenanga: 1,840
Affin: 1,850
CGS International Research: 1,940