来自 Ali Imran Abdul Aziz (@notaalimranaz) 的最新 Telegram 贴文

Ali Imran Abdul Aziz Telegram 帖子

Ali Imran Abdul Aziz
Hamba
3,815 订阅者
386 张照片
40 个视频
最后更新于 06.03.2025 16:58

Ali Imran Abdul Aziz 在 Telegram 上分享的最新内容

Ali Imran Abdul Aziz

28 Feb, 14:16

322

📖 Ramadan Adalah Ladang Pahala, Tapi… Sudahkah Kita Bersedia Menuainya?

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ia adalah madrasah ruhani, peluang memperbaiki diri, masa untuk upgrade ilmu, upgrade ibadah, dan upgrade hati.

Tapi… bagaimana kalau kita masih belum benar-benar faham tentang keajaiban Ramadan? Bagaimana kalau ada hadis-hadis Rasulullah SAW yang kita terlepas pandang—hadis yang sepatutnya mengubah cara kita beribadah tahun ini? 😢

💡 Sebab itu kami bawakan SIRI BEKAL RAMADAN!
📌 Syarahan 30 Hadis Ramadan – Agar kita beribadah dengan kefahaman, bukan sekadar kebiasaan.
📌 Tadabbur Ayat-Ayat Ramadan
📌 E-Book, Slide & Nota Khas- ulangkaji bila-bila masa!
📌 Lifetime Akses – Ilmu yang kekal, manfaat berpanjangan!

HARGA PROMO RAMADAN: RM29 sahaja! (Harga Asal: RM109 – Diskaun 80%!)

📩 tekanr untuk pendaftaran & akses segera!

https://hadramiyahclasses.onpay.my/order/form/ramadan
Ali Imran Abdul Aziz

25 Feb, 22:30

484

"Ya Allah, bangunkanlah kami dari tidur pada waktu yang paling kau cintai, kurniakanlah rezeki sebagai bekalan sebelum datangnya kematian. Ilhamkanlah kami agar mampu memanfaatkan waktu dan kehidupan yang tersisa. Anugerahkanlah kami taufiq untuk berbuat kebaikan dan menjauhi segala kemungkaran."
Ali Imran Abdul Aziz

19 Feb, 23:28

757

Berdoa adalah sebahagian daripada makna solat.

Bukankah solat itu sendiri doa yang diulang-ulang, doa yang teratur dalam rukun dan pergerakan? Setiap lafaz dalam solat adalah harapan, adalah pengakuan, adalah kerendahan seorang hamba di hadapan Tuhannya.

Lihatlah bagaimana solat bermula dengan takbiratul ihram—sebuah pengakuan bahawa tiada yang lebih besar selain Allah. Ini adalah i‘tiraf, pengakuan keagungan-Nya.

Kemudian, dalam Al-Fatihah, kita mengulang-ulang doa yang paling utama:

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.”

Bukankah ini iftiqor, pengakuan bahawa kita sentiasa berhajat kepada petunjuk-Nya?

Lalu, dalam sujud, kita meletakkan dahi ke tanah, merendahkan diri sehina-hinanya, serendah-rendahnya, sambil mengagungkan Tuhan yang Maha Tinggi:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.”

Di saat ini, hati seharusnya paling jujur. Lidah mungkin tidak bersuara, tetapi jiwa sedang berbicara. Bukankah inilah tempat dan waktu terbaik untuk meminta?

Sebelum kita menutup solat, kita membaca tasyahhud, bersaksi tentang keesaan Allah dan kenabian Muhammad ﷺ. Ia mengingatkan kita bahawa setiap doa dan pengharapan kita adalah kerana-Nya.

Kemudian, kita memberi salam, tanda kembali ke dunia dengan jiwa yang telah dibasuh oleh pertemuan dengan Tuhan.

Lihatlah, solat bukan hanya ibadah—tetapi sebuah seni berdoa. Ia mengajarkan kita bagaimana meminta kepada Allah: dengan pengakuan (i‘tiraf), dengan rasa berhajat (iftiqor), dengan kerendahan hati dan dengan pengharapan penuh kepada-Nya.

Maka, jika ingin belajar seni berdoa, belajarlah dari solatmu.

Jangan sekadar mengulang-ulang lafaz tanpa makna. Biarlah setiap ayat, setiap rukuk, setiap sujud, menjadi rintihan yang lahir dari jiwa yang benar-benar merasakan keperluan kepada Tuhan.

Kerana solat yang benar-benar dihayati, adalah doa yang tidak pernah berakhir.
Ali Imran Abdul Aziz

13 Feb, 14:12

812

Jangan lupa perbanyakkan dan persiapkan doa-doa terbaik kalian malam ini.
Ali Imran Abdul Aziz

12 Feb, 13:49

823

Terima kasih atas penantian panjang yang akhirnya rakaman Daurah Refleksi Solat telah tersedia untuk disaksikan dan direnung dalam-dalam maknanya.

-
Lebih dari 3 jam dengan 10 episod penuh.
- Ebook eksklusif PERCUMA

Sesiapa nak dapatkan rakamannya malam ini pm admin ya

—->
wasap.my/601172357790/daurahsolat
Ali Imran Abdul Aziz

12 Feb, 13:06

729

Perlumbaan manakah yang benar-benar kita usahakan untuk “menang”?

Adakah kita berlumba-lumba di dunia hanya untuk menjadi pemenang yang sementara—atau mungkin akhirnya menjadi seorang yang kecundang?

Atau adakah kita mengerahkan segala usaha dan tenaga seperti yang Allah perintahkan dalam Al-Qur’an—berlumba-lumba menuju akhirat-Nya?

Maka, sebaik-baik pilihan adalah yang kedua. Dunia ini fana dan sementara. Kalaupun kita mencapainya, ia hanyalah sekelip mata. Sedangkan akhirat, itulah yang kekal abadi!

Ramadan bakal tiba kurang dari separuh purnama. Semangat ya!
Ali Imran Abdul Aziz

04 Feb, 12:09

1,046

Assalamualaikum, sesiapa yang berkelapangan pada Sabtu ini, 8 Februari. Nak tak belajar untuk tadabbur makna bacaan dalam solat? 🤲

Kita belajar memahami dan menghayati satu persatu makna bacaan dalam solat—bukan sekadar hafal, tapi benar-benar menghayati setiap lafaz dalam jiwa.

🔹 Kenapa solat dimulai dengan Allahu Akbar?
🔹 Apa rahsia besar dalam al-Fatihah?
🔹 Kenapa rukuk sebelum sujud?
🔹 Mengapa sujud dilakukan dua kali?
🔹 Ada apa pada bacaan tahiyyat?
🔹 Apakah rahsia bacaan salam di penghujung solat?
🔹 Bagaimana solat boleh menjadi terapi hati yang resah?

📆 Sabtu | 8 Februari
9 pagi - 4 petang
📍 Butik Hadramiyah HQ, Saujana Rawang

Jemput sertai Daurah Refleksi Solat untuk menyelami rahsia setiap gerakan dan bacaan solat. Ini lebih dari sekadar belajar—ini peluang untuk merasai kemanisan solat yang sebenar!

🔥 Tempat terhad! PM admin sekarang untuk dapat 20% harga pendaftaran.

Jangan terlepas! Tempat terhad. Daftar segera.

——> Wasap.my/601172357790
Ali Imran Abdul Aziz

12 Jan, 14:27

1,731

Yang saya selalu pesan dalam kelas dan kuliah untuk diusahakan saya dan kita semua:

Kita belajar ilmu agama bukan untuk merasa baik. Tapi agar benar benar menjadi orang baik..”

Hasan al-Basri, imam tabiin di Basrah, pernah berkata:

«كَانَ الرَّجُلُ يَطْلُبُ الْعِلْمَ فَلَا يَلْبَثُ أَنْ يَرَى ذَلِكَ فِي تَخَشُّعِهِ وَهَدْيِهِ وَلِسَانِهِ وَبَصَرِهِ وَيَدِهِ»

"Pada orang soleh itu kalau mereka belajar ilmu (agama) akan segera terlihat kesannya dalam khusyuknya, sikapnya, lisannya, pandangannya, dan tangannya."
Ali Imran Abdul Aziz

07 Jan, 00:13

1,447

Salah satu kunci hidup dengan tenang adalah dengan tidak berusaha membuktikan apa-apa kepada sesiapa pun.

Seperti apabila kita masuk ke dalam sebuah kedai, dan salah seorang pekerjanya melayan kita seolah-olah kita tidak mampu membeli barang yang mereka jual.

Penyelesaiannya bukan dengan membeli untuk membuktikan bahawa kita “mampu,” tetapi lakukan sahaja apa yang sepatutnya kita lakukan sejak awal; beli jika perlu, tinggalkan jika barangnya tidak sesuai. Selesai.

Atau apabila ada seseorang yang berkata tentang kita dengan nada mencabar seperti, “Kita tengok sejauh mana dia boleh bertahan,” atau, “Kita lihat sejauh mana dia mampu menjadi kaya.” Apa yang perlu kita lakukan hanyalah terus melangkah untuk diri sendiri; jadi kaya untuk kesejahteraanmu, bertahan kerana komitmenmu. Jangan lakukan semuanya untuk sesiapa pun kecuali untuk dirimu sendiri dan Tuhanmu. Selesai.

Walaupun pasti ego kita sebagai manusia akan terusik dan mendorong kita untuk ingin membuktikan sesuatu, jangan berikan makanan kepada ego itu. Tidak perlu dilayan, kerana ego akan puas, tetapi kita akan keletihan.

Dunia tidak akan pernah berhenti mencipta ekspektasi yang tidak berkesudahan. Dan kita tidak akan pernah mampu memuaskan hati semua orang.

Kita tidak perlu menjadi luar biasa, menjadi diri kita seadanya juga sudah cukup baik.
Ali Imran Abdul Aziz

06 Jan, 16:00

1,184

Insha-Allah bermula isnin depan kita dah nak mula daurah 40 Hadith Wanita ini.

Kita belajar satu persatu hadith Rasulullah yang berbicara tentang hal orang wanita dari pelbagai sudut pandang antaranya tentang adab, hukum hakam, pernikahan dan sirah sahabiah dan ummahatul mukminin. Best.

Siapa nak belajar sekali boleh komen ya.