Latest Posts from Info Terkini Palestin 🇵🇸 (@infoterkinipalestin) on Telegram

Info Terkini Palestin 🇵🇸 Telegram Posts

Info Terkini Palestin 🇵🇸
Sama-sama kita doakan PALESTIN setiap habis solat 5 waktu, sekurang-kurangnya.

Dan beri sumbangan untuk saudara kita disana .
1,909 Subscribers
7,921 Photos
3,849 Videos
Last Updated 12.03.2025 01:58

Similar Channels

UPDATE DUNIA & SEJARAH
3,381 Subscribers
WEGA Channel
1,228 Subscribers

The latest content shared by Info Terkini Palestin 🇵🇸 on Telegram

Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

64

☘️🇵🇸INFO JELAJAH CGM MISI AMAL 1.0

Perhatian kepada warga Pantai Timur! Hari ini kami berada di sini!

📆 3 Mac 2025 | Isnin
📍Masjid Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan

Aktiviti:
Booth CGM
Agihan 1,000 bubur lambuk
Iftar bersama penduduk setempat
Tazkirah Tarawih bersama Tuan Nadir Al-Nuri di Masjid Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh
Moreh bersama CGM

Jangan lepaskan peluang ini! Sebarkan dan ajak seramai mungkin untuk hadir.

Semoga kehadiran kita menjadi tanda solidariti buat saudara-saudara kita di Palestin.

#JelajahCGM
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

51

☘️🇵🇸 TAZKIRAH TARAWIH: SITUASI TERKINI DI GAZA

Jemput semua hadir malam ini untuk mendengar kupasan terkini mengenai situasi di Gaza oleh Tuan Nadir Al Nuri. Ini peluang untuk kita lebih memahami keadaan sebenar dan bagaimana kita boleh membantu.

📆 3 Mac 2025 | Isnin
📍 Masjid Mukim Padang Pak Amat, Kelantan
🎥 FB LIVE https://www.facebook.com/masjidpadangpakamat

Jangan lepaskan peluang ini! Sebarkan dan ajak seramai mungkin untuk hadir.

Semoga kehadiran kita menjadi tanda solidariti buat saudara-saudara kita di Palestin.

#JelajahCGM
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

72

🛑 PERKEMBANGAN TERKINI SETAKAT JAM 1 TENGAHARI | 3 MAC 2025

▫️Oxfam, CAIR, IFRC, Action for Humanity, dan NRC turut menyuarakan kecaman terhadap sekatan baharu Israel ke atas Gaza, dengan salah satu kumpulan menyifatkannya sebagai tindakan “penyeksaan besar-besaran.”

▫️Penunjuk perasaan Israel berhimpun di hadapan kediaman Netanyahu di barat Baitul Maqdis, menuntut kepulangan tawanan yang masih berada di Gaza.

▫️Filem Israel-Palestin, No Other Land, yang mengisahkan perjuangan rakyat Palestin menentang usaha tentera Israel merobohkan rumah mereka di Tebing Barat yang dijajah, memenangi Anugerah Oscar bagi kategori dokumentari terbaik.

▫️Sementara itu, komuniti yang dipaparkan dalam dokumentari tersebut, Masafer Yatta, sekali lagi diserang oleh tentera dan pendatang haram Israel yang memusnahkan panel solar serta tangki air, selain menahan sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin.

Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia

t.me/cintagaza
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

170

🛑 TERKINI | Dua orang awam Palestin baru sahaja ditembak mati oleh tentera rejim Zionis di Rafah, selatan Gaza.

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

Info terkini dan pantas di t.me/cintagaza
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

106

JOM BUAT CABARAN PRE-RAMADAN!

Buat baik mula dari sekarang!

Hari ini jom support peniaga tepi jalan! Insha Allah moga banyak pahala kalian membantu peniaga-peniaga kecil 🕊️

Eh sebelum tu, JOM bersedekah untuk penerima manfaat yang memerlukan!

Klik https://cintagaza.my/tgramadan25 atau salurkan ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: ramadan.

#Heroes4Hope
#Ramadan4Ummah
#BerkongsiRasaMemberiMakna
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

169

☘️🇵🇸 Jika diri terasa kosong, ambil kesempatan untuk mengisi diri dengan zikir kepada Allah.

Untuk makluman, rakaman di dalam video ini merupakan suasana bazaar Ramadan di Gaza pada tahun 2022. Nampak tenang dan meriah sekali

Semoga Ramadan tahun ini penduduk Gaza dapat menunaikan ibadah dengan tenang tanpa sebarang serangan daripada rejim Zionis.

#CGMKongsi
#Ramadan4Ummah
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

42

🛑 Pegawai Media Kem Jenin:

▪️Keagresifan Israel telah menyebabkan lebih 20,000 penduduk Palestin dipindahkan dari kem.

▪️Kira-kira 90% penduduk kem telah dipindahkan secara paksa.

▪️Pencerobohan Israel telah menyebabkan terputusnya bekalan air dan elektrik, kekurangan makanan, dan keperluan kanak-kanak.

▪️Israel memusnahkan kira-kira 498 rumah dan kemudahan sepenuhnya atau sebahagian.

Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia

Info terkini dan pantas di Telegram Terkini dan Sensasi Palestin http://t.me/cintagaza
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

46

☘️🇵🇸 JELAJAH CGM MISI AMAL 1.0

Perhatian kepada warga Pantai Timur! Nak CGM datang ke Pantai Timur kan? Ha kami datang untuk Ramadan tahun ini!

Insha Allah selama seminggu dari 3/3 sehingga 11/3/2025 kami akan berada di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Lokasi program kami akan update dari semasa ke semasa.

Antara aktiviti yang kami akan lakukan ialah merewang, agihan bubur lambuk, agihan iftar dan yang paling special forum khas daripada Tuan @nadiralnuri dan banyak lagi!

Untuk makluman, jelajah CGM Misi Amal 1.0 ini merupakan kerjasama dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Gabungan NGO Belia Islam Pahang, Majlis Perbandaran Kota Bharu Kelantan, Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Cakna Darul Iman (IMAN CARE) dan Pertubuhan Kebajikan & Pembangunan Insan Kelantan.

Bakpe tunggu lagi? Maghi royak dekat semua orang! 🇵🇸

#JelajahCGM
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

40

🛑 TERKINI | Beberapa jam selepas fasa pertama gencatan senjata di Gaza tamat, Israel menghentikan bantuan kemanusiaan daripada memasuki Semenanjung Gaza untuk menggunakan 'kelaparan sebagai senjata' menentang rakyat Palestin.

Netanyahu berusaha untuk melanjutkan fasa pertama pertukaran untuk memastikan pembebasan seramai mungkin tawanan Israel tanpa beralih ke fasa kedua.

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

Info terkini dan pantas di Telegram Terkini dan Sensasi Palestin http://t.me/cintagaza
Info Terkini Palestin 🇵🇸

03 Mar, 09:15

41

🛑 Bekas Menteri Keselamatan negara haram Israel, Itamar Ben Gvir:

“Saya mengalu-alukan keputusan menghentikan bantuan kemanusiaan sekiranya ia benar-benar dilaksanakan. Akhirnya, keputusan telah dibuat—lebih baik lewat daripada tidak sama sekali."

"Ini sepatutnya yang dilakukan sehingga pemulangan tawanan Israel yang terakhir. Sekarang adalah masa untuk membuka pintu neraka, memutuskan bekalan elektrik dan air, menyambung semula perang. Sebaliknya, kembali kepada kata dua Presiden Trump: bebaskan semua tawanan dengan segera, atau neraka akan dilepaskan ke atas Gaza.”

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

Info terkini dan pantas di Telegram Terkini dan Sensasi Palestin http://t.me/cintagaza