MadaniCyberForces @madaniforces Channel on Telegram

MadaniCyberForces

@madaniforces


MadaniCyberForces (English)

Introducing MadaniCyberForces - your one-stop destination for all things cybersecurity! Are you passionate about protecting the digital world from threats and attacks? Do you want to stay updated on the latest trends and developments in the cybersecurity field? Look no further, because MadaniCyberForces is here to provide you with valuable insights and resources to enhance your knowledge and skills in the realm of cybersecurity. nnWho are MadaniCyberForces? They are a group of dedicated cybersecurity professionals who are on a mission to educate and empower individuals and organizations to defend themselves against cyber threats. With years of experience in the industry, they have the expertise and knowledge to guide you through the complex world of cybersecurity. Whether you are a beginner looking to learn the basics or an experienced professional seeking advanced tips and techniques, MadaniCyberForces has something for everyone. nnWhat is MadaniCyberForces? It is a Telegram channel where members can access a wide range of resources, including articles, videos, tutorials, and webinars on various cybersecurity topics. From understanding the basics of encryption to learning about the latest cyber attacks, MadaniCyberForces covers it all. Members can also participate in discussions, ask questions, and interact with like-minded individuals who share a passion for cybersecurity. nnSo why wait? Join MadaniCyberForces today and take the first step towards becoming a cybersecurity expert. Stay informed, stay protected, and stay ahead of the game with MadaniCyberForces. Together, we can build a safer and more secure digital world for everyone.

MadaniCyberForces

04 Apr, 12:59


Malaysia mula 'membawang' untuk pertama kali dalam sejarah

https://vt.tiktok.com/ZSFqymGKv

MadaniCyberForces

16 Mar, 00:32


"Macam yang saya katakan sebelum ini, kekejaman selama beberapa dekad tidak boleh dipadamkan. Dan anda tidak akan dapat mencari jalan penyelesaian dengan menjadi berat sebelah dalam melihat hanya dari satu isu dan memadamkan kekejaman selama 60 tahun.

Penyelesaiannya bukan sekadar membebaskan tebusan.Saya setuju untuk pembebasan tebusan. Tapi ianya bukan lah penyelesaian. Kami hanyalah 'suara kecil', saya tidaklah mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan Hama5, tapi ya saya mempunyai hubungan tersebut.

Seperti yang saya katakan kepada Canselor, saya telah menyatakan kebimbangan saya bahawa tebusan mestilah dibebaskan, namun boleh kah anda katakan bahawa itu semuanya dan cukup, titik?

Bagaimana dengan penempatan haram?
Bagaimana dengan perangai penceroboh haram?kini yang berterusan setiap hari?
Bagaimana dengan rampasan tanah mereka?hak mereka? maruah mereka?lelaki mereka?perempuan mereka? anak-anak mereka?

Adakah ini semua tidak perlu dirisaukan?

Di mana kita buang kemanusiaan kita?

Kenapa hipokrasi sebegini? Kenapa ada sikap pilih kasih dan sikap berlainan kepada satu kaum dan satu etnik?

Adakah kerana mereka bukan orang kulit putih? atau kerana mereka datang dari agama berbeza?

Soalan-soalan ini dibangkitkan kerana terdapatnya kekurangan konsistensi . Jika anda tanya, ada penyelesaian?

ADA.

Nyatakan dan iktiraf hak semua individu, samaada Muslim, Yahudi atau Kristian. Saya tak ada masalah langsung. Tapi sudah tentu tidak boleh menerima hakikat apabila anda membincangkan isu ini, kita hanya menghadkan pada satu insiden yang khusus, dan satu mangsa sahaja melupakan ribuan, ribuan dan ribuan mangsa sejak Nakba 1947-1948.

Adakah sejarah tidak relevan?
Adakah kemanusian tidak relevan?
Adakah kasih sayang tidak relevan?

Adakah saya menyokong kekejaman kepada sesiapapun?
Sudah tentu tidak.

Adakah saya setuju tebusan tidak dibebaskan
Sudah tentu tidak.

Tapi untuk bawakan naratif hanya satu pihak ia tidak akan menyelesaikan masalah. Anda mungkin akan memuaskan hati sesetengah pihak, sama ada Muslim, Yahudi, Kristian atau orang Jerman atau orang Malaysia tetapi ia tidak dan tidak akan mampu diselesaikan kecuali kita dilihat berlaku adil, baik dan mencari jalan yang damai secara adil."

Fuh lagi sekali.

Fuh.

Kalau PM Anwar ucap sebegini di Malaysia, perasaan dia mungkin tak meremang sebegini.

Tapi untuk beliau berdiri di negara dan di sebelah pimpinan nombor 1 sebuah negara yang mempunyai ekonomi terbesar di Eropah, KDNK ketiga terbesar di dunia dan KDNK(PPP )kelima terbesar di dunia, dengan jawapan yang tegas, puitis dan tanpa rasa apologetik sebegini.

Bukan sekali.

Tapi dua kali.

Walau mungkin ada(banyak sebenarnya) yang kita mungkin tak setuju dengan beliau dalam perkara-perkara domestik, tapi untuk isu yang satu ini, saya betul-betul teruja dan berterima kasih kepada beliau kerana bawa suara kami, atau suara saya paling tidaknya ke 'telinga-telinga' penduduk dunia.

Terima kasih PM-X.

Terima kasih.

https://www.facebook.com/mkhairulazri/posts/pfbid02fyReAcf8JVks7dL9548vWNKZGGPnw1u1DZG345h5hjsSZHX7oXhcZswkhPNQFxwvl

MadaniCyberForces

16 Mar, 00:32


"MALAYSIA LECTURING GERMANY ON HUMAN RIGHTS."

Titik.

Itulah naratif dan 'soundbite' antarabangsa berkaitan isu Pal estin yang kini 'trending' di platform-platform media sosial antarabangsa sejak semalam.

Masakan tidak.

Jawapan balas PM-X yang tidak langsung apolegetik malah sangat bernas ketika diasak oleh wartawan-wartawan Jerman yang mana negara berkenaan diketahui sangat pro Is rael, perihal hubungan akrab Malaysia-Pal estin, Malaysia-Hama5 yang menjadi tema soalan yang bertali-arus daripada mereka.

Amatlah padu.

Kalau orang Jerman dia akan sebut 'zuper' atau 'Das ist super'!

Bukan sekali. Tapi dua kali.

Mula mula mereka cuba 'perangkap' PM-X dengan bertanya soalan yang boleh mengudang bala malapetaka imej negara di pentas antarabangsa kalau tidak dijawab dengan bijak, lebih kurang berbunyi,

"Perdana Menteri, kerajaan anda menyokong Hama5, tidak seperti kami negara barat, malah anda tidak mengklasifikasikan serangan 7 oktober sebagai serangan pengganas, anda juga berkata bahawa Hama5 bukan pengganas. Adakah anda tidak takut ini akan merosakkan hubungan Malaysia dengan negara-negara barat yang lain contohnya seperti Jerman?"

Apa PM-X jawab?

"Polisi luar negara kami adalah konsisten, kami tidak menyokong serta menentang penjajahan, Apartheid, penghapusan etnik ataupun rampasan harta mana mana negara, tidak kira Ukraine atau di G4za.

Kita tidak boleh padam 40 tahun kezaliman dan pengusiran yang menghasilkan reaksi dan kemarahan daripada pihak yang berkenaan. Hubungan kami dengan Hama5 adalah dengan sayap politik Hama5, dan kami tidak perlu rasa bersalah atau perlu minta maaf tentang hal itu.

Dan perhubungan tersebut sekurang-kurangnya telah menjadi 'jambatan' untuk menyelesaikan kebimbingan yang ada, termasuklah kebimbangan berkenaan tebusan yang terlibat. Kami tidak ada sebarang kaitan dengan tentera atau sayap ketenteraan dan saya telah jelaskan kepada sahabat sahabat saya di Eropah, Amerika dan banyak negara lain.

Walaupun kita mempunyai beberapa perbezaan tetapi sebagaimana kami telah mengiktiraf Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) jauh lama sebelum Eropah atau Amerika berbuat demikian, kerana kami percaya dasar apartheid harus ditentang.

Jadi untuk konsisten dengan dasar itu, maka kami mengambil keputusan bahawa kita harus memahami punca asal masalah ini bahawa ada orang yang rumah mereka, harta mereka, maruah mereka tidak boleh dirompak dan jika kita boleh selesaikan ini dahulu, semuanya akan selesai.

Samaada saya membenarkan(condone) pembunuhan kanak-kanak dan wanita?

Tidak. Saya tidak, oleh sesiapa dan mana-mana pihak. Ini adalah polisi yang konsisten. Tetapi apa yang saya benar-benar tolak ialah naratif dan obsesi seolah-olah semua masalah yang berlaku pada harini adalah bermula dan berakhir dengan 7 oktober.

Ia tidak bermula pada 7 Oktober.
Ia tidak berakhir pada 7 Oktober.

Ia bermula 4 dekad sebelum itu dan ia sedang berterusan sehingga ke hari ini.

Walaubagaimanpun kesimpulan saya sekarang, seperti yang saya katakan kepada Canselor ialah kita terus pandang ke hadapan.

Kita mempunyai masalah. Apa kita nak buat sekarang?

Adakah kita nak bincangkan sejarah? bincangkan kekejaman yang lalu? atau bincang cara nak selesaikan masalah ini?

Masalah sekarang maksudnya, hentikan permusuhan. Hentikan pembunuhan sekarang! Dan kemudian keseluruhan masyrakat antarabangsa, Jerman, Malaysia dan negara-negara jiran pastikan tiada lagi keganasan yang dilakukan oleh sesiapa terhadap Muslim, Yahudi, Kristian. Mereka berhak untuk hidup secara aman."

Fuh.

Tak berpuas hati, wartawan yang lain pula sambung soalan,

"Perdana Menteri, anda cadang untuk tinggalkan soal sejarah, tetapi untuk tebusan Israel, 7 Oktober itu adalah suatu perkara kini dan masih wujud, dan untuk saudara mara mereka juga.

Jadi berdasarkan perbincangan anda dengan pimpinan politik Hama5 adakah anda rasa mereka akan dibebaskan segera? dan beritahu kami apakah anda lihat apa yang berlaku 7 Oktober itu sebagai satu keganasan(terrorism)."

Apa jawapan PMX?

MadaniCyberForces

16 Mar, 00:19


Khawarij bukan meninggalkan agama, tapi BERLEBIHAN dalam beragama. Sebab tu Nabi SAW sebut 'Umpama anak panah terkeluar dari busurnya". Kerana terlalu Ghuluw, anak panah yang kena pada haiwan buruan, tersembul keluar dari badan haiwan itu.. Kerana Melampau. Itu maksud Hadith itu.. Sebab itu mesti dilawan fenomena ini.. dan Nabi sabda: "Khawarij anjing-anjing ahli neraka" HR Ahmad. Hadith Soheh. Perjuangan Ghuluw dan Takfiri adalah SIA-SIA

MadaniCyberForces

16 Mar, 00:06


https://www.facebook.com/share/p/kAbpMH3F934E4eTJ/?mibextid=xfxF2i

MadaniCyberForces

12 Mar, 04:32


PMX diasak oleh wartawan dalam temubual bersama Censelllor German berkaitan isu Palestin