آخرین محتوای به اشتراک گذاشته شده توسط Info Terkini Palestin 🇵🇸 در تلگرام
Info Terkini Palestin 🇵🇸
22 Dec, 12:11
60
🛑 Pertahanan Awam Gaza melaporkan bahawa tentera rejim Zionis dengan sengaja membunuh dan meninggalkan jenazah rakyat Palestin untuk dimakan oleh anjing liar. Ini adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa yang sangat jelas, lapor Agensi Anadolu.
Sumber: MEMO Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Info Terkini Palestin 🇵🇸
22 Dec, 12:11
73
🛑 Kementerian Kesihatan di Gaza merayu masyarakat antarabangsa untuk membawa bantuan, ubat-ubatan dan makanan ke Hospital Kamal Adwan, berikutan serangan berterusan di sekitar hospital. Mereka juga mengesahkan bahawa pesakit di Hospital Kamal Adwan dan semua hospital yang beroperasi di Semenanjung Gaza dalam keadaan bahaya.
Sumber: Al Mayadeen Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Info Terkini Palestin 🇵🇸
22 Dec, 12:11
103
Salam Subuh buat para pencinta Palestin 🇵🇸
Jemput tonton Podcast Garis Krisis | Lupakah Kita Kepada Gaza Selepas Syria Merdeka? -- Penderitaan rakyat Palestin di Gaza tidak akan dilupakan sekalipun tumpuan masyarakat dunia, termasuk di media, kini beralih kepada Syria yang baru bebas dari cengkaman rejim Bashar Assad sejak 8 Disember lalu.
Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata semua pihak perlu faham Syria akan berdepan cabaran lebih besar untuk bangkit semula.
Baca akhbar penuh di sini.
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Info Terkini Palestin 🇵🇸
22 Dec, 12:11
163
🛑 Empat kanak-kanak yang tidak berdosa terbunuh dalam serangan udara Israel ketika bermain di jalanan kawasan Jabalia, utara Gaza.
Sumber: Quds News Network Terj: Cinta Gaza Malaysia
Info Terkini Palestin 🇵🇸
22 Dec, 12:11
167
- As-Syahid Yahya Sinwar, Ismail Haniyyeh dan Saleh al-Aruri dalam satu video.
Sumber: Telegram Briged Izzuddin al-Qassam
Info Terkini Palestin 🇵🇸
22 Dec, 12:11
43
🛑 Seorang pekerja perubatan di Hospital Al-Awda di kem Nuseirat menyanyikan lagu kepada seorang kanak-kanak lelaki yang cedera akibat pengeboman rejim Zionis baru-baru ini. Beliau cuba untuk mengalihkan fikiran kanak-kanak tersebut daripada merasa kesakitan ketika merawat lukanya.
Sumber: Eye On Palestine Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Info Terkini Palestin 🇵🇸
22 Dec, 12:11
48
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza
Laporan statistik harian berkenaan jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel ke atas semenanjung Gaza, hari ke-442.
▪️ Rejim Zionis melancarkan tiga operasi pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk di semenanjung Gaza. Serangan hari ini telah mengakibatkan 21 penduduk syahid manakala 61 mangsa cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.
▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan bergelimpangan di jalanan. Tekanan semakin meningkat apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. Mereka tidak dapat sampai ke hospital sehingga kini.
▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 45,227 syuhada dan 107,573 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
21 Disember 2024
Info Terkini Palestin 🇵🇸
22 Dec, 12:11
49
. .
Info Terkini Palestin 🇵🇸
22 Dec, 12:11
39
🛑 Terima kasih kepada kalian yang setia mendengar dan mengikuti podcast Cinta Gaza Malaysia untuk tahun 2024! Semoga kalian mendapat manfaat daripada perkongsian kami 🕊️
Jemput follow spotify Cinta Gaza Malaysia dan nantikan input-input yang lebih menarik pada tahun 2025 🕊️
#SpotifyCGM
Info Terkini Palestin 🇵🇸
22 Dec, 12:11
38
🛑 Hospital Syuhada al-Aqsa di Kota Gaza menerima berpuluh-puluh orang yang mengalami kecederaan yang kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, berikutan serangan udara rejim Zionis yang menyasarkan dua sekolah di kejiranan Al-Tuffah, timur Gaza.
Hospital-hospital di Gaza sedang bergelut untuk menerima lebih ramai penduduk yang cedera kerana kekurangan katil dan bekalan perubatan.