Последние посты As'Syura (الشّورى) 🩷 (@izzatulassyura) в Telegram

Посты канала As'Syura (الشّورى) 🩷

As'Syura (الشّورى) 🩷
Silakan share apa² dalam ni. Tak perlu minta izin. Semoga kelak apa yang kita share menjadi asbab kita ke SyurgaNya. Aamiin 🩷🤍

Link tele :-
t.me/izzatulassyura

Social Media As'Syura :-
heylink.me/izzatulassyura

Link Anifom :-
heylink.me/anifom.design
4,559 подписчиков
921 фото
234 видео
Последнее обновление 10.03.2025 02:33

Похожие каналы

Khudaij Alosmany
33,720 подписчиков
📄.°୭̥ quick study put ♡ ✧₊࿐
16,813 подписчиков
˚◞ 𝒉𝒐𝒎𝒆 ♡ ⃗
6,039 подписчиков

Последний контент, опубликованный в As'Syura (الشّورى) 🩷 на Telegram

As'Syura (الشّورى) 🩷

10 Mar, 00:20

91

Habib Abdullah bin Muhsin Alatas Maula Bogor pernah berkata sesiapa mengucapkan sekali saja selawat di bulan Ramadhan seperti mengucap selawat sejuta kali kepada Nabi Muhammad S.A.W . Ini kerana pahala di bulan Ramadhan berlipat ganda hanya Allah sahaja yang boleh tentukan 😍 Satu kali selawat dibulan biasa je pun terlalu besar ganjarannya, apatah lagi pada bulan Ramadhan ni. Jom sharekan biar lebih ramai selawat bulan Ramadhan ni! Semangat semua! ❤️

t.me/izzatulassyura
As'Syura (الشّورى) 🩷

09 Mar, 23:14

163

Tadabbur 1 Hari 1 Juzu' | Juzuk 9 / 30

Semoga kita lebih semangat untuk mengetahui sinopsis setiap juzuk Al Quran dari awal ramadhan sehingga akhir ramadhan. Aamin. Semoga bermanfaat!

t.me/izzatulassyura
As'Syura (الشّورى) 🩷

09 Mar, 23:14

147

1 Hari 1 Doa | Ramadhan ٩/٣٠

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


Ya Allah Ya Muzil, Engkaulah Maha Pemberi Kehinaan,
Biarlah diri ini hina di sisi manusia asalkan jangan hina di sisiMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Samii', Engkaulah Maha Mendengar,
Dengarkanlah doa dan rintihan yang tidak mampu kami keluarkan dengan kata-kata tetapi hanya dengan air mata.

Ya Allah Ya Basir, Engkaulah Maha Melihat,
Lihatlah kami dengan pandangan yang penuh kasih sayang Ya Allah. Janganlah Engkau perlihatkan aib kami di khalayak ramai Ya Allah.

Ya Allah Ya Hakam, Engkaulah Maha Menghukum,
Berikanlah hukuman yang setimpal kepada musuh-musuh Islam Ya Allah.

آمِيْن اللّهُمَّ آمِيْن

t.me/izzatulassyura
As'Syura (الشّورى) 🩷

09 Mar, 23:13

110

Syarat Wajib Puasa

1) Islam

2) Mukallaf ('Aqil - Berakal) (Baligh - Cukup Umur)

3) Tiada sebarang keuzuran yang menghalang
puasa atau mengharuskannya berbuka

Keuzuran yang menghalang puasa :-

1) Haid, nifas, wiladah
2) Gila walau seketika
3) Pitam atau pengsan sepanjang hari

Semangat puasa semuanya!

t.me/izzatulassyura
As'Syura (الشّورى) 🩷

09 Mar, 07:55

275

Kita cuba usahakan untuk bagi 100pcs tasbih ni kepada orang yang tepat supaya semua penderma dapat manfaat dan pahala mengalir sepanjang hayat ❤️
As'Syura (الشّورى) 🩷

09 Mar, 07:54

282

RM314.29 - RM163.14 = RM151.15

Baki sekarang ada RM151.15 🫶🏻
Baki ni syura akan guna untuk duit postage tau. Jangan risau nanti bukti syura bayar postage tu semua pun syura up kat sini.
As'Syura (الشّورى) 🩷

09 Mar, 07:51

289

Disebabkan dana terkumpul pun laju, Syura beli terus la tasbih. Syura beli 100pcs dulu. 50pcs tasbih digital untuk perempuan. 50pcs tasbih digital utk lelaki. Yang ni syura guna duit syura dulu. Nanti syura withdraw dari tng tu. Yang kat atas tu syura beli bubble envelope untuk masukkan tasbih dalam tu. Semua ni akan dihantar ke alamat syura dulu. So nanti syura akan pos sendiri ke alamat penerima tasbih free. Jangan risau, dpt free shipping kat shopee utk alamat syura ni ehehe.

Total 100pcs tasbih = RM128.96
Bubble envelope = RM34.18

Total semua digunakan = RM163.14
As'Syura (الشّورى) 🩷

09 Mar, 07:48

250

Wahh banyaknyaaa orang baik infaq hari nii sampai cecah RM314.29 dah 😭😭❤️❤️🫶🏻
As'Syura (الشّورى) 🩷

09 Mar, 05:58

279

Alhamdulillah terima kasih orang baik ❤️ ni jumlah terkini tau dana yang terkumpul. Alhamdulillah. Terima kasih semua. Masya Allah. Syura akan start beli tasbih tu esok tau 🫶🏻 Apa2 syura akan update dalam tele ni. Nama penerima syura akan rahsiakan. Tapi bukti tasbih tu sampai dekat penerima nanti syura minta diorang snap gambar. Nanti syura edit semua slow2 kat tele ni 🫶🏻 Masih terbuka tau untuk yang nak derma. Sampai habis ramadhan ni and then akan ditutup 🫶🏻
As'Syura (الشّورى) 🩷

09 Mar, 05:38

272

Selawat,
Satu-satunya amalan yang tidak ditolak..
Puasa kita, ibadah kita, zikir kita, sedekah kita, belum tentu diterima.
Boleh jadi semuanya runtuh kerana kita riak.
Tapi selawat ini lain.
Sebab tu amalan yang sangat sesuai untuk pendosa macam kita ni adalah dengan perbanyakkan selawat.

Jom sharekan dekat sosial media kita supaya lebih ramai lagi yang tahu kelebihan selawat.

t.me/izzatulassyura