The latest content shared by MahdzirKhalid on Telegram
MahdzirKhalid
02 Apr, 22:44
1,717
Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga kehadiran Ramadan yang mulia lagi penuh berkat ini kita semua memperoleh ganjaran besar yang dijanjikan Allah S.W.T.
#MarhabanYaRamadan #KeluargaMalaysia
MahdzirKhalid
01 Sep, 13:51
2,388
1 Sept 2021 Laporan berita berkaitan YB Dato' Seri Mahdzir Khalid
1. Suara TV https://suara.tv/01/09/2021/pembayaran-bkc-bukti-pm-prihatin-rakyat-mahdzir-khalid/
Tahniah diucapkan kepada YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Syukur alhamdulillah atas berita gembira ini. Namun sudah pasti pelantikan ini datang dengan tugas dan tanggungjawab yang sangat berat, iaitu memerangi Covid-19 yang belum selesai dan memulihkan kembali kelembapan ekonomi.
Saya doakan sahabat saya ini dapat mengemudi pentadbiran negara dengan penuh berhemah dan semoga Allah SWT merahmati serta memberkati pentadbiran beliau. Aamiin.
MahdzirKhalid
01 May, 13:57
3,100
Tahniah diucapkan kepada semua pekerja yang berdedikasi tanpa putus asa walaupun dalam keadaan sukar mengharungi pandemik Covid-19.
Selamat Hari Pekerja 2021
"Pembudayaan Norma Baharu Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat"
MahdzirKhalid
27 Apr, 03:05
3,308
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun TLDM Ke-87
‘TLDM Siaga Kedaulatan Terpelihara’
MahdzirKhalid
17 Apr, 10:23
3,164
Sebentar tadi sempat menziarahi keluarga Arwah Tuan Haji Abdul Halim Awang Mehat, Ketua UMNO Cawangan Kg. Seladang Rebah. Turut diadakan tahlil ringkas untuk Arwah.
Semoga Allah cucuri roh Arwah dan tempatkan Arwah bersama golongan beriman dan beramal soleh. AlFatihah.
MahdzirKhalid
12 Apr, 09:36
3,005
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Selamat mengerjakan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam.
Salam menyambut Ramadan Al-Mubarak.
MahdzirKhalid
12 Feb, 07:37
2,844
Xinnian Kuaile saya ucapkan kepada rakan-rakan berbangsa Tionghua di seluruh negara yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina 2021. Semoga tahun baru ini lebih bermakna dan memberikan kemakmuran kepada semua.
Dalam kita meraikan CNY, jangan dilupakan SOP Covid-19 agar bilangan kes terus dapat dikurangkan.
MahdzirKhalid
06 Feb, 12:20
2,885
Dek kerana Covid-19, la ni semua kena buat ‘online’.
Petang tadi Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Kedah secara online. Kalau ikut tu, memang tak karan sangat. Tapi SOP tidak membenarkan mesyuarat secara bersemuka, kita ikut saja la.
Tanggungjawab kita semua untuk memutuskan rantaian Covid-19.
MahdzirKhalid
03 Feb, 05:27
2,803
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dato’ Haji Jamali Shadat.
Satu kehilangan besar buat dunia seni tanah air. Sepanjang hayat Allahyarham telah menceriakan kehidupan kita dengan jenaka-jenaka melalui ‘stand-up’ komedi beliau.
Semoga Allah menempatkan Allahyarham bersama golongan beriman dan beramal soleh. Aamiin.