Dernières publications de Info Terkini Palestin 🇵🇸 (@infoterkinipalestin) sur Telegram

Publications du canal Info Terkini Palestin 🇵🇸

Info Terkini Palestin 🇵🇸
Sama-sama kita doakan PALESTIN setiap habis solat 5 waktu, sekurang-kurangnya.

Dan beri sumbangan untuk saudara kita disana .
1,909 abonnés
7,921 photos
3,849 vidéos
Dernière mise à jour 12.03.2025 01:58

Le dernier contenu partagé par Info Terkini Palestin 🇵🇸 sur Telegram

Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

42

NETANYAHU UMUM SEKATAN BANTUAN DI GAZA, 4 ORANG SYAHID

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan sekatan ke atas kemasukan seluruh bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Ahad susulan daripada tamatnya gencatan fasa pertama dan menuduh HAMAS enggan menerima usul daripada utusan Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff.

Pada masa yang sama, rejim Israel turut melancarkan serangan udara ke atas Gaza, menyebabkan empat orang syahid dan enam yang lain tercedera. Angka ini menjadikan jumlah kesyahidan di Gaza sejak gencatan senjata fasa pertama berkuat kuasa pada 19 Januari meningkat kepada 116 orang dan lebih 490 yang lain cedera.

Kenyataan Netanyahu telah menarik perhatian beberapa negara Arab dan HAMAS telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengecam tindakan kerajaan Israel.

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

87

🛑 Seorang rakyat Palestin dibunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan udara rejim Zionis di Beit Hanoun di utara Gaza.

Sumber: Eye On Palestine
Terj: Cinta Gaza Malaysia

Info terkini dan pantas di Telegram Terkini dan Sensasi Palestin http://t.me/cintagaza
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

52

KENYATAAN MEDIA HAMAS BERHUBUNG TINDAKAN NETANYAHU

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri penjajah, Netanyahu, mengenai penerimaan cadangan Amerika Syarikat untuk melanjutkan fasa pertama perjanjian mengikut syarat yang bercanggah dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza adalah percubaan terang-terangan untuk mengelak daripada perjanjian tersebut dan melarikan diri daripada rundingan fasa kedua.

Keputusan Netanyahu untuk menghentikan bantuan kemanusiaan adalah satu bentuk pemerasan murah, jenayah perang, dan pengkhianatan terang-terangan terhadap perjanjian itu. Pihak perantara dan masyarakat antarabangsa mesti bertindak segera untuk menekan penjajah agar menghentikan tindakan hukuman dan tidak berperikemanusiaan terhadap lebih dua juta penduduk di Gaza.

Penjenayah perang Netanyahu, sedang berusaha untuk memaksa realiti politik di lapangan yang gagal direalisasikan oleh tenteranya sepanjang 15 bulan pembantaian kejam, berkat keteguhan dan keberanian rakyat serta perlawanan kami. Dia kini cuba menggagalkan perjanjian yang telah ditandatangani semata-mata demi kepentingan politik dalaman yang sempit, tanpa menghiraukan nasib dan nyawa tahanan Israel di Gaza.

Tuduhan penjajah bahawa gerakan ini melanggar perjanjian gencatan senjata adalah dakwaan palsu dan tidak berasas. Ia hanya bertujuan menutup pelanggaran sistematik mereka yang berterusan setiap hari. Pelanggaran ini telah menyebabkan lebih 100 rakyat Gaza gugur syahid, selain menghalang pelaksanaan protokol kemanusiaan, menyekat kemasukan tempat perlindungan dan bantuan kecemasan, serta memperdalam krisis kemanusiaan di Gaza.

Kami juga menegaskan bahawa tindakan Netanyahu dan kerajaannya jelas bertentangan dengan perkara 14 dalam perjanjian, yang menyatakan bahawa semua langkah dalam fasa pertama mesti diteruskan ke fasa kedua, dan para penjamin akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan rundingan diteruskan sehingga mencapai kesepakatan bagi pelaksanaan fasa kedua.

Kami menyeru pentadbiran Amerika Syarikat agar menghentikan sikap berpihak dan kesepakatan mereka dengan rancangan fasis Netanyahu yang menyasarkan rakyat kami dan keberadaan mereka di tanah air mereka. Kami juga menegaskan bahawa semua projek dan rancangan yang mengabaikan rakyat kami, hak mereka yang sah ke atas tanah mereka, hak menentukan nasib sendiri, dan kebebasan daripada penjajahan, pasti akan menemui kegagalan.

Kami sekali lagi menegaskan komitmen kami untuk melaksanakan perjanjian yang telah ditandatangani dalam ketiga-tiga fasa, dan kami telah berkali-kali menyatakan kesediaan kami untuk memulakan rundingan bagi fasa kedua perjanjian.

Kami menyeru para perantara untuk menekan penjajah agar memenuhi semua komitmennya dalam perjanjian ini, termasuk pelaksanaan protokol kemanusiaan dan kemasukan tempat perlindungan serta peralatan penyelamat ke Gaza.

Penjenayah perang Netanyahu dan kerajaannya yang ekstremis bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang gangguan terhadap pelaksanaan perjanjian ini atau sebarang tindakan bodoh yang mungkin dilakukannya untuk menggagalkan perjanjian itu, termasuk akibat kemanusiaan terhadap tahanan Israel di Gaza.

Kami menegaskan bahawa satu-satunya jalan untuk membebaskan tahanan Israel adalah dengan menghormati perjanjian tersebut, segera memulakan rundingan bagi fasa kedua, dan memastikan penjajah menunaikan semua janjinya.

Gerakan Pejuang Islam – HAMAS


Ahad, 02 Ramadan 1446H

Bersamaan 02 Mac 2025M
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

61

Laporan media: Tembakan dilepaskan oleh kenderaan Zionis Israel di Rafah, selatan semenanjung Gaza.

Sumber: شبكة قدس الإخبارية
Terj: Cinta Gaza Malaysia

t.me/cintagaza
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

45

🛑 Kementerian Luar Negeri Qatar mengecam sekeras-kerasnya keputusan kerajaan penjajah Israel untuk menghentikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Beliau menyifatkannya sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap perjanjian gencatan senjata dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

t.me/cintagaza
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

43

🛑 PERKEMBANGAN TERKINI SEKITAR JAM 7 PAGI | 3 MAC 2025

▪️Pimpinan HAMAS, Mahmoud Mardawi, menegaskan kepada Al Jazeera Arabic bahawa gerakan itu tidak akan bersetuju dengan sebarang lanjutan fasa pertama perjanjian gencatan senjata dengan Israel yang kini telah tamat dan menuntut agar gencatan senjata diteruskan ke fasa kedua.

▪️Beberapa negara, termasuk Arab Saudi, Mesir, Qatar dan Jordan, telah mengecam Israel kerana menyekat bantuan kemanusiaan ke Gaza.

▪️Laporan dari Israel menyatakan bahawa kerajaan negara itu merancang untuk turut memotong bekalan elektrik dan air ke Gaza sebagai langkah seterusnya.

▪️Perdana Menteri Israel, Netanyahu, mengucapkan terima kasih kepada Presiden AS, Donald Trump, kerana menghantar bekalan peluru yang sebelum ini ditangguhkan oleh pentadbiran terdahulu selepas perubahan dasar di Washington.

Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia

t.me/cintagaza
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

46

🛑 Netanyahu Tidak Peduli, Mahu Lanjut Perjanjian Fasa Pertama

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu beberapa kali pada Ahad memberi justifikasi terhadap keputusan Israel untuk menyekat bantuan kemanusiaan penting daripada memasuki Gaza.

Israel mahu memberi tekanan kepada HAMAS bagi memaksa gerakan tersebut memenuhi tuntutan Israel berhubung lanjutan perjanjian gencatan senjata.

Israel menyatakan bahawa mereka mahu melanjutkan fasa pertama untuk membebaskan sebanyak mungkin tawanan, tanpa perlu berkomitmen kepada fasa kedua perjanjian tersebut, yang akan membawa kepada berakhirnya perang.

Netanyahu turut mengatakan bahawa tuntutan HAMAS dan visi mereka untuk menamatkan perang adalah "tidak realistik" serta tidak selari dengan kehendak Israel.

Namun begitu, ahli keluarga tawanan Israel terus turun ke jalan setiap malam, memprotes kerajaan Israel, menuduh Netanyahu sengaja memanjangkan perang demi kepentingan peribadi dan politik, serta mendesaknya untuk melaksanakan keseluruhan perjanjian ini.

Walaupun menghadapi tekanan daripada keluarga tawanan dan masyarakat antarabangsa, Israel menyatakan bahawa mereka bersedia untuk kembali berperang secara habis-habisan kerana mereka masih belum mencapai sebarang matlamat sepanjang 15 bulan pertempuran.

Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia

t.me/cintagaza
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

48

Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Gaza menyatakan bahawa agensi-agensi berkaitan sedang memantau keadaan pasar dan ketersediaan barangan susulan pengumuman penutupan lintasan oleh pihak penjajah yang menuju ke Semenanjung Gaza.

Mereka menyeru rakyat Gaza untuk bertenang dalam mendapatkan keperluan mereka, sambil menegaskan bahawa semua barangan asas adalah mencukupi.

Kementerian turut menggesa para peniaga untuk bertanggungjawab dan beretika ketika ini. Mereka juga memberi amaran terhadap sebarang eksploitasi, penyorokan barang, atau kenaikan harga.
Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang menaikkan harga atau menyorok barang.

Unit Penyiasatan Bekalan Polis telah mula melakukan pemeriksaan ke semua pasar di seluruh wilayah untuk memantau ketersediaan barangan asas dan memastikan harga jualan kekal seperti biasa.

Sumber: TV Al-Aqsa
Terj: Cinta Gaza Malaysia

t.me/cintagaza
Info Terkini Palestin 🇵🇸

16 Jan, 22:20

327

.
.
Info Terkini Palestin 🇵🇸

16 Jan, 22:20

319

🛑 Sekitar jam 3 pagi waktu Malaysia, Menteri Keselamatan wilayah haram Israel, Itamar Ben-Gvir mengumumkan dalam sidang akhbar bahawa beliau akan meletak jawatan daripada kerajaan Netanyahu berikutan persetujuannya terhadap perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa