Info PSH KKKL (Official) (@kursuspendekkkkl)の最新投稿

Info PSH KKKL (Official) のテレグラム投稿

Info PSH KKKL (Official)
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
Kolej Komuniti Kuala Langat
Kementerian Pendidikan Tinggi
Tel: 03-31202030 samb.101/102/104/109
Faks: 03-31202080

Borang Permohonan Kursus Di Pautan Rasmi:
https://app.mypolycc.edu.my/epsh/cc/borang/default.asp
1,881 人の購読者
255 枚の写真
2 本の動画
最終更新日 26.02.2025 09:56

Info PSH KKKL (Official) によってTelegramで共有された最新のコンテンツ


PEMAKLUMAN PEMBATALAN KURSUS
Kepada ibu bapa/penjaga yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa Program Cuti Sekolah: Soap Splash & Scent FUN yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 7 Februari 2025 terpaksa DIBATALKAN atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai sokongan serta kefahaman ibu bapa/penjaga sekalian.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat KKKL seperti yang tertera di poster.

Sekian, terima kasih.


Penyelaras Kursus Pendek
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kolej Komuniti Kuala Langat

Assalamualaikum dan selamat pagi tuan/puan.

Perhatian kepada yang telah memohon kursus-kursus Program Khas Cuti Sekolah untuk mengemaskini profil di pautan https://app.mypolycc.edu.my/epsh/cc/borang/ bagi memudahkan urusetia kursus menghubungi tuan/puan.

1. Klik Pautan
2. Masukkan No.Kad Pengenalan
3. Klik drop down menu nama
4. Klik Profile
5. Isi alamat, no.telefon, maklumat pendapatan dan lain-lain

Terima kasih atas perhatian semua.🌟

🌟 Program Khas Cuti Sekolah Februari 2025 🌟
Pelbagai kursus menarik untuk mengisi masa cuti anak-anak dan remaja anda! 🛠️🎨🍫

📅 Tarikh: 4 - 13 Februari 2025
📍 Lokasi: Kolej Komuniti Kuala Langat
💰 Yuran bermula serendah RM5 sahaja!

Antara kursus menarik:
DIY Keychains & Bookmarks
Soap Slash & Scent Fun
Mini Choc Bouquet
Level 1 Internet of Things (IOT)
Art on Canvas Workshop
Pendawaian Litar Kuasa Satu Fasa
Pendawaian Litar Lampu Satu Fasa
Sembelihan Halal untuk Remaja dan Kanan-Kanak
Imam Muda

Tempat terhad, jadi daftar sekarang!
📲 Cara daftar: Imbas kod QR di poster atau hubungi kami di 03-31202030 (ext: 101/102/104/109).

Jom serikan cuti sekolah anak-anak anda dengan pengalaman berharga! 💡 #CutiSekolah #PembelajaranSepanjangHayat

#demiKKKL
#KKKLBukanBiasaBiasa
#KKKLHebat
#TerokaiDuniaTVETKKKL
#JomMasukKKKL
#JomMasukKKKLCS
#MalaysiaMADANI
#TVETForAll
#GengPOLYCC
#polyccedu

TERIMA KASIH atas permohonan yang memberangsangkan!

Urusetia dengan ini menutup permohonan bagi program ini. Semua peserta akan ditapis oleh penganjur utama dan senarai yang berjaya akan dimasukkan ke dalam Whatsapp Group dalam waktu terdekat.


Urusetia Program Dapur Bina Kerjaya
UPSH KKKL
05.12.2024

BERITA : PEMAKLUMAN PENUKARAN TALIAN TELEFON UTAMA KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT

Adalah dimaklumkan talian telefon utama Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) 03-3120 2030 sedang mengalami kerosakan.

Nombor telefon utama KKKL ditukarkan kepada 03-3120 2368 / 03/2120 4495 buat sementara waktu sehingga kerja-kerja penyelengaraan selesai dilaksanakan.


Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat
Kolej Komuniti Kuala Langat

Assalamualaikum dan selamat tengah hari tuan/puan.

Perhatian kepada yang telah memohon Kursus Dapur Bina Kerjaya untuk mengemaskini profil di pautan https://app.mypolycc.edu.my/epsh/cc/borang/ bagi tindakan pihak urusetia kursus dengan kadar SEGERA.

1. Klik Pautan
2. Masukkan No.Kad Pengenalan
3. Klik drop down menu nama
4. Klik Profile
5. Isi alamat, no.telefon, maklumat pendapatan dan lain-lain

Terima kasih atas perhatian semua.

PROGRAM DAPUR BINA KERJAYA : PROGRAM BIMBINGAN DAN LATIHAN MELALUI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
21 & 22 DISEMBER 2024 (Sabtu & Ahad)
8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG


Jom datang berkursus di Kolej Komuniti Kuala Langat dan tingkatkan kemahiran anda bersama kami!!Program berbentuk kursus pendek kemahiran TVET dan keusahawanan digital.

ANJURAN: Kolej Komuniti Kuala Langat
KERJASAMA: ASEAN Chamber of Commerce & Industry
PENYERTAAN:
Terbuka kepada komuniti Kuala Langat dan sekitar.
Yuran pendaftaran: PERCUMA (keutamaan kepada kumpulan rentan)
Makan minum, Bahan Kursus & Sijil disediakan

MODUL / TOPIK KURSUS YANG DIPELAJARI:

PENGENALAN INDUSTRI MAKANAN
KAEDAH BERNIAGA DAN JANA PENDAPATAN
PENGIRAAN KOS & TADBIR URUS PERNIAGAAN
TEKNIK PEMASARAN DIGITAL
SESI DEMONSTRASI MASAKAN (BAKERI, PANNA COTTA, MUFFINS & NASI ARAB)

SYARAT PENYERTAAN:
🇲🇾 Warganegara Malaysia
Wajib mengikuti kursus selama 2 hari (16 jam) tanpa sebarang masalah

Jom daftar segera. Tempat terhad kepada 50 orang sahaja. Untuk pendaftaran, Sila Scan QR Code di Poster atau klik pada Link di bawah:
https://bit.ly/DapurBinaKerjayaKKKL

🗝 TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 13.12.2024 (JUMAAT)

Atau hubungi kami:
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) KKKL
Tel: 03-31202030 samb.101/102/104/109
Faks:03-31202080 atau terus hubungi: Pn Mastura: 016-5223451
Sertai Telegram Channel Info PSH KKKL (Official) https://t.me/kursuspendekkkkl

#KKKLBukanBiasaBiasa
#KKKLHebat
#TerokaiDuniaTVETKKKL
#KKKL2Dekad
#JomTanyaKKKL
#KKKLMulanyaDisini
#JomMasukKKKL
#JomMasukKKKLCS
#MalaysiaMADANI
#welovepolycc
#jombelajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut disertakan Kod QR/Pautan https://bit.ly/MaklumBalasPSHKKKL2024 bagi maklum balas untuk meninjau keperluan latihan yang diperlukan oleh komuniti dalam kawasan Kuala Langat yang merupakan sasaran peserta-peserta kursus pembelajaran sepanjang hayat yang dianjurkan oleh pihak Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL). Selain itu, maklum balas ini akan membantu pihak pengurusan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, KKKL untuk merancang kursus-kursus pendek yang lebih dinamik pada tahun 2025.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Anda boleh terus melayari pautan bagi tujuan pendaftaran:

https://www.mypolycc.edu.my/index.php/artikel/241-jadual-psh-kk

1.klik Nov
2.search Kuala Langat
3.pilih kursus
4.masukkan no.kad pengenalan
5.log masuk
6.tanda ☑️
Dan klik hantar borang

Jom sertai Kursus-kursus pendek Kolej Komuniti Kuala Langat November ini. Boleh imbas kod QR atau layari pautan utk pendaftaran pantas. Jangan ketinggalan! Jumpa anda d KKKL🤗