hikayat wpcrmo @hikayatwpcrmo Channel on Telegram

hikayat wpcrmo

@hikayatwpcrmo


Ebook boleh cari dekat pinned messages! Terima kasih sebab sudi jadi part of my little lovely circle ❤️
https://www.wattpad.com/user/wipkrimo

—pelan-pelan kayuh.

hikayat wpcrmo (Arabic)

هل تبحث عن قناة تلغرام تقدم لك قصصاً رائعة ومثيرة؟ إذاً، قناة "hikayat wpcrmo" هي الخيار المثالي بالنسبة لك! هذه القناة تهدف إلى تقديم مجموعة متنوعة من القصص المشوقة والمثيرة التي ستأسر خيالك وتبقيك مستمتعاً على مدار اليوم. سواء كنت تبحث عن قصص من واقع الحياة أو قصص خيالية، فإن "hikayat wpcrmo" تقدم لك كل ما تحتاجه

من خلال الاشتراك في هذه القناة، ستحصل على فرصة للاستمتاع بقراءة قصص متنوعة، بمختلف الأنواع والأساليب الأدبية. ستجد قصصاً قصيرة وطويلة، وستتعرف على كتّاب موهوبين يشاركون قصصهم الشيقة مع الجمهور. القناة تقدم أيضاً نصائح وإرشادات للكتّاب المبتدئين الذين يرغبون في مشاركة قصصهم باللغة العربية

هل أنت مستعد للغوص في عالم من القصص الرائعة والمثيرة؟ انضم اليوم إلى قناة "hikayat wpcrmo" على تلغرام واستمتع بالتجربة الفريدة التي ستنقلك إلى عوالم جديدة ومثيرة. لا تفوت الفرصة للاستمتاع بأفضل القصص والروايات العربية، وتحفيز إبداعك الأدبي. انضم اليوم وكن جزءاً من مجتمع القراء والكتّاب المحترفين والموهوبين!

hikayat wpcrmo

02 Jan, 11:03


Kelmarin Tentang Kita ni cringe tau geng, saya bagi amaran awal awal takut nanti kalau baca korang kompelin kata macam macam pula 😔

*Belum siap lagi tau lambaaaatt lagi nak siap, kut 😌

hikayat wpcrmo

02 Jan, 10:59


Sibuk tulis bab baru
Sibuk tulis deleted scenes

hikayat wpcrmo

31 Dec, 16:15


Nota kaki: jangan lupa call parents sebab last call mesti tahun lepas kan

hikayat wpcrmo

31 Dec, 16:14


Selamat tahun baru. Semoga yang baik-baik datang kepada kita serta semoga kita berjaya sembuh dari luka masa lalu. Terima kasih semua, sayang semua 💗

hikayat wpcrmo

31 Dec, 15:31


https://ngl.link/wippy14965

Ni link ngl baru sebab saya delete haritu ngl ni huhu storage penuh. Send sini pun boleh tau terima kasih sudi berkongsi pengalaman ❤️

hikayat wpcrmo

31 Dec, 15:29


A genuine question. How is 2024? Makanan apa yang paling sedap korang makan, tempat mana paling best korang pergi, achievement apa yang membanggakan tahun ni, iktibar apa yang korang boleh ambil dan azam untuk tahun baru apa :)

Saya post dekat ig juga tapi soalannya tak panjanglah macam ni, sekadar berbasa-basi orang kata tapi saya syak sana memang kurang sikit sambutan jadi saya cuba send dekat sini. Boleh reply bila bila masa je, saya sudi baca 🫶🏽

hikayat wpcrmo

31 Dec, 10:58


Maaf sebab busy dengan esaimeng, lagi sebulan nak habis sem nii tunggu sat 😭

hikayat wpcrmo

31 Dec, 10:57


Nota kaki: please don't lupakan I gais 😔 nanti kita curhat

hikayat wpcrmo

31 Dec, 10:56


Assalamualaikum, nak masuk bulan haram, yakni bulan Rejab, marilah kita berusaha melipatgandakan pahala kita dan istiqamah meninggalkan larangan Allah. All the best in life everyone 🫶🏽

hikayat wpcrmo

31 Dec, 10:48


Rejab Menuju Ramadan

Bulan Rejab adalah salah satu daripada empat bulan haram (asyhurul hurum), iaitu bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Firman-Nya:

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam ketetapan Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram…”
(Surah At-Taubah: 36)

Empat bulan haram tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, dan Rejab. Bulan ini memiliki keistimewaan kerana dosa yang dilakukan lebih berat, manakala kebaikan yang dilakukan digandakan pahalanya. Justeru, ini adalah peluang untuk kita memperbaiki diri dan meningkatkan amal soleh sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan yang lebih mulia.

Keutamaan Bulan Rejab

1. Bulan Haram yang Dimuliakan Allah
Rejab adalah bulan yang diberi kehormatan khusus oleh Allah SWT. Dalam bulan ini, umat Islam dianjurkan untuk memperbanyak ibadah dan menghindari dosa, kerana dosa yang dilakukan dalam bulan haram dianggap lebih besar, manakala pahala bagi amalan soleh juga dilipatgandakan.

Menurut ulama, bulan haram ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk memperbaiki hubungan dengan Allah SWT melalui amal ibadah, taubat, dan doa.

2. Bulan Persiapan Menuju Ramadan
Rejab adalah bulan yang membuka jalan kepada bulan Syaaban dan Ramadan. Ulama menyebut bahawa bulan ini adalah masa untuk “menanam benih” amal, Syaaban sebagai bulan untuk “menyiram,” dan Ramadan adalah bulan untuk “menuai.”

Maka, Rejab adalah peluang terbaik untuk memulakan latihan diri—seperti meningkatkan kualiti solat, memperbanyakkan puasa sunat, dan memperbaiki bacaan Al-Quran—agar kita lebih bersedia untuk memasuki bulan Ramadan dengan hati dan jiwa yang suci.

3. Peristiwa Isra’ dan Mikraj
Bulan Rejab sering dikaitkan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, menurut sebahagian ulama. Dalam perjalanan luar biasa ini, Nabi Muhammad SAW menerima perintah kewajipan solat lima waktu.

Isra’ dan Mikraj mengingatkan kita akan kepentingan solat sebagai tiang agama dan bagaimana ia menjadi tanda hubungan hamba dengan Allah SWT. Dalam semangat memperingati peristiwa ini, kita dianjurkan untuk memperbaiki kualiti solat dan menjadikan ia lebih khusyuk.

https://t.me/kapsul_tazkirah

hikayat wpcrmo

01 Dec, 15:19


Assalamualaikum wbt. Nak cakap all the best dekat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Buat baik-baik ya, sayang. Jangan mengalah sebelum berjuang. Kalian boleh!

hikayat wpcrmo

17 Nov, 08:18


Assalamualaikum. Siapa yang tak pernah claim lagi, silakanlah claim. Saya izinkan. Yang penting jangan sebarkan secara haram. Terima kasih 😊

hikayat wpcrmo

12 Oct, 11:38


Gais saya nak luah ni. Rumet saya yang saya ajar dia baca ebook saya ni dah reti baca wattpad dan cerita cerita lain. Saya bukan lagi favourite writer dia dah gais 😔

hikayat wpcrmo

30 Sep, 07:40


Assalamualaikum kawan-kawan. Saya rasa lepas ni mungkin penulisan saya akan jadi semakin perlahan (macamlah sekarang ni laju 😌) sebab semester baru dah nak mula. Jadi saya harap kawan-kawan yang menunggu update bersabar dan tidak melupakan saya di sini. Apa-apa nanti saya roger ya? Terima kasih 🫶🏽

hikayat wpcrmo

23 Sep, 08:43


https://www.wattpad.com/story/338130529?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=wipkrimo

hikayat wpcrmo

17 Sep, 16:38


Haritu kan korang, saya baca novel Petrichor oleh penulis Nurul Syahida.

Reviu dan mungkin spoiler di bawah:

Kalau korang nak tahu, novel tu dah lama dah dekat dalam rak, saya je yang takut takut nak baca walaupun reviu novel yang saya tengok semuanya bagitahu yang novel tu best. Mungkin sebab habit yang orang kata 'save the best for last' yang membuatkan saya lagi lambat nak baca novel tu. Tapi haritu saya blindly pilih buku apa yang hendak dibaca dan terpilih novel tu. And guess what? Best weh cerita diaaaa arghh. Saya suka saya suka. Dalam satu hari je saya habiskan bacaan saya tu.

Buku tu memanglah tak tebal mana, sebab tu boleh habiskan dalam masa satu hari. Tapi serius best. Dua jiwa yang patah, melengkapi satu sama lain. Macam incomplete hearts completing each other. Saya suka Sameera, saya suka Jamie, saya suka Affan, saya suka Mirah, sepupu Sameera yang baik gila dan sentiasa ada dengan Sameera. Ned, PA kepada ex-Sameera yang saya rasa is a good friend walaupun cara dalam novel tu nampak macam Sameera annoyed dengan Ned kadang-kadang but still yeah, Ned is a good friend to Sameera. Saya suka Suhaimi yang sentiasa support dan sedar apa yang berlaku pada abang dia, Jamie. Awal-awal tu saya takut dengan mak Sameera. Saya takut dia akan jadi punca kita dapat sad ending atau hancurkan segala-galanya tapiii kita dapat happy endinggg yeayyy.

Okaylah gais, itu je. Sesiapa yang ada Petrichor dekat dalam rak tbr korang, cepat-cepatlah bacaa hehe. Sekian, terima kasih.

hikayat wpcrmo

14 Sep, 15:51


Btw sorryyyy sangat kalau rasa macam bab ni badly written. Sebab saya pun rasa gituu. Nanti saya akan cuba betulkan dan elokkan kalau ada rezekii. Terima kasih sudi baca!

hikayat wpcrmo

14 Sep, 15:50


Hai, kalau ada masa singgahlah baca bab 23 ni 🫶🏽

hikayat wpcrmo

14 Sep, 15:49


https://www.wattpad.com/1475832910?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=wipkrimo

hikayat wpcrmo

14 Sep, 09:21


Ye tahu slow tapi tulah, sajalah kan nak bagitahu

hikayat wpcrmo

14 Sep, 09:21


KTK dah tulis sampai bab 11

hikayat wpcrmo

14 Sep, 09:21


Hai saja nak bagitahu

hikayat wpcrmo

13 Sep, 18:20


Okpleasebacasmileguystqbye!

hikayat wpcrmo

13 Sep, 18:19


Dann tadaaaa ada watak baruuu 🫶🏽

hikayat wpcrmo

13 Sep, 18:18


Maap untuk late update nya gais

hikayat wpcrmo

13 Sep, 18:18


https://www.wattpad.com/1475821467?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=wipkrimo

hikayat wpcrmo

06 Sep, 08:48


Btw, irl, bintang and purnama ialah adik kembar saya yang tak seiras yang kadang kadang annoying, kadang kadang comforting. "Dulu masa dalam perut suka bergaduh, dah keluar dari perut pun masih suka bergaduh." Itu yang saya suka cakap kat diorang bila diorang barcakar hahahaha. My aidil fitri, may both of you grow up well and loved by many. Ilygsm ❤️

hikayat wpcrmo

06 Sep, 08:44


Hai everyone, just to inform that today is our beloved Rara's birthday. Ooohh andd kesayangan kita, Bintang dan Purnamaa punya hari lahir. Happy birthday sayang sayang sayaa 🫶🏽❤️💋

hikayat wpcrmo

30 Aug, 16:17


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-67 SEMUAAA 🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Selamat menyambut hari kemerdekaan dengan penuh rasa kasih dan sayang pada negara. Jadilah rakyat yang berterima kasih dan memberi yang terbaik untuk negara demi mereka yang sudah bertumpah darah serta bermandi keringat untuk kita suatu kala dahulu dan juga yang sedang sekarang. Merdeka itu bukan sahaja pada negara, tetapi pada jiwa kita, anak Malaysia selamanya 🫶🏽❤️

#SayaBanggaMenjadiAnakMalaysia