*Tarikh*: 19 November 2024 (Selasa)
*Masa*: 8.00 Malam
*Tempat*: Zoom Meeting Online (link akan diberikan dalam group WhatsApp)
Apa itu Pandai❓ Pandai ialah aplikasi pembelajaran atas talian yang menyediakan soalan dan latihan mengikut silibus terkini KPM. Pandai juga kini boleh diakses melalui portal DELIMa dan boleh digunakan sebagai bahan bantu belajar samada di sekolah atau rumah.
Aplikasi Pandai mempunyai beberapa ciri yang kuat untuk meningkatkan pembelajaran yang efisien antaranya ialah:
🌟 Pembelajaran Peribadi
🌟 Gamifikasi
🌟 Analisis Pintar dan banyak lagi.
Sejak 2020, lebih daripada 900,000 pelajar telah menggunakan aplikasi Pandai dan sebanyak 3,000,000 soalan tersedia dalam aplikasi ini. Aplikasi ini dirangka khas dengan tujuan untuk memberikan akses kepada sumber pembelajaran yang interaktif dan menarik, serta membantu pelajar menguasai subjek dengan lebih berkesan.
Ibu bapa/penjaga hanya perlu *mengimbas Kod QR* yang tertera dalam risalah yang disertakan untuk sertai group WhatsApp bagi tujuan hebahan maklumat mengenai program yang akan berlangsung.
Terima kasih atas perhatian yang diberikan. 😍