PERINGATAN MESRAa) Slip MUET/D telah dimuat naik di portal MPM www.mpm.edu.my pada
24 Jun 2024, iaitu
4 minggu sebelum hari pertama ujian lisan dijalankan dan calon mempunyai masa untuk mengatur atau merancang jadual kerja/pengajian/dan lain-lain. Sila layari http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php untuk menyemak. Slip ini mengandungi maklumat berkaitan pusat ujian yang akan dihadiri oleh calon, serta tarikh dan waktu ujian kertas 800/2 (Speaking) dan kertas 800/1, 800/3, dan 800/4 (Listening, Reading dan Writing). Sila
bawa bersama Slip MUET/D yang dicetak dan kad pengenalan ke pusat ujian. Rujuk arahan dan panduan seperti yang dinyatakan pada slip MUET/D. Kegagalan mematuhi arahan tertentu seperti yang dinyatakan pada slip MUET/D mungkin menyebabkan calon tidak dibenarkan menduduki ujian.
b)
Calon tidak dibenarkan untuk menukar tarikh ujian lisan dan ujian kertas bertulis, dan calon perlu hadir pada tarikh dan waktu seperti yang tercatat pada Slip MUET/D (slip ujian) calon.
c) Permohonan
perpindahan pusat ujian MUET Sesi 2 2024 dibuka mulai 24 Jun 2024 (selepas 10:00 pagi) sehingga 30 Jun 2024 (11:59 malam). Permohonan secara atas talian di pautan http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register. Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah
untuk SEMUA KERTAS (Listening, Speaking, Reading, dan Writing).
Bayaran perpindahan pusat ujian MUET dibuat secara dalam talian melalui perbankan elektronik. Tempat dan pilihan pusat ujian adalah sangat terhad (first come first serve basis) dan bergantung kepada kapasiti dalam pusat ujian yang boleh menampung calon selepas dikemaskini oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Permohonan untuk menambah kapasiti calon di pusat ujian adalah tidak dibenarkan. Permohonan perpindahan pusat ujian
selepas tarikh tutup (30 Jun 2024) juga
TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
d) Permohonan
pembetulan maklumat dari 2 Mei 2024 sehingga 7 Julai 2024,
tidak dikenakan sebarang bayaran. Permohonan adalah secara
mengisi borang MUET/C9 dan sila e-mel borang berserta dokumen sokongan ke
[email protected]. Permohonan
pembetulan maklumat bermula dari 8 Julai 2024 akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Manakala
permohonan pembetulan maklumat selepas keputusan MUET Sesi 2 2024 dikeluarkan/diumumkan pula akan dikenakan caj bayaran sebanyak
RM60.00.Terima kasih.