Hanya tinggal 2 hari lagi sebelum berlangsungnya Mesyuarat Ketua-ketua Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan – Kumpulan Kerja Mengenai Perkara Jenayah Rentas Sempadan Kali Ketiga (3rd SOMTC WG on GTCM) pada 4 Februari 2025 di Johor Bahru, Malaysia.
Tahukah anda? Logo Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia mengangkat simbol Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis) sebagai elemen utama. Lima kelopak merahnya melambangkan Rukun Negara, mencerminkan perpaduan, kekuatan, dan daya tahan rakyat Malaysia. Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia komited untuk memupuk keterangkuman dan kemampanan di seluruh rantau ini, selari dengan tema Kepengerusian ASEAN 2025.
Bersama, kita membentuk ASEAN yang lebih selamat dan berdaya tahan!
#ASEANMalaysia2025 #KDN #SOMTC #TransnationalCrime #ASEAN #KeterangkumanDanKemampanan