۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ @hijrahwithukhtysyafii Channel on Telegram

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

@hijrahwithukhtysyafii

﴿ وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ ﴾
Dalam kesibukan dunia, jangan lupa bahawa jiwa kita akan lebih tenang bila dekat dengan Allah. Kejar akhirat dunia pasti menyusul,
أَن شَاءَ اللَّهُ.

hijrahwithukhtysyafii (Arabic)

هل تبحث عن قناة تليجرام تقدم لك الدعم والتحفيز لتحقيق الهجرة الصالحة؟ إذاً، قناة "هجرة مع أخواتي شافي" هي ما تبحث عنه! تضم القناة مجموعة من النساء القويات والملهمات اللاتي يهتمن بتعزيز الإيمان والتحفيز على الطريق الصحيح. تمتاز القناة بالأجواء الإيجابية والمحتوى الملهم الذي يعزز الروح ويقوي العزيمة. بغض النظر عن التحديات التي تواجهها، ستجد في هذه القناة الدعم الذي تحتاجه لتحقيق أهدافك وتحقيق أحلامك. انضم إلينا اليوم وكن جزءًا من مجتمع يسعى للتطوير الذاتي والتحفيز المستمر. مع هجرة مع أخواتي شافي، ستجد الدعم والتحفيز اللازمين للشروع في رحلة التطوير الذاتي والنمو الروحي. انضم اليوم وابدأ رحلتك نحو النجاح والسعادة.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

24 Jan, 07:47

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Kalau video tu mengandungi unsur kebaikan macam ilmu atau nasihat yang baik tetapi ada aurat yang jelas, kita perlu berhati-hati. Walaupun niat kita nak sokong kebaikan, melihat aurat dalam video tetap boleh menimbulkan fitnah atau perkara yang tak sesuai dari sudut agama. Lebih baik kita cuba elak daripada like atau kongsi video yang boleh mendatangkan mudarat, walaupun dalam video tu ada kebaikan. Kita boleh cari alternatif lain seperti mencari video yang sama isi kandungannya tetapi lebih sesuai dari segi penampilan. Wallahua'lam

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

24 Jan, 06:07

Dalam badan wanita terdapat beberapa jenis cecair yang terlibat dalam pelbagai fungsi biologi iaitu cecair darah, cecair peluh, cecair air liur, cecair air kencing dan cecair limfa manakala keluar daripada faraj wanita menyebabkan perlu mandi wajib pula adalah nifas, haidh dan cecair mani seperti semasa hubungan atau mimpi.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

23 Jan, 22:38

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧-𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐘𝐚𝐮𝐦𝐮𝐥 𝐉𝐮𝐦𝐮𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐛𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐡 ❤️

- Perbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

- Membaca surah Al-Kahfi ayat 1-110
- Memotong kuku
- Memakai wangi-wangian bagi muslimin
- Perbanyakan bersedekah
- Perbanyakan baca Al-Quran
- Perbanyakan berdoa pada hari Jumaat (doa mustajab selepas Asar)
- Membaca selawat ummi 80x kali selepas solat Asar

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ تسليما

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

23 Jan, 22:38

⌗ Ringan diucapkan lidah tetapi berat dalam timbangannya. 🕊
۞ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ۞
Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

23 Jan, 15:04

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Tak salah nak guna teknologi selagi benda tu tak melalaikan atau membawa kepada perkara yang tak baik. Kalau sekadar suka-suka nak try aplikasi AI yang boleh chat dengan watak movie macam Navi tu okay je asalkan tak sampai obses atau abaikan tanggungjawab. Tapi kalau sampai terlalu leka, better rethink balik sebab Islam ajar kita untuk gunakan masa dengan benda yang lebih bermanfaat.

Nabi Muhammad ﷺ pernah cakap, "Di antara tanda kebaikan Islam seseorang adalah dia tinggalkan perkara yang tak beri manfaat." (HR Tirmidzi)

So, apa-apa pun kena ada balance dan always check niat kita.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

23 Jan, 15:01

Mengenai solat hajat, memang sangat digalakkan untuk dilakukan seawal mungkin. Tiada masalah untuk mula berdoa dan memohon kejayaan dalam SPM dari sekarang. Ini menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh dan keyakinan kepada Allah. Solat hajat boleh dilakukan pada bila-bila masa, terutama pada waktu yang mustajab seperti sepertiga malam. Semoga Allah permudahkan urusan dan berikan kejayaan cemerlang.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

23 Jan, 15:01

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Istikharah ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk daripada Allah dalam membuat sesuatu keputusan, terutama perkara yang ragu-ragu.

1. Waktu: Boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan solat, tetapi sebaiknya pada waktu malam selepas solat Isyak.
2. Niat: "نَوَيْتُ أَنْ أُصَلِّيَ صَلَاةَ الِاسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى" (Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala)
3. Bacaan: Rakaat pertama selepas Al-Fatihah, boleh baca surah Al-Kafirun, dan rakaat kedua, surah Al-Ikhlas.
4. Doa: Setelah selesai solat, bacalah doa istikharah dengan penuh pengharapan agar Allah memberi petunjuk yang terbaik.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

23 Jan, 03:34

Ada ketika kita kebingungan dalam hidup ini hingga tiada mampu untuk berdoa lantaran tiada tahu apa yang mahu diminta maka BERSELAWAT sahaja dengan menyerah sepenuh hidup kepada iradah الله, DIA Yang Maha Mengetahui keinginan terbaik untukmu walaupun kau sendiri buntu apa keinginanmu.

– 𝑾𝒂𝒍𝒊𝒅 𝑰𝒃𝒓𝒂𝒉𝒊𝒎 𝑨𝒍 𝑴𝒂𝒍𝒊𝒌

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

23 Jan, 03:27

Sebaik-baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

23 Jan, 00:21

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Akak akan ajar dia tentang toharoh dulu sebab kebersihan tu benda paling asas dalam Islam. Kalau tak bersih, ibadah pun tak sah.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

22 Jan, 00:58

Pakai serban sebesar bakul, sejadah dari Turki, angkat takbir solat macam panglima perang, baca Al-Fatihah macam Sheikh Basit, rakaat pertama baca surah Al-Baqarah, rakaat kedua baca surah An-Nisa, solatnya lama sampai 3 jam setengah tapi dirakaat terakhir dalam tahiyyat akhir dia terkentut sekali ja, maka batal juga solatnya tak kira sehebat mana solatnya sekalipun.

Begitulah juga aqidah kita. Sekali kita silap cakap, contohnya kata Allah tidak adil, maka batal aqidah tidak kira walau kita dah pergi haji 18 kali. Bila batal aqidah, maka dulu kini dan selamanya di dalam oven api neraka. Nauzubillahi min Zalik. Tuntutlah ilmu, belajar ilmu tauhid untuk memantapkan aqidah agar terpelihara dari murtad tanpa disedari.

~(Harga Aqidah)~
~> Boleh jatuh murtad melalui 3 perkara: Hati (Iktiqad), Perkataan, dan Perbuatan.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

21 Jan, 21:55

Tidak berdosa membaca Yasin sambil duduk di atas lantai, walaupun jenazah berada di atas katil. Dalam Islam, kedudukan seseorang semasa membaca al-Quran tidak disyaratkan mesti lebih tinggi atau sama tinggi dengan sesuatu. Apa yang lebih utama adalah keikhlasan hati dan adab seperti dalam keadaan suci, menutup aurat, serta menjaga kesopanan. Duduk di lantai juga merupakan amalan yang biasa dalam budaya masyarakat kita dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

21 Jan, 05:54

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
نَوَيْتُ قِرَاءَةَ سُورَةِ ٱلْفَاتِحَةِ وَأُهْدِي ثَوَابَهَا إِلَى (اسم المتوفى) وَإِلَى جَمِيعِ ٱلْمُسْلِمِينَ وَٱلْمُسْلِمَاتِ، ٱلْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَٱلْأَمْوَاتِ، لِلَّهِ تَعَالَى.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (3) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاِلِّينَ (7)

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

21 Jan, 05:47

Setiap nafas yang dihela mendekatkan kita kepada kematian. Setiap detik yang berlalu adalah peringatan bahawa dunia ini hanyalah persinggahan. Hidup yang kita jalani bukan sekadar untuk memenuhi keperluan duniawi, tetapi sebagai persiapan menuju alam yang kekal abadi. Setiap langkah yang diambil, setiap kata yang diucap dan setiap amalan yang dilakukan seharusnya membawa kita lebih hampir kepada reda-Nya. Maka, jangan biarkan kehidupan ini berlalu sia-sia. Gunakan setiap peluang untuk memperbaiki diri, memperbanyak amal dan mendekatkan diri kepada Allah. Kerana akhirnya, apa yang akan tinggal hanyalah amal dan rahmat-Nya yang menjadi penentu nasib kita di akhirat kelak.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

20 Jan, 15:10

Tidak mengapa jika dipersalahkan kerana kita memang banyak salah. Tidak mengapa disangka buruk kerana kita memang banyak keburukan. Tidak mengapa jika dibenci kerana kita sendiri pun masih tega membenci. Disamping Allah tahu siapa kita, kita sendiri pun dapat mengagak siapa kita yang sebenarnya sekiranya kita jujur dengan diri sendiri. Manusia hanya mengungkapkan apa yang tidak kita sukai kerana keegoan diri. Ingatlah wahai diri, permulaan mujahadah untuk menjadi manusia yang baik itu bermula dengan tidak merasa diri lebih baik daripada manusia lain.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

20 Jan, 14:59

Kadang kita sedar kita banyak silap tapi degil tak mahu berubah, masih lagi tak mahu berusaha untuk mendekat kepada Tuhan. Kalau tak mahu berubah macam mana nak sembuh segala luka dan penyakit yang ada dalam hati? Don't be someone who regrets things but does not want to move on. Batu saja yang duduk diam sebab dia batu. Manusia ni Tuhan dah beri kesempurnaan fizikal dan akal, maka malulah kalau masih lagi berada pada tahap diri dan emosi yang sama sedangkan kita sebagai manusia sepatutnya sentiasa maju ke hadapan.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

20 Jan, 11:53

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Boleh, jika niatnya untuk menahan nafsu dan mendekatkan diri kepada Allah, itu adalah sesuatu yang baik dan dianjurkan.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

20 Jan, 09:13

Seorang Guru Sufi ditanya tentang 2 keadaan manusia:

1. Manusia rajin sekali ibadahnya, namun sombong, angkuh dan selalu merasa suci.
2. Manusia yang tak pernah ibadah, namun akhlaknya begitu mulia, rendah hati, santun, lembut dan cinta dengan sesama.

Lalu Sang Guru Sufi menjawab:
Keduanya baik; boleh jadi suatu saat si ahli ibadah yang sombong menemukan kesedaran tentang akhlaknya yang buruk dan dia bertaubat lalu ia akan menjadi peribadi yang baik zahir dan batinnya. Dan yang kedua boleh jadi sebab kebaikan hatinya, Allah akan menurunkan hidayah lalu ia menjadi ahli ibadah yang juga memiliki kebaikan zahir dan batin.

Kemudian orang tersebut bertanya lagi, "lalu siapa yang tidak baik kalau begitu?"

Sang Guru Sufi menjawab:
"Yang tidak baik adalah kita, orang ketiga yang selalu mampu menilai orang lain, namun lalai dari menilai diri sendiri."

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

01 Jan, 13:42

Gurauan pun kena jaga batas sebab setiap perkataan kita ada kesannya. Kalau kita main-main dengan benda haram, takut nanti hati makin biasa dengan benda tu. Sebaiknya cari gurauan yang boleh buat orang senang hati tanpa hilang keberkatan. Setiap perkataan yang kita ucapkan akan dihisab, walaupun sekadar gurauan. Kata-kata kita mencerminkan hati, jadi kalau hati kita terbiasa dengan perkara yang melanggar syariat lama-lama ia boleh mempengaruhi tindakan kita. Bukankah lebih baik kalau gurauan kita jadi sebab orang lain dapat inspirasi atau pahala? Kadang-kadang, benda kecil macam ni boleh bawa kesan besar sama ada baik atau buruk. Jadi, pilihlah kata-kata yang bukan sahaja menyeronokkan tapi juga memberi manfaat.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

01 Jan, 12:58

Wanita solehah itu,
Di hatinya tersimpan sekeping hati yang gerun kepada azab Allah. Di jiwanya tersembunyi rasa kasih dan cinta yang menggunung kepada Ilahi melebihi cintanya kepada sang makhluk dan dirinya sendiri. Dia memahami hakikat diri cuma hamba abadi. Lantas dipautkan seluruh perjalanan hidup mencari redha ya Rabbi.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

01 Jan, 11:11

Nasihat Lukman Al-Hakim kepada anaknya tentang kehidupan.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

01 Jan, 07:31

1. Jika termakan sesuatu dengan tidak sengaja semasa puasa ganti atau puasa sunat, puasa tidak batal. Dalam Islam, termakan dengan tidak sengaja dimaafkan berdasarkan hadis Nabi Muhammad ﷺ:
"Sesungguhnya Allah telah mengampuni umatku kerana tersalah, terlupa dan kerana dipaksa." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

2. Jika termakan sesuatu tanpa sengaja dalam keadaan ini, puasa masih sah kerana ia termasuk dalam kategori lupa atau tersalah.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

31 Dec, 09:49

Rejab adalah kunci kebaikan dan ibadah menuju Ramadan.

Berkata Abu Bakar Al-Warraq Al-Balkhi: "Bulan Rejab bulan menanam pokok, Bulan Sya'ban bulan menyiram pokok dan Bulan Ramadan bulan menuai buahnya"

Rejab merupakan bulan haram, bulan istimewa disisi Allah.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

31 Dec, 09:15

Pada malam tahun baru merupakan malam 1 rejab. Malam tahun baru yang jatuh pada malam 1 Rejab adalah peluang yang sangat bermakna untuk muhasabah diri dan meningkatkan amalan. Rejab adalah bulan mulia dalam Islam yang menjadi salah satu daripada bulan haram. Dalam bulan ini, umat Islam digalakkan memperbanyakan ibadah seperti solat sunat, puasa, zikir dan istighfar.

Selain itu, malam tahun baru ini boleh dijadikan masa untuk merenung pencapaian sepanjang tahun dan merancang amalan yang lebih baik untuk masa hadapan. Doa pada malam tersebut juga amat mustajab, jadi ia peluang yang baik untuk memohon keberkatan dan keampunan daripada Allah.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

28 Dec, 09:30

Hal ini kerana apabila seseorang sentiasa mengingati kehidupan akhirat, hidup berdekatan dengan Tuhan Yang Maha Esa, dan memusatkan perhatian serta keinginannya kepada akhirat, ia menunjukkan kesempurnaan pemahamannya terhadap hak Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى. Ia juga mencerminkan ketepatan akidahnya, kefahamannya dalam menempuh jalan pengabdian kepada Allah, dan kejayaannya melepaskan diri daripada kelekatan kepada kehidupan dunia yang zahir serta perhiasannya, seperti mana keadaan orang-orang yang hanya hidup untuk dunia semata-mata.

Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى berfirman:
"Maka berpalinglah dari orang yang berpaling dari peringatan Kami dan hanya menginginkan kehidupan dunia. Itulah batas pengetahuan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."
(Surah an-Najm, ayat 29-30)

(𝑨𝒍𝒍𝒂𝒎𝒂𝒉 𝒂𝒍-𝑻𝒉𝒂𝒃𝒂𝒕𝒉𝒂𝒃𝒂'𝒊, 𝒂𝒍-𝑴𝒊𝒛𝒂𝒏 𝒇𝒊 𝑻𝒂𝒇𝒔𝒊𝒓 𝒂𝒍-𝑸𝒖𝒓'𝒂𝒏, 𝒋𝒊𝒍𝒊𝒅 17)

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

28 Dec, 06:46

Seseorang merasa bahagia bukan kerana ia memiliki banyak harta tetapi kerana ia tidak membandingkan apa yang ia miliki dengan milik orang lain. Belum tentu yang ahli maksiat masuk neraka, belum tentu yang ahli ibadah masuk syurga kerana dosa dapat terhapus dengan kesungguhan taubat dan pahala dapat terhapus dengan ujub dan riya. Jangan jadikan pandangan mata ini seperti mata lalat yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk yakni yang hanya melihat keburukan dan kesalahan orang lain. Jadikanlah pandangan mata ini seperti mata lebah yang hanya memandang wangi-wangian dan keindahan, yang hanya memandang kebaikan orang lain sehingga melupakan keburukan orang lain.

Semakin kita memperbanyakan perbuatan baik, memperbanyakan ketaatan maka perbuatan buruk secara automatik berkurang. Semakin banyak mengamalkan sunnah, maka perbuatan bid'ah perlahan-lahan hilang, semakin sibuk mencari kekurangan diri, semakin besar rasa takut kepada Allah dan akan semakin berhati-hati dalam sikap, ucap dan perbuatan. Tahukah sahabat, bagaimana cara membersihkan hati? Iaitu dengan mendo'akan kebaikan untuk orang yang kita benci.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

27 Dec, 07:40

Di akhir zaman ini hidup umat Nabi Muhammad ﷺ sekarang ini adalah hidup dalam semua zaman kenabian di dalam satu zaman.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

26 Dec, 22:42

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧-𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐘𝐚𝐮𝐦𝐮𝐥 𝐉𝐮𝐦𝐮𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐛𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐡 ❤️

- Perbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

- Membaca surah Al-Kahfi ayat 1-110
- Memotong kuku
- Memakai wangi-wangian bagi muslimin
- Perbanyakan bersedekah
- Perbanyakan baca Al-Quran
- Perbanyakan berdoa pada hari Jumaat (doa mustajab selepas Asar)
- Membaca selawat ummi 80x kali selepas solat Asar

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ تسليما

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

26 Dec, 22:42

⌗ Ringan diucapkan lidah tetapi berat dalam timbangannya. 🕊
۞ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ۞
Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

26 Dec, 15:00

Yang melelahkan adalah saat engkau sibuk mencari-cari tempat di hati manusia, mengupayakan segala cara untuk mendapatkan perhatiannya. Padahal ada jalan yang lebih baik untuk mendapatkan sesuatu yang tak sebanding dengan itu, adalah berlelah-lelah untuk mendapatkan perhatian-Nya. Menjadi yang harum namanya di antara penduduk langit kerana Allah membanggakan nama kita di hadapan penduduk langit. مَاشَاءَ ٱللَّٰهُ.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

26 Dec, 12:25

Mintalah perlindungan Allah dengan lisan, sentiasalah ucapkan kalimah istia'zah (أَعُذُ باللَّهِ مِنَ الشَّيْطاَنِ الرَّجيم). Mintalah perlindungan Allah dengan hati yang ikhlas kerana keikhlasan itu adalah benteng daripada tipu daya syaitan. Firman Allah:

"Iblis berkata, 'Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka."
(Surah al - Hijr 15: 39 - 40)

Perangilah syaitan dengan usaha yang terus menerus untuk akrab dengan Allah. Carilah kecintaan Allah dengan beriman dan beramal. Kemudian, serahkan segala urusan dengan bertawakal kepada-Nya. Jangan bersandar kepada kekuatan diri, celikkan mata hati untuk melihat kebesaran Allah walaupun mata kepala kita buta untuk melihat syaitan. Ya, sandarkanlah segala-galanya kepada Allah.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

26 Dec, 10:21

Orang yang beriman sentiasa mempersiapkan bekalan, manakala orang kafir hanya berseronok dengan kehidupan dunia. Seorang Mukmin mempersiapkan bekalan kerana dia tahu dirinya sedang dalam perjalanan menuju akhirat. Baginya, sedikit harta dunia sudah memadai kerana yang banyak disalurkan untuk bekalan akhirat. Dia hanya mengambil sekadar yang diperlukan seperti seorang musafir yang membawa barang secukupnya agar mudah dalam perjalanan. Segala usaha dan hartanya diorientasikan untuk akhirat.

Imam Hasan Al-Bashri pernah berkata, "Seorang Mukmin cukup dengan sesuatu yang sedikit: segenggam kurma dan seteguk air."

Orang beriman mengumpulkan tenaga untuk perjalanan, sedangkan orang munafik membazirkan tenaga. Seorang Mukmin menyimpan tenaganya kerana sedar bahawa dia belum sampai ke destinasi akhir. Dia yakin di tempat tujuan itu akan tersedia segala yang diinginkannya.

Sebaliknya, seorang munafik tidak memiliki tujuan hidup yang jelas. Hidup mereka tanpa arah dan waktu mereka dihabiskan begitu sahaja tanpa makna. Aku melihat mereka menyalahgunakan peluang kehidupan dunia ini. Mereka turut mempermainkan agama demi kepentingan sendiri. Berubahlah! Dengan perubahan itu, kalian akan berada di jalan yang benar. Ingatlah, dunia ini tidak kekal untuk sesiapa pun termasuk mereka yang sedang leka dengannya.

— 𝑺𝒚𝒆𝒌𝒉 𝑨𝒃𝒅𝒖𝒍 𝑸𝒂𝒅𝒊𝒓 𝑨𝒍-𝑱𝒂𝒊𝒍𝒂𝒏𝒊, 𝑭𝒂𝒕𝒉 𝑨𝒓-𝑹𝒂𝒃𝒃𝒂𝒏𝒊.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

26 Dec, 08:08

Allah telah menciptakan tiga jenis makhluk dengan susunan yang berbeza:
1. Allah menciptakan Malaikat, diberikan akal tetapi tidak diberi syahwat.
2. Allah menciptakan haiwan, diberikan syahwat tetapi tidak diberi akal.
3. Allah menciptakan manusia, diberikan akal dan juga syahwat.

Barangsiapa yang syahwatnya lebih menguasai akalnya, maka haiwan lebih baik daripadanya. Dan barangsiapa yang akalnya lebih menguasai syahwatnya, maka dia lebih baik daripada Malaikat.

📚 𝑴𝒖𝒌𝒂𝒔𝒚𝒂𝒇𝒂𝒕𝒖𝒍 𝑸𝒖𝒍𝒖𝒃

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

02 Dec, 14:15

𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐜𝐮𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 3 𝐡𝐚𝐫𝐢:
1. Semalam - Sudah menjadi sejarah.
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan.
3. Esok - Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐜𝐮𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 2 𝐧𝐚𝐟𝐚𝐬:
1. Nafas Naik > Udara yang disedut adalah nikmat Allah yang diberi secara percuma. Gunakanlah ia untuk mencari keredhaan-Nya.
2. Nafas Turun > Bersegeralah bertaubat kerana mungkin ia adalah nafas terakhir yang keluar bersama nyawa meninggalkan dunia yang fana ini.

𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐜𝐮𝐦𝐚 𝐚𝐝𝐚 2 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧:
1. Hidup dalam keredhaan Allah.
2. Hidup dalam kemurkaan Allah.

𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐛𝐚𝐝𝐢 𝐜𝐮𝐦𝐚 𝐚𝐝𝐚 2 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭:
1. Kekal di dalam neraka.
2. Kekal di dalam syurga.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

01 Dec, 14:00

Before sleep 🤍
• "Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil adzhiim. Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallaahu Allaahu akbar"
• 'Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar wa laa haula walaa quwwata illaa billaah'
• bacaan sayyidul istighfar :3
اللهم أنت ربي لا اله الا انت ، خلقتني و انا عبدك ،وانا على عهدك ، ووعدك ما استطعت ،. اعوذ بك من شر ما صنعت ، ابوء لك بنعمتك علي ، وابوء بذنبي ، فاغفر لي فانه لا يغفر الذنوب الا انت .
• lepastu baca doa tidur, tiga kul, ayat kursi, syahadah, tidur 🤍.

Don't forget Al-mulk & Al-Kahfi
> https://t.me/hijrahwithukhtysyafii/8570?single

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

01 Dec, 09:39

Walaupun dunia ini diciptakan untuk kamu tetapi kamu diciptakan untuk Allah bukannya untuk dunia itu. Dan Itu hakikat kamu diciptakan untuk menghambakan diri kepada Allah untuk mentakzimkan, memuliakan, mengagungkan apa yang telah dimuliakan yang telah diagungkan oleh Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

01 Dec, 09:15

No matter how good or bad you think life is, wake up each day and be thankful for life. Someone somewhere else is fighting to survive. Please keep in mind that Allah never puts you to a test more that what you can bear. So if you are in a bad situation, remember you can come out of it!

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

01 Dec, 09:04

⌗ Ringan diucapkan lidah tetapi berat dalam timbangannya. 🕊
۞ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ۞
Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

29 Nov, 14:00

Before sleep 🤍
• "Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil adzhiim. Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallaahu Allaahu akbar"
• 'Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar wa laa haula walaa quwwata illaa billaah'
• bacaan sayyidul istighfar :3
اللهم أنت ربي لا اله الا انت ، خلقتني و انا عبدك ،وانا على عهدك ، ووعدك ما استطعت ،. اعوذ بك من شر ما صنعت ، ابوء لك بنعمتك علي ، وابوء بذنبي ، فاغفر لي فانه لا يغفر الذنوب الا انت .
• lepastu baca doa tidur, tiga kul, ayat kursi, syahadah, tidur 🤍.

Don't forget Al-mulk & Al-Kahfi
> https://t.me/hijrahwithukhtysyafii/8570?single

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

29 Nov, 13:26

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Soal memakai kuku palsu depan mahram ini ada perbincangan dalam kalangan ulama. Umumnya, kuku palsu dianggap seperti hiasan tambahan dan tidak ada larangan khusus untuk memakainya di hadapan mahram. Namun, yang penting adalah memastikan ia tidak mengganggu kebersihan dan kewajipan berwuduk sebab kalau kuku palsu itu menutupi kuku asli, maka wuduk tidak sah.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

29 Nov, 12:45

Please dont stop making dua thinking Allah is not responding you. The response to your dua may take different forms:

Either Allah will respond and fulfill what you asked for, or He will ward off some evil from you because of the dua, or He will make something good easy for you to attain because of it or He might leave all the benefits to akhirat. All your duas are answered, be patient! 🤍

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

29 Nov, 11:22

Saya sentiasa pegang ayat ini...

Jangan biarkan kesulitan hari ini merampas kebahagiaan yang telah Allah janjikan di masa depan.

Kebaikan yang kecil dilakukan dengan ikhlas lebih besar nilainya di sisi Allah daripada kebaikan besar yang dilakukan dengan riak.

Hidup ini seperti bayangan; jika kita melangkah ke depan, ia juga akan melangkah ke depan. Jika kita mundur, ia juga akan mundur. Oleh itu, jangan takut untuk melangkah ke depan dalam kebaikan.

Orang yang bijak adalah orang yang belajar dari pengalaman, tetapi orang yang lebih bijak adalah orang yang belajar dari pengalaman orang lain.

Jika kamu ingin melihat masa depanmu, lihatlah amalanmu sekarang. Jika ingin perubahan, mulailah dari dirimu sendiri.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

28 Nov, 22:58

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧-𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐘𝐚𝐮𝐦𝐮𝐥 𝐉𝐮𝐦𝐮𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐛𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐡 ❤️

- Perbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

- Membaca surah Al-Kahfi ayat 1-110
- Memotong kuku
- Memakai wangi-wangian bagi muslimin
- Perbanyakan bersedekah
- Perbanyakan baca Al-Quran
- Perbanyakan berdoa pada hari Jumaat (doa mustajab selepas Asar)
- Membaca selawat ummi 80x kali selepas solat Asar

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ تسليما

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

28 Nov, 22:58

⌗ Ringan diucapkan lidah tetapi berat dalam timbangannya. 🕊
۞ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ۞
Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

28 Nov, 14:00

Before sleep 🤍
• "Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil adzhiim. Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallaahu Allaahu akbar"
• 'Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar wa laa haula walaa quwwata illaa billaah'
• bacaan sayyidul istighfar :3
اللهم أنت ربي لا اله الا انت ، خلقتني و انا عبدك ،وانا على عهدك ، ووعدك ما استطعت ،. اعوذ بك من شر ما صنعت ، ابوء لك بنعمتك علي ، وابوء بذنبي ، فاغفر لي فانه لا يغفر الذنوب الا انت .
• lepastu baca doa tidur, tiga kul, ayat kursi, syahadah, tidur 🤍.

Don't forget Al-mulk & Al-Kahfi
> https://t.me/hijrahwithukhtysyafii/8570?single

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

28 Nov, 13:37

Hidup bersama al-Quran sangat berbeza dengan kehidupan sebelumnya. Dengan berjalannya waktu, dapat engkau perhatikan bagaimana akhlakmu, ucapanmu, cara pemikiranmu, semangatmu dan ketenangan hatimu akan sangat jauh berbeza daripada sebelumnya. Bahkan, hubunganmu dengan Allah akan menjadi semakin kuat dan erat. Kesusahan serta kesulitan hidup akan kelihatan semakin kecil di matamu dan ia akan segera lenyap dengan keberkahan al-Quran. Engkau tidak akan berasa rugi kehilangan sesuatu selama al-Quranul Karim senantiasa mengisi dan memenuhi hatimu. أَن شَاءَ اللَّهُ

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

28 Nov, 11:18

“Puncak dari kesabaran, iaitu ketika kamu diam padahal dalam hatimu ada luka yang berbicara, dan puncak dari kekuatan iaitu ketika kamu bisa tersenyum sedangkan matamu ada seribu air mata.”

- 𝑯𝒂𝒃𝒊𝒃 𝑼𝒎𝒂𝒓 𝑩𝒊𝒏 𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅 𝑩𝒊𝒏 𝑺𝒂𝒍𝒊𝒎 𝑩𝒊𝒏 𝑯𝒂𝒇𝒊𝒅𝒛

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

28 Nov, 09:12

⌗ Ringan diucapkan lidah tetapi berat dalam timbangannya. 🕊
۞ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ۞
Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

23 Nov, 14:00

Before sleep 🤍
• "Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil adzhiim. Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallaahu Allaahu akbar"
• 'Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar wa laa haula walaa quwwata illaa billaah'
• bacaan sayyidul istighfar :3
اللهم أنت ربي لا اله الا انت ، خلقتني و انا عبدك ،وانا على عهدك ، ووعدك ما استطعت ،. اعوذ بك من شر ما صنعت ، ابوء لك بنعمتك علي ، وابوء بذنبي ، فاغفر لي فانه لا يغفر الذنوب الا انت .
• lepastu baca doa tidur, tiga kul, ayat kursi, syahadah, tidur 🤍.

Don't forget Al-mulk & Al-Kahfi
> https://t.me/hijrahwithukhtysyafii/8570?single

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

22 Nov, 14:01

21 Nov, 23:33

Akhir zaman ni berat. Nampak orang lain lebih sikit, bahagia sikit, tenang sikit, sihat sejahtera seolah-olah tiada masalah tetapi tidak menunjuk-nunjuk pasti akan ada yang busuk hati. Bagaimana mereka busuk hati? Sihir. Sihir jadi jalan pintas bagi hati yang penuh hasad, kononnya untuk puas hati tengok orang lain jatuh, menderita, atau hidup dalam derita. Padahal, sihir ni bukan je dosa besar, tapi makan diri sendiri juga. Hati tak tenang, hidup tak berkat, dan hubungan dengan Allah pun jauh. Busuk hati macam ni bukan sekadar menyakitkan orang lain, tapi sebenarnya mencipta neraka untuk diri sendiri. اللّٰهُ أَكْبَر‎ semoga mereka balik ke pangkal jalan.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

21 Nov, 23:12

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧-𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐘𝐚𝐮𝐦𝐮𝐥 𝐉𝐮𝐦𝐮𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐛𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐡 ❤️

- Perbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

- Membaca surah Al-Kahfi ayat 1-110
- Memotong kuku
- Memakai wangi-wangian bagi muslimin
- Perbanyakan bersedekah
- Perbanyakan baca Al-Quran
- Perbanyakan berdoa pada hari Jumaat (doa mustajab selepas Asar)
- Membaca selawat ummi 80x kali selepas solat Asar

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ تسليما

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

21 Nov, 23:12

⌗ Ringan diucapkan lidah tetapi berat dalam timbangannya. 🕊
۞ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ۞
Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

19 Nov, 14:01

Before sleep 🤍
• "Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil adzhiim. Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallaahu Allaahu akbar"
• 'Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar wa laa haula walaa quwwata illaa billaah'
• bacaan sayyidul istighfar :3
اللهم أنت ربي لا اله الا انت ، خلقتني و انا عبدك ،وانا على عهدك ، ووعدك ما استطعت ،. اعوذ بك من شر ما صنعت ، ابوء لك بنعمتك علي ، وابوء بذنبي ، فاغفر لي فانه لا يغفر الذنوب الا انت .
• lepastu baca doa tidur, tiga kul, ayat kursi, syahadah, tidur 🤍.

Don't forget Al-mulk & Al-Kahfi
> https://t.me/hijrahwithukhtysyafii/8570?single

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

19 Nov, 13:06

Hidup ini keras, jangan jadikan dunia ini tempat melampaui batas tapi jadikan ia medan untuk mengumpul bekal akhirat. Setiap langkah yang kita ambil biarlah berpandu pada iman sebab dunia ni cuma sementara dan akhirnya semua akan kembali kepada Yang Maha Esa.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

19 Nov, 12:51

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍

Jadilah kamu sepertimana sahabat Nabi ﷺ yang mana suka betul kepada kebaikan iaitu Sayyidina Zaid Al-Khair ‎رضی اللّٰہ عنہ yang sangat suka kepada kebaikan.

Sehingga Nabi ﷺ mengatakan, “Macam mana kamu berpagi-pagi wahai Zaid?” Beliau mengatakan, “Aku ini wahai Rasulullah suka betul kepada kebaikan dan aku suka berbuat baik dan aku sedih kalau tak boleh buat baik. Aku suka kepada orang yang buat baik dan aku suka bersama dengan orang yang berbuat baik.”

Semua dia suka kepada yang baik sehingga Nabi ﷺ mengatakan, “Engkau adalah orang yang baik.”
Sehingga digelarkan daripada Zaid yang suka kepada kuda kepada Zaid yang suka kepada kebaikan.

Macam itulah kita ini. Letakkan diri kita ini kepada yang makruf yang kenal kepada kebaikan.
Macam mana kita nak kenal kepada kebaikan? Iaitu kita selalu berbuat kebaikan dan duduk dengan orang yang baik dan juga cinta sesuatu yang baik. Kita kena jadi macam itu kalau tidak zaman kita ini, dunia akan menghanyutkan kita.

Kita sering tanya macam mana kita nak menggembirakan kepada Baginda Rasulullah ﷺ ? Jawapannya adalah dengan kita selalu mengajak orang lain kepada kebaikan dan meneruskan kerja Rasulullah ﷺ iaitu dengan berdakwah.

— 𝑯𝒂𝒃𝒊𝒃 𝑵𝒂𝒋𝒎𝒖𝒅𝒅𝒊𝒏 𝒃𝒊𝒏 𝑶𝒕𝒉𝒎𝒂𝒏 𝑨𝒍 𝑲𝒉𝒆𝒓𝒆𝒅

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

19 Nov, 11:28

Para Salik yang tidak melazimi wirid maka tiada warid padanya. Para Guru yang tiada melazimi wirid, bagaimana mungkin memimpin hati para murid?

Wirid adalah makanan ruh. Seperti mana jasad memerlukan makanan, ruh juga sedemikian. Ketika jasadmu semakin sihat tetapi ruhmu kurus kering, maka seluruh dunia akan terasa sempit. Jika jasadmu dilihat lemah tetapi ruhmu segar bugar maka sesempit apa sekalipun akan terasa luas terbentang tiada sempadan padanya.

— 𝑴𝒐𝒉𝒅 𝑵𝒂𝒛𝒓𝒖𝒍 𝑨𝒃𝒅 𝑵𝒂𝒔𝒊𝒓 𝑨𝒍 𝑨𝒛𝒉𝒂𝒓𝒚

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

19 Nov, 10:36

Keikhlasan dalam hati bukanlah sesuatu yang boleh diukur melalui pujian manusia atau apa yang mereka nampak secara zahir. Sebaliknya, ia adalah urusan antara hamba dengan Rabb-nya, di mana niyyah yang tersembunyi dan ijtihad yang dilakukan tanpa mengharapkan balasan duniawi menjadi timbangan utama di sisi Allah. Kalau tiada siapa pun yang tahu atau menghargai, tidak mengapa sebab Allah itu Al-Basir – Dia Maha Melihat segala amal kita, hatta yang sekecil zarah sekalipun. Firman Allah: "Innamā yataqabbalu-Allahu minal muttaqīn" (Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang-orang yang bertaqwa).

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

19 Nov, 10:28

⌗ Ringan diucapkan lidah tetapi berat dalam timbangannya. 🕊
۞ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ۞
Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

16 Nov, 15:30

Before sleep 🤍
• "Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil adzhiim. Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallaahu Allaahu akbar"
• 'Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar wa laa haula walaa quwwata illaa billaah'
• bacaan sayyidul istighfar :3
اللهم أنت ربي لا اله الا انت ، خلقتني و انا عبدك ،وانا على عهدك ، ووعدك ما استطعت ،. اعوذ بك من شر ما صنعت ، ابوء لك بنعمتك علي ، وابوء بذنبي ، فاغفر لي فانه لا يغفر الذنوب الا انت .
• lepastu baca doa tidur, tiga kul, ayat kursi, syahadah, tidur 🤍.

Don't forget Al-mulk & Al-Kahfi
> https://t.me/hijrahwithukhtysyafii/8570?single

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

16 Nov, 09:53

Bila seseorang berada dalam keadaan marah, sakit hati atau sedih sehingga tidak mampu untuk menunjukkan rasa cinta bahkan benci dengan sekelilingnya, maka berhenti dan berundurlah sebentar dari segala kecelaruan dunia serta teruslah berkhalwat dengan Allah dalam keadaan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan kepada-Nya lantas memohon agar ditaburkan kembali benih cinta dan sayang untuk mencintai makhluk-Nya. Seseorang yang mencintai orang yang memusuhinya adalah seorang yang kuat.

— 𝐴𝑑 𝐷𝑎𝑖𝑒 𝐼𝑙𝑎𝑙𝑙𝑎ℎ 𝐴𝑙 𝐻𝑎𝑏𝑖𝑏 𝐴𝑙𝑖 𝐴𝑙 𝐽𝑢𝑓𝑟𝑖

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

16 Nov, 01:31

𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐀𝐓
Mudahnya orang yang terjatuh dalam maksiat adalah ketika seseorang menganggap remeh dan ringan maksiat tersebut, sikap 'mengambil remeh' menjadi titik point orang akan terjerumus dalam maksiat.

"هانوا عليه فعصوه ولو عزوا عليه لعصمهم"

𝐼𝑚𝑎𝑚 𝐴𝑙 𝐻𝑎𝑠𝑠𝑎𝑛 mengatakan, "Ketika menganggap remeh, mereka akan mudah bermaksiat. Apabila selalu berusaha menjaga diri, maka akan terhindar dari perbuatan tersebut."

YaRabb, jagalah diri kami...

📚 𝑱𝒂𝒎𝒊' 𝑰𝒃𝒏𝒖 𝑹𝒂𝒋𝒂𝒃

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

15 Nov, 22:55

𝐌𝐀𝐍𝐔𝐒𝐈𝐀 𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍. 📌

Manusia terbahagi kepada tiga:
١. Golongan menyerupai malaikat.
٢. Golongan menyerupai haiwan.
٣. Golongan menyerupai syaitan.

Adapun yang menyerupai malaikat adalah orang-orang yang beriman, taat kepada Allah siang dan malam. Mereka yang menyerupai haiwan ialah mereka yang hidupnya hanya untuk makan, minum, tidur dan berpasangan. Dan yang menyerupai syaitan ialah mereka yang melakukan dosa siang dan malam.

📚 𝑯𝒂𝒍𝒊𝒚𝒂𝒕𝒖𝒍 𝑨𝒖𝒍𝒊𝒚𝒂

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

15 Nov, 22:27

⌗ Ringan diucapkan lidah tetapi berat dalam timbangannya. 🕊
۞ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ۞
Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

15 Nov, 14:44

Before sleep 🤍
• "Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil adzhiim. Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallaahu Allaahu akbar"
• 'Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar wa laa haula walaa quwwata illaa billaah'
• bacaan sayyidul istighfar :3
اللهم أنت ربي لا اله الا انت ، خلقتني و انا عبدك ،وانا على عهدك ، ووعدك ما استطعت ،. اعوذ بك من شر ما صنعت ، ابوء لك بنعمتك علي ، وابوء بذنبي ، فاغفر لي فانه لا يغفر الذنوب الا انت .
• lepastu baca doa tidur, tiga kul, ayat kursi, syahadah, tidur 🤍.

Don't forget Al-mulk & Al-Kahfi
> https://t.me/hijrahwithukhtysyafii/8570?single

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

15 Nov, 14:37

Tiada guru yang sempurna, kerana sebagai insan, pasti ada kekurangan. Tapi murid yang sibuk mencari-cari kesilapan gurunya hanya akan menzalimi dirinya sendiri. Pernah diceritakan tentang seorang alim, sebelum menuntut ilmu daripada gurunya, dia akan bersedekah dulu dengan niat memohon kepada Allah agar matanya tidak tertumpu pada ‘uyub (kekurangan) gurunya. Ini kerana, kalau hati sibuk tengok ‘uyub guru, barakah ilmu tu boleh hilang begitu saja.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

15 Nov, 14:12

إن تنصروا الله ينصركم
"Kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu"

Bagi orang yang ada keyakinan begini dengan Allah, dia tidak kisah lagi sama ada cukup atau tidak kerana yang mencukupkan itu ialah Allah. Tapi oleh kerana kita ini sudah berpegang teguh dengan duit atau harta yang mencukupkan, itu yang menyebabkan kita buat kerja melebihi had kemampuan.

Maka apabila kita buat kerja 8 jam sehari sama ada cukup atau tidak cukup, kena tawakal kepada Allah. Tapi kalau buat kerja agama 24 jam pun tidak mengapa kalau kamu mampu. Buat kerja Allah tidak ada hadnya. Tapi ini yang kita tidak mampu buat. Bukan tidak mampu tapi tidak mahu sebab tidak sinonim dengan nafsu.

Kita sering merungut kepada diri kita, "Kenapalah aku ini malas nak buat ibadah". Maka terhenti diatas merungut tanpa mengatasi kemalasan itu. Maka apabila sudah ada perasaan dalam hati akan satu perasaan akan malas itu, sebenarnya ini adalah hidayah @ petunjuk Allah agar kita berubah dan tingkatkan Iman serta ibadah. Terkadang hasil daripada kita menuntut ilmu atau ibadah, Allah buka petunjuk bagi orang-orang bertakwa.

Antaranya:
• Rasa ingin menambah ibadah.
• Rasa menyesal tidak banyak ibadah.

Maka jangan kita mensia-siakan perasaan itu. Kata Ulama' Tasawwuf, ditakuti ia hilang begitu sahaja. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

Sudah rasa begitu jangan berhenti diatas sekadar rasa malas, tetapi tidak ada rasa inisiatif untuk melangkah ke hadapan. Ini semua hidayah Allah semata-mata.

Namun kata Imam Al-Ghazali,
Apabila kita sudah terasa, "sebenarnya aku duduk didalam kemalasan", maka kita nak keluar dari belenggu kemalasan itu, amat payah.

Menangislah kamu kepada Allah, merayu agar dihilangkan malas itu. Sujudlah kepada Allah, menangislah minta tolong. "Ya Allah, aku ini telah Kau kurniakan hidayah tetapi aku ini malas sungguh nak melaksanakannya. Tolonglah aku ya Allah"

Dan setengah di antara waktu malam itu maka hendaklah kau sujud bagi Allah. Minta tolong dengan Allah agar hilang sifat malas, hilang sifat suka kepada lagha apatah lagi kalau sifat yang suka kepada maksiat.

Ilmu, Guru Mursyid dan Wali Allah tidak boleh nak membentuk kita. Yang boleh membentuk kita lalah Allah. Kata Nabi, "Sesungguhnya aku hanya pemberitahu, Allah jualah yang memberi hidayah"

Maka kalau kita ada Guru Mursyid sekalipun, kalau kita tidak sungguh-sungguh dengan Allah, Guru itu tidak dapat memberi hidayah. Guru hanya boleh tunjuk jalan tapi kita yang kena berjalan sendiri.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

15 Nov, 13:50

Tuhan sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah.

Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati, "أَن شَاءَ اللَّهُ selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan."

Husnuzon itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan.

Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita bahawa hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.

Bersangka baiklah dengan Allah dan bersangka baiklah dengan diri itulah jalan ke arah ketenangan sejati.

اَللهُم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمّدٍ

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

15 Nov, 12:20

Selagi kita mengharap pujian manusia, selagi kita mengharap semua orang mencintai kita, selagi kita mengharap semua orang pandang kita, selagi kita mengharap semua orang sokong dan kagum dengan kita, selagi itulah hati kita takkan puas dan TAKKAN bahagia. Kerana apa? Kerana semua itu adalah satu KEMUSTAHILAN yang sangat jelas. Kebahagiaan itu hanya apabila kita mengharapkan redha, pujian dan kasih sayang Allah walaupun kita terpaksa melalui jalan yang dipenuhi dengan kebencian dan caci maki manusia kepada kita. Kejar Allah. Sungguh, itulah kebahagiaan.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

15 Nov, 10:07

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, cinta tu fitrah tapi penting untuk jaga hati dan bawa ke arah yang baik. Kalau rasa dah mula serius, cuba pastikan niat tu untuk kebaikan, bukan sekadar ikut perasaan semata-mata. Lebih baik fokus pada bina diri dan kejar impian, sambil berdoa supaya Allah tunjuk jalan terbaik. Kadang-kadang kita rasa suka tu dah cukup tapi kebahagiaan yang sebenar datang bila kita cari redha Allah dalam apa yang kita buat. Semoga Allah bimbing awak dan beri kebahagiaan yang hakiki. آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

15 Nov, 09:52

Like an expression...

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

14 Nov, 22:43

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧-𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐘𝐚𝐮𝐦𝐮𝐥 𝐉𝐮𝐦𝐮𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐛𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐡 ❤️

- Perbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

- Membaca surah Al-Kahfi ayat 1-110
- Memotong kuku
- Memakai wangi-wangian bagi muslimin
- Perbanyakan bersedekah
- Perbanyakan baca Al-Quran
- Perbanyakan berdoa pada hari Jumaat (doa mustajab selepas Asar)
- Membaca selawat ummi 80x kali selepas solat Asar

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ تسليما

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

14 Nov, 22:43

⌗ Ringan diucapkan lidah tetapi berat dalam timbangannya. 🕊
۞ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ۞
Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

14 Nov, 14:02

Before sleep 🤍
• "Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil adzhiim. Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallaahu Allaahu akbar"
• 'Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar wa laa haula walaa quwwata illaa billaah'
• bacaan sayyidul istighfar :3
اللهم أنت ربي لا اله الا انت ، خلقتني و انا عبدك ،وانا على عهدك ، ووعدك ما استطعت ،. اعوذ بك من شر ما صنعت ، ابوء لك بنعمتك علي ، وابوء بذنبي ، فاغفر لي فانه لا يغفر الذنوب الا انت .
• lepastu baca doa tidur, tiga kul, ayat kursi, syahadah, tidur 🤍.

Don't forget Al-mulk & Al-Kahfi
> https://t.me/hijrahwithukhtysyafii/8570?single

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

14 Nov, 13:35

Sesungguhnya setiap hati yang bercahaya, cahaya kecintaan pada Nabi Muhammad ﷺ selalu gemar membaca selawat dan salam kepadanya. Tidak diragukan lagi hati tersebut adalah hati yang akan mendapatkan kekayaan dunia dan akhirat.

— 𝐻𝑎𝑏𝑖𝑏 𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝐵𝑖𝑛 𝐴𝑙𝑖 𝐴𝑙 𝐻𝑎𝑏𝑠𝑦𝑖

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

14 Nov, 13:29

Tak dipandang oleh manusia tidak ada masalah, tak dipandang oleh Allah itu musibah. Biarlah kita sepi di mata manusia, asalkan kita tinggi di sisi Allah. Cukuplah redha-Nya sebagai tujuan kerana pandangan manusia itu sementara tapi pandangan Allah yang kekal abadi.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

14 Nov, 13:21

My mother said: Muliakan gurumu sepertimana engkau memuliakan ibu bapamu. Utamakan adab baru ilmu, tiada adab ilmu pun tidak berguna bagimu.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

14 Nov, 13:14

𝐌𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐑𝐔 📌

Salah satu bentuk memuliakan seorang guru adalah:

١. Tidak berjalan di depannya.
٢. Tidak duduk di tempat yang digunakan untuk mengajar.
٣. Tidak memulai pembicaraan di sisinya kecuali setelah diizinkan.
٤. Tidak banyak berbicara di sisinya.
٥. Tidak bertanya tentang sesuatu kepadanya ketika sedang jenuh dan menghormati waktunya.
٦. Tidak mengetuk pintu rumahnya akan tetapi cukup bersabar dan menunggu sampai beliau keluar.

📚 𝑻𝒂'𝒍𝒊𝒎 𝑴𝒖𝒕𝒂𝒂𝒍𝒍𝒊𝒎

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

09 Nov, 14:01

Before sleep 🤍
• "Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil adzhiim. Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallaahu Allaahu akbar"
• 'Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar wa laa haula walaa quwwata illaa billaah'
• bacaan sayyidul istighfar :3
اللهم أنت ربي لا اله الا انت ، خلقتني و انا عبدك ،وانا على عهدك ، ووعدك ما استطعت ،. اعوذ بك من شر ما صنعت ، ابوء لك بنعمتك علي ، وابوء بذنبي ، فاغفر لي فانه لا يغفر الذنوب الا انت .
• lepastu baca doa tidur, tiga kul, ayat kursi, syahadah, tidur 🤍.

Don't forget Al-mulk & Al-Kahfi
> https://t.me/hijrahwithukhtysyafii/8570?single

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

09 Nov, 12:42

Nasihatku, jangan bosan untuk bersabar.

Jika Allah Menghendaki, Dia akan Mengkabulkan permintaanmu sekelip mata sahaja. Dia tidak sesekali mengabaikan airmata pengharapan dan juga lintasan hatimu. Tidak susah untuk Dia memperbaiki keadaanmu. Tetapi Dia mahu kamu minta kepada-Nya dalam keadaan yang sungguh terdesak (seperti orang miskin yang terdesak memerlukan bantuan),

{إِنِّي جَزَيْتُهُمُ الْيَوْمَ بِمَا صَبَرُوا}

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka" (Al-Mu'minun : ١١١)

Dia tidak berkata :
"disebabkan solat mereka", "disebabkan puasa mereka", "disebabkan sedekah mereka" akan tetapi "disebabkan kesabaran mereka"

Kerana sabar itu adalah ibadah yang kamu tunaikan dalam keadaan yang sangat menyakitkan.
والله أعلم

Nasihat — 𝑆ℎ𝑒𝑖𝑘ℎ 𝑀𝑢𝑡𝑎𝑤𝑎𝑙𝑖 𝑆ℎ𝑎𝑟𝑎𝑤𝑖

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

09 Nov, 06:50

Tempat manusia pada manusia lain bukanlah di hati tetapi di sisi. Limaadza? Kerana jika diletakkan di hati, bila dia pergi kita akan berasa sedih. Namun, jika hanya di sisi kita akan ingat dan menerima haqiqah bahawa yang datang pasti akan pergi. Wad' Allah fi qalbik letakkan Allah di hati, wad' Rasulullah fi qalbik letakkan Rasulullah di hati, wad' al-insan yakun kafiyan faqat 'ala al-janib dan biarkan manusia cukup hanya sekadar di sisi. Jangan cinta manusia yang kamu sayangi melebihi cinta Allah dan Rasulullah.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

08 Nov, 23:35

Dunia adalah tempat bagi mereka yang tiada tempat di akhirat dan ia dianggap harta bagi mereka yang tiada kekayaan abadi. Mereka yang tiada akal akan mengumpul dunia untuk dunia semata dan mereka yang tiada ilmu akan bermusuhan demi dunia. Orang yang tiada keyakinan kepada Allah akan dengki kerana dunia dan mereka yang tiada ketetapan hati akan bersungguh-sungguh mengejar dunia.

Peperangan paling panjang yang perlu kita tempuhi ialah perjuangan dalam hati sendiri. Sebab cinta dunia segala sifat buruk mula bercambah dalam hati menjadi akar kepada penyakit-penyakit hati yang tercela. Maka, semoga kita dijauhkan daripada cinta dunia dan dilindungi daripada godaannya.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

08 Nov, 23:25

Atau berdendam pada ibu bapa.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

08 Nov, 23:24

And yah, mungkin juga sebab meremehkan guru.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

08 Nov, 23:20

Terkadang ilmu yang bermanfaat susah nak masuk pun sebab mungkin dosa kita, mungkin juga gangguan makhluk. والله أعلم

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

08 Nov, 23:17

"Eh, buat jenayah tu pun ilmu ke?"

Ya, ilmu. Ilmu yang tidak boleh dipelajari tapi sayangnya segala perkara buruk bila sekali nampak senang nak masuk kepala, tak perlu study pun berbanding belajar ilmu yang bermanfaat untuk masa hadapan dunia wal akhirah tapi susahnya, استغفرالله العظيم. Kenapa mudah ya? Sebab syaitan mendorong kita ke arah kejahatan. 😊

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

08 Nov, 23:06

Ilmu yang menjadi beban di akhirat adalah apa? Adalah ilmu yang digunakan untuk tujuan yang salah, yang menambah dosa dan merosakkan diri sendiri serta orang lain. Ilmu yang dimaksudkan tu apa? Ilmu duniawi yang digunakan untuk melakukan keburukan seperti ilmu untuk menipu, mencuri atau melakukan jenayah. Walaupun ilmu itu bermanfaat di dunia, jika digunakan untuk tujuan yang tidak baik, ia akan menjadi beban di akhirat.

Ilmu yang digunakan untuk merosakkan umat, membina perpecahan atau menyalahi hukum Allah akan mengheret seseorang ke dalam neraka.

وَلَا تَقْفُ مَا لَـيْسَ لَـكَ بِهٖ عِلْمٌ ۗ اِنَّ السَّمْعَ وَا لْبَصَرَ وَا لْفُؤَادَ كُلُّ اُولٰٓئِكَ كَا نَ عَنْهُ مَسْئُوْلًا

"And do not pursue that of which you have no knowledge. Indeed, the hearing, the sight and the heart - about all those [one] will be questioned."
(QS. Al-Israa ١٧: Verse ٣٦)

Ilmu yang membawa kebaikan adalah ilmu yang mengarahkan kita untuk berbuat baik, membantu orang lain dan mendekatkan diri kepada Allah. Ilmu yang membawa kebaikan adalah yang memberi manfaat kepada diri kita, masyarakat dan agama. Sebaliknya, ilmu yang disalahgunakan menjadi jalan kepada kemungkaran dan akhirnya akan menambahkan beban dosa kita.

خِتٰمُهٗ مِسْكٌ ۗ وَفِيْ ذٰلِكَ فَلْيَتَنَا فَسِ الْمُتَنَا فِسُوْنَ

"The last of it is musk. So for this let the competitors compete."
(QS. Al-Mutaffifin ٨٣: Verse ٢٦)

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

08 Nov, 22:57

⌗ Ringan diucapkan lidah tetapi berat dalam timbangannya. 🕊
۞ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ۞
Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

08 Nov, 14:01

Before sleep 🤍
• "Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil adzhiim. Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallaahu Allaahu akbar"
• 'Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar wa laa haula walaa quwwata illaa billaah'
• bacaan sayyidul istighfar :3
اللهم أنت ربي لا اله الا انت ، خلقتني و انا عبدك ،وانا على عهدك ، ووعدك ما استطعت ،. اعوذ بك من شر ما صنعت ، ابوء لك بنعمتك علي ، وابوء بذنبي ، فاغفر لي فانه لا يغفر الذنوب الا انت .
• lepastu baca doa tidur, tiga kul, ayat kursi, syahadah, tidur 🤍.

Don't forget Al-mulk & Al-Kahfi
> https://t.me/hijrahwithukhtysyafii/8570?single

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

08 Nov, 13:37

Ilmu tanpa amal ibarat lampu tanpa cahaya – terang tapi tak menerangi. Kita tuntut ilmu bukan sekadar untuk pengetahuan tapi untuk diamalkan dan mendekatkan diri pada Allah. Amal itu yang menghidupkan ilmu dan dengan amal, ilmu kita jadi manfaat buat diri dan ummah. Setiap amalan yang kita lakukan walaupun kecil mampu memberi kesan yang besar dalam kehidupan. Bukankah setiap amal yang ikhlas itu diberkati dan diterima oleh-Nya? Innama yatakabbalu Allahu minal muttaqin—Sesungguhnya Allah menerima amal dari orang-orang yang bertakwa.

Jangan hanya biarkan ilmu itu terpendam dalam hati dan fikiran kita, sebaliknya sebarkan dan amalkan apa yang kita pelajari dalam kehidupan sehari-hari. Dalam setiap tindakan niatkan kerana Allah agar setiap langkah kita menjadi ibadah. Innama al-a'malu bin niyyat—Sesungguhnya amal itu bergantung kepada niat. Sebagai hamba, kita perlu ingat bahawa ilmu yang tidak diamalkan bukan sahaja tidak membawa manfaat tetapi boleh menjadi beban di akhirat nanti. اللَّهُ رَبِي

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

08 Nov, 13:11

اَللهُم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمّدٍ

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

08 Nov, 10:22

Kita adalah umat dakwah bukan umat abid yang hanya beramal untuk dirinya. Dakwah menyeru manusia kepada Allah dengan penuh hikmah, mengajak manusia kepada kebaikan dan menghentikan segala bentuk kejahatan. Sebarkan cahaya dalam apa jua bentuk agar kegelapan akan menghilang. Peranan media sosial amat penting untuk sebarkan dakwah pada zaman ini kerana ia adalah medan yang amat berpengaruh menjadi tumpuan semua golongan. Jika kita marah dengan begitu banyak content yang tak baik dalam media sosial, maka setiap kita yang mampu berkewajipan bangunkan content yang baik sama ada aspek agama, akhlak, hiburan, pendidikan, ekonomi, perubatan, pelbagai bidang kehidupan dan lainnya di media sosial kini.

— 𝐾𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑊𝑎𝑙𝑖𝑑 𝐼𝑏𝑟𝑎ℎ𝑖𝑚 𝐴𝑙 𝑀𝑎𝑙𝑖𝑘

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

08 Nov, 07:05

Kudrat kita bukan sebagai seorang manusia sahaja kerana sebagai hamba kita tak berdiri sendiri. Sebaliknya kita bergantung sepenuhnya pada Yang Maha Esa. Di sebalik kelemahan kita ada kekuatan Ilahi yang mengalir, menjadi sumber segala kudrat dan keupayaan kita. Kita bukan bergantung pada diri sendiri tapi pada Dia yang menguasai segala sesuatu. Sebagai hamba setiap langkah, usaha dan doa kita adalah untuk-Nya dan hanya dengan izin-Nya kita mampu berdiri teguh. Kita tak mampu lawan takdir Tuhan kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita sedangkan kita langsung tak tahu apa-apa apatahlagi mengenal diri sendiri, itu tersangatlah jauh.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

07 Nov, 23:09

1 waktu solat fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja = 80 tahun neraka. 1 hari akhirat = 1,000 tahun dunia. Tinggal 1 solat fardhu = 29juta tahun didalam neraka Allah. Bukan 29 juta hari tapi bersamaan 29 juta tahun bagi orang yang meninggalkan solat fardu dengan sengaja, wal'iyyadzubillah.

Gerun nak difikirkan, gerun untuk dibayangkan. Panas matahari dunia yang 1 jam atas kepala pun kita sudah tak tahan sampai pening kepala yang teramat. Nak bayang api neraka yang 70 kali ganda panasnya dari api dunia ini. Tak terbayang dek akal. Pesan guru, belajo molek! Biar reti agama molek! Reti dan faham agama itu sampai kita tahu besarnya akan kewajipan solat ini. Sampai kita tahu besar sungguh dosa apabila tinggal solat.

Notes from: 𝐴𝑑𝑖𝑛𝑑𝑎 𝑆𝑢𝑒 𝑍𝑎𝑘𝑎𝑟𝑖𝑎

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

07 Nov, 22:34

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧-𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐘𝐚𝐮𝐦𝐮𝐥 𝐉𝐮𝐦𝐮𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐛𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐡 ❤️

- Perbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

- Membaca surah Al-Kahfi ayat 1-110
- Memotong kuku
- Memakai wangi-wangian bagi muslimin
- Perbanyakan bersedekah
- Perbanyakan baca Al-Quran
- Perbanyakan berdoa pada hari Jumaat (doa mustajab selepas Asar)
- Membaca selawat ummi 80x kali selepas solat Asar

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ تسليما

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

07 Nov, 22:34

⌗ Ringan diucapkan lidah tetapi berat dalam timbangannya. 🕊
۞ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ۞
Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

06 Nov, 14:00

Before sleep 🤍
• "Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil adzhiim. Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallaahu Allaahu akbar"
• 'Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar wa laa haula walaa quwwata illaa billaah'
• bacaan sayyidul istighfar :3
اللهم أنت ربي لا اله الا انت ، خلقتني و انا عبدك ،وانا على عهدك ، ووعدك ما استطعت ،. اعوذ بك من شر ما صنعت ، ابوء لك بنعمتك علي ، وابوء بذنبي ، فاغفر لي فانه لا يغفر الذنوب الا انت .
• lepastu baca doa tidur, tiga kul, ayat kursi, syahadah, tidur 🤍.

Don't forget Al-mulk & Al-Kahfi
> https://t.me/hijrahwithukhtysyafii/8570?single

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | ۰ شَفِ

06 Nov, 13:14

Firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى:
"Apabila kamu menampakkan sedekah-sedekahmu, maka itu adalah baik. Namun, apabila kamu menyembunyikannya, itu lebih baik bagi kamu. Allah akan mengampuni dosa-dosamu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan."

Kebaikan Sedekah Tersembunyi
• Menampakkan sedekah boleh jadi baik, terutamanya jika niatnya untuk memberi contoh baik kepada orang lain.
• Tetapi apabila sedekah itu disembunyikan, ia lebih baik bagi diri kita sendiri.

Seorang ulama pernah berkata: “Kita dituntut untuk menutupi amal kebajikan, bukan hanya dianjurkan tetapi juga disarankan agar segala amal kebaikan kita dilakukan secara tersembunyi daripada dipertontonkan.”

Lebih tersembunyi kebaikan itu, lebih selamat ia dari riak. Amal yang dilakukan secara zahir tidak dilarang namun lebih indah jika disembunyikan dan kita perlu ada satu amalan yang tidak diketahui sesiapa kecuali diri sendiri dan Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

26 Oct, 14:38

Before sleep 🤍
• "Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil adzhiim. Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallaahu Allaahu akbar"
• 'Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar wa laa haula walaa quwwata illaa billaah'
• bacaan sayyidul istighfar :3
اللهم أنت ربي لا اله الا انت ، خلقتني و انا عبدك ،وانا على عهدك ، ووعدك ما استطعت ،. اعوذ بك من شر ما صنعت ، ابوء لك بنعمتك علي ، وابوء بذنبي ، فاغفر لي فانه لا يغفر الذنوب الا انت .
• lepastu baca doa tido , tiga kul , ayat kursi , syahadah , tido :>🤍.

Don't forget Al-mulk & Al-Kahfi
> https://t.me/hijrahwithukhtysyafii/8567?single

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

25 Oct, 23:35

Ilmu agama ini luas, kau kena mendalami semuanya (Fardu Ain). Jika tiada ilmu, jangan sesekali menyebarkannya. Andai tersilap faham dan tetap menyebarkan, kita akan dipertanggungjawabkan kelak atas setiap jiwa yang terpengaruh dengan kesilapan kita. Dakwah bukanlah perkara yang boleh diambil ringan; ia amanah besar yang memerlukan ketelitian, hikmah dan ilmu yang mendalam agar setiap kata yang disampaikan menjadi manfaat dan bukan mudarat.

@hijrahwithukhtysyafii

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

25 Oct, 23:26

⌗ Ringan diucapkan lidah tetapi berat dalam timbangannya. 🕊
۞ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ۞
Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

25 Oct, 14:01

Before sleep 🤍
• "Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil adzhiim. Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallaahu Allaahu akbar"
• 'Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar wa laa haula walaa quwwata illaa billaah'
• bacaan sayyidul istighfar :3
اللهم أنت ربي لا اله الا انت ، خلقتني و انا عبدك ،وانا على عهدك ، ووعدك ما استطعت ،. اعوذ بك من شر ما صنعت ، ابوء لك بنعمتك علي ، وابوء بذنبي ، فاغفر لي فانه لا يغفر الذنوب الا انت .
• lepastu baca doa tido , tiga kul , ayat kursi , syahadah , tido :>🤍.

Don't forget Al-mulk & Al-Kahfi
> https://t.me/hijrahwithukhtysyafii/8567?single

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

25 Oct, 06:21

Jika ada orang tanya, "Apa bukti اللّٰه wujud? Mana اللّٰه? Tak nampak pun."

(Tepuk bahu beliau kuat sedikit) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan اللّٰه. اللّٰه itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberianNya, tapi kita tak boleh nampak اللّٰه.

Dan jika ada orang bertanya, "Syaitan kan diciptakan daripada api, kenapa dia diazab di neraka sedangkan neraka itu juga adalah daripada api tentu syaitan tidak berasa sakit?"

Jawapannya adalah tepuk lagi bahu beliau. Cuba tanya adakah dia merasa sakit? Tangan juga diperbuat daripada tanah begitu juga dengan bahu. Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga dijadikan dari api, jika Tuhan berkehendak maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan walaupun sama unsur asalnya.

@hijrahwithukhtysyafii

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

24 Oct, 22:37

Don't forget to read the morning mathurat and the Dhuha prayer, may everything be made easier, start our day with bismillah ☺️

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

24 Oct, 22:36

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧-𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐘𝐚𝐮𝐦𝐮𝐥 𝐉𝐮𝐦𝐮𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐛𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐡 ❤️

- Perbanyakan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

- Membaca surah Al-Kahfi ayat 1-110
- Memotong kuku
- Memakai wangi-wangian bagi muslimin
- Perbanyakan bersedekah
- Perbanyakan baca Al-Quran
- Perbanyakan berdoa pada hari Jumaat (doa mustajab selepas Asar)
- Membaca selawat ummi 80x kali selepas solat Asar

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ تسليما

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

24 Oct, 14:02

Before sleep 🤍
• "Laa Ilaaha Illallah wahdahu laa syariika lah lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai-in qodiir. Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil adzhiim. Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallaahu Allaahu akbar"
• 'Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar wa laa haula walaa quwwata illaa billaah'
• bacaan sayyidul istighfar :3
اللهم أنت ربي لا اله الا انت ، خلقتني و انا عبدك ،وانا على عهدك ، ووعدك ما استطعت ،. اعوذ بك من شر ما صنعت ، ابوء لك بنعمتك علي ، وابوء بذنبي ، فاغفر لي فانه لا يغفر الذنوب الا انت .
• lepastu baca doa tido , tiga kul , ayat kursi , syahadah , tido :>🤍.

Don't forget Al-mulk & Al-Kahfi
> https://t.me/hijrahwithukhtysyafii/8567?single

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

24 Oct, 09:36

﴿ وَصَاحِبْهُمَا فِى ٱلدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَٱتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَىَّ ﴾.

“Dan sertailah mereka di dunia ini dengan kebaikan, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku”.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

24 Oct, 09:27

Don't forget to read Surah Yasin tonight 🤍

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

24 Oct, 09:00

Kamu terlahir sendiri, masuk ke lubang makam sendiri. Lantas kesepian macam apa yang kamu ratapi? Pulanglah pada Rabb-mu. Temui ketenangan hakikimu.

من غير الله يستطيع أن يمنحك السلام؟ هل هدأ العالم قلبك من قبل؟
Siapa lagi selain الله yang mampu memberimu ketenangan? Pernahkah dunia menenangkan hatimu?

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ الله أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبِ
"Those who believe and whose hearts find comfort in the remembrance of Allah. Surely, in the remembrance of Allah do hearts find comfort... (ar-Ra'd, ٢٨)

@hijrahwithukhtysyafii

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

24 Oct, 07:04

Jangan Simpan Sifat Buruk!

Berkata al-Fudhail bin Iyadh رَحِمَهُ ٱللَّٰهُ ketika menasihati para penuntut ilmu:

"Jangan Menjadi Seperti Penapis" Iaitu mengeluarkan gandum yang elok dan memegang hampasnya.

Kamu pula mengeluarkan kata-kata hikmah dari mulut kamu, manakala kekal keburukan (dendam, riya', hasad dan takabbur) dalam hatimu.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

23 Oct, 22:51

Teruntuk kamu wahai wanita yang sedang istiqamah untuk tidak menunjukkan diri di media sosial. Jangan cemburu dengan wanita yang sering ditatap oleh lelaki kerana menunjukkan wajah mereka yang cantik dan berpakaian dengan bergaya menarik kerana pada hakikatnya mereka telah kalah, kalah dengan permainan dunia.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

22 Oct, 14:47

Teruntuk jiwa yang terpuruk dalam keputusasaan. Seharusnya kau tahu bahawa setiap tangisan seorang hamba itu disaksikan oleh Yang Maha Mendengar, dan setiap kesakitanmu itu dihitung oleh Yang Maha Mengetahui. Kegagalan di dunia ini hanyalah bayangan ilusi yang semata-mata ingin menguji.

Di balik tirai takdir, adanya Dia sedang menyusun sesuatu yang lebih indah daripada yang mampu kamu bayangkan. Dalam setiap runtuhan harapanmu, ada rahsia kebangkitan yang tertulis di langit ketetapanNya.

Jangan pernah menduga Allah telah melupakanmu di saat kau merasa terjatuh paling dalam. Tidakkah kita sama-sama menyaksikan, pohon itu tumbuh paling kuat di bawah ribut, dan lautan menemukan ketenangannya selepas badai?

Begitu juga jiwamu, yang sedang diasuh dalam kegetiran agar kelak dirimu sampai kepada hakikat cinta yang sebenarnya yakni cinta kepada Tuhan. Syukuri setiap derita, kerana ia adalah jalan.

Sunyi para kekasih Allah yang hanya insan tertentu dipilihNya dalam setiap ujian yang menghimpit, ada kasih sayang yang tersembunyi pada saat itulah Allah paling dekat dan Dia sedang mempersiapkan dirimu untuk kebangkitan yang lebih kuat.

@hijrahwithukhtysyafii

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

22 Oct, 14:10

Bila awak tengah struggle dengan anxiety atau depression, ingatlah setiap ribut pasti akan berlalu. Mungkin sekarang rasa macam dunia gelap tapi dalam setiap ujian tu ada hikmah yang Allah sediakan. Kadang-kadang kita rasa tak kuat, tapi dalam kelemahan itulah kita boleh jumpa kekuatan.

Bila rasa sangat down ambil masa untuk slow down, tarik nafas dan ingat yang Allah takkan bebankan lebih dari apa yang mampu kita tanggung. Setiap sujud dan doa adalah saat di mana kita sebenarnya sedang kumpul kekuatan. Walaupun dunia tak faham apa yang kita rasa, Allah selalu tahu. Jangan putus asa sebab setiap usaha tu ada nilai dan rahmat Allah lebih besar dari semua masalah.

Ingat, esok mungkin tak sempurna tapi ia boleh jadi lebih baik dari hari ini. Teruskan bergerak ke depan walaupun dengan langkah kecil. Sikit-sikit lama-lama kita akan bangkit juga. Kita lebih kuat daripada yang kita sangka dan kita tak pernah keseorangan dalam perjalanan ni.

@hijrahwithukhtysyafii

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

22 Oct, 10:20

"Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
(Riwayat al-Bukhari, no. 5885)

Jika tindakan memotong rambut tidak berniat menyerupai lelaki tetapi atas alasan kesihatan, kemudahan atau untuk mengurangkan beban, maka ada kelonggaran selagi tidak melanggar batas syariat. والله أعلم

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

21 Oct, 22:18

Cara agar diberi futuh (pembukaan hati) dan dikurniakan ilmu

Berkata Imam As-Syafie رضي الله عنه : "Barangsiapa yang suka agar dibukakan hatinya (futuh) dan dikurniakan rezeki, hendaklah:

1- Bersendirian
2- Kurangkan makan
3-Meninggalkan bergaul dengan orang bodoh
4-Meninggalkan sebahagian ahli ilmu yang mereka tiada sifat insof dan tiada adab

[Bustanul Arifin Al-Imam An-Nawawi rahimahullah]

─────────────────────
Masa pengajian tadi, sempat berpesan pada jemaah untuk kita ingat sungguh pesan imam kita ahli ilmu dan ahli adab

Termasuklah bergaul dengan orang bodoh ialah apabila kita membalas komen-komen bodoh yang ada dikalangan mereka hanya tahu dengan kata nista, dusta dan fitnah, bila kita bergaul @ mengikut rentak mereka, ilmu akan terhalang.

Begitu jugalah sangat penting kita mencari ilmuan @ public figure yang mempunyai adab dan sifat insof.

Bukan asal terkenal sahaja, kita nak jadi followernya, tetapi dirinya sendiri tidak menonjolkan adab yang baik, ini juga sebabnya ilmu kita akan terhalang.

Semoga kita dapat tunjukkan akhlak Muhammadi yang diwariskan oleh para ulama Ahli Sunnah Waljamaah.

- 𝑼𝒔𝒕𝒂𝒛 𝑨𝒃𝒖 𝑨𝒃𝒃𝒂𝒔 𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅 𝑺𝒉𝒂𝒉𝒊𝒓

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

21 Oct, 22:06

⌗ Ringan diucapkan lidah tetapi berat dalam timbangannya. 🕊
۞ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ۞
Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

21 Oct, 11:30

Jangan biarkan umat ini sekadar pada Ilmu pengetahuan dalam Mengenal Allah, ia hanyalah pintu dalam makrifat, bawalah umat ini mengenal Allah dalam wilayah Dzauk dan Syuhud kerana disitulah mereka akan mencapai ainul yaqin, ketenangan, keasyikan dan kenikmatan dalam keimanan dan ibadah.

Tauhid Sufi menghancurkan segala bentuk kesombongan keakuan diri lantaran memancar nurullah dalam qalbunya yang telah dicuci selain dari Allah melalui zikir dan selawat yang dibimbing oleh para Mursyid Rohoni daripada apa jua aliran tarekah yang muktabarah.

Jangan hanya berdagu dengan para ulama zahir sahaja, apabila akidahmu dan syariatmu sudah baik, sempurnakan perjalanan agamamu dengan berdagu pula dibawah para ulama Rabbani. Mereka membimbing rohoni mu berjalan kepada Allah, daripada tauhid makrifat ilmu kepada tauhid makrifat dzauk dan syuhud, dan akhirnya tauhid Makrifat Khawwas al khawwas yang membuahkan akhlak-akhlak yang baik.

Iman, Islam dan Ihsan wajib berada pada diri umat Islam, dengan kesepaduan tersebut, أَن شَاءَ اللَّهُ umat Islam akn kembali kuat dan kukuh.

- Kalam Walid Ibrahim Al Malik

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

21 Oct, 11:09

Tegakkan dirimu dengan ilmu agama yang telah kamu pelajari di dalam diri kamu. Tidak usah kamu memandang kehidupan yang lain dan memikirkan kehadapannya. Mencari keindahan wal kebahagiaan dunia hanyalah sementara hakikatnya melainkan di akhirat itu selamanya. Usahlah berdukacita dengan kehilangan cinta manusia sesungguhnya cinta yang hakiki ialah cinta Tuhan yang sejati.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

21 Oct, 08:29

Sebanyak mana pun kita lalai, jangan sesekali lalai dalam solat. Selemah mana pun kita, jangan biar lemah semangat untuk menunaikannya. Dan sekuat mana pun kita dalam usaha ketaatan, jadikan solat sebagai keutamaan tertinggi. Demi Allah, solat adalah tiang agama yang dimuliakan dan melaluinya kita dijauhkan daripada kejahatan dan kemungkaran. Melalui solat juga hamba mencapai ketinggian, kejayaan, kebahagiaan serta ketenangan. Ia adalah penghubung antara kita dan Tuhan yang Maha Penyayang.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

19 Oct, 14:47

Lumrah kehidupan yang tidak akan dapat elakkan, selangkah demi selangkah tetap akan terus melangkah. Terasa diri hilang tanpa arah, sesungguhnya Allah lah menjadi tempat untuk menentukan arah. Hilang diri hilang jiwa tidak semestinya hilang harapan. Kadang-kadang dalam kegelapan itu Allah hadirkan cahaya yang tak pernah disangka. Mungkin terasa lemah, tapi ingatlah setiap langkah yang diambil itu membawa lebih dekat kepada kekuatan yang sebenar, kekuatan yang Allah tanamkan dalam diri ini.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

19 Oct, 06:03

Sampai masa dalam hidup ini, kita pasti akan merasa kecewa dengan dunia. Kita menyangka kita sudah mencurahkan segala usaha, namun hasilnya dunia tetap tidak menyebelahi kita. Kita korbankan segala tenaga dan masa, sedang kita tahu ia sentiasa berubah-ubah, tak lekang dek tipudaya dan fitnah. Dan pada akhirnya? Hancur juga. Jadi, harus jalani hidup yang bagaimana?

Pegang dunia pada tanganmu. Dan sematkan akhirat dalam hatimu. Hiduplah secara sederhana. Melangkahlah di dunia dengan tenang mengikut syari'atNya.

إنما الدنيا متاع زائل، فمن أحبها أضاع نفسه
في غمار الشهوات وترك وراءه ما ينفعه في الآخرة

(Indeed, the world is a transient possession; whoever loves it loses themselves in the haze of desires and leaves behind what benefits them in the Hereafter)

Dunia itu laksana air. Jika ia dalam kadar yang sepatutnya, akan memberi manfaat dan menumbuhkan. Jika berlebihan, maka akan memudharatkan dan membinasakan.

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

19 Oct, 03:14

Macam mana nak hilangkan kesedihan? Cari ilmu, amalkan ilmu, hadir tausiyah dan berdakwah. أَن شَاءَ اللَّهُ hati akan tenang sebab kita tak fikirkan sangat hal dunia tapi lebih fokus pada akhirat. Ubah diri jadi lebih baik dan yang dah lepas tu biarlah jadi ibrah sebab semua tu dah jadi sejarah. Saban hari saban waktu keep moving forward sebab lama-lama semua benda akan jadi memori. 🥹

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

19 Oct, 02:37

Erm baaa....🙈 CAK‼️🙉 Eyp busy dak ni? Busy? Dak? Jom dhuha jom 🕊 then read surah al-Waqiah... Spend time with Allah 😊🤍 jange lupa selawat 🫶🏻

اَللهُم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمّدٍ

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

19 Oct, 00:07

"Apabila kalian tidak berasa sedih atas apa yang berlaku pada palestine, sedar atau tidak sedar kalian sudah masuk di lembah kemunafikan. Maka antara jihad kita berikan pada mereka di bumi palestine adalah dengan ketulusan hati mendoakan mereka dan sedih atas apa yang tertimpa pada mereka hingga harini."

- Habib Ahmad Almaqdi

۰ ukhty.syafii_ 🕊 | شَفِ ۰

18 Oct, 22:47

Jika manusia niat beribadah semata-mata untuk selesaikan masalah, maka bila masalah itu selesai pasti dia akan tinggalkan ibadah itu.

TAPI jika manusia niat beribadah semata-mata kerana Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى, maka semua masalah akan selesai dan ibadah takkan ditinggalkan.

@hijrahwithukhtysyafii