Matematik Tingkatan 1 - 3 @form1maths Channel on Telegram

Matematik Tingkatan 1 - 3

@form1maths


Formula berguna & mudah untuk pembelajaran Matematik

Matematik Tingkatan 1 - 3 (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram 'Matematik Tingkatan 1 - 3'! Jika anda mencari formula berguna & mudah untuk pembelajaran Matematik dari tingkatan 1 hingga 3, anda berada di tempat yang betul. Saluran ini, dengan nama pengguna '@form1maths', menyediakan pelbagai formula, tips, dan panduan yang akan membantu pelajar memahami konsep Matematik dengan lebih baik.nnApakah yang akan anda dapatkan dari saluran ini? Anda akan memiliki akses kepada formula-formula penting yang merangkumi topik-topik seperti nombor, geometri, aljabar, dan banyak lagi. Setiap formula disusun dengan cara yang mudah difahami, membolehkan anda menggunakannya dengan lancar semasa membuat latihan atau menghadapi ujian.nnSiapakah saluran ini sesuai untuk? 'Matematik Tingkatan 1 - 3' sesuai untuk pelajar dari tingkatan 1 hingga 3 yang ingin memperbaiki kefahaman mereka dalam Matematik. Baik anda sedang mencari bantuan untuk peperiksaan atau hanya ingin menambah pengetahuan anda, saluran ini akan menjadi sumber yang berguna.nnJadi, jom sertai saluran Telegram 'Matematik Tingkatan 1 - 3' hari ini dengan mengikuti '@form1maths'! Tingkatkan kecekapan Matematik anda dan peroleh kelebihan dalam pembelajaran anda. Mari belajar Matematik secara lebih efektif dan menyeronokkan melalui formula berguna dan mudah yang disediakan di saluran ini.

Matematik Tingkatan 1 - 3

15 Aug, 05:31


Channel name was changed to «Matematik Tingkatan 1 - 3»

Matematik Tingkatan 1 - 3

22 Feb, 08:54


Contoh Soalan:
a) 18² = 18 × 18 =
b) (2⅓)² = (⁷/3) × (⁷/3) = ⁴⁹/3
c) 0.07² = 0.07 × 0.07 = 0.0049

Matematik Tingkatan 1 - 3

22 Feb, 08:51


💡TIPS PENTING
Untuk mengusaduakan nombor bercampur, tukar kepada pecahan tak wajar dahulu

Matematik Tingkatan 1 - 3

22 Feb, 08:49


Contoh Penyelesaian yang Melibatkan Kuasa Dua Sesuatu Nombor

Zizie mahu menutupi tapak sebuah bongkah kubus bersisi 1.5m dengan vinyl. Kos vinyl ialah RM25 bagi setiap m². Berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Zizie?

Penyelesaian :

Tapak kubus ➡️ segi empat tepat
Luas = panjang × lebar @ panjang²
= 1.5m × 1.5m
= 2.25m²

Kos vinyl = 2.25 × 25
= RM56.25

Matematik Tingkatan 1 - 3

22 Feb, 08:40


Menentukan Sama Ada Sesuatu Nombor ialah Kuasa Dua Sempurna

Bagaimana kita nak tentukan?

a) 144 = (3 × 4) × (3 × 4)
= 12 × 12
144 ialah kuasa dua sempurna
kerana boleh dipasangkan

b) 108 = (2 × 3) × ( 2 × 3) × 3
= 6 × 6 × 3
☆ 108 BUKAN kuasa dua sempurna
kerana tidak boleh dipasangkan
dgn lengkap

Matematik Tingkatan 1 - 3

22 Feb, 08:31


📖 NOTA PINTAR: Bilangan tempat perpuluhan dalam sesuatu kuasa dua perpuluhan ialah dua kali ganda bilangan tempat perpuluhan yang dikuasaduakan.

Contoh :
0.2² ➡️ 0.2 × 0.2 = 0.04
0.04² ➡️ 0.04 × 0.04 = 0.0016
0.005² ➡️ 0.005 × 0.005 = 0.000025

Matematik Tingkatan 1 - 3

15 Feb, 15:05


Jangan terkeliru❗️

4² = 4 × 2
4² = 4 × 4
7³ = 7 × 7 × 7
7³ = 7 × 3

Matematik Tingkatan 1 - 3

15 Feb, 15:02


Secara Umumnya, semua nombor bulat adalah kuasa 1, contohnya:

1 = 1¹
2 = 2¹
3 = 3¹

Matematik Tingkatan 1 - 3

15 Feb, 14:59


TIPS: Nombor 1 akan kekal sebagai 1 walaupun dikuasakan dengan apa-apa.

1² = 1
1³ = 1
1⁵ = 1
1¹⁰⁰ = 1

Kerana....

1 × 1 = 1
1 × 1 × 1 = 1
1 × 1 × 1 × 1 × 1 = 1
1 × 1 × 1 × 1 × 1 × 1 × 1 ............ = 1

Matematik Tingkatan 1 - 3

15 Feb, 13:47


💡NOTA penting: Apakah perbezaan diantara 10² dan 10m²? Nampak tatatanda ² diantara kedua nombor tersebut?

10² = sepuluh kuasa dua manakala
10m² = sepuluh meter persegi

Ingat kalau "kuasa dua", nombor tersebut adalah TANPA apa² unit seperti "mm, cm, m, km...."

Manakala untuk persegi pula, sentiasa merujuk kepada luas sesuatu kawasan atau bentuk, dimana perlu ada unit sebelum ² : seperti mm², cm², m² atau Km²

Boleh faham?

Matematik Tingkatan 1 - 3

07 Feb, 13:48


💡 Rujukan kelas DLP

Kuasa dua ➡️ square
Punca kuasa dua ➡️ square root
Kuasa tiga ➡️ cube
Punca kuasa tiga ➡️ cube root
Tatatanda ➡️ notation
Nombor bercampur ➡️ mixed number
Kuasa dua sempurna ➡️ perfect square
Bundarkan ➡️ round off
Anggaran ➡️ estimate
Julat ➡️ range

Matematik Tingkatan 1 - 3

07 Feb, 13:45


Kuasa dua suatu nombor ialah hasil darab satu nombor dengan dirinya. Kuasa dua suatu nombor boleh ditulis dalam bentuk tatatanda seperti

Contoh
Kuasa dua 10 ditulis sebagai 10²

10² = 10 × 10
= 100

Matematik Tingkatan 1 - 3

07 Feb, 13:40


📢 BAB 3: KUASA DUA, PUNCA KUASA DUA, KUASA TIGA DAN PUNCA KUASA TIGA

Bab yang pasti mengujakan kerana kita belajar benda baru.

Matematik Tingkatan 1 - 3

07 Feb, 13:17


👍👏👏 Tahniah untuk semua yang dah ikut sejauh tok. Keep it up guys! Tamatlah Bab 2 untuk Matematik Tingkatan 1. Kita akan beralih ke Bab yang seterusnya

Matematik Tingkatan 1 - 3

07 Feb, 13:12


Selesaikan Soalan Berikut :

a) Tentukan GSTK bagi 3, 5 dan 6
b) Apakah GSTK bagi 8 dan 9

Matematik Tingkatan 1 - 3

07 Feb, 12:56


Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) ialah gandaan sepunya yang paling kecil bagi beberapa nombor yang diberi

Contoh Soalan
Jika paip A mengalirkan 4 liter air dalam seminit dan paip B pula mengalirkan 5 liter air dalam seminit, pada minit ke-berapakah kedua-dua paip mengalirkan jumlah air yang sama?

Penyelesaian
Paip A : 4, 8, 12, 16, 20
Paip B : 5, 10, 15, 20, 25
Maka jawapan nya :
Paip A - minit ke 5 manakala
Paip B - minit ke 4 dimana kedua-dua mencapai kuantiti 20 liter air. (20 ialah GSTK bagi 4 dan 5)

Contoh 2
Senaraikan gandaan sepunya terkecil bagi 6, 10 dan 12

Penyelesaian

SIFIR ❗️SIFIR ❗️SIFIR❗️
6 : 6, 12, 18, 24, 30, 36, 42, 48, 54, 60
10 : 10, 20, 30, 40, 50, 60
12 : 12, 24, 36, 48, 60
Maka GSTK bagi 6, 10 dan 12 ialah 60

Matematik Tingkatan 1 - 3

07 Feb, 12:38


Selesaikan Soalan dibawah

(a) Cari 2 gandaan sepunya yang
pertama bagi 5 dan 7
(b) Tentukan sama ada 768 ialah
gandaan sepunya bagi 4, 6 dan 8
(c) Hitungkan hasil tambah gandaan
sepunya kedua bagi 6 dan 9

Matematik Tingkatan 1 - 3

07 Feb, 11:30


Gandaan Sepunya

Sama seperti faktor sepunya. Kita kena senaraikan gandaan bagi nombor-nombor yang diberi, kemudian carikan gandaan sepunya yang terdapat dalam nombor² tersebut

Contoh 1
Carikan dua gandaan sepunya yang pertama bagi 5 dan 10

Penyelesaian
5 : 5, 10, 15, 20
10 : 10, 20, 30, 40
Maka jawapan nya ialah 10 dan 20

Contoh 2
Carikan tiga gandaan sepunya pertama bagi 2, 3 dan 6

Penyelesaian
2 : 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18
3 : 3, 6, 9, 12, 15, 18,
6: 6, 12, 18, 24, 30
Maka jawapan nya ialah 6, 12 & 18

Matematik Tingkatan 1 - 3

07 Feb, 11:19


Semua boleh ikut? Ada soalan?

Matematik Tingkatan 1 - 3

07 Feb, 11:17


📢📢📢 GANDAAN ialah Operasi Darab ✖️❗️❗️❗️❗️Sik dapat lari dari penguasaan sifir.

Contoh Soalan berkaitan Gandaan

Soalan 1
Apakah tujuh gandaan pertama bagi 6?

Penyelesaian
6, 12, 18, 24, 30, 36 dan 42 (buat sifir 6 sampai 7 x 6)

Soalan 2
Carikan semua gandaan 4 diantara 21 dan 39

Penyelesaian
24, 28, 32 dan 36 (gunakan sifir 4, senaraikan semua gandaan 4 yang terletak diantara nombor 21 dan 39)

Soalan 3
Carikan lima gandaan pertama bagi 9 yang lebih daripada 50

Penyelesaian
54, 63, 72, 81, dan 90 (gunakan sifir 9, cari lima jawapan pendaraban terawal yang lebih dari nombor 50)

Soalan 4
Senaraikan semua gandaan 15 yang kurang daripada 80

Penyelesaian
30, 45, 60 dan 75 (bermula dari gandaan pertama 15 iaitu 30 sehingga gandaan paling hampir dengan 80)