Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan sekatan ke atas kemasukan seluruh bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Ahad susulan daripada tamatnya gencatan fasa pertama dan menuduh HAMAS enggan menerima usul daripada utusan Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff.
Pada masa yang sama, rejim Israel turut melancarkan serangan udara ke atas Gaza, menyebabkan empat orang syahid dan enam yang lain tercedera. Angka ini menjadikan jumlah kesyahidan di Gaza sejak gencatan senjata fasa pertama berkuat kuasa pada 19 Januari meningkat kepada 116 orang dan lebih 490 yang lain cedera.
Kenyataan Netanyahu telah menarik perhatian beberapa negara Arab dan HAMAS telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengecam tindakan kerajaan Israel.
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia