#DoneDos1
Dengan ini mengesahkan bahawa Cik Wina dah ambil suntikan vaksin Dos 1 (Sinovac) !! 💉🤪 Walk-in jee. Gelabah terok weii tengok semua dah amek vaksin, wina pulak satu dos pun belum. Mereputlerr dalam rumah..🙇🏻♀️
NOTA PENTING :
Bagi yang dah kena covid, dah complete kuarantin lebih dari 14 hari tu tak perlu tunggu berbulan2 dan tak perlu tunggu Mysejahtera update bila giliran next appointment untuk ambil vaksin. Walk-in je terus dekat mana2 PPV. Paling penting, kena ada bukti yang kita pernah kena covid. Bawak je semua maklumat penting. Standby sesiap. IC kena bawak. Pen pun kena bawak.
Waktu Wina nak masuk kan, uncle RELA yang interview. Dia kata WINA TAK BOLEH MASUK. Lepastu wina cakap lah dekat Mysejahtera saya dah Low Risk. Dia suruh wina update covid lepastu refresh baru boleh masuk PPV 😭 Alhamdulillah!
Ok jom wina sambung balek cerita..
Lepas vaksin Sinovac ni buat wina rasa lapar, rasa ngantuk gila, tangan kebas. Tu jee. Demam takde pulak seperti yang dihebohkan. Mungkin Wina dah pernah kena simptom paling teruk, tu yang rasa biasa2 je.
Sebelum ambil vaksin ni, Wina dapat temujanji dekat Axiata Arena, Bukit Jalil tapi terpaksa cancel sebab masih positive kuarantin dalam rumah. Takkan nak datang sana bawak kuman. Engko da kenapa 🤣 Kang ada yang kena panggil dengan KKM 🥶😭
Mintak maaf ya kalau berkarangan 😝 Terpaksa cerita. Sebab dah ada pengalaman kena covid.. Yang baik, jadikan teladan. Yang buruk, jadikan pengajaran.
Alkisah dia, Wina bekas pesakit Covid yang kuarantin dari rumah je dan takde pakai gelang. Wina dapat simptom covid ni sebelum buat swabtest RTK antaranya adalah DEMAM PANAS SEJUK MENGGIGIL.
Kemudian, Wina tunggu la result dalam 1 jam setengah, tengok-tengok result dia antorr kat wasap “Positive”. Tak terkejut sangat sebab dah ada simptom. Virus ni kalau nak merebak tak kira la engko kaya ke apa, tetap akan kena.
Suami wina pulak, dah swabtest pagi2 dekat tempat kerja dan result “Negative”. Simptom pun takde. Padahal pagi2 sebelum gi keje tu dah salam cium wei..😂
Alamatnya, kami berdua kena kurung 2 minggu dalam rumahh. Sepanjang kena covid ni wina terlantar je atas katil. Nak buat apapun tak larat. Nak balas ws pun ambil masa. Bisnes terpaksa stop sementara nak pulihkan diri.
Dengan emosi mental wina Ya Allah Ya Rabbi..melayang asyik fikir benda yang bukan-bukan. Rasa macam dah takde peluang nak hidup sebab rasa lemah sangat.
Demam dia 10x ganda dari demam biasa, batuk kahak, deria bau, rasa pun tak ada. Nak tido kena tido duduk, rasa sesak nafas.
Wina tak nak sampai KKM datang amek atau masuk hospital! Wina lagi rela kuarantin dalam rumah dari duduk dekat Maeps 🥺
KKM pun ada pantau wina melalui apps Mysejahtera. Ada juga Doc Kuala Langat call tanya macam mana kesihatan wina.. Dia pesan, sekiranya teruk, datang hospital terus.
Wina ikhtiar makan minum sepanjang lawan virus 👇🏻
1. Air kelapa muda
2. Air panas (Bukan air suam / sejuk)
3. Vitamin C
4. Air lemon panas
5. Epal hijau
6. Ubat panadol soluble
Wina jugak ada telan ubat ivermectin (Ubat haiwan). Orang cakap ubat tu sebenarnya ubat covid sebabtu tak ada yang viralkan sekali tengok2 KKM ada update pasal ubat tu 🥶 Macam tau2 je Wina ada telan ubat tu.
Effect dia lepas telan terus naik suhu badan wina. Suhu cecah 40 wei.. Suami wina dah risau gilerrrrr nak call KKM dah tapi Wina lawan demam panas ni dengan cara terus mandi + minum air kelapa + makan ubat panadol. Lepastu, suhu badan normal balik. Alhamdulillah. Allah yang sembuhkan 🤲🏻
Wina rasa bersyukur sangat sebab dah pernah kena covid. Selagi tak kena, selagi tu Wina degil nak keluar rumah. Ni dah kena, minta dijauhkan 🥺 Rasa tragis, trauma. 😣
Yang tengah bertarung dengan virus ni Wina doakan semoga korang sentiasa kuat, ingat Allah dan terus bersemangattttt lalui detik2. Lawannnn virus kawkaww gila-gila!
Banyakkan sidai diri korang dekat tempat panas sebab dengan cara ni kuman akan mati. Kuman ni dia tak suka tempat panas2. Dia suka tempat yang lembap.