Latest Posts from COVID-19 KELANTAN INFORMATION (@infocovid19kelantan) on Telegram

COVID-19 KELANTAN INFORMATION Telegram Posts

COVID-19 KELANTAN INFORMATION
PERKEMBANGAN COVID-19 NEGERI KELANTAN | Bersama Membantu Kerajaan Malaysia dalam menangani Wabak COVID-19 khususnya di Negeri Kelantan.

One Stop Information Centre For COVID-19 in Kelantan.Channel By t.me/KelantanCovid19
1,251 Subscribers
8,344 Photos
582 Videos
Last Updated 10.03.2025 10:42

Similar Channels

Ahmad danial
36,642 Subscribers
FIBO GONDRONG By MaeL
12,023 Subscribers
Doa dan Amalan
1,348 Subscribers

The latest content shared by COVID-19 KELANTAN INFORMATION on Telegram

COVID-19 KELANTAN INFORMATION

26 May, 04:18

712

Angka kematian rakyat Palestin sejak konflik meletus pada Oktober 2023 meningkat kepada 35,903 orang.

Marilah kita terus berdoa kepada Allah SWT. Semoga setiap doa yang terlantun setiap detik dan minit menjadi kekuatan kepada saudara-saudara kita di Palestin.

Mohon jasa baik sahabat semua share dan sebarkan ke Group2 WhatsApp & Telegram.

Join : @Save_Palestin

Perjuangan islam,Perjuangan palestin🇲🇾🇵🇸
COVID-19 KELANTAN INFORMATION

09 Apr, 12:04

924

TERKINI DAN RASMI

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, pada Rabu 10 April, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
COVID-19 KELANTAN INFORMATION

10 Mar, 12:05

1,197

Tarikh Permulaan Puasa : Selasa

12 Mac 2024M
1 Ramadan 1445H
COVID-19 KELANTAN INFORMATION

24 Feb, 02:41

963

Malam Nisfu Syaaban

عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَن ِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Daripada Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.

2.  Malam Nisfu Syaaban (malam 15hb Syaaban) juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang melakukan syirik dan bermusuhan sesama Muslim.

3.  Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana  Nabi SAW bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَخَرَجْتُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ فَقَالَ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كَلْبٍ

Daripada 'Aisyah RA dia berkata, Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW, lalu saya keluar, ternyata saya dapati baginda sedang berada di Baqi', baginda bersabda: " Apakah kamu takut akan dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?" saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah ta'ala turun ke langit dunia pada malam pertengahan bulan Syaaban, lalu mengampuni manusia lebih banyak dari sejumlah bulu kambing." (HR Tirmizi No:670) Status: Hadis Daif

4.  Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabi’in penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabi’in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam itu” (Lathaiful Ma’arif, hlm. 247).

5.  Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, tiada doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus. Namun boleh sahaja untuk kita melaksanakan solat sunat malam juga mempelbagaikan doa dan zikir.

Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa.

23hb Februari 2024
13hb Syaaban 1445H

Kredit : 1 Hari 1 Hadis
COVID-19 KELANTAN INFORMATION

12 Jan, 11:28

907

Maghrib hari ini kita akan memasuki bulan Rejab. InshaAllah

Jangan sia-siakan peluang untuk berdoa pada waktu mustajab

Berikut antara amalan yang digalakkan pada bulan Rejab

Sama-sama share berkongsi manfaat dan pahala. Aamiin

Niat puasa: https://www.mysumber.com/niat-puasa-rejab.html

#Rejab
COVID-19 KELANTAN INFORMATION

18 Dec, 08:56

3,010

TERKINI

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sudah melakukan pemantauan mengenai rakyat asing yang memasuki negara ini terutama dari China

Dan tidak perlu bimbang kerana setakat ini dari pemantauan dan pengesanan. Tiada sebarang virus varian baru dari mereka dan memasuki negara ini

Semua virus ini ialah virus yang sudah berlegar di negara ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi
COVID-19 KELANTAN INFORMATION

18 Dec, 08:42

2,612

TERKINI

Keadaan semasa Covid 19 ketika ini di Malaysia terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memantau situasi ketika ini

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad
COVID-19 KELANTAN INFORMATION

18 Dec, 08:41

2,322

Kes COVID-19 dijangka terus meningkat -KPK
COVID-19 KELANTAN INFORMATION

18 Dec, 08:38

2,316

TERKINI

Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan rakyat Malaysia menjalankan langkah pencegahan Covid 19 yang berikut

1) Elakkan 3S. Sesak, Sempit dan Social Distancing

2) Amalkan 3W.

3) Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan tertutup

4) Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi

5) Tidak hadir ke mana mana kawasan yang sesak dan menjadi tumpuan ramai jika anda bergejala

6) Yang bergejala sila pakai pelitup muka

7) Dapatkan rawatan dan bantuan jika gejala bertambah teruk terutama Kumpulan berisiko tinggi

8) Menggalakkan pengambilan dos Covid 19 tambahan terutama golongan berisiko tinggi untuk mengelak kompilasi jika dijangkiti
COVID-19 KELANTAN INFORMATION

18 Dec, 08:36

1,528

TERKINI

Malaysia tidak akan mengulangi sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun peningkatan kes Covid 19 ketika ini maklum Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad