Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM @infopelajarepjjuitm Channel on Telegram

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

@infopelajarepjjuitm


Saluran rasmi Pelajar ePJJ- UiTM. Layari iceps.uitm.edu.my untuk maklumat lanjut.

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM (Malay)

Selamat datang ke saluran rasmi Pelajar ePJJ-UiTM! Jika anda merupakan salah seorang pelajar ePJJ di UiTM, saluran ini adalah tempat yang tepat untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan program dan aktiviti yang dianjurkan. Dengan layari laman web iceps.uitm.edu.my, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus-kursus yang ditawarkan, jadual kuliah, aktiviti ko-kurikulum, dan banyak lagi. Saluran ini juga akan menyediakan anda dengan perkongsian maklumat berguna seperti tips pengajian, peluang pekerjaan, dan liputan mengenai acara-acara universiti. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran ini dan kekal terkini dengan perkembangan terkini di kalangan pelajar ePJJ-UiTM!

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

27 Jan, 00:00


SALAM ISRAK MIKRAJ
27 Januari 2025 | 27 Rejab 1446H

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW.Bersama Kita Menghayati perjalanan Rasulullah SAW.

Ikhlas daripada:
Prof. Dr. Faizah Abd Majid & Seluruh Warga iCEPS

#iCEPSUiTM
#preparationforlife
#israkmikraj

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

20 Jan, 03:58


Kerjasama UiTM x Pixlr telah dimeterai di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoA) pada 17 Januari 2025 di Dewan Al-Ghazali, KPPIM.

Sesi menandatangani ini telah disempurnakan oleh YBhg Professor Datuk Ts Dr Shahrin bin Sahib@Sahibuddin, Naib Canselor UiTM dan En Warren Leow, Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group disaksikan oleh YBrs Prof Ts Dr Haji Wan Abdul Rahim Wan Mohd Isa, Yang Menjalankan Tugas Penolong Naib Canselor KPPIM dan En Jorji Yeoh dari Pixlr.

Kerjasama strategik ini merupakan satu inisiatif ke arah memantapkan kemahiran para graduan UiTM dengan kompetensi produk global Pixlr.com yang merupakan produk syarikat Malaysia, Pixlr Sdn Bhd. Melalui MoA ini, seluruh pelajar dan staf UiTM mempunyai akses kepada platform Pixlr for Education secara percuma.

Untuk maklumat kolaborasi Pixlr ini, boleh berhubung terus dengan Pejabat ICAN KPPIM.

#KPPIMUiTM
#kppimiconicandimpactful
#myPDTI

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

20 Jan, 03:58


https://www.facebook.com/share/p/15xddpYnZQ/

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

17 Jan, 10:35


Makluman bagi pelajar iCEPS

GUGUR TARAF MUKTAMAD PADA 17 Jan 2025

1) Pelajar perlu menyelesaikan yuran pengajian
2) Sebarang rayuan tidak akan diproses kerana telah melepasi tarikh akhir pembayaran yuran bagi semua pelajar yang diberi penangguhan. Tarikh akhir bagi semua bayaran pada 10 Jan 2025

3) Selepas diberi status GT muktamad pelajar perlu membuat Rayuan meneruskan pengajian (RMP) pada semester hadapan.

4) Pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kerana status GT tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.


Tarikh-Tarikh Penting: Mohon rujuk Kalendar Akademik

Terima Kasih

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

07 Jan, 00:23


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Perpustakaan Tun Abdul Razak telah memuatnaik sebanyak 16 Kertas Soalan Peperiksaan bagi Program Asasi dari Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA), UiTM.



Kertas Soalan Peperiksaan UiTM boleh diakses melalui Portal Knowledge Management (MyKM): Exam Paper di pautan berikut : https://mykm.uitm.edu.my


NOTA: Sistem ini hanya mengandungi kertas soalan peperiksaan akhir sahaja. Skema jawapan tidak disediakan.


اوسها، تقوى، مليا
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


UNIT KORPORAT DAN KOLABORASI

Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Shah Alam, Selangor

03-5544 3735

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

06 Jan, 02:37


GUGUR TARAF MUKTAMAD PADA 17 Jan 2025

1) Pelajar perlu menyelesaikan yuran pengajian
2) Sebarang rayuan tidak akan diproses kerana telah melepasi tarikh akhir pembayaran yuran bagi semua pelajar yang diberi penangguhan. Tarikh akhir bagi semua bayaran pada 10 Jan 2025

3) Selepas diberi status GT muktamad pelajar perlu membuat RMP pada semester hadapan.

4) Pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kerana status GT tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.


Tarikh-Tarikh Penting: Mohon rujuk Kalendar Akademik

Sekian, untuk makluman dan tindakan semua.

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

31 Dec, 12:30


Warga Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS) mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025 kepada seluruh warga UiTM. Marilah kita teruskan melakar kejayaan untuk tahun 2025 dengan perancangan dan pelaksanaan yang rapi dan bijaksana.

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

31 Dec, 12:30


https://youtu.be/DGqAKdVZitc?si=xbV-P5IyXm44IM8J

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

21 Dec, 03:26


إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‌‌‎

Takziah kepada YBhg. Professor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin sekeluarga atas pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Cikgu Haji Sahib@Sahibuddin bin Haji Muhammad pada 20 Disember 2024.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Facebook:
https://www.facebook.com/uitmrasmi/posts/pfbid02DVemxipSuzk8e3MEDvsT6m6GAaiBuktcWSeCJiyeD3J6SxwHTTqT8cF2fbAQ7eK6l

Instagram:
https://www.instagram.com/p/DD0koX8z8Bc/

X:
https://x.com/uitmofficial/status/1870275583202214178

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

11 Dec, 00:34


𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan yang ke-79

𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐇𝐀𝐑𝐀𝐅𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐇𝐀𝐉 𝐈𝐁𝐍𝐈 𝐀𝐋𝐌𝐀𝐑𝐇𝐔𝐌 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐀𝐙𝐈𝐙 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐇𝐀𝐉

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala Daerah Takluknya.

𝐏𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝟗 𝐉𝐚𝐦𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇

Sembah Takzim daripada Seluruh Warga #UiTM

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى موليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun #DirgahayuTuanku

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

05 Dec, 03:46


Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT)

Dibuka pada 4 - 12 Disember 2024. Layari Student Portal untuk permohonan rayuan.

Keputusan RPGT akan dimaklumkan pada 5 - 13 Disember 2024 melalui Student Portal

Terima kasih

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

04 Dec, 04:54


[HEBAHAN]

4 Disember 2024 - 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅
𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐊𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

26 Nov, 04:23


Peringatan Mesra kepada Pelajar iCEPS

Bayar yuran anda bagi mengelakkan Gugur Taraf (GT) sebagai pelajar sebelum 29 Nov 2024.

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

14 Nov, 11:08


[HEBAHAN]

🎉 TAHNIAH & SYABAS 🎉

Seluruh warga Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan iCEPS sempena 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐊𝐨𝐧𝐯𝐨𝐤𝐞𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐌ARA (𝐔𝐢𝐓𝐌) 𝐤𝐞-𝟏𝟎𝟎!

Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada perjalanan yang lebih cemerlang di masa hadapan. Kami bangga dengan pencapaian anda dan berharap agar anda terus maju serta membawa nama iCEPS dan UiTM ke peringkat yang lebih tinggi.

Ikhlas daripada,
PROF. DR. FAIZAH ABD MAJID
Ketua Eksekutif & Warga iCEPS

#iCEPSUiTM
#preparationforlife
#exceptionalicepsians
#KonvoUiTM100

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

11 Nov, 04:59


Ralat

Makluman:
Bayar yuran anda bagi mengelakkan Gugur Taraf (GT) sebagai pelajar sebelum 29 Nov 2024.

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

01 Nov, 14:39


MENUMPANG PEPERIKSAAN AKHIR DI KAMPUS SELAIN KAMPUS ASAL BAGI PELAJAR SEPARUH MASA iCEPS

1. Permohonan menumpang peperiksaan di kampus Cawangan boleh dibuat melalui pautan berikut https://iceps-apps.uitm.edu.my
2. Yuran proses adalah sebanyak RM 100.00 per kursus, kelulusan tertakluk kepada kampus asal dan kampus yang ingin ditumpang.
3. Yuran proses tidak dikembalikan sekiranya pelajar membatalkan permohonan .
4. Tarikh tutup permohonan : 10 Nov 2024

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

01 Nov, 00:02


MENUMPANG PEPERIKSAAN AKHIR DI KAMPUS SELAIN KAMPUS ASAL BAGI PELAJAR SEPARUH MASA iCEPS

1. Permohonan menumpang peperiksaan di kampus Cawangan boleh dibuat melalui pautan berikut https://iceps-ap

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

30 Oct, 02:19


PEMAKLUMAN KETUA EKSEKUTIF

PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN BAGI PELAJAR SERTA PENSYARAH SEMPENA PERAYAAN HARI DEEPAVALI.

Merujuk kepada Surat Pekeliling Naib Canselor bertarikh 28 Oktober 2024, Bag

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

18 Oct, 22:35


PEMAKLUMAN PENGAMBILAN KAD PRIHATIN SISWA PELAJAR SEPARUH MASA iCEPS

Untuk makluman, hanya pelajar yang kadnya telah berada di pejabat iCEPS akan menerima emel rasmi daripada iCEPS.

2. Pelajar akan diberi maklumat tarikh dan masa untuk hadir mengambil kad di pejabat iCEPS.

3. Sekiranya pelajar belum menerima apa-apa emel atau pemakluman rasmi, bermaksud kadnya masih dalam proses cetakan di peringkat Unit Kad atau Fakulti.

4. Dibenarkan untuk wakil mengambil Kad Prihatin Siswa (KPS) RHB. Sehubungan dengan itu, pihak iCEPS tidak akan menanggung sebarang kehilangan atau kerosakan sekiranya kad telah diambil oleh wakil yang berkenaan.

5. Oleh yang demikian, pelajar perlu memastikan proses memuatnaik gambar dan maklumat telah lengkap dan selesai di sistem Student Portal.

Sekian, terima kasih.

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

16 Oct, 23:21


MENUMPANG PEPERIKSAAN AKHIR DI KAMPUS SELAIN KAMPUS ASAL BAGI PELAJAR SEPARUH MASA iCEPS

1. Permohonan menumpang peperiksaan di kampus Cawangan boleh dibuat melalui pautan berikut https://iceps-apps.uitm.edu.my
2. Yuran proses adalah sebanyak RM 100.00 per kursus, kelulusan tertakluk kepada kampus asal dan kampus yang ingin ditumpang.
3. Yuran proses tidak dikembalikan sekiranya pelajar membatalkan permohonan .
4. Tarikh tutup permohonan : 10 Nov 2024

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

16 Oct, 12:47


PERKHIDMATAN BAHARU : UiTM ELIB EBOOK : BACAAN DIGITAL PELBAGAI KATEGORI SEPERTI KOLEKSI ALAM MELAYU, SEJARAH, ISLAM, MOTIVASI, NOVEL DAN PENGETAHUAN AM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Dato. / Datin / Prof. / Tuan / Puan,

Warga UiTM kini boleh mengakses perkhidmatan perpustakaan digital ELIB di pautan https://uitm.elib.com.my/
Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan bacaan digital yang merangkumi pelbagai kategori seperti koleksi Alam Melayu, Sejarah, Islam, Motivasi, Novel dan Pengetahuan Am.

Hubungi Pustakawan Rujukan di Perpustakaan Kampus atau Cawangan masing-masing bagi mendapatkan kata laluan atau melalui Chat With Librarian: https://ptar.uitm.edu.my/libchat/

Sebarang pertanyaan lanjut boleh merujuk kepada Puan Noor Hayati Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan : [email protected] atau Puan Nor Hafizah binti Md. Hanafiah, Pustakawan Kanan : [email protected]

Terima Kasih dan Selamat Membaca !

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

12 Oct, 04:17


Perhatian kepada para pelajar dan warga UiTM,

Jika anda menghadapi sebarang masalah berkaitan sistem digital UiTM, sila kemukakan aduan anda di https://units.uitm.edu.my/ untuk penelitian, bantuan dan tindakan pihak teknikal UiTM.

Kerjasama anda semua amat kami hargai.
#UiTMprihatin
#keluargaUiTM
#UiTMdihatiku

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

10 Oct, 04:44


HEBAHAN PENGAKTIFAN AKAUN SIMPANAN iPRO RHB & KAD MySISWA UITM SHAH ALAM (KHUSUS UNTUK PELAJAR PROGRAM SEPARUH MASA iCEPS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan

2. Merujuk perkara di atas, pelajar dari program mod separuh masa iCEPS, UiTM yang telah mempunyai/ menerima Kad Prihatin Siswa sahaja boleh hadir bagi urusan pengaktifan akaun simpanan iPro RHB & Kad My Siswa di UiTM Shah Alam seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 15 -18 Oktober 2024 (Selasa – Jumaat)

Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Tempat: Dewan Mawar Qaseh, Kolej Mawar UiTM Shah Alam

3. Pelajar yang BELUM menerima emel dari Unit Operasi dan Pengambilan Pelajar iCEPS untuk pengambilan Kad Prihatin Siswa tidak perlu hadir pada waktu tersebut.

4. Pengaktifan akaun simpnan iPRO RHB boleh dibuat di mana -mana cawangan Bank RHB yang berdekatan setelah kad diterima.

5. Unit Operasi dan Pengambilan Pelajar iCEPS akan maklumkan kepada pelajar dalam masa yang terdekat setelah Kad Prihatin Siswa telah berada di iCEPS. Pastikan pelajar menerima emel rasmi dari Unit Operasi dan Pengambilan Pelajar iCEPS sahaja berkenaan pengambilan Kad Prihatin Siswa. Selain dari itu, mohon abaikan.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

09 Oct, 06:40


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Profesor/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔 diucapkan kepada para pelajar iCEPS yang akan menempuh semester baharu. Semoga anda terus komited dalam perjalanan akademik dan berjaya mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha. Pendidikan adalah peluang kedua yang harus dimanfaatkan sepenuhnya, dan anda adalah bukti bahawa dedikasi dan tekad boleh membuka peluang untuk masa depan yang lebih cerah.

Ucapan selamat maju jaya juga diucapkan kepada semua fakulti dan kampus yang akan terus memberikan sokongan padu sepanjang semester ini. Kami amat menghargai kesediaan fakulti dan kampus untuk terus berkolaborasi demi memastikan para pelajar iCEPS mendapat pengalaman pembelajaran yang terbaik. Semoga kerjasama yang diberikan akan terus membawa manfaat dalam melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti dan berdaya saing.

Kami berharap hubungan erat antara fakulti, kampus, dan iCEPS akan terus berkembang, demi mencapai agenda penghasilan pendidikan berkualiti tinggi serta kejayaan bersama di masa hadapan.

https://youtu.be/5td95UPiSoA

Semoga para pelajar dan fakulti terus maju jaya dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan serta komuniti.

Ikhlas daripada,
Profesor Dr. Faizah Abd Majid
Ketua Eksekutif & Pengurusan Tertinggi iCEPS

Terima kasih

اوسها، تقوى، مليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

===========================================================
Institute of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS)
Level 2, UiTM-MTDC Technopreneur Centre
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
Tel : +603 5544 4998
Faks : +603 5544 8345
Email: [email protected]
Web : http://iceps.uitm.edu.my

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

07 Oct, 06:18


Warga Fakulti yang di hormati,

Di mohon untuk maklumkan pada semua pelajar untuk mengisi Entrance Survey yang dibuka agak panjang pada semester ini (tiada extension selepas 7nov).

Pengisian EES sangat penting untuk pelaporan CDL-CQI kursus

Harap Maklum

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

30 Sep, 00:32


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Dato. / Datin / Prof. / Tuan / Puan,

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah memuatnaik sebanyak 1,074 Kertas Soalan Peperiksaan bagi Program Pra-Diploma/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana dari Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA), UiTM.
Kertas Soalan Peperiksaan UiTM boleh diakses melalui sistem Electronic Question Paper System (EQPS) di pautan berikut : UiTM Exam Paper https://exampaper.uitm.edu.my/ptarep/
Sistem ini hanya mengandungi kertas soalan peperiksaan akhir sahaja. Skema jawapan tidak disediakan.


اوسها، تقوى، مليا
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

UNIT KORPORAT DAN KOLABORASI
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Shah Alam, Selangor
03-5544 3735

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

26 Sep, 08:30


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Profesor/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 diucapkan kepada para pelajar iCEPS yang menerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-99. Kejayaan ini adalah bukti usaha gigih dan dedikasi anda dalam mencapai kecemerlangan akademik.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada semua fakulti dan kampus yang terlibat dalam mendukung serta membantu pelajar-pelajar ini mencapai kejayaan. Usaha kolektif ini telah memberi impak yang besar dalam membentuk kecemerlangan para pelajar.

Tahniah diucapkan kepada setiap fakulti dan kampus yang telah memberikan sokongan padu kepada iCEPS. Semoga kerjasama dan kolaborasi ini terus kekal demi mencapai agenda penghasilan pendidikan berkualiti tinggi serta melahirkan lebih ramai graduan yang berdaya saing di masa hadapan.

Semoga terus maju jaya dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan seperjuangan.

Ikhlas daripada
Profesor. Dr. Faizah Abd Majid
Ketua Eksekutif & Pengurusan Tertinggi iCEPS

Info Rasmi Pelajar ePJJ-UiTM

23 Sep, 00:27


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dimajukan Poster Aktiviti Pendaftaran Kursus Semester Okt 2024 - Februari 2025 (20244), Program Pra, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana & PhD. *Mohon pelajar ambil perhatian bagi Tarikh-Tarikh penting agar pembelajaran berjalan lancar. Selamat Menyambut Semester 20244.*

Terima Kasih.