آخرین پست‌های MyCARE 🇲🇾 (@mycare) در تلگرام

پست‌های تلگرام MyCARE 🇲🇾

MyCARE 🇲🇾
Saluran informasi terkini mengenai isu-isu kemanusiaan dan pembelaan hak asasi manusia.

MyCARE (729288-P) adalah institusi kemanusiaan Malaysia yang terkehadapan dalam menjalankan misi-misi kemanusiaan di seluruh negara.

mycare.org.my
fb.me/mycarehq
4,575 مشترک
8,932 عکس
946 ویدیو
آخرین به‌روزرسانی 12.03.2025 02:17

کانال‌های مشابه

VOCKET
9,296 مشترک

آخرین محتوای به اشتراک گذاشته شده توسط MyCARE 🇲🇾 در تلگرام

MyCARE 🇲🇾

05 Mar, 08:22

2,276

Saksikan kupasan terkini keadaan di Palestin bersama En. Khalid Jimat, Pengurus Kanan Media & Advokasi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) di Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1, esok jam 9.40 pagi.
MyCARE 🇲🇾

05 Mar, 08:20

2,428

Dengarkan saluran IKIM FM pada esok jam 9.30 pagi bersama Hj Kamarul Halim Sakrani, Pengurus Kanan DRONe Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengenai diskusi kempen yang dijalankan oleh MyCARE sepanjang bulan Ramadan di dalam dan luar negara.
MyCARE 🇲🇾

05 Mar, 07:03

2,306

Kepulangan Yang Menghibakan

Kemusnahan besar-besaran menjadi latar ngeri yang menyambut kepulangan ratusan ribu penduduk Palestin di utara Gaza. Segala-galanya telah lenyap. Apa yang tinggal hanyalah debu, runtuhan dan kesengsaraan.

“Tiada keperluan asas di utara Gaza,” ujar Haitham Enseiw, penduduk di Beit Hanoun yang kini terpaksa tinggal dalam khemah bersama 15 ahli keluarganya. Setiap hari, mereka terpaksa mengangkut air sejauh 10 km menggunakan kereta keldai untuk meneruskan kehidupan.

Namun di sebalik kesukaran ini, rakyat Palestin tetap memilih untuk pulang. Bagi mereka, kepulangan ini adalah satu bentuk kemenangan. Ia lambang keteguhan mereka mempertahankan tanah air.

Terbaru, Kementerian Pembangunan Sosial Gaza menggesa mereka yang pulang ke utara untuk membawa khemah sendiri kerana bekalan khemah tidak mencukupi. Pada masa yang sama, tekanan terus dikenakan ke atas Israel untuk membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.

“Kehancuran yang kami hadapi hari ini bukan noktah tetapi permulaan kepada harapan baru. Kami mungkin kehilangan rumah dan harta benda, tetapi kami tidak pernah kehilangan semangat untuk membina semula kehidupan yang Allah berikan,” kata Haitham.

Ternyata ketabahan rakyat Palestin tidak pernah luntur. Setiap langkah yang mereka ambil di atas tanah ini adalah bukti bahawa mereka tidak akan pernah menyerah kalah.

#Ramadan #Kita #Nikmat #Bersama #MyCARE #Malaysia #Humanitarian #Aid #Palestine

***

Ayuh bersedekah kepada mereka yang memerlukan sempena bulan Ramadan ini.

Jangan lupa save, bookmark, forward link kempen MyRamadan 2025 ini:

https://mycare.qrd.by/myramadan
https://mycare.qrd.by/myramadan

ATAU

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:
http://wasap.my/60166366369 atau
[email protected]

#Ramadan #Kita #Nikmat #Bersama #MyCARE #Malaysia #Humanitarian #Aid #Palestine
MyCARE 🇲🇾

05 Mar, 03:54

354

Projek Pemulihan Telaga Air – Fasa 3: Mengembalikan Akses Air Bersih kepada Gaza

MyCARE Gaza bersama Majlis Perbandaran An-Nuseirat dan sokongan daripada Media Prima telah berjaya memulihkan Telaga Al-Hasayna yang akan memberi akses air bersih kepada lebih 16,000 penduduk di Gaza. Dalam situasi yang penuh cabaran ini, projek ini menjadi penyelesaian kritikal untuk menangani krisis air yang semakin memburuk akibat konflik yang berlarutan.

Dengan pemulihan telaga yang kini berfungsi pada kapasiti 50 m³/jam, masyarakat di kawasan An-Nuseirat dapat menikmati bekalan air yang bersih dan selamat, sekali gus mengurangkan risiko penyakit dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Melalui usaha bersama, air yang dulunya mustahil didapati kini menjadi sumber kehidupan yang menghidupkan harapan untuk masa depan yang lebih baik.

MyCARE mengucapkan terima kasih kepada Media Prima atas sumbangan, serta kerjasama daripada Majlis Perbandaran An-Nuseirat dan para sukarelawan yang berusaha keras memastikan projek ini berjaya. Inilah permulaan untuk masa depan Gaza yang lebih berdaya tahan, dan kami komited untuk terus memberi sokongan kepada komuniti yang memerlukan.

Ayuh bersedekah kepada mereka yang memerlukan sempena bulan Ramadan ini.

Jangan lupa save, bookmark, forward link kempen MyRamadan 2025 ini:

https://mycare.qrd.by/myramadan
https://mycare.qrd.by/myramadan

ATAU

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:
http://wasap.my/60166366369 atau
[email protected]

#Ramadan #Kita #Nikmat #Bersama #MyCARE #Malaysia #Humanitarian #Aid #Palestine #Syria #Yemen #Afghanistan
MyCARE 🇲🇾

03 Mar, 07:54

1,899

Ketika umat Islam seluruh dunia menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keterujaan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang akibat konflik berpanjangan.

Selepas gencatan senjata sepatutnya membuka jalan ke arah pengakhiran perang yang lebih kekal, namun rundingan setakat ini masih menemui jalan buntu.

Saksikan kupasan terkini bersama Dr Fauziah Mohd Hasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE di Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, esok jam 10 pagi.
MyCARE 🇲🇾

03 Mar, 04:47

1,880

MyCARE dengan kerjasama Islamic Society of Beit Lahia dan sokongan pembiayaan daripada Econsave telah berjaya melaksanakan Projek Pengagihan Air Minum di kawasan Beit Lahia, Gaza.

Projek ini dijalankan dari 8 Februari 2025 hingga 22 Februari 2025, dengan tujuan utama untuk mengatasi kekurangan air minum di kawasan utara Gaza yang terjejas teruk akibat konflik yang berpanjangan.

Sebanyak 210,000 liter air telah diagihkan dalam tempoh 14 hari menggunakan tiga lori tangki air, yang masing-masing membawa 5,000 liter air setiap hari.

Projek ini memberi manfaat kepada lebih 70,000 penduduk yang terdiri daripada keluarga-keluarga berlindung di sekolah, kem pelarian, dan kawasan perumahan yang rosak teruk. Mereka yang terpaksa menempuh jarak jauh untuk mendapatkan air bersih kini dapat menikmati akses air yang lebih mudah dan selamat.

Pencapaian Utama Projek:

Pengagihan 210,000 liter air
- Memberikan kelegaan kepada lebih 70,000 penduduk yang terjejas.

Membantu pemulihan kesihatan

- Air yang bersih mengurangkan risiko penyakit bawaan air yang berbahaya.

Mengurangkan beban perjalanan harian

- Penduduk kini tidak perlu lagi menempuh jarak jauh untuk mencari air.

Membantu pemulihan komuniti
- Memberikan harapan baru dan sokongan kepada usaha membina semula rumah dan kehidupan mereka.

Walaupun menghadapi cabaran besar dalam hal logistik, akses yang terhad, dan kerosakan infrastruktur, projek ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama rapat antara MyCARE Gaza, Islamic Society of Beit Lahia, serta sukarelawan yang memainkan peranan penting dalam memastikan pengagihan air berjalan lancar.

MyCARE ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Econsave atas sokongan yang sangat bermakna dan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

Terima kasih kepada para sukarelawan dan pemimpin komuniti yang bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan setiap keluarga di Beit Lahia mendapat akses kepada air bersih yang sangat diperlukan.

Dengan sokongan anda, kami terus memberi harapan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga usaha ini menginspirasikan lebih banyak perubahan positif di Gaza dan kawasan-kawasan lain yang terjejas.

Ayuh bersedekah kepada mereka yang memerlukan sempena bulan Ramadan ini.

Jangan lupa save, bookmark, forward link kempen MyRamadan 2025 ini:

https://mycare.qrd.by/myramadan
https://mycare.qrd.by/myramadan

ATAU

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:
http://wasap.my/60166366369 atau
[email protected]

#Ramadan #Kita #Nikmat #Bersama #MyCARE #Malaysia #Humanitarian #Aid #Palestine #Syria #Yemen #Afghanistan
MyCARE 🇲🇾

01 Mar, 12:15

212

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan!

Pengerusi MyCARE, Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha, mewakili warga kerja MyCARE ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan al-Mubarak 1446H kepada seluruh umat Islam.

Ayuh semarakkan bulan Ramadan dengan ibadah dan isu kemanusiaan.

Jom bersama kami sebar luaskan kempen MyRamadan 2025.

Ramadan Kareem!

#MyRamadan #ramadan #mycare #humanitarian
MyCARE 🇲🇾

01 Mar, 10:31

234

Rasulullah SAW bersabda: “Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan” -Hadis Riwayat al-Thabrani, Ibnu Khuzaimah & al-Baihaqi.

Jangan lupa save, bookmark, forward link kempen MyRamadan 2025 ini:

https://mycare.qrd.by/myramadan
https://mycare.qrd.by/myramadan

ATAU

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:
http://wasap.my/60166366369 atau
[email protected]

#Ramadan #Kita #Nikmat #Bersama #MyCARE #Malaysia #Humanitarian #Aid #Palestine #Syria #Yemen #Afghanistan
MyCARE 🇲🇾

01 Mar, 01:26

1,995

Alhamdulillah. Esok kita akan berpuasa. Ahlan ya Ramadan!

Jangan lupa save, bookmark, forward link kempen MyRamadan 2025 ini:

https://mycare.qrd.by/myramadan
https://mycare.qrd.by/myramadan

ATAU

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:
http://wasap.my/60166366369 atau
[email protected]

#Ramadan #Kita #Nikmat #Bersama #MyCARE #Malaysia #Humanitarian #Aid #Palestine #Syria #Yemen #Afghanistan
MyCARE 🇲🇾

28 Feb, 03:31

1,662

2 hari sahaja lagi!

Jangan lupa save, bookmark, forward link kempen MyRamadan 2025 ini:

https://mycare.qrd.by/myramadan
https://mycare.qrd.by/myramadan

ATAU

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:
http://wasap.my/60166366369 atau
[email protected]

#Ramadan #Kita #Nikmat #Bersama #MyCARE #Malaysia #Humanitarian #Aid #Palestine #Syria #Yemen #Afghanistan